Friday 29 July 2016

NAJIB TAK FAHAM ATAU CUBA NAK PERDAYA MAKCIK FELDA?


Agak menjengkelkan mendengar reaksi terbaru Najib Razak mengenai saman sivil yang dibuat oleh Jabatan Kehakiman AS untuk menyita harta-harta bernilai RM4,000 juta yang dipercayai berasal daripada dana 1MDB yang telah dilencongkan.

Setelah reaksi pertamanya menyatakan kerajaan sedia memberi kerjasama berhubung saman sivil itu dan kemudian mahukan semua yang dinamakan, termasuk anak tirinya Riza Aziz, membersihkan nama masing-masing, kali ini Najib menyatakan 1MDB tidak terlibat dalam tindakan yang dilakukan oleh Jabatan Kehakiman AS itu.

Katanya, 1MDB tidak mempunyai kaitan dengan saman sivil itu memandangkan syarikat pelaburan strategik kerajaan itu tidak dinamakan sama sekali.

Dalam saman tersebut, 1MDB tidak dinamakan. Jadi, secara langsungnya 1MDB tidak terlibat, katanya selepas mempengerusikan mesyuarat MT UMNO.

Tambah Najib lagi, saman tersebut juga tidak menyebut 1MDB mempunyai aset di AS, selain tidak mengambil pandangan mana-mana daripada 1MDB atau pun pihak berkuasa di Malaysia.
Apa yang Najib cuba gambarkan kepada rakyat dengan reaksinya yang sedemikian rupa itu?

Adakah Najib mahu menggambarkan 1MDB tidak bersalah dan AS sebenarnya yang salah?

Adakah Najib tidak faham mengenai tindakan Jabatan Kehakiman AS itu atau ini satu lagi percubaan untuk memperdaya pakcik kampung dan makcik Felda tentang putih bersihnya 1MDB itu?

Dalam kes saman sivil tersebut, adalah jelas disebut harta-harta itu mahu disita kerana kerana ia dipercayai dibeli dengan menggunakan wang 1MDB yang dilencongkan. Harta-harta bernilai RM4,000 juta itu dibeli sebagai kaedah mencuci wang haram atau penggubahan wang daripada 1MDB yang pihak AS dapat kesan berjumlah RM14,000 juta atau AS$3.5 bilion.

Empat pemilik harta yang disebut itu ialah Jho Low, Riza Aziz, Khadem Al-Qubaisi dan Mohamed Al-Badawy.

Dalam hal ini, memanglah nama 1MDB tidak disebut dalam saman sivil yang difailkan kerana 1MDB adalah mangsa kecurian. Apabila mahu menyita harta, yang dinamakan sudah tentu yang disyaki pencurinya, bukan pihak yang kena curi. 

Mereka yang dipercayai mencuri duit 1MDB itulah yang membeli harta-harta, membuat filem, berjudi dan sebagainya dengan wang tersebut. Oleh itu, siapa pun faham 1MDB memang tiada harta di AS, tetapi daripada wang 1MDB yang dicuri itulah mereka membeli pelbagai harta.

Tetapi adakah 1MDB tidak terlibat?

Jangan lupa, dalam kenyataan Peguam Negara AS , Loretta Lynnh itu juga beliau menyebut tentang komplot mencuri wang 1MDB dan ia didakwa dilakukan berkali-kali.

Apabila disebut komplot, bermakna ada pakatan tertentu yang dilakukan melibatkan pihak-pihak dalam 1MDB sendiri untuk menjayakan pencurian wang  itu. Sebab itu, pihak AS mengesan wang yang dicuri ialah sebanyak AS$3.5 bilion atau RM14,000 juta manakala Laporan Audit pula mengesan jumlah pengaliran wang yang tidak dapat disahkan berjumlah AS$7 bilion atau RM28,000 juta.

Bermakna, adalah tidak tepat untuk Najib mengatakan 1MDB tidak terlibat dalam saman Jabatan Kehakiman AS itu. Lagi pun, ini baru peringkat permulaan, selepas saman sivil dilakukan dan harta-harta dapat disita bagi mengelakkan mereka yang disebut namanya itu mencairkan harta-harta tersebut, ia pasti akan disusuli dengan saman jenayah akhirnya.

Hakikatnya, bukan 1MDB tidak terlibat dalam tindakan Jabatan Kehakiman itu, bahkan 1MDB adalah punca segala-galanya. Melalui 1MDBlah munculnya Jho Low dan kemudiannya wujud pula PetroSaudi, IPIC, Khadem, Mohamed Al-Badawy, Riza Aziz dan pelbagai nama yang lain.

Dalam maklumat Jabatan Kehakiman AS dan FBI itu juga mereka mempunyai maklumat bahawa Malaysian Official 1 turut menerima wang yang dipercayai bersumberkan 1MDB dengan jumlah keseluruhan sebanyak AS$731 juta atau lebih RM3,000 juta yang dimasukkan ke akaun peribadinya di Ambank.

Maka, berhentilah cuba menyucikan 1MDB dengan mengatakan ia tidak terlibat dan tidak mempunyai aset di AS. 1MDB adalah punca segala masalah yang sedang berlaku ini.

Tanpa 1MDB,  tiadalah kita kenal kleptokrasi. (SH 29/07/2016).

51 comments:

  1. Sebrnarnya ramai orang naik pening dengan perangai siNajib ni, apa tidaknya dia boleh buat sadin degan kes yang seberat itu....saya rasa dia ni dah jadi nanar dah ,dah jadi bodo tak tahu nak buat apa dah!!!....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Najib dah mula buang tebiat. Aku tak terperanjat ..kalau esok lusa dia dah mula cakap sorang2..jadi biol.

      Delete
    2. seluruh rakyat malaysia tahu najib cuba nak MENIPU
      najib ingat seluruh rakyat malaysia ni bodoh ke?
      sekarang seluruh rakyat malaysia sedang mununggu tidakan pihak berkuasa amerika.
      NAJIB U CAN SAY WHATEVER U WANT. WE KNOW U ARE IN BIG SHIT NOW.

      Delete
    3. This comment has been removed by the author.

      Delete
    4. Sila baca posting berikut sekiranya nak buat darah lagi mendidih kat Najib dan geng penyamunnya (terutamanya the "babifaced" young man bernama Jho Low)

      https://www.theguardian.com/world/2016/jul/28/1mdb-inside-story-worlds-biggest-financial-scandal-malaysia

      Delete
    5. Ini dinamakan kreatif. Banyak org xtau dan xbelajar hal laporan kreatif, penulisan kreatif dan creative press conference. Kreatif ni bermaksud menipu. Kene berlatih dgn intensif utk menipu ni sebenarnya. Mcm Jackie Chan buat satu scene akrobatik dan somersault la. Berpuluh2 scene yg x jadi, diedit dan digabungkan supaya nampak smooth.ja. Walhal bukan senang nak buat aksi perfect gitu hatta pemenang pingat olimpik sekalipun.

      Mcm ni la CEO2 dan pegawai bank bercakap hal keuntungan kerugian saham dan pelaburan. Duit dah hilang dirembat dan kena sebat, tapi dlm masa yg sama, hati pelabur yg terus ketagih melabur mcm org main judi perlu dijaga sbb nak korek lagi sakibaki duit yg mereka ada utk terus melabur. Walaupun kalah sampai berbogel sekalipun, tetap dia payah nak hentikan tabiat ketagihan berjudi.

      Menipu adalah satu kerja seni dan bakat. Tak ramai ada kebolehan begini.

      Delete
    6. Bagi pembaca blog ini yg beragama ISLAM, sudah tiba masa nya KITA SAMA SAMA buat solat hajat memohon ALLAH beri petunjuk dan selamatkan NEGARA KITA.

      Delete
  2. Najib cuba berhelah,sementara apa yg boleh di lakukan. Mana tau kot2 boleh, nak kowtim la tu. Dia bukan robot langsung tak de perasaan. Sanggup ke bapak tiri tengok riza kantoi? Tentu tidak.....

    Takkan lah beliau tak rasa cemas sikit pun.MUSTAHIL. Tekanan bukan dari DOJ...tapi dari semah,anak dia yg kantoi tu! Tapi biasalah,nak kekal kuasa terpaksa bermuka sardin cap ayam.

    Tapi jika di tengok betul2,riak mukanya tak sama mcm dlm kapal mewah tu dah! Dah mcm muka sardin bengong. Perhati betul2. Senyum pun sumbing jugak. Pasal dia tau,lambat laun tetap akan sampai bala hasil sumpahan rakyat yg di zalim kan nya. Janji Allah PASTI beb! Masanya jadi penentu. Mana tau kat rumah mlm2 tension bagai nak gila,kan? Dia bukan takut kat sapa2 pun,cuma takut kat bayang2 sendiri. Mcm2 ada dlm 1mdb ni beb! Ibarat dlm kes ada kes. Hari ni timbul pulak cik justo punya cerita. Adussss.....makan ubat lagi la nampaknya!

    Cuma nampaknya negara langsung tak di tadbir dah. Asyik nak lari dari press dan nak menjawab kes2 beliau lagi. Jadi ramailah mangkuk2 ambil kesempatan. Ni yg jadi masalah besar sebenarnya. Hal dia terpalit kpd rakyat. Takkan kita nak sama2 pikul kot? Sbb tu dia kena diturunkan,walau apa cara sekali pun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tepat sekali. Setuju 100%.

      Delete
  3. Najib memang semakin ketara tak warasnya, boleh dikatakan pemimpin yang gila, tetapi makcik pakcik felda dan org kampong masih boleh kena kelentong. Takda ka usaha org melayu kita nak capai makcik pakcik kat kampong ini utk terangkan betul-betul pada mrk agar tdk terus ditipu Najib?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya setuju dgn tuan
      saya harap parti pembankang beri ceramah setiap pelusuk kampung dan penjelasan pada pakcik2 dan makcik
      ayoh parti pembankang

      Delete
  4. Kita jangan setakat cakap je kat media internet ni. Kita mesti cari cara tolong kelompok yg tidak membaca di media internet supaya mrk faham isu 1MDB. Mrk tak faham apa itu kleptokrasi. Sebab itu makcik pakcik org kampong senang ditipu Najib. Duit TH depa pun turut kena songlap beli tanah 1MDB. Tapi mrk tak tahu. Kesian depa. Kita mesti bantu bro Shah.

    ReplyDelete
  5. saya pernah mendoakan kejayaan nya dlm memimpin kerajaan n berharap sungguh bahawa dia akan berjaya.

    sungguh pun saya mengenali/mengetahui pernagai Rosmah, saya ketika itu mempunyai keyakinan bahawa Najib bolih mengawal nya.

    saya silap dlm kesemua andaian yg tlh saya buat.

    dalam masa setahun ini hormat saya terhadap nya sudah hilang sama sekali.

    saya amat kecewa sekali dgn kesemua ahli MKT. tak kan lah tiada seorang pun berani merayu kpd Najib utk bercakap dgn benar n berterus terang.

    jawapan yg tak masuk akal yg d beri olih Najib juga mengambarkan/mencerminkan betapa dayus n penakut nya mereka2 ini.

    mulut saya sudah kelu n tangan saya sudah letih utk memberi apa2 komentar lagi. SEDIH SEKALI.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang semua mt umno dayus. nak buka mulut takut kena pecat. mau tak mau sokong aje lah. namti shoru pun mis

      Delete
    2. Dalam UMNO Najib, bila:

      1. bukak mulut - kena pecat

      2. berdiam diri - selamat

      3. kuat bodek - naik pangkat

      Delete
  6. Nak harap MKT bertindak ke atas PM, janganlah... Buang masa saja. Lebih baik sambil kita beri kucing kita makan daging, ikan atau dedak kita perhatikan bila dia nak tumbuh tanduk. Fikir-fikirkanlah...

    ReplyDelete
  7. Taktik sardin.Statement dibuat supaya rakyat terlupa dan tidak mendesak menyiasat siapa sebenarnya MO1.Tindakan bini semoh sebagai pelengkap kepada tuduhan konspirasi 3 tan sri oleh pemuda umngok.umpama dimana ada bau taik disitulah ada taik.

    Apa pun mereka buat tiada satu pun yang menjurus kepada fakta oleh DOJ.Kalau berani siasatlah siapa MO1.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tiada guna kita beri pendapat disini, tiada guna kita bertengkar,kita orang muslim bukan? Negara kita sudah tenat sangat, marilah kita buat solat hajat untuk selamatkan negara kita. Sudah tiba masa kita memohon pertolongan Allah...

      Delete
  8. Lps ni ramaila yg ikut cara ni... songlap duit,beli harta luar negara... transfer duit dari luar lps tu masuk balik dlm malaysia...

    ReplyDelete
  9. Agung buat ape?. Makan tanggung berak cangkung?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dgn agung dan majlis raja2 pun aku dah meluat sekarang

      Delete
    2. raja2 melayu dah hilang krebiliti. tak boleh harap langsung.
      bukan kamu aje meluat. seluruh rakyat malaysia dah meluat.

      Delete
  10. Agubg tiada fungsi
    Rakyat ada kuasa
    Bantahan rakyat
    Tuntutan rakyat
    Rakyat miskin ditindas


    Menteri sedap2 duk goyang kaki
    Mana yeak rakyat malaysia?

    Lena di suap brim dan rasuah

    ReplyDelete
  11. Negara rasuah
    Rakyat dalam penjara boneka

    Melayu cucuk hidung

    Melayu hamba politik

    Menteri duk senang lenang

    Rakyat gelandangan
    Kos hidup melampau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pemerhati babi30 July 2016 at 15:32

      Lepas isu najib ni berakhir, aku taknak halalkan diri aku terlibat dlm apa jua urusan dgn istana atau agong.
      Tuaku2 boneka semata bukan penyelamat rakyat yg sebenarnya.
      Tiada lg laungan daulat tuanku yg kluar dr mulut aku. Tak bermakna langsung bila payung negara aku takboleh diharap.
      Kecewa benar aku.

      Delete
  12. Krisis keberhutangan 1MDB menerusi Pelaburan keatas syarikat yang dilantik utk bekerjasama tetapi tiada menjadi hasil. Duit perlaburan itu 'hilang' setelah akaun penerima buat perpindahan keakaun lain dan keakaun lain... secara sindiket penipuan dan 1MDB seperti hanya memegang geran perniagaan yg bernilai kertas shj.sementara bendanya tidak kelihatan.
    Pendek kata pengerusi 1MDB yg seadanya cuba beritahu 1MDB telah ditipu dan kononnya beliau tiada kesedaran sebenarnya wang itu telah diselewengkan.


    Lebih hebat lagi pabila dalam waktu yang sama berbiliun duit masuk ke akaun peribadi PM AG bantu istihar wang tu adalah duit derma.

    Bila anak tiri pulak tetiba berkemampuan beli aset hartanah di Amerika FBI siasat dan DOJ pun buatle forensic sehingga datang ke Malaysia.

    Sebab itu ayat perkataan tidak terlibat digunakan.... lebih efisen supaya rakyat percaya.

    Yang menjadikan kita terkedu bila paper beritahu pengakuan Riza Aziz telah menerima hadiah bernilai ratusan juta dollar Amerika.....

    Jadi tang derma dan hadiah tu rakyat jadi tuntantungtang sehingga tak abis air liur bercakap sampai bila-bila.

    Itu belum masuk bab cerita Jho Low lagi!

    ReplyDelete
  13. Ali ada duit seribu dlm wallet pg td..budin nampak wallet ali tebal..ali pakai 700 bayor duit keta,budin tak nampak..ptg budin nampak wallet ali kempis,budin pi buat polis report kata duit ali ilang..polis kontek ali siasat,ali pelik napa kena siasat sdangkan tak pernah buat report polis duit ilang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni nak bgtau ler ...1mdb pun tak buat report polis....yer.....Ko ni lain kali cuba cerdik sikit........aku nak tanya ko Ali ni pencuri ke? ...nak tau apa bezanya ngan 1mdb.....Imdb adalah diterajui pencuri ( MO1 najib razak sbg ketua penyamun) ..tu sbbb 1mdb x buat report polis.....dah ketua penyamun tak benarkan........kang aku kata bodoh kang...marah......

      Delete
    2. Apa punya cite bodoh le kau anon 8.12 ,Duit ali duit ali le punye,ini duit 1MDB kau ingat Najib dan mak pak dia punye ke bahalol ,1MDB duit jaminan kerajaan tak leh guna macam najib dan roamah punye bahalolllllll.

      Delete
    3. Sombong, bangang, tamak, khianat ... kini dia telah mencapai tahap haramjadah antarabangsa ... betul2 terjadi Nothing2Hide - terbongkar sedunia seluar dalam jibgor dan rosmah.

      Delete
    4. APa ler bahlol 8.49......Dah terang2 duit masuk dlam akaun najib ler bangang bodoh nak mampus......Duir SRC pun dia songlap ...duit 1mdb pun dia songlap.....ko tunggu jer nanti kebenarannya....aku akan simpan ko punya komen ni........jgn jd tahap bahlol sehingga makan taik najib atau diberi makan babi pun sanggup.......ko ckp aku bahlol so aku pun bleh ckp ko bahlol........tahap makan najis najib n rosmah....

      Delete
    5. Anon 0725 ni berasal dari Felda. Maafkan dia.

      Delete
    6. Ha ha ha,masih gak nak menang..tak mengapa lah..tp camne tu besok klu btul ali salah takpelah,tp klu ikut jalan crita mcm ke arah takda kes..bley ke pihak budin sengal terima nanti ? Adakah takbir obama atau fbi dibeli najib akan kedengaran ?

      Delete
    7. Ya lah anon sembilan sembilan belas, malangnya itu yg di gelarkan murshit Ah Wang tak ajarkan ahjibgor pasal sifat2 manusia yang terpuji? Maka dua tokoh merah jambu itu bila diorang bertalaqqi dia buat kongsi apa agaknya ya?

      Delete
  14. Hanya binatang saja yg boleh faham cakap ketuanya kafir harbi pun tak berbohong dan menipu macam itu mereka lebih baik dan berhemah dari org islam penipu dan pembohong

    ReplyDelete
  15. Hanya binatang saja yg boleh faham cakap ketuanya kafir harbi pun tak berbohong dan menipu macam itu mereka lebih baik dan berhemah dari org islam penipu dan pembohong

    ReplyDelete
  16. Najib adalah sama kategori atau lebeh teruk dari Bentong Kali dan Botak Chin. 2 orang penjenayah yg bagitu 'infamous'. Tanya Bentong Kali..dia pun tak mengaku ada bunuh orang.

    Memang betul. Najib cuba perdaya MakCik Felda. Org yg tahu dan bagitu juga DoJ and FBI tahu, harta yg disita tu adalah harta Najib & Rosmah yg didaftar atas nama Riza.

    tu fasl yg meroayan adalah Najib & Rosmah. Riza nampak relak shj dlm isu penyitaan harta2. Bukan harta dia. Munkin dia nervous dlm bab FBI akan dakwa dia kerana bersubahat dlm money laundering.

    ReplyDelete
  17. Manusia paling hina, takde perasaan bersalah sikit pun.boleh menipu terang2an.selamba aje. Menteri2 pun sama baghal.hina. boleh lelap tidur ke?
    Walaupun FBI Amerika tu dikatakan kafir, FBI merupakan agensi siasatan terbesar dunia, canggih dan professional. Malaysia pun hantar pegawai2nya untuk latihan & kerjasama disana. Aleh2 bila siasatan FBI merumus kepada ini, pihak kita tak boleh terima pulak. Masih nak sokong si lahanat tu. Rakyat saja lah Yg boleh menghukum!

    ReplyDelete
  18. Najib skrg bilang hari je, satu dunia dah tahu tembelang 1MDB menyalah guna wang negara sendiri, Amerika sedang mengepalai usaha banteras pemimpin yg merosak sistem ekonomi dlm negara perjuang demokrasi....tunggu lah tindakan lanjut

    ReplyDelete
  19. Bro Budin dah banyak sesawang yg kena gam last sekali pagi tadi gua nak jenguk blog din kurakura ori dah tertempek gam,yg lain outsyed the box,rakyat marhaen mountheweller dan banyak lagi dah kena gam tak bole masyuk gua ingat blog bro budin pun xlama lagi kuut yg tinggal nanti semua blog BN, so rugi nanti tak dapat berita dan hujah yg betul,sedih gua tenguk dlm ini negeri org cerdik cakap semua tak boley.Harap bro budin istikomah memperkatakan yg betul.

    ReplyDelete
  20. BAGUSlah Najib mengaku DIA dan 1MDBa tak terlibat dalam saman DoJ. Jadi, dia tak bolehlah nak tuntut asset yang disita bernilai USD 1 billion+++ itu.
    Mungkin Najib sudahmula diserang penyakit alzheimer sebab simpton penyakit ini ialah LUPA. Tak lama lagi Najib akan pakai lampin pakai buang tak ingat satu benda. Senyum kosong dibibirnya. Umornya dah 63 going on 64. Dia & penyokongnya selalu menghina Tun Mhadir sudah nyanyok, tidak sedar senjata makan tuan!

    ReplyDelete
  21. najib....anggap melayu semuanya bodoh..senang ditipu hidup2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salah tu. Najib ingat kebodohan dia tu mampu tipu melayu yg cerdik ni. Rupanya tak jalan jugak. Cuba renung,berapa banyak akal yg dia cuba pakai,semua tak jalan kan?
      Tunggu masa nak kiok la tu. Dia dah mcm nak kena parkinson dah. Tak pun buang tebiat!
      Sikit hari lagi melepek la tu.

      Delete
  22. Si Najib ni semuanya tak salah pada pendapatnya.Dia dah hilang kewarasan.Sebab tu dia nak sepak Tun.Cara dia berfikir pun dah karut.Jadi aku andaikan 1MDB tu umpama kote Najib yang sangat panjang (dia sendiri pernah cerita di PAU kisah orang Pahang semuanya besar2),dan dia masukkan kote dia dalam lubang dubur sendiri.Kira dia liwat diri sendiri lah tu.Maka,...oleh sebab itulah dia merasakan tidak ada kesalahan,kehilangan dan penipuan yang berlaku.

    ReplyDelete
  23. INILAH JADINYA BILA ADA ORANG BERSIKAP MUKA TAK MALU DAN BERLAGAK SOMBONG BODOH.
    Najib orangnya tidak lah cerdik tapi bila dia buat BODOH DAN MACAM ORANG TAK TAHU BENDA, ramai orang yang cerdik di BODOHKAN.
    Satu keistimewaan bagi orang yang punyai sikap begini dia akan TERSELAMAT bilamana di buat buat tak dengar dan beranggapan orang tak tahu akan KEBODOHANNYA.
    LICIK NAJIB ni berjaya MEMPERBODOHAN orang yang ada kelayakan SIJI AKEDEMI BERTARAF DUNIA.
    So Najib ni dia amat CERDIK DARI BERSIKAP BANGGAP DAN BAHALOL TANPA ADA RASA MALU.
    KESIAN ARWAH AYAHnya dan IBUNYA YANG MASIH HIDUP, BEGITU JUGA ADIK BERADIKnya tanpa di sedari mereka NAJIB telah menjatuhkan MARUAH KELUARGA secara HINA.
    INILAH KUASA yang sangat di gilai orang yang bercita cita TINGGI dalam mengejar KEKAYAAN DAN KESENANG DALAM PENGHIDUPANNYA.
    Kepada semua rakyat MALAYSIA terimalah lah seadanya KEWIBAWAAN PM Malaysia TANPA WAS WAS.

    ReplyDelete
  24. Tengok adviser dia siapa ��

    Mat Maslan
    Annuar Musang
    Salleh Kera
    Khairul Anak Harun

    Boleh kencing rakyat Malaysia cakap GST harga tak naik tapi turun

    ReplyDelete
  25. pastikan setiap ceruk kampung,luar bandar,pedalaman pakatan masuk dan yakinkan rakyat mereka wajib bersame same tolak najib bn umno pengkianat negare yg pakse rakyat bayar cukai haram gst untuk kegiatan2 haram najib bn umno kroni sejak hari pertame gst dilaksanakan.bagitau semua orang yakinkan semua pengundi2 yg pakatan harapan akan hapuskan serta merta gst haram,turunkan semula harge minyak ikut harge pasaran,bersihkan semua badan2 kerajaan yg kronik dengan rasuah serta mendakwa semua mereka yg terlibat dengan skandal di mahkamah untuk menerima hukuman yang setimpal.pengundi2 luar bandar perlu diberitahu bahawa usa,singapura dan negare2 lain tidak akan pulang semua hak rakyat yg dicuri ribu2 billion di luar negare selagi najib bn umno terus memerintah malaysia serta andai mereka terus menang pru14 nanti. #TangkapNajibRazak #TumbangkanBNUMNO #SelamatkanMalaysia #LawanTetapLawan #ALLAHHUAKHBAR

    ReplyDelete
  26. Selagi media massa tv @ surat khabar dalam negara malaysia tidak siarkan laporan penuh tuduhan DOJ, selagi itulah pak menteri dan empunya badan MO1 berdolak-dalik memutar-belit, memperbodohkan rakyat.

    ReplyDelete
  27. FBI kata ini Jenayah International Corruption.

    Najib penipu kata ini cuma civil offense.

    Bodoh percaya dia.

    ReplyDelete
  28. malaysiaku kaya dengan ahli politik rasuah...hari2 orang pangkat besar terlibat dengan rasuah...ada duit boleh ikat jamin...begitulah malaysia.. selama-lamanya...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...