Tuesday 12 July 2016

LAPORAN AUDIT 1MDB, MANA SUARA ZAHID HAMIDI?


Setelah berhari-hari sejak Sarawak Report membuat siri pendedahannya berkaitan Laporan Audit 1MDB yang masih dirantai Akta Rahsia Rasmi atau OSA, barangkali antara yang ditunggu-tunggu juga ialah apakah reaksi Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi mengenai perkara itu.

Jika bersetuju bahawa laporan audit itu masih perlu diOSAkan, kenapa sehingga ini beliau kekal mendiamkan diri?

Bercakaplah dengan media atau tulislah sepatah dua ayat sokongan mengenainya di laman Facebook atau Twitter miliknya.

Kalau boleh bercakap mengenai IS, Daish, pengaruhnya di universiti dan visa berkaitan pengganas, mustahil Zahid tak boleh menyelit untuk bercakap mempertahankan keperluan Laporan Audit 1MDB itu terus diOSAkan sebagaimana yang sudah tiga kali dilakukan oleh Salleh Said Keruak.

Mungkinkah diamnya Zahid kerana dalam hatinya lebih banyak berakar perasaan tidak setuju laporan itu terus diOSAkan, tetapi tidak upaya berbuat apa-apa dan kerana lebih sayangkan jawatan serta kedudukannya dalam kerajaan?

Disebabkan berada dalam dilema, maka berdiam diri adalah sebaik-baik pilihan yang mampu dilakukannya.

Sekali fikir, memang merbahaya kepada kedudukannya jika Zahid cuba-cuba untuk berbeza pendirian yang boleh ditafsirkan sebagai tidak mempertahankan Najib berkaitan Laporan Audit 1MDB yang kini sudah menjadi bualan ramai berikutan pendedahan yang dilakukan oleh Sarawak Report.

Dengan cengkaman Najib dalam UMNO dan institusi awam yang semakin kukuh dan bagaimana beliau telah menyingkirkan musuh-musuh yang cuba menggugat kedudukannya, memang terlihat sukar untuk Zahid mengambil langkah menongkah arus.

Tetapi jika Zahid berfikir lebih daripada sekali, peluang bagaikan sedang terbuka luas untuk beliau melonjakkan dirinya dari segi sokongan rakyat jika segera memberanikan diri bersuara meminta agar Laporan Audit 1MDB itu dibebaskan daripada OSA.

Ia tidak bermakna, dengan berbuat begitu, beliau seperti mahu berbalah dengan Najib atau senada dengan Muhyiddin Yassin atau Ezam Mohd Nor yang lebih dulu membuat desakan demikian, tetapi kerana itulah yang terbaik dan dikehendaki rakyat buat waktu ini.

Sebagaimana Najib sendiri pernah meminta agar orangramai menunggu laporan audit dan Ketua Audit Negara, Ambrin Buang pada 7 Mac lalu yang penegasannya dinyatakan oleh Hasan Ariffin bahawa Laporan Audit 1MDB tidak lagi menjadi OSA setelah Laporan PAC dibentangkan di Parlimen, bermakna keberanian Zahid bersuara hanyalah sebagai membuktikan kerajaan benar-benar menepati janji-janjinya.

Keberanian Zahid itu, meskipun mungkin mula mencambahkan rasa curiga dan permusuhan Najib terhadapnya, namun percayalah, sokongan rakyat akan melimpah terhadapnya. 

Sokongan dalam UMNO juga tambah meningkat kepadanya kerana ketika ini ahli dan pemimpin UMNO seperti berada dalam keadaan "diluah mati emak, ditelan mati bapa" berkaitan laporan audit itu.

Mereka tahu dan sedar laporan audit itu mengesahkan adanya kesalahan dan salah laku dalam 1MDB, tetapi tidak berani bercakap apa-apa kerana tidak mahu dilihat tidak menyokong Najib yang sering dilencongkan sebagai tidak setia kepada parti dan ingin menjatuhkan kerajaan.

Namun demikian, secara senyap-senyap kian ramai yang sedar beban semakin berat yang diakibatkan oleh Najib kepada UMNO dan negara ini. Mereka juga sedar, selagi ada Najib, masalah parti dan negara akan berterusan dan tambah menyusahkan.

Mahu tidak mahu, isu Laporan Audit 1MDB ini adalah peluang yang sedang terbuka untuk Zahid. Dengan turut meminta ia dinyahkan daripada OSA, Zahid berpeluang meningkatkan sokongan ramai terhadapnya serta menonjolkan wajah kepimpinannya yang lebih diyakini rakyat.

Berbanding terus berdiam diri, tidak ada apa-apa yang berubah kepada Zahid. (SH 12/07/2016).

35 comments:

  1. Keruak sanggup menipu seluruh rakyat Msia demi najib.
    Di mana integriti ko keruak?

    ReplyDelete
  2. Kruak sudah sehati sejiwa akan ikut ke mana saja Najib Razak hatta terjun ke lubang najis sekali pun asalkan bekalan deda tak terhenti. Zahid sedang mencongak apakah najis itu najis khinzir atau najis manusia sebelum buat pertimbangan lanjut

    ReplyDelete
  3. Shah

    Mereka yang masih bersama parti Najib tidak sanggup dan tidak akan berbuat apa-apa. Mereka telah lama memilih membutakan mata hati mereka dengan hasil yang diharamkan buat mereka. Lantas mereka akan terus berdiam, mengangguk dan berwayang merekalah pembela agama bangsa dan negara sehingga mereka bersara dari politik bersama habuan jawatan dalam entiti berkaitan kerajaan atau imbuhan kebendaan. Adalah satu yang sia-sia mengharapkan haiwan ladang yang hari-hari dalam hidupnya diberi dedak untuk memakan selain darinya kerana mereka tidak selera, tidak juga mampu mencari makan dengan sendiri

    ReplyDelete
  4. Zahid dan ahli2 Kabinet yg lain mesti dituduh bersubahat dgn Najib untuk melindungi Najib dari siasatan dan pendakwaan dibawah sek.211 Kanun Keseksaan selepas dilaporkan RM28billion( US$7billion) lesap akibat perbuatan rasuah, penipuan dan agreement palsu yg dimeterai olih peg2 1MDB dgn izin Najib.

    Mana mahu lari zahid??? Sepatutnya selepas pengauditan dan penyerahan lapuran audit, ia mesti dibentang kpd Parlimen. Cabinet juga mesti mengarahkan supaya segala jenayah rasuah yg dilapurkan dlm lapuran audit tu disiasat dan pesalah rasuah dibawa kemukan pengadilan. Meng OSA lapuran tu untuk menyorokkan kesalahan jenayah adalah satu jenayah besar.

    Kabinet RM2.6billion Najib telah bersama2 menyorokkan perbuatan rasuah tu dari orang awam dan pihak berkuasa siasatan. Mereka perlu dibawa kemuka keadilan utk dibicara atas kesalahan sek.211 Kanun Keseksaan.

    ReplyDelete
  5. zahid tengah tersepit d antara kebenaran n kekuasaan.

    ikut kebenaran -- tumbang

    ikut kekuasaan -- integrity keluarga hilang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. He's caught between the devil and the deep blue sea ... both reject him! Pandai2 cari jalanlah DPM pengganti!

      Delete
  6. Kepada semua rakyat Malaysia dan juga Pemimpin pemimpin negara di harap dapat sekiranya MENAHAN SEBAK di atas segala FITNAH yg sedang racak di sebarkan oleh orang asing keatas KETUA NEGARA kita iaitu Pn NAJIB dan suaminya En. ROSMAH.
    Jika benar apa yg di sebarkan oleh orang perempuan SARAWAK putih itu, kita doakan KEIMANAN PM NAJIB akan lebih utuh lagi kental dan diharapkan beliau menahan KESABARAN yg ALLAH pinjamkan seketika ini.
    Sebagai rakyat yg sanggup mati demi PM NAJIB kita perlu kerap mengzikirkan nama beliau setiap saat setidak tidaknya agar jiwa kita di rehdahi tanpa ada perasaan was was.
    Apa yg perlu kita sebagai rakyat MALAYSIA yg berdiri menyokong KEKEBALAN beliau dari belakang selalu mengganggapkan bahawa fitnah yg di lamparkan kepada beliau adalah semata mata WAHYU yg di kirimkan oleh maliakat malaikat dunia era pemerintahan yang baru.
    Marilah kita bersama sama mendoakan kepada ALLAH supaya BENAMKAN PM NAJIB jika fitnah itu BENAR dan jika ianya tidak...ya ALLAH engkau berikan keseksaan yg paling menyakitkan ke atas keluarga beliau.
    Ya Allah terimalah dosa dosa PM NAJIB yg setitik air mani bapanya tanpa berbelah bagi akan ke angkuhan dan kebodohannya.
    Kepada semua yg suka memberi komen komen yg menguriskan hati PM NAJIB perlu berasa teramat SYUKUR ke atasnya kerana dia masih bertahan NAFSU MARAHNYA.
    Tolong hentikan pandangan JELEK kamu kepada KESOMBONGAN DAN BESAR KEPALA PM NAJIB yg buat masa kini sedang bertakafur memohon rakyat mempecayainya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. KIHKIHKIHKIHKIH....................Mari Ketawa ramai-ramai. HAHAHAHAHAHA!!!

      Delete
    2. Hmmmmm. Suspens jer :)

      Delete
  7. zahid ikut boss, diam membisu, biarkan berlalu. bunyi bising sekejap ajer jika dok diam-diam. selagi orang buat bising, lagi baik menikus dalam tepung. kalu bunyi pun, bunyi tin kosong ajer zahid ni.

    ReplyDelete
  8. bnagkai nyamok boleh dihembus
    bangkai gajah busuk disegenap pelusok

    ReplyDelete
  9. Suara ketua pemuda umno, mca, mic mane????

    ReplyDelete
  10. Apa sangat yg boleh di harapkan pada zahid ni. Awal2 dulu pun dia banyak tipu rakyat,ugut dan pelbagai. Kini nak harap beliau bersuara? Jawatan tu kan dia nak bawak sampai mati,gaji serta kuasa pun di punggahnya sekali. Negara sedang hancur,ada mereka kisah? Takde bro....harga barang kian naik ada mereka peduli?
    Ptuiiiii....

    ReplyDelete
  11. Mana ada lagi.....semua dah kiok...mampus dedak!

    ReplyDelete
  12. Sekarang siĺence is golden tggu kapal tenggelam dgn ketua lanun sekali mampos.mereka ini tak layak di bumi bertuah malaysia ini.klu pake otak semua senang tapi tamak haloba mereka menjerumus negara dan rakyat sanggup dikuburkan.hidup untuk membantu org sifat yg disukai alloh yg perkayakan diri dilaknati.jdi rasalah cemuhan rakyat yg dianiaya.

    ReplyDelete
  13. Najis tetap najis kalau tak najis ia tidak dinamakan najis.Najis itu kotor dan orang tak suka kepada najis sebab najis itu jijik.

    ReplyDelete
  14. Lama tak dengar suara KJ.... mana ko KJ?

    ReplyDelete
  15. Mat cashisking13 July 2016 at 07:49

    MENTERI UGAMA pun sayang jawatan...... Lupa AMAR MAARUF NAHI MUNGKAR...... berani DI pentas forum sahaja.
    Ilmu Dan Amal dah berpisah....... Serulah ke jalan kebaikan...

    ReplyDelete
  16. Salam Bro

    ZAHID?...tak kan tak kenal Wak Zahid ni?

    Zahid si ikan Toman...menyambar bila berkesempatan. Kalau kita biasa memancing ikan toman...kita tau macamana kan?...Ikan toman tak akan menyambar umpan yang diam tak bergerak...tapi kalau kita henjut joran pasti ia menyambar.

    Itulah Zahid...ingat dulu semasa krisis Anwar/Mahathir...dia buat senyap je...tunggu siapa yang akan menang...dia akan memihak kesana. Sama juga dengan pemecatan TS Muhyidin...senyum je Zahid...tap tap dia naik ganti Muhyidin.

    Orang macam ni nak kita harapkan?

    ZAHID NEVER WALK HIS TALK!
    GO TO HELL WITH HIM.

    Mana yang lain lain...Gangster Nazri, Aza lena, si lembik Hishamuddin, KuNan londeh, Rahman Dahlan, KJ, Ijat...dah bisu kot?

    Budak Dean's List panglima perang cyber UMNO tu mana ye?

    ReplyDelete
  17. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  18. Kita semua patut berterimakasih pada keruak kerana cakap2nya dua tiga hari ni secara tidak langsung mengesahkan laporan SR tu benar. Keep on talking kruak!

    ReplyDelete
  19. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 19.22,
      Kau ini masih didalam kepompong pemimpin pemimpin perasuah dlm umno yg hanya guna kuasa yg diberi oleh org melayu yg kena tipu utk mereka guna bagi kayakan diri dan kuncu kuncu.

      Tak yah melalak disini tak guna tiada org minat baca,kalau tak puas hati dgn malaysia kini pergi report polis dan report kepada MCMC mereka memang suka malaysiakini ditutup jgn bodoh tolong cerdik sikit.

      Delete
  20. Budin, komen yang lari tajuk kat atas tu, tolong delete. tu macai bangang yang nak alihkan isu.

    ReplyDelete
  21. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 9.59,
      Pasai apa bodoh dan bahalol,dlm blog ini tiada siapa nak baca cerita lawak kamu pasai tak ada kena mengena dgn pembaca blog disini,siapa pun tak peduli dgn bang mat ka husam ka,kamu nak serabut kepala kamu punya pasal la,cerita bodoh kamu ini hanya suka dibaca oleh kaki ampu najib dan melayu bodoh yg suka dan lapar dedak najib.

      Delete
  22. Kalau Zahid bijak, ini masanya untuk dia 'rempuh' Najib. Dulu Muhyidin dapat peluang seperti ini juga tapi disia2kan. Dah jatuh baru nak lawan. Kirim salam!

    ReplyDelete
  23. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Keluarga al-Juburi ini dia memainkan syariatul Islamiyyah demi mndahulukan nasib politik dan ekonomi mereka. Dan kita rakyat ramai-ramai tertipu oleh pemimpin yang terluputnya sifat2 akhlak biasa yang munasabah, apalagi akhlak yang terpuji.

      Delete
  24. Panglima Jawa sudah jadi hamba Panglima Bugis.....Heh heh heh!

    ReplyDelete
  25. Gandingan Pakatan Harapan (PH) dan parti baharu yang dikatakan akan diterajui Tun Dr Mahathir Mohamad bakal menjadi kuasa disegani, tetapi apakah ia mampu merampas Putrajaya?

    Bagi Prof Madya Dr Jeniri Amir dari Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), usaha itu tidak akan berjaya tanpa penglibatan PAS.

    Jelasnya, jika parti Islam itu tetap mahu bersendirian, sukar untuk mengalahkan BN.

    Keadaan itu seterusnya akan membawa kepada pertandingan pelbagai penjuru yang menguntungkan Barisan Nasional (BN), tambahnya.

    Bagaimanapun, beliau berkata pengaruh parti itu tidak boleh diketepikan.

    “Umno tidak patut memandang rendah Dr Mahathir, ia (parti baharu itu) akan menjadi satu kuasa disegani, terutamanya jika mereka boleh berdepan BN dalam pertandingan satu lawan satu,” katanya.

    Menurutnya, pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar bulan lalu bukan petunjuk terhadap kekuatan Dr Mahathir mahupun pembangkang kerana ada perbezaan PRK dan pilihan raya umum (PRU).

    Bagaimanapun, Jeniri berpendapat, lebih baik Dr Mahathir dan orang-orang di kemnya menyertai salah satu daripada tiga parti komponen PH.
    “Tidak mudah untuk sebuah parti baharu terus berkembang, lebih-lebih lagi dalam tempoh singkat sebelum PRU14.

    “Orang akan mempersoalkan motif dan kredibiliti parti. Mereka akan bertanya mengapa sekumpulan bekas pemimpin Umno tubuh parti baharu hanya selepas mereka keluar dari Umno,” katanya sambil menambah ada pihak yang akan menganggap ia agenda peribadi.

    Lewat

    Bagi Dr Wong Chin Huat pula, Dr Mahathir sepatutnya menubuhkan parti baharu sebelum PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar, serta menurunkan anaknya, Datuk Seri Mukhriz di Kuala Kangsar.

    Jelasnya, tidak pasti berapa banyak sokongan yang akan diperolehi parti baharu itu dari Kedah dan Johor, tempat asal bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kerana sentimen akar umbi mungkin kini sudah hilang.

    “Bagaimanapun, mereka tentu boleh mengharapkan sokongan dari Sabah, tempat asal bekas Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal,” kata Wong dari Institut Pulau Pinang, badan pemikir milik kerajaan Pulau Pinang.

    “Saya rasa soalan utama ialah apakah model parti baharu itu,” katanya yang meramalkan parti baharu itu menjadi parti “serpihan Umno” kelima, selepas Parti Kemerdekaan Malaya (IMP), Parti Negara, Semangat 46 dan PKR.

    IMP dan PKR adalah parti berbilang kaum, manakala Parti Negara dan Semangat 46 pula berasaskan kaum Melayu.

    “Saya rasa parti baru Dr Mahathir kemungkinan besar akan menjadi sebuah parti berbilang kaum,” katanya.

    Bagaimanapun, Wong berkata penubuhan parti baharu itu adalah langkah tepat untuk Dr Mahathir dan pemberontak Umno lain kerana asas mereka berbeza daripada parti komponen PH.

    “Amat sukar untuk mereka menyertai parti-parti Pakatan Harapan. Hanya ada sedikit sinergi, kerana DAP terlalu berbeza, Amanah masih baru, manakala PKR tidak sesuai untuk Dr Mahathir,” katanya.

    Semalam, bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mendedahkan, Dr Mahathir mungkin membentuk parti baharu yang akan bekerjasama dengan PH pada PRU akan datang untuk menjatuhkan BN.

    ReplyDelete
  26. Zahid tengah berhari raya bang din. Baju raya yg buat tak abis pakai lagi. 1mdb ni bukan dia yg samun. So pegi lantaklah. Yg penting dia anak beranak dan suku sakat lepas. Projek banyak lagi tengah pending ni.

    ReplyDelete
  27. Pemimpin sekarang lebih menjaga periok nasi masing-masing daripada menjaga kepentingan negara. Lantaklah apa nak jadi pada negara, yang penting dia (zahid) dan kroni-kroninya membawa empayar kebendaan sementara peluang masih ada. Betul tak Zahid ? Sekadar bertanya, jangan marah ya !

    ReplyDelete
  28. 1MDB Auditor General's Report | Sarawak Report
    http://www.sarawakreport.org/1mdb-report-summary/

    ReplyDelete
  29. a. Dalam tempoh tahun 2009 hingga 2015, beberapa keputusan pelaburan penting dengan nilai pelaburan yang tinggi dibuat melalui resolusi Lembaga Pengarah 1MDB tanpa perbincangan dan penilaian secara terperinci. Beberapa pertimbangan berhubung pelaburan dibuat dalam tempoh yang singkat dan berisiko tinggi. Bagaimanapun, Pengerusi Lembaga Pengarah 1MDB telah memaklumkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kira-kira Wang Negera (PAC) pada 19 Januari 2016 bahawa perbincangan ada dibuat sebelum kelulusan diberi melalui resolusi.

    b. Dalam beberapa keadaan, pengurusan 1MDB telah membentangkan maklumat yang tidak lengkap/tidak tepat kepada Lembaga Pengarah 1MDB sebelum sesuatu keputusan penting dibuat malah telah mengambil tindakan tanpa kelulusan Lembaga Pengarah 1MDB.

    c. Terdapat juga keadaan di mana pengurusan 1MDB memberikan maklumat yang tidak tepat atau berbeza kepada pihak yang berkepentingan.

    d. Pengurusan 1MDB mengambil tindakan yang bertentangan atau tanpa mengikut sepenuhnya keputusan Lembaga Pengarah/pemegang saham dalam beberapa peristiwa berkaitan pelaburan.

    e. Pengurusan penyelenggaraan fail dan rekod 1MDB adalah tidak sistematik dan kurang memuaskan.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...