Sunday 4 September 2016

LAWAN TETAP LAWAN - FAHAMKAH NAJIB MAKSUD SEBENAR UNGKAPAN POPULAR ANWAR ITU?


Rasanya sudah lebih dari sekali Najib Razak mengungkapkan perkataan "lawan tetap lawan" dalam ucapannya yang bertujuan untuk menggambarkan beliau tidak akan berundur atau mengalah di sebalik cabaran bertali arus menghimpitnya.

Semalam sekali lagi beliau melafazkan ungkapan yang pernah dipopularkan oleh Anwar Ibrahim itu untuk ditujukan khusus kepada Tun Mahathir Mohamad yang kini berusia 92 tahun.

"Lawan tetap lawan, saya tidak takut kepada sesiapa, saya hanya takut kepada Allah sahaja.

"Saya tidak takut kepada orang yang khianati UMNO selepas jadi pemimpin selama 22 tahun. Patutkah saya takut kepada orang yang berusia 92 tahun," kata Najib lagi.
Gelihati pun ada bila Najib kerap menyebut "lawan tetap lawan" itu sejak kebelakangan ini, apatah lagi bila ia ditujukan khusus kepada Tun Mahathir.

Apakah beliau benar-benar faham maksud ungkapan  yang dilafazkannya itu?

Adakah beliau melafazkannya setelah menatap cermin untuk melihat wajah dirinya yang sebenar selama ini atau sekadar untuk membuatkan para penyokongnya bertepuk tangan semata-mata?

Jika Najib memiliki "cermin besar" untuk melihat secara jujur ke dalam dirinya dan mengimbas kembali beberapa ketakutannya selama ini, sama ada untuk berdebat dengan Tun Mahathir atau menyaman WSJ dan Muhyiddin Yassin, beliau seharusnya malu untuk mengungkapkan kata-kata itu.

Dibandingkan dengan keberanian dan hati waja Anwar Ibrahim yang selalu mengungkapkan kata-kata itu seiring dengan tindakan yang dizahirkannya, satu peratus pun Najib tidak mempunyai persamaan dengannya.

Najib secara azalinya sejak terkecimpung dalam politik berikutan kematian Tun Razak secara mengejut pada 1976, tidak dengan menebas lalang dan semak samun untuk jalan yang dilaluinya. Laluannya sentiasa tersedia kerana dirinya berbinkan Tun Razak.

Beliau tidak pernah bertanding untuk mana-mana jawatan dalam UMNO yang  memerlukan seorang pemenang. Pengalamannya berlawan hanyalah bagi jawatan Naib Presiden UMNO yang memperuntukkan tiga kerusi untuk diisi.

Kemudian, laluannya untuk jawatan Timbalan Presiden UMNO dan Presiden UMNO juga diperolehi bukan melalui pertandingan.

Oleh itu, Najib tidak kenal erti berlawan dalam ertikata yang sebenar. Mengungkapkan kata-kata "lawan tetap lawan", tetapi yang terzahir adalah ketakutan berbanding keberanian, hanya akan membuatkan banyak senyuman sinis dilemparkan terhadapnya.

Jika Najib bukan berbinkan Tun Razak dan berkecimpung dalam politik bermula dengan menebas lalang dan semak samun daripada peringkat cawangan seperti kebanyakan pemimpin yang lain, barangkali beliau bukanlah sesiapa pun pada hari ini.

Bukan saja tidak berani berdebat dengan Tun Mahathir dan tiada kekuatan untuk menyaman WSJ atau Muhyiddin Yassin, Najib juga gemar menyingkirkan pengkritik dan penentang-penentangnya dalam UMNO sebelum gelanggang pertandingan dibuka.

Lebih dari itu, Gani Patail sebagai Peguam Negara juga ditukarkan secara mengejut, manakala SPRM dan Bank Negara dikacau ganggu ketika Abu Kassim dan dan Dr Zeti Akhtar mengetuainya yang kemudian menyaksikan kedua-dua mereka hilang kedudukannya.

Anwar yang sedang berada dalam penjara pun barangkali turut geli hati apabila ungkapan popularnya itu yang kini kerap dipinjam oleh Najib. Sebelum PRU 13 dulu, Anwar juga pernah mencabar Najib berdebat dengannya, tetapi jawapan yang diberi ialah "debat bukan budaya kita."

Jika Najib benar-benar ingin berlawan bak ungkapan "lawan tetap lawan" dalam menghadapi musuh-musuh politiknya, tidak memadai dengan sekadar berkata-kata saja. Kata-kata mesti diiringi dengan tindakan yang sama atau lafaz kata seharusnya senada dengan tindakan yang dilakukan. Banyak lagi yang perlu dipelajarinya daripada Anwar yang kini berada dalam penjara.

Berdasarkan rekod dan ketidakberanian berlawan sebelum ini, Najib lebih menghina dirinya sendiri apabila meminjam ungkapan kata Anwar itu. ( SH 04/09/2016).

40 comments:

  1. Orang lelaki yg takut bini memang tak patut dilantik jadi ketua.
    Orang tak da batu saja yg takut bini, jadi silap kita lah lantai org macam ini jadi ketua.
    Orang macam ini cakap besar saja tapi tak ada keyakinan diri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorry bro, ada pembetulan sikit. Orang lelaki yang takut kat suaminya .....dia memang tak takut bini. Dia takut pada suami dia....ha ha ha

      Delete
    2. Orang yg dayus tempatnya di neraka

      Delete
    3. Lelaki yang dah terkena "mendrum" nasi kangkang memang jadi bodoh dan bangang, tak kira pak lebai ke, sijahil ke, penangan nasi kangkang memang powerrrr.

      Delete
  2. Replies
    1. Nak lawan pantat dia,,belum lawan dah hilangkan diri,,besar punya benaweh punya pemimpin......!!

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Yeeeaaahh!!! Lawan tetap lawan!!
    Baling batu,sembunyi tangan!!


    Lawan tetap lawan!!!
    Pukul curi lepas tu lari!!


    Lawan tetap lawan!!!
    Guruh kilat petir berdentam dentum di langit,tp hujan tak jadi!


    Hampeh!!! Pooodaahh!!
    Lawan tetap lawan konon!
    Haram jadah punya pahlawan kepit!!

    ReplyDelete
  5. Bro, NR takut Allah? Betulkah?Org yg takut Allah tak malan rasuah, tak menganiaya org.
    May b Tuhan yg d maksudkam ada lah RM.
    Kelakar la.What a joker......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Islam Mazhab UMNO.. segala dosa dan noda semua ditutup dengan nama Allah, kalau dulu orang Melayu yang suka sumpah laknat dalam masjid, bersaksi dengan junjung Quran atau pakai ketayap putih bila kena tangkap rogol anak, melantak rasuah, mencuri dll...Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui Niat kamau...semua ini munafik dan hakikatnya mereka ini perosak agama..Setahu aku yang takut Allah hanya Malaikat, sebab itu mereka sentiasa sujud dan taat perintah Allah..Orang yang takutkan Allah tidak akan menghampiri dosa apatah nak lagi membuat dosa..

      Delete
    2. Apabila seorang manusia itu menyebut nama Allah hanya di mulut sedang tidak zahir dlm hatinya maka Allah Taala akan mempertanggungjawabkan ke atasnya apa yg diucapkan oleh mulutnya.

      Sungguh orang begini orang yg munafik. Berpura-pura baik di hadapan manusia tapi berbuat keji di belakang. Orang begini memang betul tak takutkan Allah. Itu sebabnya dia boleh menggunakan nama Allah sebagai sandaran untuk menegakkan dirinya.

      Wahai munafikun takutlah kamu wahai kepada Allah SWT kerana di akhirat nanti apa yg kamu ucapkan itu akan dipertanggungjawabkan dan di soal kebenarannya di mahkamah Allah SWT.
      Ketika itu semuanya Nothing to Hide.

      Orang yang takutkan Allah tak akan merompak dan makan duit haram.

      Moga Allah Taala menunjukkan daulatNya kepada orang spt ini dengan membuka setiap pekung yg disembunyikan oleh si munafik, ameen.

      Delete
  6. Bro, NR takut Allah? Betulkah?Org yg takut Allah tak malan rasuah, tak menganiaya org.
    May b Tuhan yg d maksudkam ada lah RM.
    Kelakar la.What a joker......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahun ni dia tak pegi Mekah ke? Bulan haram tak baik cakap besar... lagi banyak pahala kalau berenti...

      Delete
  7. Ayat org goyang je ucap mcm tu...kalau jenis berani dah lama langgar Tun m...tapi dia dtg pun lari dlm program nothing to hide...kahkahkah

    ReplyDelete
  8. Bijan cakap sama dengan burung tiong cakap pasal depa cakap ja tak tau makna apa...alahai bijan..

    ReplyDelete
  9. Tin kosong bunyi je dlm tak isi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ah Jib Gor lawan tetap lawan Dr. Mahathir yang berhormat? Ah Jib Gor takut pada Allah? Baik . . .

      "Sesungguhnya dia orang yang menimpakan bencana untuk memesongkan lelaki yang beriman dan perempuan yang beriman, kemudian mereka (pezalim) tidak bertaubat, maka mereka (pezalim) akan di azabkan neraka Jahannam (balasan kerja buruk itu), dan mereka akan beroleh azab api yang kuat membakar (kerana mereka tidak bertaubat)."
      (surah Al-Buruj ayat 10)

      Delete
  10. mr syed albudin..
    suma pemimpin amno bedarah pahlawan dan pendekag kag kag kag jd mangkag..
    ahli-ahli kebykan bedarah olang biasa-biasa...tukang angkat.tukang tempit.. tukang tepok..tukang sorak dan tukang kayu.
    bila pemimpin bedarah pahlawan dan pendekag beckp bedegag-degag..ahli-ahli pakat betempit..betepok dan besorak gegak gumpitanya..sampe kampong abih tegadai..
    tapi takpa lawan tetap lawan .sampe toa kalu buleh sampe mampuih..

    ReplyDelete
  11. Miror miror on the wall.. Siapakah MO1..?

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ..Miss Vee...nak cari kon*k pergi tempat lain.

      Delete
    2. Miss vee sundal

      Delete
  13. "Lawan tetap lawan". Rosmah yg suruh Najib laungkan ungkapan tu supaya nampak keberaniannya serupa dgn Anwar yg dibelasah olih Polis melalui Rahim tinju, didakwa dmahkamah dan disumbat dlm jail dgn kerjasama Mohtar dugung dan Eusoffe Chin. Dia melawan semua jentera kerajaan yg salah digunakan.

    Najib pun bukan tahu apa makna unggapan tu. Rosmah ckp laung mcm Anwar..dia ikut shj.

    ReplyDelete
  14. tidak ada salahnya untuk pemimpin melaungkan 'Lawan Tetap Lawan' yang penting mereka sedar perjuangan mereka untuk rakyat dan mereka sedar terdapat pemimpin yang licik dan jahat cuba mempengaruhi rakyat untuk menjatuhkan kerajaan sendiri. kena ingat untuk menjatuhkan sebuah kerajaan amat mudah namun untuk memulihkan amat sukar dan perjuangan Arab Spring merupakan sebuah contoh yang mudah di mana sehingga kini musim bunga yang diperjuangkan masih gagal dikecapi sehingga kini namun negara telah pun musnah oleh perbuatan sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada Salah bila pemimpin ckp lawan tetap lawan apabila ckp pemimpin tak serupa dgn bikin. Contoh lawan tetap lawan dari najib..
      Sebab.. Ajak debat pun takut.. Saman pun takut.. Dikritik pun satu dunia pun diam.. Org tanya sapa MO1 pun taktau.. Duit masuk akaun sendiri pun tak sedar.. Sapa lulus masukkan dlm akaun pun taktau.. Soalan mudah pun tak berani jawap..

      Apa perjuangan najib utk rakyat.. Mana janji2 pilihanraya dulu. Tol macmana.. Harga barang kenapa semakin naik.. Kenapa negara tiba2 perlu gst yg dulu tak perlu pun.. Kenapa subsidi dimansuhkan..

      Apa yg najib buat utk rakyat? Wahai saudara1723...? Mana janji2 dulu? Mana dia yg kata slalu dengar denyut nadi rakyat... Mana lawan tetap lawan najib bila rakyat sering ditipu.. Mana lawan tetap lawan bila najib sungguh takut nak saman.. Nak jawap bahawa MO1 adalah najib pun takut diri sendiri nak mengaku.. Janganlah kita tunggu bumi berkeping dua mcm najib slalu ckp baru nak ubah.. Itu dah kiamat..

      Delete
  15. Semakin dikritik dan diserang nampaknya dia semakin kuat. Itulah pahlawan bugis. Terlaris di pasaran. Jgn ketinggalan sementara stok maaih ada.

    ReplyDelete
  16. 17.23,...
    Berapa banyak kamu dapat dedak?
    Kenapa puak kamu tidak menurunkan bos kamu yg kurap?..kamu masih lagi melindunginya?
    Jika dari mula kamu bertindak membuang bos yg jahat, tidak lah sekarang jadi begini.
    Sekarang rakyat sudah sedar, spesis yg memerehtah sekarang ini adalah spesis 'addajjal yg menjahanamkan negara'mungkin termasuk kamu?

    ReplyDelete
  17. Senarai 7 org keturunan Bugis yg terkenal di dunia dan hebat:

    1)Yusof Kalla(Wakil President Indonesia)
    2)BJ Habibie(Mantan President Indonesia
    3)Syamsi Ali(Imam Besar Masjid New York)
    4)Sheikh Yusof(Ulama tersohor)
    5)Retna Kencana
    6)Arung Palakka(Raja Bone Sulawesi)
    7)Dr.Taruna Ikrar(Doktor Pakar Antarabangsa)
    8)Pelta Lolo(Pahlawan Nasional Indonesia)
    9)Raja Lumu(Sultan Selangor yg pertama)

    Semua nama2 tercatat diatas adalah yang tercatat resmi oleh Pemerintah Indonesia.Dan mereka tiada catatan hitam.

    Tak de nama DSN?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada...tercatit di pintu neraka

      Delete
    2. Ha..ha.jawapan yg tepat.

      Delete
    3. anon 1845
      sadis kau ye
      jawapan yg tepat

      Delete
    4. Nama DSN tak ada sebab beliau pahlawan bugis versi Malaysia. Beliau berkhidmat utk Malaysia, bukan Indonesia.

      Delete
  18. Najib jenis pemimpin bacul, takdak teloq dan dayus sedayus dayusnya.....

    ReplyDelete
  19. Hutang negara rm700 billion
    Takan nak diam rakyat

    Rakyat semua. Hari ini mesti bantahan seluruh negara
    Pecat tangkap penjara najib

    Dibiarkan makin biadap dan hancur negara

    KERIS

    AYUH pemimpin pemimpin gulingkan najib
    Hari ini

    ReplyDelete
  20. Kau duit banyak mesti ramai pompuan nak kalau kau teror dan berani kau ceraikan bini yang kontrol kau tu... tak yah tunjuk garang kat orang tua pangkat macam ayah kau.. derhaka tau, lepas tu cakap dalam majlis kawalan kau secara sehala, kalau berani bukalah sesi soal jawab dalam sidang akhbar, panggil wartawan tempatan dan antarabangsa jawap soalan yang timbul dari projek kau 1Malaysia Dibangsatkan atau kalau ikut versi tt 1Malaysia Dibincekkan....barulah anak jantan Lawan tetap Lawan...ini main petik saja...ucapan disediakan oleh tukang karang ucapan "speech writer"
    teringat dialog filem P.Ramlee...kecik-kecik tak mau m....s, dah tua membangsatkan Malaysia

    ReplyDelete
  21. TMJ bagi idea sebagai pancing dan ianya baik dan positif untuk tempat beliau berpengaruh dan ada sedikit kuasa suara.

    Kalau diperingkat kebangsaan sepatutnya usul ini adalah daripada Perdana Menteri Sendiri atau setidak-tidaknya daripada Menteri yang berkaitan pendidikan mahupun pelajaran.

    Agung mungkin boleh bertitah bagi peringkat kebangsaan, itu pun jika kabinet dan parlimen menghormati.

    Usul TMJ adalah sebagai pencetus, kalau tak boleh dilaksana diperingkat nasional, cubalah dulu di mana-mana negeri.


    ReplyDelete
  22. 01:49 kau sengaja buat salah room ya? adoii!! dulu interview nak jadi cybertrooper tak bawa sijil ke weh?

    ReplyDelete
  23. Seorang lelaki asnaf fakir miskin. Berada dalam keadaan daif dan hidup dalam serba kekurangan. Sesiapa yang ingin menghulurkan sumbangan wang secara ikhlas, boleh derma ke akaun maybank 151089317354 Adila Bin Suboh. Terima kasih.

    ReplyDelete
  24. Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, jadi Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com


    Asa loan lending company are ready to loan you any amount you need to start up your personal business. we give out loan at 3% interest rate, so Kindly apply for agricultural farming loan. if you need loan contact our email:asaloantransfer@gmail.com, you can also contact this email:finance_institute2015@outlook.com

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...