Sunday 15 May 2016

TIGA PENJURU HANYA DAPAT DIELAKKAN JIKA PAS TIDAK TERUS SYOK PAKAI BAJU UKURAN LAMA


Walaupun semua yang membenci Najib Razak mengharapkan berlaku pertandingan satu lawan satu antara pembangkang dengan BN di Kuala Kangsar dan Sungai Besar, namun harapan itu nampaknya semakin sukar menjadi kenyataan.

Ia bukanlah disebabkan oleh Pakatan Harapan yang mempunyai tiga parti tidak sedia untuk bertolak ansur, sebaliknya lebih berpunca daripada Pas yang hanya ada rakan bernama Ikatan, sebuah parti paling kecil keahliannya, tetap berkeras mahu bertanding di kedua-dua kawasan tersebut.
Pas seolah-oleh merasakan Kuala Kangsar dan Sungai Besar adalah milik abadi mereka untuk ditandingi, walaupun Naib Presidennya, Idris Ahmad pernah mengatakan parti itu tidak beriman semata-mata kepada pilihanraya, manakala Hadi Awang tidak lama dulu mengatakan pihaknya tidak mahu berebut kuasa dan hanya mahu menasihati kerajaan saja.

Lalu, kenapa sekarang begitu bermati-matian mahu bertanding di kedua-dua kerusi tersebut dan seolah-olah akan gugur iman jika melepaskan salah satu daripadanya?

Dalam laporan Malay Mail Online, Hadi Awang juga berkata, pihaknya akan bertanding sendirian di kedua-dua pilihanraya kecil itu dan tidak akan bekerjasama dengan Pakatan Harapan.

Kata Hadi lagi, Pas sudah bertanding sejak merdeka di kedua-dua kawasan itu dan oleh yang demikian, mereka mempunyai hak mutlak untuk terus bertanding.
Dalam laporan Sinar Harian pula, Hadi dipetik sebagai berkata, Pas mempunyai sokongan akar umbi yang kuat di Kuala Kangsar serta Sungai Besar dan parti lain yang mahu bertanding harus mengukur baju di badan sendiri.

Sepatutnya semua pihak yang mahukan perubahan menghormati kedudukan Pas dan jangan nak berebut, katanya lagi.

Jika Pas merasakan kedua-dua kerusi itu hak mereka berdasarkan pernah bertanding sejak merdeka, ia adalah alasan jumud yang tidak semestinya boleh diterima pakai sepanjang masa serta berdasarkan perubahan serta keperluan semasa.

Jika kekalahan 399 undi di Sungai Besar dan 1082 undi Kuala Kangsar yang dialami oleh Pas dalam pilihanraya 2013 mahu dijadikan sandaran, Pas seharusnya sedar bahawa ketika itu mereka bersama dalam Pakatan Rakyat dan mendapat sokongan kuat daripada PKR dan DAP.
Untuk Sungai Besar, berdasarkan komposisi 2013, Pas tidak seharusnya lupa bahawa undi bukan Melayu ialah 33 peratus sementara di Kuala Kangsar sebanyak 31 peratus.

Oleh itu, jika mereka bertanding kali ini, tanpa dibantu PKR dan DAP sebaliknya bantuan gantian diperolehi daripada Ikatan yang jumlah keahliannya pun kita tak tahu, apakah mereka yakin pengundi bukan Melayu masih menyokongnya?

Katalah berlaku juga pertandingan tiga penjuru, potensi Pas sebenarnya hanyalah di kalangan 66 peratus pengundi Melayu di Sungai Besar dan 68 peratus di Kuala Kangsar, itu pun terpaksa berebut dengan BN dan Pakatan Harapan.

Bagi pengundi bukan Melayu, kecenderungan mereka sudah tentu lebih kepada DAP serta PKR dan walaupun dalam pilihanraya Sarawak terlihat ada kecenderungan kembali menyokong BN, tetapi sudah tentu pengundi bukan Melayu sekarang ini rasa tertipu apabila jawatan Timbalan Ketua Menteri tidak diberikan sebagaimana ada pemimpin yang menjanjikannya.
Maknanya, walaupun Pas tewas dalam majoriti kecil dalam pilihanraya umum lalu, situasinya sudah berubah sekarang ini.

Dalam pertandingan tiga penjuru, dengan undi Melayu berpecah tiga dan undi jika undi bukan Melayu dapat dikawal dengan baik oleh DAP dan PKR, calon Pakatan Harapan lebih peluang untuk menang.

Kalau berlaku pertandingan dua penjuru antara Pas dengan BN sekalipun, ia belum tentu menjamin kemenangan kepada Pas jika DAP dan PKR tidak memberikan komitmen sokongan.

Sebab itu, dalam Pas mahu berkeras dan bermati-matian ingin bertanding di kedua-dua kerusi tersebut, mereka juga harus rasional, terbuka, pandang kiri pandang kanan dan tidak cepat menutup pintu rundingan sebagaimana yang dituntut oleh Islam sendiri.

Sedia bertolak ansur dan berkompromi adalah lebih baik bagi pihak pembangkang iaitu Pas dan Pakatan Harapan daripada parti Islam itu terus berkeras dan masih "syok sendiri" memakai baju dengan ukuran lama, tambahan lagi Amanah yang disebut- sebut akan bertanding sudah pun menghulurkan kelembutan untuk bertanding satu kerusi saja.

Bertolak ansur dan berkompromi dengan Pakatan Harapan mungkin tidak baik jika Pas hanya ingin menjadi talian hayat kepada Najib Razak dalam mengekalkan kuasanya.  (SH 15/05/2016).

61 comments:

  1. Tak kisah tanding 3 penjuru.

    Yg penting rakyat dikempen supaya tak undi calon Najib, ketua perompak negara. Rakyat mesti diberitahu bahawa undi calon Najib bermakna mereka merestu dan menyokong kaki perompak yg merompak wang rakyat.

    Undi melayu terserah..nk undi Pas atau PH. Undi Pas bermakna sokong Najib jugaklah..sbb Najib dh beri makan dedak 15 pemimpin Pas. Husam dh pun cabar Hadi supaya bersumpah tidak terima wang rasuah dari Najib.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan undi BN. Jangan undi PAS.

      Dua parti ni tidur sekatil. Silap haribulan kalau mereka ni bersatu mampos kita. Cakap PAS ni bukan boleh percaya sangat. Dah banyak kali buat U-Turn.

      Jadi elok tumpukan undi pada PKR (Pakatan) sebabnya org cina Semenanjung dah tentu akan pangkah PAKATAN. Tambah dengan undi Melayu di situ maka PKR ada harapan untuk menang.

      Ini strategi nak kalahkan BN untuk UNDURKAN Najib.

      Delete
    2. pru 14 nnti lagi angkuh dan besar kepala..ikot perangai Iblis.

      Delete
    3. SG Besar beri pada pkr, Kuala kangsar beri pada amanah.
      Inshaallah, blh memang.

      Delete
    4. SG Besar beri pada pkr, Kuala kangsar beri pada amanah.
      Inshaallah, blh memang.

      Delete
    5. PAS ni mmg payah org nak faham. Sbb mamat2 dlm PAS berfikir bukan mcm manusia biasa. Mereka adalah org yg hampir dgn Allah. Mereka telah menjadi manusia luarbiasa. Bahasa mereka berada di maqam yg terlalu tinggi. Maka ustat2 perlu bercakap arab semaksimum mungkin. Begitu juga dgn pengikut2. Bahasa percakapan rasmi dirumah dan dikantor PAS adalah bahasa arab. Makanan mereka hanyalah kambing dari syurga. Eh silap, jannatul makwa.

      Dalam perjuangan PAS, kalah adalah satu keseronokan beribadah bila berjuang. Kemenangan adalah sesuatu yg ingin seali dielakkan. PAS tidak suka akan kemenangan. Jika menang, tamatlah perjuangan. Jadi kekalahan adalah sesuatu yg didambakan dan amat2 diperlukan. Sbb itu mereka menjadi ghairah dan berahi benar bila kekalahan berada didepan mata. Kekalahan adalah suatu nikmat perjuangan. Berjuang.dan menang adalah peristiwa ngeri dalam PAS. Apabila menang, tamatlah perjuangan, ini kata2 perwira PAS yg lampau. Mereka tidak ada pelan gerak kerja setelah menang. Pejuang PAS tidak mempu berfikir apa nak buat setelah menang. Menang pada PAS beerti, sudah tamat perjuangan dan hidup bersenang lenang spt dalam syurga.

      Mcm alTontonwi melihat porno german, beliau seorang berada di maqam tertinggi. Menonton porno tidak menaikkan syahwat kpd mereka dimaqam tinggi ini. Ini yg sukar difahami kita sbg manusia biasa. Sukar percaya? Ya.. apabila qarib dgn Allah, mereka mempunyai karamah, kebolehan luarbiasa serta setaraf mukjizat.

      Kita manusia biasa, tidak mampu berfikir spt mereka dalam PAS yg penuh dgn ayat2 suci di dada dan puluhan ribu kitab dirumah2 utk ditelaah. Hairan lagi? X perlu kawan.

      Delete
    6. Apakah Hadi mahu jadi Penipu Mega kepada ahli Pas macam Najib buat kepada ahli UMNO dan ahli parti2 komponen BN?

      Delete
  2. Kalau rakyat ingat pesan Tun mahathir...nak letak 10 calon lawan b.n pun no hal punya!!!!dedak is king Kong!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak ingat pesan mahater pon tak ape. Tapi wak budin dah lebih berbahaya dari rakyat malaysia bernama LGE. tp saya harap pengundi sg besar dan kuala kangsar tahu bahaya sedang menyusul. Harap pengundi lebih bijak dari wak budin (sy bukan maksudkan wak budin terlalu bodoh, tp mungkin tidak ambil perhatian secara firasat) menilai beberapa siri kenyataan dari bos besar harapan. Ketentuan perlu mengikut perintahnya, jika tidak pasti dia mengesahkan kamu penyokong UMNO atau memihak NAJIB atau pengundi BN. jangan syok melampau.. jgn jd ayam termakan dedak buat kali pertama..

      Delete
  3. Cehhh..mulut celupar najib dan orang2nya hanya pandai menuduh Tun Mahathir bersubahat dgn dap yg pernah Tun kata racist, sedangkan najib dan orang2 nya itu sendiri bersubahat dgn pas parti perlampau.
    Umno pernah berkata pas lebih bahaya daripada komunis.
    Najib dgn macai2nya tidak payahlah menunding jari kpd Tun untuk menghasut orang2 Melayu yg lain supaya membenci Tun.
    Mala petaka besar yg di bawa oleh najib menimpa negara hari ini bukan saja menimpa orang2 Melayu saja tetapi semua rakyat Msia.
    Oleh itu salahkah kalau Tun dan kesemua parti kecuali presiden pas bekerja sama untuk menolak najib dan karbinet 1MDB nya?
    Tun sekarang hanyalah rakyat biasa. Tun tidak mewakili apa apa parti.
    Dan yg lebih penting Tun yg amat kami kasihi dan amat kami muliakan tidak akan keseorangan.
    Najib kau adalah perosak negara.

    ReplyDelete
  4. Menang@kalah tak penting, yang sedap dedak jangan ditolak

    ReplyDelete
  5. hadi hadi hadi....hg ni betoi2 tak boleh pakai lansung..

    ReplyDelete
  6. Biarkan pas bertanding 1-1 lawan bn.dap pkr amanah jangan masuk bertanding.kita mau parti penasihat (tidak mahu ke putrajaya) melawan sedondon dengannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai calon bebas berminat nak bertanding ni...mencuba nasib bukan nak tolong selamatkan negara pun

      Delete
    2. Ini prk sedondon

      Delete
    3. Undi pas samalah undi bn. Kan kembar tu. Baju pun sama pink.

      Delete
    4. Dulu PAS dapat undi orang cina. Sekarang PAS dah keluar Pakatan. Orang cina akan undi PKR atau PAN parti komponen Pakatan.

      PAS bermimpi ingat sokongan masih macam dulu2. Meka tak sedar lain hulu lain parang, lain dulu lain sekarang.

      Delete
    5. PAS kene berpijak di bumi yg nyata. Sila rujuk prestasi PAS pd praya 2004 & 2008._

      Delete
    6. PAS kene berpijak di bumi yg nyata. Sila rujuk prestasi PAS pd praya 2004 & 2008._

      Delete
  7. Ulama apa kalau selalu tuang kerja tapi cukup bulan ambil gaji.
    Halal ker makan gaji tu?
    Elok sgtlah dia berkawan dgn najib sebab sama sama penipu.

    ReplyDelete
  8. Tak apa Tuan Budin, biarkan Pas bertanding.
    Tiga penjuru tiga penjurulah, apa nak buat.
    Bukankah Pas ni parti celaka dan laknat.
    Tapi di Sungai Besar atau Kuala Kangsar
    calonnya mesti Presiden Pan, Mat Sabu.
    Di Pru13, Pas menang kerana dibayangi Anwar.
    Kini, mereka rapat dengan Najib pasti lingkup.
    Apatah lagi Presidennya, Hadi@PilKuda, flip flop.
    Silap-silap haribulan deposit pun hangus.

    ReplyDelete
  9. Umngok be end semakin bijak mencari jalan untuk menang.Walaupun tidak undi umngok be end tapi pasti undi ini akan dipecahbelahkan supaya umngok be end tetap menang.Biarkan parti penasihat 1 lawan 1 umngok be end, bolehlah prk ini dinamakan prk sedondon.

    ReplyDelete
  10. Cis, lagi banyaklah
    Noh Omar Udang dan Jamal Ikan Tongkol
    dapat dedak, makanan ayam, itik dan babi.
    aku dapat apa???...
    Pengudi2 Sungai Besar patut ingat tu.

    ReplyDelete
  11. Calonkan Tun Mahathir sebagai calon bebas di Sungai Besar atau Kuala Kangsar

    ReplyDelete
  12. Calonkan Tun Mahathir sebagai calon bebas di Sungai Besar atau Kuala Kangsar

    ReplyDelete
  13. Mestilah bajet pilihanraya kecil umno bagi kat jamal ikan tongkol.
    Bolehlah dia beli meriam pula kali ni pasang keliling rumah untuk jaga keselamatan diri dia.

    ReplyDelete
  14. Rakyat yang faham isu 1MDB tidak akan mengundi PAS. Murshidul Am PAS Haji Haron Din mempertahankan Mohd Najib Abd Razak dari tuduhan menerima MYR 2.67 billion ke dalam akaun peribadinya sebagai tidak masuk akal. Kemashalatan pemimpin menjadi perjuangan mereka kini sedangkan rakyat dibiar terus terinaya dan dizalimi. Cukup sudah.

    ReplyDelete
  15. Dalam apa jua perjuangan mesti ada pengorbanan, dan masing2 harus terima dan lakukan dgn rela dan ikhlas. Sekarang ni PAS dah bagitau nak lawan UMNO/BN dan harap tiada parti lain mengganggu. PAN juga nak minta persetujuan Pakatan Harapan.

    Aku cadang semua parti pembangkang bergabung tenaga utk memilih seorang saja calon utk menentang UMNO. Calon tersebut pula harus bertanding atas tiket CALON BEBAS yg mewakili Gerakan Selamatkan Malaysia / Deklarasi Rakyat. Ini akan beri ruang dan keselesaan kepada parti pembangkang utk bekerjasama kerana berkongsi hasrat yg satu seperti yg terkandung di dalam DR. Tiada mana2 parti pun perlu berkompromi dalam mempertahankan ideologi masing2, sepertimana kita menandatangani DR juga. Tiada soal kita menyokong komunis / syiah / yahudi / lgbt. Kemenangan juga, jika kita berjaya, adalah kejayaan bersama dalam menentang kemungkaran dan kemusnahan negara. Itu definisi SATU lawan SATU bagi diri aku.


    Tetapi orang Melayu ni tebal sangat hasad dengkinya. Lebih rela jika semua ‘berkongsi kalah’ pun tak apa, senang nak memaki hamun menyalahkan orang lain. Sebab itulah aku letakkan pilihan kedua, iaitu memilih CALON BEBAS.

    Betul dalam komen aku di entry yg lalu aku cadangkan kita pilih saja mana2 CALON BEBAS lain asalkan bukan BN ataupun PHarapan ataupun PIkatan. Biar kita ambil contoh P.67 Kuala Kangsar. Katakanlah UMNO/BN dapat 10,000 (PRU13 dapat 14,217); PAS 5,000 (13,136); PAN 5,000, dan 10 CALON BEBAS masing2 dapat 1,000 undi. Jumlah undi 30,000 dari 33,540 pengundi berdaftar (pada PRU13 dulu). Pastinya UMNO/BN menang, tapi aku akan puas hati kerana CALON BEBAS juga dapat sejumlah 10,000 undi. Itu manifestasi rakyat yg yg menyokong GSM / DR. Undi PAS dan PAN dema letak le kat mana pun yg dema suka, tak sior aku nak jumlahkan sebagai penyokong GSM / DR juga.

    Memang aku harap UMNO/BN akan berdepan SATU lawan SATU dengan CALON BEBAS yang mewakili GSM / DR, bukan wakil mana2 parti pembangkang yg sedia ada. Belajarlah dari Adenan Satem…

    ReplyDelete
  16. Amanah kena masuk. This is free country walaupun x berapa free. Janji lawan. Amanah ada harapan utk menang. Ini semenanjung. Bukan sarawak. Yg penting kalahkan BN. For Pas! Tak penting pun nak pikirkan. Tak ada pekdah utk kita semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau Wan Azizah dan Azmin Ali
      masih lagi nak sujud ke kaki Pas.
      Pakatan Harapan akan hancai boncai.
      Bak kata Anon 19:46 Pas tu kan
      parti celaka dan laknat.
      Aku tambah satu lagi, khianat.

      Delete
  17. pas gagal pujuk ahli amno sokong pas
    atau pas jadi ajen amno untuk kedaaan tertentu
    dah tak boleh nak diharap sangat
    banyak kaki pelingkup

    ReplyDelete
  18. Pas ni apa cerita beri amaran kat orang, diri sendiri kena sindir kerana pertahan bangkai gajah umno tak malu pulak, nasihat pada ahli supaya nasihat hj hadi supaya bersikap adil dan jgn melawan arus kehendak rakyat yg ingin perubahan ketua kepimpinan negara

    ReplyDelete
  19. DIA BAGI KITA KEBAS,UNDILAH BEBAS!

    ReplyDelete
  20. Itu kawasan tradisi PAS. Sepatutnya selain UMNO kalo nak BN kalah janganlah kacau daun. X lah PAS. Tetapi kalau nak kacau juga, SILAKAN DAN BAK KATA TGHH, PAS SEDIA MENERUSKAN TRADISI KEKALAHANNYA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pergi mampuslah pas...
      hadi & geng dapat dedak rm juta2.
      lu (anon 23:08) dapat apa?

      Delete
    2. Dia sindir tu bro... :-)

      Delete
    3. Aikkk..kata parti lslam

      Delete
  21. Kalau lah Tok Guru Nik Aziz masih hidup beliau pasti beri laluan untuk lawan satu sama satu dengan BN namun apakan daya penganti nya Lebai Haprak kelas one division one punya Lebai

    ReplyDelete
  22. Biaq la Pas nak kata apapun.lagi pula Pas bukannya sekutu ph yg tiada harapan.bukan ka la ni Pas sendirian.

    ReplyDelete
  23. Teghadisi tok mu 23:08..PAH mase dalang PR dulu pong oghang pangkoh sebab ngenangkang TGNA jer..kalu setakat Aji Adi..dok paka ghawa..setakat rusile..kuat le..tu pong kuat lebong..kat KT dok chare di oghang pong!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pembetulang:
      "Teghadisi tok dia 23:08.."
      Ambe mitok mahap..tesaloh tuleh 23:08..bukang kate ke awok.

      Delete
  24. Amanah mesti bertanding untuk menilaikan kekuatan mereka.

    PAS tidak akan menang kerana Cina yang pegang 30% undi dikedua-dua tempat tidak akan mengundi mereka. Cina disana ada maruah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul ke China di sana ada maruah? Jgn lupa Teluk Intan

      Delete
  25. Xkan ulamak dan ustaz nak wala dgn mat sabu. Ada logik ka

    ReplyDelete
  26. 1) melawat hospital di Tanjong Rambutan
    jika sesat sila bertanya
    hadi dan pee emm satu pakatan
    pakai sedondon ada maknanya..

    2) ikut nasihat Tun Mahathir
    biar satu melawan satu
    undi rakyat jangan dibazir
    jika tak undi menang lah hantu

    3) kita tak kira siapa calonnya
    letak Bebas wakili semua
    matlamat satu kita bersama
    agar kalah sang penguasa

    4) ikan kelisa di dalam sangkar
    masuk kucing di siat siat
    bukan masa untuk bertengkar
    tunjukkan dia kuasa rakyat

    5) mem P.Ramlee nama Saloma
    satu pasangan seiring sejalan
    bersatu hati kita bersama
    berganding tangan tolak kebatilan

    6) bro..
    sudah penat aku berpantun
    minum air aku tersedak
    it's our pleasure to support Tun
    bring us out of the dark...






    ReplyDelete
  27. Mcm mana klu tun jadi ketua pembangkang jdi calon sg.besar pi parlimen londeh dan kincit najib.

    ReplyDelete
  28. aku mmg setuju dengan Tun cuma aku tak berapa nak percaya retorik pakatan xboleh harap.

    aku nak tengok kalau kali ni pakatan xbleh harap ni buat apa kalau PAS berdegil nak lawan BN nanti.

    kalau pakatan xboleh harap juga bertanding aku cuma kata haram jadah.

    BN dan pakatan sama2 haprak.

    kalau BN tetap menang disebabkan pecahan undi .. mmg aku terus gelar pakatan harapan = pakatan haprak

    dan aku harap next PRU orang UMNO pro TUN jangan keluar mengudi langsung sebab pakata harapan mmg tak boleh harap. RETORIK.

    membazir undi...

    ReplyDelete
  29. Parti yg satu ini sebenarnya syok sendiri saja nama saja parti islam tetapi ego dan tak mahu cermin diri klu dia bertanding 99.9% menempah kekalahan tamvah pula mereka dgn bn dah mesra lagilah org meluat maka pakatan harapan mestilah bertanding kali ini

    ReplyDelete
  30. Hadi memang hendak sangat BN menang dan walau apa sekali pun tidak akan bertolak ansur punya.

    Amanah mesti bertanding dalam kedua2 prk ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bertaubatlah Hadi! ...

      https://www.youtube.com/watch?v=TQNEiOZkzXs

      Delete
  31. Belum pun kering tanah pusara pertelingkahan sesama komponen Pakatan Harapan di Sarawak, pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar nampaknya sekali lagi akan membongkar pakatan itu.


    Sumber yang rapat dengan PKR mendedahkan kumpulan tertentu dalam parti itu, yang dikatakan dipimpin oleh Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali kini dalam rundingan dengan PAS membincangkan kerusi antara dua parti itu.

    “Aturannya adalah PKR akan bertanding di Sungai Besar manakala PAS boleh bertanding di Kuala Kangsar tanpa campurtangan daripada parti-parti Pakatan Harapan yang lain,” kata sumber yang tidak mahu dinamakan itu.

    Dalam pilihan raya negeri Sarawak baru-baru ini, pertelagahan antara PKR dan DAP membawa kepada pertembungan di enam kerusi.

    Kedua parti gagal temui kata sepakat dan menurunkan calon di Mambong, Batu Kitang, Murum, Simanggang, Ngemah dan Mulu. BN menang di keenam-enam kerusi ini.

    Kembali ke persoalan pilihan raya kecil di Semenanjung, FMT difahamkan Presiden AMANAH, Mohamaad Sabu dan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berasa terkilan dengan perkembangan ini kerana AMANAH mahu bertanding di salah satu kerusi itu.

    Sumber memberitahu PKR akan cuba menyelesaikan masalah berbangkit secara dalaman dengan memastikan calon-calon yang bakal diturunkan dipersetujui dan disokong oleh semua komponen PH.

    Sementara itu, sumber yang rapat kepada PH mendakwa dua pimpinan pusat PKR – seorang daripada sayap wanita dan seorang daripada sayap pemuda – kini terbabit dalam rundingan kerusi dengan PAS.

    “Dua pemimpin itu telah mengadakan mesyuarat dengan PAS mengenai Sungai Besar semalam,” menurut sumber itu.

    FMT juga difahamkan bahawa calon-calon yang dikenalpasti oleh kumpulan Azmin itu adalah Naib Presiden PKR, Shaharuddin Baharuddin atau bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib.

    Meskipun komen daripada dua nama yang disebutkan itu belum dapat diperoleh, Muhammad, yang menyertai PKR tahun lepas selepas meninggalkan PAS berkata dua kerusi itu patut ditandingi oleh parti Islam itu.

    “Bertanding untuk tewas bukanlah pilihan bijak dan kini adalah masa untuk konsolidasi.,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

    Azmin, ketika ditemui pemberita di Sungai Besar hari ini, enggan mengulas samada PKR akan bertanding atau tidak di Parlimen itu.

    “Calon belum ditentukan, masih dalam perbincangan,” katanya.

    Sementara itu, Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man memberi amaran kepada PH supaya jangan menyertai pilihan raya kecil ini jika mereka mahu menewaskan BN kerana Sungai Besar dan Kuala Kangsar merupakan kerusi tradisi parti Islam itu.

    Kerusi Sungai Besar dan Kuala Kangsar kosong selepas Ahli Parlimen Noriah Kasnon dan Wan Mohammad Khair-il Anuar maut dalam kemalangan helikopter minggu lepas semasa kempen pilihan raya negeri Sarawak

    ReplyDelete
  32. Presiden PAN, Mohamad Sabu dikatakan telah menepuk meja apabila kumpulan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menuntut kerusi Parlimen Sungai Besar ditandingi oleh calon PKR.


    Tuntutan itu dikemukakan oleh dua orang Naib Presiden PKR, Tian Chua dan Shamsul Iskandar Mat Akin yang dikenal pasti dari kem Azmin atau digelar sebagai kumpulan boboi.

    “Kalau nak perbodohkan orang pun, agak-agaklah……. bukan semua orang lain bodoh macam Tian Chua dan Shamsul Iskandar.

    “Ada ke patut, dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan, di depan Mat Sabu dan Lim Guan Eng, Boboi cadangkan supaya PAS bertanding di Kuala Kangsar dan PKR bertanding di Sungai Besar….!

    “Sekali Abang Mat hentak meja, tahu pun Boboi terkial-kial macam tikus masuk perangkap, muka pucat lesi.

    “Kalau aku jadi Abang Mat, aku pergi tonyoh je kepala Boboi tu ke bucu meja,” dedah facebooker pro PAN, Abe Awang Malaya.



    Kejadian itu didakwa berlaku semasa mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan, di ibu pejabat PKR pada Rabu.

    Mengulas isu sama, blogger Omak Kau tidak menolak kebenaran maklumat yang didedahkan oleh facebooker pro PAN itu, namun dia berpendapat ini merupakan taktik Azmin menggunakan kouta PKR untuk calon PAS.

    “Siapa boleh berikan pengesahan dan penjernihan info mengenai PRK Sungai Besar bahawa PKR sanggup beri laluan kepada PAS bertanding dengan syarat guna pakai logo PKR.

    “Calonnya PAS tapi guna logo PKR.

    “PAS dengan tegas menolak cadangan tersebut … sebagai parti ada integriti, maruah dan harga diri PAS tetap maukan calonnya bertanding di Sungai Besar dengan menggunakan logo PAS juga.

    “Tiada kompromi dan tiada boleh dijual beli,’katanya.

    ReplyDelete
  33. Penganalisis politik berkata, menyaksikan parti pembangkang bertanding sesama sendiri boleh menyebabkan pengundi hilang kepercayaan terhadap pembangkang, yang telah meletakkan diri mereka sebagai alternatif kepada kerajaan BN dalam pilihan raya umum akan datang.


    Malah, isu inilah yang dikatakan telah menjejaskan prestasi pembangkang dalam pilihan raya Sarawak baru-baru ini, di mana ia dicemari oleh parti gabungan Pakatan Harapan (HARAPAN) - PKR dan DAP - bertembung satu sama lain dalam pertembungan banyak penjuru.

    Bagi mengelak berulangnya perkara itu, pengarah Merdeka Centre, Ibrahim Suffian berkata HARAPAN yang berusia lapan bulan itu harus membiarkan PAS bertanding di kerusi tradisinya di pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

    "Lebih baik memudahkan keadaan. Jika PAS mahu bertanding kedua-dua kerusi itu, maka lebih baik bagi pembangkang membiarkannya. Biarkan PAS bertanding sendiri dan mengukur kekuatannya sendiri," katanya kepada Malaysiakini.

    "Masalah sekarang ialah kita ada AMANAH, yang melihat dirinya sebagai pengganti PAS (dalam HARAPAN)," katanya sambil menambah, walaupun dilihat bersemangat tetapi parti itu perlu melihat bahawa ia tidak mempunyai jenama politik dan jangkauan sepertimana PAS.

    Pilihan raya kecil itu diadakan ekoran Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon yang juga ahli Parlimen Sungai Besar dan MP BN Kuala Kangsar, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad terkorban dalam nahas helikopter pada 5 Mei lalu.

    AMANAH telah membayangkan ia mungkin bertanding di Sungai Besar, yang dimenangi BN dengan majoriti tipis 399 undi dalam pilihan raya umum 2013.

    Manakala PAS, yang berazam untuk bertanding di kedua-dua kerusi itu, telah meminta HARAPAN supaya tiak bertanding di situ.

    Para pemerhati berhujah bahawa HARAPAN dan PAS perlu berunding untuk memastikan pertandingan satu lawan satu dengan BN.

    Jika tidak, kata Ibrahim, akan berulang pertembungan sepertimana dalam pilihan raya negeri Sarawak, yang boleh menjejaskan mood pengundi dan memberi kesan terhadap peratusan yang keluar mengundi.

    Ada konsensus pembangkang

    Bersetuju dengan pandangan itu, penganalisis politik Tang Ah Chai berkata kegagalan untuk bersetuju bertanding satu lawan satu mungkin melimpah ke pilihan raya umum akan datang, melainkan jika pembangkang berusaha membaiki keadaan dengan mencapai konsensus.

    "Pilihan raya kecil membawa lebih signikan daripada menang atau kalah. Jika pembangkang (HARAPAN dan PAS) gagal mencapai kata sepakat, rakyat akan menyimpan keraguan terhadap mereka.

    "Jika anda tidak boleh mencapai satu persefahaman dalam rundingan kerusi, bagaimana anda akan memerintah negara ini? Inilah yang akan ditanya pengundi," katanya.

    Walaupun ianya, penting, Tang bagaimanapun tidak nampal adanya usaha di kalangan pembangkang ke arah mengadakan rundingan.

    "Dari apa yang saya melihat, ia nampak sangat sukar (untuk mengatur pertandingan satu lawan satu)," katanya.

    Penganalisis politik Liew Wui Chern lebih pesimis mengenai peluang mencapai kata sepakat seumpama itu.

    "Mereka bercakap tentang pengajaran daripada pilihan raya negeri Sarawak. Tetapi, kekalahan teruk menimpa DAP dan PKR, bukan bagi PAS dan AMANAH.

    "Kedua-dua PAS dan AMANAH bertanding dalam pilihan raya negeri itu, tetapi mereka tahu mereka tidak akan menang," katanya.

    Liew tidak menolak kemungkinan kegagalan dalam rundingan walaupun jika ia diadakan, kerana kedua-dua parti itu nampaknya berkeras untuk bertanding di kedua-dua kerusi berkenaan.

    ReplyDelete
  34. Pendapat saya...biarlah PAS di Sg Besar..PH bertanding di Kuala Kangsar wpon 3 penjuru..

    ReplyDelete
  35. Pakatan Harapan (HARAPAN) tidak seharusnya membuat keputusan berdasarkan sentimen dan dendam dalam dua pilihan raya kecil di Kuala Kangsar dan Sungai Besar, kata bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin.

    Beliau berkata, HARAPAN harus bersikap realitistik untuk menerima hakikat bahawa PAS telah lama mempunyai penyokong akar umbi di dua kawasan berkenaan berbanding Parti Amanah Negara (AMANAH).

    Tambahnya, AMANAH merupakan sebuah parti serpihan yang masih mencari sokongan dan tidak pasti sejauh mana sokongan rakyat kepadanya.

    "Sekiranya berlaku pertandingan satu lawan satu lawan satu antara PAS dengan BN maka besar kemungkinan PAS akan menang berasaskan pada sentimen kemarahan rakyat kepada Umno dan pimpinan Umno sekarang.

    "Kemenangan PAS ini akan meningkatkan moral rakyat untuk meneruskan sokongan mereka kepada parti-parti pembangkang dalam pilihan raya umum akan datang," katanya dalam satu tulisan di blog beliau.

    Katanya, jika AMANAH meneruskan hasratnya bertanding di dua kawasan itu, ia akan dilihat tidak lebih sekadar percubaan untuk mengukur sejauh mana kekuatannya berbanding PAS.

    "Tetapi jika kalah maka moralnya akan jatuh kepada taraf yang paling rendah dan memberi kesan moral yang besar kepada Pakatan Harapan terutama PKR sendiri," kata beliau.

    Beliau berkata kemenangan PAS akan membuka jalan pemulihan kerjasama parti itu dengan HARAPAN meskipun PAS kini dilihat cuba berbaik dengan Umno.

    "Tetapi hakikat yang tersembunyi ialah penyokong PAS di akar umbi tidak dapat menerima Perdana Menteri Najib dan isterinya Rosmah.

    "Sekiranya BN menang di Kuala Kangsar dan Sungai Besar maka bererti Datuk Seri Najib akan berpeluang untuk menjadi perdana menteri seribu tahun lagi tetapi sekiranya kalah maka beliau tidak boleh tunggu walau sesaat sekalipun untuk terus berada di puncak kuasa demi masa depan Umno dan BN," ujarnya.

    PAS terdahulu mengumumkan akan meletakkan calon di dua kerusi berkenaan berdasarkan pembahagian kerusi pada PRU 13 lalu.

    ReplyDelete
  36. Bagaimanapun AMANAH juga dilihat mahu meletakkan calon mereka sekaligus bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru di dua kawasan berkenaan.

    Sekiranya berlaku pertembungan tiga penjuru, PKR akan tersepit di antara kerjasamanya dengan PAS di Selangor dan AMANAH yang menjalinkan kerjasama dengan PKR dalam HARAPAN.

    DAP semalam menyerahkan kepada PKR dan AMANAH memandangkan dua kawasan berkenaan adalah majoriti Melayu.

    ReplyDelete
  37. bear in mind pas is also in the opposition regardless of they being at odds with PH, learn from the 3 cornered fight mistake, compromise for the sake of a strong opposition and give bijan a bye bye message that even umno cannot ignore, make the bn calon hilang deposit, lets put our determination together, this is only a by election, the outcome does not change the state gomen

    ReplyDelete
  38. Pas masuk bertanding semata mata nak bagi kemenangan mudah kpd BN.
    Jangan dok percayalah kat pas ni. Orang orang pas ni se kerat belut, se kerat ular dan se kerat lagi biawak.

    ReplyDelete
  39. Kerusi tradisi..tak pernah menang. Tradisi kalah buat apa.

    ReplyDelete
  40. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  41. Seharusnya amanah dan pkr tidak bertanding di 2 tempat tersebut biarkan PAS berlawan kita tengok siapa yang kena. Aku bukan sokong pas pun tapi dari segi strategi begitulah caranya.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...