Tuesday 12 July 2016

SIAPA PENGKHIANAT - YANG MERAHSIAKAN ATAU YANG MENDEDAHKAN?


Untuk kali ketiganya Salleh Said Keruak bersuara lagi mengenai pendedahan bersiri Laporan Audit 1MDB oleh Sarawak Report, di sebalik semua menteri dan pemimpin UMNO yang lain nampaknya "sudah letih"  untuk terus membela dan mempertahankan syarikat pelaburan paling bermasalah yang dikaitkan secara langsung dengan Najib Razak itu.

Kali pertama bersuara, Salleh meminta polis menyiasat bagaimana kebocoran itu boleh berlaku dan barangkali kerana tidak berapa puas hari disebabkan Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar  mahu menentukan ketulenan laporan itu terlebih dahulu sebelum memulakan penyiasatan, beliau kemudian bersuara untuk kali kedua dengan mengatakan Sarawak Report cuba memperdaya orangramai berhubung pendedahannya itu.

Tidak puas hati lagi,  mungkin kerana Sarawak Report terus menerbitkan tulisannya mengenai laporan audit itu yang boleh dibaca dengan meluas walaupun laman pendedah maklumat itu disekat oleh SKMM, untuk kali yang ketiganya, Salleh menyifatkan pula pendedahan itu berupa suatu pengkhianatan kepada negara.

Dalam hal ini, hampir betullah apabila Sarawak Report memanggil Salleh sebagai "Minister for Fun". 

Bukan saja Sarawak Report, tetapi rasanya rakyat juga turut "terhibur"  dengan telatah dan kelakuannya yang bagaikan "cacing kepanasan" asalkan dapat menunjukkan dirinya sebagai pembela Najib nombor satu.

Salleh seolah-olah gagal melihat kebenaran itu daripada aspek yang yang luas dan menyeluruh. Baginya, asalkan ia dilakukan oleh Najib, semuanya adalah benar dan betul belaka.

Jika diimbas dengan ringkas perjalanan 1MDB, bolehkah kita terbayang  bagaimana sebuah syarikat yang ditubuhkan oleh Najib, kemudian melantik dirinya sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat, diletakkan di bawah Kementerian Kewangan di mana beliau juga sebagai Menteri Kewangan, menjadikan Jho Low sebagai "tangan utama" menguruskan pelaburan, memilih Ahli Lembaga Pengarah dan CEO atas kehendaknya, tiba-tiba terbelenggu dengan hutang bertimbun, mudah ditipu ribu-ribu juta, berbilion ringgit hilang dan tidak dapat disahkan serta berlaku pelbagai masalah lainnya lagi?

Soalnya, apakah dengan cengkaman tangan Najib yang begitu meluas terhadap 1MDB, beliau boleh lepas tangan dan tidak tahu langsung mengenai wang beribu juta yang begitu mudah lesap dan hilang entah ke mana?

Apabila audit dilakukan dan tersingkap beberapa kelemahan yang mungkin mudah difahami ada kaitannya dengan Najib dan Jho Low, maka ia akhirnya diletakkan di bawah Akta Rahsia Rasmi atau OSA.

Bukankah oleh kerana Laporan Audit 1MDB  itu menjadi komponen penting dalam Laporan PAC yang sudah dibentangkan di Parlimen, seharusnya sebaik saja Laporan PAC itu disiapkan, laporan audit tidak perlu lagi menjadi rahsia?

Mengapa setelah Laporan PAC dibentangkan, tetapi Laporan Audit 1MDB masih rahsia?

Apakah banyak lagi fakta-fakta tersembunyi atau pengkhianatan dalam laporan audit itu yang ingin terus disembunyikan daripada pengetahuan rakyat?

Jika tidak ada apa-apa yang hendak disembunyikan, mengapa ia masih diOSAkan?

Sebelum Salleh mengeluarkan kenyataan kali keempatnya untuk terus menunjukkan keunggulannya sebagai satu-satunya menteri yang rajin membela Najib walaupun kata-katanya bukan setakat menjadi sanggahan ramai, malah juga bahan ketawa masyarakat,  siapakah yang mengkhianat sebenarnya - yang cuba mendedahkan pengkhianatan atau mereka yang menyembunyikannya?

Selepas sebulan berpuasa dan ketika berada di atas sejadah, elok juga sesekali Salleh menyoal di kategori mana beliau meletakkan dirinya sekarang ini? (SH 12/07/2016).

52 comments:

  1. Satu masa nanti pihak berkuasa singapura & switzerland tetap akan siasat transaksi meragukan UBS pindahkan duit ke akaun aabar..tembelang pasti pecah. Sanggup ke pihak berkuasa malaysia terima hasil siasatan tersebut??

    ReplyDelete
    Replies
    1. shahbudin..
      its good that u highlight the political issue happening right now n i really appreciate.
      what happening right now. the way i look at it. no action can b taken against najib. he is very strong.
      pls correct me if im wrong. nak harap agong dan raja2 melayu. saya fikir mati hidup balik pun. tak akan belaku.

      Delete
    2. Tulin tak tulin isi laporan, dedahkan la.. pastu buat perbandingan... baru tau betul tak betul... tp penipu klu nak tipu, dok dlm mesjid pun dia selambe badak je...

      Delete
    3. Satu soalan.. skrg 1MDB dok buat apa? Duduk melahu ka? Atau ligat merembat lagi duit rakyat?? Tak ada sapa peduli pun operasinya sekarang.. yg merembat dulu2 tu, sikik je tu .. 26 billion dah kene sebat.. yang mendatang, jangan terkejut pulak, tengah hangat2 taik ayam ni, si Najib dan Rosmah terus ligat merembat seperti biasa..

      Delete
    4. Dengan ada 1MDB lah ekonomi negara dapat dibina dan dibangunkan. Sepatutnya rakyat Malaysia bersyukur dengan pemerintahan DSN sekarang daripada diperintah DAP PKR yang meranapkan ekonomi. Jasa DSN dapat membendung komunis DAP dan Yahudi Nasrani.

      Delete
    5. Non 00.14
      Nak buat lawak agak2 la. Dungu ni ada 14 jenis....salah satu mcm kau buat ni la!

      Delete
    6. ...eh...ada juga yg kepala dah masuk air akibat termakan banyak dedak...

      Delete
    7. Bina hutang negara adalah...apasal 0014 bodoh sgt...mesti mak bpak kau x mandi junub

      Delete
  2. kita rakyat malaysia hanya boleh menyalak sahaja.

    najib amat berkuasa sekarang.tak ada siapa d malaysia boleh menunbangkan beliau.

    kita harus tunggu pilihanraya akan datang. itu pun kalau ada. takut najib akan umumkan darurat.

    sebab kuasa yg ada pada beliau beliau tak perlu rujuk pada agong lagi.

    nak harap pada agong dan raja2 melayu?

    setakat ni kita tak nampak apa2 dari mereka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah nampaknya Ahgong dan raja2 pun menggigil. Polis dan tentera diraja pun dah jadi polis dan tentera dinajib.

      Delete
  3. NK tggu pilihan raya?? bwk msuk bangla dh brape juta? org kg,penoreh getah, peneroka felda & pemakan dedaks tegar bila bg rm500 terus pangkah. ramai lagi melayu bebal kt malaysia ni. sebab tu kite dijajah beratus2 tahun dari bangsa asing. cuba cek balik sjarah, xmustahil klu najib msih memerintah malesie 20 years more. Lgi satu, takut sgt dgn dap & cina meemerintah: bodoh biul org melayu ni. bengong. sakit hati bla dgr nama bijan je mmg sakit sgt hati ni. xleh nk buat ape2 lg ke kita? ape lg yg boleh kite buat? sultan & raja - snyap sunyi. frust..ade srupa mcm xde..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang melayu umno ni bodoh. tapi melayu umno tak boleh terima yang melayu umno ni BODOH

      Delete
  4. saya setujun dgn tuan...nampak nye agong dan raja2 melayu dah tak ada telor. mereka dah tak kesah walaupun mereka tahu najib adalah seorang PENYAMUN.
    setakat ni..rakyat hanya boleh menyalak mcm anjing gila.
    najib dan rosmah senyum aja.
    both of them is having a gala time

    ReplyDelete
    Replies
    1. Raja Melayu dah jadi macam filem Laksamana Do Re Mi tak boleh buat apa2 dengan kejahatan Menteri Fasola.

      Delete
    2. ..kan rakyat yg bayar elaun2 Sultan dan Agong sebanyak RM300k+++ setahun...terimalah shj..dh melayu bodoh. Pi pileh penyamun jadi pemimpin.

      Delete
    3. heran ye...agong dan sultan hanya berdiam diri.
      betul.apa yg sultan johor cakap. sultan dan agong mcm rubber stamp.
      BANGUN AGONG DAN SULTAN2 RAKYAT MEMERLU CAMPUR TANGAN DARI.PIHAK ISTANA. JANGAN GARU TELOR AJE...

      Delete
    4. Republik dah kita ni.....mana ada raja lagi.....
      Kalau ada mesti diorang bersuara sbb elaun tu sapa yg tanggung? Jibon ke?

      Delete
    5. Adakah Agong dan sultan2 akan hanya bersuara bila keadaan negara dah nak hancur? Sekarang masih belum terlambat lagi Agong perlu buat sesuatu menyelamatkan negara sebelum terlewat.

      Delete
  5. Wahai Saleh buangan Sabah
    Menteri apa kah kau bah
    Alasan berbelit selalu berubah
    Cakap semua bagai kan sampah

    Tak ko fikir betul dan benar
    Bos ko khianat membuat onar
    Disaji bukti ko berpinar
    Merapu meroyan tak nampak sinar

    Ingat lah ko masa hadapan
    Jika Allah hendak izinkan
    Kuasa di pegang bertukar tangan
    Ke Sg Buloh bergari lengan..


    ReplyDelete
  6. Kau balik kota Belud pelihara kerbau lg bagus bah. .. lepas tu pergi jual kerbau d Tamu kota belud

    ReplyDelete
    Replies
    1. Malam pula pigi mengamput

      Delete
  7. Look at bigger picture. Adakah kemelut 1mdb suatu coincidence? Perlu diingat bahawa bank2 terkemuka di dunia dikuasai oleh kumpulan Yahudi. Secara peribadi, saya rasa tak mungkin ia akan terjadi tanpa restu mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak.. tak abis2 konspirasi Yahudi.

      Gelilah den...

      Bila lagi awak nak sedar, mengaku kebodohan, kesilapan dan memperkasakan dan memperbaiki diri sendiri..

      Kalau Arab diberkati Tuhan takkanlah mereka berada dalam keadaan yg teruk srjarang ini.

      Dan kalau mereka tidak diberkati Tuhan didunia ini, masakan mereka akan diberkati Tuhan diakhirat kelak?

      Ada telinga dengar, ada mata pandang, takde otak - salahkan orang lain..

      Delete
    2. Alamak!!! Mana yg lebih berkuasa?

      Restu Yahudi ke, atau RESTU restu Allah?

      Delete
    3. tu lah org tua suruh pi sekolah..tak mahu pi. Org cerita lain..kau cerita lain.

      Jlow dgn Najib mula2 tubuh TDC dgn minyak terengganu sebagi cagaran. Nasib baik ada Mat Said yg tolak benda tu.

      Najib & JLOw tubuh 1MDB..sebagai caru nak samun duit rakyat...sekarang RM28billion dh hilang dok angkara Najib & JLOw mengikut Lapuran Audit. Lapuran Audit tu Ambrin yg buat dgn anak bauahnya. Bukan Yahudi yg buat.

      Duit rakyat Msia kena balun olih JLOw dan Najib..kau pulak bangang2 ckp Yahudi..apa ke bangang.

      Aku pun dua kali lima pi layan org yg tak berapa erti mcm kau. Kau ni kes terlalu banyak baca blog Umno dan Utusan.

      Delete
    4. Memang la dapat restu yahudi yang tuanpunya bank asing itu, sebab mereka dapat untung besar, dan perancang penipuan datang dari pihak pemimpin kita, kan dah lupa, "Lu Tolong Gua, Gua Tolong Lu" pihak yahudi faham jua lagi ini.

      Dah banyak berita mengenai skandal ini telah disiarkan, tak kan tak faham lagi, kalau begitu buntu kepala otak kamu, lebih baik diam saja, jangan macam salih kuah itu mempamirkan kebodohan dia kepada jutaan rakyat Malaysia.

      Delete
    5. Kalau Yahudi tak bagi green light, takkanlah Jho Low boleh kelentong dan ambil kesempatan? Betul tak?

      Delete
    6. Terus menerus pakai dua bogeys nak menakutkan pakcik2 dan makcik2 felda; yahudi dan cina.

      Malangnya boomerang x menjadi kerana Apco n Goldman Sach pekat yahudi jadi punahsihat ketat dan kaki sedut express kes 1MDB. Yg satu belah lagi cina gemuk Penang jadi mastermind sedut dan Negara Cina jadi penyelamat angkut semua cheap sale assets 1MDB dari khazanah negara atas nama pelan rasionalisasi 1MDB.

      Nah,cakap apa bergetar2 yahudi dan cina musuh UMNO! Pundek ayam.

      Delete
  8. " aku penyamun di dalam ini negeri, kerja menyamun,merompak dan mencuri, semua ku kebas, ku curi bawak lari..aku pennnyamunn..penyamun!"
    Lagu Dari Filem: Nujum Pak Belalang
    Dinyanyikan dlm Filem oleh dua perompak bernama Nyawa dan Badan (NDB)..

    ReplyDelete
  9. Bencanalah najib dan sallek berok

    ReplyDelete
  10. Kita NYAHkan PENGKIANAT dan talibarutnya dari Negara kita demi generasi masa depan kita..

    ReplyDelete
  11. Salleh tolol ni apa je lagi nak bodek berlebih ni. Dah dapat jadi menteri dah. Aku ingat dia nak bodek kaw2 lagilah. Mungkin kerusi naib presiden kosong dan mungkin jugak boleh jadi DPM. Dia pub tau dalam umno ni org bebal macam dia ni senang naik naik

    ReplyDelete
  12. Komen2 kat blog ni ibarat anjing menyalak bukit. Tiada kesan pun pd Najib Bugis Bangsat tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suruh najib hapuskan dulu akta hasutan baru sembang benda lain. Sebut "dedak" pun silap2 kena tahan. Dictator in the making

      Delete
  13. saleh keluaq kepala takuk baru nampak dunia

    ReplyDelete
  14. Betul ke info ni
    Info..��
    1. Projek Lebuhraya Pantai Timur LPT2. Patut disiapkan di Zaman Tun Mahathir. Diberhentikan kerana PAS menawan Terengganu. Disambung oleh Pak Lah, terhenti kerana kenaikan melambung harga bahan api diesel dan petrol. Berjaya disambung semula dan disiapkan oleh Najib walaupun dikatakan Malaysia mahu bankrup.

    2. Projek Lebuhraya Persisiran Pantai Barat dari Banting, Selangor ke Taiping, Perak sedang giat dilaksanakan.

    3. Projek Lebuhraya Pan Borneo 1000 km lebih tanpa Tol sedang giat di bina.

    4. Terminal Bus Selatan mengantikan Terminal Bus Puduraya yang cukup moden dan sistematik. Ini menggantikan projek Plaza Rakyat yang dihentikan sejak zaman Mahathir kerana bencana ekonomi 1998 dan sekarang dalam proses dipulihkan oleh kerajaan Najib.

    5. KLIA 2 siap walaupun dituduh Malaysia tiada wang.

    6. LRT 2 siap dan sudah beroperasi walaupun di tuduh Malaysia akan Bankrup.

    7. Pembinaan Menara Tertinggi di Malaysia iaitu KL 118 sedang berjalan.

    8. Projek Bandar Moden Malaysia dan TRX termasuk keretapi laju dari Kuala Lumpur ke Singapura.

    9. Kelulusan pembinaan Lebuhraya dari Terengganu ke Kelantan.

    10. Kelulusan projek keretapi Laju dari Kuala Lumpur ke Pahang ke Terengganu dan Kelantan yang menelan kos kira kira 70 billion.

    11. BRIM pun rakyat dapat.
    12. 840 mangsa banjir dapat rumah percuma.
    13. Banyak pembinaan cawangan cawangan UITM yang baru.
    14. Banyak pembinaan MRSM yang baru.
    15. Bandar Universiti Pagoh yang terdiri daripada 4 buah universiti.
    16. Apartment baru untuk polis, dulu cuma rumah flat sahaja.
    17. Banyak Hospital, Pusat Kesihatan dan Klinik 1 Malaysia yang baru.

    18. Kenaikan gaji minimun kepada RM 900.00, pencen tentera, skala gaji kakitangan awam.

    19. Penstrukturan semula Malaysia Airlines System daripada terus menanggung rugi berbillion ringgit.

    20. Baucer buku pelajar kolej dan universiti swasta dan kerajaan RM 250.00 setahun.

    21. Menghapuskan beban subsidi berbillion ringgit oleh kerajaan terhadap proton melalui penswastaan.

    22. Menghapuskan subsidi IPP berbillion ringgit kepada syarikat syarikat besar.

    23. Rumah percuma bagi rakyat miskin bernilai RM 25,000 ke RM 30,000.

    24. Rumah mesra rakyat RM 60,000 dengan bayaran bulanan sekitar RM 200.

    25. Perumahan Prima.

    26. Membantu penstrukturan semula pengurusan air Kelantan yang dah berpuluh tahun mengalami masalah.

    27. Lebuhraya baru Kuala Lumpur ke Kota Bharu Kelantan melalui Merapoh Pahang sedang giat berjalan.

    28. Keratapi laju Kuala Lumpur ke Ipoh ke Padang Besar, Perlis dah siap beroperasi.

    29. MRT line 1 dah nak operasi, MRT line 2 dan LRT line 3 dah nak mula pembinaan.

    30. Bangunan Signature tower di TRX setinggi KLCC yang sedang dalam pembinaan dan dijangka siap tahun 2018.

    Kejayaan Najib Razak yang perlu kita "acknowledge", bukan menanam kebencian pada setiap kebaikan yang dibuat Kerajaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tambah no 31). Berjaya melesapkan wang rakyat yg setengah nya singgah d akaun peribadi nya. yg habuan rosmah n anak lelaki nya kita belum tahu.

      ini lah kejayaan terbesar najib. tun m pun tabik spring.

      Delete
    2. Sebagai pemimpin, integriti amat penting. Pembangunan akan dibuat oleh sesiapa shj yang memerintah.
      Nasib baik Tok Jib "tak" permainkan kamu atau keluarga secara langsung dan sebab itu kau tak sedar betapa jahatnya Tok Jib. Kasihan melihat kau ni ... dah dipermainkan masih dok mengAGUNGkan manusia yang mempermainkan kau.

      Delete
  15. Tetiba tersembur muntah DAP. Keluar habis isi perut yang busuk. Khabarnya, Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Dr. P. Ramasamy kata DAP kaji untuk buat PRN mengejut. Konon nak ukur sokongan rakyat pada Lim Guan Eng atas dakwaan rasuah. Juga kunun-kunun sebagai anda protes. Inilah perangai DAP yang mudah dibaca kalau diteliti.


    DAP tahu PRN bukan mahkamah yag boleh memberi keadilan kepada LGE. Tak ada kerajaan dunia buat pilihanraya untuk menyucikan seseorang pemimpin. Sekolot-kolot Papua New Guinea pun tak terfikir politik ala-DAP. Habis boleh korang baca niat DAP?

    Bukankah DAP mencari ‘political mileage’ dari isu rasuah LGE? DAP sudah buat roadshow di Pulau Pinang. DAP telah jual konon LGE jadi mangsa pendakwaan politik. Dah jadi kes mahkamah tapi DAP begitu berani membicarakan di khalayak. Nampak sangat DAP cuba mengaut simpati masyarakat khususnya masyarakat Cina.

    DAP dah nampak bahawa pada PRU14 nanti, dia akan kalah. LGE akan terkangkang di dalam sel sempit. Sebahagian undi Cina terbukti telah beralih kepada BN. Sokongan Melayu tiada harapan lagi kecuali dari Mat Sabu dan Mujahid dengan ahli PAN yang berdaftar seramai berbelas orang itu. Maka untuk mengelak petaka itu, dicari idea untuk buat PRN awal.

    Masa inilah DAP rasa cukup sesuai. Konon masyarakat Cina sedang menangis dan bersimpati pada LGE. Mereka bersolidariti. Roadshow mesti diteruskan agar momentum berkekalan hingga PRN mengejut itu. Akhirnya mudahlah DAP memukat undi. Kotor bukan?

    Nanti ditambah dengan RUU Mahkamah Syariah pada Oktober. Satu lagi modal DAP untuk mengaut 100% undi masyarakat Cina dan bukan muslim. Jaja fitnah dalam Roket. Jaja fitnah dalam Malaysiakini. Manipulasi isu dalam akhbar Cina. Wah, lagi banyak DAP dapat undi simpati. Kunun dengan itu, DAP boleh menang besar. Kunun DAP boleh ajar BN. DAP boleh ajar sama PAS. PAN tentu ketawa besar.

    Kalau begitulah cara DAP berpolitik, silakan. Kamu merancang. Allah juga merancang. Sedangkan Allah adalah sebaik-baik perancang.

    Motif tulisanku adalah untuk mengajak jentera, pemimpin, ahli dan penyokong PAS bersedia dengan permainan kotor ini. Mereka nak buat kejutan. Ada kita terkejut?

    ReplyDelete
  16. S.K. the Crazy Lazy on a hot tin roof

    https://www.youtube.com/watch?v=AJfAmRHi3Bg

    ReplyDelete
  17. Org yg menyurukkan keburukan 1mdb itu adalah prnghianat negara termasuk juga org yg menyalahgunakan duit 1mdb lebih buruk dari penyamun kerana penyamun tak ambil duit rakyat fikir2kanlah

    ReplyDelete
  18. Org yg menyurukkan keburukan 1mdb itu adalah prnghianat negara termasuk juga org yg menyalahgunakan duit 1mdb lebih buruk dari penyamun kerana penyamun tak ambil duit rakyat fikir2kanlah

    ReplyDelete
  19. what can everyone says.......Najib is the best...still the best..tell me who is able to bring him down...since he is the best so far....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Only the rakyat can bring him down.Fullstop.

      Delete
    2. most of the rakyat(MALAY) simply soo stupid. I'm malay myself. Sometimes this race leave me speechless..mind you - i am Malay myself.

      Delete
  20. DAP mungkin akan beroleh undi simpati jika mengadakan pilihan raya tergempar dan memaparkan Ketua Menteri Pulau Pinang sebagai mangsa pendakwaan politik.

    Bagaimanapun, adakah langkah itu benar-benar akan berjaya dan tidak tempang?

    Pengarah Institut Asia, Universiti Tasmania James Chin berkata, pilihan raya mengejut boleh mendorong kemarahan pengundi menolak BN, kecuali di kalangan pengundi tegar Umno.

    Pengarah Eksekutif t Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas) Wan Saiful Wan Jan pula berkata mungkin terdapat sedikit manfaat.

    Bagaimanapun, bagaimana jika BN melakukan perkara sama jika terdapat pemimpinnya diheret ke mahkamah?

    “Daripada aspek moral, DAP dan Pakatan Harapan, secara keseluruhan, akan sangat sedih jika Umno atau BN buat perkara sama jika seseorang pemimpin mereka disiasat pihak berkuasa,” katanya.
    Bagaimanapun, apa yang terjadi, kata Wan Saiful lagi, pendakwaan terhadap Lim tetap akan berlangsung seperti biasa.

    Sementara itu, Ketua kluster politik, keselamatan dan antarabangsa Majlis Profesor Negara (MPN) Mohamed Mustafa Ishak pula memberi amaran bahaya mencampuradukkan politik dengan proses kehakiman.

    Membandingkan dengan pengalaman Tun Abdullah Ahmad Badawi sebelum ini, Mustafa berkata bekas perdana menteri itu telah membuat kesilapan dengan mengadakan pilihan raya mengejut pada 2008.

    Kata Mustafa, ketika itu, beliau masih gagal memenuhi janji dan menyebabkan BN hampir tumbang.

    “Kerana, di akhirnya, rakyat akan menghakimi berdasarkan janji-janji mereka,” katanya.

    Pada 2008, BN hilang penguasaan dua pertiga dalam parlimen buat kali pertama dan gagal di tempat negeri – Kelantan, Perak, Selangor dan Pulau Pinang.

    Sementara itu, Mustafa berkata, Jika pilihan raya mengejut dibuat, DAP Pulau Pinang akan berdepan seluruh jentera kerajaan, berbeza dengan keadaan dalam pilihan raya umum.

    BN juga mempunyai kelebihan susulan tiada lagi kerjasama DAP dan PKR bersama PAS – parti pembangkang berpengalaman.

    Sementara itu, pengendali tinjauan awam Ibrahim Suffian berkata pengundi lebih berminat terhadap persoalan dasar, bukan kelangsungan politik Lim.

    “Pengundi sudah semakin menuntut (apa yang mereka mahu), lebih canggih,” katanya.

    Lim sedang berdepan dua pertuduhan rasuah di mahkamah.

    DAP dan penyokongnya bagaimanapun mendakwa terdapat helah politik untuk mengalihkan perhatian daripada dakwaan skandal perdana menteri.
    DAP negeri pula sedang mempertimbang untuk mengadakan sebuah pilihan raya mengejut.

    ReplyDelete
  21. Salleh Said Kruak

    Umpama burung wak wak yang berkeruak di balik semak
    Ingin berkokok seperti ayam jantan

    malangnya kokok mu hanya jadi bahan tawa sahaja

    ko tetap burung wak wak...kruaaak!...kruaaak!

    ReplyDelete
  22. Tidak ada peruntukan samada dlm Perlembagaan Persekutuan( Fasal 105-107 berkenaan Ketua Odit Negara) dan juga Akta Audit 1957 supaya lapuran Audit dikelasifikasi sebagai OSA. Ia harus dibentang utk makluman umum diParlimen.

    soalan: siapa yg OSA lapuran odit yg mengandungi maklumat dan lapuran jenayah penipuan, salahguna kuasa dan perompakan wang rakyat. Kalau Cabinet RM2.6billion, semua anggota kabinet telah melakukan kesalahan jenayah melindungi Najib dari disiasat dan didakwa kerana menyamun dan merompak 1MDB.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua ahli kabinet, perlu didakwa!

      Delete
  23. Kalau Salleh menguak banyak banyak pun, susah nak ambik tindakan atas apa yang di katakan membocorkan rahsia Laporan Odit TS Ambrin.

    Dulu Ambrin ada kata bahawa bila Laporan nya dah di kemukakan ke PAC Parlimen, dah jadi public document, tak rahsia lagi.

    Kita tak usah kisahkan sangat Said Keruak. Dia di lantik Menteri ha nya sebab dia selalu bising di blog nya mengampu Najib.

    Takda dengor pun kenyataan nya bahawa Laporan Ambrin tu status nya Rahsia dan sebab sebab menjustifikasi nya yang boleh di terima.

    Pahal pun, KPN TS Khalid sendiri kata dia pun belom pasti status Laporan itu, nak tanya Ambrin. Hingga Dato Kadir Jassin jenakakan kmungkinan Ambrin akan kata dia tak boleh cakap, sebab Rahsia!

    ReplyDelete
  24. kalau tidak ada salah laku dalam 1mdb
    tentu macam lain yang disembahkan pada awam
    tengok ni tengok tu semua dokumen lengkap ikut aturan apa lagi yang tak kena
    orang orang yang terlibat akan dipanggil bagi
    ketereangan
    ni ada yang lari atau dilarikan samapai sekarang
    tak jumpa jumap lagi
    macam mana tak jumap bukankah negara ni ada ajensi risikan terhebat didunia
    inilah musibah yang yang sedang melanda
    Innalillahhiwaroji'un

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...