Thursday, 22 December 2016

APABILA KEADILAN BERBEZA NERACA


Di Singapura setakat ini sudah tiga orang didakwa dan didapati bersalah berkaitan aktiviti penggubahan wang haram yang ada hubungan dengan 1MDB dan Jho Low.

Pada 11 November 2016, Yak Yew Chee, bekas Naib Presiden Kanan BSI Bank dan pegawai bank persendirian kepada Jho Low, dijatuhi hukuman penjara selama 18 minggu atas kesalahan pemalsuan dan gagal mendedahkan transaksi mencurigakan berkaitan 1MDB.
Beliau juga didenda S$24,000 dan akan menyerahkan S$7.5 juta kepada kerajaan bagi "menunjukkan penyesalan sebenar telah berlaku".

Pada 16 Disember 2016, Yvonne Seah Yew Foong, juga bekas pegawai BSI Bank, dihukum penjara selama dua minggu kerana membantu memalsukan dokumen dan gagal melaporkan urusniaga mencurigakan  yang melibatkan Jho Low dan 1MDB.
Semalam, 21 Disember 2016, seorang lagi pegawai BSI Bank, Yeo Jiawei didapati bersalah oleh mahkamah kerana mengganggu saksi berhubung penyiasatan penggubahan wang haram yang dikaitkan dengan 1MDB.

Kesalahan itu meletakkan beliau berdepan dengan hukuman penjara selama 7 tahun. Bagaimanapun, hukuman akan diputuskan oleh mahkamah hari ini.

Selain  tiga orang sudah didakwa, dibicara dan didapati bersalah, pihak berkuasa kewangan Singapura juga sudah menutup dua bank, BSI Bank dan Falcon Private Bank di republik itu atas keterlibatan kedua-duanya dalam aktiviti penggubahan wang haram berkaitan 1MDB dan Jho Low.
Jho Low turut dinamakan sebagai orang penting dalam penyiasatan berkaitan penggubahan wang haram 1MDB di Singapura, selain aset-asetnya  sudah dibekukan.

Di Amerika Syarikat, proses pendengaran saman sivil Jabatan Kehakiman negara itu untuk menyita aset dan hartanah berjumlah AS$1 bilion yang didakwa daripada dana 1MDB yang dilencongkan sudah pun bermula pada 12 Disember lalu.

Ia antaranya melibatkan Jho Low dan anak tiri Najib, Riza Aziz.

Pada peringkat awal ini, selain menolak notis keluarga Jho Low untuk menangguhkan perbicaraan, Hakim Persekutuan Los Angelas juga memutuskan ahli keluarga jutawan muda kelahiran Pulau Pinang dan kenalan keluarga Najib itu tidak boleh campurtangan dalam saman sivil kerajaan Amerika untuk penyitaan tersebut.

Bermakna, perbicaraan akan terus berjalan.
Di Switzerland, proses penyiasatan yang melibatkan penyelewengan dana 1MDB sebanyak AS$4 bilion kerana menggunakan rangkaian bank di negara itu juga sedang dijalankan sejak sekian lama.

Sehingga ini sudah dua kali permohonan bantuan MLA oleh Pejabat Peguam Negara Switzerland ditolak oleh Peguam Negara Malaysia, tetapi mereka tidak berputus ada dengan mengatakan akan menggunakan cara lain untuk memperolehi pelbagai maklumat yang diperlukan.

Namun, dengan bebasnya Xavier Justo daripada penjara di Thailand dua tiga hari yang lalu dan kini sudah kembali ke Switzerland, perkembangan siasatan di negara itu mungkin lebih menampakkan "cahaya di hujung terowong".

Tidak mustahil Justo akan bekerjasama dengan Pejabat Peguam Negara Switzerland untuk membersihkan namanya yang sebelum dipenjara atas kesalahan melakukan ugutan.

Hanya di Malaysia, segala-galanya yang berkaitan 1MDB dan Jho Low tetap kelihatan "suci serta halal"  dan tidak henti-henti dengan jawapan "semuanya masih dalam penyiasatan".

Kenapa neraca keadilan seperti jauh berbeza antara Singapura, Amerika Syarikat, Switzerland dan Malaysia?

Di sinilah peri pentingnya bukan saja Najib disingkirkan, tetapi juga UMNO dan BN dikalahkan dalam PRU 14 akan datang. (SH 22/12/2016).

97 comments:

  1. Moga doa kepada allah dimakbulkan..
    Tunjukan jalan kebenaran...
    Pribumi dan harapan menang pru14
    Allah laknati penipuan umno bn..insyallah

    ReplyDelete
    Replies
    1. surah al-Imran ayat 54

      ALLAH berfirman dalam al-Quran “Dan Mereka Merancang(tipu daya),Allah juga merancang(membalas tipu daya),Dan ALLAH sebaik-baik Perancang(membalas tipu daya)”

      Delete
    2. Salam sdr.

      Dengan izin dan kemaafan, kita tidak boleh melaknati makhluk Allah walaupun ia tidak beriman apatah lagi orang-orang yang beriman.

      Saya berharap sdr dapat tarik balik perkataan laknat yang digunakan ke atas sdr seagama.

      Delete
    3. Di Malaysia penyamun dan penyangak 1MDB telah disucikan oleh Punasihat Lebai Musang Berjanggut sbb tidak ada 4saksi, rekod komputer tidak boleh dijadikan saksi/bukti...

      Delete
    4. 1) USD1,039,369.91 (RM3,320,670.65) untuk pembelian barang kemas intan permata di dalam bulan September 2014 melalui kredit kad AmBank.

      2) RM360,000 dibelanjakan di gedung pakaian JAKEL

      3) RM395,782.40 dibelanjakan untuk menginap di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur

      4) RM178,000 dibayar kepada Two One Holidays Malaysia, sebuah ejen pelancongan.

      5) RM167,959.50 dibayar kepada Signature Exotic Cars, sebuah syarikat kereta mewah (mungkin kerana pembelian kereta berkuasa tinggi)

      6) USD130,625 (lebih kurang RM418,000) telah dibelanjakan di kedai Chanel semasa Najib Razak bermain golf bersama Presiden Barack Obama dalam bulan Disember 2014 (ketika itu banjir besar melanda Semenanjung Malaysia). Bayaran dibuat melalui kredit kad AmBank.

      7) USD70,000 (lebih kurang RM224,000) diberi kepada anaknya Ashman (seorang DJ amatur).

      8) USD14 juta (lebih kurang RM44.8 juta) telah diberi kepada syarikat gedung pakaian JAKEL dari tahun 2011 hingga 2014

      9) €750,000 (lebih kurang RM3,750,000) telah dibayar kepada De Grisogono, sebuah kedai barangan kemas intan permata di Itali di dalam bulan Ogos 2014.

      Delete
    5. kelihatan Najib dan isteri berbelanja jutaan ringgit 😂😂.

      Alangkah mudah sijahil seperti awak diperbodoh dengan khabar semudah ini.

      Bukankah setiap perbelanjaan atau perkhidmatan disertakan resit pembayaran, yg didalamnya terkandung amaun total, tarikh,masa,tandatangan siempunya diri dan lokasinya.

      cuba tanyakan kepada tuan2 politikmu, ada golongan yg bijak perlukan pembuktian lebih dari sekadar "beriman" terhadap lisan si tuan politik itu.

      Mungkin selepas ini khabar perbelanjaan Najib dan isteri perlu dinaikkan agar ia mencecah angka billion supaya golongan yang jahil sepertimu akan lebih kuat tekadnya untuk menumbangkan kerajaan -

      tetapi haruslah diingat walau tekadmu menerobos langit jangan pula kamu menconteng kertas undinya selain dari lambang X pada calon tuan2 politikmu.

      Delete
    6. bila allah menutup hati utk menerima kebenaran...inilah jadinya.....terlebih makan dedak si nakhida kapal nak tenggelam nih...

      kalau suruh makan taik...nescaya dia makan....hati dah buta utk menerima kebenaran....kesian...

      Delete
    7. Nakhoda ni dah tahap bangang tak boleh di ajar

      Delete
    8. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
    9. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
    10. Saya sdah kata berkali kali yang Unknown ni binatang. Dubok yang berbau bangkai. Kalau manusia tentu tau membezakan yang betul dan yang salah, kecuali binatang atau pembodek tegar.
      Jadi kalau mau balas komen Dubok Unknown yang tiada fakta itu ialah dengan memaki atau mencaci kerana binatang ini lah yang menyokong klepet menyamun yang akan membinasakan negara. Orang orang jenis begini dan sewaktu dengannya memang tidak beragama kerana kalau beragama tentu akan takut pada tuhan dia.

      Delete
    11. Sdr John Doe,

      Mengapa pulak tak boleh melaknatullahkan sesiapa. Lihat takrif DBP perkataan itu:

      laknatullah Ar dikutuk Allah. Kamus Dewan Edisi Keempat

      Kalau Tok Guru Nik Aziz sanggup mengkafirkan Islam dan mengsembahayang hajatkan "KO UMNO", "KO UMNO", mengapa tak boleh melaknatullahkan sesiapa?

      Saya tak suka Umno sekarang. Bagus jugak sembahayang hajat PAS itu. Nampak nya dah nak KO UMNO sekarang. Menunggu lingkup di PRU14 saja.

      Delete
  2. Jho low nampaknya betul2 dilindungi. Keluarganya pun polis malaysia tak pernah siasat. Sedangkan keluarganya yg uruskan harta haram tersebut.

    ReplyDelete
  3. Pecat Ketua Polis Negara dan Peguam Negara yang tak berguna.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahun depan khalid umur 60. Tak lama lagi bersara wajib la tu. Masa tu dia baru tau langit tinggi atau rendah.

      Delete
    2. Dia akan di sambung perkhidmatan secara kontrak selama 2.tahun untuk umno menang pru..

      Delete
  4. Kalah lg 2,3 negeri dlm pru 14 akan dtg pun dah cukup beri tekanan lebih besar pada najib. Dia ingat setakat bn menang dah selesai masalah. PH harus target negeri mana harus dirampas dari BN.

    ReplyDelete
  5. Mungkin Hadi Awang sebagai PM adalah adalah jalan penyelesaiannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya. Semua masalah selesai.

      Kecuali mazhab .

      Delete
    2. Kehadapan saudaraku 811 Pemadu,
      Tolonglah jgn buat lawak loya pagi2 ni.
      Sy baru kerugian termuntah keluar semua sarapan saya.

      Delete
    3. yee...selesai...banyak jalanraya kat malaysia nih akan ada u -turn....terutamanya di marang terengganu....semua jalan akan ada u turn

      Delete
  6. Yak yew chee, penjara 18 minggu. Yvonne seah, penjara 2 minggu. Mungkin pelik kerana kesalahan besar yg mensabitkan reputasi spore sebagai pusat kewangan dunia, tetapi tempoh penjara singkat. Saya yakin ke dua duanya dah buat deal dgn pihak berkuasa, untuk menjadi saksi pendakwaan terhadap j low...bukan saja saksi pendakwaan di spore, tapi juga di swiss dan US. Adakah j low nak ke penjara sorang2 nanti? Atau dia nak bawak geng2 dia sekali?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang macam Jho low (lelaki bermuka khinzir) sekali dah kena soal siasat, semua dia cerita. Untuk elak dia pecah lubang, polis malaysia bagi statement tak jumpa sampai skrg.

      Delete
  7. Salam tuan Budin.

    I totally agree with what u hv written and have nothing to add except :-

    "Di sinilah peri pentingnya bukan saja Najib disingkirkan, tetapi juga UMNO dan BN dikalahkan dalam PRU 14 akan datang. (SH 22/12/2016)."

    Dan tambahanya ialah sepeti berikut:-

    In shaa Allah. Aamiin ya robbal-a'laamiin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaaminnn.......Ya Robbi
      semoga engkau selamatkan negara kami Malaysia....tiada lagi tempat untuk kami melarikan diri.

      Delete
  8. Gali Lobang Tutup Lobang - Rhoma Irama

    Gali-gali-gali-gali-gali lobang
    Gali-gali-gali-gali-gali lobang

    Lobang digali menggali lobang
    Untuk menutup lobang
    Tertutup sudah lobang yang lama
    Lobang baru terbuka

    Gali lobang tutup lobang
    Pinjam uang bayar hutang
    Gali lobang tutup lobang
    Pinjam uang bayar hutang

    Gali-gali-gali-gali-gali lobang
    Gali-gali-gali-gali-gali lobang
    Gali-gali-gali-gali-gali

    Walau makan sederhana
    (Makan nasi sambal lalap)
    Walau baju sederhana
    (Asal menutup aurat)
    Walau makan sederhana
    Walau baju sederhana
    Walau serba sederhana
    Asal sehat jiwa raga
    Dan juga hutang tak punya
    Itulah orang yang kaya (hi-hu)

    Walau gajinya pas-pasan
    (Enggak lebih engga kurang)
    Walau hidupnya pas-pasan
    (Asal cukup kebutuhan)
    Walaupun gajinya pas-pasan
    Walau hidupnya pas-pasan
    Walaupun serba pas-pasan
    Hidup ‘kan merasa terang
    Asal tak dikejar hutang
    Enak tidur enak makan (hi-hu)

    Gali lobang tutup lobang
    Menggali buat menutup
    Gali lobang tutup lobang
    Sana rata sini lobang
    Gali lobang tutup lobang
    Tetap saja ada lobang
    Gali lobang tutup lobang
    Lobangnya tak pernah hilang

    Gali lobang tutup lobang
    Pinjam uang bayar hutang
    Gali lobang tutup lobang
    Sana lunas sini hutang
    Gali lobang tutup lobang
    Tetap saja ada hutang
    Gali lobang tutup lobang
    Hutangnya tak pernah hilang

    Gali lobang tutup lobang
    Pinjam uang bayar hutang

    * Lagu khas buat NAJIB RAZAK. (Sampai bila nak lari woiii...hahahaha)

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus lirik nie.. kah3

      Delete
  9. Adakah betul Najib terima wang berbillion-billion ke dalam akaun peribadi?”

    Jawapan 1 : (Diam)
    Jawapan 2 : Akaun itu tidak wujud.
    Jawapan 3 : Ejaan nama Najib Razak oleh WSJ adalah silap.
    Jawapan 4 : SWIFT Code di dalam dokumen WSJ adalah tidak benar
    Jawapan 5 : Saya tak guna duit itu untuk kegunaan peribadi.
    Jawapan 6 : Penulisan Wall Street Journal adalah berunsur fitnah.
    Jawapan 7 : Saya akan saman WSJ pada hari Selasa.
    Jawapan 8 : Najib tidak jadi saman WSJ kerana dia tidak terkenal di Amerika Syarikat
    Jawapan 9 : Adalah bodoh jika Najib Razak guna akaun peribadi sendiri untuk terima wang
    Jawapan 10 : RM2.6 billion itu tidak wujud.
    Jawapan 11 : RM2.6 billion itu adalah derma
    Jawapan 12 : Akaun peribadi Najib sebenarnya adalah akaun amanah atas nama Umno
    Jawapan 13 : Lebih baik Najib pegang wang dalam akaun peribadi dari dipegang oleh proksi
    Jawapan 14 : Penderma RM2.6 billion itu adalah adalah dari Timur Tengah
    Jawapan 15 : Sedekah RM2.6 billion datang dari penyokong-penyokong Umno
    Jawapan 16 : Najib berhak untuk merahsiakan derma kerana ianya untuk akaun peribadi
    Jawapan 17 : Duit derma lebih selamat di dalam akaun peribadi Perdana Menteri
    Jawapan 18 : Ahli-ahli Umno memang dah lama setuju wang sumbangan boleh masuk ke dalam akaun peribadi Presiden
    Jawapan 19 : Duit itu guna untuk pilihanraya dan kerja kebajikan
    Jawapan 20 : Duit itu guna untuk melawan ISIS
    Jawapan 21 : Duit itu guna untuk melawan DAP dan YAHUDI
    Jawapan 22 : Duit itu guna untuk melawan Muslim Brotherhood
    Jawapan 23 : Duit itu sebagai tanda terima kasih kerana Malaysia berfahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah
    Jawapan 24 : Duit itu bukan duit rakyat, jangan dengki dengan rezeki seseorang
    Jawapan 25 : BERSIH dan pembangkang juga menerima duit derma dan perlu isytiharkan penderma mereka
    Jawapan 26 : Jangan ganggu pentadbiran Najib, zaman Tun Mahathir sudah berlalu
    Jawapan 27 : Dulu Tun Mahathir pun mesti dapat derma dalam akaun peribadi untuk pilihanraya
    Jawapan 28 : Bank Negara sudah lama tahu, dan saya tidak melakukan apa apa kesalahan
    Jawapan 29 : Ada ramai penderma, bukan seorang penderma
    Jawapan 30 : Zahid Hamidi jumpa wakil-wakil penderma
    Jawapan 31 : Saya telah membelanjakan kesemua RM 2.6 billion untuk kegunaan Umno
    Jawapan 32 : Henti kan fitnah. Saya tidak pernah menyoal Pak Lah bagaimana dia cari duit untuk pilihanraya
    Jawapan 33 : Menuduh Najib adalah sama seperti menyerang umat Islam Malaysia
    Jawapan 34 : Walaupun saya telah memecat ramai orang, saya berjiwa besar
    Jawapan 35 : Jangan persoal cara Najib Razak memerintah. Dia perintah mengikut sunnah Nabi
    Jawapan 36 : SPRM jumpa penderma tunggal, bukan lebih dari seorang
    Jawapan 37 : Raja Arab sebelum meninggal memberi sedekah RM2.6 billion kepada Najib
    Jawapan 38 : RM 2.03 billion telah di pulangkan kembali kepada Raja Arab sebab tak habis digunakan
    Jawapan 39 : Derma sedekah itu adalah hal peribadi antara Najib dan Raja Arab
    Jawapan 40 : Tiada kesalahan jenayah di lakukan oleh PM. Minta SPRM mengugurkan kertas siasatan dan kes di tutup kerana tiada fakta jelas dan tiada bukti.

    ReplyDelete
    Replies

    1. Ooi Raja Arab tu biasa derma kpd org Islam sejak berpuluh2 dulu , sebahagian dp masjid yg hebat2 adalah derma dp Arab, bahkan Anwar Ibrahim semasa menerajui Abim dulu pun Ada ada menerima derma dp Arab untuk kegiataan Abim sendiri, ko ingat tok2 Arab miskin2 ke, gi le buat Umrah Dan tengok negara mereka macam mana.

      Delete
    2. Semua derma masuk ke akaun ABIM ke atau ke akaun Anwar ?

      Delete
    3. Akaun najib la bodoh bebal..10.13. Ambank pun dah kena denda rm50 juta dari bank negara atas kesalahan AMLA masa zeti jadi gabenor.

      Delete
    4. Bercelaru jawapan penyokong najib yang tidak tahu apa-apa tapi nak juga pertahankan perbuatannya. Dari menteri sampailah ke cybertrooper. Semuanya gagal, memalukan. Ini semua semata-mata nak sara anak bini. Kesian..

      Delete
    5. 10:13

      Dulu org tak misah akaun siapa pun, ada peruntukan kerja pun jalan . semua ditanggon beres . Zaman tu makanan murah (awal 1970han) , nasi kandar 50-60 sen kira mewah le.

      Delete
    6. Banyaknye jawapan untuk satu soalan...pelik betul..

      Delete
    7. Raja Arab derma kat Najib ye?

      Zahid kata dia dah pergi jumpa penderma tu (kejap penderma, kejap lagi penderma-penderma plak, pastu penderma balik).

      Anehnya pada tarikh berkenaan Raja tersebut telah pun mangkat.

      Agaknya siapa 'Raja Derma' yang Zahid jumpa?

      Delete
    8. Zahid ni penipu

      Delete
  10. Tak lama lagi.
    Tak lama lagi.

    Semuanya akan menjerumus kepada seten-seten sebenar dalam 1MDB.

    Mereka sedang masuk kedalam pasir jerlus secara perlahan-lahan.

    Kalau kita tak berdaya tegakkan kebenaran, Allah sendiri akan tegakkan.

    Wallahualam.

    ReplyDelete

  11. Salah org senang mencari
    Kebaikan sendiri senang mencari

    Salah sendiri tak pernah jumpa
    Kebaikan org pun tak pernah jumpa.

    Itulah insan kerdil.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang salah tetap salah.

      Masukkan wang derma ke akaun PM untuk apa sebab sekali pun tetap salah.

      Delete
    2. 913 tahniah. Anda contoh terbaik Mekayu Selam. Buat2 bangang. Matlamat boleh halal cara, wang rompak boleh buat masjid, pergi mekah. Dosa masok washing mesin keluar pahala. Tinggal lah saudara dibawah tempurong yg bergelumang dgn Taek Low. Terima kasih.

      Delete
  12. To KD, well done for writing a good summary of what have been happening in Singapore and future events entailed in the US and Switzerland. In Malaysia.....wallahuaklam.

    To najib, there is only one set of justice. Why does he hold this belief?

    Najib lives in denial with or without him even knowing it. He thinks he is above failure. He thinks he is somehow far too talented, hard-working or knowledgeable and that everything he touches will turn into gold? As human he has flaws by nature. He may just be living in denial till he is fully clothed in prison's Christian Dior, Armani or other designers' garbs.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Pak Rahman 2.

      Ini blog tuan Budin. KD tu blog Kluang Diamond.

      Apa pun syabas.

      Salam perjuangan

      Delete
    3. Firstly, my apology to Sdra Shah. I mistook this blog for KD. A very good article. When I write in a hurry, I tend to overlook the blog I am in. Again, my apology Sdra Shah.

      Secondly, thank you to sdra john doe for pointing my mistake. Honestly, I did not realise this until you triggered it. Thank you, Sir

      Delete
  13. alhamdulillah, komen2 kejora, nek tempoyak, keris berayon nampak gayanya terus hilang dek ditempak peluru berfakta. Unknown.....mana kamu? takut dato rahman ke, john doe ke, othaman ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sdr.

      Somehow saya tergerak hati plak nak layari komen2 terbaru di Putra Merdeka. Baru ja selesai sebentar tadi.

      Walaupuan admin Putra Merdeka dah tak masuk entry terbaru tapi komen2nya masih berjalan.

      Boleh tengok macam mana si Kejora ni punya pukul gebang konon kami bertiga dah lari dari dia di Putra Merdeka. Kira2nya di sana tu dia dah jadi hero Lord of the Ring yang tak terkalahkan lah tu.

      Betul macam kata Fan Tun dia suka pukul gebang konon dialah hero terhebat seMalaya.

      Itu saya tak kisah pun sebab komen2nya tak ada nilai dan kesan.

      Cuma yang saya betul2 nak share ialah tentang caci maki dan persenda dia ke atas admin Putra Merdeka konon admin tu sudah bersama Iblis dalam neraka, tak boleh diselamatkan lagi dalam neraka dll, memang boleh tengok betapa fujurnya si Kejora ni.

      Saja saya kongsi di sini untuk para pembaca mengenali serba sedikit siapa Kejora.

      Delete
  14. Apa lagi yang harus diperkatakan tatkala kamu telahpun "beriman" pada khabar yang dibawa oleh tuan2 politikmu beserta sekutunya di luar sana.

    Malang sekali perbicaraan yg berlangsung di Singapura (bahkan ada yg telah dijatuhkan hukuman) - di manakah Najib ?

    DOJ meneruskan saman sivil terhadap Jho Low bersama 4 yang lain - di manakah Najib ?

    Bahkan kelibat Jho Low tidak mampu dikesan lokasinya oleh Badan Penyiasatan Nombor Satu Dunia (FBI).

    Switzerland juga sedang berusaha memulakan prosiding jenayah kewangan tetapi merayu untuk dibekalkan maklumat dalaman 1MDB ?? - di manakah Najib ?

    Sejujurnya aku merasa bukan sahaja Najib Tun Abdul Razak dilindungi oleh pihak berkuasa Malaysia, bahkan tuan2 politikmu beserta sekutunya juga turut berkonspirasi untuk melindungi Perdana Menteri.

    Kamu ditanamkan khabar bahawa Najib Tun Abdul Razak merompak berbillion ringgit melalui 1MDB selama hampir 7 tahun dengan segala macam pembuktian dan pendedahan.

    (bahkan ada sipolan sampai ke tahap melafaz sumpah laknat terhadap dirinya sendiri) akibat terlalu yakin pada benarnya khabar yg dibawa tuan2 politiknya.

    Akhirnya tiada seorangpun dari kalangan tuan2 politikmu atau sekutunya di luar sana yg punyai keberanian untuk mengheret Najib Tun Abdul Razak ke muka pengadilan - apa sudah jadi dengan segala pendedahan dan pembuktian yg dicanang selama 7 tahun itu ?

    Kamu sedang menunggu dan aku sedang menanti bagaimana akhirnya kisah 1MDB.

    Hmmm, masih ingat lagikah SEPINA dari Perancis ?? hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Unknown nakhoda, you cannot connect the dots, can you? You dont even have an iota of an idea as to how enforcement agencies all over the world coordinated their multi lateral works? Kau tak terpikir langsung yang mungkin PM spore dok ketawa besar sekarang, yang president china dok kira apa lagi boleh beli dari malaysia? Tak boleh pikir yerrr, apa semua kaitannya dgn 1mdb? Tak pa la, sah kau ni kampong habissss. Ni last aku layan kau.

      Delete
    2. Dah ketara strategi spore. First , go after the banks, 2 bank dah tutup. Second, go after the bankers, 3 org dah kena jel. Next, nampaknya get the banks and the bankers to cooperate to go after j lhow. Dan kes j low ni international level, libat kan banyak negara. And next, and next, and next...kau pikir sendiri lah nakhoda unknown, ajar kau banyak banyak bukan kau paham pun.

      Delete
    3. Unknown oh unkown, apasal kau ni bengap sangat? J low tu aset utk kjaan spore. Dia tak akan di tahan, selagi kjaan spore boleh kaut segala faedah dari kes nya.

      Delete
    4. Apalah sangat nilai Jho Low. Bank pun S'pore kasi tutup..

      Delete
    5. Mak cik Unknown, jika Allah takdirkan BN jatuh pada pru14, insha Allah kami akan cari kamu. Mungkin kamu ada juga dapat share duit 1mdb.
      Saya nak tengok kamu 'bersilat' untuk melepaskan diri. Gaya kamu tonjol diri saperti orang kuat dapat dedak.

      Delete
    6. Mungkin masa tu dia bkemban je pegi suk Selangor bawak gayung & berus Gigi

      Sekali dgn jamal tongkol

      Delete
  15. Salam semua

    Haiwan dan manusia adalah mahluk kejadian Allah...bahkan chimpanzi dan babi mempunyai persamaan DNA yang amat hampir dengan manusia.

    Apakah yang membezakan manusia dan haiwan?...Otak?...bukan...otak manusia dan haiwan sama dari segi fungsi...sebagai "nerve centre" yang mengawal perjalanan anggota badan.

    Yang membezakan manusia dan binatang adalah "AKAL"...haiwan bertindak berpandukan kepada naluri semula jadi yang telah ditetapkan dalam DNA mereka. Manusia walaupun pada asasnya punya naluri sama seperti haiwan, tapi tindakan manusia diimbangi dengan "AKAL" yang dapat membezakan antara yang baik dan yang tidak baik. Sebab itu apabila sesuatu kejadian yang tak dapat kita terima penjelasannya...kita kata "tak masuk akal"

    Berbalik kepada isu masa kini...apakah pertimbanagn "akal kita" dengan perkara berikut:

    1. Kerugian dan masaalah hutang 1MDB.
    2. RM 2.6 billion masuk dalam akaun peribadi Najib.
    3. RM 42 juta masuk dalam akaun peribadi Najib
    4. Penyingkiran AG dan menteri menteri yang membangkitkan isu 1MDB.
    5. Tindakan undang undang pihak berkuasa luar negara yang berhubung kait dengan 1MDB...malahan ada yang telah disabitkan kesalahan dimahkamah dan dikenakan hukuman.
    6. Dalam negara juga pihak bank yang terbabit telah dikenakan denda yang berat yang berhubung kait dengan RM2.6bil.

    Perkara yang tersebut diatas hanya yang berkaitan dengan isu 1MDB dan RM 2.6billion. Belum lagi dengan perkara lain seperti isu GST, ECRL dan hutang hutang lain yang membebankan negara dimasa depan.

    Bagaimanakah pertimbangan "Akal" kita semua?
    Siapa yang harus dipertanggung jawabkan?
    Yang paling penting...apakah tindakan kita selanjutnya?

    Jangan kerana atas kepentingan peribadi kita menutup "akal" kita dan menongkah arus...malahan bukan setakat itu sahaja...kita memaki hamun orang lain yang menuruti arus dengan bahasa mencarut dan kesat.

    Ada mata pandang
    Ada telinga dengar
    Ada mulut....cakap pakai akal

    ReplyDelete
    Replies
    1. A good comment. Keep it up

      Delete
    2. Setuju dengan tuan putera.

      Cuma nak tambah sikit ja. Kalau manusia memilih untuk memakan dedak, maka akalnya itu akan beransur-ansur pudar kemampuan menilainya.

      Malu pun boleh hilang ooooo.. Boleh pakai tuala separuh bogel di tempat awam sambil diambil gambar..

      Syabas tuan putra and keep it up.

      Delete
    3. Sdra john doe

      Terima kasih..teringat saya pepatah yang mengatakan:

      "You reap what you sow." dan
      " You are what you eat."

      Dedak itu lazimnya makanan haiwan...
      Jadi sesiapa makan "dedak"...pastinya "you are what you eat".

      Itu baru "dedak" dalam bentuk wang ringgit atau pun kurniaan lainnya atau pun "you scratch my back, I scratch yours"

      Cuba pikirkan...mereka yang menerima sponsor naik Haji/Umrah?
      You really reap what you sow...tak gitu?

      Delete
    4. sabit dgn dna binatang hampir sama dgn manosia yg ni sempoi.aku baru tau .
      manosia berotak dan berakal. binatang berotak juga berakal d katakan naluri..
      setiap yg berotak mesti berakal.
      beza cuma akal manosia dan akal binatang.
      sabit juga manosia ckp dlm kumpulan binatang tak ada manosia tapi dlm kumpulan manosia banyak binatangnya
      sabit tu juga dlm amno mcm-mcm binatang juga ada.


      Delete
  16. keadilan hanya pada admin ketidak adilan pada yg dikomennya. tulisan ini infiniti tiada padamnya yg akan diadili sang pencipta. hinpunan dosa dan pahala, ok la admin tulis semuanya himpunan pahala termasuk la juak2 yg memakai mencaci memaki menghamun berdusta berandaian yg menghala kearah kebinasaan. bagus la terus la kalu sanggup terima akibatnya nanti walhal dunia hanya la sementara. percaya la Bn tetap berkuasa sampai satu masa nanti diserahkan kepada wakil agama sedunia. hanya dia la pentakbir diakhir zaman. masa tu moga diberi kesempatan bertaubat dgn izin .. demi masa ... senantiasa menghitung segala amalan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bangla mana pulak ni...

      Delete
    2. 11.54 adalah contoh manusia yang tidak punyai daya berfikir. akhir sekali berbicara pasal life in hereafter. macam mana nak tegak keadilan?

      Delete
    3. Malas dah nak hujah dgn sijumud ni sorang.
      1154 species hanpir pupus, tyoe: Mekayu Selam
      Habitat kekal: Bawah tempurong yg dipenuh Taek Low.
      Sifat abadi: Perasan pandai
      Makanan Ruji: Dedak basi
      Prinsip hidup: Matlamat halalkan cara. Boleh buat masjid guna wang rompak. Boleh pergi Mekah washing mesinkan dosa keluar pahala.
      Label: WalaUnta
      Tahap kebodohan: Gaban XXL

      Delete
    4. sampai kiamat pun pembangkang tak kan menjadi pemerintah sbb Bn akan serahkan pada pemimpin akhir zaman keturunan Muhammad Rasulullah. sign.

      Delete
    5. 17:08.

      Sdr kata BN akan 'serahkan'. Bererti sdr akuilah bukan BN lagi yang bakal memerintah.

      Sdr memang hebat.

      Delete
    6. Yes definitely right moga kita ditakdirkan hadir menengok secara live bagaimana dia dtg dan terus tertabal.

      Delete
    7. 1154, cuba nyatakan perkara-perkara yang admin tulis sebagai x adil atau infiniti.

      Mana yang admin sebut sebagai dosa atau pahala, mana dusta, mana andaian. Sebut dalil-dali yang boleh mengukuhkan andaian anda bahawa BN akan masih kekal. Rujuk dan nyatakan kepada ayat-ayat al quraan untuk membezakan yang mana satu batil dan hak.

      Setahu saya admin tulis khususnya apa yang berlaku di Singapura, iaitu kes penyonglapan wang 1MDB di mahkamah.

      Minta maaf, saya x nampak langsung anda komen apa-apa pun tentang perkara yang admin tulis dalam tajuknya.

      Tiada niat saya untuk mencaci atau mencela anda. Hanya memberi beberapa saranan membina supaya semua pembaca dapat manfaat dari apa yang anda tulis. Terima kasih.

      Delete
    8. Kiranya dap pasti la semua cina skg, pkr .5 melayu .5 cina, pan & ppbm tiada baru ditubuh sdg Bn cuma Pulau Pinang & Kelantan payah sikit nak mng, cerita la isu lapuk 1mdb & majoriti ... MAJORITI pengundi melayu tidak peduli gaimana nak mng ambil alih tampuk. isu dah mereput dan boleh dikatakan tiada isu serious cuma dicanaikan lagi & lagi sehingga pru14. percaya la tak kan mudah mengalahkan Bn dulu kini dan selamanya. kalah nanti buat la wujudkan isu2 stereotypes sama dan kesudahan mcm skrg ni bagai anak2 merajuk, menangis, melalak, meraong, minta bantuan luar apa tak merusuh je kan bagus dan tahu masa tu anggota diraja memainkan peranan, kalu dah mentimun tu sada2 la sikit.

      Delete
  17. UMNO/BN ini serupa lah saperti rumah usang yg tidak pernah d bersihkan selama d bina 60 tahun dahulu.

    bhg hadapan (façade)saja yg selalu d cat agar nampak 'presentable' tetapi d dlm nya penuh dgn debu n habuk yg amat merbahaya kpd persekitaran.

    usaha 'spring cleaning' tidak lagi berkesan. olih demikian rumah tersebut harus d robohkan n d ganti dgn bangunan baru yg super canggih atau 'intelligent building'.

    mat salleh menggunakan unkapan 'flogging a dead horse' yg bermakna usaha yg sia2 sebab kita sudah mengetahui hasil nya i.e. elek/pocik aya!!!.

    ReplyDelete
    Replies
    1. awk merupakan tanda jelas betapa "habuk-habuk" yg melekat didalam kerajaan,(tersisih akibat dari faktor umur dan mengambil segala manfaatnya dengan alasan ia adalah hak aku sebagai "habuk-habuk" yg menghabiskan hampir seluruh usiaku ditempat yg buruk ini).

      Hey, bukankah kerajaan itu dihalatujukan oleh parti yang menguasainya.

      baik buruk sesebuah kerajaan itu setiap kakitangan yg berkhidmat itulah cerminan nya (lebih besar hearaki yg diduduki lebih luas pantulan bayangan kerajaan). Khabarnya jawatan awk bukan calang-calang sewaktu berkhidmat.

      Apakah kamu menyangka kamu hanya membuka aib kerajaan sedangkan kamulah pelaksana dasar pada halatujunya. tiada istilah darurat kerana kamu tidak dipaksa untuk berkhidmat didalam kerajaan yang zalim ini.

      Tolong jangan malukan diri sendiri ... emolumen untuk persara kerajaan berbillion ringgit mengalir untuk orang2 seperti awak.

      Setiap kali kamu mencela pemerintah pada khabar yg bersifat fitnah dan adu domba, bagai kamu mencela setiap butir nasi yg masuk ke rongga mulutmu.

      Berpada-pada apabila berbicara.

      Delete
    2. Apa ko merepek ni unknown?

      Delete
    3. Yg malu kan diri kau tu unkown...ilmu tak seberapa, bising lebih

      Delete
    4. Pakar penulis komen2 bersifat jilat najis jatuh kpd 1636. Butir nasi semua keluar. Dedak basi yg dibalut dosa yg dimakannya dia tak nampak. Sama juga dia sanggup gelumang dalam Taek Low, tanpa hiraukan busuk najis itu. Dia sanggup lelong ayat2 AlQuran dan hadith utk menakutkan.
      Bagi dia matlamat menghalalkan cara. Wang rompak boleh buat masjid dan pergi Mekah (*cuci dosa). Dunia dia sgt sempit.

      Delete
    5. Sdr2 berdua.

      Unknown pernah memanggil pak rahman jpc sbg laksamana pencen dan saya telah membela pak rahman jpc.

      Dari sudut hukum pak rahman jpc tidak melakukan apa2 yang salah apabila memilih untuk menentang kerjaan dari parti politik yang sama semasa beliau berkhidmat.

      Malah pak rahman jpc melakukan perkara yg betul. Beliau adalah di antara bbrp pejuang di antara para pengkhidmat.

      Pengkhidmat hanya akan sengap sahaja asal pencen dibayar. Pejuang pula akan membangkitkan kejahatan dan menentangnya.

      Unknown dan saya pernah berhujah tntg perkara ini dan saya percaya pernyataan saya gagal disangkal.

      Kali ini isunya bukan hukum lagi tetapi 'mencela nasi yang masuk ke rongga pak rahman jpc' pula.

      Amboi hebat Unknown boleh mengetahui tahap kecelaan nasi yang masuk ke rongga pak rahman jpc.

      Itulah beza pak rahman jpc pengkhidmat awam yang makan nasi dan Unknown yang makan dedak.

      Pak rahman jpc mampu menilai mana benar dan mana salah disebabkan selama ia berkhidmat ia makan nasi.

      Ada pula Unknown sudah hilang kemampuan untuk menilai mana benar dan mana salah disebabkan ketika ia masih berkhidmat ia sudah pun memakan dedak.

      Sebab itulah pak rahman jpc tidak malu untuk mendedahkan identitinya yang sebenar. Unknown pula sehingga kini identitinya masih Unknown. Hanya ciri2nya sahaja telah dikenalpasti.

      Apa pun saya sokong usaha pak rahman jpc yang mahu merobohkan rumah usang yang telah buruk dan menggantikannya dgn rumah baru yang lebih baik.

      Ratio pak Rahman jpc amat mudah difahami.

      Pada zaman pak Rahman berkhidmat di dalam rumah ini ia masih kukuh dan boleh diduduki dengan selamat.

      Kini ia kelihatan sudah senget, roboh, dan berbahaya kepada penghuninya untuk terus mendiami di dalamnya.

      Maka sebagai bekas pengkhidmat yang bertanggungjawab pak rahman jpc mahu rumah itu dirobohkan dan rumah baru dibina demi keselamatan para penghuninya.

      Yang penting ialah penghuni rumah dan bukan rumah itu sendiri.

      Syabas pak rahman jpc. Teruskan perjuangan.

      Delete
    6. tkvm sdr john kerana memberi pencerahan.

      saya tlh membuat keputusan utk tidak melayan sdr unknown 16:36 sahinggalah beliau mendedahkan nama nya.

      logic berbelit (convulated logic) yg d gunakan mencerminkan kefahaman beliau tentang kena apa sebahagian besar pegawai2 kanan kerajaan ikhlas memberikan berkhidmat.

      kami tidak terhutang se sen pun kpd kerajaan tetapi sebalik nya kerajaan lah yg banyak terhutang budi kpd kami yg tlh mencurahkan khidmat bakti tanpa menghiraukan gaji yg d beri.

      banyak juga rakan2 yg tlh membuat keputasan utk berkhidmat dgn pihak swasta n mendpt gaji 4 atau 5 kali ganda jika d banding dgn gaji kami.

      kalu ini lah ukuran yg d guna utk menilai kami yg sudah 'berjasa' maka sdr ini akan terkejut jika beliau mengetahui rasa mual nya rakan2 pesara terhadap kerajaan yg d pimpin olih pasangan 'klepet' ini. malahan peg2 yg sedang berkhidmat pun merasa amat gelisah dgn keadaan yg harus mereka alami sekarang.

      saperti mana yg kita lihat undi d kawasan Bandar n separa Bandar banyak tlh memihak kpd pencabar UMNO/BN. kawasan luar Bandar sudah mula d maklumi tentang kejanggalan pemrintahan sekarang.

      dgn penyokong saperti unknown d atas, saya tidak heran dlm pru 14 nanti UMNO/BN akan d talkin kan dgn secara hina.

      sekali lagi sdr john tqvm n teruskan perjuangan. percayalah, kita tidak keseorangan. momentum tentangan semakin d rasai. mari lah kita menghulurkan khidmat bakti secara ikhlas tanpa mengirakan imbuhan atau balasan.

      insya'allah kita akan dpt membantu meninggal kan Negara tercinta ini kpd anak cucu kita dlm keadaan lebih baik drpd apa yg kita warisi.

      Delete
    7. Iya ke 'talqin'?

      Takut nnt jd 'solat jenazah ghaib' je

      Sbb 'jenazah2'nya dah cabut putih Tapak kaki ke oversea

      Delete
    8. salam sdr tajul,

      hanya segelintir saja yg mampu memohon utk menjadi suaka politik(political asylum). namun jika mereka terlibat dgn tuduhan CBT secara massive,, tiada Negara yg bersedia menerima mereka.

      penjenayah n musuh Negara akan d buru hingga k lubang cacing.

      Delete
  18. Begitulah bezanya Antara Dua Negara.
    Itu sebab Negara Singapura maju.
    Kerana dipimpin PM yang berintergriti.
    Itu sebab Negara Malaysia hancai boncai.
    Kerana dipimpin PM yang tak ada maruah.
    Satu contoh, nilai duit pun bezanya lebih 200%.
    Sampaikan aku takut nak pergi ke Singapura.
    Oh Malaysia tanahairku...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ko jadi rakyat Singapura ko tak kan dapat beli kereta itu ja tak payah cerita lain, ko berani komen pap saperti ini sat lagi masuk balai la.

      Delete
  19. Masalahnya kat msia ni perut si AG dah penuh di sumbat dgn dedak. Serupa la mcm org kata "bila anjing diberi makan secukupnya selalu oleh tuannya maka anjing tu akan taat pada tuannya"

    ReplyDelete
  20. Malaysia neraca dipanggil dacing
    Sejak dahulu zaman berpusing
    Kini hayat sudah meruncing
    Barang lama orang tak paling

    Dacing sudah jadi tak penting
    Orang sudah tak ambil pusing
    Dimana saja dicampak dibaling
    Bernasib baik buang ke loteng

    Ada orang mengata bunga
    Bunga Raya dikeji dihina
    Namun bunga tinggi nilainya
    Di mata rakyat tetap berharga

    Hari Merdeka bunga diguna
    Bunga Raya hiasan merata
    Jadi hiasan pekan dan desa
    Digantung lampu terang negara

    Dacing pula semakin dilupa
    Tidak relevan untuk diguna
    Orang nak pakai barang dah lama
    Baik dilupus habis cerita

    Diberi pilihan dacing dan bunga
    Tentu bunga lebih bermakna
    Banyak guna cantik dimata
    Bunga Raya untuk negara..



    ReplyDelete
    Replies
    1. Terbaik dari Fan Tun.

      Perbandingna semasa di antara Bunga Raya dan Dacing.

      Delete
    2. bunga cepat layu layu, sdg dacing byk diguna berniaga mana lebih untung.

      Delete
    3. Kedai sinseh burok pun dah lama tak pakai racing

      Depa pakai digital scale je skg

      Petanda jelas dacing dah tak relevan lagi

      Delete
  21. Inilah dia satu2nya Presiden UMNO yg tak pernah dipilih secara demokrasi, kecuali dilantik saja & terus menobat dirinya jadi presiden parti & sekali gus... PM SEUMUR HIDUP..!! Impian Najib/Rosmah tercapai setelah mereka sogok semua ketua2 bahagian atas pegangan dasar 'Cash is King' hasil dari kekelepatan duit riba haram Yahudi dgn nasihat Yahudi Goldman Sachs & APCO Worldwide .

    Selain itu, belum pernah tercatit dalam sejarah dunia, jawatan menteri kewangan diPEGANG KEKAL oleh ketua negara atau pm, kecuali Tun Dol & Najib. Di sini kita boleh lihat penyimpangan & kegelojohan untuk menguasai politik & perbendaharaan/kekayaan negara bertitik mula sejak 2003. Buktinya.....

    PM menjawat Menteri Kewangan:
    Tun Hussein Onn (memangku 1974-1976)
    Tun Mahathir (memangku 1998-1999)
    Tun Mahathir (memangku 2001-2003)
    Tun Dol (menjawat 2003-2009 hingga letak jawatan)
    Najib Rosmah (menopoli sejak 2009 hingga terkini)

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa beza memangku dgn jawat memangku tak boleh buat keputusan ke ... tambatan ringgit bukan mantan buat keputusan ke!

      Delete
    2. Kalau tak ditambat lagilah lingkop

      Kalau bodoh tu diam sahajalah

      Delete
    3. saya cakap apa beza memangku dgn menjawat lagi pun ...

      Kurang memahami prinsip ekonomi
      Mahathir hanya seorang doktor biasa, pengamal umum yang tiada kepakaran khusus. Pemahamannya tentang ekonomi lebih kurang sahaja sepertimana rakyat Malaysia yang lain. Ideanya dalam meningkatkan ekuiti orang Melayu begitu mudah – dengan menggunakan GLC. Wawasan Mahathir dalam menjalankan perniagaan adalah melalui kawalan saham dalam sebanyak syarikat yang mungkin tanpa mempertimbangkan kemungkinan kerugian wang. Dukacitanya,, perniagaan di alam reality juga melibatkan kerugian, bukan hanya keuntungan.
      Dasar ekonomi Mahathir tiada asas yang kukuh dan tidak pernah diuji di mana-mana negara sebelum ini.Ia berdasarkan pendapat dan pandangannya sahaja. Jika ini terbukti baik atau berkesan, banyak negara akan segera melaksanakan idea ini berabad yang lalu. Sistem ekonomi kapitalis dan juga komunis juga menghadapi keruntuhan ekonomi dan ia adalah sesuatu yang biasa pada hari ini, kerana ia adalah sebahagian daripada kitaran turun naik ekonomi buatan manusia. Beberapa ahli ekonomi malah menggesa negara-negara untuk kembali kepada mata wang berasaskan emas, sistem monetari kaedah kuno yang mantap.Jadi bolehkah ini dibandingkan dengan konsep ekonomi keanak-anakan Mahathir? Oleh itu, kesilapan kelima Mahathir adalah pemahamannya yang salah terhadap ekonomi. Ianya membawa kepada kontroversi tambatan ringgit daripada dolar AS dan penutupan semalaman dagangan pasaran saham CLOB pada tahun 1998 - dua peristiwa dimana pelabur-pelabur masih belum memaafkan Malaysia dan juga Mahathir.

      pembangkang mengaku pandai tapi lembab.

      Delete
  22. Letih dah nak komen pasal najib ni.tunggu je lah pru14 nanti

    ReplyDelete
  23. Unknown,

    cuba jawab soalan ini,

    DARIMANA JHO LOW DAPAT DUIT RATUSAN JUTA UNTUK DIURUS OLEH YAK, YVONNE DAN YEO?

    Dari perniagaannya?
    Dari Keluarganya?
    Dari mana???

    Dana sebanyak itu tak mungkin jatuh dari langit!

    Asal dana itu mesti ada, dialihpindah ke beberapa buah akaun syarikat jho low dan a portion masuk dalam akaun persendirian najib di AMBANK.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak semena-mena, akaun Ambank Rosmah ketika itu juga gelembung berjuta-juta. Bila pengasas Ambank buat laporan kepada Polis & Bank Negara duit berbilyon masuk ke akaun Ambank Najib, keesokan harinya beliau ditembak mati.

      Delete
    2. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  24. 1MDB: JOHARI PUJI TINDAKAN PANTAS SINGAPURA.

    tak bodoh ke statement di atas?

    di malaysia AG dan IGP kita tidur bermimpikan hadhari paklah

    ReplyDelete
    Replies
    1. You request information but no one responds in a timely manner

      - IS NOT THIS A PROVEN CHARACTER OF OUR AG APANDI?

      You tell people what to do but what they produce is not what you asked

      - DONALD DEDAK...remember what IGP Khalid told Zunar to draw? Even after that, Zunar was arrested again..

      They are not sleeping and dreaming. They are just ineffective leaders who fail in their responsibilities inspite of their salaries by you, the rakyat

      Delete
    2. correction
      ++++++++++

      paid by you the rakyat

      Delete
  25. Malasia ini negara Islam pemimpinnya warak2 macam malikat belaka tidak rasuah tidak curi menterkedarah duit rakyat penyokong2nya org umno tak makan dedak negara singapura dan switzland negara kafir ity sebab merdka jahat nak firnah pemimpin negara Islam alangkah bodohbya buta mata hati org melayu umno masih bak sokong bn parti haprak tu kesian org umno melayu yg bidoh dirasyah dgn dedak

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...