Thursday 1 September 2016

APAKAH RAHMAN DAHLAN DAH HABIS FIKIR?

Jika sebelum ini Abdul Rahman Dahlan hanya berkias dengan mengatakan hanya orang bodoh saja tak tahu siapa sebenarnya Malaysian Official 1 yang disebut dalam kertas mahkamah Jabatan Kehakiman AS, kini beliau secara terbuka mengesahkan individu berkenaan adalah Najib Razak.

Sebagaimana dipetik melalui wawancara dengan BBC, Pengarah Strategik BN itu berkata, "Jelas sekali jika kamu membaca dokumen berkenaan, ia adalah Perdana Menteri."

Tidak seperti pemimpin-pemimpin UMNO lain yang takut-takut untuk menamakannya secara terbuka kerana ingin melindungi kedudukan Najib, Rahman sebaliknya bersikap sangat terbuka.

Malah dengan mengesahkan Najib sebagai Malaysian Official 1 melalui  saluran BBC, tidak melalui media tempatan, Rahman seperti ingin pengesahannya itu diketahui serta didengari oleh seluruh dunia.

Sebelum ini, Bung Mokhtar Radin misalnya enggan berterus-terang dengan mengatakan Malaysian Official 1 itu boleh jadi merujuk kepada sesiapa saja, manakala Nawawi Ahmad pula mentafsirkannya sebagai Yang Dipertuan Agong.

Pemimpin-pemimpin UMNO selebihnya, walaupun sedar Malaysian Official 1 itu juga dirujuk sebagai mempunyai talian persaudaraan dengan Riza Aziz, tetapi keberatan untuk menyebutnya secara terbuka dan terang-terangan.

Ini kerana, risiko mengesahkan nama Najib bererti turut bersetuju dengan dakwaan Jabatan Kehakiman AS mengenai kemasukan wang sebanyak AS$731 juta atau kira-kira RM3,000 juta yang berpunca daripada 1MDB ke dalam akaun peribadi Malaysian Official 1 itu.

Apakah dengan pengesahan terbuka Rahman Dahlan bahawa Najib adalah Malaysian Official 1, beliau ingin memberitahu dunia bahawa wang tersebut memang berpunca daripada dana 1MDB yang dilencongkan dan bukan merupakan derma daripada Timur Tengah?

Apakah Rahman sudah berfikir habis-habisan mengenai risiko pengesahannya melalui BBC itu?

Berapa lama lagi rasanya Rahman Dahlan boleh bertahan sebagai menteri? (SH 01/09/2016).

48 comments:

  1. Itu pendapat peribadi dia saja.

    Ini ayat standard Melayu lembab berpikir.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Umno dah takde duit..parti saka, berpuaka dah pokai. Bahagian dan cawangan dah takde aktiviti..peruntukkan ketua dah sapu. Dulu sblm transfer duit dari ambank byk la duit najib. Skrg..menteri pun ramai dah bising. Rahman ni bg isyarat mintak tambah dedak.

      Delete
    2. Najib dah nak tumbang, Rahman Dahlan satu kaki dah kat luar pintu... standby nak cabuttttttt.

      Delete
    3. Cerita derma daripada timur tengah tu hanyalah khayalan drp zahid komedi penipu tu.
      Mungkin budak zahid tu nenuntut ilmu sesat dulu ni

      Delete
    4. Kalau pembangkang menang pru14, tolong lakukan siasatan menyeluruh harta pemimpin dan kroni umno/bn. Sekat, selongkar, beku, rampas, lelong jika terbukti harta tidak sah. Sumbat ke dalam penjara termasuk isteri dan anak mereka yang makan duit haram. Jangan berlembut/bagi mereka peluang. Kalau boleh bila mereka meninggal dunia, haramkan jasad mereka dikebumi di negara ini.

      Delete
    5. Rakyat Diperbodoh1 September 2016 at 20:47

      "...Abdul Rahman Dahlan hanya berkias dengan mengatakan hanya orang bodoh saja tak tahu siapa sebenarnya Malaysian Official 1 yang disebut dalam kertas mahkamah Jabatan Kehakiman AS..."

      Ikut hukum mantik matematik, bermaksud:
      YB Kinabtgn = YB Lgkawi = org bodoh

      Delete
    6. Takkan la x reti sapa yg Rahman Dahlan maksudkan. Kalo Najib mengaku dlm Parlimen sekalipun, rakyat x boleh berbuat apa jugak.

      Pokoknya rakyat x kesah diperolok2kan ke, dibodoh2kan ke, sbg pemimpin, menteri UMNO cakap la apa saja, rakyat xde amik port sgt pun.

      Delete
    7. Menurut tilikan Ketua Klaster Lebai Musang Berjanggut adalah mustahil MO1 yg juga penaung Multaqa Ulama menerima wang rm2,600,000,000 kedalam akaun peribadi beliau.
      Tambahan pula tidak ada 4saksi yg boleh mengesahkan kemasukan wang tersebut. Semakan dlm komputer tidak sah sebagai bukti sbb komputer adalah mesin bukan makhluk yg berakal....kikikikik lawak sakan.

      Delete
  2. Betul bendul betul hamba Allah ini,lain kali kita nak tanya apa2 berkenaan dengan 1MDB bagi soalan dalam bahasa orang putih baru dia paham,mungkin selama ini dok tanya dia dalam BM kurang faham kut.agak2 SPM BM berapa?.Rupanya ada standerd lah beliau ,luar negeri dia telanjang habis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan sebab bahasa bang oiiii!!
      sebab omputih yg tanya maka takut la nak spin
      kalau org melayu yg tanya pandailah dia perbodohkan

      Delete
    2. Dahlan is just a kitten on a hot tin roof (in ah jib's burning house) that meows in English... ngeow,ngeow, naughty little tell-all feline!!!

      Delete
  3. Ha lah, kalu Jibgor itu MMO1 apa lagi si Dahlan mahu lagi cari makan bawah naungan penyamun ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. I.Q. Encik Dahlan itu telah melalui evolusi lambat. Itulah jenis intelek dalam kabinet Ah Jibgor. Hey bro. satu dunia dah lama kenal Malaysian Official 1 ... tak payah mu nak mengaku ke atau toseh nak mengaku pasti mu sokmo akan terkena pedas lah!!!

      Delete
    2. Dalam temubual dengan BBC Dahlan acap kali bertanya balik kepada wartawan kenapa DOJ Amerika 36 kali tidak sebut "Najib Razak" tapi guna "MO1"? Dahlan kata itu membuktikan bukan Najib yang di siasat jenayah itu - Najib tak terlibat menyeleweng wang negara.
      Nah, kamu sekalian cuba fikirkan benak putaran lidah bercabang menteri Dahlan ini.

      Delete
  4. Rahman Dahalan dah ada plan B dan juga Plan C. Walaupun dia guna bahasa berlapik, dia dah ada exit strategies

    Samada dia dedahkan all out dan implement Plan B untuk selamatkan diri dan dan keluarga atau

    Dia berharap unutk renegotiate dengan isteri kepada PM untuk position baru atau contract baru atau apa apa yang memberi manfaat kepada dia. Ini Plan C

    ha ha ha

    kalau politician, politician jugalah.

    ReplyDelete
  5. Najib begitu tenang menghadapi saman DOJ US .... apa yang telah di"rancang" selama ini dengan Obama dan para menterinya...??????

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 12.48,
      Apa yg nak dirancang apa ke bende,obama pun dah nak pencen lagi 2 bulan,yg aku nampak najib ini makin dekat dengan perundangan US...jd menteri menteri pun mula nak lepas tangan walau pun muka dah terpalit.

      Delete
    2. Anon 12.48,
      Apa yg nak dirancang apa ke bende,obama pun dah nak pencen lagi 2 bulan,yg aku nampak najib ini makin dekat dengan perundangan US...jd menteri menteri pun mula nak lepas tangan walau pun muka dah terpalit.

      Delete
  6. Rahman Dahlan tidak akan mengesahkan jika tidak mendapat lampu hijau dari Mohd Najib Abd Razak. Dan apabila akhirnya Najib memberi signal ia bermakna mereka (Najib dan penasihat-penasihatnya) sudah mempunyai pelan lebih baik untuk menyelamatkan diri dari tuduhan salahguna kuasa dan pengubahan wang haram. Percayalah, 'lawatan kerja' ketiga Ahmad Zahid Hamidi ke US bukan pulang tangan kosong.

    Demi kuasa! Kasihan rakyat Malaysia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah terlambat nak kawtim dgn US , DOJ dah cetak laporan, AG US Loretta Lynch dah buat sidang akhbar lagi... Kau ingat DOJ suka2 je boleh tarik balik tuduhan dlm laporan tersebut ? Apandi mangkuk hayun tuh boleh laaa, standard AG longkang boleh kaberap sana- kaberap sini.

      Delete
  7. Kedudukan Rahman bakal terjejas apabila dia membuat pengesahan tentang kelibatan Najib dalam rasuah besar ini....!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pi mampos ah dgn dia , aku peduli apa.

      Delete
  8. Rahman dahlan adalah seorang yang taat. Di ikuti khutbah jumaat dengan khyusyuk(taatlah kamu kepada Allah, taatlah kamu kepada Rasulullah, taatlah kamukepada pemimpin kamu.......). Itu sbb dia taat kpd pemimpin dia dengan membabi buta.

    ReplyDelete
  9. Itu Malaysiakini putar belitkan kenyataan dia, Rahman Dahlan berkata apabila ditemui wartawan dari TV3!!

    ReplyDelete
  10. Lain macam jerrr kali ni...rahman dahlan sahkan najib ialah M01....johari kata tak akan defend umno wrongdoers....kj cakap mempertahankan pemimpin adalah salah satu cara menghayati kemerdekaan...apa lagi lepas ni? DoJ dengan FBI mana boleh kautim, main la golf ka, guli ka, atau gasing ka dengan barack.

    ReplyDelete
  11. persepsi credibility seorang pemimpin bergantong kpd kebolihpercayaan (believability) segala komenter n pandangan nya.

    Rahman dahlan sudah sedar bahawa dia dlm keadaan tersepit sekarang.

    komen yg sama tlh saya berikan kpd ds zahid.

    saya masih ingat seamasa d uni dahalu apabila d antara rakan2 kami sering menggunakan ungkapan 'the weather is very clear now'

    ini lah kedudukan penyokong 'cari makan' ds najib.
    nak isthihar terang2 takut hilang jawatan n segala kemudahan.

    saya amat yakin 'foot soldiers' UMNO akan berhijrah kpd parti2 lain saperti BERSATU dlm masa terdekat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Foot soldiers nak berhijrah ke parti2 lain adalah kemungkinan besar. Tapi parti2 lain patut umumkan secara rasmi bahawa mereka dah tutup ruang untuk foot soldiers umno, terutamanya yang ada jawatan di pelbagai peringkat. Ini demi kredibiliti parti masing2. Satu tahun punya window of opportunity untuk berhijrah dah cukup....

      Delete
  12. Saudara Budin
    Sebenarnya semua menteri2 dan ahli umno memang tahu yang MO1 itu adalah Najib tetapi mereka sengaja memembodohkan diri untuk menjaga hati najib dan Rosmah sebab takut hilang jawatan dan lain2 kemudahan seperti projek dan tenderyang berkaitan dengan kerajaan.

    Dalam situasi begini Mereka lebih mengutamakan periuk nasi masing2 dan melupakan rakyat yang telah memilih mereka.

    Dan akhirnya rakyat yang menjadi mangsa membayar hutang selain kenaikan subsidi dan perlaksanaan GST yang amat membebankan rakyat.

    ReplyDelete
  13. Sokong anon 16.13
    KERIS

    ReplyDelete
  14. Ketua Umno Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos perlu mendedahkan sumber kekayaannya atau berdepan siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kata Ahli Parlimen Ipoh Barat M Kulasegaran.

    Ini selepas Jamal yang mengepalai Gerakan Merah berkata semalam, beliau akan memberikan wang sebanyak RM1,000 seorang kepada 115 ketua cawangan Umno dalam bahagiannya.

    Ujar Jamal, pemberian tunai itu adalah sebagai alternatif selepas membatalkan rancangan untuk membawa ketua-ketua cawangan itu bercuti ke Dubai.

    "Pengumuman beliau itu menimbulkan satu persoalan iaitu dari mana dan apakah sumber dana beliau?

    "Saya pasti bukan sahaja ahli Umno tetapi rakyat Malaysia juga ingin tahu jika dana itu datang daripada poket sendiri, bahagian atau derma.

    "Jika wang itu daripada poket sendiri, kemudian dia mewajarkan bahawa pendapatannya adalah mencukupi untuk kemurahan hatinya.

    "Jika Jamal tidak bersedia untuk berterus-terang mengenai sumber dananya, maka SPRM perlu menjalankan siasatan," kata ahli parlimen DAP itu.

    Baru-baru ini, Jamal membatalkan janjinya untuk membawa kesemua ketua cawangannya bercuti ke Dubai.

    Sebaliknya, janji percutian itu ditukarkan kepada pemberian wang tunai berjumlah RM1,000 kepada setiap ketua cawangan tersebut.

    "Lima bulan lepas saya dah berjanji kepada 115 ketua cawangan tetapi hanya 80 yang bersetuju untuk dibawa bercuti ke Dubai.

    ReplyDelete
  15. Sokong anon 16.13
    KERIS

    Obama pencen

    Pok jib kauwtim pulak presiden baru usa
    Batalkan saman DOJ
    betul tak?

    Sebab tu rakyat matang mesti memberontak seluruh negara
    Lingkupkan bn umno sekarang

    KERIS

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini dah masuk fasa ke 2. Bila fasa pertama kita bagi peluang dan amaran agar najib letak jawatan (isu 1mdb dan derma pak arab gila) dia buat tak layan, dia tunjuk kuat pulak dengan cara pecat dan singkir yang tak sehaluan dengan dia, oleh itu sapa-sapa shj yg bersekongkol dgn najib kita mark, kita tunggu masa sesuai untuk balas perbuatan mereka. Balas tetap balas. Nasib mereka mungkin lebih baik berbanding saddam hussein dan muammar ghadaffi disebabkan orang melayu berjiwa penyayang, mudah kasihan.

      Delete
  16. Menteri2 Umno semuanya bodoh sebab terlalu banyak makan duit rasuah....

    Rahman terpaksa ckp apabila diwawancara BBC MO1 adalah PM. Kalau dia cakp lain, mesti BBC reporter akan tanya, ' are you that stupid like that Bung Kinabatangan or that donkey Nawawi not to know who is MO1".

    Reporter luar negeri bukan bangang & penakut mcm reporter Msia.

    ReplyDelete
  17. Ramai sangat dah orang umno nie macam zombie... banyak sangat yang selambe2 je makan duit haram... mmg kompom la depa tak bangkit melawan...

    melawan kang, budget takde...
    melawan kang, diganggu perniagaan...
    melawan kang, nenek dia marah...
    melawan kang, tok sedara dia marah...
    karang nenek tak bagi angpow...
    karang tok sedara tak bagi angpow...
    semua pikir mcm mana nak isi tekak nie dgn api neraka...






    ReplyDelete
  18. jangan Rahman Dahlan ni buat U turn sudah. Biasalah bila suruh bagi komen, tak sempat nak pikir, mulut laju je cakap. Lepas tu dah tersedar sibuklah cakap wartawan putarkan fakta, ni semua salah pembangkang, anwar ibrahim punye pasal bla, bla, bla

    ReplyDelete
  19. Di hari itu orang-orang kafir dan orang-orang yang mendurhakai rasul, ingin supaya mereka disama-ratakan dengan tanah, dan mereka tidak dapat menyembunyikan (dari Allah) sesuatu kejadian pun.

    montori montori amno yang beragama Islam bial bercakap suka bohong
    tak pernah fikirkah akan setiap kali bohong berdosa
    tak takutkah balasan di akhirat nanti atau pun mereka fikir bial mati habeh cerita jadi tanah
    saja macam mana ornag kami fikir

    bahaya hidup lalai denagn ajaran Islam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Melayu takut dengan Allah? Bila? Pernah kah Melayu takut dengan Allah? Sepanjang hidup aku, aku tak pernah jumpa dengan Melayu yang takutkan Allah. Kalau Melayu takut Allah, mereka tak kan makan rasuah, mencuri, menipu, bersaksi palsu, menfitnah, hisap dadah, zalim dan berzina

      Delete
    2. Mungkin wayang baru nak mula. Tajuk filemny - penjara tempatku lebih selesa dari penjara negara bengali putih. Keh3 esok3 buley pakai pelapik tengkok warna putih...



      Delete
    3. Zahid komedi berpendidikan agama tu.
      Bila duduk dalam umno dia dah bertukar menjadi buaya.
      Dengan tiba2 saja dia dah jadi pandai berniaga.
      Beratus juta duit dia skrng ni.
      Bisnes dia sama juga dgn menteri2 lain.
      Mereka berniaga jolok jolok.
      Berniaga jolok pi jolok mai.
      Jual semua tender kerajaan.
      Mereka Ali Baba yg sebenar benarnya.


      Delete
  20. Sebenarnya inilah tahun kemerdekaan yg paling hina sekali malaysia telah dianugerahkan sebagai negara juara rasuah mana ulama mana org melayu takut menegur pemimpin hg gila kuasa dan masih lagi mengampu pemimpin yg penuh dengan rasuah hanya disebabkan dedak dedak yg menjadi makanan binatang

    ReplyDelete
  21. Sebenarnya inilah tahun kemerdekaan yg paling hina sekali malaysia telah dianugerahkan sebagai negara juara rasuah mana ulama mana org melayu takut menegur pemimpin hg gila kuasa dan masih lagi mengampu pemimpin yg penuh dengan rasuah hanya disebabkan dedak dedak yg menjadi makanan binatang

    ReplyDelete
  22. Muhyiddin to Najib "Be a MAN, sue me" dan memintak najib sendiri menjawab pertuduhan beliau. BE A MAN,cabaran yg amat keras sekali. Ada kah najib saorang jantan? Berani kah dia menyaman Muhyiddin, akan terburai segala galanya. I don't think so.

    ReplyDelete
  23. Dari cubaan membunuh kepada voluntarily causing harm. Menguna senjata api dan menembak orang 'just cuasing harm'. Nasib baik dia adik kepada Menteri NOH Omar. Hanya penjara 5 tahun sahaja. Gelaran pun cantik punya MAT MALAYA. Dunia Dunia. Yang menyamum harta rakyat di bebaskan dan disanjung, yang cuba membunuh light sentance.

    ReplyDelete
  24. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  25. Tengok pada air muka dan body languge Rahman Dahlan pun kita sudah dapat meneka apa yang sebenarnya yang berada dihati dia terhadap Najib.....aku nampak beliau begitu teruja nak menceritakan sesuatu yang benar2 berada dihati beliau kepada wartawan BBC tersebut.Kesian siRahman sat lagi pasti kena la tu!!....

    ReplyDelete
  26. Tinggal Bung sorang je le yang belum naik angin.

    Mat Keriau dah jadi Mat Songap - sesongap ayam bila burung helang berlalu. Anifah dah pedup. Apdal x payah cakaplah kerana dia dah bakar jambatan. Musa Aman? Orang-orang jauh - out of sight out of mind, begitu lah di Sarawak apatah lagi Sabah. Rakyat Sarawak dan Sabah macam mana?

    Tanya depa, nkorang ada bukak tv1 2 atau tv3 tak? Kalo kat semenanjung ni pun hanya berapa kerat saja yang bukak, berapa kerat pulak agaknya kat sana? Mengambil kira kepelbagaian negara yang amat luas, ada tersemat ke ciri-ciri integrasi dalam rancangan ketiga-tiga saluran itu untuk menambat selera penonton? Tak hairan lah kalau orang Sabah Sarawak akan kata ketiga-tiga saluran tu "syok sendiri" sahaja. Sebenarnya nak dapat signal siaran dari 3 saluran itu di beberapa tempat di semenanjung pun bermasalah, maka dengan itu tak payah lah kita cakap pasal tv kat Sabah dan Sarawak. Sebab kat sana nak cari air untuk minum pun susah.

    Jadi Sabah dan Sarawak sekarang masih berstatus fixed-deposit atau tidak?

    ReplyDelete
  27. Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, jadi Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com


    Asa loan lending company are ready to loan you any amount you need to start up your personal business. we give out loan at 3% interest rate, so Kindly apply for agricultural farming loan. if you need loan contact our email:asaloantransfer@gmail.com, you can also contact this email:finance_institute2015@outlook.com

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...