Monday 8 August 2016

HARAP KATA AKAN DIKOTA

Walaupun Sarawak Report akhirnya menjelaskan dakwaannya bahawa Pas menerima RM90 juta daripada Najib Razak lebih berdasarkan kecurigaan meluas yang disampaikan kepada laman pembocor maklumat itu, tindakan undang-undang adalah sebaik-baik jalan untuk membersihkan nama parti Islam itu.

Dalam hal ini, penegasan Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man bahawa dakwaan itu berniat jahat, palsu dan tidak lain selain bertujuan untuk mengaitkan parti itu dengan UMNO serta akan mengambil tindakan saman untuk membersihkan namanya, tentu saja diterima baik oleh sesiapa juga yang cintakan kebenaran.

Saman, jangan tak saman dan biar kata tetap dikota.

Semoga Presiden Pas, Hadi Awang serta Mursyidul Amnya, Dr Haron Din, dua pemimpin tertinggi yang mempunyai kata pemutus dalam parti itu turut sependirian dengan Tuan Ibrahim dalam tindakan undang-undang yang mahu diambil terhadap Sarawak Report itu.
Jangan jadi macam Najib, sudah berpuluh hari Selasa telah berlalu, saman terhadap Wall Street Journal tidak juga menjadi kenyataan sehingga kini. (SH 08/08/2016).

42 comments:

  1. Islam dah kene jual. Boleh dijualbeli. Halalan Thoyyiban.

    Meh ustat2 PAS, berkokok lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan ibrahim tiada dlm senarai penerima sedekah oleh najib dari wang rompakan 1mdb..maksud tITM tak perlu siasat dulu,terus tolak fitnah ni?hadi kata kena ada 4 saksi..nanti hadi akan komen tITM..SR ni bijak keluarkan laporan berperingkat2

      Delete
    2. Meh kira, berapa ringgit sekok ahli lebai buley dpt dgn 90melion tu.. dulu depa kira duit 1mdb klu dikongsi 1 msia, cekap depa tekan kalkulator..

      Delete
    3. Salam Lebai Punasihat,
      Duit curi bila dibasuh dgn air kolah masjid PAU(PAS AND UMNO) boleh jadi halalan toyyiban ke???

      Delete
    4. Cybertrooper PAN dan PKR tak penat untuk cari modal kutuk kepimpinan PAS. Apabila PAS tak serius untuk sahut ‘pelawaan’ Ahmad Said untuk tumbangkan MB Ahmad Razif dan UMNO, sekali lagi PAS mesra UMNO diratibkan. Yang aku pelik penganalisis politik yang ada kepakaran pun terlepas pandang akan mengapa TGHH dan PAS Terengganu bersikap demikian. Mari aku nak beritahu, agar korang semua celik mata.


      Bukankah yang pasti, hanya Ahmad Said seorang yang buat hal dengan UMNO? Hanya beliau seorang yang ugut nak bergabung dengan PAS. PAS ada 14 kerusi sahaja. Yang lagi satu itu, Azan Ismail PKR punyalah. Tumbang ke 14 PAS + 1 Mat Said lawan UMNO yang tinggal 16 kerusi. Matematik simple ini pun korang tak faham.

      Mungkin korang jawab 14 PAS + 1 PKR + 1 Mat Said dapat menumbangkan 16 UMNO. Siapa kata? Kat mana di Malaysia ini, kerajaan terbentuk tanpa majoriti? TambaIan lagi, korang kenal ke siapa itu Azan ismail PKR? Korang pernah tanya pendapat Azan Ismail PKR tentang kerja tumbang-menumbangkan UMNO ini? Korang pernah dengar Azan Ismail PKR ajak PAS berpakat dengan Ahmad Said? Pernahkah? Dah kalau tak dengar, korang tak boleh fikirkah kenapa?

      Korang dah lupa siapa yang lompat-melompat sehingga tumbang PR di Perak dulu? Perangai manusia yang gila habuan dunia bukan sahaja ada di Perak, mereka juga boleh wujud di Terengganu dan di seantero Malaysia. Silap haribulan, hari ini 14 PAS sahut pelawaan 1 Ahmad Said, senyap-senyap esok pagi 1 Azan PKR umum bersama dengan UMNO untuk jadi exco. Itu yang korang tunggu nak tengok. Korang nak tengok sangat PAS melopong. Korang kemaruk sangat nak sindir lunyai TGHH.

      Sebelum itu semua berlaku, eloklah korang semua yang melopong. Nampak sangat bijaknya bacaan politik TGHH dan PAS Terengganu. Itu belum aku ceritakan perangai ‘tak boleh pakai’ Ahmad Said. Kalau aku ungkit satu persatu, baru korang semua jatuh terduduk macam ayam berak kapur.

      Delete
    5. Pas sudah jadi pasembur.
      Pasembur pun sudah basi.
      Nak makan pun tak boleh.
      Cari Mr. Tong Sam Pah sajalah.

      Delete
    6. Kenyataan bodoh 8.50

      Delete
    7. Sekonyong-konyong pengarang Sarawak Report Clare Rewcastle Brown menyebut"kecurigaan meluas" tentang dakwaan PAS terima RM90 juta dari PMNajib.


      Istilah "kecurigaan meluas" ini lah yang dikira nilai berita oleh Sarawak Report. Mengapa SR tidak menyebut ""keyakinan yang diyakini" ?

      Ini menunjukkan betapa nilai berita SR sekadar "sampah busuk yang lak dibakul sampahkan".

      Anda melihat betapa berbeza reaksi dakwaan SR terhadap PMNajib tentang isu 1MDB. SR tetap dengan dakwaan tanpa berganjak bahkan PMNajib masih tidak menyamannya.

      Tetapi bila PAS melalui Timbalan Presiden bersuara untuk menyaman SR,dengan pantas SR menjawab dengan istilah " kecurigaan meluas".

      Apa maknanya? SR takut dengan tuduhan jahatnya itu.

      Sarawak Report kini mengikut jejak Malaysiakini untuk bergabung memusuhi PAS.Melontar dan menyembunyikan diri.

      Menghairankan dakwaan itu berlegar di sekitar pengundi Cina. Siapa punya kerja ? Semestinya kerja DAP dan baruanya PAN.Motifnya supaya pengundi Cina semakin membenci dengan PAS.

      Delete
    8. Hadi kena dapat restu dulu dari najib kalau nak saman..rasanye tak saman dengan helah tiada 4 saksi..hadi kena dapatkan pengesahan akaunbank yg buktikan tiada wang sodekah dari najib..

      Delete
  2. Sedekah / Derma dari 1MDB / Naj..

    ReplyDelete
  3. Kalau Najib Razak tak berani saman SR, jangan harap Hadi Awang setuju menyaman SR. Tengok lah saja. Najib UMNO dan Hadi PAS akan seia sekata dalam banyak perkara termasuk dalam hal ini kerana masing masing berusaha menyembunyikan perbuatan "khalwat" yang memberi keseronokan dan keuntungan bersama. Ingat Tok Lebai Tok Serban tak suka duit ker????.

    ReplyDelete
  4. jangan banyak cakap saman saja
    tak kan nak saman pun kena tanya matjib
    apa punay terok la pas ni

    ReplyDelete
  5. Jangan pula lepas ni Tuang Presideng kata itu kenyataan peribadi beliau, bukan kenyataan rasmi parti..

    ReplyDelete
  6. Malaysian Cybertrooper8 August 2016 at 21:19

    PAS PIS PUS kalau nak saman kena tunggu hari Rabu atau Khamis atau hari lain selain Selasa sebab hari Selasa tu si Bijan dah reserved.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang betul...kalau Pas nak pilih hari Selasa juga saman SR nanti, dia orang (WSJ dan SR) heran apasal Najib dan Pas suka sangat pilih hari Selasa saman mereka. hahaha.

      Delete
  7. Sarawak Report pejabat dia nun di UK sana. Kalau nak saman kena masuk British court tu. Tak layak nak dibicarakan disini. Kes hendaklah didaftarkan di sana pasal the accusation allegedly committed in the UK melalui portal Sarawak Report. Aktiviti muat naik/muat turun artikel tu semua dilakukan di sana.
    Kalau betul nak saman nampaknya Tuan Ibrahim dan geng-geng tok guru kena pakat ramai-ramai terbang ke London. Tiket kapal terbang, pengangkutan, penginapan, kos guaman bagai kat UK tu juta-juta belanjanya. Pas ada bajet ke?
    Nak lawan SR kena cari loyar Mat Saleh di UK, yang arif padal British laws. Tambah lagi sejuta dua belanja. Lagi lama kes dibicarakan, mencurah-curahlah duit keluar. Nampak gaya Pas kena round satu Malaya untuk kutip derma kih kih kih.. Kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 21.30,
      Apa salahnya pergi saja ke London tu ,ini kerana maruah "berani kerana benar",lagi pun london court ok kut banding dengan kanggeroo court hihihi.Haji Eddy pun dah banyak duit nak habis pun 1-2 juta ja ada 90 juta ok la demi maruah ,atau pas pun macam najib cakap aja apa pun tarakkkkkkk....

      Delete
    2. Mana Boleh!!
      British Law tu undang-undang penjajah. PAS cuma akan terima hukum hudud aje.

      Delete
    3. Sumbangan tin milo kan adoo...!

      Delete
    4. Ikut Hudud, Eddy Bawang dan Aaron Dean kena potong tangan.

      Delete
  8. Benda betul bagaimana pula Najib nak saman dan jika Beñat ianya fitnah maka dari awal lagi Najib dah bertindak...!!!!

    ReplyDelete
  9. Hj hadi &tuan ibrahim tentu tak akan saman serawak report nanti sebab tahu Broken English , nanti kena gelak kat mahkamah UK

    ReplyDelete
    Replies
    1. dlm mahkamah sini pon asik tak ingat aje bila peguam tanya,kat sana nanti bolih tercirit bila disergah agaknyer.

      Delete
  10. patut lah beria-ia nak jadi punasihat kononnya....dedak

    ReplyDelete
  11. Itu baru 25% aje dulu...punahcihat punya fee...untuk serban tinggi punya...yg pakai songkok haji...tunggu la dulu...serawak report ni...tak sabar2 pulak nak buat cerita.

    ReplyDelete
  12. Kalu ujud penerima, pemberi juga terlibat. By cash or cheque? Baguslah Tuan IBrahim kalau dah berniat nak saman SR. Tapi SR steady..... sebab dia orang UMNO terkedu terkejut beruk.

    ReplyDelete
  13. Saman cepat biar terbongkar habis. Sapa terima, sapa beri, bila, bank mana, masa tu baru semua terbarai.

    ReplyDelete
  14. Saman saja SR....saya percaya YB Tuan Brahim tidak terlibat dg Rm90 juta ini. Tetapi kita tunggu akan ada orang macam kera kena belacang terhenjut henjut macam org umno nak beri penjelasan pada org dibawahnya.....SR tidak bodoh nak reka cerita saja saja...TQ SR.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ingat yahadi nak bukak jalan... brape kali buat U-turn daaaa...

      Delete
  15. Kalau di imbas kembali - Body Language Aaron Jin semasa mempertikai kan kesah derma 2.6 billion dia berkata, "Tak kan lah Najib sebodoh itu ......" di tambah pula dengan sokongan Hadi Wang serta menawar kan diri sebagai "PUNAH-sehat". Untuk kerja mulia kedua dua lebai serban longgar itu sudah tentu Najib-tuyya tidak lokek untuk memberi ganjaran walau pun berupa "DEDAK". Untuk mempercayai sama ada benar atau pun tidak dengan tuduhan Sarawak Report pertimbangkan lah kedua dua bukti yang telah saya berikan.

    ReplyDelete
  16. Saman jangan tak saman.Hari ini laporan berdasarkan cakap-cakap.Esok lusa keluar carta aliran wang keluar masuk.akhirnya keluar penyata bank.SR pandai pancing, nanti hari selasa berbilion kali belum juga disaman.kah kah kah kah

    ReplyDelete
  17. Fuyooooo...RM90 juta tu. Masuk ke akaun peribadi siapa pulak kali ni?
    Kaya..Kaya..Kaya...tak payah makan dgn tangan lagi dah.
    Makan dgn sudu garpu dan pisau.
    Cakap pun tak guna ana ante lagi dah
    Mesti pakai U..I..U..l...UU ...II
    Thank you..Same same

    ReplyDelete
  18. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  19. Ni petik drp SR:

    "Further leaked documents from the Malaysian enquiries into 1MDB have been made available to Sarawak Report, which indicate that the Prime Minister and his wife utilised over RM1.15 million of the fund’s stolen cash on purchasing hormone-based, anti-ageing products via a clinic in KL!"

    Nak berubat tahan kerepot pun sebat duit wan emdibi jugak ke? Huhu..

    ReplyDelete
  20. Tak disebut dia akan saman hari apa, jadi nanti orang tak boleh soal hari apa nak saman yer? Playsafe betul PASelam nih!

    ReplyDelete
  21. ...KALAU TAK SAMAN MARUAH TERCALAR, KALAN SAMAN RAHSIA TERBONGKAR (ayat dari geenboc)..Tuan Ibrahim ni pun satu, buat apa tergesa kata nak saman SR? siasat dulu kat dalam PAS tu. Nanti Hadi kata takyah saman pulak.. SR ni betul-betul memalukan parti Islam..entah sapa yang bagi info? Saya percaya SR memang dah ready semua sebelum mengeluarkan artikel-artikel 'fitnah' seperti ni. Dulu fitnah 1MDB. Kalau PAS saman semua terbongkar..itu yang baiknya.

    ReplyDelete
  22. PAS tidak relevan untuk perjuangan rakyat.Jika umngok itu parti kelepet duit rakyat, pas adalah pelengkapnya pabila pas parti kelentong kepercayaan rakyat.Bila rakyat marhaen tolak pas maka dikelentong rakyat tidak terima hukum hudud.Inilah perjuangan u-turn, label-melabel jelek dan sedondon dengan umngok.

    ReplyDelete
  23. Cash is King. Raaj bermaharajalela.
    Bisiknya " tuan, ini sebahagian derma Raja Arab untuk kita pertahankan Islam.." sambil serah cek RM90 juta.
    Ni halal ni.. sebab wang derma

    ReplyDelete
  24. Cash is King. Raaj bermaharajalela.
    Bisiknya " tuan, ini sebahagian derma Raja Arab untuk kita pertahankan Islam.." sambil serah cek RM90 juta.
    Ni halal ni.. sebab wang derma

    ReplyDelete
  25. Jangan jadi cakap tak serupa bikin janganlah memalukan Islam cakap berdegar degar tetapi buat lain jadilah pemimpin islam yg dihormati aaammmiiinnn

    ReplyDelete
  26. Cakap salah x cakap salah, jadi semua serba-salah? Tapi titm x fikir dia serba-salah, sengaja-sengaja dia menimbulkan 1001 persoalan dalam kepala pendengar, seperti dia berupaya buat dengan cadangan strategiknya kepada U??O sebelum ini (yang Mat Sabu pun x upaya nak baca).

    Yang pasti sekarang ialah siapa yang bersuara dan siapa tidak. Yang tersirat tu lah lebih penting. Khasnya yang tidak bersuara akan menimbulkan 1001 persoalan dan kemungkinan. Sudah pasti lah titm tidak terbabit jika dakwaan SR tu betul.

    Maka penyamanan SR tu bukan lah penting sangat, ia hanya lah umpanan si pengail...

    ReplyDelete
  27. Hmm..kan sebelum ni Husam dah buat dakwaan yang sama (walau pun x disebut berapa banyak fulus). Kan dah ngam dgn "kecurigaan luas" SR?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...