Friday 1 July 2016

JANGAN2 SELEPAS INI, KLCC DAN PUTRAJAYA PUN NAJIB KATA BUKAN IDEA TUN M JUGA!!


Tak tahu apa yang ada dalam fikiran Najib Razak atau bagaimana beliau berfikir sehingga terkeluar kata-kata daripada mulutnya bahawa Tun Mahathir Mohamad selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri telah gagal membangunkan pengangkutan awam dalam negara.

Ini adalah kali kedua Najib mengaitkan Tun Mahathir dalam ucapan rasminya  di mana sebelum ini turut mengatakan Proton mengalami campurtangan politik sehinggalah apabila bekas Perdana Menteri itu mengundurkan diri sebagai pengerusi, ia dianggap sebagai pengakhiran segala-galanya.

Dalam kes Proton, ia kemudian dijawab oleh Rafidah Aziz bahawa ketika era Tun Mahathir, ia bukanlah campurtangan politik, sebaliknya adalah canpurtangan kerajaan untuk memastikan kereta nasional itu sentiasa berkembang.

Najib tentu tahu, beliau adakah menteri ketika itu, demikian kata Rafidah.

Dalam kes pengangkutan awam pula, tidakkah Najib sedar bahawa LRT, Monorail, ERL, keretapi laju, bas yang lebih teratur dan sebahagian yang lain sudah dilaksanakan sejak zaman Tun Mahathir lagi dan beliau hanya menambah beberapa jajaran laluan, sama ada melalui MRT atau LRT sahaja?
Yang tidak melakukan apa-apa kepada sistem pengangkutan awam ialah Tun Abdullah Badawi.

Apakah Najib fikir dengan memperkenalkan MRT dan menambah beberapa laluan LRT sejak 2009 lalu, bermakna semua sistem pengangkutan awam negara ini adalah idea serta perancangannya seorang sahaja?

Di media sosial, ramai yang mentertawakan Najib berikutan dakwaannya terhadap Tun Mahathir itu sehingga ada yang menanyakan, apakah beliau kini sudah "biul" atau "tidak waras" lagi?

Hakikatnya, orang biasa pun sedar sumbangan dan peranan era Tun Mahathir dalam pengangkutan awam negara ini.

Jadi, bagaimana Najib tidak menyedarinya?

Sama seperti kes Proton, Najib juga adalah salah seorang menteri ketika Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri. Menyalahkan Tun Mahathir semasa beliau menjadi Perdana Menteri, samalah seperti menyalahkan diri sendiri kerana Najib ada ruang untuk memberi sumbangan idea ketika mesyuarat mingguan kabinet diadakan.

Dengan berterusan cuba menyalahkan Tun Mahathir dalam Proton dan pengangkutan awam, selain mengasaknya dengan sekurang-kurangnya lapan kes penyiasatan polis dan menarik beberapa keistimewaan, apakah Najib sebenarnya semakin fobia dengan nama bekas Perdana Menteri itu?

Selepas ini, barangkali apa lagi serangan beliau kepada Tun Mahathir?

Harap-harap selepas ini tidaklah sampai Najib tergamak pula mengatakan KLCC, Putrajaya, KLIA dan lain-lain juga bukanlah idea Tun Mahathir atau menilainya sebagai suatu pembaziran kepada negara. 

Jika sampai begitu, mana Salleh Said Keruak atau Rahman Dahlan nak letak muka agaknya? (01/07/2016).

45 comments:

  1. sdr Budin,
    Saya tahu la samaada Najib dan kuncu kuncu nya sedar bahawa beliau la PM paling buruk dari rekod perkhimatan dan sumbangan kepada negara dan dipalit pula dengan rekod paling kotor dicemari gejala penyelewengan wang negara dan rasuah.

    Bagi sesetengah rakyat mungkin menganggap najib seorang pemimpin yang bagus sebab beri rasuah melalui BRIM ,hantar orang ke makah dan lain lain pemberian ciput yang berupa rasuah murahan ,tapi sedarla dimata dunia Najib disama tarafkan bersama sama pemimpin negara mundur diAfrika dan negara Arab yang amal rasuah dan menghalang rakyat daripada mendapat asses maklumat yang sahih.Ini satu kezaliman.

    Kalau dinilai dari sudut islam secara sah beliau dah terkeluar dari syariat dan tuntutan akhlak islam kerana tiada AMANAH ,tiada keadilan dan menipu dalam memberi kebajiaknan Cuma rakayat yang tidak menguna akal dan rendah akhlak dan rasuah dianggap sebahagian hidup saja yang boleh menerima Najib alat kegunaan Rosmah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha, "alat kegunaan Rosmah". Dalam berbagai bentuk, berbagai fungsi, resmi dan peribadi, Beb.

      Harap korang jangan ingat aku mencarut sebut fungsi peribadi. Betul apa, sebab ada fungsi resmi - Rosmah ada pejabat dan kakitangan di PMO, boleh pakai jet eksekutif gomen. Fungsi peribadi sebagai suri rumah tangga le. Tak tau le bagaimana suri nya.

      Tapi yang aku tak fahamkan jika resmi ke peribadi ia lah RM1 bilion masuk ke ekaun bank dia, mengikut malumat Australia Broadcasting Corporation tuh.

      Siapa yang tahu, tolong kasi tahu, banyak terima kasih.

      Delete
  2. Aku berdoa menatang yang lesapkan berbilion duit negara Malaysia ini mampos cepat dalam keadaan hina dina.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan susah hati En.Anon 11.51.
      Allah ada perancangannya untuk KITA SEMUA.
      Tiada seorang pun terlepas. Kita tunggu sahajalah samada lambat atau cepat, ia akan berlaku juga.

      Delete
    2. Sebelum mampos, doakan dia orang ni koma dulu 30 tahun.

      Delete
    3. Wahh ganass hang.....kih kih kih

      Delete
  3. Khabarnya kenyataan Najib itu disambut dengan tepukan gemuruh para hadirin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul la tue macam Prime Monster kata cash is king.

      Delete
    2. Orang yang beri tepukan gemuruh sama peel mcm ahjib ngok!!

      Delete
  4. sdr Budin,
    Saya tahu la samaada Najib dan kuncu kuncu nya sedar bahawa beliau la PM paling buruk dari rekod perkhimatan dan sumbangan kepada negara dan dipalit pula dengan rekod paling kotor dicemari gejala penyelewengan wang negara dan rasuah.

    Bagi sesetengah rakyat mungkin menganggap najib seorang pemimpin yang bagus sebab beri rasuah melalui BRIM ,hantar orang ke makah dan lain lain pemberian ciput yang berupa rasuah murahan ,tapi sedarla dimata dunia Najib disama tarafkan bersama sama pemimpin negara mundur diAfrika dan negara Arab yang amal rasuah dan menghalang rakyat daripada mendapat asses maklumat yang sahih.Ini satu kezaliman.

    Kalau dinilai dari sudut islam secara sah beliau dah terkeluar dari syariat dan tuntutan akhlak islam kerana tiada AMANAH ,tiada keadilan dan menipu dalam memberi kebajiaknan Cuma rakayat yang tidak menguna akal dan rendah akhlak dan rasuah dianggap sebahagian hidup saja yang boleh menerima Najib alat kegunaan Rosmah.

    ReplyDelete
  5. Apa yg diperkenalkan sekarang ialah dedak rasuah cash is king derma dari alam ghaib tukar dan buang pegawai yg tak dengar cakap penyamun dan pengangak itulah yg ada sebagai wawasan malaysia

    ReplyDelete
  6. Apa yg diperkenalkan sekarang ialah dedak rasuah cash is king derma dari alam ghaib tukar dan buang pegawai yg tak dengar cakap penyamun dan pengangak itulah yg ada sebagai wawasan malaysia

    ReplyDelete
  7. 'Sumbang'an Mapudulong yg diketahui setakat ini..

    1. BR1M diberi kemudian dibelanjakan kena GST
    2. 2 ekor panda
    3. Jet baru kerajaan tapi utk kegunaan keluarga
    4. 1MDB taja jemaah haji guna duit hutang
    5. ...... billion2 hutang 1MDB yg bakal ditanggung rakyat
    6. Sumbangan seekor badak utk dipikul oleh berjuta2 rakyat
    7. ........ mcm2 lagi, mcm2 ada...

    Tambah ler kalau ada lagi...

    ReplyDelete
  8. Kesian Najib Razak !! Doa jumaat akhir ramadhan ni. Aib dia nanti ni insyaallah.

    ReplyDelete
  9. Idea Najib adalah Tun Razak Exchange dan Kuala Lumpur Islamic Financial District yang sampai hari ini tak tau APA jadi tapi hutang berbilion bilion.
    Juga Najib lah orangvyang menyebabkan IPP dan tanah pengkalan TUDM SG. Best menjadi milik China

    ReplyDelete
  10. Idea najib 1MDB.
    Amat menguntungkan dan melonjakkan ekonomi Malaysia.
    Nama Malaysia terkenal seantero dunia.

    Hutang malaysia semakin berkurangan.

    Indek rasuah malaysia makin baik.

    Rakyat malaysia amat bersyukur dengan adanya GST.
    Peluang pekerjaan makin bertambah.

    Beruntungnya menjadi rakyat malaysia berPMkan NAJIB.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anom 13:38...kesihannya. Lupa makan ubat agaknya.

      Delete
  11. Najib/rosmah manusia biasa, kenapa semua org takut? Cuba semua org boikot apa yg dia suruh, dah tentu tak jadi. Bila dia pecat atau tukar, buat tak tahu saja. Polis dan tentera pun bukan najib punya, rakyat semuanya. Menteri pun sama, boleh order saja tp kalau org bawah tak buat, tak jalan. Yg mengerakkan semua adalah org bawahan. Semua kena bersatu hati, jangan beri muka dan jadi pak turut.
    Rakyat luar negara boleh buat, kenapa kita terlalu ikutkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Polis angkat sumpah taat setia kpd PM, Beb. Gitu jugak SPRM. Paham aje le implikasi nya.

      Tapi Tentera angkat sumpah kpd YDP Agong. RELA begitu jugak.

      Jadi fikir fikirkan lah keadaan itu. Aku nak cakap banyak, takut salah. Hormatkan Shahbudin, ini blog dia, aku numpang aje.

      Delete
  12. Najib is the best.....najib is the hero....malaysian bole mampus jika najib rossy tak jadi piem...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sudah tiada orang didalam ameno sehebat najib rossy....hidup amenooooo......hidup ajib rossy......buatlah sesuka hati....duniapun engko yg punya....

      Delete
    2. Murah sangat kau punya promo ni, Mamat. Sapa nak caya kau cakap camtu.

      Belajor le cara yang sofistikated, kata omputih.

      Delete
    3. Kerat 18 kote anon 1425 tu

      Delete
  13. "NAJIBLAH PM MESIA PALING HEBAT BIJAK CERDIK AMANAH BERTAQWA DAN SEGALA YG BAI AJE"
    TAKDAK DIA TAKTAU NASIB KITA NI JADI APA
    KALU DIA TAK BG BR1M MAKA RAKYAT AKAN KEBULOQ
    DIA MODENKAN LG SISTEM PENGANGKUTAN NEGARA DGN BELI JET CANGGIH
    NANTI DIA NAK BELI KETA MCM THE BEAST PULAK
    HEBAT NAJIB NI"

    ReplyDelete
    Replies
    1. KAU LUPA - DIA KASI GST UNTUK KITA BERSUKA RIA.

      Delete
  14. yg kita2 nie mungkin paham la... tp korang jgn tak tahu, pengundi baru, kalangan pemuda.. depa tak berapa nak tahu hal2 tun Dr. Mahathir... yg diaorg tahu duk umah, buat projek2 kecil RM50 seminggu, makan mak pak tanggung dan harapkan duit buat program... geng2 nie ramai ooo... geng2 nie la yg jd pendokong dsn...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye ke, Mat. Kau percaya le apa yang kau nak. Tsunami Cina takda gerenti tak berlaku lagi di PRU14. Kot Tsunami Melayu pun berlaku. Sebab Melayu pada umum nya dah fedap dgn bos kau - lebihkan kepentingan Cina dpd kepentingan Melayu.

      Delete
  15. Jgn takut selalunya geng geng mcm ni mereka gerenti tak daftar mengundi malas dan byk dlm umno.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Aku heran ngapa Khairy Ketua Pemuda selama ini takda di beritakan buat kempen mendaftarkan Mat Rempit dsb nya.

      Kan dia boleh pengaruh mereka supaya naik motor ikut peraturan, pigi beramai ramai dengan motor ke pusat daftar undi.

      Delete
    2. Korang nih bute ker bodho? Meme la umno tak ndak daftarkan diorang..tapi ic umno dah amik..daftar name diorang utk pengundi antu..wa dah kene dulu..tak daftar sbg pengundi dgn SPR pon..dudok kat KL tapi bile wa check name wa dalam portal spr..aleh-aleh name wa timbul jadi pengundi kat Lahad Datu..ape kes? Rupe-rupenyer..member wa yang tak daftar pon kene jugak. Yg wa gelak besar..name wa jugak ade jadi ahli umngok Bukit Bintang..Tu la care umngok menang pilihanraye.

      Delete
  16. Macam masuk bakul angkat sendiri, tapi rakyat lebih tahu sapa budak baik dan sapa budak jahat...!

    ReplyDelete
  17. Keling pariah Noh Omar masuk kabinet Najib.
    Lagi jahanam dan lintang pukanglah Malaysia.
    Ini semua buat rakyat marah tambah pula kes LGE.

    ReplyDelete
  18. Sebenarnya najib ni berada di 'alam lain' sebelum dia membuat lawatan dan perasmian laluan LRT tersebut..
    Sudah tentu pemikirannya masih di alam ghaib..
    Tak terpikir akalnya..bijannn..bijan..!! Di da biul Cekdin..

    ReplyDelete
  19. Shahbudin, husni nk pi jordan bljr agama mendalami al quran dn hafazan. Inilh yang saya dok maksudkn jln yg terbaik untuk ayahanda tun.. dunia mkin dikejar makin sempit, makin menghimpit.. ayahanda dh 90, masa untuk bersedia ke barzakh. Biarkn org muda.. ank dia mukhriz menyambung perjuangan dia...tp awas bkn perjuangan yg batil...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nur Barzakh, tak bijak mencadangkan Tun buat gitu. Tak sedorkan apa minat dia, awak tak perceptive keadaan politik di negara sekarang.

      Awak duduk di gua mana?

      Delete
    2. Kita akan bersama dengan siapa yg kita minat dn apa yg kita minat diakhirat nanti. Minatlah pd Radululullah saw, tanamkn cinta dn kasih syg..pd baginda semasa nyawa masih bersisa...

      Delete
  20. Maka dengan ini,...seluruh rakyat Malaysia diwajibkan PERCAYA bahawasanya semua hasil usaha Dr. Mahathir selama 22 tahun sebenarnya adalah hak milik Najib & Rosmah.Anda akan dianggap sebagai pengkhianat sekiranya mengaitkan walau sedikit pun kejayaan dengan insan yang bernama Mahathir.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Depa sudah desperate, akan tuntut apa saja. Silap silap hari siang dan malam pun depa akan kata depa buat.

      Delete
  21. Kajian awal mendapati bahawa 118,774 pengundi telah dipindahkan DUN, yang mana lebih daripada 40,000 pengundi yang dipindahkan melibatkan pemindahan Parlimen, walaupun alamat mereka tidak berubah. Jadi Tuan-Tuan dan Puan-Puan, sila semak tempat undi anda!
    118,774名选民在他们不知情的情况下选区“被更换”,超过4万名选民的国会选区“被更换”!
    朋友们,花点时间上网查看自己的投票选区啊!
    http://daftarj.spr.gov.my/DAFTARJ/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terjemahan tulisan cacing kerawit itu:

      Kita olang DAP punya, tatak holmat sama BM dan Perlembagaan negara, biadap dan kulang ajar macam itu Tengku Aziz dulu Vice Chairman DAP kata sama Lim Guang Eng.

      Kita olang cakap Cina depan olang lain cakap BM sebab kita olang Cina Bukit lorr.

      Delete
  22. Maaf Brader
    Dek kerana terlalu meluat, cakap ada kasar sikit.

    Idea Original Najib....satu satu nya yang tersohor seontero dunia...1MDB. Lain tak dak.

    Si ngok Najib ni bukan setakat hijack inisiatif orang tapi copycat....EPF Reduction to stimulate domestic spending...idea Najib ke? LRT, PLUS, KLIA dll..pendek kata semua infrastruktur pengangkutan awam diasaskan oleh Tun M. Double tracking...ditidurkan oleh Badawi...pas tu sambung lagi dengan kos berlipat ganda...LRT/ Monorail ke Putra Jaya pon tergendala oleh Dollah tidur...

    Sumbangan utama Najib...menggadai maruah dan harta negara. Memperlekehkan sistem perundangan, institusi Parlimen dan Raja Raja Melayu. Sumpah jawatan Perdana Menteri...dengan nama Allah konon...Kamu kena makan sumpah kamu sendiri kerana mengkhianati rakyat.

    Cakap biarlah beralas....jangan nampak sangat bongok!

    Paloi! Tuyuk! Goblok!

    ReplyDelete
  23. bial ada kuasa adalah pengikutnya
    samada betoi atau salah
    dulu cakap besar hanya amno pandai urus negara
    lani abeh becempera
    amno makin lamo makin tak guno

    ReplyDelete
  24. Semua najib buat coba tanya pengampu dan tukang kipas yg keliling dia tu.tun.m cuma kayakan keluarga dia je selama 22 tahun.badakwi dan najis la negara jadi moden.terima kasih pak lalat dan daeng matimun

    ReplyDelete
  25. Najib sudah kaya,
    Rosmah jadi datin,
    Selamat hari raya,
    Maaf zahir batin. 😂

    ReplyDelete
  26. PM Najib adalah PM yg paling hebat. Mana taknya, bukan shj LRT, malah KLCC, Putrajaya, Plus, Malah kesemua pembangunan negara dari sejak merdeka hingga sekarang dia seoranglah yang punyer idea. Tapi idea yg baik je la. Idea yang tak baik tu idea org lain.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...