Sunday 11 September 2016

JAWAPAN KEPADA IBRAHIM ALI BERKAITAN HALA TUJU PPBM


Apa masalah dengan ibrahim Ali ini? Dia hebat sangatkah? Nak jelaskan apa lagi mengenai halatuju parti BERSATU?

Pada bulan lepas YB Tan Sri Muhyiddin Yassin telah panggil satu sidang akhbar di rumah Alumni Universiti Malaya untuk terangkan mengenai hala tuju parti BERSATU. Saya tak tahulah sama ada Ibrahim Ali ini hadir atau tidak untuk mendengarnya?

Saya bercakap ini atas kapasiti peribadi!! Kenapa tiba-tiba Ibrahim Ali nak tanya mengenai hala-tuju parti BERSATU khususnya selepas YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad berjumpa dengan Dato Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Jalan Duta pada 5 September 2016.

Apa yang Ibrahim Ali tak puas hati sangat? Apa sebenarnya yang dia nak tahu?

Saya ingin ingatkan Ibrahim Ali jangan terlalu emosional!! Dia ni kadang-kala manusia ego!! Apa dia ingat dia seorang saja ke yang pandai dalam politik?! 

Kalau Ibrahim Ali ini pandai, hebat serta pertubuhan Perkasanya itu kuat; sudah pastilah dia tak boleh tewas di dalam pilihanraya umum ke 13 yang lepas!! Apabila Ibrahim Ali tewas di Parlimen Pasir Mas di tangan YB Nik Abduh Nik Aziz, ini membawa erti dia tak kuat macam mana pun!!

Beberapa kali saya jemput beliau menghadiri mesyuarat Deklarasi Rakyat yang dipengerusikan oleh YABhg Tun Dr Mahathir tak pernah hadir pun!!

Cakap beliau pandai!! Orang semua tak kena!! Ibrahim Ali ini ingat dia hebat sangatkah?!

Kalau mesyuarat tak mahu hadir janganlah nak desak YABhg Tun Dr Mahathir untuk terangkan hala-tuju parti Bersatu!!  Ibrahim Ali ini ingat dia besar sangatkah?

Untuk pengetahuan Ibrahim Ali, perjumpaan dan salaman di antara YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Dato Seri Anwar Ibrahim adalah sesuatu perkara yang dituntut oleh agama islam!! Kaji ajaran agama islam itu betul-betul dan tolong jangan pertikaikannya!!

Kerjasama dengan DAP di mana yang Ibrahim Ali tak puas hati!!  DAP lebih konsisten dan ikhlas di dalam perjuangan untuk melawan rasuah serta salahguna kuasa di negara kita!! DAP tidak 'chauvinist' kerana keahliannya juga terbuka pada Melayu dan bumiputera!! Seumur hidup saya tak pernah pun dengar parti DAP suruh hapuskan hak-hak istimewa Melayu?!

Melayu di Pulau Pinang hidup ok saja di bawah pemerintahan kerajaan DAP!! Pembiayaan dan peruntukan kewangan oleh kerajaan DAP kepada Sekolah Agama Islam di Pulau Pinang lebih banyak dari pemerintahan BN dulu!! Bonus untuk kakitangan kerajaan negeri yang majoritinya orang-orang melayu lebih baik dari negeri-negeri yang diperintah oleh BN!!

DAP tak pernah curi duit  1MDB pun!! DAP tak pernah bunuh orang pun!! DAP tak pernah menindas rakyat pun di Pulau Pinang!! DAP tak pernah merosakkan sistem ekonomi!! DAP tak pernah melumpuhkan amalan demokrasi di negara kita!! DAP tidak pernah merosakkan institusi-institusi kerajaan!!

Pada pandangan peribadi saya, parti dan pemimpin UMNOlah yang paling teruk merosakkan negara Malaysia masakini!!

Ini negara majmuk dan berbilang bangsa!! Sesiapa saja nak menang pilihanraya mesti dapat sokongan dari pelbagai kaum di negara kita. Baru boleh tubuh kerajaan!!

Jadi Ibrahim Ali tolong jangan bersikap perkauman sangat!!  Pijaklah di bumi yang nyata!! Jangan cuba untuk merosakkan perpaduan kepelbagaian kaum di tanahair kita!!

Rakyat tanpa mengira bangsa dan agama mesti bersatu di negara kita kearah mewujudkan 'nation building'  yang cemerlang seterusnya keseluruhan bangsa Malaysia hidup dalam rukun aman damai secara berkekalan!!

DATO' SRI KHAIRUDDIN ABU HASSAN
11 Sept 2016.

47 comments:

  1. senang saja . cuba tanya d mana dtg nya dana bagi memulakan gerakan PERKASA nya.

    pendirian nya harus d perjelaskan sekarang. namun saya menggesa beliau memohon utk menjadi ahli PPBM.

    'launching grant' nya saya percaya sudah d pakai semua. bantuan berterusan tidak mungkin d kecapi lagi jika sokongsn nya terhadap pihak berkuasa kabur.

    PERKASA bolih terus perjuangan nya tanpa d tuduh jadi PERALAT.

    tak sesuai jika saya bandingkan nya dgn jamal ikan bakar. namun drpd usaha utk d pandang masih relevant, maka tiada beza nya d antara mereka ini.

    maaf ya Tok Him.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ibrahim Ali dah nyayuk sebaiknya pencen jaga cucu.....!!

      Delete
    2. Sesiapa yg sudah hidup lama kenal sangat Ibrahim ini.
      Dia adalah musang dan katak lompat.
      Mungkin najib sudah ofer dedak banyak. Dia pasti makan dedak dulu, soal parti kalah menang itu cerita no 2. Dia sendiri pun tak ada parti. Dia ibarat askar upahan.
      Beginilah sikap semua pemimpin umno. Negara nak runtuh, runtuhlah, yg penting aku dapat duit.

      Delete
    3. Pribumi Bersatu tak perlu nak layan orang spt ini. Lebih baik masa tu digunakan utk memperkukuhkan barisan parti.

      Berbagai cubaan, dugaan, fitnah dan sabotaj akan diguna oleh berbagai pihak yg tidak senang dgn kehadiran Bersatu dibumi Malaysia ni.

      Amat perlu bagi pihak Bersatu dan semua pembangkang berpadu tenaga menjadi satu suara, satu matlamat utk menyelamatkan rakyat dan tanahair. Jadilah satu organisasi pertubuhan yang berintegriti, amanah, dihormati dan bermaruah.

      Delete
    4. Rasanya kita semua x perlu amik pusing pun dgn si berahim ni. Dia ni seperti melukut ditepian gantang...masuk x menambah..kluar x mengurang. So andaikata dia ni x sealiran ngan kita semua...x perlu la risau. Sbb nye xde SATU pun kehebatan dia yg dpt ditonjolkn selama ini yg bole dibanggakn. Ada satu bab je yg bole DIBANGGAKAN...berahim ni terkenal dgn ketawa berdekah2 nya wlupun x lucu...kahkahkah

      Delete
    5. Parti tertentu didakwa bersungguh-sungguh untuk mencari kelemahan berhubung pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian Akta 355, Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan 2016) dengan tujuan untuk menggagalkan pelaksanaannya di negara ini.


      Pengerusi Lajnah Dakwah Pas Terengganu, Azman Shapawi Abd Rani berkata, segelintir pihak yang tidak berpuas hati dengan Pas akan menggunakan pelbagai pendekatan mewujudkan persepsi salah kepada rakyat.

      Azman Shapawi berkata, mereka disifatkan berpolitik kerana RUU itu dibentangkan oleh wakil rakyat Pas yang juga Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan mencari ruang untuk menimbulkan persepsi kurang baik dalam kalangan rakyat.

      “Mereka bersikap politik, kalau orang lain yang buat (bentang RUU) bukan daripada kita (Pas), tidak mengapa tetapi kalau kita, mereka rasa tidak betul. Ada parti yang bersungguh-sungguh cari kelemahan untuk menolak RUU itu,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.

      Beliau bagaimanapun tidak menyebut parti terbabit yang dimaksudkan namun memberitahu bahawa pembentangan pada sidang Dewan Rakyat Oktober depan akan memberi peluang kepada semua pihak membahaskan perkara itu.

      Menurutnya, semua pihak termasuk yang tidak berpuas hati boleh mengambil bahagian untuk membahaskannya dengan hujah masing-masing.

      “Insya-ALLAH, ia akan dijawab oleh Ahli Parlimen Marang dengan hujah yang ada. Ini juga membuktikan kita mengikut saluran yang betul, bukannya melalui pintu belakang,” katanya.

      Di samping itu, beliau turut memberitahu bahawa persepsi salah berhubung pembentangan itu juga berpunca daripada ketidakfahaman individu berhubung perkara berkait.

      Beliau turut membetulkan persepsi bahawa ia bukanlah pelaksanaan hukuman hudud sebaliknya menegaskan RUU tersebut bertujuan memartabatkan bidang kuasa mahkamah syariah bagi membolehkan hukuman sedia ada dipertingkatkan.

      Menurutnya, pindaan sebegitu turut berlaku kepada hukuman-hukuman melibatkan kes-kes jenayah berat dalam negara termasuk dadah dan juga Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebelum ini.

      “Pindaan RUU Akta 355 ditingkatkan daripada yang rendah kepada tinggi. Ia bukan hudud kerana hukuman hudud adalah potong tangan bagi kesalahan mencuri, melibatkan hukuman rejam dan pancung bagi murtad. Yang ini bukan hudud, hudud perlu sokongan dua pertiga majoriti di Parlimen sedangkan yang ini bertujuan untuk tingkat hukuman berbanding sedia ada,” katanya.

      Delete
    6. Jika mahu sokongan Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad hendaklah terlebih dahulu bertaubat dan memohon maaf secara terbuka kata Saari Sungip, Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara (PAN) Selangor.


      “Jika dia mahu bekerja dengan kami, adalah perlu bagi Mahathir untuk melepaskan dirinya dari segala kesalahan yang dia lakukan semasa dia berkuasa,” kata Timbalan Presiden Amanah Selangor Saari Sungib dalam temu bual dengan FMT.

      “Dia mesti mengakui kesilapannya dan perlu memohon maaf kepada rakyat dan kepada keluarga Anwar Ibrahim,”katanya lagi.

      Saari turut mengungkit kisahnya ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalanm Negeri (ISA) di bawah pemerintahan Dr Mahathir.

      Menurutnya, meskipun dia ditahan ISA di bawah pemerintahan Dr Mahathir, namun masih boleh memejamkan mata bekerjasama dengan bekas Perdana Menteri 22 tahun itu semata-mata untuk menjatuhkan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

      “Kerjasama untuk sebab tertentu boleh dipertimbangkan,” katanya. “Walaupun saya seorang bekas tahanan ISA, saya tidak akan merasa dikhianati kerana menjatuhkan Najib bermakna berjuang untuk rakyat,”katanya lagi

      Delete
    7. Penganalisis politik meramalkan ‘hubungan baik’ yang kembali terjalin antara Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal melemahkan lagi sokongan orang Melayu kepada pembangkang.


      Pensyarah Sains Sosial Universiti Malaysia Sabah (UMS) Prof Madya Dr. Mohd Noor Mat Yazid berkata demikian, ekoran melihat kepada penyokong anti-Mahathir terutamanya dalam PKR yang tidak ‘gembira’ dengan keadaan tersebut.

      “Tindakan yang dilakukan (Tun) Mahathir dan (Tan Sri) Muhyiddin saya rasa adalah silap, sekiranya ianya cuba untuk melupakan apa yang berlaku bagi menarik sokongan PKR dan DAP. Kalau betul-betul nak menarik sokongan Melayu secara mutlak kena bincang balik kedudukan selepas PRU.

      “Kalau mereka buat begini, orang Melayu sendiri pun tidak boleh menerima maka sokongan yang diterima akan kecil, dan gagal untuk mendapat dominasi yang besar,” katanya kepada Antarapos.

      Malah katanya, tidak mungkin penyokong kuat bekas ketua pembangkang itu boleh melupakan serta merta kekejaman yang pernah dilakukan bekas perdana menteri itu terhadap Anwar pada tahun 1998.

      “Saya rasa tindakan ini tidak akan menarik sokongan ramai sebab masyarakat sudah nampak, dulu Mahathir sendiri yang memperlakukan (memenjarakan) Anwar, siapa yang mula-mula bertindak terhadap (Datuk Seri) Anwar, Mahathir.

      “Masyarakat masih ingat, seolah nampak sangat demi kepentingan dia dan suatu hari nanti bila sudah berjaya (jatuhkan BN) maka dia akan menolak semula kenyataan itu. Ini mungkin boleh berlaku,” jelas beliau.

      Terbaru Muhyiddin dalam satu program malam tadi menyatakan sokongannya terhadap pembebasan Anwar malah berikrar akan menjadikan ia agenda perjuangannya.

      Sebelum itu, Mahathir membuat kejutan apabila berjumpa Anwar untuk kali pertama dalam tempoh 18 tahun selepas memecat beliau daripada kerajaan dan Umno pada tahun 1998.

      Anwar yang ketika itu timbalan perdana menteri dan timbalan presiden Umno turut menuduh Mahathir sebagai dalang di sebalik hukuman enam tahun yang dijalani beliau atas tuduhan sodomi.

      Malah penyokong tegar Anwar dalam PKR mendesak parti itu waspada dalam menjalin kerjasama dengan Mahathir kerana beliau dikatakan masih enggan mengaku pernah menzalimi terhadap Anwar kerana rakus kuasa.

      Anwar kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan sodomi kali kedua, melibatkan bekas pembantunya.

      Mohd Noor juga tidak menolak tindakan drastik Mahathir dan Muhyiddin ini ibarat langkah menyelamatkan diri daripada lemas dalam badai politik.

      “Dalam politik hari ini musuh, dan esok menjadi kawan. Kadang-kadang seperti orang yang berada dalam keadaan lemas perlukan pertolongan, dia akan mengambil apa sahaja yang boleh dijadikan bantuan pelampung, nampak apa sahaja yang terapung dia akan cuba memegangnya. Itu yang saya nampak,” katanya lagi

      Delete
    8. Dogma yang perlu difikirkan kembali secara sedar ialah benarkah pakatan pembangkang hari ini lebih berwibawa daripada BN untuk memerintah negara? Penulis lontarkan pertanyaan ini agar kalian mula menilai satu persatu parti-parti yang bercita-cita besar untuk menguasai Putrajaya. Sedarkah kalian bahawa ada perbezaan jelas antara tingkah pembangkang sebelum dan selepas PRU13.

      Pada pandangan penulis, PAS jangan terlalu memberi prioriti terhadap strategi satu lawan satu; sedangkan dengan kewujudan PPBM pertandingan 3 penjuru pada banyak tempat mungkin lebih menguntungkan PAS. Namun fokus perbincangan ini ialah dengan siapa harus kita berkawan dan bekerjasama. Bukan kerana kita tidak mahu berkerjasama dan mengurangkan musuh. Cuma penulis berharap PAS tegas dengan Gagasan Sejahtera sebagai blok ketiga.

      Isu yang sepatutnya dilihat ialah sejauh mana PAS mampu menjayakan cita-cita perjuangan dan merealisasikan citra politiknya yang berpaksikan Islam. Mari kita lihat satu persatu parti-parti yang menagih kehadiran kita kerana mereka baru sedar bahawa PAS adalah parti Islam/Melayu teras.

      Pertama, PKR. Parti ini semacam terbahagi kepada dua pendekatan. Satu ingin bersama dengan PAS dan sebahagian lagi geli melihat janggut kita. Sepihak bersikap terbuka dengan dasar-dasar kita manakala sepihak lagi sinis dan kontradik dengan apa yang kita perjuangkan. Bolehkah kita percaya dengan parti yang bermain kayu tiga? Aku hanya memperingatkan.

      Apakah PKR boleh menjadi gandingan kerajaan pusat yang baik? Kita harus menilai sikap mereka sejak peristiwa penyingkiran Tan Sri Khalid Ibrahim dari kerusi MB Selangor dan PKR. Pemimpin yang telus dan berwibawa begitu boleh mereka comotkan dengan dokumen fitnah 90 mukasurat. Bagaimana pula dakwaan rasuah seks yang memalit lumpur di badan kerajaan PKR Selangor? Mampukah nanti pemimpin-pemimpin PKR menjadi role model apabila menguasai Putrajaya?

      Kedua, PPBM. Usah dinafikan bahawa mereka masih membawa cara hidup, fahaman dan pendekatan UMNO. Malah mereka masih sayangkan UMNO sebenarnya. Tengoklah kalau Najib berundur. Jangan pula kita lupa pada sikap Mahathir terhadap syariah dan hudud. Bukankah amat menggerunkan kita? Bukan Mahathir berseorangan dalam hal ini. Perhatilah penjilat sekeliling mereka. Semua ahli PAS boleh kenal perangai dan sikap mereka.

      Andai jadi rakan sekutu di Putrajaya, adakah mereka akan berlaga angin dengan dasar PAS? Perangai mereka adalah perangai UMNO. Tak kan begitu mudah lenyap segala kebobrokan mereka semasa bersama UMNO semalam? Aku sama sekali tidak percaya kepada parti yang tertubuh atas dasar benci kepada individu bernama Najib.

      Ketiga, DAP. Senak kepalalah kalau hendak meletakkan harapan kepada kereta kebal pemusnah ini. Mereka boleh u-turn 360 darjah untuk membedil rakan sendiri. Kata Malek Redzuan dalam lagu hitnya, “cukup sampai di sini, sayang”.

      Bukan sekadar itu, apa berlaku kepada CAT sekarang? Apa sebenarnya lolongan kerajaan yang pernah menempelkan kemuliaan Khalifah Umar Abdul Aziz ini? Isu rasuah Lim Guan Eng, isu duit kopi perumahan rakyat, isu tambak laut, isu perobohan premis penjaja kecil dan banyak lagi? Inikah model kerajaan yang mendakwa dapat mengakhiri derita rakyat apabila menawan Putrajaya?

      Keempat, PAN. Tak masuk buku langsung untuk dibahaskan. Ahli PAS tak payah lagi diperkenalkan satu persatu pemimpin PAN yang baru sahaja membuka kamus ‘dosa’ ini.

      Justeru, perlukah PAS meletakkan harapan untuk mempersadakan tuntutan syariah dan kerajaan yang bersih bersama parti-parti dalam blok pembangkang tersebut? Fikirlah masak-masak secara tuntas dan holistik. Jangan terkesima akan jalan untuk dapat kerusi sahaja.

      Delete
    9. Kepada ANON 8:02
      Aku x tulis pjg2 mcm ko
      Senarai yg ko tulis panjang2 tu masih belum lg mampu untuk MEMECAHKAN REKOD SKANDAL BILLION2 & HUTANG2 NEGARA NAIK MENCANAK BERPULUH JUTA sejak si bijaN memerintah negara.
      Amacam...ringkas, padat & senang difahami x statement aku?
      Tak perlu nak SPIN buat laporan mcm suratkhabar hihihi.

      Delete
    10. Arwah dato Fadzil Noor termakbul dah doakan Madey lengok dopan mato diyo, diyo hilangkan fungsi ngajo, sodomy 1 dan 2 sumbek Nuar diyo punyo kojo jugak utk sonang Najib takbir tanpo gangguan Nuar.. elokla Madey tolong furnishkan Najib, dah Najib tak ikut perentah diyo ..Madey talipon2 Najib tak jawab su'uh buek jambatan bengkok dan lain2 ..tu yang diyo hangin satu bodan , ek ang semuo dulu, kan main lagi kato Madey bagai2 tak adil tak adil sumbekkan Nuar dlm penjaro la ni.. yo ang sokong lagi Madey & Nuar tu memang ea byk lah kroni. Yo un sokong lagi buek apo?????

      Delete
  2. Truly a honest and down to earth article bout the froggie... dia tu mmg kaki ego laa maaahn..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam byk2 katak. Katak yg sekor ni yg terlalu tinggi ego nya.

      Ini katak pendik tapi mulut besar.

      Delete
  3. Ibrahim yang bersahabat baik dengan saudagar Cina tidak berjuang untuk bangsa. Mana-mana atau siapa-siapa yang membolehkan keuntungan buat dirinya pasti Ibrahim akan sondol. Najib sudah mula mengumpul dana untuk PRU14 melalui projek-projek anak syarikat kerajaan (baca membedal lagi dana rakyat) dan Ibrahim tahu habuannya besar jika membantu Najib yang sedang cedera itu untuk memusat undi Melayu luar bandar kepada BN, atau paling tidak, melakukan sesuatu yang boleh mengaibkan Dr Mahathir Mohamad dan Bersatu. Selagi mereka berkaitan atau terkait dengan UMNO selagi itulah kata-kata (dan janji-janji) mereka tidak boleh dipercayai.

    ReplyDelete
  4. Patut Ibrahim Ali ni, tangkap dan bubuh lokap serta penjarakan saja. Racist Idiot!!

    ReplyDelete
  5. Kalau politik adalah satu sukan, ibrahim ali sah jaguh lompat jauh

    ReplyDelete
    Replies
    1. atau lompat kijang !!!.

      saya adalah jagoh tulin. rekod saya (I m guessing) masih kekal d sek menengah tengku bariah k trengganu.

      Delete
    2. Jaguh merejam lembing. Habis orang dia nak rejam. Susah nak berkira dgn anak pak ali sekor ni.
      Apa yg dia hendak dlm hidup ini aku pun tak tahu.
      Dulu betullah dia anak pegawa.
      Pi sekolah pun kena dukong balik sekolah pun kena dukong.
      Nak makan nasi dagang pun kena buat la tu juga.
      Nak minum air kelapa muda pun kena ada orang panjat la tu juga
      Dah tua nak mampuih ni cubalah bawa berubah hidup tu.
      Jgn asyik nak kerahkan orang saja.

      Delete
    3. Lompat tinggi tak buleh...out!

      Delete
    4. Memang tak boleh sebab kaki pendik. Kote pun pendik. Akal pun pendik. Lagi pun badan....

      Delete
  6. Itu dia Hang Jebat sudah mengamuk, inilah baru darah orang melayu sejati

    Ibrahim Ali boleh jalan..

    BERSATU kita semua!

    #SokongBersatu

    ReplyDelete
  7. Semekom?. Ape cerita tok him nak bawa teksi. Kalau Mcm ni punya demand, elok la tok him teruskan perjuangan Dia hantar pelanggan yg memerlukan. Sekurang nya Dia dpt berbakti pada masyarakat Walau pun sumbangan nya kecik, Dari Dia terus diperkecilkan oleh orang sekeliling. Persatuan Dia pun tak ada banyak sumbangan pada negara, kecuali masaalah yg dilakukan oleh ahli Perkasa yg rasis. Dari Dia Sebok hala tuju org, elok la Dia jaga kain sendiri yg hampir koyak rabak. Ada masa Kita kena repair diri sendiri Dari Sebok kan diri org.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan saja terkoyak rabak. Dah terlondeh dah pun.
      Punai dia pun dah tak larat nak buka mata
      Entah hidup entah dah mampuih

      Delete
  8. Hala tuju PERKASA macm mana? Kenapa Perkasa Kedah yang lama dan gah dulu tiba-tiba down?

    ReplyDelete
    Replies
    1. PRIBUMI PERKASA tidak mampu menyelesaikan masalah negara sekarang,jadi ia sudah jadi PEKASAM.Negara perlu kepada pembaharuan.Siapa lagi orangnya yang boleh berfikir untuk kebaikan Malaysia kalau bukan Mahathir?Ibrahim Ali boleh ke???Apa yang dinanti-nantikan oleh 70% orang Melayu yang bukan ahli UMNO yang selama ini mengundi PERIKATAN/BN akhirnya menjadi realiti dengan tertubuhnya Parti BERSATU.Apabila BERSATU memerintah negara nanti,larangan daripada si zahid komedi supaya jangan guna nama BERSATU sudah tidak ada apa-apa maknanya lagi.Sekarang pun rakyat menyebut "BERSATU" kerana mudah dan ringkas.Apakah si zahid akan tangkap kami setiap kali perkataan BERSATU itu disebut???Kamu yang kononnya BERTEMU dengan Tok Arab yang beri Najiblis 2.6 billion itu yang akan ditangkap kelak.Keluar penjara nanti kamu semua penghkhianat bangsa boleh tubuhkan parti baharu dengan nama BERTEMU.

      Delete
  9. Ibrahim Ali tu perkasa apa?
    Mcm2 penyakit dia ada
    Orang bersusah payah nak satukan politik Melayu yg sedang berpecah. Dia syok syok nak pecah belahkan orang.
    Kau nak jadi perdana menteri ke ibrahim?
    Atau nak jadi MB kelantan?
    Jgn dok bercita cita tinggi sgt ibrahim
    Bagi laluan kat orang2 muda sama.
    Kau dah tua dah bermacam macam penyakit yg kau dah ada.
    Tunggu mati saja lagi

    ReplyDelete
  10. Welldone Datuk Sri KhIruddin, tu aja yang boleh gua cakap!!!Malas gua nak amik pot pasal Ibrahim Ali dan Perkasanya!!! Ntah apa2!!!

    ReplyDelete
  11. Ibrahim Ali sangat risau kerana dengan tertubuhnya parti BERSATU,maka tamatlah riwanyat Pribumi Perkasa.Nampak tak?Sekarang jelas kelihatan niat dia menubuhkan Pribumi Perkasa.Cuba dengar balik ucapan Tun Mahathir semasa melancarkan Pribumi Perkasa dulu.Tun kata bila masalah selesai nanti Pribumi Perkasa bolehlah ditutup.BERSATU yang akan menyelesaikan masalah negara bukannya Pribumi Perkasa.Maka hilanglah peranan Ibrahim Ali yang kerjanya buat 'tour' seluruh dunia merasmikan Pribumi Perkasa United Kingdom,Eropah,Timur Tengah dan merata.Kalau dia ikhlas dalam perjuangan,dia perlu berdiri teguh di belakang Tun,dengan adakan satu sidang akhbar untuk mengumumkan arah tuju Pribumi Perkasa,setelah terbentuknya parti BERSATU.Ibrahim Ali masih punya masa.Tetapi dengan memilih untuk pertikaikan perjuangan Mahathir,maka secara jelas kamu menunjukkan...inilah Ibrahim Ali....pakar menangguk di air keruh...sama spesis dengan geng dedak.Sekarang jelas arah tuju parti BERSATU,yang kurang jelas arah tuju ialah Ibrahim Ali.Mintalah dedak pada Najib RM 100 juta untuk Pribumi Perkasa buat u-turn,ambil alih peranan Ali Tinju,Jamal Ikan Bakar dan geng dedak yang lain.Selamat Berjaya Ibrahim Ali!

    ReplyDelete
  12. Khairuddin ni pun satu, bangang. Kata nak amalkan politik matang. Biarlah si Ibrahim tu bertanya ikut suka dia. Nak jawab boleh, tak nak pun boleh. Amalkanlah politik bermaruah. Dia bertanya seratus kali pun kalau nak jwb silakan, kalau rasa malas nak jawab pun boleh tak layan. Tak perlu.buat apa apa kenyataan yg merugikan politik BERSATU.

    BERSATU perlukan PERKASA, perlukan PAS, perlukan PKR dan AMANAH.

    Tapi bab DAP...errrr...mmg merugikan melayu sbb banyak sgt dah bukti DAP anti hak melayu. Itulah dasar perjuangan DAP. Mgkin Khairuddin jahil atau malas baca perlembagaan DAP.

    Memang DAP nampak hari ni baik dan belum zalim, tapi bila dapat kuasa putrajaya DAP akn berubah sbb itu dah diceritakan dlm AlQuran. Orang musyrik tak samasekali akan suka kpd orang beriman. Khairuddin nak try ke bg DAP berkuasa di putrajaya? Jgn nyesal. Hari ni.kita masih boleh solat dgn aman tapi belum tentu lg besok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lu punya teori kasi gua ketawa sampai tegolek terlentang!! Jangan suka sangat membangangkan orang, ni gua nak tanya lu selama ni tanah rezab melayu yang makin kurang kerja sapa gamaknya???DAP ke??? Tapi DAP tak memerintah Malaysia pun.....

      Delete
    2. Nilai saham rm52B yang telah dikhaskan untuk ekuiti bumiputera semasa IPO di bursa saham, kini dianggarkan cuma bernilai rm2b. Salah DAP jugak? Bangunan yang dibina kontraktor melayu yang belum siap tapi runtuh sana sini (terengganu la champion bab bab ni), salah DAP? Apa ko cakap jangan menyesal? Kita dah menyesal dengan umno, paham?

      Delete
    3. Kpd anon 15:00...sy x racist tp sy juga seperti anda yg ragu2 sket dgn DAP. Sbb nye sy da keje bwh tokey cina bertaun2 & sy tau ape rasa nye. Mungkin ade di luar sana yg dpt tokey cina yg baik. Tetapi ape yg sy nk bgtau..kita xtau masa dpn..kita xtau bole solat secara aman @ x mcm yg anda runsingkn. Tetapi itu sume BELUM PASTI TERJADI. Jd di sini sy menyeru kpd anda tolak la umno sbb nye SUDAH TERBUKTI & SUDAH TERJADI yg negara makin menimbun hutang, kerakusan pemimpin atasan menyamun duit rakyat & harta negara. Umno & Rasuah berpisah tiada...Dulu,Kini & Selamanya

      Delete
  13. Wayang kulit kelate tu bang din. Berahim pakar bab tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat apa nak layan katak bantut tu.

      Delete
  14. Teruskan Bersatu,usah toleh ke belakang lagi....Ibrahim ni biarkan saja dia,tinggalkan dia.

    Kita tiada masa untuk melayan mereka bersentimental,kita alukan serta memerlukan pemimpin yang progresif,berani,berdaya saing,bersih,berhati waja,berwawasan,berpandangan jauh,amanah serta rajin.

    Sokong BERSATU!

    ReplyDelete
  15. Ibrahim Ali dan Ahmad Said Terengganu lebih kurang lah standardnya. Berjuang utk kepentingan diri sendiri di sebalik imej Melayu dan Islam.

    Bagi Ibrahim Ali survival kerelevanan beliau adalah keutamaan tertinggi. Kalau bertanding pilihanraya dah tentu kalah. Maka jadi pemimpin NGO senang. Tak kiralah berapa jumlah sebenar ahli. Beliau patut tanya apa halatuju sebenar Perkasa.

    Ahmad Said selalu sangat didengari berkata dia ada rahsia besar Najib berkaitan TIA dan 1mdb. Kononnya sedang menunggu masa yg sesuai utk didedahkan jika keadaan memaksa. Sampai sekarang tak ada apapun. Nampak sangat bermain tarik tali utk kepentingan diri sendiri.

    Sesuatu yg baik ke arah kebaikan haruslah disokong tanpa mengusutkan keadaan dgn hal2 remeh temeh. Permudahkan, bukan disusahkan.

    Kepada Ibrahim Ali dan Ahmad Said, kembalilah ke pangkal jalan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kembali kepangkal jalan???? tu lah pangkal jalan yg dilalui olih Brahim dan Mat Said dari dulu, sekarang dan selama2nya...survival diri.

      Patut beri nasihat bagini: " spesis mcm Brahim dan Mat Said, jgn dilayan "..

      Delete
  16. Aku cadangkan kita gunakan ejaan Ber1 untuk Nama singkatan parti ini. Tak kan ini juga akan menjadi kesalahan?

    ReplyDelete
  17. Saya orang Kelantan dan tahu sangat2lah pasal siIbrahim Ali ni....[epat basi weh!!!....tak laku.....orang dah tak buat kira bicara doh....apa yang saya perhatikan cuma Tun yang masih buat cakap dengan dia ni, mungkin dihati Tun ada rasa kesihan sebab dia ni ada nyakit gong2 siki kata orang Kelantan.....syabas diucapkan kepada Dato Khairuddin yang telah menulis dengan begitu berani dan ikhlas.Penghormatan saya pada Dato kerana Datolah satu2nya orang yang benar2 menyanyangi Tun dan sanggup berkorban apa saja kerana Tun.Terima kasih Dato.

    ReplyDelete
  18. Ibrahim ali..alim alim kucing.
    Poddahhhhhh...budu punya worang

    ReplyDelete
  19. Yes dear Khairuddin give it to him (and his kind) in a way that he is most deserving for!

    In this country, his kind which is the syok sendiri through and through is yet to wake up to see that more and more Malaysians have already waken up to the reality around them which you have clearly pointed out.

    My do'a for you and your love ones.

    ReplyDelete
  20. Saya tujukan ini kepada penulis artikel dan penegak Parti Bersatu yang emosi.

    Saya seorang Melayu - bukan ahli Perkasa dan bukan Ahli UMNO. Saya tiada parti sebagaimana kebanyakan rakyat Malaysia.

    Yang pastinya saya amat menyangjungi Tun M.

    Walau apa yang saya zahirkan sebagai Melayu kelas pertengahan, hati saya bersama Perkasa. Saya selalu khuatir dengan nasib bangsa saya. Jadi jangan lecehkan kekhutiran Perkasa. Jangan hina Perkasa atas dasar perkauman sebab bangsa Melayu juga yang akan rugi nanti.

    Jangan pula Bersatu belum apa-apa sudah tak terima kepelbagaian pendapat sebab saya yakin Tun M tak macam itu!

    Selamat datang BM (Barisan Mahathir), Selamat tinggal BN (Barisan Najib) :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Erkkk..bole tolong senaraikn TIGA perkara yg boleh dibanggakan yg telah dibuat oleh Perkasa dibawah kepimpinan si berahim ni? Sbb sy nk terima kepelbagaian pendapat. Jadi tolong senaraikan ya supaya saya tau apa yg dah dibuat utk org melayu.

      Delete
  21. Khairuddin ni apa tahu. Dia ingat Tok Him serang Tun M dan TSMY ke? Yg dia sibuk jawab tu apahal.? Dia pemimpin Bersatu ke? Ni pertanyaan NGO Melayu kpd Parti Melayu apa yg dia sibuk. Ni pertanyaan semua org Melayu nak tahu. Semua ahli Perkasa nak tahu. Kalau dah bekerja sama dgn DAP berani ke ckp pasal Melayu? Mcm PAS dulu masa bersama DAP menikus terus isu Islam dan Melayu.

    ReplyDelete
  22. Khairuddin ni apa tahu. Dia ingat Tok Him serang Tun M dan TSMY ke? Yg dia sibuk jawab tu apahal.? Dia pemimpin Bersatu ke? Ni pertanyaan NGO Melayu kpd Parti Melayu apa yg dia sibuk. Ni pertanyaan semua org Melayu nak tahu. Semua ahli Perkasa nak tahu. Kalau dah bekerja sama dgn DAP berani ke ckp pasal Melayu? Mcm PAS dulu masa bersama DAP menikus terus isu Islam dan Melayu.

    ReplyDelete
  23. Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, jadi Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com


    Asa loan lending company are ready to loan you any amount you need to start up your personal business. we give out loan at 3% interest rate, so Kindly apply for agricultural farming loan. if you need loan contact our email:asaloantransfer@gmail.com, you can also contact this email:finance_institute2015@outlook.com

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...