Friday 3 June 2016

MEMBANTU BALU WAKIL RAKYAT IALAH MENJAGA KEBAJIKANNYA, BUKAN MENJADIKANNYA WAKIL RAKYAT JUGA


Di mana-mana, masih ada kedengaran pemimpin dan ahli UMNO yang bersungut dan keliru dengan pemilihan Mastura Mohd Yazid sebagai calon BN dalam pilihanraya kecil Parlimen Kuala Kangsar, 18 Jun depan.

Mereka tidak pasti sama ada ia benar-benar kehendak Najib Razak atau ia dicadangkan dengan bersungguh-sungguh oleh pihak lain seperti Zambry Abd Kadir selaku Pengerusi Perhubungan UMNO Perak atau Zahid Hamidi yang atas kapasitinya menjalankan tugas-tugas Timbalan Presiden UMNO memang berperanan penting berkaitan mana-mana pilihanraya kecil.

Mereka juga tidak tahu apakah benar desas-desus yang berlegar di awang-awangan bahawa Mastura sendiri yang melobi dan berjumpa dengan pemimpin tertentu untuk menawarkan dirinya menjadi calon menggantikan arwah suaminya.

Bagi yang selalu bertemu arwah Wan Khairil Wan Ahmad, tentu sedar bahawa Mastura bukan saja biasa menemani suaminya berkempen dan bertemu pengundi di Kuala Kangsar, bahkan turut kerap menjadi pendamping setia di majlis-majlis tidak rasmi atau jamuan-jamuan di rumah pembesar-pembesar UMNO.

Lantaran itu, tidaklah menghairankan jika beliau dikenali atau mengenali sebahagian besar pemimpin UMNO atas kedudukannya sebagai isteri Wan Khairil.

Tetapi, keputusan memilih Mastura ini menimbulkan duluan dan persepsi yang tidak baik serta menjengkelkan kepada UMNO. Seperti disebut dalam tulisan terdahulu, ia bukan saja mengesahkan UMNO ketandusan pemimpin dan mewujudkan banyak masalah untuk berkempen serta bertemu pengundi kerana kedudukan Mastura yang masih dalam edah, bahkan yang diperkatakan juga ialah mengenai hubungan parti dengan isteri pemimpin dan balu wakil rakyat yang kematian suami.

Semasa Wan Khairil menjadi wakil rakyat, Mastura tidak dinafikan kerap dibawa untuk membantu suaminya atas sebab-sebab keperluan atau keistimewaan yang suaminya saja yang tahu. Orang lain tidak harus tahu apa kelebihan itu dan mengapa ia berlaku.

Ramai juga wakil rakyat yang tidak melibatkan isteri dalam tugas mereka, kecuali untuk dibawa menghadiri majlis rasmi dan jamuan sahaja. Ini juga tidak harus sesiapa ambil tahu sebab-sebabnya.

Apabila meninggal dunia, kelebihan Mastura itu tidak seharusnya dipergunakan oleh orang lain. Ketika menjadi isteri juga, bantuan yang dicurahkannya adalah dengan keredaan dan restu suami.

Kini suaminya sudah meninggal dunia, apatah lagi dalam edah, keredaan dan restu itu boleh dianggap masih tergantung.

Setelah kematian suami, tidak harus juga ada mana-mana pemimpin UMNO yang tertarik dengan apa juga kelebihan Mastura. Ini kerana kelebihan itu disebabkan suaminya menjadi wakil rakyat ketika itu. 

Setelah suaminya tiada, boleh jadi kelebihan itu turut tiada lagi. Mungkin juga suaminya pernah menyimpan impian agar isterinya menjaga rumahtangga dan keluarga saja setelah beliau meninggal dunia. Tambahan lagi, selama ini pun Mastura sudah menjadi suri rumah sepenuh masa, walaupun berkelulusan dari luar negara.

Sesuai dengan konsep parti menguasai kerajaan, pemilihan calon seharusnya dipilih daripada kalangan pimpinan UMNO Kuala Kangsar atau setidak-tidaknya orang Perak juga bagi menggantikan Wan Khairil. Bukan isterinya dijadikan pengganti dan bukan juga orang Negeri Sembilan didahulukan.

Memilih seorang balu sebagai calon bagi menggantikan suaminya yang meninggal dunia memperlihatkan ada yang tidak kena dengan pemimpin yang membuat keputusan itu.

Untuk menang, tidak semestinya dengan simpati. Ada banyak cara dan usaha lain yang boleh dilakukan.

Adalah salah dan merbahaya jika pemimpin tertentu tertarik dengan kelebihan Mastura yang selama hanya dimanfaatkan oleh suaminya. Wan Khairil boleh memanfaatkan Mastura sebab wanita itu isterinya. Pemimpin lain patut melihat kelebihan isteri masing-masing, bukan kelebihan isteri orang atau balu yang baru kematian suami.

Seseorang balu juga seharusnya dibantu untuk menangani kesedihan dan dilihat aspek-aspek lain yang boleh diringankan, bukan dipergunakan atau dimanfaatkan oleh pihak lain. Memilihnya sebagai calon dan menjadikannya wakil rakyat tidak sama sekali boleh dianggap untuk menghulurkan bantuan.

UMNO mungkin malu untuk menarik balik pemilihan Mastura, meskipn sedar banyak masalah dan kekangan yang akan dihadapinya. Bukan saja dalam soal kempen, bahkan seperti ditulis sebelum ini, disebabkan edah selama 4 bulan 10 hari itu, jika menang sekalipun, Mastura hanya dapat berperanan sepenuhnya sebagai wakil rakyat pada pertengahan September nanti.

Sekarang ini terserah kepada pengundi Kuala Kangsar membuat keputusan. Mereka bukan saja berperanan memilih wakil rakyat baharu pada 18 Jun nanti, tetapi juga juga terpikul tanggungjawab untuk mengelakkan Mastura berkemungkinan terjerumus ke kancah dosa yang tidak disedari atau tidak disengajakan olehnya berikutan sedia bertanding dalam pilihanraya ini.

Apatah lagi, selain Pas sudah mengumumkan calonnya  iaitu Dr Najihahussalehah Ahmad dan Pakatan Harapan pula memilih wakil Amanah, Prof Dr Ahmad Termizi Ramli yang dianggap pertaruhan terbaik dan memenuhi semua kriteria sebagai pemimpin serta untuk bersuara di Dewan Rakyat, pengundi Kuala Kangsar seharusnya tidak terlalu sukar membuat pilihan mereka. (SH 03/05/2016).

16 comments:

  1. Suami bole jadi calon kalo isteri yg jd ahli parlimen meninggal dunia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Prof Ahmad Termizi memang ada kebolehan dan kelayakan untuk menggalas tugas wakil rakyat.

      Delete
  2. Umngok hanya mahu mengalih perhatian rakyat marhaen terhadap isu-isu yang lebih besar 1mdb.Bila melibatkan soal hukum agama maka sekurang-kurangnya umngok akan membantu menambah undi kepada parti sedondon.Tidak salah berfikir dan berbincang pencalonan umngok ini dengan fakta dan hukum-hukum agama tapi jangan lalai dan lupa isu 1mdb dan masalah-masaalah yang lebih besar kesannya kepada Negara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul..dah reda benar isu 1mdb buat 4-5 hari ni. Mengucap panjang Najib dan suami.

      Delete
  3. Salam Shah

    Pilihan ini bermakna UMNO memang berulat. Kepala UMNO telah busuk dan menular keseluruh badan. Kita tidak heran dengan pilihan UMNO ini...All in the family kan?...Kalau benih yang baik dicampur benih yang busuk...semuanya menjadi busuk. UMNO sedang menggali kubur sendiri...Berkuburlah kamu bersama Najib otak berulat.

    Agaknya apa kata Najib bila rakyat tanya pasal tindakan pihak luar berhubung 1MDB atau Good Star semasa kempen nanti?...tapi aku pasti...hadirin kempen Najib adalah "paid audiences" seperti PRN Sarawak...

    UMNO tidak ketandusan pemimpin...tapi ketandusan pemimpin yang benar amanah dan jujur. Mereka yang amanah dan jujur disisihkan kerana tidak sealiran dengan pimpinan perdana.

    UMNO sedang menuju puncak kehancuran. Seperti puncak gunung berapi...akan terbongkah dan meletup mencapai awan. Tahniah Najib kerana membawa UMNO yang banyak berjasa kepuncak kehancuran ini.

    ReplyDelete
  4. Semangat Arwah Bapa Iringi Kempen Untuk Ibu

    KUALA KANGSAR, 3 Jun (Bernama) -- "Insya-Allah, emak saya akan teruskan perjuangan ayah untuk parti

    Itulah kata-kata yang sering diungkapkan Wan Emir Astar, 26, anak kepada calon Barisan Nasional (BN) Datin Mastura Abd Yazid untuk pilihan raya kecil Parlimen Kuala Kangsar, setiap kali bertemu penduduk di kawasan berkenaan.

    Anak muda yang menggalas tanggungjawab besar itu sedar akan kekangan ibunya yang masih dalam edah selepas kematian bapanya Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad, korban nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, 5 Mei lepas.

    Biarpun raut wajahnya masih bersedih atas kehilangan itu, namun senyumannya tetap terukir.

    Wan Emir, bersama tiga adiknya, Wan Imar Izzat, 25, Wan Iskandar, 23, dan Wan Muhammad Amar, 19, jelas tidak kekok berhadapan orang ramai dan beramah mesra dengan penduduk.

    Penduduk kawasan berkenaan yang ditemui Bernama, turut menzahirkan simpati kepada mereka, selain memberikan kata-kata semangat dan sokongan kepada ibu mereka bagi meneruskan perjuangan membela penduduk kawasan itu.

    Sementara itu, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Chandan, Maslin Sham Razman dan ADUN Manong, Kamil Shafie (yang terletak di bawah kawasan Parlimen Kuala Kangsar) ketika ditemui Bernama berkata mereka yakin pengundi di situ akan terus menyokong perjuangan anak-anak Allahyarham dan Mastura demi kelangsungan agenda pembangunan.

    Maslin Sham berkata jentera kempen BN tidak mempunyai sebarang masalah untuk berkempen walaupun Mastura tidak dapat turut serta.

    "Kehadiran anak-anak Datin Mastura mewakili ibu mereka sudah mencukupi. Mereka (anak-anak Mastura) juga sudah biasa dengan penduduk dan politik di sini," katanya.

    Sementara itu Naib Ketua Pemuda UMNO Khairul Azwan Harun berkata Pemuda UMNO akan terus membantu anak-anak Mastura dalam kempen PRK itu, terutama dalam menangkis segala tohmahan terhadap ibu mereka yang disebarkan menerusi media sosial.

    Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan PRK kerusi Parlimen Kuala Kangsar pada 18 Jun, manakala penamaan calon Ahad ini.

    -- BERNAMA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau najib mati rosmah ker yg akan bertanding di pekan nanti?

      Delete
    2. Kalau najib mati, rosmah memang layak jadi calon kerana memang dah dikenali ramai.. jasa kepada negara pun dah byk tak terkira.. pengalaman dlm pentadbiran negara pun ada.. lagipun siapalah najib tanpa rosmah..

      Delete
  5. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete
  6. Kalau dah anaknya cakap macam tu, kan lebih baik letak anak arwah saja bertanding. Kan lebih simpati.

    Biarlah ibu dia tetap menjadi "lembaga penasihat".

    Jika si anak pun dah pandai berwadah politik. Tak salah pun. Umur pun dah layak. Kalau nak dikira kelayakan akedemik tak perlu kot. Sebab dalam UMNO itu tidak menjadi syarat utama seperti yang ditunjukkan oleh MB Kedah.

    Aku rasa anak arwah lebih layak dari ibu dia.

    Contohilah Najib yang bertanding selepas Tun Abdul Razak meninggal. Kuikuikui...

    ReplyDelete
  7. Yang pergi biarlah pergi
    Calon lain sebagai pengganti
    Kerana simpati gantikan isteri
    Nanti ada tak puas hati...

    Tapi umno itu tak kisah
    Mana yg sempat dia belasah
    Ambil mudah tak payah susah
    Kan tak aktif di dalam edah?

    Walaupun siapa calon dibagi
    Nak sokong jibbo berat sekali
    Malu negara sebab emdibi
    Katanya rakyat dah terima gst?


    ReplyDelete
  8. yang penting pertahankan kerusi
    sapa calong tak kesah
    itukan budaya amno
    dah pulohan tahun duk macam tu

    ReplyDelete
  9. mungkin dia dah rasa seronoknyer jadi isteri YB dan la ni dia pulak nak rasa seronoknyer jadi YB.

    ReplyDelete
  10. Apa agaknya yg mastura ni nak yea? Laki baru jea mati.. tapi dah sibuk2 nak jadi yb.. masa laki hidup, tak sibuk2 pulak nak jadi yb.. nie dedak punya pasal lah.. tak cukup2 lagi ke nak kaut dedak masa laki dia hidup lagi?

    ReplyDelete
  11. ...power Cik Din...'bujang..bujang'.. tarikan magnet mesti ckup kuat punya...dari tngok mata sampai orang yg pangkah 'calon bujang'...jaaaahaaanam tempat penamatnya....

    ReplyDelete
  12. saya setuju dengan tajuk artikel ini dan juga dengan isi kandungannya.

    Kita tak perlu cakap pasal edah. saya rasa, isunya adalah sikap Melayu UMNO yang hanya nampak benefit jangka pendek dan tidak mengenal pasti impak di masa hadapan.

    apa yang UMNO buat sekarang ini adalah mengujudkan sistem politik berdasarkan dinasti, hubungan keluarga, hubungan darah dan sebagainya dan megenepikan ahli yang mampu memimpin dan yang berakal sihat untuk " melindungi kepentingan orang islam, melayu, sultan, rakyat dan negara".

    UMNO, UMNO.... you are destroying what our datuk nenek perjuangkan dahulu...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...