Wednesday, 23 November 2016

USUL AKTA 355 HANYA DIBACA, TIDAK DIBAHAS, TIDAK DIUNDI - IKHLASKAH UMNO KEPADA PAS?


Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi akhirnya memberi jaminan usul persendirian Hadi Awang berkaitan Akta 355 untuk memperkasa mahkamah syariah akan dibentangkan sama ada pada Rabu atau Khamis ini.

Selaku Ketua Whip BN, Zahid juga semalam menganjurkan sessi taklimat kepada Ahli-Ahli Parlimen berhubung usul tersebut.

Tetapi berdasarkan suara-suara yang kedengaran di Parlimen, kebarangkaliannya ialah Hadi akan diberi ruang untuk membentangkannya pada Khamis iaitu hari terakhir sessi Parlimen yang sedang berlangsung sekarang.

Adakah usul itu tersebut selepas dibentang oleh Hadi akan dibahas dan kemudian diundi untuk ditentukan sama ada diluluskan atau sebaliknya?
Sebenarnya tidak.

Seorang Ahli Parliman Pas, Dr. Nik Maizan Nik Mohamad dari Pasir Puteh sendiri mengesahkan bahawa dalam taklimat yang dihadirinya bersama Zahid semalam bahawa usul tersebut hanya dibentangkan untuk kelulusan bagi bacaan kali pertama saja.

Ia kemudian, katanya, akan diangkat oleh kerajaan untuk dibahaskan pada  sessi Parlimen tahun hadapan.

Membawa usul tersebut untuk dibahaskan pada tahun hadapan tidaklah mengejutkan, malah bersesuaian dengan pengumuman Zahid mengenai pembentukan sebuah jawatankuasa pemilihan bagi tujuan memberi penjelasan terperinci berhubung pindaan akta tersebut.

Saya sendiri akan membawa kepada kabinet untuk mendapat persetujuan tentang cadangan penubuhan jawatan itu, kata Zahid lagi.

Persoalan yang timbul di sini ialah mengapa hanya sekarang baru dicadangkan penubuhan jawatankuasa pemilihan untuk memberi penjelasan itu sedangkan Hadi telah diberi kebenaran membentangkan usul persendirian itu buat kali pertama pada Mei lagi?

Kenapa jawatankuasa itu tidak ditubuhkan sebelum ini lagi jika benar pindaan Akta 355 itu mahu dilulus dan dilaksanakan?

Kenapa tiba-tiba hanya sekarang?

Adakah hanya setelah Hadi Awang baru-baru ini mengatakan Pas sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan parti-parti pembangkang bagi tujuan satu lawan satu menentang BN, maka baru UMNO dan kerajaan tergerak hati untuk memulakan langkah menggerakkan usul persendirian Presiden Pas itu?

Dalam pada itu, berapa lama pula jawatankuasa pemilihan itu akan selesai melaksanalan tugas dan puas hati dalam memberi penjelasan?

Apakah mungkin perbahasan dan pengundian usul Akta 355 itu sempat dibawa pada sessi Parlimen pertama tahun depan yang dijangka pada Mac atau akan dianjak lebih lewat daripada itu?

Atau penubuhan jawatankuasa itu merupakan satu lagi helah untuk menangguhkan perbahasan dan pengundian Akta 355 itu, tetapi dalam masa yang sama merupakan senjata UMNO untuk menjauhkan  Pas daripada terus mengadakan rundingan kerjasama dengan parti-parti pembangkang lain untuk matlamat satu lawan satu?
Tidak mustahilkah sehingga tibanya tarikh PRU 14  pun, perbahasan dan pengundian hanya angan-angan?

Apakah Najib dan UMNO benar-benar sanggup memberi ruang untuk Akta 355 itu didebat dan diluluskan sedangkan MCA, MIC, Gerakan, PBB, PBS dan beberapa parti lain sentiasa berkeras menolaknya?

Jika didebat dan dilakukan undian pula,  apakah semua Ahli Parlimen UMNO sedia menyokongnya di ketika mereka tahu rakan-rakan bukan Islam yang selama ini bersama mereka tetap menolak usul itu?

Akhirnya, ikhlaskah UMNO dalam soal Akta 355 yang pihak bukan Islam percaya ia merupakan laluan ke arah hudud atau Pas bakal terpedaya lagi? (SH 23/11/2016).

36 comments:

  1. Aku ingat TS Muhyiddin dulu bersama menteri agama dah wujudkan satu jawatankuasa untuk mengkaji usul Pas tu. Masa tu dia dalam kabinet lagi. Dalam tahun lepas kalau tak silap. Apa dah jadi dengan jawatankuasa tu? Apa hasilnya?
    Asyik tubuh jawatankuasa jer. Dah berkoyan-koyan jawatankuasa ditubuhkan tapi duk tang tu jugak. Masalah tak jugak selesai.
    Lepas satu-satu jawatankuasa ditubuhkan. Lepas jawatankuasa ni, satu lagi jawatankuasa pula akan ditubuhkan untuk mengkaji keputusan yang dibuat oleh jawatankuasa ni. Dalam usaha untuk mengkaji keputusan jawatankuasa tersebut, satu lagi jawatankuasa ditubuhkan untuk menyelaraskan keputusan-keputusan yang dibuat oleh jawatankuasa tersebut. Kemudian satu lagi jawatankuasa dibentuk untuk menyelia mesyuarat-mesyuarat yang dijalankan oleh setiap jawatankuasa. Poning den.. Mengabiskan masa dan tenaga. Masalah tak jugak selesai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. J/kuasa masa TS Muhyiddin tu, dah wujud, di panggil J/Kuasa Teknikal Syariah di anggotai wakil kerajaan Pusat, Kerajaan Kelantan, hakim dan peguam syarie.

      Tujuan j/kuasa teknikal ini utk drafkan usul mintak persetujuan Majlis Raja2 last sekali di bawa ke Parlimen oleh Dato Jamil Khir sebagai usul kerajaan.

      Tak sempat Dato Jamil bawa usul, TGHH dah bawa usul RUU 355 yg di buat sendiri (mungkin PAS yg buat).

      So, j/kuasa tu dlm mesyuarat terakhir (selepas TGHH bawa usul ke parlimen) terus bubar jelah.

      Perlu diingat, J/Kuasa tersebut dah ke peringkat membawa draf usul ke Majlis Raja2 tetapi Majlis Raja2 minta supaya ianya di ubahsuai.

      Dan sebagai nota, kerajaan telah meminda Akta 355 beberapa kali sejak 1960an sehingga 1990an, dengan usul Pindaan Akta 355 di bawa oleh menteri kerajaan. Waktu itu, tiada sebarang bantahan oleh MCA, MIC, Gerakan atau mana2 parti komponen bukan Islam.

      Maklumat2 di atas, saya perolehi dari archive Utusan Online dan pelbagai sumber online. Sesetengah kenyataan2 berkaitan adalah dari ahli j/kuasa teknikal tersebut dan kenyataan Dato Jamil Khir sendiri. Boleh Google jika nak pengesahan.

      Delete
    2. Yg aku pelik, kenapa PAS tak nak mengharapkan J/Kuasa Teknikal Syariah tersebut (zaman TS Muhyiddin) walhal peguam PAS pun terlibat dalam J/Kuasa tersebut.

      Kenapa PAS nak bawa usul RUU 355, walhal usul tersebut lebih susah nak bentang di Parlimen sbb ianya usul Persendirian, berbanding kalau usul tersebut di bawa oleh Dato Jamil Khir sbb ianya akan menjadi usul Kerajaan ?

      Bukan Kerajaan tak pernah pinda Akta 355 sebelum ini. Malah RUU 355 ni pun bukan hudud, jadi RUU 355 ni sama macam pindaan akta 355 oleh kerajaan sebelum ini.

      Ada yg kata sebab dlm Kerajaan ada MCA, MIC, Gerakan, jadi sukar utk dapat berbincang. Habis tu dalam Pakatan Rakyat, takde DAP ke ?

      Mungkin ada sape2 boleh beri pencerahan ?

      Delete
    3. RUU 355 dijadikan bahan mainan politik..

      Delete
    4. Adi nak bawa sendiri sebab nak tunjuk pada pengikut pis, dia lah pejuang, kerana usaha dialah akta itu diluluskan.
      Apa beza dengan ' keluar duit untuk derma buat replika cek besar besar dan siar dalam tv'
      Tuhan tahu hati tak ikhlas, cuma nak cari nama, sebab itu umno boleh pulas kepala pak lebai......dunia...dunia(kata P.Ramli)

      Delete
    5. Haha..dari dulu lg UMNO terkenal dgn cara "tubuh jawatankuasa". Buang masa dgn perlantikan jawatankuasa dan selepas itu isu utama tidak nampak hasil. Alaa..nak tengok senang je. Cuba pergi ke kampung2 tgk sendiri JKKK kampung handle mesyuarat. Banyak sembang & perabih makanan je. Isu & masalah utama di kampung tidak juga selesai. Inilah bangsaku MELAYU.

      Delete
    6. Dia mana percaya orang umno yg telah dia kafirkan dari dahulu sehingga skrng ni.
      Kalau skrang eddie ah wang nak berbai'ah dgn umno sahkan ker?
      Bukankah umno tu kafir menurut amanat eddie ah wang.
      Dapat RM90 juta drp umno apa hukumnya pula.
      Eddie ah wang kau ni ulamak kepala butoh.

      Delete
    7. Anon 18:52 ada masalah jiwa.
      Pas tak caya kat umno, umno tak caya kat pkr, pkr tak caya kat bersatu, bersatu tak caya kat pas...itulah putaran politik. Selagi umno tak diubah atu ditukar, selagi pas tak diubah, šelagi pkr tak ditukar, selagi bersatu tak diperbetulakan selagi itu politik serabutkan negara akan berlangsung. Mwlayu dlm kerugian, cina dalam keriangan, india dalam kesukaan utk ambil alih kuasa dr melayu yg berpecah dan tak bijak.

      Delete
    8. Politic is politic lah brother..yg sampai mengkafirkan orang tu kenapa.
      Nabi dan para2 sahabat tak pernah buat amanat mcm orang kuat pas tu buat.
      Siapa yg tak betul dlm perkara ni? Siapa pula yg sakit jiwa?
      Cina tak ada yg lslam ker, lndia pun tak ada yg lslam juga ker?

      Delete
    9. Betul tu bro zack,
      Sebab tu aku cakap..sahabat2 nabi semakin berilmu semakin merendah diri. Ularmak2 & ostad2 PAS semakin berilmu semakin haramjadah & kafirkn org yg tak ikut diorg.
      P.A.S = Parti Ajaran Sesat

      Delete
    10. Assalamu alaikum wr wb,,senang sekali saya bisa menulis dan berbagi kepada teman2 melalui room ini, sebelumnya dulu saya adalah seorang Pengusaha Butik yg Sukses, kini saya gulung tikar akibat di tipu teman sendiri, ditengah tagihan utang yg menumpuk, Suami pun meninggalkan saya, dan ditengah himpitan ekonomi seperti ini, saya coba buka internet untuk cari lowongan kerja dan secara tdk sengaja sy liat situs pesugihan AKI SYEH MAULANA Di Website/situnya Saya pun langsug hubungi beliau dan Semua petunjuk AKI saya ikuti dan hanya 3 hari, Alhamdulilah benar benar terbukti dan semua utang saya lunas dan sisanya buat modal usaha, kata kata beliau yang selalu sy ingat setiap manusia bisa menjadi kaya, hanya saja terkadang mereka tidak tahu atau salah jalan. Banyak orang menganggap bahwa miskin dan kaya merupakan bagian dari takdir Tuhan, Takdir macam apa? Tuhan tidak akan memberikan takdir yang buruk terhadap kita semua, cobaan yang Tuhan berikan merupakan pembuktian seberapa kuat Anda bertahan di dalamnya, Tuhan tidak akan merubah nasib Anda jika Anda tidak berusaha untuk merubahnya. saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui Ritual Penarikan Dana Hibah AKI ZYEH MAULANA saya Bisa sukses, Jadi kawan2 yg dalam kesusahan jg pernah putus asah, kalau sudah waktunya tuhan pasti kasi jalan asal anda mau berusaha, AKI ZYEH MAULANA Banyak Dikenal Oleh Kalangan Pengusaha Dan Artis Ternama Karna Beliau adalah guru spiritual terkenal di indonesia, jika anda ingin seperti saya silahkan Lihat No Tlp Aki Di website/internet ~>KLIK DISINI<~ Wassalam

      Delete
  2. Soalan yg relevant yg perlu juga di tanya ialah adakah PIS juga ikhlas utk pembentangan RUU355 ni? Atau hanya mainan politik gang lebai malang?

    Puak2 ni, kalau tiada isu hudud, tak reti nak jual isu lain dah ... Bengong

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai...ramai lagih rakyat kelate dok dalam khemah sebab banjir besar 2 tahun lepah...tu pun tokleh nok selesai...dok caro ko RUU....bendo lagi penting tok caro pulok...meme bengong...

      Delete
    2. Padan ke muka...yg BANGANG undi lebai2 jual agama tu siapa suruh?

      Delete
    3. Lagi satu..aku cukup meluat dgn gelaran "Serambi Mekah", SEBABNYA ialah bapak segala maksiat kat kelantan bersepah2. Pil kuda, pelacur yg bayar & yg free setakat bawa jln2 & belanja makan, dadah & macam2 lg. Amat tidak sesuai gelaran serambih mekah digunakn utk negeri tersebut. Ayat org kelantan yg paling tidak boleh pakai..."jahat2 puok kito ni masih gi semayang" kahkahkah. Fikir2kn & selamat beramal

      Delete
  3. usaha kearah perlu disokong semua pihak dan diharap akan dijelmakan menjadi undang2 terbaik Malaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Soalan kacang dari budak sekolah kepada Amir-ul-Mukmimin UMNO bagi contoh Najis mukhalazah pun dia tak boleh jawab, kalau bab2 HUDUD, QISAS, DIAT & TAKZIR dibahaskan dalam Parliman, tak mustahil ada ramai lagi orang UMNO yang akan masuk ICU atau jadi iseng.
      Puak PAS ini pulak buta akal dan hati, dah tahu ramai Melayu yang tidak sokong perjuangan hudud kamu, masih tidak sedar diri.
      Terimalah sahaja hakikat yang kamu tidak akan memerintah Malaysia melalui PRU, sampai kiamat kamu akan menjadi Pembangkang. Kalau kamu bergabung dengan BN pun, geng2 Melayu Korup, MCA, MIC, Hindraf dan Gerakan dalam BN tidak akan menentang perjuangan kamu.

      Delete
    2. patut tak yah tanya2 buat je implemen je geset je jadikan undang2 untk kebaikan semuo.

      Delete
  4. Talian hayat parti jual agama Pas dan parti penyamun negara, Umno dgn menipu org2 Melayu dulu, kini dan selamanya.. Peralatkan Islam dan bangsa sendiri utk survival masing2.

    ReplyDelete
  5. Yang betul nya dua dua UMNO dan pas tak ikhlas ,dua dua pun main wayang kulit semata mata demi ,kerana baik UMNO mau pun pas adalah hanya parti politik yg matlamat nya adalah meraih undi walaupun dgn menipu rakyat .

    ReplyDelete
  6. Gwa dah cakap.... Umno memang kaki kencing.... kencingnya merata-rata... Pas memang suka kena kencing...terutama kencing kat serban...

    ReplyDelete
  7. Kesian akta355 itu pun kena main juga tak hairanlah bila kata agama islam agama rasmi tetai bak bentang akta 355 mengenai islam pun dipermainkan maba org melayu yg mengaku islam tu dan parti islam ini ikut telunjuk umno je macam sorong papan tarik papan buah keranji dlm perahu suruh makan akau makan suruh cakap akau cakap

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puki mak kau nurul hudah

      Delete
  9. LOGIK kat sini,kepala Perompak MENCURI WANG NEGARA,sanggupkah beliau meluluskan satu usul dimana kesalahan mecuri dipotong tangan.

    ReplyDelete
  10. Gerenti TAK LULUS. Adenan satem dah keluar arahan pada semua ahli parlimen sarawak untuk tentang 355. Isyarat jelas dari BN sarawak tak mau jv dengan PAS. PAS mana mau pusing lagi? Game over.

    ReplyDelete
  11. AKTA 355
    1. PAS hanya mahu menunjuk kpd rakyat yang mereka adalah pelopor islam dimalaysia. Supaya orang melayu undi PAS.
    2. UMNO berpura-pura sokong supaya tidak digambarkan "kurang islam" dari PAS. Supaya orang melayu terus undi umno/bn.
    3. Perjuangan PAS sekarang ini bukan untuk memerintah tetapi untuk MEMBUNUH AMANAH kerana dendam kesumat.
    4. Mana-mana parti yang bekerjasama dengan AMANAH adalah musuh PAS walaupun sebelum ini adalah rakan.
    5. PAS sedar sejumlah besar rakyat telah tolak UMNO, maka PAS mengharapkan rakyat yang benci UMNO itu akan sokong PAS dan bukannya parti sekutu AMANAH.
    PAS DAN UMNO DALAM DELIMA.

    ReplyDelete
  12. Tahun depan PRU14... modai baik tuuuu. Takkan PAS tak nampak permainan UMNO ni atau dah mabuk dikencing 13 kali. ... PAS dah jadi PISs... (yg suka ayaq kencing ni SETAN ja)

    ReplyDelete
  13. parti pak lebai yang suka d kencing...

    ReplyDelete
  14. Sesiapa sahaja yang masih lagi tak nampak atau masih lagi bertegas konon2nya tak ada kerjasama politik antara PAS dan UMNO adalah berbohong ataupun sekurang2nya bodoh piang. Dan melihatkan usaha2 pewalak2 PAS dengan bersungguh2 berusaha untuk memperlekeh dan memperlecehkan gerakan BERSIH (yang amat mirip malah seakan2 kembar dengan pencacai2 UMNO) merupakan satu tanda dan isyarat besar bahawa PAS sudah duduk dibawah kangkang UMNO. Tak syak lagi PAS mempergunakan Islam untuk kepentingan peribadi pemimpin mereka dan UMNO mempergunakan 'ketuanan melayu" (baca sebagai perkauman) untuk kekal berkuasa. Kedua2 parti tersebut sekarang sedang gundah gulana kerana gerakan BERSIH 5 sudah menampakkan perubahan pemikiran orang2 melayu.

    PAS yang dahulu sibuk berkokok dengan ekor bergelumang tahi bahawa tanpa mereka orang2 melayu tak akan menyertai BERSIH sudah terkulat2 seperti beruk kena belacan (melihatkan orang2 melayu turun menyertai BERSIH walaupun Hj Hadi dan gengnya dok kuar fatwa biol). UMNO pula yang selama ini dok canang bahawa BERSIH adalah gerakan yang cuba merampas kuasa oleh kaum cina sudah dibuktikan sebagai pelawok yang suka kencing merata2. Kedua2 parti itu dah mula runsing dan kedua2nya sudah mula risau dengan masa depan mereka dalam PRU akan datang. Maka sekarang ni dikeluarkanlah wayang kulit yang bertajuk "RUU 355" yang bertujuan untuk memperbodohkan orang2 melayu.

    Satu fakta yang amat penting yang perlu orang2 melayu dan islam faham adalah tentang peri pentingnya undang2 dilaksanakan secara adil dan saksama. Selagi undang2 duduk dibawah kangkang orang2 yang korup dan tidak bermoral maka undang2 itu tidak akan mencapai tujuannya malah berkemungkinan besar mendapat laknat dari Allah. Perkara ini dapat kita amati dari penguatkuasaan undang2 dalam negara kita dimana perasuah2 dan para penyeleweng terselamat dari penghakiman manakala orang2 yang menegur serta mendedahkan salahguana kuasa pula yang telah dihukum. Mengubal dan meminda undang2 tidaklah kritikal tetapi apa yang lebih penting dan kritikal adalah merubah dan memperbaiki pentadbiran serta penguatkuasaan undang2 itu. Inilah yang diinginkan oleg gerakan BERSIH dan inilah yang ditentang oleh UMNO dan PAS. RUU355 walaupun amat baik tetapi selagi ia berada dibawah tunggangan puak2 yang zalim, undang2 itu akan bertukar menjadi alat cemeti yang akan membantai dan menyakiti rakyat.

    Maka apa guna kita dok sibuk nak pinda RUU selagi kita tak dapat ubah para pentadbir dan pengkuatkuasa yang lebih ikhlas dan adil. Apa yang PAS buat ini adalah meletakkan kereta dihadapan lembu (putting the cart before the horse). Ianya tidak menghairankan kerana usaha Hj Hadi bukanlah untuk memertabatkan Islam tetapi memperkudakannya untuk kepentingan politik. Birds of a feather will flock together and it would seem that PAS and UMNO are from the same flock. Don't be deceived by their lies about not being on the same page. Both parties are the enemy and they do not want the people to be united because our unity will ensure their demise and extinction. So lets ensure the extinction of these two dinos and stop them from ever preying on the people again through religion and racism. Send them to the landfill and be done with them. Next PRU, lets vote those who support the people and their will which is BERSIH!

    Nick.
    Cape Tiger.

    P.s- I'm sorry TSMY, but I will not vote for PAS! Anyone who is against BERSIH is the enemy and PAS is against BERSIH!

    ReplyDelete
  15. BERSIH aka HISREH dlm kamus lama bermaksud PELIWAT

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lompat si katak lompat
      Lompatlah tinggi tinggi
      Cepatlah katak cepat
      Menang 50 kerusi dah boleh jadi perdana menteri.

      Delete
  16. Salam Bro

    Anda percaya UMNO sokong Hadi punya bill?...Heh!...mimpi pun bukan mimpi. Jelas UMNO mempermainkan PAS...UMNO hanya menabur gula gula supaya PAS tak lari sokongan terhadap UMNO...atas nama Agama konon...Percayalah Hadi dan kumpulan keroncongnya hanya jadi pelempias napsu UMNO untuk menjamin MO1 dan UMNO memegang tampok kuasa.

    MO1 tersepit...hanya PAS yang dapat melonggarkan jepitan tersebut...(tapi tak dapat nak melepaskannya)...PAS dipujuk rayu agar nantinya PAS dapat memecahkan barisan pembangkang dengan mengagalkan rancangan satu lawan satu PRU 14.

    PAS parti lembik...UMNO parti rosak dan pencuri...mereka sama sama perlukan sokongan melayu/Islam sebagai teras...sebab itu mereka sanggup meggadai agama sebagai umpan kepada pengundi Melayu/Islam. Apakah tanpa UMNO dan PAS melayu akan jadi kapir?...dan Islam lenyap dari bumi Malaysia?

    UMNO dan PAS adalah kumpulan Pencuri dan Agamawang. Melayu pantang kalau agama mereka "terancam"...itulah senjata UMNO dan PAS...agama dilacurkan demi politik.

    Kalau benar UMNO dan PAS memperjuangkan agama...Kenapa RASUAH dan PENCURI dipertahan dan dilindungi?

    Its full of chicken shit!

    Bro,

    Sampai sekarang...ada ke UMNO, MO1 dan PAS menafikan tuduhan (sebenarnya fakta) bahwa:

    Duit masuk dalam akaun peribadi MO1.
    PAS dituduh menerima dedak dari MO1.

    PAS kata nak saman tapi habok pon tarak!...apatah lagi tunjuk bukti dengan penyata bank dsb.

    Both UMNO and PAS are rotten to the core...There is only one way they should go...flush it down the jamban!

    Demi keselamatan negara dan masa depan jenerasi pewaris.
    Biarkan PAS dengan gila bayangnya.
    Nyahkan UMNO and MO1 SEKARANG!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biaq pi larr PAS nak kawen dgn UMNO dan threesome dgn Perkasa kemudian bukake dgn parti2 sampah BN yg lain.

      PRU akan datang hanya ada DUA PILIHAN sahaja - Gabungan Pembangkang Vs Gabungan Penjilat BN.

      - YBhg Glowing Grandfather, Jeronggos Jonggang.

      Delete
  17. Sikit hari esok hadi akan umumkan pindaan amanatnya dulu rasanya

    Mengundi amno dianggap sebagai jihad

    Menyokong pas diqiaskan sebagai penerima syafaat

    Menentang kedua2nya disamatarafkan dengan firaun, qarun dsb..

    Mampoih le org melayu cenggini..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...