Thursday 25 August 2016

APA YANG TINGGAL LAGI DALAM 'FRANKLY SPEAKING' MUSA HITAM?


Ketika terbitnya buku "Frankly Speaking" oleh Musa Hitam, ramai yang melihat ia mungkin sesuatu yang bermanfaat kepada generasi muda untuk memahami banyak perkara mengenai politik dan pentadbiran negara.

Lebih-lebih apabila bekas Timbalan Perdana Menteri itu mengatakan beliau mengambil masa 15 tahun untuk menulis buku tersebut.

Musa sendiri memberitahu, tujuannya menulis buku itu ialah untuk memastikan generasi muda memahami sejarah serta mengenali isu semasa.

Bagaimanapun, sehingga ini sudah empat bekas pemimpin UMNO dan negara menyanggah banyak fakta dalam buku yang ditulisnya itu.
Mula-mula Sanusi Junid. Beliau yang dikatakan berada dalam Kumpulan bernama AIDS iaitu Anwar Ibrahim, Daim dan Sanusi, menafikan kewujudan kumpulan  yang didakwa oleh Musa Hitam selalu memberi maklumat salah kepada Tun Mahathir.

Kata Sanusi, kumpulan AIDS itu tidak pernah wujud, bahkan kejatuhan Musa adalah kerana kesalahan dan kelemahannya sendiri.

Bahkan Sanusi juga memberitahu, berbanding Anwar Ibrahim dan Daim, beliau lebih mempunyai hubungan yang akrab dan selalu bekerjasama dengan arwah Megat Junid Megat Ayob dan Kip Bahadom dalam kerja-kerjanya berkaitan UMNO.

Dalam tulisan di blognya, Sanusi juga memuatkan perbualan Whatsapp antara beliau dengan Daim Zainuddin di mana bekas Menteri Kewangan itu tanpa ragu-ragu menyifatkan buku "Frankly Speaking"  itu adalah sebuah karangan "fiction".
Kemudian Tun Mahathir turut menyanggah beberapa fakta dalam buku itu, antaranya berkaitan kesetiaan mutlak dalam pentadbirannya sebagaimana yang didakwa oleh Musa Hitam.

Kata Tun Mahathir, beliau tentu akan memecat Musa Hitam sebagaimana Najib memecat Muhyiddin jika kesetiaan mutlak menjadi keutamaannya.

Semua orang tahu, selepas meletakkan jawatan sebagai Timbalan Pedana Menteri, Musa bukan saja dikekalkan sebagai Timbalan Presiden UMNO dan tidak dihalang berpakat dengan Tengku Razaleigh dalam pertandingan 1987 untuk menentang Tun Mahathir, bahkan dilantik kemudiannya sebagai duta bertaraf menteri.
Terbaru, Tun Abdullah Ahmad Badawi pantas menjawab "No,No,No" berhubung dakwaan Musa bahawa beliau meletakkan syarat kepada Najib agar melantik Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri sebagai syarat pengundurannya.

Sesiapa pun yang mengikuti perkembangan dalam era kepimpinan Tun Abdullah, tentu faham dan merasakan adalah mustahil beliau berbuat demikian kerana Muhyiddinlah yang memaksa pengundurannya diawalkan.

Lalu, apa yang tinggal lagi dalam "Frankly Speaking" sekarang ini? Fakta atau auta? (SH 25/08/2016).

45 comments:

  1. ermmm...musa2....udah2 lah tu. Tulis sampah wat pa....generasi muda xde masa nk baca bebelan merapu anda. sendiri tuis sendiri bacalah....hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Melayu ni mmg selalu wajib dpt pingat emas olimpik dlm pertandingan menipu bangsa sendiri.

      Delete
  2. ermmm...musa2....udah2 lah tu. Tulis sampah wat pa....generasi muda xde masa nk baca bebelan merapu anda. sendiri tuis sendiri bacalah....hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah nama nya Musa Hitam takan boleh ditukar jadi Musa Puteh. Berbotol2 Qu Puteh pun tak boleh jadi puteh tetap Musa HITAM

      Delete
  3. Apa yang tinggal hanya bullshitting speaking

    ReplyDelete
    Replies
    1. "A good leader can engage in a debate frankly and thoroughly, knowing that at the end he and the other side must be closer, and thus emerge stronger. You don't have that idea when you are arrogant, superficial, and uninformed."
      -Nelson Mandela

      Delete
    2. Mandela's statement is so much in line with the teachings of Islam.

      Delete
  4. Frankly speaking, just don't read this book. Adakah perlu generasi muda mengetahui segala macam tuduh-menuduh di kalangan para pemimpin UMNO dahulu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Musa Hitam is a conman....!!!!

      Delete
    2. Musa Hitam dah tolong generasi muda semakin bencikan UMNO.

      Delete
  5. Frankly speaking, just don't read this book. Adakah perlu generasi muda mengetahui segala macam tuduh-menuduh di kalangan para pemimpin UMNO dahulu?

    ReplyDelete
  6. Aku krang berminat ngn Musa ni sbb di abukan seorang Negarawan yg berstatus penjuang ......Aku lebih kpd Tun M yg sanggup berjuang hingga akhir hayat utk menentang korupsi.........Musa ada dia tegur pentadbiran Najib? Ada dia bersama rakyat bagi menentang penyelewengan? Dia ni sama ngan Ku li.......Naik atas ada sifat perjuangan dalm diri......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sori.....Naik atas tapi tiada sifat perjuangan dlm diri.....

      Delete
  7. Jauh lebih bermanafaat membaca buku A Doctor In The House.Saya lebih memandang tinggi pemimpin yang mempunyai prestasi kempinpinan serta membuahkan hasil darpada pemimpin yang memukul canang dan beretorik,tapi prestasi tidak secemerlang atau lebih baik dengan orang yang dikondemnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Well said. Hanya yg berhati busuk dan dengki akan kondem orang yang hati keciknya akui lebih baik dari dirinya. Ibarat ular lidi nak kondem naga.

      Delete
    2. Well said. Hanya yg berhati busuk dan dengki akan kondem orang yang hati keciknya akui lebih baik dari dirinya. Ibarat ular lidi nak kondem naga.

      Delete
  8. Baik duk diam2 lah Muse weh. Sayang ke gelaran tu.Cakap frankly tapi pembaca kata sampah jer...Apa lagi yang dicari...dedak?

    ReplyDelete
  9. Baik duk diam2 lah Muse weh. Sayang ke gelaran tu.Cakap frankly tapi pembaca kata sampah jer...Apa lagi yang dicari...dedak?

    ReplyDelete
  10. Semasa menulis buku tersebut, Tun Musa lebih banyak dipengaruhi perasaan benci dan dendam yang tidak berkesudahan terhadap TDM yang menyebabkan karier politik beliau terbantut di separuh jalan.
    Saya pernah berkhidmat di Perutusan Tetap kita ke PBB sewaktu Tun Musa dilantik sebagai Co-Malaysian Permanent Representative to the UN, suatu jawatan yg diwujudkan khas untuk beliau oleh Dr Mahathir setelah dipencenkan dari arena politik. Saya sering menjadi mangsa luahan hati Tun Musa setiap kali melintasi bilik beliau. Jadi saya tahu sedikit sebanyak apa yang tersurat dihati penulis buku ini, terutamanya berhubung dengan dendam yg tak kunjung padam terhadap TDM.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak dendam buat apa lagi.Tidak ada untung dan tidak ada kesudahannya.
      Nasib Tun Musa berkali kali lebih baik daripada nasib Tan Sri Muhyiddin, Shafie Apdal dan Mukriz.
      Malah lebih baik daripada kami rakyat marhaen.
      Tun Musa berkecil hati dgn Tun Mahathir sanggup lari bawa diri ke London sehingga Tun Mahathir menghantar rombongan untuk memujuk supaya balik ke Malaysia.
      Kos sara hidup di London cukup tinggi tapi Tun Musa masih mampu untuk terus hidup mewah di sana.
      Tun Musa sanggup tinggalkan kami.Lupa terus kpd kami.
      Hari ini kami sekali lagi ditindas oleh bangsa sendiri.
      Yg datang membantu kami sekarang ini hanyalah Tun Mahathir.
      Di mana Tun Musa? Kenapa Tun Musa tak datang tolong kami? Kenapa Tun Musa buang kami?
      Nak suruh kami beli buku yg Tun Musa tulis tu tak ada apa2 manfaat untuk kami pun.


      Delete
    2. ptut dh insaf atas liberalisme dia yg trlampau batas. anak cucu mati kena hempap bangunan highland tower dulu entah bagaimana pegangan agamanya dgn maria bekas isterinya ditinggalkan dlm keadaan tiada asas agama sebagai mualaf. masih bongkak dan dendam seolah dia maksum dan pejuang bangsa. siapa Musa? hnya si bangsat yg masih sibuk menjaja diri sendiri demi jawatan dlm glc

      Delete
  11. Musang hitam ni kesian betullah. Buruk sangat perangai org tua merajuk takde org pujuk ni. Frankly speaking ..buku ni full of shit ...

    ReplyDelete
  12. Dari dulu kini dan selama lama nye mengkhianati serta memperbodohkan rakyat terutamanye orang orang melayu adalah agenda pemerintah yang paling utama untuk mendapat keuntungan pribadi,keluarga dan kroni serta kuncu kuncu yang dibela.Pengkhianat durjana ini yang kononye amat prihatin tentang negara dan rakyat akan tetapi sebalik nye agenda dibelakang yang tersorok adalah untuk memenuhi hajat khianat untuk negara dan rakyat sambil boleh membolot harta dan dana negara dgn sewenang wenang nye.Boleh kita lihat secara jelas buat masa kini.Contoh sukan olimpik yang amat hebat diperkatakan.Rakyat dalam keadaan kesusahan Wahal nye 1 MDB itu lagi besar dari sukan olimpik sebanye menjahanamkan negara tetapi ditutup.Mereka berlakun di klia untuk menutup ruang daklam 1mdb ini.Dari dulu tanah reserved orang melayu digenting hailand dijual kepada cina,tetapi orang melayu yang bangsat ini tidak ambil pot pun.Agenda seumpama ini ianye akan diteruskan olreh pihak pengkhianat durjana ini.Tetapi kita yang kecil ini yang tidak bersetuju cuma mampu diam dan lihat sahaja pengkhianat ini menjahanamkan negara.Tapi kami percaya DOA kami senjata yang amat bahaya.Terima lah padah nye.

    ReplyDelete
  13. If Musa was frank and telling the truth, he would have wrote why and what prompted the police, unprovoked, acted as they did, so drastically on villagers of Kampung Memali, November 1985. As DPM cum Home Minister, he must have known about the country's communal atmosphere at that time.

    My family lived in Balai Polis Baling and I had just worked in Sg.Way FTZ, when that Memali ‘massacre’ occurred. Yes, its an outright massacre by a well armed police PPH (Pasukan Polis Hutan, now defunct) against the poorly armed villagers, executed in a swift manner under the guise of darkness. Had the police besieged the village and starved its occupants into hunger, then overpower them, it would have been more justified.
    Or prior to that….Ibrahim Libya and his men had drew the first-blood….had murdered a policeman or stormed a police station, ganged-rape a child etc....then its justifiable too.

    My sisters told me how, families living in the Police station two (quarters) block were very-very scared, the afternoon after that massacre. About a hundred army personnel surrounded the police station’s compound, shaking its fences violently, angry at the drastic action of the Police against the villagers.

    It was a fact that in the mid-70s ~ late 80s, relation between the army and police was very strained. Many died in cabaret-brawls, especially at month’s end, mainly in Ipoh & JB. And….that was why military personnel’s salary were paid before the 25th. of each month…..till today….to minimize encounters.

    In his ‘Frankly Speaking’ book, did Musa mention about him flying in a helicopter (landed at ‘Padang-Jam’ or clock-tower’s small field, near the Mosque, just beside the Police Station) to diffuse that tense stand-off?
    The soldiers, even armed themselves with a V150 armored personnel carrier.

    Why the need to hastily stormed villagers, armed with parangs and a few ‘tembak-tupai’ shotgun?

    Why can’t the Police wait? (They enter the village at about mid-night and the ‘operation’ ended at dawn). What’s the hurry?

    The Army was not even informed….. To fight the communist, (which is not the army’s job anyway, when a state-of-war or emergency was not declared) their help was very much sought, but against the helpless ‘orang-kampung’, the Police seems very capable. This made the Army, stationed in Kroh (now Pengkalan Hulu), very pissed.
    Note: During that time, the road from Kroh to Baling was very-very prone to communist ambush. Any military convoy passing that stretch must be escorted with a V150 armored carrier.

    (bersambung)

    ReplyDelete
  14. (Sambungan)

    Let me state the fact why KDN under Musa hastily stormed Memali…..it was a covert operation to neutralize racial antagonism between Chinese & Malay, heightened especially by the press. Situation was very tense then. Factories was forced to stop production due to operators, mainly females, were already afraid to go to work or their parents forbade them. Most were operators who had to take the mini-bus across KL to go to work in Sg.Way. I forgot what caused the antagonism, but the day after Memali….. all newspapers immediately switched their reports from inciting hatred and animosities to Memali. Radio and TV played successive patriotic songs and ‘jangan dengar khabar-khabar’ (don’t listen to rumors) messages….just like the aftermath of May 13, 1969.

    The communal antagonism was exactly the same prior to ‘Amok Prebet Adam’ in Chow Kit, October 1987, two years after Memali. This time it was over the posting of Malay teachers in SRJKC. Lee Kim Sai was stripped-of his Dato’ship and Ops Lalang ensued, a week after Private Adam ran amok. Hence the Government should thank Adam for what he had unknowingly done to ‘save’ the country from another racial strife. Wonder what have become of him today.

    Therefore, Memali was a ploy by KDN under Musa, to diffuse communal tension at that time. Coupled with his ‘look-west’ stance, Musa was just not fitted to be a Malaysian leaders.

    Nota:
    Musa hanya berani bertindak terhadap bangsanya sendiri. Untuk memberi 'amaran' bahawa KDN & kerajaan dibawah beliau tidak akan bertolak-ansur atau beri-muka kepada sesiapa, sebagai pengajaran, bangsa sendiri yang menjadi mangsa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. well done bro.

      dari cicitmaulanaishak

      Delete
    2. Musa ada blog or facebook??? Hantar pd dia supaya dia boleh jawab. Kita nak dengar apa jawapan Musa terhadap tuduhan ni.

      Sanusi, Mahathir, Daim dll diberi ruang utk jawab tulisan Musa, kan????

      Delete
  15. Rela dijadikan proksi oleh rejim najib al-bangsat.
    Kenapa perlu masa 15thn sblm publish buku ni,disaat TDM bersusah payah menubuhkan parti baru,menyeru sokongan rakyat untuk menumbangkan rejim najib al-bangsat.

    ReplyDelete
  16. Walau ap sekalipun, Musa Hitam tetap akan dikenang sebagai negarawan yg memiliki kehebatan tersendiri. Samada kehebatan itu utk dirinya sendiri atau utk negara, ianya bergantung kpd dari sudut mana penilaian itu dibuat.

    Susuk tubuh yg segak dan riak wajah yg mempesonakan serta kepetahan berkata2 membuatkan beliau sangat popular di zaman kegemilangannya.

    Antara kejayaan paling menarik Musa Hitam dlm kerjaya politiknya ialah kemampuannya menewaskam Tengku Razaleigh sebanyak 2 penggal berturut2 utk jawatan Timbalan Presiden UMNO yg merupakan tiket tidak rasmi utk jawatan Timbalan Perdana Menteri.

    Apa yg lebih menarik kedua2 calon musuh ketat ini tiba2 bergabung di penggal berikutnya utk menjatuhkan Tun Mahathir yg berganding dgn arwah Ghafar Baba. Namun usaha mereka gagal.

    Di ketika status perkahwinan Musa dan Razaleigh dilihat sebagai bujang, tiba2 Musa Hitam membuat kejutan apabila muncul di khalayak ramai bersama isterinya, Datin Maria, seorang wanita jelita berambut perang kerakyatan Peru.

    Musa juga pernah melalui saat tragis yg memilukan apabila anaknya, Carlos bin Musa terkorban dlm kejadian kondominium Highland Tower runtuh dlm tahun 1994.

    ReplyDelete
  17. Frankly speaking, musa is a nobody. The younger generations, those below 30 years of age, know him in the same manner that they know, errr....Parameswara. People like me, in my late 40s, know him as a failure.

    ReplyDelete
  18. One man's word against another. It is for readers to judge. But one thing you learn is of umno's ghetto's politic.

    Tapi Budin, Zam ckp ada AIDS. Jadi apa Musa ckp betullah jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau betul ada AIDS, lagi memalukan buat musa. Masa tu, Anwar baru join umno, Daim pulak outsider. Musa adalah orang no 2 umno dan kerajaan. Tak kan lah orang no 2 begitu lemah secara politik? Tak masuk akal alasan dia ni.

      Delete
    2. x semestinya AIDS tu ada even zam kata ada..mungkin zam pun hanya dengar or dapat maklumat daripada musa..

      Delete
  19. Musa Hitam pun mcm Hj Hadi juga, suka u-turn cakap. Sekejap sebut lain sekejap kata lain. Jgn percaya.

    ReplyDelete
  20. During his tenure as Deputy Minister to Mahathir at the Ministry of Education, Musa's egoistic tendencies earned him the nickname, amongst the officers, and unbeknownst to him, the 'I Specialist'. Then, as it is still now, he was full of himself.

    ReplyDelete
  21. nama musa hitam hanya nostalgia bagi melayu yang umurnya 60an keatas saja. itu pun hanya nama saja dan tiada apa yang dibanggakan darinya. buku frankly speaking tu tak lebih dari backup power untuk najib.
    pelahap dedak najib masing2 sedang berlumba untuk mencari bahan pencucui nama najib sekarang. antara pencucui yang popular ialah musa, melayu mabuk bekas dap dan budak hingus pemakan dedak gred-e..

    ReplyDelete
  22. Just nasib baik je25 August 2016 at 20:54

    Musa nasib baik je berada di right place at the right time. Mcm mahathir, paklah, najib.
    Mereka bukan pandai pun.
    Tak ada apa apa ilmiah dari Musa sebelum naik pangkat.
    Apa kelulusan Musa?
    Apa falsafah musa?
    Eelek.

    ReplyDelete
  23. Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.
    Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain Dia

    sapa yang cakap kalau nak maju orang malayu mesti kurang ajar
    hidop lama pun tak guna jika ugama di kesampingkan
    lani ramai malayu kurang ajar tak kemana pun harap kutip derma aja dapat belon belon
    mampuih la lagu ni

    ReplyDelete
  24. Sehebat mana pun seorang manusia itu, tetapi apabila terkena "mendrum" nasi kangkang+dedak 1MDB habis jadi bodoh dan bangang....kesian walaun walaun yg jadi pengikut n penyokong diperbodohkan.

    Syaitan sedang berpesta,
    SiJahil menipu dan berdusta,
    SiLebai aminkan untuk bermuka muka,
    Rakyat tertipu semakin menderita.

    ReplyDelete
  25. BETOL BRO. KALO MUSA HITAM MCM MANA NK JADI MUSA PUTIH?? MEMALI AMACAM MUSA? HANG ARAH SURUH TEMBAK IBRAHIM LIBYA KAN? DAH MINTA AMPON DAN BAYAR PAMPASAN??

    SENDIRI TULIS, SENDIRI PON TAK MAU BACA LAH. TULISAN MCM SAMPAH. ELOK BACA NOVEL SHIT BY SHAHNON LAGI SYOK. HAHAHAHAHA

    ReplyDelete
  26. Zaman kegemilangan kalian dah berlalu. Berilah peluang orang muda berpencak silat dalam dunia politik Malaysia yang semakin berkecamuk ini. Semoga ada sinar terang, sebelum kita semua ini menutup mata.

    ReplyDelete
  27. Zaman kegemilangan kalian dah berlalu. Berilah peluang orang muda berpencak silat dalam dunia politik Malaysia yang semakin berkecamuk ini. Semoga ada sinar terang, sebelum kita semua ini menutup mata.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...