Wednesday 11 May 2016

SUNGAI BESAR, KUALA KANGSAR UJIAN "CINTA TIGA SEGI" PAS


Siapakah sebenarnya yang paling "susah hati"  untuk menghadapi pilihanraya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar yang besar kemungkinan akan menyaksikan pertandingan tiga penjuru kali ini?

UMNO dan BN? 

Mungkin tidak kerana kedua-dua kerusi itu memang milik mereka sebelum ini. Kalah atau menang tidak menjejaskan apa-apa kepada kedudukan kerajaan, meskipun kekalahan barangkali lebih mencalarkan sedikit imej Najib Razak serta boleh digambarkan sebagai penolakan rakyat yang makin ketara terhadap kepimpinannya.

Kemenangan BN dalam kedua-dua pilihanraya kecil tidaklah juga boleh dibanggakan sangat berikutan kuasa wang dan kelebihan jentera kerajaan memang memihak kepadanya.

Pakatan Harapan?

Juga tidak mungkin susah hati kerana kalah atau menang tidak memberi banyak kesan kepada kedudukan gabungan pembangkang itu, walaupun kerajaan negeri Selangor dikuasai oleh mereka. 

Cuma jika Amanah bertanding di kedua-dua kerusi itu dan menang, ia mampu menyuluhkan cahaya lebih terang kepada perjalanan masa depannya yang lebih meyakinkan.

Sebagai parti baru, jika kalah pula, tentu saja ia dianggap biasa dan dapat diterima oleh sesiapa jua, malah merupakan pengalaman berharga buat Amanah.

Pas?

Dalam kedudukan sekarang, Pas pada hakikatnya sedang terperangkap dalam "cinta tiga segi" antara UMNO dengan PKR yang kedua-dua parti itu ingin "dilayan dan dikasihinya" sebagai teman pembawa bahagia.

Setelah keluar daripada Pakatan Rakyat kerana beberapa pertembungan dengan DAP dan perpecahan dalamannya sehingga tertubuhnya Amanah, Pas sebaliknya masih bertahalul siyasi dengan PKR di Selangor.

Kerajaan negeri Selangor yang dipimpin oleh Azmin Ali masih dianggotai oleh Pas dan tiga wakil rakyatnya dilantik sebagai Exco Kerajaan Negeri. Banyak jawatan lain dalam kerajaan negeri juga diserahkan kepada ahli Pas.

Tetapi di peringkat pusat, Pas enggan menyertai Pakatan Harapan yang dianggotai oleh PKR, DAP dan Amanah dan parti itu mahu bergerak sendirian. Hanya beberapa bulan kebelakangan, ia bergabung dengan sebuah parti kecil, Ikatan yang dipimpin oleh Kadir Sheikh Fadzir.

Dalam masa yang sama, khususnya melalui Hadi Awang dan Dr. Haron Din, Pas lebih cenderung ingin berbaik-baik dengan UMNO dan BN, meskipun Najib diperkatakan di seluruh dunia berhubung skandal 1MDB dan wang RM2,600 juta yang masuk ke akaun peribadinya.

Beberapa kenyataan Presiden Pas seperti mengatakan partinya tak kemaruk kuasa untuk perintah negara, hanya mahu menjadi penasihat kepada kerajaan dan sedia berpakaian sedondon merah jambu dengan Najib dalam satu majlis, jelas memberi bayangan mengenai hala tujunya, sekurang-kurangnya selagi ada Hadi Awang sebagai penaraju dan Dr Haron Din selaku Mursyidul Amnya.

Sementara Pas dilihat masih "sayang"  kepada PKR di Selangor, walaupun enggan menyertai Pakatan Harapan, ia sebaliknya turut "saling memikat" dan sesekali juga berani "keluar dating"  dengan UMNO.

Jadi, dalam pilihanraya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar ini, apa yang patut dilakukannya?

Jika Pas turut bertanding di Sungai Besar dan katalah Amanah yang bertanding di situ, ia dianggap seperti  mengkhianati hubungan cintanya dengan PKR yang menjadi salah satu komponen dalam Pakatan Harapan?

Sanggupkah dalam kempen-kempen nanti, pemimpin Pas mencela dan menghentam Pakatan Harapan sedangkan melalui tahalul siyasinya, wakil parti itu masih memegang pelbagai jawatan dalam kerajaan negeri, termasuk Exco dan lain-lainnya?

Jika ingin menguji kesetiaan Pas, adalah lebih baik jika PKR yang dipilih bertanding di Sungai Besar. Apa pilihan Pas ketika itu agaknya?

Dalam masa yang sama, sanggupkan juga pemimpin Pas menghentam dan membalun Najib berkaitan beberapa isu yang terpalit dengannya sedangkan kedua-duanya "saling memikat"  dan Najib pula sedia bersusah payah meluangkan masa setiap kali Hadi Awang dan Dr. Haron Din dimasukkan ke hospital?

Di Kuala Kangsar, jika Pas bertanding, ia mungkin tidak begitu dikaitkan dengan Pakatan Harapan kerana di Perak, ia memang tidak bertahalul siyasi dengan mana-mana parti.

Namun, ia memberi kesan yang sama juga dalam hubungan "saling memikatnya" dengan UMNO.

Bagaimana kempen dan gerak kerja Pas di Kuala Kangsar? 

Oleh kerana Pas adalah parti yang biasa membalun dan menyalahkan pihak lain, khususnya kerajaan, dalam kempen dan ceramahnya, siapakah yang akan disasarkannya dalam kempen itu nanti?

Jika UMNO dan Najib dijadikan bahan kempen oleh Pas, sudah tentu tersinggung sampai ke tulang hitam Pahlawan Bugis dibuatnya.

Menghentam Pakatan Harapan juga tidak masuk akal dalam kempen Pas di Kuala Kangsar kerana gabungan itu bukan kerajaan di peringkat negeri. Rakyat juga akan pelik jika pembangkang menghentam sesama pembangkang.

Maka, apa pilihan Pas yang sebaik-baiknya?

Dalam hal ini, terbukti bahawa bermain "kayu tiga"  atau mengamalkan "cinta tiga segi", tetap menyusahkan bukan saja dalam hubungan manusia, bahkan juga dalam politik dan kuasa.

Pilihan terbaik bagi  Pas ialah tidak bertanding dalam kedua-dua pilihanraya kali ini dan meneruskan "cinta tiga seginya"  seperti sedia ada kerana parti itu nampaknya lebih ingin berbahagia dengan cara begitu daripada kemungkinan putus hubungan dengan salah seorang "kekasihnya" itu.

Sekurang-kurangnya sehingga pilihanraya 2018, nikmat hubungan "cinta tiga segi"  itu masih banyak dapat diraih, dikutip dan dinikmati sepuas-puasnya sebelum membuat keputusan muktamad sama ada "berkahwin"  dengan salah satunya atau meninggalkan kedua-duanya untuk benar-benar hidup sendirian.

Jika bertanding juga, kemungkinan salah seorang "kekasihnya" merajuk dan  jauh hati lalu meninggalkannya adalah besar sekali. (SH 11/05/2016).

58 comments:

  1. PAS ni sudah jadi parti haramjadah! Msna pergi laungan hudud atau Islsm? Sekarang ni dah cenderung kepada berbaik dengan parti yang penjehanam.

    Pilah mampuih!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akhirnya rakyat juga yg terpaksa tangguh hutang 1mdb...zalimnya najib...

      Delete
    2. Tahalluf siasi dgn PKR,
      Taawun dgn UMNO,
      Masaalah rakyat masih terbiarrr
      Pimpinan PAS cakap sembrono...

      Tak payah lah PAS bertanding menghabiskan duit derma ahli ahlinya, elok lah jadi penasihat dapat gaji macam Nasarudin Mat Isa yg hidup selesa dgn dedak Najib.

      Delete
    3. umno vs PAS vs AMANAH

      UMNO serang AMANAH...AMANAH serang UMNO balik = adil kan?

      PAS serang dan maki hamun AMANAH dan juga DAP yang tak bertanding = lebih adil dan terbaek kan??!!! keh keh keh

      Delete
  2. saudara shabudin...kalau betul deklarasi rakyat sudah mencapai 1juta.
    bila tun dr mahadhir akan mengadap agong????

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tanya najib..kenapa 1mdb hurang berbillion, kerajaan terpaksa selesaikan guna wang rakyat?

      Delete
    2. 12.34
      Apa kata kamu pegi tanya Tun sendiri??

      Delete
  3. Pas terperangkap dalam permainan Hj Hadi dan Najib..ahli2 lain harus melakukan sesuatu sebelum PAS berkubur dalam election akan datang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dari Ibnu Abbas r.a. ia berkata: "Rasulullah (aallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Barangsiapa mengambil seseorang untuk bekerja di sebuah jabatan kerana ada hubungan kekeluargaan, padahal ada orang lain yang lebih disukai oleh Allah daripadanya, maka sesungguhnya ia telah berlaku khianat kepada Allah dan Rasulnya dan juga kepada orang mukmin'."
      (riwayat Al-Hakim)

      Delete
  4. Pas telah terperangkap dalam permainan Hj Hadi dan Najib...kesia ahli bawahan yang mengikut membuta tuli

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dari Abdullah bin Umar r.a. ia berkata : "Aku mendengar Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) bersabda: 'Kamu sekalian adalah pemimpin dan kamu sekalian akan diminta bertanggungjawab tentang apa yang kamu pimpin'." (riwayat Al-Bukhari)

      Delete
  5. Bole jd parti haram sbb bermukah dgn PKR n UMno skli.

    ReplyDelete
  6. Bagi kami yg keciwa dg UMNO, kami harap PAS membuat pendirian yg muktamad sama ada nak sekongkol dg UMNO atau tidak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. PAS 50-50. Org yg tak tetap pendirian macam LALANG ni tak boleh nak harapkan sangat. Tu sebab perompak guna kesempatan jadikan PAS benteng utk kukuhkan kedudukan kuasa dia.

      Undi PAS samalah dgn undi umno.

      Delete
  7. Taktik politik...sje cari isu..

    ReplyDelete
  8. PAS PIS PUS..di sana melepas..di sini silap-silap teruih al-mamfus.

    ReplyDelete
  9. Tulisan yang mengulangi isu basi. Dikitar semula untuk memburukkan PAS. Walaupun semuanya telah dijelaskan tapi penulis tetap tidak faham atau sememangnya bebal untuk memahami pendirian PAS. Untuk makluman penulis, PAS tidak gentar untuk berhadapan walau dengan sesiapapun. Silalah masuk. Gelanggang sudah dibuka. Mengapa perlu risau tentang PAS mengambil pendekatan yang berbeza dengan pembangkang yang lain? PAS mengambil pendekatan menerang bukan menyerang. PAS mengambil pendekatan untuk menasihati bukan memusuhi kerana tidak semua yang UMNO buat itu salah. Sekurang-kurangnya mereka yang selama ini menjauhi akan mula mendekati. Ada orang bertanya tentang mana hudud yang PAS perjuangkan akan tetapi dalam masa yang yang sama ketika PAS menyatakan hasrat hudud walaupun cuma di Kelantan..orang itulah juga yang menentang. Maka saya berharap penulis yang selama ini menulis dengan matang dan tenang tidak berusaha menjatuhkan martabat dirinya setaraf dengan cai upahan yang mengelirukan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulisan saya adalah pandangan saya, setuju atau tidak terpulang kepada pembaca, tetapi sekurang-kurangnya saya menulis dengan rasa tanggungjawab dan berani meletakkan nama betul dan gambar saya yang sebenar.

      Delete
    2. Isu tak basi....dia menulis mengikut pandangan...nak wujud blok ke 3??? Hmmm ado orang nak undi ker??? Di Kelantan pun belum tentu PAS akan jadi kerajaan lepas PRU nanti...

      hanya yang walaunta kpd tuang presideng saja yg masih dalam PAS...yang sokong PAS Chai pun dari golongan yang walaunta dan fanatik....

      Ramai yang dah menjauhi PAS terutamanya golongan muda selepas tuang presideng melabel dengan macam2 gelaran....jebon....serigala...komunisme....anwarisma...

      Delete
    3. Ya lah cakap tak gentar tapi bila tiba masa tahulah tanah tinggi-rendah!

      Nak tengok di KK dan Sg Besar nanti mahu ke UMNO/BN bagi laluan pada PAS untuk membuktikan diri?

      Masih tak reti bahasa ahli PAS ni yang Hadi/Haron sudah kelentong mereka.

      Ke Syurga ke gamaknya mentaati ketua macam ni?

      Delete
    4. kalau tak suka shahbudindotcom pergilah baca tukartiub

      Delete
    5. This comment has been removed by the author.

      Delete
    6. Aku ulang dan ulang sekali lagi.
      Pas, satu kerusi pun tarak.
      Silap-silap gaya di Sungai Besar dan
      Kuala Kangsar, deposit pun hilang.

      Delete
    7. Assalam Tuan shah,teruskan penulisan yg tidak memihak/membongkar kebenaran & berani berkata benar,kita tidak perlukan sokongan dari penyokong yg taat membuta Tuli,Allah beri kita akal untuk berfikir mana yang Hak dan Batil bukan menyokong tak tentu Pasal.

      Delete
    8. woiii paparock
      Apa yang pas dapat dalam PRN ke 11 di sarawak?
      Hilang deposit bukan.
      Nasib baiklah balik ke sini tak jalan kaki.

      Delete
    9. Paparock apa yg ditulis tuan shah adalah isu masakini dan beliau tulis pun bkn berbelit2 klu ko tak suka tak perlu baca atau komen.hari ni ko menjelma dan serang tuan admin bru dpat dedak mat maslang?klu ko sokong parti pasta busuk bawa sepanduk i love tuang pesideng eddie ahwang dan nik aduh jgn mari kacau blog ni bodoh bengong bangang.phuiiiiiiitu

      Delete
    10. Tepat jawapan Tuan Shah. Buat Paparock, saudara boleh guna Harakah untuk memperjuang 'manusia suci lagi mulia'. Tiada sesiapa di sini yang merendahkan martabat diri selain saudara. Katanya PAS tidak kemaruk kuasa sebaliknya senang sekadar menjadi penasihat, tetapi pemimpin ahli syurga dokongan saudara yang mewujudkan pertandingan 3 penjuru di 7 kerusi menentang PKR pada PRU13 dan 3 kerusi pada PRN11 Sarawak lalu yang memenangkan calon BN; yang bersubahat memecat EXCO PKR dan DAP dari kerajaan Selangor di bawah MB Khalid dan menjadi punca Dr Wan Azizah terlepas kerusi MB Selangor; yang tidak mahu melepaskan kerusi Ahli Majlis dan JKKK yang dilantik kerajaan PR selepas bermusuh dengan DAP di Pulau Pinang malah sanggup mengheret kerajaan negeri ke mahkamah demi sekecil kerusi kerajaan tempatan; yang mengambil jawatan dalam Majlis yang diwujudkan Najib Razak; yang menerima individu yang terbukti melakukan rasuah dan salahguna kuasa dalam majlis para huffaz tetapi memilih bermusuh sama saudara PAN sedangkan hampir kesemua pemimpin Amanah yang mereka cela yang bekerja kuat mengangkat PAS ke tahap kegemilangannya dibandingkan rata-rata lebai-lebai segera yang kini menguasai parti; yang mahu terus bertahaluf dengan PKR namun pada masa sama memecah kekuatan pembangkang dengan mewujudkan blok ketiga. Ringkasnya, di mana silap kemushkilan yang dibangkitkan Tuan Shah? Saudara Paparock sepatutnya bertanya parti saudara mereka mahu apa lagi? Tidak cukupkah memperdaya pengundi dan ahli parti sendiri? Tidak malukah mereka mengguna hak Allah untuk meraih kuasa dan kedudukan? Tidak perlulah berpura-pura menentang UMNO ketika memilih mewujudkan pertandingan 3 penjuru yang nyata memecahkan undi pembangkang dan hanya memanfaatkan Regim.

      Delete
    11. Undi PAS..?? Rakyat dalm dilema samaada undi PAS lebih bermanfaat atau undi rosak lebih berfaedah..

      Delete
    12. Nada-nada macam Paparock tu lah
      yang akan menghancurkan Pas
      sebelum tiba masa PRU14.
      Jangan pedulikan si BANGSAT
      tu Encik Shahbudin.
      Jalankan tugas anda dengan
      tulisan-tulisan yang bertanggungjawab.
      Kalau Pas bertanding di Sungai Besar
      dan Kuala Kangsar, deposit pasti hangus.
      Walaupun calonnya Jamal Ikan Tongkol
      di Sungai Besar, Ali Tinju di Kuala Kangsar.
      Saya yakin ramai rakyat Malaysia
      dah menyampah dan meluat dengan Pas.
      Biarkan Pas/Hadi@PilKuda@UTurn terjun
      ke dalam sungai dengan Labu Labinya.
      Biarkan... biarkan...

      Delete
    13. Tahniah Sdr Shahbudin, teruskan perjuangan membongkar penipuan presden pas dan kroni kroni.

      Delete
  10. PAS takkan mengalah, PH pun takkan mengalah.
    PH jika diwakili PAN mmg tipis harapan.
    Jika diwakili PKR mungkin lebih baik harapannya.
    UMNO pulak, jika kalah bakal memalukan presiden. Mudahnya beri ajer laluan pd PAS, pakat pakat minta penyokong BN sokong PAS, PRU nanti boleh la jemput PAS kerjasama dgn UMNO/BN.

    ReplyDelete
  11. 1) Batik songket si batik lepas
    dihari raya pakaian wajib
    sungguh rumit penyokong PAS
    bos bercinta dengan si Najib..

    2) dulu fatwa umno tu haram
    sembelih daging tak boleh makan
    kini sedondon dia melaram
    adalah sudah satu pasukan?

    3) selamatkan negara telah menggamit
    ayuh semua bersingsing lengan
    jangan kerana dedak sekelumit
    perosak negara dipimpin tangan

    4) Sungai Besar Kuala Kangsar
    jadi tumpuan segenap lapisan
    menteri dedak bercakap besar
    agak agak lah jangan perasan..

    5) Riang ria Sarawak menang
    penat tak hilang PRK pula
    satu dunia buruk dicanang
    tidak kah bos pening kepala?

    6) terkedek kedek ibu mengikut
    di dalam dewan tunggu keputusan
    BN kalah ibu terkentut
    bapak disebelah terlentuk pengsan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mai kita tukaq sikit anon 14.31

      Terkedek kedek ibu mengikut
      di dalam dewan tunggu keputusan
      BN kalah bapak terkentut
      Badak disebelah lerlentuk pengsan

      Delete
    2. Sungguh rumit penyokong PAS
      bos bercinta dengan si Najib
      fatwa kafir senang gemilang
      tindak balas kepala malang

      Kalau daging hati dah rosak
      ikut mana sihat lembaga?
      jangan kerana dedak sekelumit
      perosak negara dipimpin tangan

      Delete
  12. 100% peratus sokong Tn Budin bukan sebab dedak, tapi penyelewengan rakyat nampak! Teruskan menulis demi kebenaran Tn Budin..ramai penyokong mu!

    ReplyDelete
  13. PAS PAN x payahlah bertanding p.93 sungai besar.
    Cadang Tun Dr Mahathir tanding calun bebas lawan meno. Sini melayu 70% China 25% India 5%. Pentas terbaik untuk Tun belasah apai besaq.
    3,5 M keahlian + +- 3,5 M gang meno rakyat nak suka tengok sape depa calunkan sebagai lawan Tun. Kemungkinan besar Tun boleh hilang deposit. Namun Tun boleh belasah kaw kaw pm. Jika menang boleh sambung belasah di parlimen sampai apai besaq terlondeh.
    Isu hot pasti 1 MDB. Cadang BN calunkan Kekanda Arul (pemidato terhebat dunia) lawan Tun.
    Skandal kewangan terbesar merentasi benua pasti debat mereka sepanjang masa berkempen mendapat liputan secara langsung. Disamping mempromosikan malaysia, pendapatan negara juga akan bertambah kerana semua siaran 'live' ini, kerajaan boleh caj GST.
    Nazri Aziz kalau nak ajak Tun bertumbuk masa kempen pun boleh disiarkan secaralangsung ke seluruh dunia.

    ReplyDelete
  14. PAS PAN x payahlah bertanding p.93 sungai besar.
    Cadang Tun Dr Mahathir tanding calun bebas lawan meno. Sini melayu 70% China 25% India 5%. Pentas terbaik untuk Tun belasah apai besaq.
    3,5 M keahlian + +- 3,5 M gang meno rakyat nak suka tengok sape depa calunkan sebagai lawan Tun. Kemungkinan besar Tun boleh hilang deposit. Namun Tun boleh belasah kaw kaw pm. Jika menang boleh sambung belasah di parlimen sampai apai besaq terlondeh.
    Isu hot pasti 1 MDB. Cadang BN calunkan Kekanda Arul (pemidato terhebat dunia) lawan Tun.
    Skandal kewangan terbesar merentasi benua pasti debat mereka sepanjang masa berkempen mendapat liputan secara langsung. Disamping mempromosikan malaysia, pendapatan negara juga akan bertambah kerana semua siaran 'live' ini, kerajaan boleh caj GST.
    Nazri Aziz kalau nak ajak Tun bertumbuk masa kempen pun boleh disiarkan secaralangsung ke seluruh dunia.

    ReplyDelete
  15. Hehh..heh..seorang terkentut, sorang pengsan..terperanjat beruk agaknya! Mudah2an jadi!

    ReplyDelete
  16. Kita sama sama anak Melayu ni cakap biarlah berlapik mat supian oiiii..

    Sebelum nazri nak sentuh Tun Mahathir mai lah sudi dulu dgn anak kedah.
    Tengok makan cekak ker tidak.

    Kalau anak jantan buatlah cara anak jantan. Setakat cakap kosong nak buat apa.


    ReplyDelete
    Replies
    1. Pulau pinang pun nak tomoi nazris byk cakap dahh..

      Delete
    2. Mamat kurang ajar tu hanya berani bercakap melalui media saja. Kalau dia berani mai lah ke bumi kedah tunjuk muka ulang apa yg dia kata kpd Tun Mahathir tengok apa yg akan jadi.Macamlah orang hairan sgt kat dia

      Delete
  17. Tuan president sudah pening tapi masih nak main cinta tiga segi, skrg dah dapat bala kerana menzalimi prinsip parti sendiri dgn bertindak berseorangan dan membelakangkan musyawarah parti sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya dan isteri undi Pas dalam PRU13
      suruh bersama PR tumbangkan BN/UMNO.
      Ini berkawan dan support Najib pulak.
      Sikit punya khianat dan laknak Pas ni.
      Pergi mampuslah Hadi@PilKuda@UTurn@FlipFlop
      dan konco-konconya fanatiknya.
      Jual agama untuk kepentingan diri.

      Delete
    2. Anon 1609...Tuan Presiden tu bukan pening tspi 'gatai'. Bab hukum dia berani kata ana boleh nikah empat sekali (kalau dapat jawatan kabinet). Nampak gaya dia ddah jadi Lebai Malang...kena kencing dek UMNO.

      Delete
  18. Jom kita pilih CALON BEBAS.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes.
      Undi Calon Bebas.
      Kita sama-sama protes.
      PR dan BN 2x5 saja.
      Tak boleh harap.

      Delete
    2. Sokong QalamQabut.

      Pangkah calon BEBAS.
      Tapi JANGAN ROSAKKAN UNDI.
      RUGI rosakkan undi sebab pihak lain tetap pangkah parti mereka.
      Bila kita TAMBAHKAN UNDI pada calon kita.....satu undi akan BERKURANGAN pada pihak parti lain.

      INGAT....JANGAN ROSAKKAN UNDI sebab undi yg rosak TAK DAPAT MENGURANGKAN bilangan undi di PIHAK LAWAN.
      Cukup-cukupla kita diperbodohkan dgn pembohongan, kepincangan, pura2 dan munafik.
      Buktikan kita TAK BODOH.

      Delete
    3. Sebenarnya 2 PRK ni tak dapat bagi kesan yg besar.
      Lainlah PRU boleh tengok overall result.
      Cuma yg takut kalau dedak $$$$ mempengaruhi undi.
      Tu sebab 2 PRK tak dapat bagi alamat sama ada najib kena undur atau tidak.
      Hanya PRU14 yg akan bagi PETANDA keseluruhan dari rakyat.
      Tapi macam biasalah kita tahu mesti ada "permainan" di situ.

      Delete
    4. 'PR dan BN 2x5 saja.'

      Camne kalau Calon Bebas menang dan PR dan BN hilang deposit? Heh heh heh...

      Delete
  19. ....huahhh...huaahhh....PAS kena kangkang bagi luas luas lah CikDin kali ni....Cinta berWaaalaaa....2-2 boleh tojoh sekali...rabak serban tarbuih kali ni..haah...haaa...haa...

    ReplyDelete
  20. Benar shah,
    Siapa kalah atau menang tidak memberi impak yang besar samada kepada pembangkang atau kerajaan.
    Kesan langsung hanyalah keatas najib. Jika menang besar, bererti rakyat masih sokong najib. Jika kalah teruk bererti rakyat suruh najib berambus.
    "Keras kepala" dikalangan pembangkang tidak dapat dielakkan. Masing-masing nak tunjuk jagoh sesama sendiri tetapi layu depan lawan(bn).
    Kalau pembangkang boleh berlapang dada dan berjiwa besar, bolehlah lantik tun untuk menjadi penasihat bagaimana nak menang dan memalukan najib.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Brado joe..deklarasi rakyat gabungan tun dgn lim kitsiang pon dah dipandang serong apatah lagi nak minta tun jdi penasihat pembangkang..sekiranya tun menjadi penasihat pembangkang,alamat tergurislah perasaan rata2 umat melayu..yang selalu tun sebutkan,matlamat tun hanyalah menjatuhkan najib..selebih nya terpulang kepada rakyat..kalau dari segi logik,daripada tun mewujudkan deklarasi rakyat,adalah lebih baik beliau menyertai parti pembangkang,tetapi tun tidak berbuat demikian..hatinya masih lagi umno..

      Delete
  21. Takpe le, Kan kita semua selalu lupa dan saling memaafkan antara satu sama lain... Da lah pakai baju berwarna cinta... Ok la tu.... Melayu Islam bersatu padu...

    ReplyDelete
  22. Semoga kekasihku Dapig berbahgia selalu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ...anon 2032, pig biasanya makan dedak. Dedak cop badak.

      Delete
    2. Bukan dedak tapi air jampi tok tok lebai

      Delete
  23. AWAS !!
    Budak Budak Dilarang Masuk !!
    >>> KLIK HERE !! <<<

    ReplyDelete
  24. Kata penasehat, nak berdakwah, bla bla bla.. Tapi bertanding. Pening dgn parti agama ni.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...