Sunday 18 March 2018

LUPAKAN PAS DALAM PRU 14 INI....


Semakin dekat tarikh pilihanraya, tindak-tanduk Pas terlihat semakin karut dan mengarut. 


Di sebalik mengatakan ingin menjadi kerajaan dengan menjadikan BN dan PH sebagai musuh yang mesti dikalahkan, tetapi perbuatan dan kata-kata serangan para pemimpinnya jelas tertumpu hanya kepada satu musuh saja iaitu PH.


Begitu juga, walaupun turut menyebut ingin menjadi kuasa penentu dan penasihat kerajaan jika gagal memperolehi majoritip, tumpuan serangan Pas hanyalah kepada PH dan pemimpin gabungan itu semata-mata.


Dalam waktu yang sama, jika diperhatikan akhir-akhir ini, Hadi Awang turut begitu rajin menulis mengenai harapan dan keyakinan masa depan parti itu, meskipun intipati banyak tulisannya bertentangan sama sekali dengan perlakuan serta kata-katanya pada masa lalu.


Lebih daripada itu, tumpuan Hadi dalam meluahkan buah fikirannya juga lebih menjadikan PH sebagai sasaran kecamannya. Tiada lagi kata-kata mengkritik atau membalun UMNO dan BN.


Najib Razak sudah begitu suci di mata Hadi dan Pas. Hadi sendiri barangkali sudah lupa bila kali terakhir beliau mengkritik dan membalun Najib, meskipun sosok itu diperkatakan di seluruh dunia berhubung skandal kewangan 1MDB yang dikaitkan secara jelas dan nyata kesalahannya.


Dalam semua serangan yang dilakukan oleh Pas itu seolah-olah PH yang sedang menguasai serta mentadbir Putrajaya ketika ini dan bukannya BN. 


Dalam semua orang sedang mengatakan kebobrokan ekonomi zaman Najib daripada pelbagai aspek, Hadi dengan santai mengatakan ia adalah tinggalan pemimpin terdahulu yang kini berada dalam PH.


Tidak sukar memahami bahawa Hadi masih cuba membela Najib dan menyalahkan Tun Mahathir atas apa yang dihadapi negara kebelakangan ini.


Entah kerana apa, barangkali hanya Hadi yang tahu sebab-sebabnya, beliau kini bagaikan sudah tertutup pintu hati untuk melihat dan menyedari bahawa kebobrokan ekonomi dan hutang negara yang berganda hanyalah bermula pada 2009 apabila Najib mula mengambil alih kerusi Perdana Menteri.


Semalam pula, Pas mengadakan himpunan serta solat hajat sambil mendoakan kehancuran pakatan lawannya dengan cuba menyogok berita palsu kepada Tuhan bahawa Islam di Selangor telah terabai sejak 10 tahun yang lalu.


Bukankah Pas menjadi sebahagian kerajaan negeri sekarang ini dan sejak 10 tahun yang lalu?


Jika benar Islam terabai, kenapa Pas masih mahu berada dalam kerajaan yang didakwa mengabaikan Islam itu, mengambil gaji serta elaun dan tidak mengundurkan diri dengan segera?


Di manakah maruah dan harga diri Pas atas tindakannya mengecam dan mendokan kehancuran kerajaan PH di Selangor, sedangkan nikmat dan habuan daripada kerajaan yang sama tetap dirembat dan ditelan setiap bulan?


Selain itu, kenapa  Pas tidak berani mengadakan solat hajat dan berdoa sama kepada Tuhan bahawa Najib, UMNO dan BN yang mentadbir Malaysia turut mengabaikan Islam sejak lebih 60 tahun yang lalu?


Apakah Najib begitu mulia di sisi Pas dan apakah yang menyebabkan tiba-tiba Pas melihat Perdana Menteri ada kemuliaan, walhal lebih kurang 53 media di seluruh dunia dan lapan negara memperkatakan mengenai skandal kewangannya?


Bagi yang tidak sedar atau belum menyedarinya, Pas sebetulnya sedang bersekongkol secara sulit dengan Najib dan UMNO bagi memastikan kemenangan BN dalam pilihanraya akan datang ini.


PH sebenarnya dalam PRU 14 nanti akan berdepan dua musuh iaitu BN dan Pas, manakala BN sebagai kerajaan yang sedang mempertahankan kuasanya pula saling berpegangan tangan dengan Pas untuk berlawan dengan musuh yang sama iaitu PH.


Walaupun bernama pembangkang sama seperti PH, Pas bukanlah mahu menumbangkan BN, sebaliknya mempunyai tujuan yang sama dengan BN iaitu untuk mengelakkan PH daripada memenangi pilihanraya dan mengambil alih Putrajaya.


Dengan sama niat dan sama tujuan dengan BN untuk mengalahkan PH, bermakna Pas 100 peratus mahu Najib terus kekal lagi sebagai Perdana Menteri.


Maka itu, pada PRU 14 akan datang, selain penting untuk memastikan tumbangnya Najib, UMNO dan BN, pilihan bagi pengundi juga ialah wajib melupakan Pas daripada sebarang pemberian undi.


Jangan berikan walau satu undi kepada Pas dan haramkan sama sekali tangan kita untuk mengundi parti itu. Satu undi untuk Pas akan memberi ruang lebih terbuka kepada BN untuk kekal berkuasa, malah jika melalui satu undi itu menyebabkan Pas memperolehi kerusi, ia akhirnya akan digunakan untuk menjadi tongkat penyelamat kepada Najib mengekalkan kedudukannya.


Secara mudahnya, satu undi untuk Pas samalah dengan satu undi untuk UMNO dan BN, satu untuk mengekalkan Najib, satu undi untuk kleptokrasi kekal berkuasa dan satu undi untuk melesenkan Jho Low terus merompak kekayaan kita. (ShahbudinHusin 18/03/2018)

65 comments:

  1. Matdey dendam dgn Najiib, nak bayar hutang
    Di Air Hitam Johor, aota fitnah nak dibentang
    Dia pun tau program tu, tak ramai nak datang
    Lalu tektik dibuat arah cai koyak kain rentang

    Kah kaahh kaaahhh kaaaahhhh kaaaaahhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kahkahkah... ulasan apa ini, tuan?

      Delete
    2. past piss pussy ni start main raja melayu daaah


      saja nak heret raja dlm masalah politik



      SAPA BERANI MAIN POLITIK MAKA IKUT KATA YB NAZRI .... BERSEDIALAH BUNTUT KENA TIBAI BALIK



      TAHNIAH MAFIA PERAK YG MGU LEPAS MINTAK AMPUN DAN TELAN LUDAHNYA BALIK MASUK KERONGKONG


      JOM LA MASUK PRU 14 KSU KTTHE KALAU ADA BERANI

      JANGAN JADI BAPOK (PONDAN)

      Delete
    3. Dia pun tertunduk tunduk cium tangan TMJ.

      La ni siapa Bapok nazri?

      Delete
    4. zack

      berdegar degar budak perak ni lancapkan mulutnya dgn kata nista kpd makhluk tuhan

      last last tercirit budak perak ni terberak..

      bapok mcm kejoraah ropenyer deme

      Delete
    5. Mahligai seni, yg kat atas tu bukan tuan tp sampah masyarakat.

      Delete
    6. Saudara Bulat Ken, heheheeee... Dia tak jawablah.

      Delete
    7. kejora sahabat dua alam ku

      MAI KITA PI KE EMPANGAN ULU YAM. DENGAR CORITO KSU AIR API ANGIN KOMUNIKASI AKAN DI CAMPAKKAN KE SITU SEBAB SI TERLEJAK CEGHEDICK NI KATA SELGR TAK DE REZAB AIR.

      HARAMHADAH MONYET APA DR ALI HAMSA KUTIP....

      BILA CAMPAK NAK TENGOK DIA MAMPUIH KAAA ATAU DIA MERANGKAK ATAS AIR


      MENYESAL BAYAR CUKAI BAGI GAJI BIAWAK HIDUP.


      CAAAAMPAAAAK MIN JGN TAK CAAAAMPAAAK !!!!

      Delete
    8. Zaman Mahathir:
      Tak ada GST, tapi Bantuan sabsidi berterusan, harga barang stabil, aktiviti ekonomi rancak & pekerjaan melambak-lambak, budget negara pun sentiasa surplus dek kemasukan pelaburan2 asing bertali arus & korporat tax syarikat. Hanya yg kaya saja bayar cukai.

      Zaman Najib:
      GST menyiksa & membebankan rakyat, harga barang berterusan & kerap melambung naik, sabsidi langsung tak ada. Pungut GST RM40 bilyon, Brim baru RM7 bilyon, mana pergi bakinya. Aktiviti ekonomi lembab, pelabur2 asing & kilang2 gulung tikar. Kadar pengangguran amat mengerikan. Tanah & aset negara tergadai. 1mdb hapah pun tarak membantu menjana ekonomi atau peluang pekerjaan, malah membebankan negara untuk bayar bunga riba & hutang riba + perompakan oleh ketua lanun bugis & keluarga.

      Delete
    9. Hahahaha...hantar la macai umno yg lagi hebat ke sini tun tuang faisal oiiiii...ini hantar macai siok sendiri je wat haper derrrr

      Delete
    10. Assalamu alaikum Nama saya Surwanto seorang TKW dari HONGKONG ,memohon maaf yang ada di room ini bila kata2 saya ada yang salah,namun tujuan saya di sini hanya ingin berbagi cerita kepada para rekan2 saya yang jadi tkw di negeri orang, hidup di negeri orang memang amatlah susah,gaji pas2an,makan'pun ala kadarnya,namun apa boleh buat demi mencukupi kebutuhan keluarga yg ada di kampung,mau tidak mau saya harus menjalani semua penderitaan itu,namun syukur alhamdulillah berkat kerja keras dan doa saya slama ini alhamdulilah di terkabulkan ,meskipun jalan ini di larang oleh agama tp mungkin inilah satu2nya jalan untuk merubah nasib hidup saya,secara kbetulan saya lihat di internet tentang seseorang yg bisa mengubah nasib Menjadi lebih baik dengan jalan pemasangan angka togel, dan juga bisa Melalui Dana ghoib ..... saya beranikn diri menempuh jalan itu dan ternyata apa yg di berikan oleh Abah MAHADANA betul-betul terbukti dan saya menang 344jt,saya sangat bersyukur atas rezeki yg sy daptkan itu,ini bukan hanya sekedar cerita tp ini kenyataan.Jadi bagi saudara2 saya yg masih jd tkw ataupun yg lagi dalam kesulitan jangan takut menghubungi beliau Di 0853-4288-2547/ +628-5342-882-547 krna sy sudah membuktikannya,wassalam

      Delete
    11. To me sekarang Parti Pas sudah menjadi Parti laknatullah Alaihim....!!

      Delete
    12. Kerja ramalan judi nombor ekor yg terpapar di atas @ 20:45 juga tebiat sekor budak murtad yg adakala menunjuk-nunjuk riak memaksa orang percaya dia membaca Quran & sembahyang konon.

      Di blog parpukari, pisau & putramerdeka pun dia bertingkah yg sama.
      Betul2 sesat & sewel kejora nih......!!

      Delete
    13. Seorang pemimpin MIC mengecam Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berhubung gambar beliau bersama ahli perniagaan yang kini disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung projek terowong dasar laut di Pulau Pinang.

      Bendahari MIC, S Vell Paari mendakwa, ahli perniagaan berkenaan terkenal di kalangan masyarakat India kerana didakwa terlibat dalam kes penipuan atau scam yang dikenali sebagai "VenusFX forex".

      "Suspek itu terlibat dalam kes di mana ramai kaum India Malaysia ditipu wang dan tabungan mereka, di mana (bekas bendahari) R Ramanan dan saya secara peribadi mendedahkannya kurang dua tahun lalu.

      "Oleh itu, ramai individu yang sudah biasa dengan suspek beritahu saya bahawa gambar Ketua Menteri Pulau Pinang dengan suspek memang diambil di rumah mewah milik suspek," kata Vell dalam satu kenyataan hari ini.

      Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang mengaitkan usaha mengaitkan Lim dengan ahli perniagaan itu sebagai percubaan "menjijikkan" untuk mencemarkan nama beliau.

      Ini sebagai respon kepada timbalan pengarah komunikasi strategik BN, Eric See-To, yang meminta Lim mengesahkan foto yang tersebar yang menunjukkan ketua menteri itu bergambar di sebelah ahli perniagaan berkenaan.

      Pejabat ketua menteri itu juga menegaskan Lim bergambar dengan ramai orang.

      Vell: Saman saya

      Vell berkata Lim perlu menjelaskan kepada masyarakat India mengenai hubungannya dengan individu terbabit yang telah menipu kaum India pada masa lalu.

      "DAP dan ketua menteri mesti beritahu kami bila dan mengapa dia melawat rumah suspek. Apa urusan atau perniagaan yang dia lakukan dengan suspek SPRM ini?

      "Sekiranya foto itu bukan di rumah suspek, yang mana saya betul, ketua menteri Pulau Pinang dan DAP dialu-alukan menyaman saya," katanya.


      SPRM sedang menyiasat suspek kerana didakwa mengambil wang dari kontraktor terowong dasar laut di Pulau Pinang, Consortium Zenith Sdn Bhd.

      Kes itu timbul selepas Zenith menghantar surat tuntutan terhadap ahli perniagaan berkenaan dan individu lain berhubung perjanjian projek terbabit.

      Zenith pada mulanya turut menghantar surat tuntutan kepada anggota Parlimen Umno Baling, Datuk Abdul Azeez Rahim, tetapi akhirnya menarik balik surat berkenaan.

      Sementara itu, Lim menghantar surat kepada Zenith bagi menuntut penjelasan mengenai urusan meragukan antara kedua-dua mereka.

      Delete
    14. Tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad yang mungkin bertanding di atas tiket DAP pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) adalah satu bentuk pengkhianatan terhadap bangsa Melayu, kata Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

      Beliau berkata ini berdasarkan hakikat bahawa pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu yang dahulunya menyifatkan DAP sebagai sebuah parti rasis dan patut ditolak oleh orang Melayu.

      "Dulu Tun M menganggap bahawa bagi orang Melayu, musuh mereka adalah DAP... bukan saya kata tapi Tun M yang katakannya.

      "Ertinya (langkah Dr Mahathir) bekerjasama dan memberikan ruang untuk negara ini diperintah oleh DAP adalah pengkhianatan beliau kepada bangsanya sendiri jika saya gunakan prinsip yang digunakan Tun M satu ketika dahulu (semasa menerajui negara)," katanya.



      Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas kenyataan Dr Mahathir yang sanggup bertanding di bawah tiket mana-mana parti pembangkang dalam Pakatan Harapan termasuk DAP pada PRU14 akan datang, jika BERSATU dibubarkan.

      Ahmad Shabery berkata sekiranya seseorang pemimpin itu dilihat tidak konsisten, pendirian yang berubah-ubah, ia memberi satu isyarat jelas untuk rakyat tidak memberikan sokongan kepada pemimpin itu.

      "Sudah tentu kalau tanya saya, saya alu-alukan sekiranya benar Tun M dan parti beliau akan gunakan lambang DAP kerana ia akan memudahkan rakyat memahami bahawa beliau adalah didalangi oleh DAP,” katanya.


      Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) mengeluarkan notis kepada BERSATU berkuat kuasa 28 Februari lepas yang antara lain memerlukan parti itu menjawab dan menyerahkan maklumat serta dokumen berkaitan minit mesyuarat cawangan, bahagian dan pusat serta perihal penyata kewangan parti dalam tempoh 30 hari, atau berdepan risiko dibubarkan.

      Delete
    15. Dakwaan Mahfuz Omar bahawa ramai anggota PAS akan mengikuti jejaknya meninggalkan parti itu ternyata cuma omong kosong.

      Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin, berkata sejak meninggalkan parti pada Disember tahun lepas, yang mengikut Anggota Parlimen Pokok Sena itu hanyalah isteri, anak dan menantunya sahaja.

      “Empat beranak itu sahaja yang keluar dan tidak ada orang lain yang isytihar ikut keluar walaupun dia mendakwa ramai orang yang menyokong dia dahulu akan ikut sama.

      “Lebih kurang dua minggu selepas itu, saya dijemput pergi ke majlis ceramah di kawasan Pokok Sena dan semasa majlis tersebut 500 borang daripada ahli baru di Pokok Sena diserahkan kepada saya. Empat, lima orang yang keluar... 500 orang ahli baru yang masuk ,” katanya semasa ditemui pemberita selepas Majlis Mesyuarat Agung Tahunan Pas Kawasan Marang ke-14 di Dewan Tok Guru Masjid Rusila di Marang, Terengganu hari ini.

      Turut hadir pada majlis tersebut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payong merangkap Ketua Penerangan Pas negeri, Mohd. Nor Hamzah dan Timbalan Pesuruhjaya III Pas Terengganu yang juga Dipertua Pas Marang, Yahaya Ali.



      Hashim berkata demikian ketika ditanya pemberita mengenai keputusan Mahfuz menyertai Parti Amanah Negara (AMANAH) semalam.

      Selain itu, katanya PAS sedia memberi peluang kedua dan menerima semula bekas anggotanya yang ingin kembali semula setelah keluar parti dan menyertai parti lain

      “Kami tetap berdoa, masih buka peluang mari balik bersama dengan Jemaah, hormat keputusan Jemaah dan wala’ (taat) dengan kepimpinan,”katanya.


      Dalam perkembangan lain, Hashim berkata PAS bakal melancarkan sembilan teras manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU -14) , yang akan disempurnakan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Cyberjaya malam esok.

      “Manifesto yang akan dibentangkan nanti diharap mampu membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh negara dalam setiap bidang dari setiap sudut,” katanya.

      Delete
    16. Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Selangor, Sallehudin Amiruddin kesal dengan tindakan Pengerusi AMANAH negeri Izham Hashim kerana mengumumkan status rundingan kerusi di negeri itu.

      "Tindakan pengerusi AMANAH Selangor mengumumkan status rundingan kerusi bagi pandangan saya ia tidak kena pada tempatnya.

      "Apabila panel rundingan menyerahkan perbincangan agihan kerusi kepada pengerusi HARAPAN negeri ia tidak bermaksud setiap pengerusi komponen HARAPAN yang lain berhak mengumumkan serta mendahului pengerusi pakatan HARAPAN negeri selangor," jelas Sallehudin kepada Malaysiakini.

      Beliau menyifatkan, tindakan Izham mendedahkan rundingan itu kepada media sebagai tidak menghormati HARAPAN di Selangor.

      "Kenyataan beliau mendedahkan agihan kerusi kepada media ia satu tindakan yang tidak bertanggungjawab dan tidak menghormati institusi HARAPAN di Selangor.



      "Maklum mengetahui bahawa panel rundingan kerusi telah berakhir dan bagi pandangan saya ia bukan sesuatu keputusan yang muktamad.

      "Ini kerana setiap keputusan panel boleh diubah di peringkat Pakatan Harapan negeri kerana ia mempunyai kuasa eksekutif untuk menentukan jumlah agihan kepada setiap parti," kataya.

      Beliau juga menggesa agar sebarang pengumuman mengenai agihan kerusi dilakukan bersama Pengerusi HARAPAN negeri Datuk Seri Azmin Ali.

      "Walaupun panel rundingan hanya berjaya menyelesaikan sebahagian kerusi untuk BERSATU, namun ia bukan bermakna baki kerusi yang lain tidak dipertimbangan lagi.


      "Segala butiran agihan kerusi ini hanya akan diumumkan bersama dengan pengerusi ph selangor iaitu Datuk Seri Azmin Ali," kata Sallehudin lagi.

      Semalam, Malaysiakini melaporkan pengerusi AMANAH negeri itu mengumumkan PKR akan bertanding sekurang-kurangnya 19 kerusi Dewan Undangan Negeri daripada 56 kerusi di Selangor, manakala Parti Amanah Negara (AMANAH) dan Parti Pribumi Bersatu (BERSATU) masing-masing hanya mendapat sembilan dan tujuh kerusi.

      Izham berkata, DAP pula akan bertanding di semua 15 kerusi yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum 2013.

      Rundingan itu berjaya diputuskan selepas HARAPAN Selangor menyelesaikan agihan 50 kerusi pada mesyuarat kali ketiga yang diadakan pada 8 Mac lalu, kata Izham lagi.

      Delete
  2. Sukahati dorg la nk sokong siapa...
    Yg kau busuk hati tu dh kenapa vangang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik bahasa tuan. Itu ajaran Rasulullah SAW-kah? Adakah bahasa "vangang" itu bahasa ke syurga? Jawab ya. Jawab dengan tulus dan kata-kata tuan akan saya pegang sebagai panduan ke syurga.

      Delete
    2. Kalau nak tegur pun berhemah sikitlah vavi... Nak aku ckp cam tu kat kau?

      Delete
    3. Biase la macai umno terdesak tak tahu dah nk berhujah secara ilmiah

      Delete
  3. pas nk jadi penasihat mamat klepet..

    ReplyDelete
  4. PAS sudah hilang kompas dlm mencari arah perjuangan...

    ReplyDelete
  5. Dengar lah sini, wahai cai2 bingai katak puru
    Usah korang rasa pelik pura2 nak buat keliru
    BN kan menang besar bila tanding 3 penjuru
    Itu kata2 dari Matdey, korang punya tok guru

    Kah kaahh kaaahhh kaaaahhhh kaaaaahhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa kata pertandingan 4 penjuru¿ Heheheh.
      Pas sebenarnya dah terpinggir. Dah lama wujud tp tak ada kompas. Merayau tanpa arah tuju. Pas cuma blh hidup jika berada dlm komuniti miskin. Terus memiskinkan masyarakat demi kesinambungan parti. Ambil kesempatan bkn nak memajukan. Sbb tu sokong najib agar negara miskin. Blh terus hidup.

      Delete
    2. Ulama pun minta doa suruh tuhan hapuskan PH?

      Cakap terang2 laa Dasuki pas makan duit haram drp umno.

      Hang belajar agama dgn sapa dasuki?

      KatK tv hang suruh penonton buat perkara yg baik2 tapi hang sendiri jadi imam minta tuhan hancurkan orang lain.

      Delete
  6. Hadi menyokong penipu dan pencuri maka Hadi lebih pengkhianat di mata rakyat. Dia Hadi dengki dengan PH yang berjuang untuk rakyat. Hadi lagi teruk dari pencuri bersiri negara. Tak malukah orang Pas yang masih menyokong beliau?

    ReplyDelete
  7. Mari membalak dan mendedak bersama ularmak, manifesto pas pru 14. Takbur..

    ReplyDelete
  8. Mursidul am pas dah kata musuh pas bukan umno tapi Amanah...

    Musuh utama islam ialah nafsu gila kemewahan dunia...

    ReplyDelete
  9. NABI KATA TIADA PENJARA D ZAMANNYA

    TAPI NABBI HADI KATA DLM RUU 335 ADA CADANGAN BINA PENJARA PALING BESAR D TANAH MELAYU UTK SUMBAT PESALAH ARAK SELAMA 30 TAHUN


    YA 30 TAHUN SAJA RUU335


    EEEEIIII TAKUTNYEER PARTY AJARAN SESAT NI...


    ReplyDelete
  10. Tak faham aku dgn parti pas ni,sembang pasal syurga je tapi perangai hauk.Sembang je kencang.Aku ada pengalaman dgn org2 pas kat taman aku pegi surau tp perangai busuk,jumud sikit2 racis.Mcm la yg duduk kat malaysia ni org dia je yg betul.

    ReplyDelete
  11. Cer tengok ustaz2 pas sekarang ni yg ngajar kuliah elok je tak pun kerajaan selangor halang nak ngajar siap datang pakai alpahd dgn wish dgn vw lg susah mendanya hidup depa.Hipokrit...

    ReplyDelete
  12. Dah 15 tahun tun madey tinggalkan kerajaaan....kerajaan BN masih tak mampu atasi masalah?...

    Hadi dah sewel ker masih nak salahkan tun madey...tak mao salahkan najib yg gagal urus negara dengan baik....gst bukan tinggalan tun madey....harga minyak naik angkara najib....kenape nak salahkan tun plak...hutang bertimbun 1 mdb habuk pon tarak aset negara lesap tak de kaitan langsung dengan tun madey...

    ReplyDelete
  13. Hadi yg tak perjuangkan nasib dan kemiskinan penyokong pas kerana hadi sokong dasar najib...hadi harapkan dedak darinnajib...

    Ape dah jadi dengan pindaan RUU 355 pas?...dah jadi RUU buku 3 lima?...perjuang islam konon....ruu yg bukan undang2 islam pon tak selesai dah 4 tahun...

    ReplyDelete
  14. Hadi nak turunkan harga barang...ruu lintang pukang nak turunkan harga barang plak...

    Zahid dah serang kelantan gila2... Hadi tak marah keer?...ato pas tak kisah kerana sahabat karib yg same2 perjuangkan islam...

    Pas kina kincin sama umno kerana kebodohan pimpinan pas...cian penyokong pas yg taksub dengan perjuangan islam ala pas...

    ReplyDelete
  15. Tun madey nak tangkap kapla prompampak dan jumaahnye....hadi sibok nak pertahankan jumaah prompak...

    ReplyDelete
  16. Dulu PAS tentang GST tetapi sekarang sokong GST...dulu laon sekarang lain..

    ReplyDelete
  17. Dulu2 para ustaz bila kuliah berkobar2 cerita pasal GST tetapi skrg samada senyap @ suruh redha kih kih kih...

    ReplyDelete
  18. Adekah pas perjuang ekonomi pentadbiran dan sustem islam?...pas perjuangkan hukum islam semata?...

    Tapi perompak 1 mdb pas tak gesa ditangkap dan disiasat...perjuangan islam ape pas ni?...

    Nik abduh bila nak saman Husam yg ade rakaman suara nik abduh ngaku terima wang umno....hadi pon terima jugak...kalo nik aziz madih hidup ape akan jadi kpd nik abduh?...

    Saman lah kalo fitnah....

    ReplyDelete
  19. KBB @ kejoraa bapok bodoo

    tepat sekali.. zaman pakcikdulu takde gst tapi anak pkck dpt masuk U . skrg kirim rm2000 sebulan. pakcik relax di blog budin nih

    tapi cuci pakck kesiaaaaan. sampai laa sejak ada GST tk dapek masuk KOLEJ atau pusat mana mana. oberseas dah di haram kepala bapak kau.

    itu beza madey dan najis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini zaman orang maju kedepan tapi umno dan pas bawak rakyat malaysia mundur kebelakang...vietnam negara perang dah jauh berubah...indonesia dlm diam sedang berubah km edepan dibawah pimpinan jokowi...

      Delete
    2. Zaman Mahathir:
      Tak ada GST, tapi Bantuan sabsidi berterusan, harga barang stabil, aktiviti ekonomi rancak & pekerjaan melambak-lambak, budget negara pun sentiasa surplus dek kemasukan pelaburan2 asing bertali arus & korporat tax syarikat. Hanya yg kaya saja bayar cukai.

      Zaman Najib:
      GST menyiksa & membebankan rakyat, harga barang berterusan & kerap melambung naik, sabsidi langsung tak ada. Pungut GST RM40 bilyon, Brim baru RM7 bilyon, mana pergi bakinya. Aktiviti ekonomi lembab, pelabur2 asing & kilang2 gulung tikar. Kadar pengangguran amat mengerikan. Tanah & aset negara tergadai. 1mdb hapah pun tarak membantu menjana ekonomi atau peluang pekerjaan, malah membebankan negara untuk bayar bunga riba & hutang riba + perompakan oleh ketua lanun bugis & keluarga.

      Delete
  20. Kerajaan pas di kelantan nak roboh kan pasarvpasir putih dan paksa peniaga pindah ke pasar baru...peniaga enggan berpindah...

    Rupanye pas bina pasar baru ditempat yg tidak strategik kerana nak serahkan tapak sediada kpd seseorang...ade niat tersirat disebalik pemindahan pasar...

    Adekah ini cara perjuangan islam?...peniaga yg dihalau pon ramai jugak oenyokong pas...

    Balak yg hilang pon cara perjuangan islam?....kesusahan orang asli kerana balak pon cara islam?...

    Entahlah islam yg bagaimana yg diperjuangkan oleh pas...

    Sejak kematian arwah nik aziz pas dah hilang hala tuju...

    Pimpinan pas lebih berminat dengan dedak haram dari najib...

    ReplyDelete
  21. Sesiapa yg tak bersetuju dengan pas adalah menentang islam....mudah buat hukum sendiri...

    Ade ke yg sokong pas gerenti masuk syutga?... Ade ke ayat tu?

    Hadi blm batalkan amanat banggol pradong terhadap umno...

    Maknanye kejora cikgu bapuk tua bodooo dan cai2 semuanye masih kapir....

    ReplyDelete
  22. Kalau nk diikutkan pas dr dulu buat solat hajat nk jatuhkan bn..tp x tumbang2 jgk..skrg buat plk solat nk tumbangkan kerajaan selangor..x apa buatlah..mmg tugas org islam semuakan..ph pun buat jgk solat hajat nk kekal di selangor dn rampas putrajaya

    ReplyDelete
  23. Kita pakat tengok jika PAS menang PRU 14 maka Allah swt merestuinya tetapi jika sebaliknya maka sahlah PAS ni parti kluk klik kluk klik...

    ReplyDelete
  24. Kian harii tambah terok, cai2 haprak hampas
    Dah tak ada lagi modal fitnah yg nak dikupas
    Fiitnah 1MDB & kapal Jho Lo, mcm tak lepas
    Kini cai2 berpatah balik pula menyerang Pas

    Kah kaahh kaaahhh kaaaahhhh kaaaaahhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pas.....??

      Baru saja tadi melePAS, tak terkata betapa lega & selesanya bila dah melePAS kat jamban.

      Delete
    2. encik,

      ada kluar barai panjang mcm serban hijau tak. kalau ada pi hsptl tya doktor jgn tanya najib yer atau tanya lebai

      Delete
    3. Hiiiii, S E L I S I H .........!!

      Delete
  25. Aku paling benci orang yg suka memperbodohkan orang lain

    ReplyDelete
  26. Semalam ada 2 Liputan Kejutan:

    1. Satu dunia terkejut bila seorang "datin" yang hanya dihukum oleh hakim mahkamah sesyen dengan bon berkelakuan baik selepas "datin" tersebut dilaporkan mengaku bersalah di bawah seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mencederakan hampir maut dengan sebilah pisau, sebatang mop, sekaki payung dan penyangkut baju ke atas seorang pembantu rumah Indonesia.
    Inilah undang2 kita di bawah pantatberak Borosmah Najib yg didukung oleh AG Pak Pandir Ali Pundek.


    2. Satu dunia lebih terkejut bila seorang budak mentah tak abis sekolah tiba2 mampu membuat 25 posting dalam masa yg singkat, mencipta rekod dunia bagai seorang jaguh marathon dalam masa terpantas mengalahkan Usain Bolt dgn catitan posting2nya pada masa2 berikut.....

    23:58
    00:15
    00:22
    00:24
    00:26
    00:28
    00:30
    00:32
    00:35
    00:36
    00:37
    00:39
    00:41
    00:43
    00:49
    00:57
    00:58
    00:59
    01.00
    01:02
    01:03
    01:05
    01:06
    01:08

    Namun setelah diadakan forensik, ternyata
    si budak tak abis sekolah ini rupa2nya mengkopipes buta2 bahan2 sampah tak berkredibiliti yg tak ada pun liputan dari media2 utama antarabangsa.

    GN besar punya Penipu & Pengutip Sampah......!!
    -----------------------------------------------

    Hari ini KEJUTAN APA PULAK yer......??


    ReplyDelete
  27. Pantun Kejora spt kilat petir yng menyambar
    Lihat saja pantun Suman iblis akan berdebar
    Nak tampar muka bapok ini, rasa tidak sabar
    Masih tak jawab, berpuluh kalii hamba cabar

    Kah kaahh kaaahhh kaaaahhhh kaaaaahhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siapa yang takut
      Pantatun berserabut
      Buatan pengecut
      4kali terbukti telornya kecut

      Delete
  28. pas kan sayang kat mak badak

    ReplyDelete
  29. Hj hardy boleh ke laut candat sotong dgn kejora..nk tadbir blk terengganu pun susah inikan nk rampas selangor.

    ReplyDelete
  30. kas kakitangan Petrosaudi International Xavier Justo akhirnya membuka mulut dan menuduh bekas majikannya itu memanipulasi media untuk menjejaskan reputasinya, seperti dilapor akhbar Switzerland Le Temps.

    Dalam sidang media di Zurich semalam, Justo mengumumkan yang beliau telah memfailkan aduan kepada Pejabat Peguam Negara Switzerland terhadap dua eksekutif Petrosaudi, Tarek Obaid dan Patrick Mahony, atas dakwaan antaranya membuat ancaman, mengugut dan memeras.

    Justo juga dilaporkan mendedahkan emel yang didakwa menunjukkan Petrosaudi berhubungan dengan syarikat “pengurusan reputasi” berpangkalan di Geneva, KBSD, untuk menyebarkan naratif bahawa beliau bukanlah seorang pemberi maklumat, sebaliknya pemeras yang bermotifkan keuntungan.

    Dalam laporan itu, Le Temps mendakwa KBSD dikenali mengamalkan apa yang digelar sebagai “perhubungan awam (PR) gelap”, atau penyebaran maklumat negatif.

    Justo mendakwa naratif yang disebarkan KBSD juga bertujuan mencemarkan kewibawaan media pembangkang di Malaysia, terutama Sarawak Report.

    Justo sebelum ini memberikan Sarawak Report ribuan dokumen daripada pelayan (server) Petrosaudi yang dikatakan mendedahkan penyelewengan dalam 1MDB.

    Aduannya juga menegaskan dakwaan bahawa Petrosaudi mendesaknya untuk mengaku bersalah ketika menjalani hukuman penjara di Thailand.
    JUSTO AKHIRNYA BUKA MULUT - FAIL ADUAN TERHADAP PETRO SAUDI :
    Beliau mendakwa ia dibuat dengan cara ugutan, melalui penyiasat persendirian berbangsa Inggeris yang menyamar sebagai pegawai polis Scotland Yard untuk mendapatkan pengakuan daripadanya.

    ReplyDelete
  31. Ketika sidang media itu, Justo juga mendakwa Obaid menerima dana daripada 1MDB berjumlah RM1.4 bilion untuk Petrosaudi membeli pegangan dalam Sarawak bank UBG Bhd milik Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud – didakwa sebagai pertukaran untuk sokongan Taib kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

    1MDB menafikan dakwaan itu.

    Pada 17 Ogos 2015, Justo mengaku bersalah di mahkamah Thailand atas dakwaan mengugut Petrosaudi International, yang berurusan dengan 1MDB.
    Beliau didakwa bawah Seksyen 338 Kanun Keseksaan Thailand dan dibebaskan setahun kemudian.
    Ketika itu beliau mendakwa pemilik The Edge Media Group Tong Kooi Ong dan editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown menjanjikannya bayaran US$2 juta untuk dokumen berkenaan 1MDB dan Petrosaudi, tetapi tidak menerima bayaran itu.
    Tong mengaku telah memperdaya Justo demi mendapatkan dokumen itu tetapi menafikan ada mengubah sebarang maklumat di dalamnya.

    Petrosaudi International merupakan antara entiti utama dalam skandal 1MDB.

    Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ mendakwa US$1 bilion yang dipindahkan 1MDB kepada syarikat itu antara 2000 hingga 2010 untuk sebuah projek usaha sama telah diselewengkan melalui Good Star Ltd – syarikat yang didakwa milik usahawan Low Taek Jho, atau Jho Low.

    Justo muncul dengan sidang medianya di tengah-tengah tekanan antarabangsa yang meningkat terhadap syarikat pelaburan milik negara itu.

    ReplyDelete
  32. Sebelum ini, kapal layar mewah Equanimity, yang didakwa DOJ diperolehi menggunakan dana yang diselewengkan daripada 1MDB, telah dirampas di Australia.

    Selain itu, kerajaan Switzerland juga merampas kira-kira RM470 juta yang didakwa wang berkaitan 1MDB yang dicuci.

    Puluhan media antarabangsa pula menyiarkan laporan tentang dakwaan penglibatan Najib dalam skandal 1MDB.

    Najib telah menafikan sebarang salah laku dalam skandal itu dan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali juga membersihkannya daripada sebarang kesalahan.

    1MDB juga menafikan sebarang dananya telah diselewengkan.

    – M’kini

    .

    ReplyDelete
  33. Hahaha, dua hari selepas MO1 mendabik dada dan mewar2 kan di face book dan twitter akan kejayaannya juga kehadirannya di Persidangan ASEAN & South Pacific di AUstralia, yg mana disambut baik oleh PM Australia, yg mana dia bergambar utk tunjukk bukti bahawa Kjaan Australia tidak termakan dgn peringatan Tun M jgn layan MO1. Tetiba dua hari selepas tu keluar berita Justin Xavier warga Swiss yg ditangkap dan dijatuhkan hukuman penajra di Thailand dikemuncak skandal 1MDB mula2 tersiar dan didedahkan oleh Sarawak Report. Skrng Justin mendedahkan bahwa dia diperangkap dan dijadikan kambing hitam utk menutup kes rasuah dan penyelewangan dana 1MDB. See how great Allah's plan works. Selama mana nak tutop bukti dan menafikan salahurus dan salahguna wang 1MDB Jibby, your days are numbered !

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. That was an excellent job, Kate, unveiling another substantial fact and evidence of Najib's kleptocracy act.

      Itu baru 'bayaran cash' Illahi di dunia, belum lagi di akhirat kelak.

      Baru2 ini dah terbongkar dan menjadi viral di mana2 Najib & Rosmah menipu konon dia dapat anugerah masuk dalam maqam Rasulullah SAW ketika melakukan umrah dgn duit rompakan & riba haram 1mdb.

      Delete
  34. Toksah gormal dgn lakonan bodoh kamu tuu, Kejora.
    Baru saja tadi kamu menyamar dgn nama Surwanto pd 18/3/18 @ 22:40 di portal ini.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...