Tuesday 16 August 2016

RASUAH DI PEJABAT MENTERI, MENTERI BESAR DAN KETUA MENTERI JUGA JANGAN DILUPA


SPRM semalam telah menahan tiga penjawat awam, termasuk dua daripadanya bergelar Datuk Seri dan Datuk, dalam operasi serentak di Wilayah Persekutuan, Melaka dan Kelantan berhubung kesalahan berkaitan rasuah, salah guna kuasa dan penggubahan wang haram.
Dilaporkan sejumlah RM13 juta wang dalam bentuk simpanan dan akaun amanah, beberapa kereta mewah dan barang kemas turut dibeku dan dirampas. 

Selain itu, sejumlah wang tunai kira-kira RM400 ribu turut ditemui yang disorok di bahagian siling rumah mereka yang ditahan itu.

Jika tangkapan dan serbuan oleh SPRM ini merupakan langkah awal  untuk memerangi rasuah dalam negara secara besar-besaran dan habis-habisan, khususnya di sektor awam, kita seharusnya mengucapkan syabas dan tahniah kepada agensi tersebut yang kini diketuai oleh peneraju baru, Dzulkifli Ahmad.

Kita mengharapkan lebih banyak lagi tangkapan dan serbuan akan dilakukan dari semasa ke semasa. Kita mahu bukan saja perasuah ikan bilis, ikan kembung dan ikan cencaru yang dibanteras, malah juga dari kalangan ikan jerung dan paus dapat ditangkap.
Jika sektor awam menjadi keutamaan SPRM dalam membanteras rasuah ini, diharapkan mereka tidak lupa untuk mengintai-ngintai salah laku rasuah, salah guna kuasa dan penggubahan wang haram yang mungkin berleluasa di pejabat perdana menteri, timbalan perdana menteri, menteri-menteri, menteri besar dan ketua menteri.

Berbanding pejabat pengarah-pengarah di kementerian, agensi kerajaan atau GLC yang mungkin banyak terdedah kepada amalan jijik dan jahat tersebut, pusat sebenar kepada semua kegiatan itu adalah di pejabat orang-orang politik yang diberikan kuasa mentadbir negara dan negeri.

Bukanlah rahsia, ramai pegawai di pejabat-pejabat menteri, menteri besar dan ketua menteri yang hidup mewah, memiliki banyak kenderaan, simpanan berjuta, nombor plat kereta berangka tunggal dan jika serbuan dilakukan di kediaman atau kondo persinggahan mereka, barangkali lebih daripada RM400 ribu wang tunai yang boleh ditemui.

Di dalam masyarakat umum, perlakuan pegawai-pegawai yang berada di koridor kuasa ini dalam menayangkan kemewahan dan gaya hidup mereka bukanlah asing lagi, bahkan sesetengahnya turut didedahkan dalam media sosial secara meluas.

Di kalangan menteri dan timbalan menteri juga, jika didapati keluarga, anak dan isteri mereka menjalani kehidupan mewah dan luar biasa, SPRM seharusnya turut tidak mengecualikan mereka.

Harta, kekayaan, kediaman, serta wang tunai yang mereka miliki, baik di dalam negara atau luar negara, atas nama isteri, anak-anak atau isteri muda, haruslah juga dikesan dan diselongkar demi kebaikan negara.
Penahanan tiga penjawat awam tersebut yang dilaporkan bakal didakwa hari ini, barangkali merupakan khabar yang gembira kiranya ia  merupakan permulaan dan akan dilakukan secara berterusan dan meluas lagi kepada pelbagai peringkat sesiapa saja yang disyaki melakukan kesalahan.

Oppsss...dalam masa yang sama,  SPRM juga seharusnya tidak lupa untuk menyemak semula kertas siasatan mereka berkaitan dana SRC International yang sebelum ini ditolak untuk pendakwaan oleh Peguam Negara dan kemudian ada pegawai tinggi agensi itu yang kini sudah bersara mengatakan mahu membuat rayuan  atas alasan kes yang mereka siasat adalah "straightforward" saja.

Apa khabar agaknya kes tersebut, jadi dibuat rayuan atau sudah tutup terus? (SH 16/08/2016).

36 comments:

  1. 18 kes profil tinggi dulu senyap jer... tukang gebang Rais Yatim..Hancuss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan ambil kira jumlahnya..Pencuri adalah pencuri walaupun dia hanya mencuri sebatang pensil.
      Mufti dann Ulamak Melayu..kau orang jangan sombonglah, di dunia lagi Allah sudah tunjuk hasil dakwah dan tarbiah ulamak Melayu. Dakwah dan tarbiah kau orang zero. Mufti dan Ulamak Melayu gagal dalam membentuk Melayu menjadi Muslim sejati..yang sentiasa takutkan Allah walaupun tanpa HUDUD

      Delete
    2. NBOS = No Balls Only Silence

      Delete
  2. Tapi duit2 rasuah yg diambik olih Najib iaitu RM42million dari SCRI kepunyaan pensioners dan RM2.6billion, Sprm tak berana ambi.

    En Budin, nak tanya. Mengapa Mathhias dan Husam tak saman Najib bersama Apandi utk mendapat balik duit2 diatas????? Apandi patut disaman kerana melindungi Najib. Kalau dia tak lindungi Najib, rakyat Msia peluang utk dpt balik 5 gali ganda wang tersebut klau Najib didapati brsalah olih Mahkamah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 10.27,
      Mereka berdua melakukan saman tuntutan balik harta negara melalui 1MDB di US kerana sudah ada kes yang jelas dibawa oleh DOJ US keatas penyamun 1MDB jadi ada justifikasi dan status hak sebagai warga malaysia untuk menuntut hak harta dicuri bagi dikembalikan kepada rakyat malaysia.

      Manakala kalau disaman dimalaysia agak sukar la kerana kes pun diAG suruh tutup kalau siasat pun tak selesai sehingga kini jadi nak tuntut atas rujukan kes mana semua nya asyik tak selesai. Apatah lagi nak tuntut wang curi dari Najib dan apandi awal awal lagi .....(kamu pun faham kan)

      Delete
    2. Bekas menteri penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin hari ini mengesahkan dakwaan bekas timbalan perdana menteri era 1980-an, Tun Musa Hitam yang menganggap dirinya korban politik disebabkan tuduhan palsu yang dirancang 4 pemimpin Umno ketika itu.

      Musa dalam bukunya “Frankly Speaking” menamakan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tun Daim Zainuddin dan Tan Sri Sanusi Junid, atau singkatannya “AIDS”, sebagai kumpulan yang menuduhnya cuba menjatuhkan perdana menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad.

      Selepas diberitahu Dr Mahathir sendiri mengenai tuduhan itu, Musa berkata beliau bertindak meletak jawatan.

      Zainuddin, ketika itu ketua pengarang Utusan Melayu yang rapat dengan Musa, mengesahkan perkara itu, dan berkata Dr Mahathir mengarahkan pegawainya supaya media tidak menggunakan rujukan “2M” menggambarkan gandingan rapat Musa-Mahahtir.

      “Yang tersembunyi di sebalik gerakan senyap ini ialah cita-cita Anwar Ibrahim dan Sanusi Junid untuk menjadi perdana menteri dan Daim Zanuddin sebagai kingmaker yang tersembunyi,” kata Zainuddin, yang juga dikenali Zam Maidin, menulis dalam blognya hari ini.

      “Selain daripada Anwar Ibrahim dan Daim Zainuddin yang melihat saya di Utusan sebagai penghalang kepada kelicinan gerakan senyap mereka ialah Sanusi Junid yang mengadu kepada Mahathir bahawa saya mengenepikan berita-beritanya malah memotong gambarnya jika beliau di samping Mahathir.”

      Delete
    3. Mahadir tidak mudah dengar cakap orang..beliau amat teliti sebelum membuat satu2 keputusan..Musa mau tunjuk baik?

      Delete
  3. Saya juga agak hairan,jika kita lihat gaji penjawat awam tinggi taklah tinggi gaji,gaji menteri juga(termasuk allowance) taklah setinggi executive syarikat2 International,tapi hidup mewah.Saya pernah juga menjawat jawatan tinggi salah satu syarikat besar(Public listed)sewaktu tinggal di Malaysia,tapi tak mampu punya kereta berderet dpn rumah.Sedangkan gaji dan allowance saya lebih tinggi dari menteri.Entahlah...ingatlah pada Allah.

    ReplyDelete
  4. Mudah2an integriti SPRM ni hidup balik. Bermaruah dan bermoral.
    Amalan rasuah dalam tender ni cukup menjadi jadi di jabatan kerajaan dan agensinya. Banyak laporan yg dibuat tidak disiasat.
    Tak kan lah kita nak ajar SPRM mcm mana nak siasat.
    Kalau nak kerjasama kita sedia membantu tapi datanglah siasat aduan yg dibuat.
    Ini setakat main telephone saja nak buat apa. Masalah tak akan selesai.
    Pemberi maklumat pun perlu perlindungan juga. Nak kena jaga periuk nasi.
    Lagi pun pemberi maklumat ni mentimun saja. Boss2 tu durian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf ayat yg betul adalah amalan rasuah dalam pemberian tender.

      Delete
  5. Saya nak cadang kepada SPRM untuk siasat Kem Pendidikan bawah tangan Mahadzir Khalid dalam pemberian tender2 cara direct nego untuk kontrak sekolah dan kontrak pengawal keselamatan sekolah.... makcik di kampung pun kalau tengok, boleh tahu ada yang tak kena...
    Tender2 dah tak melalui JKR, semua kementerian rembat untuk kroni sendiri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak syarikat yg kedudukan kewangannya yg cukup tenat pun boleh menang tender.
      Cara yg dibuat mula2 panggil tender. Bila dah study kekuatan syarikat2 yg masuk tender dari segi speksifikasi dan compliance (syarat wajib). Terus batalkan panggilan tender tersebut tanpa mengembalikan semula wang membeli tender kpd penender.
      Ubah speksifikasi dan tiadakan compliances (syarat wajib). Dengan cara ini anak syarikat pasti akan menang tender sebab syarat2 wajib telah ditiadakan.
      Maka tak perlu comply.
      Software boleh diciplak dgn mengikut process flow yg asal. Sudah tentu tak ada sebarang kos sebab cetak rompak.letak saja jenama yg kononnya dibangunkan sendiri oleh anak syarikat orang bukan tahu.
      Daripada pembelian software baru yg ada track record dan rujukan pengguna sebelum ini yg harganya lebih mahal dan ada after sales service termasuk trouble shoot.MOF bukan tahu pun.Sebab ini adalah permainan orang dalam. Yg penting dapat komisyen

      Delete
  6. Apa pun yang berlaku didalam dan diluar negara tapi janganlah berharap sangat MO1 , MO2 dan MO3 akan serah diri kepada SPRM.

    ReplyDelete
  7. Ini kita semua dah sedia tahu.Tak kemana pun kes ni di Malaysia

    ReplyDelete
  8. Top malaysia offical bila nak tangkap
    ?
    Bila nak dakwa?
    2.6 billion?

    Yang kes kecil habis tangkap
    Yang mega mega tak tangkap ?

    Ape gejadah?

    Hipokrit
    Bias
    Makan dedak
    Alih perhatian rakyat
    Taktik kotor
    Berselindung balik skandal

    Pirah mabuk?

    ReplyDelete
  9. Janganlah sebok sangat rasuah ni cuba tengok rasuah dan salahlaku yg sedang berlaku itu yg patut didahulukan kadang2 saja nak tutup kes yg ada atau nak selamatkan seseorang maka banyaklah kambing hitam yg jadi mangsa maka janganlah kita terpedaya dgn wayang2 dan derama2 yg berlaku yg penting allah tahu nawaitu kita

    ReplyDelete
  10. Tetapi,,, bila sprm mendakwa lim guan eng,, korang kata ini konspirasi!!. Sprm dakwah org umno, korang kata sprm berintegriti, bila dakwah geng korang, korang cakap sprm nak musnahkan karier politik Tokong Dap kapir tu,,,,gile ape otak org pan ni ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila nak cekup MO1 bang?? MO1 tu sekapir lim guan eng jugak ke..??

      Jangan2 MO1 tu nenek abang tak...?? Gua main tuduh je bang!! Kot2 le...mana tau kan.

      Maklumle MO1 tu insan misteri....kih kih kih

      Delete
    2. Anon 13:08... meh kita bandingkan fakta2 kes 1mdb dan lim guna eng, memandangkan kau nakkan kesama-rataan:

      1) Kes LGE harga banglo tak sampai rm10 juta, dan dah mula masuk mahkamah. Bagus lah gitu... Tapi kes 1MDB rm berbillion2 duit rakyat, masih belum masuk mahkamah malaysia.. Cuba guna akal fikiran dan logik, adil kah?

      2) Kes banglo LGE: si penjual banglo berani tampil ke hadapan mahkamah memberi keterangan. Kes 1mdb: batang hidung si pak arab penderma rm2.6billion ke dalam akaun najib tak kelihatan, apatah lagi nak tampil ke mahkamah beri keterangan. Malah US-DoJ mengatakan duit rm2.6billion tu datang drp sumber lain... Jadi, siapa yg kelihatan takut pada kebenaran?

      Meh, dipersilakan untuk melawan fakta2 ni..

      Delete
  11. Bagus juga jika dimulakan dgn yg 3 orang ni supaya yg lain2 mula tak senang duduk. Yg penting operasi kena diteruskan tanpa henti. Sekurang kurang ia dapat meyakinkan rakyat tentang integriti SPRM.

    ReplyDelete
  12. Isu pasport antarabangsa Malaysia macam mana? Lagi satu, sapa control agen2 yang menguruskan permit pekerja asing khususnya pembantu rumah? Tak boleh bagi pencerahankah Tuan Budin?

    ReplyDelete
  13. Integriti SPRM sekarang da jd integriti berpilih..
    Ko cari lah MO1 tu..

    ReplyDelete
  14. Najib mahu tangkap perasuah kikikiki hahahahahahaha... aduhai Tuhan kita!

    ReplyDelete
  15. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  16. Sudah tiba masanya sebuah pertubuhan NGO bebas ditubuhkan utk memantau ngo ngo terutamanya barisan kepimpinan ngo ngo ini.confirm terkejut berok

    ReplyDelete
  17. Budak ali baharom@ ali tinju ni mana ada pelajaran pun.
    Jadi askar pun lebih kurang 7 tahun saja.
    Budak ni penagih dedak skala tegar.
    Dulu pakai gelaran datuk palsu.
    Hari ni jadi presiden pvtm pun sebab ada orang besar bela dia. Sebab tu dia makin mua dan melampau.
    Itu pun teringin sgt nak jadi senator. Tak dapat jadi menteri dapat jadi senator pun jadilah.
    Orang yg tak ada pelajaran mcm ni mana tahu erti malu. Tapi kak ros cukup sayang kat budak ni

    ReplyDelete
  18. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  19. Syabas dan tahniah warga SPRM.

    ReplyDelete
  20. Tangkapan harus bermula dari atas bkn dari bawah bangang.undang undang itu bkn utk dihukum saja tetapi satu pengajaran.coba tangkap mo1 dulu yg kecil takut kerana yg buat tangkapan tu ada integriti dan ketelusan untuk membantras korupsi secara total.antasari azhari dan abraham samad antara org islam yg penuh dgn integriti dan menegakkan keadilan tanpa sedikit pun takut demi rakyat.nazarudin,andi mallarangeng,anas urbaningrum,sutan bhaetogana,angelina sondakh,surya dharma ali dan hampir menjebak anak presiden susilo bambang yudhoyono ibas mereka tersungkur.tpi tgk la hasil tangkapan semua paus bkn calang2 org itu semua.sprm macam tara la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gatot pujo nugroho gabenor sumatra utara dan walikota rahudman harahap pun kantoi.sprm pulak tangkap tutup muka.kenapa perlu tutup muka buat salah tak malu??apa rasuah bkn satu jenayah??klu tangkap pencuri,penagih dan pengedar tak kesian pun?undang2 harus tidak kenal siapa pun baru rasa takut dan patuh pada undang2 akan lahir.jadi kan undang2 untuk semua.klu agong bersalah pun hukum harus sama bkn imuniti.setuju tak???

      Delete
    2. Hari ini. Undang2 kenal oranglah. Undang2 pun takut kat orang

      Delete
  21. Tahniah SPRM kerana berjaya menangkap jerung. Walau bagaimana pun SPRM akan bertambah hebat sekiranya MOI dapat diberkas.

    ReplyDelete
  22. Penjawat awam termasuk sprm adalah dlm. kategori bilis walaupun apa pangkatnya kerana dia bekerja dibawah arahan politikus sang jerung...tangkap bilis memang patutlah...tapi helah sang jerung mau kira jugak.

    ReplyDelete
  23. ini yg bawahan ja tunggu najib zahid khairy dan lain2 plk kene.ratus juta billion punye skandal tak mainla juta2 #TangkapNajibRazak #TumbangkanBNUMNO #SelamatkanMalaysia #LawanTetapLawan #ALLAHHUAKHBAR

    ReplyDelete
  24. Org pas zaman TGNA dulu ANTI Rasuah
    Org pas zaman HADI kini NANTI Rasuah... betol tak..?

    ReplyDelete
  25. Tahniah SPRM tapi selain tangkap BILIS, Jangan lupa tangkap IBLIS baru tuhan Allah BLESS...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...