Tuesday 30 August 2016

SPRM, DENGARLAH JUGA KELUHAN INI!!


Memang kita menghargai dan menyanjung tinggi tindakan SPRM membanteras gejala rasuah sejak akhir-akhir ini. Dengan tangkapan demi tangkapan yang dilakukan, ia menyerlahkan barah rasuah boleh dikatakan agak kronik di negara kita ini.

Rasuah kini berlaku di mana-mana dan pelakunya pula seperti tidak malu lagi mempamerkan kemewahan, gaya hidup luar biasa dan pemilikan harta keterlaluan yang tak seimbang dengan gaji bulanan kepada masyarakat sekeliling. 

Bukti dan maklumat yang didedahkan oleh SPRM melalui beberapa tangkapan membuatkan kita semakin bimbang, pusing kepala dan mengeluh, "apa jadi akhirnya kepada negara ini!".

Kita juga mengharapkan SPRM terus membongkar gejala rasuah ini, bukan saja di sektor awam, swasta dan syarikat berkaitan kerajaan, tetapi juga yang melibatkan orang-orang politik yang ada kuasa. Kadangkala, di sanalah berpusat segala-galanya.

Dalam masa yang sama, kepada SPRM, dengarlah juga keluhan Khairuddin Abu Hassan ini. Secara umumnya, beliau hanya mahukan tindakan dilakukan secara menyeluruh dan tanpa memilih bulu, tidak kepada ikan-ikan kecil atau sederhana saja.

 Berikut adalah kenyataan penuhnya. (SH 30/08/2016).


Saya telah buat beberapa laporan pada SPRM dalam kes skandal kewangan terbesar dunia iaitu isu 1MDB dan kes dana berjumlah RM2.6 bilion serta RM42 juta yang masuk ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri!!

SPRM jangan hanya jadi jaguh berani tangkap kes-kes kecil tetapi isu salahguna-kuasa Perdana Menteri tak berani sentuh!!

Saya nak tanya Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baru mengenai status laporan saya keatas syarikat 1MDB dan Najib Tun Razak!! Apa sudah jadi?!

Secara peribadi saya lihat tangkapan-tangkapan masakini keatas beberapa individu-individu serta pegawai tertinggi Bank Rakyat masih gagal untuk meyakinkan rakyat kearah memulihkan imej ataupun reputasi SPRM!!

SPRM kelihatan amalkan pilih kasih!! Selagi SPRM tidak bertindak keatas Najib Tun Razak yang membabitkan sejumlah duit yang amat besar masuk ke dalam akaun peribadinya; selagi itulah kredibiliti SPRM akan tercalar!!

Isu dana Najib Tun Razak telah menjadi bahan berita dunia masakini!! Beberapa negara luar telahpun memperolehi bukti-bukti sahih!! Apa lagi SPRM tunggu?!

Tambahan pula Mantan Timbalan Perdana Menteri telah mendedahkan Najib Tun Razak mempunyai dana RM1 bilion dalam akaun peribadinya sebelum kes kononnya wang derma RM2.6 bilion wujud!!

Mantan peguam negara iaitu Tan Sri Ghani Patail telah menunjukkannya bukti kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin.

SPRM wajib siasat kes pendedahan terbaru Tan Sri Muhyiddin ini!! Mantan Timbalan Perdana Menteri ini mesti dipanggil oleh SPRM untuk soal siasat!! Begitu juga dengan Mantan Peguam Negara pun sepatutnya disoal-siasat oleh SPRM!!

Saya rasa buang masa saja buat laporan pada SPRM mengenai kes salahguna-kuasa Najib Tun Razak!! Pergi ke Ibu Pejabat SPRM berjam-jam disoal-siasat tapi habuk pun tak ada!!

Kalau SPRM perlukan saya buat satu lagi laporan mengenai wang sejumlah RM1 bilion yang berada dalam akaun peribadi Perdana Menteri sepertimana yang didedahkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin; esok pun saya boleh lapor di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya!!

Tapi SPRM kena janjilah untuk berani bertindak tanpa memilih bulu mengikut lunas undang-undang secara adil dan saksama kearah membela keseluruhan rakyat Malaysia!!

Bolehkah Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baru berjanji ini pada saya?!

DATO SERI KHAIRUDDIN ABU HASSAN
29 Aug 2016.

33 comments:

  1. Ketua SPRM yg baru ni pun cium tangan Najib,jadi apa yg boleh diharapkan dari orang seperti ini ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. khairuddin jangan buang masa dgn sprm.
      sprm d kawal oleh najib.

      Delete
    2. jangan sesekali kita rakyat malaysia nak harap raja2, polis, sprm nak tangkap najib.

      biar allah yang menentukan nasib seorang PENCURI duit rakyat.

      Delete
    3. Rakyat kita terlalu ramai suka ditindas. Bukan sejuta yang suka ditindas, malah boleh kata 29 juta suka ditindas dan buat muka bodo ja.

      Delete
    4. ....tindakan Khrudin tu baguih...kena tekan sikit SPRM ni...walau pun tau kata budak ketua baru SPRM tu lakon lebih...KERAT JARI kalau berani serbu Najib...kerat KOTE kalau kakitangan gomen berani tegur boss...apa lagi nak serbu..jubuk taik boss nak jilat kalau boleh...nak JEK punya pasai...sembang kedai kopi boleh....penakut taik...

      Delete
    5. Tu pun mungkin acah acah je kot

      Delete
    6. SPRM ni x akan tangkap punya orang politik. Terutama UMNO totok jenis makan dedak bernetwork dgn kroni2 menteri. Biarpun ketua kampung sekalipun.

      Kpd yg sudah banyak merembat dan melawan Najib, elok la isi semula borang UMNO, renew vow dan bodek2 tahap gaban sblm SPRM datang ketuk pintu rumah.

      Delete
  2. harapkan pagar..pagar menghempap padi. tikus juga yang kenyang..

    ReplyDelete
  3. Bersih patut diadakan di putrajaya..kumpulkan ratusan ribu rakyat prihatin, buat masa hari bekerja, kita lawat sprm & jpm.

    ReplyDelete
  4. Sprm mesti telus dan tangkap pok jib dulu
    Kenape bilis bilis yang di tangkap?
    KERIS

    ReplyDelete
  5. Tangkap dan tangkap yang kecik-kecik (jota-jota) siarkan berita ini selama 24 jam dari sekarang hingga pru 14., mudah-mudahan tertutup kes MO1 bilion-bilion yang heboh 1dunia.

    ReplyDelete
  6. In another six months, are we still going to hear of SPRM's action on corrupt individuals as what is currently the case? After all, by six months it will be more than a hundred days after the AG officer got the break to be the SPRM's head - hence, there is no need to surprise anyone anymore with anything. Business as usual.

    And six months from now people may not be talking of 1MDB as much as today. No need for any diversion anymore.

    But I doubt it that six months from now 1MDB will be a stale news. In fact, I bet my bottom dollars that it will be more heated than ever since the United States will have a new president and he or she (rather she?) shall want to show to the world that America is not to be fiddled with ever! Yes?

    ReplyDelete
  7. jangan tetiba ketua SPRM yg baru ni kena tembak sudah la...

    ReplyDelete
  8. Kenyataan Khairuddin ada asas tidak peduli siapa pun dia. Saya sebenarnya tidak mengharapkan langsung SPRM mampu melakukannya kerana jelas, BILIS hanya mampu menjadi mangsa JERUNG. Selagi perkara songsang begini iaitu SPRM dibiarkan berterusan dan bertangungjawab terhadap PM dan tidak bebas sepenuhnya, sampai kucing bertanduk pun ini tidak akan berlaku. Bukan kita tidak tahu kenyataan bekas Timbalan Pengarah SPRM, Dato Shukri Abdul dalam satu forum dulu, banyak kertas siasatan yang mempunyai kredibiliti yang telah diserah kepada peguam negara (dulu dan sekarang), tapi tidak ada tindakan lanjut di pihak Peguam Negara sendiri. Dulu hingga sekarang, Peguam Negara tidak lebih hanya pelindung kebobrokan PM dan UMNO BN itu sendiri, Sebab itu PM dan UMNO BN itu sendiri lebih selesa SPRM berterusan melapor terus kepada polis kerana ini lah perisai utama mereka mempertahankan kedudukan walau dalam apa jua keadaan. Dan kerana itu Peguam Negara sering mempunyai hubungan istimewa dengan PM. Malaysia tidak akan mungkin mampu membasmi dan memerangi rasuah berskala mega jika kesongsangan ini dibairkan berterusan. Malaysia akan hancur musnah oelh amalan rasuah dan tata urus keji ini jika perubahan dan reform tidak segera dilakukan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang betul bro..selagi pdrm,sprm bukan agensi yg benar2 bebas dan punya kuasa amat terhad dan di kawal selia oleh orang2 politik seperti sekarang selagi itulah rasuah terus berakar umbi

      Delete
    2. Memang betul bro..selagi pdrm,sprm bukan agensi yg benar2 bebas dan punya kuasa amat terhad dan di kawal selia oleh orang2 politik seperti sekarang selagi itulah rasuah terus berakar umbi

      Delete
  9. Kita hanyut dalam karenah birokrasi dan undang2..kena buat berpuluh report polis & sprm, kena tunggu bertahun jangkamasa siasatan, bila ketua agensi/jabatan bertukar..lain diharap lain pula jadinya. Itu semua kaedah purba. Lambat..Malaysia kurang pencetus yg benar2 berani. Berani ditangkap, dipenjara demi membela nasib rakyat. Boleh kata 99% jaga badan sendiri. Jaga periuk nasi. Takut ke depan, takut buat demo, takut asak najib terang2...yg kita mahir cuma mengeji bangsa sendiri. Kita salahkan golongan senyap. Sudah tiba masanya untuk plan B.

    ReplyDelete
  10. Sprm kena tangkap dan dakwa Apandi dulu diatas jenayah melindungi penjenayah & kaki rasuah mega Najib yg Sprm syor didakwa menyalahguna secara jenayah wang RM42juta SCRI.

    Dh tangkap dan dakwa Apandi, baru tangkap dan dakwa Najib. Sekarang dh sah RM2.6billion adalah wang rasuah pemberian JLOw melalui Eric Tan Tranore Finance dn bukan derma Arab. Sah Najib telah melakkan kesalahan rasuah dibawah sek.165 Kanun Keseksaan sebagai penjawat awam menerima wang dari JLow.

    Ada orang ckp Ketua SPRM tiada kuasa pendakwa. Bukan shj dia seorang DPP tapi Akta Srpm se. 5(6) jugak beri dia kuasa mendakwa.

    Berani ke si Dzul ni tangkap dan dakwa Apandi dan selepas tu Najib.

    Kes Najib adalah lebih teruk dari kes RM15 juta ke atau RM1 juta ke...

    ReplyDelete
  11. Confirm tipah tertipu lagi...yg bestnya tipah sedar dan rela ditipu.

    ReplyDelete
  12. BILA LIHAT JUMLAH RASUAH YANG TERLIBAT BARU-BARU INI, BERBANDING DENGAN KES NAJIB, JAUH SANGAT BEZANYA. TERBARU 15 JUTA BERBANDING NAJIB BILLION. CIKAI AJE. KITA TENGOK KETUA SPRM YANG BARU, JANGAN CAKAP TAK SERUPA BIKIN.

    ReplyDelete
  13. Janganlah kita terlalu seronok banyak tangkapan pasal rasuah ini ia cuma nak alih mind set org ramai demi utk melindungi org2 tertentu bahkan malaysia adalah juara rasuah dunia apa nak hairan sangat demi menyelamatkan penyangak penyamun kaki rashah yg masih bebas itu saja

    ReplyDelete
  14. Janganlah kita terlalu seronok banyak tangkapan pasal rasuah ini ia cuma nak alih mind set org ramai demi utk melindungi org2 tertentu bahkan malaysia adalah juara rasuah dunia apa nak hairan sangat demi menyelamatkan penyangak penyamun kaki rashah yg masih bebas itu saja

    ReplyDelete
  15. SPRM umpama pemancing, MO1 beri kail panjang sejengkal, mata kail pon bersaiz kecik.Jadi janganlah rakyat berharap sangat SPRM akan dapat ikan besar.

    ReplyDelete
  16. kalau ada kuasa tak mau buat rasuah macam tak sah la pulak
    tangkap lah yang lagi besar
    tak boleh harap jugak
    sprm tolang jangan jadi suruhan jaya pelindung rasuah mega
    tolong la banyak banyak

    ReplyDelete
  17. sprm buat wayang yang orang dah tak mahu teguk.orang geli hati tenguk sprm ini macambabi utan

    ReplyDelete
  18. ya betulll... ini semua nak tengok sprm kononnya buat kerja padahal hampehh.. jerung dibiarkan,, bilis habis dipulun kahkah

    ReplyDelete
  19. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  20. Boss baru sprm kata nk wat kerja ikut quran. Kita tengok dulu. Tp asas nye dia ni lantikan najib. Naik pangkat beb. I help u. U help me. So awal ni kena banyak berlakon ler. Huhuhu. Mcm juga gabenor bank negara. Lu pikir le sendiri. Huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua bos bos yg baru dilantik makan dedak basi gred 3 ....jgn percaya dan jgn menaruh harapan.
      Negara kita sudah hancur dibawah BN.
      Kita gantilah dgn parti lain jika kita masih sayang pada Malaysia.
      Jika tak sayang Malaysia, pilihlah BN sekali lagi.

      Delete
  21. Bro budin. Miss V ni siapo? Dia mau jual barang baik ker? Saja tanya jangan marahh. Kahkahkah

    ReplyDelete
  22. ape kes ni buat gst haram pun hutang dah rm 850 billion?ape najib buat sampai sekolah2 pun suruh budak sendiri keluarkan duit untuk beli kertas2 ujian dan peperiksaan?ni sungguh memalukan mengaibkan menjijikkan sampai nak belajar pun kene mengemis mane pergi gst tu semua ya?tak lame lagi gaji guru2 dan pekerja sektor awam lain pun tunggu masa ja akan tertunggak berbulan bulan akibat najib razak bn umno kroni2 penyamun yang salah urus dan kianat rakyat dan negare.sape2 yg ade buat tender kerajaan pun sakitlah menunggu bayaran masing2 setiap bulan tak seperti dulu.ini sudah kes serius ni.jom ubah ayuh tukar kerajaan pru14.jangan tunggu malaysia ni muflis sebab najib baru nak menyesal

    ReplyDelete
  23. Sprm dah jadi sperm. Hanya ikut telunjuk nafsu rakus kuasaman n kaya dgn wang derma tok arab. Derma bkn rasuah. Ia halal tayyiban. Try tanya mufti pahang kelantan n perak. Sure halal. Ingat cash is king. Hihihihi

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...