Sunday, 23 October 2016

ZAHID TIDAK DIPERCAYAI, HISHAM KURANG DIYAKINI, KJ DIPROJEK PENGGANTI TERKINI?


Salah satu perkara yang menjadi perbualan ramai dalam Bajet 2017 yang dibentangkan Najib Razak Jumaat lalu ialah TN50 atau Transformasi Tahun 2050 yang secara jelasnya akan memadam Wawasan 2020 yang merupakan ilham Tun Mahathir Mohamad.

Dalam ucapan belanjawannya itu, Najib berkata, TN50 adalah azimat dan harapan masa kini untuk menggantikan Wawasan 2020 yang harus dibiarkan sebagai legasi yang berlalu pergi.
Dengan mencipta TN50, ia bukan saja bermakna Wawasan 2020 tidak lagi menjadi sebutan, malah pastinya juga membuatkan ia akan terus dilupakan.

Berduyun-duyunlah pemimpin UMNO selepas ini akan bercakap mengenai TN50 dalam perbualan, ucapan serta sebutan harian.

Tidak merobohkan KLCC, Putrajaya atau Seri Perdana, legasi Tun Mahathir yang paling awal dilenyapkan oleh Najib, sesuai dengan desakan bertali arus oleh pemimpin-pemimpin UMNO ialah Wawasan 2020.

Dalam ucapannya ketika membentangkan Bajet 2017, Najib juga menyebut pengisian untuk program TN50 akan dikendalikan oleh Kementerian Belia dan Sukan atau KBS, tetapi akan dinaungi serta dipayungi oleh beliau sendiri.

Kenapa TN50 tidak dikendalikan oleh Jabatan Perdana Menteri sendiri atau diwujudkan satu unit khas kerajaan mengendalikannya? Bukankah ia satu visi besar untuk negara?

Kenapa mesti diserahkan kepada KBS yang menterinya ialah Khairy Jamaluddin?

Adakah pemilihan KBS sebagai pengendali TN50 semata-mata kerana Najib mahu melihat penyertaan generasi muda yang lebih meluas atau disebabkan program-program Khairy Jamaluddin seperti "FitMalaysia"  sedang mendapat sambutan hangat di seluruh negara, lalu beliau ingin "menumpang tuah" daripadanya?
Adakah dengan demikian, Najib bertujuan untuk mendapatkan sebanyak mungkin sokongan golongan muda terhadapnya melalui KBS dan aura KJ, seterusnya bukan saja untuk memastikannya menang dalam pilihanraya, bahkan juga untuk berada lebih lama di puncak kuasa?

Adakah dalam waktu yang sama,  oleh kerana musuh Najib ialah Tun Mahathir, maka KJ yang merupakan menantu Tun Abdullah Badawi, sengaja cuba diprojekkan sebagai calon Perdana Menteri untuk menambahkan lagi "sakit hati" musuh politiknya itu? 

Kalau pun Zahid Hamidi tidak dipercayai sebagai bakal pengganti, adakah dengan memprojekkan KJ melalui tugasan penting, besar dan hebat TN50 itu, ia juga bermakna Hishammuddin sudah kurang diyakini? (SH 23/10/2016).

53 comments:

  1. Xde sapa lg yg mampu untuk menjadi penganti najib pasal bn akan kalah teruk pru 14 nnt, insyaAllah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. KBS? KJ? Apa cerita kes pegawai kanan seleweng dana 100 juta? Sampai skrg senyap..

      Delete
    2. KJ pun banyak juga keladak yang dilakukan,,Pendek kata so far tiada sesiapa yang layak dari kalangan BN

      Delete
    3. Hari ini saya ingin mengunkapkan tentang perjalanan hidup saya,karna masalah ekonomi saya selalu dililit hutang bahkan perusahaan yang dulunya saya pernah bagun kini semuanya akan disitah oleh pihak bank,saya sudah berusaha kesana kemari untuk mencari uang agar perusahaan saya tidak jadi disitah oleh pihak bank dan akhirnya saya nekat untuk mendatangi paranormal yang terkenal bahkan saya pernah mengikuti penggandaan uang dimaskanjeng dan itupun juga tidak ada hasil yang memuaskan dan saya hampir putus asa,,akhirnya ketidak segajaan saya mendengar cerita orang orang bahwa ada paranormal yang terkenal bisa mengeluarkan uang ghaib atau sejenisnya pesugihan putih yang namanya Mbah Rawa Gumpala,,,akhirnya saya mencoba menhubungi beliau dan alhamdulillah dengan senan hati beliau mau membantu saya untuk mengeluarkan pesugihan uang ghaibnya sebesar 10 M saya sangat bersyukur dan berterimakasih banyak kepada Mbah Rawa Gumpala berkat bantuannya semua masalah saya bisa teratasi dan semua hutang2 saya juga sudah pada lunas semua,,bagi anda yang ingin seperti saya dan ingin dibabtu sama Mbah silahkan hubungi 085 316 106 111 saya sengaja menulis pesan ini dan mempostin di semua tempat agar anda semua tau kalau ada paranormal yang bisah dipercaya dan bisa diandalkan.untuk lebih lengkapnya buka saja blok Mbah karna didalam bloknya semuanya sudah dijelaskan PESUGIHAN DANA GHAIB TANPA TUMBAL

      Delete
    4. ASSALAMU'ALAIKUM.WR.WB.
      ALHAMDULILLAH..!!
      saya bersyukur kpd Allah SWT.
      atas keberhasilan PENARIKAN UANG
      GHAIB.setelah melalui proses panjang &
      sangat sangat beresiko,dgn izin Allah
      alhamdulillah uang ghaib akhirnya berhsil
      kami keluarkan dgn jumlah yg luar biasa.
      UANG GHAIB INI PENAWARAN TERBARU DARI KAMI.
      setelah uang balik (UB) sudah terbukti keberhasilanya,
      dan sehubungan banyaknya orang yang menginginkan hal ini
      ( UANG GHAIB ), kami sanggup memproses penarikan UANG GHAIB,
      dengan catatan:
      1.masalah utang piutang (JUMLAH BESAR)
      2.tidak untuk memperkaya diri
      -PELET PUTIH/PENGASIHAN JARAK JAUH
      -MENAKLUKKAN LAWAN JENIS
      -PENGLARISAN/JIMAT GOIB BISNIS DLL
      APAKAH ANDA TERMASUK KATEGORI DI BAWAH INI.???
      4.BUTUH MODAL DALAM BUKA USAHA
      5.SELALU KALAH DALAM BERMAIN TOGEL
      6.DILILIT HUTANG
      7.BARANG BERHARGA ANDA SUDAH HABIS
      8.DILILIT HUTANG
      --------------------------------------------------
      bagi anda yang BENAR-BENAR SERIUS dalam hal ini.....
      silahkan menghubungi PAK HAJI RIDWAN diNO TLP 0852-1343-3456
      ATAU KLIK DI http://pesugihanputih45.blogspot.co.id/

      Delete
  2. Makin lama makin jauh target kita. Najib pun taktau ada ke tak lagi lepas PRU akan datang. Mungkin dah cabut pasal takut masuk penjara. Patutnya kalau kerajaan tu betul2 bertanggungjawab ..lepaskan 2020 dulu. Ni tak ..tarik lagi jauh. Yg tunggu 2020 pun taktau ada ke tak 2050. Sengal Najib ni. Cepat2lah buang dia ni. Kalau dia kekal ..bayangkan berapa tahun lagi dia boleh samun sampai melingkup negara ni.

    ReplyDelete
  3. Duta ke Tanah leluhurnya, Jawa adalah jawatan sesuai untuk Zahid yang tahap Englishnya macam Amah Indon yang baru kerja kerja sebulan di Singapore. Zahid, jangan cakap Najib tak payung kamu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. My indon maid eloquency is much much more better than zahid. Hes a real comedy

      Delete
  4. Apa yg ada di sebalik wawasan 2020 tu...ada rahsia trsmbnyi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Habaq kat sumer Melayu, ada "hikmahnya" gagal Wawasan 2020. Terus serta merta jadilah bodoh mcm kene sumpah gitu. Khalas.

      Delete
  5. Patutnya ahmad maslan terajui TN 50. Boleh goreng....

    ReplyDelete
  6. Amende TN 50 ni? Minyak hitam motor kapcai kaa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  7. Oleh kerana ini adalah ulangtahun ke 10 kematian Siti Aminah Shaaribu, bagi sesiapa yang masih ingat lagi si blogger prepaid RPK pernah membuat SD yang mengatakan bahawa anak menantu PM pada masa itu ada mempunyai sesalinan bukti terpenting kes tersebut.

    Maka itu kalau difikir balik adalah masuk akal kenapa kes songlap pegawai KBS yang berjumlah ratusan juta RM didiamkan tanpa sebarang tindakan lanjut oleh SPRM atau pun PDRM. Malah kini di dalam parlimen sempena dengan Bajet 2017, di 'Mat Jenin' kan pulak si menantu bekas PM itu dengan angan2 tinggi yang mencecah awan.

    Persoalannya, di antara 1MDB dengan C4 Siti Aminah, yang mana satukah yang lebih mengancam kedudukan MO1..??? Dan siapakah yang sebenarnya menggengam telor siapa..???

    ReplyDelete
  8. Saya amat bersimpati jika Khalifah Amirul Mukminin Dato Seri Najib dan Dato Rosmah dipenjarakan. Saya dan isteri sanggup menggantikan mereka dalam penjara kerana tidak sanggup melihat mereka tidur di atas tilam kasar, makan berlaukkan ikan setahun dan lain2 lagi. Saya merasakan mereka tidak layak untuk berada di penjara. Jikalau mereka dipenjarakan, saya berharap pihak keadilan agar mencari dalang di sebalik fitnah terhadap Amirul Mukminin kita.

    #Lawan Tetap Lawan
    #Solidariti untuk Najib dan Rosmah
    #Janji Dicapati dan Diroti canai

    Coretan Khas Alumni Newcastle Universiy

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang dia xlayak dipenjara

      Dia layak digantung atau ditembak sahaja

      Kau nak ganti tempat dia? Poorah.. Dedak stop kau pun blah macamla org tak tau

      Bodoh.

      Delete
  9. TN50 akan mengulangi Pencapaian 1MDB. Nasibnya akan sama saja selagi ia dipayungi PM Najib Razak. 1MDB adalah TESTIMONIAL keupayaan dan sikap buruk PM Najib Razak. Selagi regim Najib Razak yang memayunginya...bukan mustahil berbilion bilion RM wang dan khazanah negara akan dilesapkan non stop. Najib wajib di STOP sebagai PM Malaysia

    ReplyDelete
  10. PM ternyata tiada kemampuan untuk memacu negara kearah negara maju tahun 2020..Transformasi musang berjanggut TN50

    ReplyDelete
  11. DEB ciptaan Tun Razak gagal mencapai matlamatnya menjelang 1990 dulu. Kini Najib menggagalkan pula Wawasan 2020. Apakah perjuangan membantu dan memperkasakan bangsa Melayu perlu tunggu 34 tahun lagi? Sahlah UMNO gagal membantu Bangsa Melayu. Undurlah Najib & bubarkan lah UMNO.

    ReplyDelete
  12. DEB ciptaan Tun Razak gagal mencapai matlamatnya menjelang 1990 dulu. Kini Najib menggagalkan pula Wawasan 2020. Apakah perjuangan membantu dan memperkasakan bangsa Melayu perlu tunggu 34 tahun lagi? Sahlah UMNO gagal membantu Bangsa Melayu. Undurlah Najib & bubarkan lah UMNO.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua yg dibuat bukan untuk survival rakyat tapi lebih ke survival dua laki bini tu je.

      Delete
    2. Anakanda Tun Razak.....

      Delete
  13. Tak payah nak transformasi lagi dahhh...budak felda jerr percaya

    ReplyDelete
  14. Begitulah sikap hati pemimpin yg busuk dengki berhati kapir tidak mengenang budi rasuah penyamun penyangak hidup bermewah2 anak dan bini menjaga keroni2 menindas rakyat sampai papakedana muda2han allah turunkan bala kpd pemimpin yg busuk hati dan bertopengkan islam

    ReplyDelete
  15. Apakah bodoh punya org 2020 cuma ditambah TN50 dan 1mdb disabotaj, mudah2an akan Allah swt beri balasan pada org2 yg jahat mulai skrg tak kira semua peringkat dari atas hingga ke pencacai/pemuja blog2 pembangkang, ya Allah pada kau juga kami dibelah kepimpinan M'sia kami serahkan yg berusaha membuat kebaikan tapi ramai yg kufur nikmat yg telah kau berikan melalui kepimpinan ini, hanya kau juga maha pembalas. Amin ya rabbil alamin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro / Sis
      Kat manenya 1MDB tu disabotaj? Kt DOJ USA, MAS Singapore dan FINMA Switzerland?
      Jangan kufur dengan kurniaan Allah. Gunakan otak yang Allah kurniakan sebaik-baiknya.
      Nanti Allah tarik kewarasan yang sedia dikurniakan kepada kamu kerana terlalu banyak makan dedak

      Delete
    2. Doa org makan dedak tidak akan dimakbulkan.

      Delete
    3. hati2 melangkah kemana2 sbb cakap ni cakap yang masin, kalu kena apa2 cepat2 la bertaubat dan insaf.

      Delete
  16. BRO-BRO SEMUA,

    Tolong jangan layan langau2 yg masuk blog ni. Bia dia org melalak sorang2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hati2 melangkah kemana2 sbb cakap ni cakap yang masin, kalu kena apa2 cepat2 la bertaubat dan insaf.

      Delete
  17. Hang faham kah maksud kufur nikmat. Orang yg macam hang ni boleh dikatogari dalam golongan kufur nikmat, nikmat akal fikiran tapi masih tidak mahu mengunakan nya. Berbuih mulut orang bukan menuduh tetapi bertanya tetapi jawapan yg diberi ringkas saja fitnah, cuba menjatuhkan kerajaan melayu Islam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hati2 melangkah kemana2 sbb cakap ni cakap yang masin, kalu kena apa2 cepat2 la bertaubat dan insaf.

      Delete
  18. mungkin ADA campur tangan asing kerana dari paklah kj adalah pilihan PM

    sebelum ini kj sendiri kata dia akan jadi PM ketika usia 40 tahun

    pengaruh atau bisikan dari pulau titik merah??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada campurtangan atau tidak dari red dot, tak pasti....yg pasti dia orang terguling guling ketawakan kita.

      Delete
  19. Sudah 10 tahun dan kita masih belum tahu motif pembunuhan. Zaman najib terlalu banyak unsolved misteri atau undisclosed. Maybe so many evidence that never made it to court. Bangkai gajah tidak akan dapat disorok selama lama nya. Bau nya akan terhidu juga satu hari, Insyaa Allah dan kepada Nya sahaja lah kita memohon agar kebenaran timbul semoga kita berada dipihak yg benar.

    ReplyDelete
  20. Begitulah sikap hati pemimpin yg busuk dengki berhati kapir tidak mengenang budi rasuah penyamun penyangak hidup bermewah2 anak dan bini menjaga keroni2 menindas rakyat sampai papakedana muda2han allah turunkan bala kpd pemimpin yg busuk hati dan bertopengkan islam

    ReplyDelete
  21. Namaje org Islam tapi mmburukkan agama bangsa sendiri.yg mnjatuhkan agama Islam tetap org Islam sendiri sbb org Islam cemburu hasad dengki.benda ni dh lma bkn zmn najib je dari dahulu dh teruk itu sbb kita dgn arab sinonim.lihatlah org kita skrng suami isteri dulu kita kutuk org arab tak tutup aurat yg laki seluar pndek perempuan brtudung brjubah lagi tapi skrng kita sebijik ikut depa muslimin pkai seluar pendek muslimah pkai jubah brtudung.itu sbb kita ni sebijik mcm arab tiada ketamadunan kita dgn arab boleh brbangga sbb adanya Islam.klau kita ni bkn bragama Islam lagi teruk drpd org putih dgn yahudi lagi.itu saja saya nk pesan dari Mary Vienna

    ReplyDelete
    Replies
    1. Another Melayu atau Dayak yang datuk moyang yang sembah lembu, mandi sungai separuh bogel..kau ingat kau tammaddu sangat.. Arab dulu2 dah tammaddun, kau ini belajar sejarah Assyrian.Pergi Petra. Tengok macam mana arab boleh buat rumah dalam gunung.
      Nenek Moyang kau mana tahu buat rumah, dudk atas pokok macam beruk, berak dan mandi dalam sungai macam badak berendam, makan ulat.
      Semua agama datang dari Middle East. Mat Saleh pun kencing2 dengan Desert Nigger sampai sekarang, masih dok percaya yang tuhan dia orang anak tuhan...

      Delete
  22. TN50 ni akan jadi mcm Islam Hadahari, .....dia jatuh nanti.....xda org bercakap pun...sbb diri dia tu tak betul ......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tah berapa juta habis buat promosi islam hadhari di zaman orang tua tu...kalu derma kat anak yatim, lagi berbaloi.

      Delete
  23. Kenapa bagi kat KJ? Kenapa bukan ahmad bashah? Orang tua tu ada wawasan tauuuu!

    ReplyDelete
  24. Wawasan TN 50 tu apa? Lahirkan lagi ramai graduan jual nasi lemak dan jadi drebar uber? Cam ni maid indon pon bule pikir...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai juga jadi pendatang haram di Australia, UK dan NZ buat kerja yang Mat Saleh, Negro, Afghan, Arab dan Somali tak hingin. Ada yang graduate dari AL-Azhar
      Padan muka kau Melayu, mana ketuanan kau, Allah Maha Adil, dulu hina Indon dan Bangla, sekarang keturunan kau jadi hamba abdi.

      Delete
  25. Ceramah yang diadakan oleh BERSIH di Bukit Gedung, Pulau Pinang malam tadi telah terganggu dengan kehadiran kira-kira 50 individu berbaju merah yang bertindak berkumpul di seberang jalan.

    Rakyat lihatlah bn umno dah meracau
    Bakaci ros jib dah gelabah

    Huruhara dan pecah belah yang dicipta jamal hingus dan konconya
    Keris pahang

    ReplyDelete
  26. Tak lama lagi akan keluar berita bahawa Putrajaya, KLIA, Menara Berkembar Petronas, litar F1 Sepang, Cyberjaya, LRT, monorail dan lain2 sebenarnya adalah hasil idea Najib dan hasil kerja keras Najib ketika beliau menjadi menteri kabinet.

    Dr Mahathir yg menjadi PM ketika itu sekadar endorsed shj.

    Bila berita akan keluar? Tunggu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas tu pulak geng bodoh dan bangang ini akan buat cerita Mahathir yang tolong tentera Jepun menjajah Tanah Melayu dulu.Sebab tu bila naik jadi PM dia buat Dasar Pandang Ke Timur (Jepun).Anak dia pun dihantar belajar ke Jepun.Segala-galanya bagi geng munafik ini adalah salah Mahathir.PAS parti munafik yang hanya akan sokong spesis sama macam mereka.Sekarang PAS menyokong penyamun bernama Najib.

      Delete
  27. Bro Najib tak seburuk itu ... bajet trg Najib bindkan pembeli teksi baru PROTON Savvy (yg Mahathir kata Najib mau kasi lingkupkan) dgn br1m+rm4000 duit muka ... tak kan lah yg selebihnya tak boleh loan kot, jiran saya kalu rajin kdg 1/2 hari ja boleh masyuk bersih 200 iggt co kali 25 hari sudah brp .. takkan tak boleh baya cicilan bulanan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hoi mangkuk,....Najib merompak duit negara,....kau pekak ke?

      Delete
    2. Tak pekak tapi buta bangang !!!

      Delete
  28. Sukak bapak, sukak anak la.....

    ReplyDelete
  29. Bro yg membangkang yg aftif di brog2 adalah 75% drpd 100% akan tetapi yg tongong menyokong kerajaan aftif diblog samada pro & anti kerajaan hanyalah 1% drpd 100% tu pasal Najib masih lagi kehadapan biarlah apa saja ko selar mereka2 ni penyokong senyap ...bagai2 la diselar mereka tetap pengundi setia kerajaan yg tahu erti kesyukuran dan keamanan. Jadi eloklah belajar berbanyak2 bersabar yg diibarat 1 iggt ko derma ikhlas maka yakinlah 100 iggt rezeki yg dtg saperti ajaran Nabi kita yg penting yakin usaha dan banyak beramal soleh. Contoh ada kawan2 saya dan terdengar juga yg byk bergaji rendah, sederhana dan tinggi tapi disebabkan lalai/lagha dlm soal penglibatan politik lbh byk menyelar tahu2 byk rintangan mereka2 ini terima, duit hilang, brg perkakas rumah terbeli mahal sebab percaya sgt pada jenama disangka berkualiti tapi cepat rosak, kereta hilang/selalu meragam, diri dan keluarga selalu sakit, selalu ditipu kwn dan sdr mara, sering gagal bila mohon kerja dan mohon pinjaman, dapat menantu yg menyusahkan/bercerai berai, beristeri atau bersuami yg curang, anak2 terlibat dlm genjala social terlibat dadah dan arak dan menyusahkan org tua, sdr, kwn2 dan org sekeliling. Sebabnya mereka2 kebykkan tidak reti bersyukur dan buka la minda banding lah sejujurnya antara negara jiran mahu negara jauh M'sia la negara yg amat perihatin dgn rakyat selama Bn Umno memerintah ... cuba sdr2 nama negara mana yg lebih hebat penjagaan terhadap rakyat, yang tahu negara yg walaupun percuma bagai perubatan, pelajaran atau lain2 tetapi cukainya amat tinggi melebihi 40% dari gaji/upah diterima. Adalah elok/molek sdr2 brek emosi selangkah kebelakang dan melangkah kehadapan dgn berlapang dada agar kehidupan ini lebih bahagia drpd memikir kenapa org atas tu senang ja pelahap duit/reta sesuka hati, tak semua mereka2 ini dari apa yg sdr2 sangkakan, tetapi kita2 ni la kena tanya kemana arah yg dituju demi masa dan setiap masa yg berlalu dipenuhi dgn amalan samada keberuntungan diakhirat nanti atau dan masa yg berlalu tak dapat diulang semula dan apakah himpunan yg kita memperolehi samada sejahterakah kita ni nanti apabila nyawa dihujung hidup.
    Ikut hati mati, ikut rasa binasa, ikut nafsu lesu hidup hanya sementara. Dari mula zaman Arwah Onn Jaafar, Tunku, Razak, Hussein, hidup skrg lagi Mahathir, Abdullah selalu ditakut2kan M'sia bangkrap dimulai daPIG adik Kuan Yew Kit Siang dan ironinya Melayu Zombie menyambung isu ini sebenar kita2 ni la yg bangkrap drpd amalan wajib yg patut kita penuhi terhadap Allah taala yg kita leka dan persia2kan.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...