Tuesday, 29 November 2016

ECRL - PELABURAN ATAU HUTANG?


Dalam wawancara sempena Perhimpunan Agung UMNO di televisyen malam semalam, antara perkara yang disebut oleh Najib Razak ialah berkaitan pelaburan dari China.

Sambil merujuk kepada projek Landasan Keretapi Pantai Timur atau ECRL, Najib berkata, "kalau kita tak bawa masuk pelaburan, mereka kata kita gagal, bila kita bawa masuk, mereka kata kita gadai."

"Selama ini tak timbul...apa beza dengan pelaburan dari Jepun, Eropah dan China?" soalnya.
Projek ECRL ialah pembinaan landasan keretapi menghubungkan antara Tumpat di Kelantan sehingga ke Pelabuhan Kelang dengan jarak sejauh 688 kilometer dan menelan kos sebanyak RM55 bilion.

Apakah projek ECRL itu suatu pelaburan atau hutang?

Jika dilihat berdasarkan  fakta yang dibentangkan sebelum ini, projek ECRL itu diserahkan kepada syarikat China untuk melaksanakannya dengan pembiayaan penuh, juga oleh bank dari China yang diberikan kelulusan untuk membuka cawangannya di Malaysia.

Tempoh bayaran baliknya ialah selama 20 tahun.

Bagaimana Najib boleh mengatakan ECRL adalah suatu pelaburan, sedangkan kita kena membayar balik perbelanjaan yang dikeluarkan oleh syarikat China untuk tempoh selama 20 tahun?

Sejak bila terma pelaburan perlu dibuat bayaran balik?

Bukankah ia sebenarnya suatu bentuk hutang dengan China?

Apakah  tiada syarikat tempatan yang mampu melaksanakan projek ECRL itu?

Sudahlah begitu, diberikan pula lesen bank, pembelian kapal laut, keretapi laju ke Singapura dan pelbagai lagi, semuanya juga kepada syarikat dari China.

Dengan itu, salahkah jika ada yang mengatakan kita bukan saja gagal, malah juga sedang menggadai? (SH 29/11/2016).

61 comments:

  1. Bukan keliru, tapi sengaja mengelirukan. Pelaburan tu adalah hutang dan komisyen. Komisyen utk penyamun, hutang utk ditanggung rakyat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul 100 peratus jatuh atas kepala 'najib antu'(najib hantu....he..he).

      Delete
    2. beruntung di M'sia mcm gelaran korang beri.

      berita 21 November
      ALABAMA - AMERIKA SYARIKAT. Seorang anggota polis dipecat Rabu lepas selepas didapati memuat naik perkongsian bersifat rasis yang merujuk kepada Michelle Obama.

      Laporan Dailymail mengatakan Joel Husk, 37 memuat naik perkongsian 'lawak' yang mengatakan 'Melanie Trump fasih dalam bahasa Slovenia, Inggeris, perancis, Serbia dan German'.

      Dalam perkongsian tersebut juga menulis 'Michelle fasih berbahasa 'ghetto' (gangster)'.

      Datuk Bandar Talladega, Patrick Bryant berkata muat naik kenyataan berkenaan melanggar polisi polis dan media sosial.

      "Kami tidak bertolak ansur dengan kelakuan sebegini," kata Patrick.

      Delete
    3. No problem nak tunjuk hutang sebagai investment. Malaysia ada ramai Accountant yang boleh membantu Penyamun dalam kerja songlap-menyonglap , semudah memasak Maggie, these bastard boleh tunjuk hutang kepada investment dalam akaun.

      Slow betul otak kaorang !

      Nak harap auditor tangkap Penyamun, tunggulah sampai kiamat, ada ramai Auditor di Malaysia yang bahlol dan bebal, walaupun Auditor selalunya Mata Sepet dan berkulop. Taklah sepandai mana pun mereka, konon2ya bagus dari Melayu, Auditor yang bermata Sepet bukan hanya kena kecing atas kepala,Penyamun kencing dalam mulut.

      Delete
    4. Assalamu alaikum wr wb,,senang sekali saya bisa menulis dan berbagi kepada teman2 melalui room ini, sebelumnya dulu saya adalah seorang Pengusaha Butik yg Sukses, kini saya gulung tikar akibat di tipu teman sendiri, ditengah tagihan utang yg menumpuk, Suami pun meninggalkan saya, dan ditengah himpitan ekonomi seperti ini, saya coba buka internet untuk cari lowongan kerja dan secara tdk sengaja sy liat situs pesugihan AKI SYEH MAULANA Di Website/situnya Saya pun langsug hubungi beliau dan Semua petunjuk AKI saya ikuti dan hanya 3 hari, Alhamdulilah benar benar terbukti dan semua utang saya lunas dan sisanya buat modal usaha, kata kata beliau yang selalu sy ingat setiap manusia bisa menjadi kaya, hanya saja terkadang mereka tidak tahu atau salah jalan. Banyak orang menganggap bahwa miskin dan kaya merupakan bagian dari takdir Tuhan, Takdir macam apa? Tuhan tidak akan memberikan takdir yang buruk terhadap kita semua, cobaan yang Tuhan berikan merupakan pembuktian seberapa kuat Anda bertahan di dalamnya, Tuhan tidak akan merubah nasib Anda jika Anda tidak berusaha untuk merubahnya. saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui Ritual Penarikan Dana Hibah AKI ZYEH MAULANA saya Bisa sukses, Jadi kawan2 yg dalam kesusahan jg pernah putus asah, kalau sudah waktunya tuhan pasti kasi jalan asal anda mau berusaha, AKI ZYEH MAULANA Banyak Dikenal Oleh Kalangan Pengusaha Dan Artis Ternama Karna Beliau adalah guru spiritual terkenal di indonesia, jika anda ingin seperti saya silahkan Lihat No Tlp Aki Di website/internet ~>KLIK DISINI<~ Wassalam

      Delete
  2. Artikel ajak org jadi zombie. hehehehe .. takuttt .. M'sia lelong ke China malah dari dulu lagi ke serata Negara yg berurus niaga ... ok hal ni berlainan kononnnye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. zombie dari buat klcc, buat putrajaya, buat dayabumi, buat jambatan pulau pinang, buat proton, buat pengswastaan, buat lumba kereta sepang dan gadai segalanya bermula serangan DAPig dan disambung Mahathir. Ok lah Mahathir buat semua betul ... masih bayar faedah tol, masih pertahankan proton pump duit saban tahun kroni sedut melalui pembekalan. nak tutup Proton apa hal ribuan pekerja tu pulak, pembangkang nak potong pekerja awan separuh .. ok tak semua yg betul2 bekerja, mahu nanti perguruan kena kerja lebih waktu pagi hingga ptg. Agak2 lah nak tulis tu.

      Delete
    2. Anon 10.52,
      Kau ini nanti orang kata masih tak faham kau marah aku tak mau la kata buta hati kasar tapi geng geng UMNO sekarang depa boleh cakap macam tu sebab PM mula sebut bangang.

      Beza dengan pelaburan dari China ia merupakan satu hutang yang kita kena bayar dan memburukan lagi keadaan hutang kena bayar pada negara luar faham ini duit akan mengalir keluar...kau cerita pasal Proton . KLCC .jabatan pulau pinang , Sepang race curcuit tol plus d.l. tu semua dalaman tiada pengaliran keluar wang negara..jabatan pulau pinang kita tak hutang dari negara luar...macam najib ini dah la buat projek belipat ganda mahal projek dari harga pasaran kerana nak sapu komisen hutang tu pasti rakyat kena bayar kemudian disebabkan kesemua pembinaan ini dari barang barang pembinaan,tenaga kerja mahir dan sebagainya dari China wang berbillion billion akan hayut keluar kenegara China untuk bayar balik hutang dan juga mengunakan tenaga dan kelengkapan operasi mereka.. walhal semua projek ini boleh dilakukan oleh syarikat dan jurutera tempatan contoh rail keretapi elektrik berkembar KL - Padang besar semua di bina oleh syarikat tempatan seperti Gamuda dan United Engineer. Jadi tak la membazir kerana orang tempatan boleh buat.

      Tapi apakan daya syarikat tempatan tak mampu nak bagi wang mark up komisen berbillion billion dan secara bayar dulu.Kemudian takut nanti perkara ini dah tak sulit bawah OSA..dan Najib serta kuncu kuncu nya masih yakin orang melayu masih ramai yang bodoh.

      Delete
    3. Anon 10:52,.....kamu tak boleh beza pembangunan utk rakyat dan cuba mencuri duit rakyat.

      Delete
    4. Sebab tak ada orang tempatan boleh buat keretapi laju. Sebab tu suruh orang luar buat. Menara MAYBAN kat Pudu, orang luar yang buat sebab kita tak leh buat. KLCC pun orang luar buat, termasuk Menara Kuala Lumpur. Syarikat tempatan sebagai syarikat usahasama saja. Supaya kita belajar apa jua teknologi dari mereka. Akhirnya kita kini dah boleh buat bangunan tinggi dah. Terowong SMART pun orang luar yang buat. Orang tempatan tak leh buat. Tapi kini projek MRT, kita dah boleh buat terowong sendiri dah. Semua ini cara peralihan teknologi masuk ke Malaysia. Dulu kita tak leh buat kereta dan motorsikal, sekarang dah boleh. Setelah ada usahasama dengan syarikat kereta luar. Semua Negara buat cara macam ini termasuk Singapura. Percayalah dengan Malaysia. :)

      Delete
    5. Masalahnya ano 12.43, sykt cina yg skg ni da x nak gunakn lgk bantuan dr rakyat tempatan.. semua tenagakerja diorang nak bwk dr cina dgn alasan kos tenagakerja dr sana lebih murah.. jadi camna rakyat kita nak bljr sesuatu lgk.. tak ada situasi "win win" langsung bg rakyat kita... awak tolong la pahamkn disitu... tolong baca elok2 ya ano 12.43... paham kn ayat saya...

      Delete
    6. Ano 12.43...research dulu sblm buka mulut. Sedap tulis peralihan teknologi....sejak bila syarikat2 china pindah teknologi ke syarikat2 berstatus tempatan? Di negara mana? China banyak melabur di negara2 afrika, cuba kau research ada tak technology transfer? Kau research...kemudian kau akan faham kenapa singapore tak peduli pun FDI dari china. Ini perihal international business bro, kau kena baca international publications macam bloomberg, ft, cnbc, economist, wsj....baru kau faham.

      Delete
  3. Setiap hari membaca gelagat dan tindak tanduk si Najib yang bodoh,bangang dan bangsat ini,hanya membuatkan darah aku menyirap.Kalau ini di Colombia,Nicaragua atau Pakistan,...depa dah mampuih di tengah jalan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pebenci umno sepanjang hayat termasuk mantan 10:54

      Delete
  4. atas cadangan arwah din turtle, saya tlh menyediakan satu artikel mengenai projek ini.

    d jemput membaca dlm blog arwah..

    semua kami (industry players n rail consultants) amat terkejut n tergamam apabila dtp mengetahui kos projek ECRL ini.

    tidak salah kalau kita semua membuat kesimpulan bahawa 'rompakan d siang hari' sedang d usahakan melalui projek ini.

    amat memalukan sekali apabila najib masih berusaha utk menipu dgn mengatakan ini 'pelaburan'.

    saperti lah seorang bapa yg terdesak kerana banyak hutang akibat berjudi n terpaksa menjual anak dara sunti nya kpd bapa ayam. hutang bapa langsai ,bapa ayam berkongsi membuat keuntungan besar tapi anak nya merana seumur hidup.

    ini semua semata mata utk memasti kan scandal 1MDB dpt d tutup n rakan gelap pasangan klepet ini (jho lo) dpt d lindungi. dgn berbuat demikian, ia nya akan dpt juga melindungi mereka.

    sudah terlalu ramai warga yg sudah hilang kepercayaan n hormat terhadap pemimpin durjana ini.

    cukup tidak bertanggung jawab!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. SEMOGA ALLAH MAHA MENDENGAR RINTIHAN HAMBANYA TERHADAP NAJIB DALAM BLOG EN BUDIN INI.

      Delete
    2. Demi untuk selamatkan kuasa....apa saja akan dibuat. Walaupun menghalalkan benda yg haram.

      Pecah amanah dan halalkan duit samun......hidup bermewah-mewahan dgn tak ada soal-jawab sedangkan rakyat miskin curi barang makan ditangkap tapi bapak penyamun terlepas begitu saja.

      Sebenarnya hati hitamnya tu tau dosa2 yg dia buat......tapi demi nak pertahankan kuasa maka mulutnya sentiasa berbohong dan menipu.......kemudian dipangggil semua tukang angguk mengiakan dan menyokong apa yg keluar dari mulutnya.

      Ini semua kerana kuasa. Kuasa tu ialah talian hayat yg menjadi benteng untuk mengelak dari sebarang dakwaan dan tangkapan.

      Berlindung di sebalik akta dan kuasa demi nak selamatkan diri dan keluarga.

      Tak boleh tidak.....apa saja yg boleh selamatkan kuasanya akan dibuat.

      Inilah orang yg pikir dia bijak sampai dia lupa ada yg lebih bijak dari dia.

      Inilah org yg kata kononnya dia cuma takutkan Allah saja......tapi tak pula takut dgn hukum Allah dan dosa makan wang haram yg dicatit di buku kirinya.

      Pelik tapi benar tapi jangan lupa kamu dalam pengawasan Allah. Hukum Allah sedang berjalan dan kamu penyamun akan jatuh juga akhirnya.

      Pada yg berakal......jangan harap apa2 kebaikan dari org yg munafiq, tidak amanah dan penipu........sebab segala yg dibuat hanya akan menjurus kepada kemusnahan dan jahanam saja.

      Delete
  5. Ini adalah satu projek gajah putih yg ingin dibina oleh najib skandal. Sedangkan keretapi pantai barat pun suam2 kuku ada hati nak bina lagi satu dipantai timur. Sistem lrt di kl yg murah tambangnya pun dinaikkan lebih 100% oleh najib ni. Itulah yg mampu dibuat oleh beliau. Ini semua projek nk paw duit rakyat utk bajet pru utk kekalkan kuasa. Cukup2 la memperbangangkan rakyat. Yg boleh terima idea2 kau ni jib hanyalah org yg level sama bahlol spt saleh kruak, rahman dahlan, jamal jamban, tajudin pasir salak, nazri aziz serta pemakan2 dedak tegar yg ketawa terbahak2 dlm dewan persidangan amno pwtc!

    ReplyDelete
  6. Dan pemakan dedap pun terus anggok tanpa berfikir antara pelaburan atau pengadaian..

    ReplyDelete
  7. Pelaburan = China bawak masuk duit...bina...operate ERCL...

    Hutang = China bawa masuk duit..MO1 pinjam...pastu bg kontrak kat comp China...operate oleh comp Malaysia untuk bayar hutang kat Bank China.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dengar khabar.. desas desus .. 100b
      Betul ke??

      Delete
    2. Dengar khabar lagi...
      Syarikat lawya..buat bangunan,bangun retak. Buat jambatan jambatan hancur. Dibanned oleh US
      Betul ke?
      Terbaca kat media sosial.
      Saya lebih meminati media sosial dari media perdana.
      Jangan kecil hati pula wartawan2 perdana ya...

      Delete
    3. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  8. Pokoknya projek ECRL ni tidak feasible. Umpama berbelanja besar membeli BMW untuk digunakan sebagai teksi. Tak mungkin hasil kutipan tambang mencukupi untuk membayar balik hutang, walaupun pada kadar faedah yang teramat rendah. Lagi teruk, kita bukan dapat BMW, tapi kereta made in China yang tak tentu lebih baik dari segi kualiti berbanding Perodua atau Proton. Hampeh!

    ReplyDelete
  9. Pelaburan itu pengundi Felda akan bangga kerana Malaysia bakal punyai landasan kereta api yg paling termahal di dunia, "biar papa,asal kita bergaya". Negara-negara lain sperti jepun ke Peranchis ke melabur dgn cara ikatan tapi negara China ini melabur, tanpa sebarang ikatan. Biasanya mereka,"tak peduli dengan dana pinjaman itu". Inilah org kita paling suka. Ingat lagi Obama mengingatkan dlm sidang akhbar APEC di Peru, Lima, "siphon off development funds into Swiss bank accounts because they're corrupt.". Inilah Implikasi dengan pelaburan ini, tetapi kena ingat,mesti ada agenda tersembunyi pihak yg bagi pinjaman atau pelaburan ini.

    ReplyDelete
  10. cakap dema ni tak buleh pakai yeop...org klepet ni macam ni anggap rakyat ni bodoh benor

    ReplyDelete
  11. The Dumb, Dumber and The Dumped!

    Bullshit Finance Minister. Kalau pelaburan tak perlu bayar balik...Kalau kena bayar balik tu HUTANG!...as simple as that.

    Another 1MDB in the making!...Those idiots.

    Damned you Najib!
    Damned UMNO!
    Damned those who are in cahoots with MO1!

    Do you still listen and believe these morons?

    Damned! Damned! Damned!

    ReplyDelete
  12. Sekiranya bank dari China beroperasi di sini, maka akan berduyun duyunlah kaum cina bertukar ke bank tersebut, maka apa akan terjadi pada bank tempatan. Jangan terkejut sekiranya suatu masa nanti kekayaan negara dimiliki oleh rakyat China setelah sebelum ini pun kaum cina malaysia mendominasi kekayaan negara.Melayu merintih dibumi sendiri.

    ReplyDelete
  13. Inilah pemikiran Najib sekarang.

    Pelaburan menguntungkan negara. ECRL... apa untungnya? Mark-up gila babi punya tinggi.. babi pon tak gila macam ni. Semua barang kena ambil dari China. Barang dari Malaysia tak boleh pakai ke? Mana involvement KTM?

    ReplyDelete
  14. kesian... bahan yang hanya layak untuk "mahkamah persepsi" bukan kebenaran yang selayaknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Persepsi lagi?Kau pun bangang!Orang bodoh tak akan faham apa itu kebenaran.AG tu la mahkamah penyamun.Penyamun sudah kuasai sistem.

      Delete
  15. DBP kena ambil perhatian.

    Definisi pelaburan mestilah dimasukkan perkataan hutang dan begitu juga sebaliknya. Tiada justifikasi dibenarkan.

    Terma 'bermaharajalela' juga mesti ditukar kepada 'bernajibpunyasuka'.

    Barulah rakyat semua khususnya orang Melayu boleh terima penjelasan pak Ajib ni (dari sudut bahasa je la, bukan sudut fakta).

    ReplyDelete
  16. dulu orang kata penyakit kencing manis amat merbahaya n kena cari penawar cepat2.

    tapi sekarang penyakit 'kencing rakyat' lebih merbahaya tapi pendedak najib kata tak apa, kerana rakyat yg merana.

    nasib kau lah kassim!!!

    ReplyDelete
  17. Apalah MO1 ni,nak bohong pun tak pandai...kantoi pasal tak dapat bezakan antara pelaburan atau hutang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ko melabur pakai tunai bodooh ... dari dulu businessman kaya raya semuanya pakai loan/cagar bro. ko tak nak baya toksah naik perkhidmatan tu nanti ye .. that simple. ko jadi pm esok toksah buat apa2 saja yg dinamakan pembangunan. awak tahu tak duit rolling keep on roll with benefit. ko simpan je duit tu bawah bantal. baya sikit cukai gst tu je nak kecoh. ko tiap2 tahun terlepas cukai sbb tak cukup haul tu nak heboh. org lain bayar minima 1k hingga beratus k pun tak bising mcm awak le.

      Delete
    2. 14.12...apa ko merepek?

      Delete
    3. 14.12 Melenting.Bodoh piang upe nye

      Delete
    4. Kepada mat anon 1412,

      Sebelum nak membodohkan org lain, balik rumah cermin diri tu dulu.

      Kalau dah bodoh nak mampos tu duduk diam2 je.

      Nanti dah berkicap idung baru nak paham kebodohan sendiri baik tak payah.

      Delete
  18. Ni sebahagian daripada blogpost yang aku ambil dari blog arwah Din Turtle yang telah beliau petik dari blog darah tuah. Al-fatihah..

    4. Khusus mengenai ECRL yang hebuh sekarang ini, izinkan saya mendapat beberapa penjelasan dari YB Menteri:

    a) Sesungguhnya Projek ini bukanlah projek baru. Kajian telah dibuat oleh JICA pada tahun 1984. Anggaran kos pada masa itu dilaporkan sebanyak RM7 bilion. Kini ianya telah meningkat hampir 700%kepada RM55 bilion. Saya akui kos telah dan meningkat tetapi adakah ianya setinggi itu? Dalam pada itu, pendapatan rakyat dan negara tidaklah pula melonjak setinggi dan sehebat itu. Justeru apakah penyebab lonjakan tersebut?

    b) Yang lebih penting lagi ialah jika dulu, dengan kos sebanyak RM7 bilion, didapati ianya tidak viable, apakah kini dengan kos sebanyak RM55 bilion sudah menjadi viable? Sudahkan Feasibility Study dan Cost Benefit Analysis dibuat? Apakah penemuan-penemuanya?

    Berapakah harga tiket penumpang pergi balik KL – Kota Baru yang akan dikenakan berbanding dengan harga tiket tambang murah kapal terbang? Berapa lamakah perjalanan ke destinasi yang sama berbanding kapal terbang?

    Berapa ramaikah penumpang setahun yang diunjurkan berbanding dengan threshold bilangan penumpang yang diperlukan untuk mencapai Break Even Point (BEP)? Berapa banyakkah pula kargo setahun yang diunjurkan berbanding dengan threshold  muatan kargo yang diperlukan untuk mencapai BEP?

    c) saya juga perhatikan dari laporan-laporan yang saya baca, kadar kelajuan maksima ECRL kita ini hanyalah 170 km sejam manakala kosnya pula ialah RM92 juta seKM. Jika dibandingkan dengan kelajuan dan kos seKM kita dengan HSR di Turkey (250 Km/jam; RM25 juta/Km); Sepanyol (300 Km/jam; RM34 juta/Km), Jepun (320/Km; RM36 juta/Km), Perancis (320/Km; RM37 juta/Km) dan China (350 Km/jam; RM66/Km) maka kos ECRL memanglah boleh menjadi bahan polimik.

    d) saya sedar hostile terrain boleh menyumbang kepada kos yang tinggi berbanding terrain yang mesra alam. Jika alasan inilah yang diberikan maka saya ingin menarik perhatian YB Menteri bahawa, secara perbandingan, HSR Turkey menghadapi a very difficult stretch of about  200 Km, memerlukan  39 buah terowong dan 33 jambatanmanakala our difficult stretchhanyalah 60 Km di Karak – Bentung, sebuah jambatan di Temerluh dan  tanah lembut sepanjang 7 Km di Kuantan. Justeru berikanlah saya sebab-sebab lain yang munasabah.

    e) seterusnya apakah syarat-syarat dan terma pinjaman tersebut seperti kadar faedah, tempoh bayaran balik, grace period, asset swapping (jika ada), bekalan atau supplies seperti bahan binaan dan makanan, pengambilan pekerja asing dan tempatan secara langsung, kuota khas untuk Bumiputera dari segi kontrak, pekerjaan dan bekalan bahan binaan dan makanan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk Din Turtle...Alfatihah
      Huh... nak ke MO1 jawab?
      Relax betul dia membodohkan kita ye.. Siap PRU14.
      Tapi bila Tun sebut tentang 700 000 ic baru..
      Gerun juga pada si mala'un ni. Tambah pula masih ramai mangkuk2 ayun di buai oleh BR1M

      Delete
    2. MoF atau MO1 takkan jawab
      as usual buat diam aje hoping rakyat tak tanya lagi
      aku baca artikel tu dah lama dah di blog arwah tapi smpai la ni pun takdak sapa dr pihak najib yg berani jawab

      Delete
  19. hanya org bangang saja yg masih percaya kata-kata si najibon ini

    ReplyDelete
  20. 1MDB pun dikatakan pelaburan tapi hakikatnya berhutang.
    ECRL syarikat bina dulu..kerajaan bayar hutang kemudian.

    Pelaburan strategik katenye..
    Entah2..nak cari modal dr projek itu utk bayar hutang 1MDB.
    Bukan blh caya penyamun2 sekor tu.
    Cakap asyik menipu aje.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nk bayar utang wan emdibi + dedak 5-6 kapal (banyak bela Ayam maka bykla dedak kena standby + duit joli bini

      Delete
  21. pelaburan laa tuu...sbb nti bila daa buka... ECRL akn meniaga service mereka..mcm byar tol....last2 yg bayar balik pembeli tiket + hasil2 kutipan cukai dari rakyat malaysia..nti akn trjadilaa kisah naik turun harga tiket...huhuhuhu...yg untungnye nti pak2 menteri dpt naik free...heee

    ReplyDelete
  22. Ecrl bukan pelaburan FDI. Ianya perbelanjaan pembangunan infrastruktur oleh kjaan msia (bukan china). Itu dah jelas, yg tak sekolah jerr terima ianya sebagai pelaburan.

    Perbelanjaan ecrl tidak diperlukan, malah membebankan dari segi hutang. Lebuhraya2 yg sedia ada sudah cukup utk tujuan pengangkutan. Sesak bermusim adalah perkara biasa di mana mana. Kita masih belum dimaklumkan kjaan mengapa ecrl diperlukan. Tiada siapa dapat memberi jawapan kenapa ianya diperlukan. Sama spt klia2, kenapa ianya dibina, walhal air asia dari awal dah kata subang airport pun dah ok, malah air asia kata ia boleh bina airport sendiri. Skrg rm4B habis buat klia2, lebih gah sebagai shopping kompleks yg ada runway. Tak masuk akal kena jalan jauh dalam airport, kena lalui kedai2 dulu, baru sampai kaunter check in...menyusahkan org.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cubaan alih tiang gol oleh macai amno.

      Ptuih..

      Delete
    2. Cubaan alih tiang gol oleh macai amno.

      Ptuih..

      Delete
  23. Memang otak udangla ko najib sipengepit telor

    ReplyDelete
  24. Kalau kat negara china..mamat yg penipu..pembunuh..perompak ni pasti dh kena hukuman tembak sampai mati. Menyusahkan orang ramai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju!!!Hukuman mati kepada semua bila dibuktikan terlibat dan bersalah.

      Delete
  25. Ulang sekali lagi...

    Pelaburan sebelum ini.. company jepun bawak masuk duit..bukak kilang di malaysia..risiko pada company jepun...

    Pelaburan = China bawak masuk duit, company china bina ecrl, company china operate ecrl...risiko company china..

    Hutang = Bank china bawak masuk duit...Malaysia pinjam duit Bank China...Malaysia guna duit bagi kontrak kat company China bina ECRL...Malaysia operate ECRL...Malaysia bayar hutang ECRL..risiko Malaysia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jepun = Dapat faedah pelaburan dan imbuhan pengurus Jepun

      China = Dapat faedah pinjaman, keuntungan kontrak ECRL, imbuhan pekerja dan pertukaran asing.

      Malaysia = Dapat BEBAN HUTANG dan BEBAL !!

      Delete
  26. Itu ler kalo dah buat sesuatu asyik dengor ckp org, cer pikio guna otak sendiri..apa le punya pm..otak yg ada asyik pikio nak ngelat ajer..gebang teben le kome..

    ReplyDelete
  27. Agak2 bila la si Jimah ni nak kena hukuman gantung. Nak tengok jugak kot2 keluaq dlm tv

    ReplyDelete
  28. Masalahnya ramai yang langsung tidak tahu perbezaaan antara pelaburan dan hutang ! Dia orang hanya tahu cari duit, belanja berhibur dan habiskan duit. Kalau ditanya pasal ekonomi Negara dan hala tuju serta beban hutang, budak grad uni dan dah kerja pun tak tahu. Manalah nak maju ?

    ReplyDelete
  29. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  30. set umno tak leh jawab segala isu... yg cerdik pandai dah keluar umno tinggal budak SRP dan mat rempit dlm umno

    ReplyDelete
    Replies
    1. ....dan samseng taik kucing

      Delete
  31. pemimpin yg masih tinggal dlm umno ialah jamal keranda berjamban

    ReplyDelete
  32. Hello,
    Saya Puan Olivia Daniel, pemberi pinjaman pinjaman swasta yang memberikan pinjaman peluang seumur hidup. Adakah anda memerlukan pinjaman segera untuk membayar hutang anda atau anda memerlukan pinjaman untuk meningkatkan perniagaan anda? Anda telah ditolak oleh bank-bank dan institusi kewangan lain? Adakah anda memerlukan pinjaman penyatuan atau gadai janji? mencari lebih banyak kerana kita berada di sini untuk membuat semua masalah kewangan anda satu perkara yang telah lalu. Kami memberikan pinjaman dana kepada individu yang memerlukan bantuan kewangan, yang mempunyai kredit yang buruk atau memerlukan wang untuk membayar bil, untuk melabur dalam perniagaan pada kadar 2%. Saya mahu menggunakan medium ini untuk memberitahu anda bahawa kami memberikan bantuan yang boleh dipercayai dan benefisiari dan akan bersedia untuk menawarkan pinjaman. Jadi hubungi kami hari ini melalui e-mel di:
    (Oliviadaniel93@gmail.com)


    DATA PERMOHONAN

    1) Nama Penuh:
    2) Negara:
    3) Alamat:
    4) Negeri:
    5) Seks:
    6) Status perkahwinan:
    7) Pekerjaan:
    8) Nombor telefon:
    9) Kedudukan Semasa di tempat kerja:
    10) Pendapatan bulanan:
    11) Jumlah Pinjaman yang diperlukan:
    12) Tempoh Pinjaman:
    13) Tujuan pinjaman:
    14) Agama:
    15) Adakah anda memohon sebelum:
    16) Tarikh lahir:
    Terima kasih,

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...