Monday 18 July 2016

TUAN IBRAHIM SEPATUTNYA LEBIH DULU MELAKUKAN GENJATAN SENJATA DALAM DIRINYA


Apabila seseorang mengajak orang lain berbuat kebaikan, orang itu mestilah menunjukkan teladan yang baik terlebih dahulu. Jika tidak, nasihatnya akan terbatal dengan sendirinya.

Begitu juga, jika seseorang itu selalu mengajak orang lain pergi ke masjid, orang itu mestilah menjadikan dirinya sebagai contoh dan ikutan. 

Jika hanya mulutnya yang kerap mengajak orang lain lain ke masjid, tetapi dirinya sendiri bersepah-sepah tak ketahuan ketika waktu sembahyang, ajakannya tidak bernilai satu sen pun di mata orang lain.

Saranan Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man agar semua parti pembangkang melakukan genjatan senjata sesama sendiri, sebaliknya menumpukan usaha menggembleng tenaga untuk mengalahkan BN dalam PRU 14 akan datang, tidak dinafikan memang suatu nasihat yang baik dan mengkagumkan.

Apatah lagi, walaupun saranan genjatan senjata itu bersifat menyeluruh dan ditujukan kepada semua pihak, ia juga diluahkan ketika Presiden Pas, Hadi Awang belum memadam api kemarahannya terhadap rakan-rakan pembangkang lain sambil melabel mereka dengan pelbagai gelaran yang tidak sewajarnya.

Ternampak bahawa Tuan Ibrahim juga seperti mahukan Hadi Awang melakukan genjatan senjata dalam dirinya.

Malangnya, reaksi Tuan Ibrahim terhadap kenyataan Khalid Samad yang menyarankannya agar meninggalkan Pas, agak sedikit mengecewakan kerana ia berupa serangan secara terang-terangan terhadap Amanah.
Jika sebelum ini beliau meminta semua parti-parti pembangkang melakukan genjatan senjata, Tuan Ibrahim seharusnya menunjukkan contoh teladan yang baik mengenai apa yang dilafazkannya itu.

Tempelakannya agar Khalid Samad berdiam diri dan Amanah dibubarkan, sama sekali tidak mencerminkan keinginan daripada hatinya sendiri ke arah genjatan senjata, jauh sekali untuk sama-sama menumbangkan BN.

Tidak salah untuk Tuan Ibrahim memberi reaksi terhadap saranan Khalid Samad yang memintanya meninggalkan Pas, tetapi meminta Amanah dibubarkan untuk melahirkan suasana aman dalam pembangkang, lebih menunjukkan ingin berperang daripada mengangkat senjata.

Tuan Ibrahim seharusnya sedar ketika beliau menyarankan genjatan senjata, Amanah sudah pun wujud dan menjadi sebahagian anggota dalam Pakatan Harapan. Sewajarnya, perkara itu disedari dan dihormati.

Jika daripada awal sudah mahukan Amanah dibubarkan, buat apa bercakap mengenai genjatan senjata?

Bukankah genjatan senjata untuk saling menghormati, bekerjasama dan mencapai persetujuan sesama rakan dalam blok pembangkang demi mencapai matlamat menumbangkan musuh yang sebenar?

Selain itu, tindakan Tuan Ibrahim siang-siang lagi bercakap mengenai pembahagian kerusi pilihanraya dan membayangkan hanya Amanah sebagai punca pertandingan tiga penjuru dalam PRU 14  akan datang juga tidak mencerminkan keinginan ke arah saling berganding bahu menumbangkan BN.

Beliau nampaknya sudah menyerlahkan keinginan Pas untuk membolot semua kerusi yang pernah ditandinginya sebelum ini dan tidak mahu memberi peluang sama sekali kepada Amanah untuk meletakkan calon, walhal genjatan senjata baru dilafazkan dan rundingan mengenai pembahagian kerusi belum pun dimulakan lagi.

Apa yang Pas utamakan dalam perjuangan sebenarnya - kerusi untuk diri sendiri atau saling bekerjasama untuk mengalahkan BN?

Lebih-lebih lagi kerana Tuan Ibrahim sendiri mengatakan saranan genjatan senjata itu adalah idea peribadinya, maka beliau seharusnya berlatih untuk mengawal dirinya secara peribadi terlebih dahulu. Mulakan genjatan senjata dalam jiwa, hati dan perasaan sendiri terlebih dahulu sebelum mengajak orang lain melakukannya.

Jika tidak, saranannya itu tidak bermaka apa-apa kepada sesiapa, termasuk diri Tuan Ibrahim sendiri. (SH 18/07/2016).

61 comments:

  1. pas parti yg tak boleh d percayai.
    suka main bab agama sahaja.
    pas ingat orang pas sahaja yg paham pasal agama..orang lain tak paham pasal agama
    hadi mulut macam haram jadah..
    tak boleh pakai punya hadi..
    PUKIMAK PUNYA HADI
    orang pas tengok hadi macam tokong hindu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hadi ting tong ting tong. Pengikut pun tong ngong tong ngong

      Delete
    2. org pas tengok hadi macam alim ulanak. pada kami..kami lihat hadi macam LEMBU.
      belajar agama aja tinggi. najib mencuri pun nak d sokong..
      hadi jgn nak bertopeng dgn sarban dan jubah.
      BURUA punya hadi

      Delete
    3. Jangan begitu tuan2 sekalian. Tak perlu kita menuduh Tuan Guru ke tahap itu. Berdosa besar memfitnahnya. Kembalilah bertaubat. Tuan Guru manusia suci. Suci daripada taik dan boleh menyucikan taik.

      Sedangkan beliau sedang beronline dgn tuhan dan masih belum menerima apa2 arahan tuhan lagi. Beliau tekun dan bersabar menunggu arahan tuhan. Mungkin disebabkan beliau ada berbuat kesilapan kecil, tuhan menangguhkan jawapan atau arahan. Tunggulah Jibril datang membawa wahyu untuk Tuan Guru.

      Lagipun Tuan Guru sedang kena sakit bisul di keliling dubur dia 3 biji. Berat benar sakit bisul Tuan Guru kali ini. Hampir 2 tahun bisul2 ni berubah2 tempat. 4 biji yg tumbuh bawah kerandut tu dah dekat nak lega, naik pula tepi lubang dubur 3-4 biji lagi. Berpusing2 beralih2 tempat silih berganti. Semoga tuhan cepat menyembuhkannya.

      Bersabarlah ya tuan-tuan.

      Delete
    4. bodoh punya tuan guru..sebab amanat hadi..melayu berpecah..bila solat ada dua imam..dan lain lain lagi.
      kenapa org pas tak ada otak ke..apa hadi ni bagus sangat ke.
      org pas tengok hadi macam tokong muniandy.
      butuh lu la hadi...

      Delete
    5. Ajarkan masyarakat Melayu benci-membenci antara satu sama lain...ha itu lah dia cap Pas-Pkr tu memainkan ugama demi merebut kuasa mahu masuk ke Putrajaya.

      Delete
  2. Sdr Budin,
    Sebenarnya dan sewajibnya PAS yang dibubarkan,sebuah parti yang yang dari dulu sehingga sekarang membantutkan pemikiran kebanyakan minda orang melayu hanya kerana tertipu dengan rektorik agama,sehingga mereka buta untuk menilai yang benar dengan munafik semata mata.

    Parti ini (PAS) sebenarnya langsung tiada membawa faedah kepada pembangunan siasah dan kecemerlangan intelek bangsa melayu kerana sentiasa diikat dengan minda minda pengikut dan penyokong dengan ganjaran syurga syurga palsu fatamogana.walaupun parti ini ini dianggotai ramai ahli ahli profesional dan akademik ,malangnya mereka terpaksa menjadi munafik dan diam kelu semata mata kerana menjaga nama parti dan pemimpin walaupun tindakan pemimpin jelas tak mengikut kehendak islam kerana mulut cakap lain, niat hati dan perbuatan dilihat lain.Ini kerana mereka juga terbabit dalam pergelutan mendapat habuan dan kuasa dunia melalui amalan politik sekular dengan tipu menipu butar belit menjadi asam garam ,malah mereka dihadapan dalam sistem mencari kuasa ini.sepatutnya kalau dah rasa diri itu orang ilmuan agama lebih afdal la penjadi pendakwah dan jaga tuturkata dan jaga kelakuan sebagai orang agama bukan bersaing bermatian matian dalam sistem politik sekular tapi label diri kumpulan alim ulama ini munafikun,kerana memperbodohkan orang melayu.

    Pas dengan UMNO era najib adalah dua perti yang jelas semakin hari semakin tidak relevan untuk pembangunan dan kecemerlangan siasah diri bangsa melayu ,kerana dengan menipu orang melayu dan menikat minda mereka menguna perjuangan perkauman dan agama jelas satu usaha munafik untuk mempariakan minda bangsa ini dalam tempoh masa jangka panjang ,jelas membuat bangsa ini menuju kebalakang. Orang melayu wajib berani menghadapi perubahan dan berani memilih jalan yang boleh menjadikan mereka boleh berdikari untuk mencapai kecemerlangan bukan bergantung secara jumud dan buta tuli kepada satu dua parti munafik yang akhirnya penguasa penguasa parti munafik ini boleh mengambil kesempatan untuk menyeleweng. walla hua'lam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pas tu parti tong sampah.Bolehkah seseorang yg bertaraf ulama membuat bai'ah untuk menceraikan isteri talak tiga kalau wakil rakyatnya melompat parti. Rendah sungguh maruah isteri mereka ni.

      Delete
    2. Roslan
      Awk kata syurga itu palsu? Fatamorgaba? Yg buat taik hadi tp pasal syurga palsu fatamorgana, itu bab aqidah.Tulis panjang lebar mcm best sgt idea awak tu. Are you Stone? I think you r a wishful thinking guy..

      Delete
  3. Dari kumpulan Hadith 40 an-Nawawi:

    Nawwas bin Sam’an r.a. berkata, Nabi s.a.w. bersabda: “Kebajikan adalah akhlak yang terpuji, sedangkan dosa adalah apa yang diresahkan jiwa dan kamu tidak suka bila dilihat orang lain.” (riwayat Muslim)

    Riwayat lain menyebutkan: Wabishah bin Ma’bad r.a. berkata: "Aku menjumpai Rasulullah s.a.w., lalu beliau bertanya: “Kamu datang untuk bertanya tentang kebajikan?” aku menjawab: “Ya.” Maka beliau bersabda: “Tanyakan kepada hati kecilmu sendiri. Kebajikan adalah apa yang membuat jiwa dan hatimu tenteram, sedangkan dosa adalah apa yang membuat jiwa dan hatimu gelisah meskipun orang lain berulang kali membenarkanmu”
    (riwayat Ahmad dan ad-Darimi)

    Masalah ahli politik yang bercampur-aduk ugama ini ialah hati dan akal mereka seringkali bercanggah dan kecoh demi mencapai kuasa, marwah, dan mas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ulatmak Cap AYAM.

      Delete
    2. 8:07 cap munafik yang cuma berkuasa memaki orang tapi tak berkuasa mengemukakan hujjah dan mengeluarkan dalil. Apa ugama pada mu?

      Delete
  4. Parti otak kuning, minda rosak dek pengaruh menonton porno tak henti-henti (ada yang lepas tonton tak mahu bayar pula). Hanya disebabkan serban sebesar guni padi di kepala mereka orang melayu islam pun tunduk, percaya bulat-bulat. Apa saja dia kelentong tak ada yang bangkang.

    Kadang-kadang bila difikirkan, jangka panjang mereka ini lebih merbahaya dari koruptor parti keramat!

    Mamparo

    ReplyDelete
  5. Imej islam ala pas. Kulit je semua tu. Penghayatan islam zero.

    ReplyDelete
  6. Titm, kami tahu tn sangat2 stress setelah di belasah oleh rakan2 dlm pas berkaitan seruan isu gencatan tsb.
    Sbgai tim pres, tn sepatutnya mempunyai sifat sabar melebehi 100%...tidak cepat melatah & beremosi.

    ReplyDelete
  7. Titm, kami tahu tn sangat2 stress setelah di belasah oleh rakan2 dlm pas berkaitan seruan isu gencatan tsb.
    Sbgai tim pres, tn sepatutnya mempunyai sifat sabar melebehi 100%...tidak cepat melatah & beremosi.

    ReplyDelete
  8. Lepas ni mesti salahkan org lain pulak,sbb tak paham apa yg dia cuba sampaikan.
    Dari dulu pas ni tak pernah2 nak pas,asyik kantoi memanjang....F9 tu!
    Cakap serupa bikin,bikin serupa cakap. Entah la labu.....

    ReplyDelete
  9. By continuing to react to remarks and provocations from those in pas, Pakatan Harapan leaders are just wasting their precious time which should be spending on looking after the rakyat's interests and raising voters who understand their responsibility in doing the right thing for Malaysia.

    Pas wants to see and be seen that it is relevant to Malaysia's future. But the truth is that it is for some time now merely relevant to umno and its prime leader. And these days prior to the next general election pas is playing the role of distraction for the nation and Pakatan Harapan.

    For how long that this would continue? Back and forth, back and forth between those in pas and Pakatan Harapan - while Pakatan Harapan is not certain of its future and the country continues to drift away?

    Should not Pakatan Harapan for example be interested to find ways to spend the RM4 billion plus in the Selangor state's coffers so that the rakyat in Selangor can have a better quality of life and which by the way could lead to Pakatan Harapan maintaining its hold over the state following the next state elections?

    One cannot possibly change pas under hadi, haron and the gang. But do not tell me leaders and supporters of Pakatan Harapan want to continue the way they are vis a vis pas, umno and the rest?

    Or, could this be the time to give up on Malaysia and Malaysians?

    ReplyDelete
  10. Manusia dlm pas tak payah percaya la.semua kaki pembohong,ckp berbelit2.

    ReplyDelete
  11. ...lebai dlm ketayap ni payah Cik Din...jenis bersembang dgn kita mat berkejik kejik sebelah...perasan diri depa saja dekat dgn tuhan...orang lain jauh dari tuhan...ajak masuk kampung pun x payah lah puak ni...tak nye ikhlas hati tu...

    ReplyDelete
  12. majoriti pemimpin PAN adalah bekas pemimpin PAS. Semua dari kelompok yang sama. Kenapa bila sekarang ni bekas pemimpin PAS yang kini pemimimpin PAN dilihat betul dan pemimpin PAS semasa dilihat buruk? Adakah sebenarnya apa yang berlaku sekarang adalah sambungan usaha untuk terus menghancurkan PAS. Fenomena sekarang semua parti pembangkang menyerang PAS. BN boleh lena siang malam. Terima kasih BN ucapkan kepada semua parti pembangkang selain PAS kerana sudi menjalankan kerja kotornya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apabila akidah PAS mereka itu sudah dipesongkan kepada fahaman mujassimah dan mutasyabihah terhadap Zat Allah subhanahu wa ta'ala, macam mana mahu menunaikan tuntutan Islam, iaitu: Hablun min Allah? Tambah lagi kenapa guru diorang asyik mendakwa orang yang bersembahyang menghadap kiblat Makkah, yang berpuasa Ramadan, yang membayar zakat, yang menghormati Haj, yang tetap berzikir lillahi Ta'Ala - sebagai KAFIR? Orang haprak bermain politik duniawi kah?

      Delete
    2. PAS dh lama hancur bhai.... Kamu jer yg x sedor

      Delete
    3. PAS dh lama hancur bhai.... Kamu jer yg x sedor

      Delete
    4. Anon 22:38.
      Kerja kotor kepala Mak Bapak kau...

      Delete
  13. PAS sedang hebat kerana Faktor permasalahn yg melanda Presiden UMNO sehingga UMNO pun dilanda masalah. Tapi kalau nak dihitung PAS tak sehebat mana pun. PAS UMNO sekarang ibarat pancing ikan dgn. joran sorang satu tapi sambung satu mata kail yg sama bermodalkan satu umpan yg sama.Jadi PAS dapat ikan UMNO pun dapat ikan.

    ReplyDelete
  14. Aku kesian tengok golongan ustaz macam dia ni. Semenjak sebelum muktamar sampai sekarang buah fikiran mereka tak membantu ummat untuk berusaha supaya iman dan amal menjadi bertambah baik. Golongan politik ni kalau bercakap mesti ayat gaduh. Ayat nak buat baik jarang diucap. Semalam keluar ayat nak jadi baik. Hari ni ayat gaduh pulak. Kalau kena tegur, mesti ada jawapan untuk bela diri yang mengharuskan gaduh. Eh, Rasullullah dulu agak2 macam ni ker? Ngaji tinggi2, tapi hanya boleh cakap ayat gaduh....Malu lah.

    ReplyDelete
  15. Aku kesian tengok golongan ustaz macam dia ni. Semenjak sebelum muktamar sampai sekarang buah fikiran mereka tak membantu ummat untuk berusaha supaya iman dan amal menjadi bertambah baik. Golongan politik ni kalau bercakap mesti ayat gaduh. Ayat nak buat baik jarang diucap. Semalam keluar ayat nak jadi baik. Hari ni ayat gaduh pulak. Kalau kena tegur, mesti ada jawapan untuk bela diri yang mengharuskan gaduh. Eh, Rasullullah dulu agak2 macam ni ker? Ngaji tinggi2, tapi hanya boleh cakap ayat gaduh....Malu lah.

    ReplyDelete
  16. Ketika mereka merasakan hanya mereka bakal ahli syurga, manusia ciptaan Allah yang lain bagi mereka tiada nilai. Dan keluarlah fatwa hanya ucapan dan tindakan mereka sahaja yang 'sunnah', walaupon jubah dan serban mereka lebih kotor dari pakaian pendita Buddha (sami). Jika mereka ingin dirai sebagai agamawan, mereka wajib berhenti 'mencuri' hak Tuhan menentukan siapa lebih beriman dan bertaqwa serta siapa lebih layak ke syurga. Selagi mereka gemar menghukum (menghina) mahkluk Allah yang lain mereka tiadalah beda dengan pendusta (mengguna agama menutup sisi cela mereka)

    ReplyDelete
  17. Pemimpin2 PAS jika benar berjuang demi Allah dan Rasul Junjungan dah lama bijan tu dibungkuskan. Sebaliknya boleh sama2 bersekongkol membenarkan kesalahan yg dilakukan. Tak bersubahat namanya tu?
    Yg selalu dibuat oleh pemimpin PAS adalah sentiasa menuding kesalahan kpd org lain,mereka tetap hebat! Maksum dari segala2nya. Tak ke menjual agama demi dunia?
    PAS ni maknanya...PENGHIANAT AKU SUBAHAT. Tu saja yg mampu mereka lakukan.

    ReplyDelete
  18. pemimpin pas rasa mereka maksum w/p munafik.

    penyokong pula wala tak tentu hala.

    BODOH BODOH BODOH

    ReplyDelete
  19. pemimpin pas rasa mereka maksum w/p munafik.

    penyokong pula wala tak tentu hala.

    BODOH BODOH BODOH

    ReplyDelete
  20. Pergi mampus Hadi@U-Turn.
    Pergi mampus Ibrahim@Genjatan.
    Pergi mampus Haron@JinLahabau.
    Pergi mampus Abduh@BodonBahlul.
    Pergi mampus Nasaruddin@TontonPorno.
    Paling bagus pergi mampus Pas@Pis.
    Bila sudah mampus senang ditalqinkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak mampus-mampus juga.
      Pru14, Pas satu kerusi pun tarak.

      Delete
    2. Nampak cakap tidak beradab langsung.... Saudara, berkata-kata sama ada ditulis atau dilafazkan ada kiraan dosa dan pahalanya.....Beringatlah sebelum ajal sampai.

      Delete
  21. Apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah kamu (tunduk) kepada hukum yang Allah telah turunkan dan kepada hukum Rasul", niscaya kamu lihat orang-orang munafik menghalangi (manusia) dengan sekuat-kuatnya dari (mendekati) kamu.

    munapik ni ngaku islam tapi benci dalam hati terhadap Islam

    munapik bahaya dari kapir yang nyata

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sabada Rasulullah s.a.w. : "Seorang munafik itu apabila dia becakap dia berbohong; apabila dia berjanji dia memungkiri janji; apabila dia diberi amanah dia akan mengkhiantinya; apabila dia berselisih pendapat dia akan bermaki-makian terhadap yang lain darinya."

      Tahaluf Siyasi dengan kaum Komunis dan Zionis itu ikut hukum Allah dan Rasul!!!? Mengkafirkan orang Melayu Mukmin itu ikut hukum Allah dan Rasul kah!!!?

      Meredakan ahli jawatankuasa yang zina dan liwat itu ikut hukum Allah dan Rasulkah!!!?

      Si munafikin akan dicampakkan ke dalam neraka yang terbawah!!! (Al-Quranil Karim)

      Delete
    2. Saya nak tanya.. cuba namakan satu, hanya satu saje, negara atau tokoh Islam yg kita boleh banggakan pada zaman ini..

      Satu negara atau tokoh "Islam" yg mengamalkan Ketelusan, Kesaksamaan, Keadilan/Meritokrasi, Amanah dll nilai Islam yg amat dituntut dalam Al Quran..

      Sekiranya realiti kita bertentangan dgn prinsip kita, maka kita hidup semata2 dalam penafian.

      Jadi tak payahlah kita nak paksa orang lain masuk syurga kita yg tidak lain drp tempat memuaskan nafsu seks kaum lelaki yg alim & warak..

      Pooodahlah PAS!!!

      Delete
    3. Arouse mah tutup kepala dulu sebelum cakap orang munafik...menutup aurat tu wajib....

      Delete
    4. Sepatutnya keistimewaan yang Allah beri kepada saudara untuk menulis digunakan untuk meninggikan syiar Islam....nilai sendiri apa yang saudara sudah tulis selama INI....moga Allah memberkati saudara..Salam

      Delete
    5. Anon 06:19, Hati2 bila komen bab syurga tu...

      Delete
    6. Anon 7:19 yang dikasihi, ku duduk di Trengganu sepuluh tahun lebih... memang mereka itu khabarkan kepada orang kampung supaya pangkah PAS dalam undi untuk beli paspot masuk ke syurga.....betul!

      Delete
  22. Emosi dan nafsu yang menguasai orangx politik buat masa ini."money is king"!.Macam kita senegara dilanda jurubu,orang yang membakar apa dia peduli,kita yang kalanm kabut untuk memadam.

    ReplyDelete
  23. Semua pandangan Tuan Ibrahim yang berbeza dengan dengan Hadi khusus tentang 'gencatan senjata' dan kritikan tentang 1MDB adalah pandangan/pendirian peribadi. Dan Tuan Ibrahim tidak serius dengan pendirian peribadi. Ianya sekadar lakonan bagi menunjuk Pas juga mengkritik kerajaan dan kononnya masih berjiwa pembangkang!
    Pembangkang terutama Azmin Ali jangan terlalu cepat terpengaruh dan tertipu.

    ReplyDelete
  24. En shah budin.. Menggelegak u kutuk Pas,, hj had,, titm ya .. Provokas,, bikin panas, semua penyokong bersorak mcm org gila ... Kau tak nampak apa yg aku nmpak.. Aku nmpak hnya Pas yang lyk perinth malaysiaa nii.. Pribumi islam, setelh umno jd pe
    Mbngkng.. Dap, pkr, parti baru tunm pun sama. Jika puak yg mu lonjk kn ni naik.. Hbis ranappp.. Jd lh mini israel sama cam singapore... Najib akn lingkup jugak.. Bkn jtuh melalui pilihnraya. Tp malaikat maut rentap nyawa dia. Lbh baik mu kempen semua ummah bersatu di bawah hj hadi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hadi ting tong ting tong. Pengikut pun tong ngong tong ngong

      Delete
    2. Siapa undi pas masuk neraka

      Delete
  25. Pas parti politik yg suka acah-acah dan u turn. Kesian parti yg aku sokong gile2 dulu sekrg dihuni oleh pemimpin lemah lembek dan kurang bijak.


    Tak malu ke bila hari2 dipertikai kebijaksanaan.... Tak kan tak sedar2 kemerosotan sokongan rakyat. Yang masih sokong...cuma para walaun. Walaun ni kalau pemimpin kata taik kucing tu karipap pun mereka akan makan....walaupun sedor bahawa itu memang taik kucing...haha

    ReplyDelete
  26. Kita lihat Ibrahim Man sebagai Timbalan Presiden tiada kuasa, kedudukan atau pengaruh utk keluar apa2 kenyataan bagi Pas.

    Selepas keluar kenyataan 'gencatan senjata', dia ditempelak olih Hadi dan d geng. Selepas tu kilang kabut..ckp tu kenyataan peribadi dan utk tunjuk wala pd Hadi terus menyerang Amanah.

    Gencatan apa bende nya Brahim????? Brahim slalu keluar kenyataan utk menunjukkan dia relevant dlm Pas. Lps tu flip flop setelah disergah olih Hadi. Takiyuddin pun bolih sergah dia.

    Rakyat tak perlu kepo..biarlah siLuncai dgan labu2nya. Biarkan lah Brahim dgn Pas dan Hadinya.

    ReplyDelete
  27. Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man meminta Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (PAN), Khalid Samad agar tutup mulut dan membubarkan parti itu.


    Tuan Ibrahim berkata demikian sebagai mengulas cadangan Khalid agar beliau dan Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Abd Samad meninggalkan PAS.

    “Komen saya, blok pembangkang akan tenang kalau Khalid boleh 'tutup mulut' atau PAN dibubarkan,” katanya.

    Khalid mencadangkan sedemikian jika PAS tidak lagi sudi atau mampu membawa mesej Islam sebagai rahmatal-lil-’aalamin (rahmat ke seluruh alam).

    Bercakap kepada Malaysiakini, Tuan Ibrahim menegaskan, saranan itu dibuat kerana menjangka AMANAH bakal berdepan masalah dalam pembahagian kerusi di kalangan blok pembangkang.

    "Saya sebagaimana orang ramai melihat AMANAH akan berhadapan dengan masalah kerusi mana yang akan ditandingi pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

    "Keadaan ini akan mendedahkan persaingan tiga penjuru sebagaimana dalam pilihan raya kecil (PRK) lalu," tambahnya.

    Bagaimanapun, keadaan akan berlaku sebaliknya jika DAP atau PKR bersedia untuk menyerahkan beberapa kerusi mereka kepada rakan dalam Pakatan Harapan itu, jelas Tuan Ibrahim lagi.

    Jika tidak, sebab itu adalah lebih strategik dan baik untuk AMANAH diserapkan sahaja ke dalam parti pembangkang sedia ada, ujar beliau.

    Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata, negara sebenarnya tidak memerlukan terlalu banyak parti politik dalam blok pembangkang semata mata kerana kecewa atau ingin menjadi pemimpin.

    "Sikap 'tidak boleh bekerja di bawah orang' adalah antara sebab muncul pelbagai parti politik," katanya.

    Dalam pada itu, Tuan Ibrahim turut menegaskan beliau tiada mempunyai masalah untuk bekerja bersama Presiden PAS dan saf kepimpinan parti itu yang ada.

    "Kami sangat bahagia, seronok dgn kemanisan ukuhwah sangat dirasai.

    "Sikap hormat menghormati, berlapang dada dengan perbezaan serta thiqah kepada pimpinan menjadi nadi kekuatan PAS kini," tambahnya.

    ReplyDelete
  28. Bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim menyatakan keraguannya terhadap pakatan pembangkang baru di mana ia turut melibatkan Tun Dr Mahathir Mohamad.


    Beliau berkata, gabungan cadangan itu yang terdiri daripada PKR, DAP, Amanah dan sebuah parti baru yang belum dinamakan, tidak mempunyai prinsip atau perjuangan jelas sebaliknya hanya mahu menggulingkan golongan tertentu dalam kerajaan.



    "Mereka tidak boleh menyelesaikan masalah yang mereka hadapi melalui cara ini. Ini kerana Amanah tidak ada ketetapan pendirian, PKR juga dan DAP juga mempunyai hala tuju yang mungkin ada samanya, tetapi lebih kepada tidak banyak persamaan," katanya dipetik The Star ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Hari Raya, Ahad.



    Khalid berkata demikian sebagai mengulas pengumuman oleh bekas perdana menteri dan presiden Umno tentang rancangan untuk menubuhkan parti baru yang akan bekerjasama dengan PKR, DAP, Amanah, pertubuhan bukan kerajaan dan individu di bawah pakatan pembangkang untuk menjatuhkan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum akan datang.



    Ahli Parlimen bebas Bandar Tun Razak ini berkata, gabungan itu setakat ini tidak menyediakan satu rangka kerja yang jelas bagi rakyat dan penubuhannya hanya dibincangkan antara pemimpin untuk kepentingan pihak tertentu.



    "Mereka hanya berbincang dalam kumpulan mereka tentang bagaimana untuk menjatuhkan orang-orang tertentu.



    "Tidak ada usaha yang jelas untuk menentukan rancangan mereka jika mereka berjaya mencapai sasaran.



    "Saya rasa mereka tidak harmoni. Saya berharap trend politik ini boleh dikurangkan kerana rakyat sudah letih dengan perkembangan politik yang tidak berkesudahan," katanya.



    Ditanya sama ada beliau akan menyertai gabungan itu, Khalid berkata ia tidak mungkin kerana kerjaya politiknya telah berakhir selepas beliau memegang jawatan Menteri Besar Selangor.

    ReplyDelete
  29. Ada beberapa video disertakan, jika anda dengar dan teliti semula kes ini secara hati terbuka. Anda akan tahu 2 orang ini kalau berceramah macam seolah-olah benar walaupun itu adalah FITNAH. Sebab itu saya tak hairan mereka menyerang PAS dalam banyak isu sebenarnya mereka ini ada kepentingan. Isu politik Malaysia harus diteliti dengan maklumat yang benar bukan melalui PERSEPSI.

    Islam mengajar kita berpolitik secara benar dan ikhlas. Elak fitnah yang melanda.. Jangan terperangkap fitnah kepada parti PAS yang telah berlarut hampir bertahun-tahun. Kaji dan teliti PEMBOHONGAN yang YANG NAMPAK BENAR

    ReplyDelete
    Replies
    1. Negara Malaysia mesti di tadbir menurut panduan unsur2 Maqasid al-Syariah, bukannya untuk mementingkan visi Islamis PAS atau politik Arab Saudi.

      Delete
    2. boleh panjang ke biar faham

      Delete
  30. PADA hari ini dalam tahun 1995, PAS telah menolak cadangan Presiden Parti Melayu Semangat 46 (PMS46), Tengku Razaliegh Hamzah (Ku Li) supaya parti pembangkang, termasuk DAP bergabung membentuk satu barisan pembangkang yang kuat untuk menghadapi BN dalam Pilihan Raya Umum Ke-10. Ku Li membuat kenyataan demikian setelah parti-parti pembangkang mengalami kemerosotan dalam Pilihan Raya Umum Kesembilan pada 25 April 1995. Walau bagaimanapun, PAS berpendapat lebih sesuai diadakan persefahaman supaya parti-parti pembangkang tidak bertembung sesama sendiri melalui pengagihan kerusi antara parti.
    Sejak krisis politik yang berlaku kerana pengharaman Umno pada 1988, serpihan Umno yang dipimpin oleh Ku Li telah membentuk PMS46 dan mula mengadakan kerjasama politik dengan parti-parti pembangkang yang lain. Pada mulanya, PAS telah mengambil langkah mendekati serpihan Umno melalui majlis Makan Malam Pemikir Ummah pada 23 Disember 1988 yang diikuti oleh keputusan PAS pada 10 Jun 1990 untuk mempertimbangkan penyertaan PAS dalam Angkatan Perpaduan Ummah (Angkatan). Angkatan adalah sebuah gabungan parti-parti orang Islam yang diinisiatifkan oleh Berjasa pada 1988 dan dianggotai oleh PMS46, Berjasa, Hamim dan Kongres India Muslim Malaysia (Kimma). Untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Kelapan pada 21 Oktober 1990, PAS telah membentuk persefahaman dengan Angkatan. Persefahaman PAS-Angkatan telah berjaya membentuk kerajaan di Kelantan selepas Pilihan Raya Umum 1990.
    Di kalangan parti-parti bukan Melayu, Ku Li yang berusaha menumbangkan BN telah menubuhkan sebuah lagi gabungan pembangkang iaitu Gagasan Rakyat (GR). GR yang dipimpin oleh Ku Li ini dianggotai oleh PMS46, DAP, Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Rakyat Malaysia (PRM), Kimma, Malaysian Solidarity Party (MSP) dan Indian Progressive Party (IPF). Kecuali DAP yang mendapat 20 kerusi Parlimen dan PBS dengan 12 kerusi, parti-parti lain dalam GR telah gagal membuat pencapaian yang memuaskan dalam Pilihan Raya Umum 1990. Menjelang Pilihan Raya Umum 1995, DAP yang menggunakan alasan menolak hudud yang digubal oleh PAS telah menarik diri dari GR pada 25 Januari 1995, yang menyebabkan gabungan ini mulai runtuh.
    Tindakan DAP yang keluar dari GR telah memberi kesan buruk kepada pembangkang, khususnya di Pantai Barat dalam Pilihan Raya Umum 1995. Dalam pilihan raya ini, BN telah berjaya memenangi 162 dari 192 kerusi Parlimen, sedangkan undi popular pembangkang telah merosot kepada 34.8 peratus, ketika mana undi popular BN meningkat sebanyak 16.9 peratus berbanding tahun 1990. Perpecahan GR kemudiannya membawa kepada perebutan jawatan Ketua Pembangkang, sedangkan di Kelantan, PMS46 mulai berkrisis dengan PAS kerana tututan kerusi Exco Kerajaan Negeri. Menyedari keruntuhan pakatan pembangkang ini, Ku Li telah mencadangkan supaya semua parti pembangkang, termasuk DAP membentuk sebuah gabungan pembangkang yang baru. PAS yang tidak senang dengan sikap parti chauvanis seperti DAP yang menentang negara Islam dan perlaksanaan syariat, pada 16 Julai 1995 telah menolak cadangan Ku Li tersebut. PAS sebaliknya mencadangkan supaya pengagihan kerusi dibuat dalam satu persefahaman supaya tidak bertembung sesama sendiri.

    ReplyDelete
  31. Depan kita dia menyamar seperti ulama tapi dibelakang kita dia adalah syaitan bisu yang bersekongkol dengan Najib yang sedang menjahanamkan nama baik Malaysia.

    Bagaimana mungkin pemimpin pembangkang boleh percaya kepada orang yang sebegitu rupa dan masih mengharapkan kerjasama demi mencari kemenangan dalam pilihanraya yang akan datang..?.

    Hanya pemimpin gila sahaja yang mengharapkan tuah dari kerjasama antara mereka dengan parti PIS yang jelas Hadi Awang hanya mahu bekerjasama dan bersetia bersetiakawan dengan UMNO baru sahaja. Yang memberi mereka dedak.

    ReplyDelete
  32. boleh buktikan

    ReplyDelete
  33. – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersedia membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) pindaan Akta 355 di Dewan Rakyat, Oktober ini.




    Menurutnya, usaha untuk mengusulkan RUU itu ke Parlimen sudah lama dilakukan pihaknya.



    “Persediaan usul ini dilakukan sejak 1957 lagi dan banyak hujah kuat telah disediakan. Saya hanya menyambung perjuangan itu.




    “Ini hak orang Islam. Kalau masyarakat bukan Islam ada hak untuk menganut agama masing-masing, maka orang Islam ada hak untuk pertahankan agama mereka,” katanya pada sidang media di majlis himpunan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, malam kelmarin.




    Katanya, pihaknya telah bertemu dengan NGO-NGO Islam di negara ini untuk mendapatkan sokongan.




    “Kita turut berdialog dengan pelbagai pihak, termasuk DAP.




    “Mereka (DAP) telah buat kenyataan untuk tidak bersetuju dengan apa yang cuba kita bawa ke Parlimen. Tapi mereka tidak boleh menghalang kita,” katanya.




    Abdul Hadi berkata, usul yang diketengahkan itu bukanlah tuntutan Pas semata-mata, tetapi keseluruhan umat Islam di negara ini.




    “Ini adalah tanggungjawab orang Islam untuk menaik taraf bidang kuasa mahkamah syariah yang (kini) lebih rendah daripada mahkamah majistret, sedangkan Islam adalah agama rasmi di negara ini,” ujarnya.




    Sebelum ini, timbul beberapa pertikaian membantah perlaksanaan Akta 355 dalam kalangan masyarakat bukan Islam dan segelintir pemimpin Islam.




    Katanya, perlaksanaan Akta 355 hanya akan melibatkan orang Islam.




    “Mahkamah syariah tidak melibatkan orang bukan Islam, jadi mereka tidak perlu menentang.




    “Tapi (yang) lagi pelik (adalah) apabila melihat orang Islam sendiri menentang Akta 355 ini. Mereka (orang Islam) lebih menyokong bukan Islam,” katanya lagi.




    Mei lalu, Hadi telah membentangkan RUU untuk meluluskan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 di Dewan Rakyat.




    Walaupun perkara dibentangkan itu melibatkan pindaan Akta 355 dan bukannya hudud, namun ia sekali gus memberi ruang kepada mahkamah syariah meningkatkan hukuman berbanding sedia ada.




    Buat masa ini, kuasa-kuasa mahkamah syariah terhad kepada menjatuhkan hukuman penjara maksimum tiga tahun, denda RM5,000 dan enam sebatan.




    Abdul Hadi turut mencadangkan usul di bawah peraturan mesyuarat 15(5) dibahaskan pada persidangan Dewan Rakyat akan datang.

    ReplyDelete
  34. Membaca kebanyakan komen di halaman ini, rakyat sudah tahu siapa mereka sebenarnya. Dari kata2 sumpah seranah yang dihamburkan ternyata mereka adalah ahli PAS yang menyimpan dendam kesumat dan lari dari perjuangan asal.

    Kalau nak komen pun biarlah dengan kata2 yang beradab sopan.....Rakyat percaya mereka yang memberi komen dengan kata2 tidak beradab hanya berani secara tulisan sahaja. Tapi untuk berdebat secara bersemuka , belum tentu lagi...

    Kalau pun sudah meninggalkan PAS janganlah ' diberakkan ' tempat meja makan bersama saudara2 Islam anda dahulu !.

    Benarlah kata orang bjak pandai: Kata2 sumpah seranah yang diucapkan adalah menggambar ' penyakit hati ' yang dimiliki oleh orang yang berkata2 itu.

    Terkilat ikan di air orang sudah tahu jantan betinanya kan ?

    ReplyDelete
  35. Pergi mampus Hadi@U-Turn.
    Pergi mampus Ibrahim@Genjatan.
    Pergi mampus Haron@JinLahabau.
    Pergi mampus Abduh@BodonBahlul.
    Pergi mampus Nasaruddin@TontonPorno.
    Paling bagus pergi mampus Pas@Pis.
    Bila sudah mampus senang ditalqinkan.

    ReplyDelete
  36. Kita lihat Ibrahim Man sebagai Timbalan Presiden tiada kuasa, kedudukan atau pengaruh utk keluar apa2 kenyataan bagi Pas.

    Selepas keluar kenyataan 'gencatan senjata', dia ditempelak olih Hadi dan d geng. Selepas tu kilang kabut..ckp tu kenyataan peribadi dan utk tunjuk wala pd Hadi terus menyerang Amanah.

    Gencatan apa bende nya Brahim????? Brahim slalu keluar kenyataan utk menunjukkan dia relevant dlm Pas. Lps tu flip flop setelah disergah olih Hadi. Takiyuddin pun bolih sergah dia.

    Rakyat tak perlu kepo..biarlah siLuncai dgan labu2nya. Biarkan lah Brahim dgn Pas dan Hadinya.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...