Sunday 8 May 2016

MENANG TAPI KOSONG BAGI NAJIB


Walaupun Najib Razak berkampung hampir dua minggu di Sarawak, mengerahkan menteri-menteri turun ke negeri itu dengan mengadakan mesyuarat kabinet di sana dan pelbagai peruntukan pembangunan dicurahkan, tetapi selepas menang 72 daripada 82 kerusi, semua orang mengatakan kemenangan BN adalah disebabkan oleh kepimpinan Ketua Menterinya, Adenan Satem.

Beliau bukan saja sosok baru yang diterima baik oleh rakyat Sarawak, malah boleh dikata belum terpalit dengan apa-apa skandal setakat ini. Imejnya yang bersih itu disertakan dengan laungan "Sarawak for Sarawakians" menyebabkan sokongan kepada kepimpinannya mudah diterjemahkan dengan undi.

Dalam pilihanraya Sarawak kali ini juga tiada poster Najib dibenarkan dipasang di mana-mana, yang ada hanya gambar Adenan dan lain-lain pemimpin peringkat negeri. Tidak mustahil jika ada gambar Najib di mana-mana, jumlah kemenangan itu mungkin kurang daripada 72.

Adenan dengan tegas mengatakan beliau akan meletakkan jawatan jika UMNO dibenarkan masuk ke negeri itu. Ia jelas merupakan "tamparan ke muka"  Najib dan semua pemimpin UMNO yang hadir berkempen di Sarawak.

Dengan tiada gambar Najib dan menolak keras kehadiran UMNO, Adenan tidak lain memberi isyarat kepada pengundi Sarawak  bahawa pemimpin-pemimpin Semenanjung hanyalah  alat dan untuk dipergunakannya saja dalam pilihanraya kali ini. 

Slogan kempen yang digunakan pula "Beri Peluang Kepada Team Adenan" yang jelas bukan untuk sesiapa  berkongsi saham kemenangan dengannya.

Lantaran itu tidak ada sesiapa, termasuk Salleh Said Keruak dan Abdul Rahman Rahman, yang berani mengatakan kemenangan cemerlang BN kali ini disebabkan faktor Najib.

Ditambah dengan ia turut disaluti duka berikutan tragedi helikopter terhempas yang menyebabkan enam penumbangnya terbunuh, kejayaan BN kali jelas kosong maknanya kepada Najib.

Tidak ada apa-apa yang dapat dibawa Najib daripada kemenangan di Sarawak itu untuk mengukuhkan lagi kedudukannya di Semenanjung. Najib secara relatifnya tetap tenat di Semenajung berikutan isu 1MDB dan derma bilion-bilion ringgit yang diterimanya serta asakan berterusan daripada Tun Mahathir Mohamad terhadapnya.

Sokongan pengundi Cina dan bandar di Sarawak kepada BN yang menyebabkan DAP kali ini hanya mampu menang 7 kerusi berbanding 12 pada pilihanraya 2011 juga tidak terpakai untuk orang Cina di Semenanjung. 

Di Sarawak, keyakinan itu  selain kerana Adenan, turut disebabkan oleh SUPP, parti Cina di negeri.

Adakah  pengundi Cina di Semenanjung sedia berubah selagi ada Najib atau mampukah MCA dan Gerakan memainkan peranan seperti SUPP?

Dengan awal-awal semua orang mengatakan kemenangan di Sarawak kerana faktor Adenan, Najib dan pemimpin-pemimpin UMNO bukan saja terasa malu untuk menumpang kejayaan itu, bahkan akan terus bergelut dengan ketidakyakinan dan kehilangan kepercayaan daripada rakyat. (SH 08/05/2016).

30 comments:

  1. Salam Sdra.

    Saya setuju dengan tulisan sdra diatas. Sebagai pengundi Sarawak...memang tepat apa yang sdra katakan.

    Lanskap dan cuaca politik Sarawak langsung tiada persamaan dengan Semenanjung. Apa boleh buat Najib sebagai penjawat jawatan PM...Kita respek institusi Perdana Menteri itu sendiri...tapi penjawatnya...itu tak sama...jauh sekali untuk kita respek penjawat jawatan tersebut yang penuh dengan bau busuk skandalnya. Itu sebabnya larangan poster muka Najib...ada dua sebab utama : pertama tak mau dikaitkan dengan Najib dan keduanya ialah untuk memelihara institusi "Perdana Menteri" dari vandalisma...entah kata sumpah ape yang rakyat akan conteng dimuka Najib agaknya. Inilah yang terjadi keatas "uban" sewaktu PRN 2011.

    Malang tak berbau...Takziah kepada ahli keluarga mangsa helikopter di Batang Lupar.

    Kita lihat 2 PRK nanti...bagaimana kehebatan Najib.

    Walaupun BN menang hebat di Sarawak...Najib tetap pulang tak berteloq jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sbagai rakyat Swak sya bstuju dgn kenyataan di atas... kemenangan pru dun di atas Parti PBB SUPP DLL yg berasal dari Swak cuma ia mrupakan salah satu parti dlm komponen BN. Kemenangan tersebut adalah kesayangan rakyat Swak kpd Ketua Menteri Swak n his team tak lain n bukan ialah Tok Nan kebangaan rakyat Swak. Kamek org Swak sayang dgn Tok Nan. Rakyatnya selalu mendoakan agar Tok sentiasa d lindungi Allah SWT n sehat sentiasa agar dpt memimpin negeri SWAK ke jalan yg d redhai Allah SWT. Aamiin Allahumna aamin

      Delete
  2. Najib,kau tunggu PK...kali ni bukan bibir merah...muka kaunpun merah

    ReplyDelete
  3. kat Sarawak boleh lah menang bergaya yaa...kita tunggu PRK Sg Besar & Kuala Kangsar

    ReplyDelete
    Replies
    1. ...asal pkr & dap tak bercakar, Insha'Allah bn gulung tikar.

      Delete
    2. PKR dan DAP kali ni tolongla cerdik sikit woiii....

      Delete
  4. Bn menang besar di sarawak tapi najib terpaksa jadi lembu selepas ini.
    Tahniah rakyat sarawak
    Kejayaan anda telah membuka mata kesemua ahli ahli umno di semenanjung.

    ReplyDelete
  5. Sama2 tunggu pilihanraya kecil di sungai besar dan kuala kangsar utk tau perasaan rakyat yg sebenarnya.. Kemenangan Pilihanraya serawak ni tak bermakna apa2 kalu pilihan raya kecil umno kalah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ...penasihat tak perlu bertanding.

      Delete
  6. Alangkah sedihnya klu benar kata shah tidak ada gambar pemimpin negara dlm pru11 sarawak dah tu umno pun tak dibenarkan terlibat hebat org sarawak ada kelasnya sendiri tak seperti org sabah hanya membodek saja termasuk tukang ampunya walaupun berjiran tapi org sarawak tak terima juga balik jaga sabah lagi baik

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab itu, nama artis pilih nama Siput Sarawak, dia tak pilih nama Siput Sabah. Orang Sabah memang kurang sikit berbanding orang Sarawak.

      Bujang Senang pun di sungai-sungai sarawak.

      Delete
  7. Bila tiba pilihanraya untuk parlimen persekutuan saya yakin rakyat sarawak akan mengundi dengan mengambil kira faktor yang berlainan,dan Adnan Satem tidak akan lagi menyanyi lagu yang digemari najib.

    ReplyDelete
  8. Alangkah sedihnya klu benar kata shah tidak ada gambar pemimpin negara dlm pru11 sarawak dah tu umno pun tak dibenarkan terlibat hebat org sarawak ada kelasnya sendiri tak seperti org sabah hanya membodek saja termasuk tukang ampunya walaupun berjiran tapi org sarawak tak terima juga balik jaga sabah lagi baik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa nak sedih bro...Kalau "pemimpin negara" tersebut bau bangkai...mau ko nak tidur sebantal dengan dia?...taik berceceran, kencing merata rata...Heh!...

      Memang...memang sah maklumat ini. saya pengundi Sarawak...agak mengejutkan bila SPR sendiri mengeluarkan arahan melarang poster muka yang tidak berkenaan dengan PRN Sarawak. Aneh...kalau sebelum ini disetiap PRN pasti muka PM akan terjentang bersama muka pemimpin tempatan...hakikatnya muka Najib tak membawa untung...malah malapetaka.

      Kita di Sarawak memang jijik dengan UMNO sekarang. Kalau dulu kita anggap UMNO sebagai big brother...tapi kini...Sarawak langsung tidak mau dikaitkan dengan UMNO.
      Kita bangga dengan kebebasan ini. Malang bagi Sabah...UMNO jadi sebahagian diri mereka...susah nak pisahkan dan najis UMNO ni sukar nak disucikan.

      Delete
  9. Ada satu KM Adnan, poster Najib usah pasangkan, bawak suwey seluruh badan,BN menang faktor tempatan..

    Tak tahu malu pemimpin umno, rakyat marah buat don't know, nak masuk Sarawak? No...no..no, nak cover PM hentam keromo..

    Selesai sudah PRN Sarawak, SPR pulak bersiaplah awak, satu di Selangor satu di Perak, rakyat tetapkan siapa yang layak..

    Pencacai bos seronok amat, konon bos dah kuat sangat, rasa emdibi sudah selamat, entahkan Sungai Buluh semakin dekat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. TERRRBAEKKK BRO...
      Keep it up...!!

      Delete
  10. Allah ada perancangannya.
    Walaupun ada kemenangan tetapi ada juga ujian.
    Ujian ini wajar digunakan sepenuhnya untuk menghalau
    Najib daripada kerusi Perdana Menteri.
    Kalau BN kalah di dua kerusi Parlimen ini,
    wajar Najib meletak jawatan seberapa segera.
    Pemakan dedak wajar menerima hakikat ini.
    Najib is libelity kepada umno.

    ReplyDelete
  11. Setuju dengan ulasan...tamparan kepada Najib sebab Adenan pun tak mahu umno bertapak sebab umno kotor. Umno kotor sbb pemimpin dan pengikut pemakan dedak kotor.

    Muka Najib pon rakyat sarawak tak mahu tengok!!! Najib dijadikan tonggangan aje.

    ReplyDelete
  12. Kawan kita orang Kuching kata kepadaku diorang sana suka dengan Adenan dan benci pada Najib.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ...tapi najib ada penasihat.

      Delete
  13. Di sarawak mereka menolak agama di politikan. Di semenanjung politik agama dibiarkan membelenggui rakyat.

    ReplyDelete
  14. Tapi ada orang kata, "Faktor Najib yang membantu kemenangan besar BN di Sarawak".

    ReplyDelete
  15. kat Sg Besar dan Kuala Kangsar nanti, selain calun muka siapa akan diletakkan. Kalau Najib kemungkinan besar kalah.

    ReplyDelete
  16. Semua komen2 disini tipu blaka....puiiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang ini real punya... Masih lagi cerita Sarawak...

      Najib ca ba wau ta... Wartawan pulak yg kena enterbiu...

      https://www.youtube.com/watch?v=MCLXjWh-V40

      Delete
    2. Puii kat muka ko kan baik !

      Delete
  17. Dari apa yang berlaku di Sarawak, saya rasa 80% peluang masih di tangan BN kerana beberapa faktor.
    1) pakatan harapan mungkin cuba meletakkan calon mereka.
    2) Pas akan letak calon mereka sebab PRU 13 dulu kawasan tsb diwakili oleh Pas untuk melawan BN.
    3) akan berlaku pertandingan 3 penjuru.
    4) Silap2 Dato Kamilua pun akan masuk campur dan bertanding sama.
    Dah jadi 4 penjuru.

    Berdasarkan faktor2 ini, tak mustahil BN bakal mengekalkan kerusi mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senang aja tu bang. Kena bg tau seantero dunia bahawa UMNO itu adalah PAS dan PAS itu adalah UMNO. Undi PAS sama mcm undi UMNO.

      So tak timbul masalah. Yg berpecah undi ialah PAS dan Umno....haha.

      Delete
  18. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  19. Kat Sarawak mungkin mula laku tapi kat semenanjung tengok sajalah apa akan jadi. Aku harap Jamal akan tanding sbb sudah pasti dia akan letak poster muka najib. kah kah kah ! Dan satu lagi, aku syok sangat nak tengok Pas lawan Umno. Lepas Hadi dok sekerusi dengan najib, tunggu pulak tengok apa macam dia mau kempen. Kah kah kah !

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...