Monday 15 August 2016

TIGA NEGARA SUDAH BERTINDAK


Selepas Amerika Syarikat dan Singapura, kini Switzerland sudah mengambil langkah memulakan penyiasatan berkaitan 1MDB yang merangkumi aspek penggubahan wang haram, penipuan dan rasuah.
Ini bermakna daripada sekurang-kurangnya tujuh negara yang sebelum ini dilaporkan menyiasat 1MDB, tiga daripadanya telah mengambil tindakan berkesan yang dinanti-nantikan, bukan saja oleh rakyat Malaysia yang mahukan kebenaran, tetapi juga oleh seluruh dunia.

Tujuh negara tersebut ialah Amerika Syarikat, United Kingdom, Switzerland, Singapura, Abu Dhabi, Hong Kong dan Luxembourg.

Dalam masa yang sama, Bank of Scotland turut melakukan penyiasatan berikutan wujudnya pengaliran wang melalui bank tersebut, manakala CEO Anz Bank yang menguasai 24 peratus kepentingan dalam Ambank telah dipanggil memberi keterangan kepada Parlimen Australia, juga disebabkan perkara yang sama.
Tetapi di Malaysia, 1MDB masih dianggap "suci bersih" oleh pihak berkuasanya, malah Najib Razak yang menubuhkan syarikat pelaburan itu serta berkawan baik dengan Jho Low dan kemudian  melaluinya tercetus skandal kewangan terbesar di peringkat antarabangsa telah dianggap sebagai "anugerah Tuhan" yang kononnya mesti disokong dan diberikan puji-pujian. (SH 15/08/2016).

43 comments:

  1. Semua rezeki manusia didunia ini adalah dari Tuhan. Baik rezeki itu halal atau haram.
    Rezeki haram tidak akan bertahan lama dan tetap hancur.
    Semua duit haram dalam bank sudah dibekukan.
    Barangkali Tuhan mahu pencuri perhabiskan dulu duit dalam 'tong drum'.yang disimpan kat rumah kot. Bila tiba habis duit dalam tong drum itu....kita boleh lihat 'naga menjadi ular lidi'....tunggulah....

    ReplyDelete
  2. Negara luar pun tak minat nak campur tangan dalam hal ehwal negara kita.

    Mereka bertindak atas kegiatan wang haram yg disalurkan melalui sistem kewangan bank mereka. Sebagaimana kita juga bertindak ke atas kegiatan yg sama di negara kita.

    Jadi nak buat apa cipta satu kejutan untuk takut takutkan rakyat negara ini kononnya kita mengundang campurtangan negara asing ke negara kita? Kononnya negara kita akan jadi macam negara Mesir, lraq, Syria, libya dan lain lain.

    Kita ada menyimpan senjata merbahaya ker seperti bom nuklear?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pasal2 pi upah lawyer yg tinggal di Australia untuk takut takutkan rakyat Msia.

      Dah terdesak sangat dah ker?

      Lawyer kalau tidak diupah dia tak akan buat kerja. Dah jadi profession lawyer, menang ker kalah ker mesti kena bayar. Mana ada free.

      No money no talk lah.
      Kalau setakat nak bodoh bodohkan orang kampong boleh lah.

      Delete
    2. Orang kampong dah cerdik dah, yang bodoh puak dok cium tangan dia saja.

      Delete
    3. Gagasan Sejahtera (GS) telah dilancarkan. Secara realitinya GS yang menggabungkan PAS dengan Ikatan ini bukanlah suatu platform pembangkang yang mengancam sekurang-kurangnya buat masa ini. Kekuatan Ikatan belum meyakinkan. Orang hanya kenal Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir. Peminat politik tertanya-tanya sejauh mana beliau mampu menjadikan Ikatan sebagai sebuah parti yang mampu berdiri kukuh di persada politik negara.

      Selagi GS tidak mendapat rakan sekutu yang lebih strategik terutama di Sabah dan Sarawak, GS sukar pergi jauh dalam politik cacamarba Malaysia kini. Seiring dengan itu, Ikatan wajar bekerja keras untuk meguasai Parlimen dan DUN yang akan ditandingi.
      Walaupun GS bukan menjadi satu blok yang mencabar buat masa ini namun dengan kehadiran BERSATU, strategi politik PAS harus berubah. Mengikut kajian Sinar Harian, 30% undi UMNO akan berpindah kepada BERSATU. Kalau benar kajian itu, kekuasaan UMNO/BN akan tergugat di seluruh negara, lebih-lebih lagi apabila Dato Seri Shafie Afdal menubuh parti khusus untuk warga Sabah.

      Senario ini menatijahkan bahawa GS tak perlu lagi berkompromi dengan Pakatan Harapan (PH) yang dikuasai DAP dan sikap gergaji dua mata PKR. Malah GS juga tak perlu bekerjasama dengan BERSATU. Kenapa? Apakah ini semua perancangan Allah untuk memberi kemenangan besar kepada PAS dan GS kali ini? Wallahu’alam. Situasi ini tidak mustahil setelah Allah juga yang telah membersihkan dan menyelamatkan PAS dari tangan-tangan para durjana dan munafik politik.

      Watak-watak yang menggerakkan BERSATU kebanyakannya terdiri daripada mereka yang alergik dengan PAS dan Syariah. Sekiranya GS bekerjasama dengan BERSATU akan timbul masalah besar dalam menentukan kerusi yang akan dipertandingkan dan polisi bersama nanti . Mari kita ambil contoh di Terengganu. BERSATU akan minta untuk bertanding di beberapa kerusi. Kalau mereka hendak bertanding di kerusi yang ditandingi oleh PKR semasa PRU13 dahulu, maka masalah tidak timbul. Penulis percaya bahawa BERSATU mahu bertanding di sebahagian besar kerusi di Terengganu. Apakah PAS bersedia untuk konflik baru yang saja dicari ini? PAS hendak menawarkan kedaulatan syariah. BERSATU hendak menawarkan apa?

      Justeru, bagi penulis bukan sesuatu yang bijak bagi PAS/GS cuba mendekati BERSATU. Tidak perlu pemimpin BERSATU diberi ruang untuk memperkenalkan citra politik mereka di pentas-pentas ceramah PAS sepertimana yang pernah diberikan kepada Semangat 46 dan PKR suatu waktu dahulu. Halatuju BERSATU belum jelas. Malah belum ada tanda-tanda pemimpin mereka lunak terhadap PAS. Jangan nanti salah percaturan menjadi ‘backfire’ yang tak diundang.

      Biarkanlah BERSATU ingin bergabung atau bekerjasama dengan PH. Itupun belum tentu PH akan terima. Perebutan kerusi dalam kalangan mereka akan berlaku. Siapa mahu bekorban kerusi untuk diberikan kepada parti Mahathir yang bernafsu besar? PKR? DAP? Andaikata BERSATU diberi ruang bertanding di kerusi-kerusi yang pernah ditandingi oleh PAS, akibatnya nanti perang besarlah dengan PAN. PAN itu cacing yang hendak jadi naga. Maka dia akan cuba menghembus-hembus api dari mulutnya sampai terkencing.

      Sekiranya BERSATU bertanding di semua kerusi yang ditandingi oleh PAS, maka pertanding 3 penjuru PAS-UMNO-BERSATU akan berlaku. Inilah yang penulis katakan sebagai perancangan Allah. Sesuatu yang suatu ketika dahulu peminat politik melihat PAS akan kalah besar dalam PRU14, tiba-tiba Allah zahirkan BERSATU. Teringat firman yang membawa maksud manusia merancang, Allah juga merancang. Dan Allah-lah sebaik-baik perancang.

      Konklusinya, penulis hanya melontarkan pandangan akal yang cetek. Pemimpin di atas sana adalah mereka yang berilmu dan ada strategi yang tak perlu didedahkan. Justeru itu, keputusan pemimpin adalah yang terbaik. Penulis hanya taat dan istiqamah hingga kemenangan. Adapun motif tulisan penulis kali ini adalah untuk berkongsi pelbagai kemungkinan demi kemenangan Islam.

      Delete
    4. Macai mabuk dedak ke?
      Kalau nak menulis cerpen buat lah blog sendiri....goblok, menyemak dlm blog orang lain.

      Delete
    5. Bekas menteri penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin hari ini mengesahkan dakwaan bekas timbalan perdana menteri era 1980-an, Tun Musa Hitam yang menganggap dirinya korban politik disebabkan tuduhan palsu yang dirancang 4 pemimpin Umno ketika itu.

      Musa dalam bukunya “Frankly Speaking” menamakan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tun Daim Zainuddin dan Tan Sri Sanusi Junid, atau singkatannya “AIDS”, sebagai kumpulan yang menuduhnya cuba menjatuhkan perdana menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad.

      Selepas diberitahu Dr Mahathir sendiri mengenai tuduhan itu, Musa berkata beliau bertindak meletak jawatan.

      Zainuddin, ketika itu ketua pengarang Utusan Melayu yang rapat dengan Musa, mengesahkan perkara itu, dan berkata Dr Mahathir mengarahkan pegawainya supaya media tidak menggunakan rujukan “2M” menggambarkan gandingan rapat Musa-Mahahtir.

      “Yang tersembunyi di sebalik gerakan senyap ini ialah cita-cita Anwar Ibrahim dan Sanusi Junid untuk menjadi perdana menteri dan Daim Zanuddin sebagai kingmaker yang tersembunyi,” kata Zainuddin, yang juga dikenali Zam Maidin, menulis dalam blognya hari ini.

      “Selain daripada Anwar Ibrahim dan Daim Zainuddin yang melihat saya di Utusan sebagai penghalang kepada kelicinan gerakan senyap mereka ialah Sanusi Junid yang mengadu kepada Mahathir bahawa saya mengenepikan berita-beritanya malah memotong gambarnya jika beliau di samping Mahathir.”

      Delete
    6. Kira-kira 25 orang ahli NGO, Jaringan Melayu Malaysia (JMM) berkumpul di perkarangan Kompleks Mahkamah, Jalan Duta di ibu negara bagi membidas bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai pengkhianat.

      Pada mulanya mereka berkumpul di luar kompleks mahkamah, tetapi kemudiannya dibenarkan masuk oleh pihak keselamatan atas alasan untuk menghadiri prosiding perceraian yang membabitkan seorang peguam dan bekas DPP kanan Stanley Augustine dan Nika Gee Siew Yee.

      Berbekalkan pembesar suara, penunjuk perasaan itu menjerit ‘Muhyiddin Petualang’.

      Antara penunjuk perasaan itu, termasuk bekas presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) Mohd Ali Baharom atau lebih dikenali sebagai Ali Tinju.

      Kumpulan itu kemudiannya menduduki tangga di lobi mahkamah di lobi sambil melaungan kata-kata provokasi yang membidas Muhyiddin.

      Mereka mendakwa timbalan perdana menteri yang dipecat itu adalah seorang penipu dan menuduhnya tidak bersedia untuk menjelaskan dakwaan hubungan sulitnya dengan seorang wanita yang sudah berkahwin.

      Pada kira-kira jam 11 pagi, polis berpakaian biasa dan beruniform mengarahkan semua penunjuk perasaan supaya bersurai tetapi mereka mengingkari arahan berkenaan.

      Akibatnya, polis mula menahan mereka dan membawa mereka dengan sebuah trak polis hitam dan van putih polis.

      Ketua Polis Daerah Sentul, ACP R Munusamy, berkata semua ahli pertubuhan tersebut akan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul untuk siasatan lanjut.

      Beliau juga mengesahkan penahanan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.

      "Mereka telah diberi amaran secukupnya, kita telah tiga kali minta mereka untuk bersurai dan tidak mengganggu prosiding mahkamah," katanya.

      Ali bukan antara kira-kira 10 orang yang ditahan itu kerana telah meninggalkan premis mahkamah.

      Sementara itu, di dalam kamar mahkamah tinggi, hakim Datuk Siti Mariah Ahmad menetapkan tarikh 6 September ini untuk pengurusan kes petisyen perceraian yang difailkan oleh peguam, Stanley Clement Agustin terhadap isterinya, Nika Gee Siew Yee yang dikaitkan dengan Muhyiddin.

      Tarikh tersebut ditetapkan selepas hakim bertemu dengan pihak-pihak terlibat.

      Hari ini juga ditetapkan untuk pelantikan peguam baru bagi pihak Gee selepas peguam terdahulu menarik diri.

      Delete
    7. Ketua PKR cabang Balik Pulau, Datuk Abdul Halim Hussain hari ini mengadakan pendirian menolak mengadakan kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mahupun Tun Dr Mahathir Mohamad.

      Beliau yang juga bekas speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang berkata, PKR seharusnya berpegang pada prinsip asas reformasi.

      "Pertama, parti ini (BERSATU) sangat jelas perkauman dari Umno itu sendiri. Parti ini membuka keahlian kepada semua kaum tetapi hanya Melayu sahaja boleh memegang jawatan atau mengundi.

      "Adakah bukan Melayu hanya layak menjadi tukang sorak. Jika parti ini diterima dalam Pakatan Harapan atau diterima sebagai rakan PKR, maka ia memberi isyarat PKR mengiktiraf diskriminasi kaum.

      "Ia bakal menjadi beban kepada kita khususnya bila berdepan pilihanraya, selama ini PKR diterima sangat baik di kawasan campuran tetapi dengan mengiktiraf parti perkauman ini pasti memberi kesan pada tapak sokongan PKR itu sendiri," jelasnya dalam kenyataan.

      Pucuk pimpinan tertinggi parti-parti pembangkang ini negara ini dari kalangan PKR, PAS, AMANAH mahupun DAP setakat ini masih belum memutuskan sama ada mahu mengadakan kerjasama dengan BERSATU atau sebaliknya.

      Bagaimanapun, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim khabarnya menyambut baik penubuhan BERSATU dan berharap pemimpinnya, Tan Sri Muhyiddin Yassin memainkan peranan menggerakkan parti baru itu.

      Anwar yang sedang menjalani hukuman penjara lima tahun atas sabitan kes liwat, berkata beliau akan mendengar berkaitan pembentukan parti baru itu.

      “Sekarang beliau harus gerakkannya,” katanya semasa ditemui di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, baru-baru ini.

      Terdahulu, Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berkata, ia agak pelik untuk menerima parti berasaskan bumiputera sebagai sebahagian daripada Pakatan Harapan.

      "Ia merupakan satu yang di luar kebiasaan untuk mempunyai satu jenis parti berasas kaum dalam penubuhan Pakatan Harapan," kata Rafizi kepada Malaysiakini.

      Didaftarkan pada minggu lalu, BERSATU dilihat menyasarkan penyertaan anggota Umno yang tidak puas hati dengan kepimpinan presidennya Datuk Seri Najib Razak.

      Mengulas lanjut, Abdul Halim berkata, beliau tidak mahu bekerjasama dengan parti itu kerana Mahathir bukan sahaja tidak mengaku kesilapannya menzalimi Anwar malah terus menfitnah beliau.

      "Ini persoalan penting dan jika salah ditangani, pepecahan sokongan bakal berlaku. Mahathir yang kita yakinkan rakyat bahawa Mahafiraun, perompak negara tiba – tiba bila dia ketuai sebuah parti lain, kita terima dan angkat dia sebagai pemimpin.

      "Mahathir kena akui dan minta maaf atas semua kesilapanya malah tidak keterlaluan untuk pulangkan rompakan yang dilakukan seperti skandal Perwaja, Bank Bumiputera, Maminco Makuwasa dan gunakan wang negara untuk selamatkan anaknya," jelas beliau lagi.

      Walaupun beliau boleh menerima kenyataan bahawa manusia boleh berubah, namun ia perlu dengan disertai dengan pengakuan, meminta maaf dan memulangkan apa hak yang diambilnya, kata Abdul Halim.

      "Pimpinan PKR khususnya yang selama ini begitu rapat dengan Mahathir harus menyatakan pendirian dalam perkara ini. Sepatutnya didesak Mahathir meminta maaf dari Anwar dan seluruh rakyat Malaysia.

      "Mood rakyat menolak Umno, BN cukup tinggi namun kita tidak mahu penampilan Mahathir yang mahu berkuasa kembali bagi memastikan legasinya mengganggu mood rakyat ini," tambahnya.

      Delete
  3. Dia minta rakyat menyokong
    Institusi presiden mesti disanjung
    Satu dunia berbau pekong
    Tanda jawatan sudah di hujung

    Amerika Switzerland dan Singapura
    Sudah siasat penuh wibawa
    Dia disini berpura pura
    Rakyat makin bertambah kecewa

    Jika siap parti yang baru
    Parti BERSATU umat Melayu
    Kampung dan felda sampaikan seru
    Sokong BERSATU tidakkan layu





    ReplyDelete
    Replies
    1. Syaitan sedang berpesta,
      SiJahil menipu dan berdusta,
      SiAlim aminkan utk berpura pura,
      Rakyat menderita terkena bala...

      Delete
    2. Jika begitu adanya,
      Maka jangan lah kalian duka lara,
      Tunggulah sahaja negara amerika,
      Yang hukumnya adil lagi saksama.

      Delete
    3. Jika begitu adanya,
      Maka jangan lah kalian duka lara,
      Tunggulah sahaja negara amerika,
      Yang hukumnya adil lagi saksama.

      Delete
  4. lubuk segala penyelewengan mula di gali
    kalau setakat treanseksi mellaui bank alahai
    bukan susah snagat nak kesan
    yang penting ada kesungguhan untuk menacri salah laku orang tertentu

    dulu ada duit kertas 1 ribu tapi dah dilupuskan
    kalau tidak lagi senagn bawak lari

    ReplyDelete
  5. Najib dan menteri2 bodoh nya nak menakut nakut rakyat terutama org Melayu. Org melayu tolong lah buka mata dan minda. Byk kan membaca. Dlm internet byk artikel psl skandal 1mdb ni. Tv3 n Utusan Tak Siar sbb mrk kroni umno. Ya Allah timpakan lah bala kpd pemimpin2 yg makan rasuah dan mencuri harta rakyat dan negara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg aku hairan tergamak pula dia dan menteri2 kabinet 1MDB memperbodohkan anak bangsa sendiri.

      Delete
  6. Haas...jangan lah teruja sangat dgnbberita negara negara yg dah mulakan sesiatan terhadap 1MBD ni..RAKYAT MALAYSIA TETAP BERSIKAP TERBUKA DGN HANYA MEMBATU DIRI DAN MEMBUTA AKAN SOKONGAN TERHADAP PM MALAYSIA.
    Rakyat Malaysia memang terkenal dengan sifat dan sikap serta moral yg SOPAN.BERSATU HATI.BERSANTUN.TIDAK RASIS...dan mengagomgkan KEBENARAN.KEDALAULATAN UNDANG UNDANG.
    Menghormati Ketua Negara adalah amalan yg di DIPUJI.Menyembahnya adalah AFDAL.
    Tolong lah jangan mengharap pekara pekara buruk akan berlaku ke atas Ketua NEGARA kita..tanpa dia kita bakal di hancur oleh dunia luar.PERBUATAN DAN SIKAPNYA perlu diberi contoh kita kepada anak anak kita agar bila mereka membesar kelak ..mereka dapat membezakan erti KEBENARAN yg KUFUR adalah pekara yg nyata yg tidak beretika tanpa WAS WAS.
    Tolong lah jangan mudah terpengaruh dgn anasir anasir MELAYU BENCI MELAYU. jadikan amalah makan benda haram sebagai benda yg di halaman MUFTI NEGARA kia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takan nak biar MO1 jadi firaun.Bila dah jadi firaun automatik akan menjadikan dirinya tuhan kepada sekalian alam dan manusia.tiada siapa dapat mendakwa kesalahan tuhan firaun.

      Delete
  7. biaq pi seratus negara siasat
    pun mamaq kutty terus keciwa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hidup Bapa Klepet Malaysia!!! Hidup Sebatjelah!!! Hidup Sebattiyyah!!!

      Delete
  8. 5 Rukun negara kleptokrasi

    1. Berbanggalah kalau berjaya menipu rakyat

    2. Bermewah dalam kehidupan bila berjaya merompak rakyat

    3. Bermain sentimen bangsa dan agama bila tersepit

    4. Berkuatkuasalah segala undang2 zalim dan perkudakan agensi kerajaan

    5. Berbohong semahunya melalui media massa berat sebelah tunggangan abdi

    ReplyDelete
  9. Yang di BODOHKAN adalah orang Melayu di kampung, Felda, pendidikan rendah dibandar. Kesian.

    ReplyDelete
  10. Laaa baru siasat ,bukan buat keputusan lagi,yg kau orang terpekik terlolong mengatakan PM Najib bersalah tu mengapa?.Klau baru siisat belum lagi confirm bersalah.Kau orang pakai undang-undang rimab mana.baru siasat dah kira bersalah?.Apa punya bongok kau orang semua ni di bongok oleh Mahahtir.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 22:29 yang bodoh..pembuktian sekadar cakap2 umpama orang yang bodoh.pembuktian seharusnya melalui proses mahkamah dan menunjukkan bukti bertulis. Selagi MO1tidak mengelakkan diri dan gagal mempertahankan diri melalui proses mahkamah selagi itulah hang hidup sebagai manusia bodoh.

      Delete
    2. Penghakiman seseorang untuk membuktikan seseorang itu tidak bersalah hanya melalui orang yang diberi kuasa tanpa proses mahkamah adalah proses keadilan bahalul.Biar sampai kehujung dunia, kamu akan memperbodohkan diri sendiri dan perbodohkan orang lain.sedangkan kehendak agama menyarankan 4 saksi,nampaknya hanya 1 orang sahaja diperkudakan semahunya untuk membersihkan nama seseorang.

      Delete
    3. hai anon 22:29... cuba kau gi mintak kerajaan umno/bn kesayangan kau untuk keluarkan bukti2 yang boleh menyangkal dakwaan2 US-DOJ tu...

      ada berani? atau masih nak jadi melayu bongok makan dedak?

      US-DOJ tak namakan najib, dia guna istilah MO1, tapi US-DOJ terang2 sebut si cina kafir jho low dah sedut duit 1mbd (duit rakyat) berbillion rm untuk kepentingan diri. Kau nak biarkan aje?

      Melayu Islam jenis apa kau ni?

      Delete
    4. Kalau nak tahu bukti ada ke tidak desak peguam negara mintak dari peguam negara amerika dan dakwa serta bicarakan segera najib dan ahli2 kumpulan perompak..ko orang ni tak faham ke atau buat2 bodoo..

      Delete
    5. Duit negara dirompak tapi tiada usaha dan inisiatif untuk menjejaki perompak yang bertanggungjawab melarikan duit negara.

      Juga tiada sebarang tindakan dan kesungguhan untuk mencari dan mendakwa dalang yang berkaitan.

      Pelik sungguh......sebab tiada tindakan dibuat untuk membela duit rakyat yang berbilion-bilion lesap.

      Delete
    6. Oi yop 22:29

      Kamu ni hidup dalam gua ke ?
      Ke kamu tak reti membaca dan menterjemah ?
      Negara Singapura dan negara Amerika Syarikat sudah mendakwa..bukan siasat lagi. Ada kamu faham ? Yang didakwa negara Singapura tu penggubahan wang 1MDB yang didepositkan ke dalam BSI Bank. Monetary Authority of Singapore batalka lesen BSI Bank cawangan Sungapore. Dalam baik baik BANK KENA TUTUP ! PASAL BSI BANK MEMBENARKAN WANG YANG DIPEROLEHI DARI HASIL YANG TIDAK LEGAL diproses oleh nya....
      Selebih nya kamu pergi baca sendiri puas puas..
      Kalau kamu tak boleh faham jugak lagi, kamu pergi tanya Husni Hanadzlah dan Wahid Omar dan ahli lembaga pengarah 1MDB yang dah berhenti.
      Kamu pergi baca dulu..dan fahamkan Singapura dah mendakwa manusia manusia yang bersangkutan rapat dengan penyelewengan yang berlaku dalam 1MDB.
      Amerika dah beritakan permohonan merampas harta harta milik Riza Aziz, Jho Low, Khadim alQubaishi, Mohamed entah apa nama lagi

      Ini semua kalau tak api dia tak akan ada asap..
      Ini memburukan Malaysia
      Dilihat yang buruk ni.. Malay
      Aku nak dia jawab
      Jawab dengan benar
      Apa pasal aku tak boleh tuntut dia memberi keterangan ?
      Kamu tak mau ?
      Ini perkara da melarat2 dan dibiarkan tanpa berbuat sesuatu untuk menyelesaikannya segera
      Siapa siapa yang yang nak bunuh Melayu ni ?
      Aku tak reti nak cakap la berapa bengap nya idris haron ni. Nama aje sekolah tinggi tinggi. Cara berfikir macam orang sakit otak !

      Delete
    7. Hai anon 22:29....simpan sikit bodoh kamu utk anak cucu....kamu dok felda mana yer??? Laporan DOJ dah ada...tak baca ker??? ke tak reti baca?? dok dong dang dong dang makan dedak jer reti...

      Delete
  11. Bapak dapat DERMA bilion bilion..
    Anak tiri dapat HADIAH juta juta..
    Anak dapat juta juta jugak...itu apa? BIASISWA?
    Bini pun dapat juta juta walaupun hanya seorang surirumah..itu apa? SEDEKAH?

    Pergh...punyalah bongok orang2 yang buat2 tak nampak semua tu..

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  13. kubu2 bn umno di luar bandar,kampung,pedalaman perlu digempur cukup2 sebelum pru14.selagi puak tu yg perintah hutang 850 billion rm akan terus naik,gst akan naik semua barang naik harga. #TangkapNajibRazak #TumbangkanBNUMNO #SelamatkanMalaysia #LawanTetapLawan #ALLAHHUAKHBAR

    ReplyDelete
  14. Bawakla peguam mana pun
    Peguam negara bisu


    Nampak kebodohan pok jib

    ReplyDelete
  15. anon 21:42

    Masih ada orang macam hang noo.., antara yg cerdik dan si tolol adalah yg cerdik sentiasa berwaspada dan yg tolol penuh dengan keyakinan.

    ReplyDelete
  16. Apalah korang geng pan ni,,sprm sudah mendakwa lim guan eng. Kenapa korang tak bertindak suruh Guan Eng berundur ye? Demokrasi jenis ape yg korang perjuangkan ni. Demokrasi pemakan dedak Dap ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang si bini rosmah tuh tak berundur apa hal??? dah bertahun disiasat...kau pulak demokrasi apa??? demokrasi terpimpin...??? demokrasi kepala hotak kau...dasar pemakan dedak tegar...

      DOJ dah keluar laporan...MO1 terlibat...kenapa tak berundur??? lain kali simpan sikit bodoh piang kau tuh untuk anak cucu...kesian kau nih...dasar pemakan dedak tegar cap dacing senget dengan pulut dipotong dengan keris 2 depa...

      Delete
  17. Geng pan sedang berangan2 Najib akan ditangkap Cia. Kah kah,,,,korang ni tak ada telur ke? Tunggu pru14 ni dan lawan umno bn dgn bantuan Dap. Jgn la harapkan bantuan org luar je. Ajak la sekali parti rasis peribumi tu sekali ye. Tapi rasenye korang kalah lagi. Mcmna korang boleh menang,, pas akan pecahkan undi pembangkang. Bijak la pas,,senang je bagi pas mengecewakan pan yg bercita2 besau nak tawan Putrajaya. He he....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Parti islam pemakan dedak Pas imej dah tercalar teruk krn lebai2nya pembohong bersiri menjual agama utk habuan duniawi. Org2 kampung semua dah tahuu..huhuhu

      Allah pun sanggup ditipu dgn ruu 355 dan hududuitt$$ 90juta.kahkahkah

      Parti Auta Semalaysia.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...