Monday 30 May 2016

KALAU PUN MENANG, MASTURA HANYA BOLEH BERFUNGSI SEBAGAI WAKIL RAKYAT SELEPAS PERTENGAHAN SEPT.


Sekarang ini semua orang sudah mengakui calon BN di Kuala Kangsar, Mastura Mohd Yazid terikat dengan pantang larang edah selama 4 bulan 10 hari.

Mastura sendiri mengatakan beliau akur dengan hukum Islam itu dan tidak akan sesekali turun berkempen. 

Harussani Zakaria, Mufti Perak turut memberitahu, walaupun boleh bertanding tetapi Mastura tetap tidak boleh keluar rumah untuk menyertai mana-mana program kempen.

Tetapi dengan kecanggihan teknologi, kekangan edah untuk beliau berkempen sudah pun dikira selesai di mana penggunaan multimedia dan rakaman video akan digunakan sebagai caranya berhubung dengan pengundi dan jentera pilihanraya di pusat-pusat daerah mengundi.

Ketua Penerangan UMNO, Annuar Musa juga mengatakan Mastura tidak perlu hadir pada hari penamaan calon kerana ia bukan suatu kewajipan, sebaliknya sudah memadai dengan kehadiran penyokong dan pencadangnya sahaja.

Namun demikian, berdasarkan tempoh edah selama 4 bulan 10 yang terus terkena kepada Mastura, halangan seterusnya ialah sekiranya beliau menang pada pilihanraya 18 Jun nanti.

Suaminya, Wan Khairil Wan Ahmad terbunuh dalam nahas helikopter di Sarawak ialah pada 5 Mei lalu dan ini bermakna tempoh edahnya hanya akan berakhir pada pertengahan September nanti.

Walaupun menang, Mastura sebenarnya masih tidak boleh keluar rumah bertemu rakyat dan rakyat juga terus terhalang untuk berjumpa dengannya sehingga tempoh edahnya berakhir pada pertengahan September itu.

Secara langsung, meskipun menang dan pengundi Kuala Kangsar sudah memilihnya sebagai wakil rakyat pada 18 Jun ini, mereka mesti menunggu sehingga pertengahan September untuk berjumpa atau menjemputnya menghadiri pelbagai program di kawasan itu.

Bererti, seandainya pengundi memberi kemenangan kepada Mastura pada 18 Jun ini, dalam tempoh kira-kira tiga bulan selepas itu, tidak akan ada kelibatnya di mana-mana majlis kenduri, kematian, banjir atau apa saja program.

Soalnya, adalah pengundi Kuala Kangsar akan menjadi terlalu baik hati memilih calon wakil rakyat yang hanya dapat memberikan khidmatnya pada pertengahan September nanti atau mengundi calon lain yang terus dapat memberikan perkhidmatanya sebaik saja kemenangan diumumkan pada malam 18 Jun nanti? SH 30/05/2016)

37 comments:

  1. Xder masalah.. jika dia terbaik dan dipilih, gitulah. Xdak apa perubahan sgt pun kalo sapa menang.

    Jika PH atau PAS menang sekalipun, bukan boleh halang Najib dan barisan menterinya serta juak kroni segala bagai terus merembat duit rakyat dgn seboros2nya. Malah rembatan wang ini dijaga dan dikawal serta disayangi juga dilindungi semua pihak berwajib. Baik SPRM, baik tentera, baik pihak risikan, baik Bank Negara, baik jabatan2 kerajaan hinggalah ke ketua kampung sekalipun, x boleh berbuat apa2. Integriti setiap warga level camsial belaka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju tapi jgn sesekali bagi Najib n geng dabik dada kata walaupun 1MDB rembatan terbesar diabad ini sampai Bank orang puteh beratus tahun pun boleh rebah deknya.. Pengundi PRK maseh pilih UMNO, Hu..hu..hu

      No hal, lepaas ni rembatan kedua, ketiga..ke@ terbesar diabad ni pulak.

      Salah siapa?

      Delete
    2. Amat sedih sekali kalau bapak penyamun dan 40 penyamunnya dibiarkan bermaharajalela merembat duit rakyat di depan hidung kita semua dengan kita tak dapat berbuat apa2.

      Delete
  2. Jadi dia tak perlulah datang ketempat penamaan calon untuk menyerahkan borang dan sebagainya. Atau SPR lak kena terhegah-hegeh datang kepadanya?

    Tak boleh keluar rumah tapi kena serah borang pencalonan?????

    ReplyDelete
    Replies
    1. Calon x patuh syariah vs hudud hardie + mca, mic, riduan tee = 1mdb menang

      Delete
  3. Ini Malasial Najib yang punya."I am The King of Cash is King".Welcome to the Kingdom of Rasuah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sikap "TAK APA" kita akan menjuruskan masyarakat kita ke arah amalan RASUAH dan PECAH AMANAH yg maha HINA.

      Dgn secara tak langsung kita menerapkan amalan BURUK ini menjadi satu amalan BIASA ke dalam masyarakat kita.

      Sekarang ini kita sedang berada dalam era RASUAH dan PECAH AMANAH YG MAHA JIJIK.

      Dunia tahu akan kepincangan yg berlaku kpd kita tapi sungguh hairan....kita masih BISUKAN mulut, BUTAKAN mata dan PEKAKKAN telinga.

      Sikap kita membiarkan PECAH AMANAH dan RASUAH terbesar yg berlaku ini akhirnya akan MENJERAT diri dan keturunan kita sendiri. Kita akan JATUH dan RUGI bersama-sama.

      Delete
  4. din, aku tak kisah umno letak sapa pun but kami kat kuale nie, dah tak boleh pandang muka najib and pencacainya dah and yg terbaru termasuklah gabenor BNM yg nampak amat ketara cuba nak support najib harami walaupun dia tahu perkara yg sebenarnya. jawaplah nanti di akhirat.
    kat kedai kopi, pejabat kerajaaan and swasta, semua confirm tak akan pangkah calun umno/bn...that's for sure.
    taburlah duit cam na pun, org kuale dak muak dng penipuan najib and his gangs.
    rakyat bukan bodoh !!!

    ReplyDelete
  5. Kalau macam ni punya bala petaka yg najib bawa kpd rakyat dan negara pun orang melayu masih tak tahu nak fikir lagi tunggulah sehingga negara muflis dan duit kita dah tak laku.
    Kalau masa tu baru nak sedar dah tak ada guna lagi.
    Pergi mengemis pun dah tak ada orang nak hulur sekupang dua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selagi sikap tidak apa. Sikap tidak kisah. Sikap tidak ambil peduli. Sikap ambil mudah. Sikap sambil lewa menebal dalam jiwa dan sanubari orang orang melayu selagi itu mudahnya orang orang melayu ini diperbodohkan. Mudah diperkotak katikan. Mudah sangat dipecah belahkan.
      Memang amalan bersangka baik perlu dibuat pendoman dalam kehidupan ini tetapi jangan dibuang 100% perasaan buruk sangka.
      Kalau dibuang 100% perasaan buruk sangka kita tidak akan menjadi manusia yg sempurna lagi. Masa tu bila orang minta pinjam isteri kita pun kita akan bagi kerana berbaik sangka.
      Maka akan jadi dayuslah manusia sebegini.
      Manusia yg dayus nerakalah tempatnya.

      Delete
    2. Tolong senaraikan malapetaka yg di katakan tu.Apakah ianya sudah menimpa saudara?Saya biasa saja,malah terasa lebih baik dari zaman Mahahtir dulu di mana masa tu saya mengalami kerugian besar kerana dasar ekonomi Mahahtir yg semberono pro kroni .

      Delete
    3. Anon 0651 ko ni orang felda mana???
      Baru bangun tido atau baru keluar ke bandar nak beli baju raya??? Apa bala petaka yg menimpa ko sehingga rugi besar sangat tu di zaman Tun Mahathir. Apa keuntungan besar yg kau dapat dari najib semasa seluruh rakyat dibebani dgn kos sara hidup yg melampau. Macam mana ko boleh dapat untung yg besar di zaman najib sedangkan nilai ringgit susut teruk???
      Cercerita

      Delete
    4. Anon 06:51 si jamal ikan tongkol. Modus operandi jamal berniaga di zaman najib ni cukup mudah.
      Yang pertama dia buka restoren sekinchan ikan. Lepas tu dia buka cawangan dan minta grant kerajaan kononnya nak tolong orang melayu berniaga.
      Bila dah dapat grant dia pun tutup semua restoren sekinchan ikan bakar.
      Dia buka mini mart jual ikan segar pula dan mohon grant baru. Bila dah dapat grant mini mart jual ikan segar pun dia tutup.
      Dgn grant ni dia dah boleh hidup senang linang dah sebab tu dia beli pistol nak jaga duit dia saja.

      Delete
    5. 06.51 apakah anda masih buta tak nampak berapa bilion duit rakyat yg hilang dibayar pada syarikat palsu?? Berbilion2 duit hilang entah ke mana tapi tak pula dicari siapa dalang yg mengendalikan syarikat palsu tu dan siapa yg menerima duit tersebut.

      Kalau satu anak syarikat (1MDB) yg berada di bawah orang yg paling berpengaruh dan berkuasa boleh hilang duit begitu saja dimana kita nak letak kepercayaan kita??

      06.51 celikkan mata anda BANK BSI ditutup kerana mengendalikan aliran wang apa??? Anda masih buta tak nampak ini semua???

      Delete
    6. 06.51 ...kau janganlah komen. Campaklah telipon atau computer kau tu. Nampak sangat bangang kau tu. Malulah bro. Baca jelah. Janganlah nak mengatal tulis2 komen. Kesian kat kau ni

      Delete
    7. Memang anon 06.51 ni buta hati dan buta akal fikirannya. Dalam erti kata yg lain dia dah kaput sebab dah gemok akibat terlampau kenyang dgn dedak yg najib tabur

      Delete
  6. Budin,
    Ini lah BN era Najib ,nak cari calon parlimen pun dak tak berapa yakin hujung hujung terpaksa calon balu bekas ahli parlimen untuk dapat undi kesian, kemudian ujud pula isu dengan calon ini.Begitu la seterusnya dengan kemelut pemerintahan Najib ,rasanya tak akan terhenti lepas satu isu kepada isu lain yang baru semua berkisar kepada penyelewengan Najib.

    Sekarang kem najib terdiri dari blogger,BTN ,JASA dah mula nak alih isu sebenar iaitu berkenaan surat Bank Negara yang mengesahkan gloden Star kepunyaan Jho Low dan juga apa yang berlaku di Singapura dan Switzerland,mereka sedang mereka cipta isu perkauman iaitu puak cina dan kafir menentang hudud dan syariah dan mula mengajak semua kaum melayu bersama mereka bersatu menentang puak cina ini.

    Saya sungguh sungguh berharap orang melayu berhati hati dalam isu yang mula mereka ujudkan bersama PAS( usahasama puak mungkar najib dan ulama PAS),Ya betul kita menentang sebarang usaha pihak bukan islam yang cuba menghalang syiar Islam ,tapi kita juga menentang penyeleweng wang rakyat dan perasuah utama negara kita juga menentang ugama islam dijadikan alat untuk mendapat habuan dunia.

    Ingat lah bahawa apa yang nak dibentangkan oleh HJ Eddy diparlimen itu bukan lah hukum Allah swt tapi undang undang manusia karangan PAS dan UMNO kerana Hj Hadi sendiri maklum RUU itu ditangguh pada bulan October untuk di debat,apa ini kalau dah hukum Allah kenapa nak di debatkan lagi kan hukum Allah itu sempurna ,jadi disini apa yang nak dibentangkan betul lah kata Najib perasuah cuma Enakmen undang undang syariah yang juga dianggap sebagai taksir.Saya bukan nak pertikai hak mereka nak bentang RUU itu hak mereka cuma hak saya tak mahu permainan agama digunakan untuk alih isu besar sedang berlaku diluar negara melibatkan 1MDB yang tak mahu dibiarkan isu itu masuk kedalam minda rakyat terutama orang melayu yang menjadi nyawa menyambung habuan dunia bagi UMNO dan PAS ,Wallah hua'lam.

    ReplyDelete
  7. Budin,
    Ini lah BN era Najib ,nak cari calon parlimen pun dak tak berapa yakin hujung hujung terpaksa calon balu bekas ahli parlimen untuk dapat undi kesian, kemudian ujud pula isu dengan calon ini.Begitu la seterusnya dengan kemelut pemerintahan Najib ,rasanya tak akan terhenti lepas satu isu kepada isu lain yang baru semua berkisar kepada penyelewengan Najib.

    Sekarang kem najib terdiri dari blogger,BTN ,JASA dah mula nak alih isu sebenar iaitu berkenaan surat Bank Negara yang mengesahkan gloden Star kepunyaan Jho Low dan juga apa yang berlaku di Singapura dan Switzerland,mereka sedang mereka cipta isu perkauman iaitu puak cina dan kafir menentang hudud dan syariah dan mula mengajak semua kaum melayu bersama mereka bersatu menentang puak cina ini.

    Saya sungguh sungguh berharap orang melayu berhati hati dalam isu yang mula mereka ujudkan bersama PAS( usahasama puak mungkar najib dan ulama PAS),Ya betul kita menentang sebarang usaha pihak bukan islam yang cuba menghalang syiar Islam ,tapi kita juga menentang penyeleweng wang rakyat dan perasuah utama negara kita juga menentang ugama islam dijadikan alat untuk mendapat habuan dunia.

    Ingat lah bahawa apa yang nak dibentangkan oleh HJ Eddy diparlimen itu bukan lah hukum Allah swt tapi undang undang manusia karangan PAS dan UMNO kerana Hj Hadi sendiri maklum RUU itu ditangguh pada bulan October untuk di debat,apa ini kalau dah hukum Allah kenapa nak di debatkan lagi kan hukum Allah itu sempurna ,jadi disini apa yang nak dibentangkan betul lah kata Najib perasuah cuma Enakmen undang undang syariah yang juga dianggap sebagai taksir.Saya bukan nak pertikai hak mereka nak bentang RUU itu hak mereka cuma hak saya tak mahu permainan agama digunakan untuk alih isu besar sedang berlaku diluar negara melibatkan 1MDB yang tak mahu dibiarkan isu itu masuk kedalam minda rakyat terutama orang melayu yang menjadi nyawa menyambung habuan dunia bagi UMNO dan PAS ,Wallah hua'lam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hj Eddie Ah Wang dan pas ni kerjanya memecah belahkan orang saja.
      Dia dan pas saja yg betul.
      Kalau tak ikut cakap dia sanggup dia kafirkan orang.

      Delete
  8. tak perlu pi parlimen boleh atanya soaln angkit sumpah melalui video konferensing
    mudah kan sanangkan
    cukup bulan keluarkan gaji

    ReplyDelete
    Replies
    1. Najib kata boleh. Nak susah apa esok lusa dia boleh buat undang2 baru.

      Delete
    2. OOOooo......tak tau pulak rupanya sekarang undang2 boleh dipusing belitkan untuk jaga kepentingan diri. Gitu rupanya ye........

      Delete
  9. Din, aku tak tahu apa nak jadi dgn msia ni. Byk kjadian pelik pelik berlaku zaman dia. Negara ni dah famous seluruh dunia only for the wrong reasons. Ini semua survival factor. Sampai bila kesudahan hanya Allah yang tahu. Barangkali ada hikmahnya semua ini berlaku. Tapi yang pasti, negara ini akan mengalami kemulut yang berpanjangan. Sudahlah aku yang tiap hari kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Kesian bila tengok nasib anak anak generasi masa depan. Dahlah harga barang berlipat kali ganda. Moga moga Allah tamatkan kemulut ini dan kembali Msia kebanggaan masa lalu. Hidup Malaysia!

    ReplyDelete
  10. Surirumah n9 tak dinafikan pegang kuasa plg hebat di malaysia..dlm masa beberapa tahun je malaysia lingkup dikerjakannya tanpa sedar. Dialah penasihat, dialah ketua..dialah kuasa dibalik tabir. Rakyat malaysia masih tak nampak.

    ReplyDelete
  11. Budin, kalu pengundi kk undi jugak si datin ni, bukanlah nama nye baik hati tetapi buta hati.....

    ReplyDelete
  12. Budin, kalu pengundi kk undi jugak si datin ni, bukanlah nama nye baik hati tetapi buta hati.....

    ReplyDelete
  13. Orang Asal gembira terima kunjungan Dr Najihah



    Orang Asal di Kampung Bekor, Manong gembira menerima kunjungan calon PAS bagi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar, Dr Najihatussalehah Ahmad.


    Wakil penduduk, Pandak Uda Bada, 50, berkata Dr Najihatussalehah seorang yang peramah dan mudah didekati.


    “Kami sangat gembira kerana Dr (Najihah) seorang yang peramah, mudah didekati dan mesra dengan orang ramai. Dia tak kekok bergaul dengan kami,” ujarnya dipetik Buletin Online.


    Pemuda kampung tersebut Bahsi Uda, 27, berkata, beliau akan memberikan sokongan kepada calon PAS pada pilihan raya yang akan diadakan 18 Jun depan.


    “Saya akan memberi sokongan kepada Dr (Najihah),” katanya.

    Sehubungan itu, Timbalan Pengarah Pilihan Raya PAS Terengganu yakin dapat meningkatkan undi dari kalangan Orang Asal dalam daerah mengundi (UPU) Bekor.


    "Insya Allah, berdasarkan sambutan dari para penduduk kepada program-program yang dianjurkan, saya yakin PAS dapat peningkatan undi di sini.


    "Kita melakukan aktiviti ziarah dan mengadakan perlawanan persahabatan di antara pemuda Kampung Bekor dengan para petugas dari negeri Terengganu,” jelasnya.


    Kerusi Kuala Kangsar kosong kerana penyandang, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.


    SPR mengumumkan PRK Parlimen Kuala Kangsar diadakan pada 18 Jun sementara penamaan calon 5 Jun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. emmm macai PIS Chai lagih....geng-geng copy paste makan dedak...dapat je sokongan, undi belum tentu...macam PRN Sarawak...yakin dapat DUN pertama...alih-alih hilang wang pertaruhan....kui kui kui...

      PIS dah nak bungkus...

      Delete
  14. Umngok dah 2x5 pas hadi.bezanya umngok hanya mahu menutup serapat-rapatnya alkisah 1mdb.Tuang presideng amanat 1981 membantu dengan hudud hardie, siap gempak lawak mca, mic dan redoan tii.

    ReplyDelete
  15. Alangkah bodohnya prg melayu disuh mengundi org yg dia tak tahu macam dululah bn letak tunggul pun disuruh undi dan menang agaknya org kk dah balik zaman kunu suruh unfi tunghul pun kena sokong itulah dia org umno dia menang pun org melayu dapat apa

    ReplyDelete
  16. Alangkah bodohnya prg melayu disuh mengundi org yg dia tak tahu macam dululah bn letak tunggul pun disuruh undi dan menang agaknya org kk dah balik zaman kunu suruh unfi tunghul pun kena sokong itulah dia org umno dia menang pun org melayu dapat apa

    ReplyDelete
  17. Apa ada hal. Createlah whatsapp group dan berkhidmat cara onlinelah. Sekarang dlm umno ni pun semua boleh. Rule by proxy bukannya baru dalam umno. Semua benda dah halal dalam umno di zaman najib ni. Nak tukar najib je yg haram.

    ReplyDelete
  18. Undi pun online lah

    ReplyDelete
  19. Buat apa nak pening2 kepala. Gerakan rakyat letakan saja calun bebas insyaallah bn dan pas tumpas di kedua dua kawasan prk ni.
    Apa nak kira walaupun Gerakan Rakyat menang menang dgn slim majoriti pun dikira tetap menang.
    Jika gerakan rakyat menang semangat rakyat akan melonjak naik 1000%

    ReplyDelete
  20. UMNO Baru fikir fikiran orang sekarang sama seperti tahun enam puluhan....letak songkok sebagai calon pun pengundi akan pangkah BN.

    BN sekarang sudah diistiharkan sebagai parti penyamun....mana mungkin semua pengundi akan memberi undi pada calon parti itu kerana mereka sokong tapi habok pun tak dapat...... kecuali Najib agihkan duit rompakan 1MDB pada setiap pengundi sekurang-kurangnya RM2,000 setiap seorang.... Kalau itu berlaku, calon pilihan Najib akan menang bergaya.

    ReplyDelete
  21. Haram..haram..haram..kesialan apakah ini? Mufti oo mufti... ooooooo mufti...ingat mati...kau bertuhankn rosmah ke atau الله....

    ReplyDelete
  22. เล่นสล็อตxo อยู่ดีๆก็ได้เงินจริง สนุกได้เงินจริงต้อง slotxo

    https://www.slot4u.com/slotxo

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...