Friday 5 August 2016

MUDAH SAJA LOGIKNYA, IA MIRIP UMNO KERANA MEMANG TUJUANNYA UNTUK MENGALAHKAN UMNO


Kenapa masih mirip UMNO? Kalau begitu, apa bezanya dengan UMNO?

Mengapa tak dibuka kepada pelbagai kaum dan semua rakyat Malaysia boleh masuk jadi ahlinya?

Ini adalah antara pertanyaan yang banyak kedengaran di sebalik sahnya hasrat Tun Mahathir Mohamad menubuhkan sebuah parti politik baru bertunjangkan Melayu dan Bumiputera yang bakal dipimpin oleh Muhyiddin Yassin.

Ramai juga yang skeptikal untuk menyertai parti tersebut apabila melihatkan konsep perjuangannya yang tidak berbeza dengan UMNO.

Jangan-jangan bila dapat kuasa nanti pun jadi sebiji macam UMNO, kata sesetengah yang lain.

Sememangnya sukar untuk mengelakkan wujudnya tanggapan-tanggapan sedemikian rupa. Lebih-lebih lagi dalam zaman keterbukaan dan era media sosial sekarang ini, sesiapa saja yang ada akaun facebook misalnya, seperti sudah ada akhbar dan televisyen sendiri di mana mereka bebas untuk menulis dan merakam suara untuk melontarkan pelbagai pandangan yang diingini.

Jika diimbas, perjuangan asal Tun Mahathir ialah untuk menyingkirkan Najib sebagai Perdana Menteri. Apabila semua ruang untuk berbuat demikian melalui UMNO sudah ditutup oleh Najib, malah beliau menyingkirkan sesiapa saja yang mengkritiknya, Tun Mahathir juga akhirnya keluar UMNO kerana parti itu dianggapnya sudah menjadi parti Najib.

Dengan kepungan yang dilakukan Najib, baik dalam UMNO mahu pun kerajaan, ruang untuk menyingkirkannya hanyalah melalui pilihanraya. Bermakna, menyingkirkan Najib hanya dengan cara menyingkirkan UMNO daripada terus berkuasa. Selagi UMNO berkuasa, selagi itulah Najib akan kekal sebagai Perdana Menteri.

Untuk mengalahkan UMNO dalam pilihanraya, melawan secara individu tidak lagi praktikal. Untuk itu, sebuah parti yang mirip UMNO mesti ditubuhkan. Parti Melayu dan Bumiputera ini mesti ditampilkan dengan ciri-ciri yang lebih dinamik supaya  mampu memikat hati orang Melayu. 

Jika Tun Mahathir menubuhkan parti pelbagai kaum seperti PKR misalnya, orang Melayu yang menolak Najib tidak melihat ia sebagai alternatif kepada UMNO. Bahkan ramai yang enggan untuk menyertainya ia kerana ia berbilang kaum.

Parti baru itu adalah alternatif dan bakal pengganti UMNO. Dengan dimasukkan dalam perlembagaannya ikrar untuk melakukan reformasi dalam sistem politik dan pentadbiran negara, ketelusan, kebertanggungjawaban dan pencegahan rasuah serta menghadkan tempoh tertentu dalam pemegangan jawatan seperti yang ditulis oleh A Kadir Jasin dalam blognya, kebarangkaliannya untuk tampil lebih baik berbanding UMNO juga adalah tinggi. UMNO tiada ciri-ciri sebegitu.

Orang Melayu akan melihat parti baru ini bukan saja untuk beroleh kuasa dan menyingkirkan Najib, tetapi juga untuk membawa pemulihan serta kebaikan kepada masa depan negara.

Meskipun ia khusus untuk Melayu dan Bumiputera, tetapi oleh kerana ia akan bergabung dengan Pakatan Harapan yang didalamnya ada PKR, DAP dan Amanah yang sudah merangkumi kaum-kaum lain, gabungan tersebut secara automatik menjadi lebih lengkap.

Kehadiran parti baru itu juga tidak menyebabkan ia bertindih dengan PKR, DAP atau Amanah,  sebaliknya khusus untuk memecahkan sokongan Melayu terhadap UMNO yang sudah tergelincir jauh daripada landasannya. Ia khusus untuk menarik ahli UMNO, penyokong UMNO dan pengundi Melayu untuk beralih ke wadah baru yang lebih baik dan terjamin perjuangannya.

Jika ada kaum-kaum lain yang seiring perjuangannya dengan apa yang mahu dilakukan oleh Tun Mahathir, mereka boleh memilih untuk menyertai PKR atau DAP. Tidak semestinya hanya dengan menyertai parti baru itu saja dapat melakukan apa yang mahu dilakukan oleh Tun Mahathir. Pakatan Harapan dan Tun Mahathir kini sudah senada seirama dan selangkah sehayun dalam perjuangan.

Hanya jika penguasan UMNO terhadap Melayu berjaya dipecahkan melalui parti baru itu, terutama dengan kerja keras Tun Mahathir, barulah UMNO mampu dikurangkan pengaruhnya. Tetapi, tentu saja orang Melayu tidak perlu bimbang untuk menolak UMNO kerana penggantinya juga sebuah parti yang bertunjangkan perjuangan Melayu dan Bumiputera.

Ditambah dengan sokongan pengundi Melayu yang bersama dengan PKR dan Amanah, UMNO secara tidak langsung kian mengecil jadinya dalam kelompok Melayu sendiri.

Secara mudahnya, parti baru Tun Mahathir itu memang mirip UMNO kerana tujuannya juga tidak lain ialah untuk mengalahkan UMNO.

Dengan yang demikian, apabila UMNO dikalahkan, barulah Najib dapat disingkirkan dan masa depan negara mampu diselamatkan. (SH 05/08/2016).

30 comments:

  1. Sokongb tun
    Parti dap. Pkr amanah boleh jadi pilihan kaum kaum lain
    Benar susunan itu
    Sebab pkr.dap.amanah dan parti baru telah bergabung pakatan harapan

    Setuju dan minta en budin viralkan daftar ahli parti baru ni

    Insyalllah pakatan harapan menjukang tinggi kejayaan cemerlang

    Tumbang bn umno
    Tumpas najib dan balacinya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya cadang parti baru ni dipanggil MUNAFIK SIMPLETON MELEIS. Atau lebih lunak, bubuh saja SIMPLY BERSERABUT. Nama parti gini mmg sesuai dgn perangai Melayu Elit, Melayu Bandar juga Melayu Kampung serta Melayu Baru Nak Up. Belajar sikik, tapi hati suka cipta gaduh hal kecik2. Malas menganalisis dan buat kajian. Sumer nak bedil dan bedal ja. Trigger happy adalah modus operandi.

      Tambah lagi banyak2 law yg merapu dan tambahkan lagi berserabut yg sdg dok hurung kepala. Org Melayu ni dah mcm umat Kristian. Pemalas membaca. Sumer tunggu fatwa dari ustat2. Umat kristian sama la, baca Injil x paham, tunggu fatwa dari paderi. Ambil degree dan phd, boleh jadi setaraf ulamak muktabar dulu2. Dah setaraf Imam Ghazali, Imam Nawawi, Imam Ibnu Katsir. Malah Bukhari dan Muslim juga senang2 diklepetkan.

      Jgn lupa adakan grup alim suam2 kuku syariah utk gunakan agama mewajarkan duit org ramai senang diklepetkan. Projek2 klepet berbillion dan anak bini InsyaAllah selamat.

      Delete
    2. Nampak gaya, kau ada unsur merapu dan serabut jg tu... ada dendam dan dengki... Moga Allah sejukkan hatimu...

      Delete
    3. Err... mabuk ketum ke?

      Delete
    4. Hehehe.. Siapa mabuk ketum tu?...

      Delete
    5. Kalau nk merapu tkyah masuk blog ni..macam bsngang jer...

      Delete
    6. Anon 06:05....kamu jenis makan dedak grade 3. Dedak gtade 1 untuk ayam, dedak grade 2 untuk itek, DEDAK GRADE 3 UNTUK BABI...dedak basi.
      Dapat dedak basi pun Najib baik....najib baik....'akai kurang cerdik harap sekolah saja tinggi'
      Siapa yg beri biasiswa kp kamu?....bukan kah jasa Tun Mahathir membangun negara?

      Delete
  2. Skrg ada slogan baru perjuangan dalam UMNOdoh: Siakap Senohong, Gelama Ikan Duri, Kalau pandai berbohong, UMNO sokong jadi Perdana Menteri. Bapa Klepet Malaysia semakin kuat dengan polisi Sebattiyyah atau Sebatjelah duit rakyat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. DGBP

      Wohhhh! I like the new coined words

      ie.

      SEBATTIYAH - Semua dia rembat

      SEBATJELAH - Semua dia sengat

      Ikut pahaman aku ler....tapi kalau boleh tolong jelaskan k?

      Delete
  3. Kemungkinan ROS menolak pendaftaran parti baru ni, namun sokongan umno tetap merosot bila tiba PRU14, disebabkan faktor najib saja. Sekiranya PAS insaf dan tiada buat khianat sudah tentu umno tumbang cepat,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. PAS pengkhianat bangsa perosak agama. Sanggup bersekongkol dengan perasuah dan pencuri daripada mencari kebenaran bersama rakan2 dalam Pakatan.

      Delete
    2. Hadi memang pengkhianat....tapi pengikutnya bodoh sangat....dulu kata umno kafir...Allah tunjuk Hadi pi berpelok dg LKD....konon nak buat hukum hudud menipu org kampung.....
      Sekarang sokong pencuri untuk tumpang dedak
      ....pemimpin islam kah macam ini

      Delete
  4. Pas hanya "panas-panas tahi ayam saja" sekejap sokong BN dan sekejap benci BN, walhasil tak ada Pendirian langsung...!!!

    ReplyDelete
  5. Apabila agama telah diperalatkan untuk mengawal, memanipulasi & menggerakkan masyarakat demi kepentingan politik & ekonomi untuk segelintir golongan tertentu, maka yakinlah bahawa masyarakat anda sedang berada di atas landasan ( 1 ) orang2 yg diMURKAI Allah, atau ( 2 ) orang2 yg SESAT

    "Ya Rabb, semoga kami tidak terpedaya oleh Pemimpin PAS dan yg sewaktu dgnnya agar kami sentiasa berada diatas laluan lurus yg diBERKATI-Mu, didunia juga diakhirat kelak."

    ReplyDelete
  6. Tak ada apa lagi yang istimewa pada Pas.Pas tidak seperti dulu lagi.....dikagumi. Kini Pas bukan lagi parti alternatif bagi Melayu/Islam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. PAS kelentong rakyat tolak hukum hudud, tapi sebenarnya pas yang tidak mendapat tempat dihati rakyat.Kalau umngok dikenali dengan nama KLEPTOKRASI, pas adalah pelengkapnya "KELENTONG".KLEPTOKRASI + KELENTONG = SEDONDON

      Delete
  7. Make sense to me.
    Moga2 berjaya. Kita d PH akan sokong yg termampu.
    The bottom line is to get rid of the msian official no.1

    ReplyDelete
  8. Make sense to me.
    Moga2 berjaya. Kita d PH akan sokong yg termampu.
    The bottom line is to get rid of the msian official no.1

    ReplyDelete
  9. saya setuju 1000%, parti baru melayu /bumiputra yg ada itegerity dan takut tuhan.Berani melangkah sama tinggi dan rendah dgn bangsa2 maju di dunia.Sudah berani menghapuskan budaya fiudelisma,hanya orang2 berkuasa,raja2 danorang2 kaya sahajayg betul.Tidaklagimelutut menunggu dedak dari mereka.

    Anggaplah tertubuhnya parti baru ini,perjuangan kemerdekaan minda melayu...MERDEKA..MERDEKA..MERDEKA.
    hIDUP MELAYU,MENJADI TERAS BANGSA MALAYSIA.TIADA LGIPERKAUMAN YG SEMPIT.

    ReplyDelete
  10. Dah boleh ke daftar jadi ahlil, tak perlu tunggu lulus ROS

    ReplyDelete
  11. Tepat!!!sokong 100% .Mana mungkin nak kalah kan UMNO ,nak menggantikan UMNO tapi tak sama dgn UMNO,Mesti struktur parti,perlembagaan dan dasar perjuangan nya mirip UMNO malah kalau boleh lebih baik lagi.Baru ia nya jadi alternatif pada ahli UMNO.kalau ianya nya mcm PKR tak ramai ahli UMNO yg nak join

    ReplyDelete
  12. hairan hairan cukup menghairan kan orang melayu ini.celika lakhanatullah mamak belukang ini dah menghancurkan ugama islam,negara,bangsa melayu.Tapi masih lagi orang melayu mau mencerita hal pengkhianat durjana lakhanatullah ini.sepatutnye tak payah tulis lah perkara ini termasuklah certa nak buka parti baru ini.dia ni sama aje dgn pengkhianat durjana negara yang lain yang ada berkhaitan dgn 1mdb

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau perati pd gaya dan tulisan komen kau, kau lg celaka aku rasa. Mybe kau juga mengamalkan ajaran syiah. Tulisan manusia sperti kau ni mmg cerminan diri yg tgh kusut otak.
      Mengucap pjg pjg..gi mandi hadas besar dulu..tak baik lepas perkosa babi,kau terus je menulis komen disini.

      Delete
    2. Betul Bro! mengkin dia ni antara dajal Dari sekian banyak dajal dajal

      Delete
  13. Ni pemakan dedak grade 3

    ReplyDelete
  14. Anon 1055. Ko ni macai umno ke pas? Syiah pon biasa jadi johan tilawah quran. Ko apo ado? Teloq je 2bijik dok kepit sana sini. Ashik membabikan org lain. Bole guna bahaso elok skit?? Okeyy?

    ReplyDelete
    Replies

    1. 11.40

      Sepatutnya kau tujukan juga komen kau tu kepada 09.47, bukan 10.55 saja.

      Bahasa yang dia gunakan pun tidak molek jugak, serupa jugak dengan bahasa yang kau gunakan.






      Delete
  15. Quran kata " sesungguhnya org org yang beriman adalah bersaudara,, maka hendaklah kamu berbuat baik sesama saudara kamu....",,nampaknya jauh la kita daripada suruhan al quran. Kutuk mengutuk dan memaki hamun sesama sendiri. Yg pelik tu,,ajak tinggalkan umno dan pas, sokong Dap yg kafir.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan jadikan Islam pawned to a sinister intention.....UMNO has done something far greater then filth when protecting a thief over rides everything else, is it NOT???

      DAP is indeed kafir, but do you want to join the club with PASongsang that set a precedent by telling all in UMNO kafir, have you short in memory???? I am not with DAP but that does not give me the rights to say those muslims who joined DAP are what PASongsang had utterred before to UMNO!

      And, PASongsang came into agreement with DAP & PKR in a Pakatan before a fallout. Do you want to tell PASongsang what ayat in the Quran that you had just listed above?

      Again, jangan main kan ayat ayat suci sebagaimana orang orang UMNO sekarang berluluasa menguna kan nya like they own the copyrights!

      crew mln

      Delete
  16. suke tak suke mahu tak mahu najhib bn umno mesti ditumbangkang pru 14 nanti.gst haram untuk kegiatan haramjadah tiada tempat di malaysia ini. #TangkapNajibRazak #TumbangkanBNUMNO #SelamatkanMalaysia #LawanTetapLawan #ALLAHHUAKHBAR

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...