Tuesday 31 May 2016

HIDUP MELAYU PAS UMNO


Selama ini, Pas selalu berbangga dengan perjuangan Islam yang dibawanya dan menolak sama sekali sebarang bentuk pengagungan terhadap bangsa.

Bagi Pas, perjuangan mengenai bangsa adalah assabiyah dan tidak termasuk dalam senarai yang dibenarkan oleh Islam.

Malah, kerap juga kita mendengar, di akhirat nanti yang ditanya malaikat ialah keIslaman seseorang dan bukan sama ada seseorang itu Melayu, Cina, India atau  sebagainya.
Sebab itu, jubah dan kopiah putih adalah tradisi pakaian yang amat dibanggakan dalam Pas kerana ia dilihat lebih melambangkan keIslaman yang tiada tolok bandingnya berbanding berbaju Melayu dan bersampin.

Tetapi sejak berbaik-baik dengan UMNO, Pas nampaknya sudah mula berbeza.

Buat pertama kali di Muktamar Pemuda Pas yang berlangsung di Kelantan, ciri-ciri pakaian Melayu telah ditampilkan. 
Pimpinan Pemuda Pas, Nik Abduh Nil Aziz dan lain-lain barisan kepimpinannya tampil segak dengan pakaian seperti pahlawan Melayu, siap dengan tanjak dan keris terselit di pinggang.

Mujur tidak ada adegan cium keris, kalau tidak, sebiji macam Pemuda UMNO.

Tuan Ibrahim Tuan Man, Timbalan Presiden Pas yang menjadi perasmi muktamar juga hadir lengkap sepersalinan bak Pahlawan Melayu zaman dulu-dulu.
Sebelum ini, jika kita masih ingat,  Hadi Awang juga rela berpakaian Melayu merah jambu sedondon dengan Najib Razak di sebuah majlis multaqa ulama sedangkan selama ini pakaian yang menjadi kebiasaan Presiden Pas ialah jubah yang kerapkali  dipakai bersama kot berwarna gelap.

Apa sudah jadi kepada Pas sebenarnya? Kenapa baru sekarang mahu menunjuk ciri-ciri keMelayuan sedangkan berpuluh-puluh tahun lamanya hanya ciri Islam yang ditekankan?

Apa tujuan perubahan ke arah Melayu ini dilaksanakan? 

Tidak memadaikan dengan Islam saja dijadikan modal dendangan dalam perjuangan, lalu soal bangsa juga mahu diheret sama?

Apakah Pas akan mula menyeimbangkan resepi  agama dan assabiyah dalam hidangan perjuangannya selepas ini atau sewalnya bermula di Sungai Besar dan Kuala Kangsar?
Mungkinkah selain Allahu Akbar, kita juga bakal mendengar laungan Hidup Melayu di mana-mana program Pas tidak lama lagi?

Akhirnya, mana satu slogan yang betul - "Pas ganti UMNO" atau "Pas bersama UMNO?" (SH 31/05/2016).

82 comments:

  1. Tidakkah Tok Guru sedar yang Umno telah mempermainkan Pas dan tikam belakang Pas dengan fast track bacaan RUU hudud? Nampaknya parti Pas sedang dipermainkan oleh kawan karib barunya.
    Menjelang pilihan raya kecil SB dan KK, setelah diam untuk beberapa ketika, polemik hudud ditimbulkan semula. Isu ini sengaja ditimbulkan untuk menakutkan orang-orang bukan Islam di SB dan KK terhadap Pas. Apabila golongan bukan Islam takut akan undang-undang hudud Pas, mereka tidak akan memberi undi kepada mereka dan sebaliknya memberi undi tersebut kepada Umno BN.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekali dilayan dibodek tukang samun.....sume lembek cair jadinya. Hilang akal dibuatnya. Power betul....!!

      Delete
    2. Dah termakan nasi kangkang mak badak....

      Delete
    3. Si hadi memang berniat menghancurkan PAS dengan bantuan BN. Jika ahli PAS masih tidak sedar maka kemusnahan PAS akan berlaku tidak lama lagi.

      Delete
    4. Sebiji mcm pakaian macai macai dlm filem Musang Berjanggut....ha ha ha ha! Jgn marahhh, nanti kena jual kat Husin Lempoyang

      Delete
    5. Mcm PUNK lima maharaja lawak mega. Lucu lg melucukn.

      Delete
  2. Puak ni dh lama sgt gian nak pakai keris mcm Umno. Dulu tak berani sbb arwah Nik Aziz ada. Ibarat Setan yg sentiasa jadi musuh manusia, bagitulah tanggapan arwah Nik Aziz terhadap Umno.

    Patut colour baju tu biru dan hijau.

    Pas dh jadi parti Assobiyah semenjak pemimpinnya diberi deddak olih Najib...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mereka hanya pakai pakain tradisi Melayu,rasanya tak salah dan tak ada dosa pun,walau pun biasanya mereka berkopiah.Pakai pakain Melayu bukan bererti mereka memperjuangkan assobiayah.

      Cuba kau orang banding kan pula dgn Mahahtir yg dulu sangat memusuhi DAP,PKR dan media luar.Tapi sekarang bersahabta sakan dgn mereka.Mereka ini bukan setakat liberal,tapi anti DEB,anti Hak Keistimewaan Bumiputra dan terlalu membenci Islam.Mengapa kau orang tak persoalkan,malah menjadi pengikut Mahathir pulak?.

      Delete
    2. Yeh.....tak salah.
      Silap pandang macam kumpulan DIKIR BARAT.
      Duduk pulak sebaris.......HEHEHEHE

      Delete
    3. Anon 20.24
      Kamu tu terlalu taksub itu sebab kalau taksub kita akan kelabu malah buta,Memang benar tak salah puak PAS ini nak pakai baju budaya melayu yang saya sayang malangnya ulama besar mereka dulu pernah hina budaya melayu dan menganggap beliau lebih dekat dengan budaya Arab yang dianggap islam daripada melayu .Sila rujuk surah Al hujerat ayat 13 Allah berfirman ,aku jadikan manusia lelaki perempuan ,berbangsa bangsa agar mereka saling mengenali agar mereka mengkagumi dengan ciptaan allah ini sesungguhnya orang yang hampir dengan Allah swt adalah mereka yang bertakwa .Jadi sedarlah puak puak PAS apa saja pujaan pakaian ulama kamu itu tak bererti gerenti masuk surga kecuali Allah saja yang tahu ukuran dari takwa mereka ,jadi walaupun pakaian budaya melayu ,cina ke atau apa saja yang mengikut syarak adalah semuanya diterima ALLAH selagi mereka kuat bertaqwa faham ini bukan wajib pun kamu nak jadi dan pakai macam Arab walaupun ada kata sunnah tapi itu kata orang ,tapi firman Allah seperti ayat diatas dan paling wajib diikut kalau kita ini orang beriman.

      Malangnya ulama tersohor PAS ajar budaya arab saja yang bagus jadi bermakna kamu tak bersyukur Allah swt menjadikan kamu manusia bernama melayu la ye.

      Berkenaan Tun M sebenarnya tak relevan langsung hujah kamu itu, dan salah kenyataan kamu itu ,ia DAP memang tentang DEB yang berbentuk membantu kroni kroni umno tapi mereka tak tentang DEB yang tulin untuk membantu melayu yang susah itu kamu kena faham DEB era sekarang lebih kepada kroni lihat saja ahli perniagaan melayu yang mengawal kontrak kerajaan dan GLC semuanya dari umno dan kroni PM ini kita tak mahu.Kemudian Tun M yang dia tentang itu adalah Najib kamu sedar ka Najib bukan saja masalah 1MDB tapi negara ini dah separuh dijual hoi bahalol ,diselatan dah banyak lepas ke Singapura,Banyak kepentingan negara dah banyak terlepas kepada entiti negara China dan US itu belum masuk TPP itu yang kita dapat kesan yang tak kesan kita tak tahu la berapa banyak kemudian hutang 1MDB jelas memang tak boleh bayar dan segala beban dah pindah kepada kementerian kewangan bermakna anak cucu kamu akan bayar hutang besar ini ,jadi memang patut la PAS dikutuk dulu berkerjasama dengan munafik kemudian dia ini dah masuk penjara sekarang berkerjasama dengan perasuh utama negara dan penyelewenga no satu negara apa nak jadi dengan PAS ini asyik asyik berkerjasama dengan munafik dan orang yang tak ada AMANAH serta berhati jahat yang tak pedulikan masalah rakyat sejak dulu sehingga sekarang jadi buka mata dan minda.saya rasa DAP sekarang lebih bagus dari PAS kerana jelas perjuangan (walau pun saya bukan sokong DAP)daripada PAS yang sandiwara saja.

      Delete
    4. Anon 20.24
      Kamu tu terlalu taksub itu sebab kalau taksub kita akan kelabu malah buta,Memang benar tak salah puak PAS ini nak pakai baju budaya melayu yang saya sayang malangnya ulama besar mereka dulu pernah hina budaya melayu dan menganggap beliau lebih dekat dengan budaya Arab yang dianggap islam daripada melayu .Sila rujuk surah Al hujerat ayat 13 Allah berfirman ,aku jadikan manusia lelaki perempuan ,berbangsa bangsa agar mereka saling mengenali agar mereka mengkagumi dengan ciptaan allah ini sesungguhnya orang yang hampir dengan Allah swt adalah mereka yang bertakwa .Jadi sedarlah puak puak PAS apa saja pujaan pakaian ulama kamu itu tak bererti gerenti masuk surga kecuali Allah saja yang tahu ukuran dari takwa mereka ,jadi walaupun pakaian budaya melayu ,cina ke atau apa saja yang mengikut syarak adalah semuanya diterima ALLAH selagi mereka kuat bertaqwa faham ini bukan wajib pun kamu nak jadi dan pakai macam Arab walaupun ada kata sunnah tapi itu kata orang ,tapi firman Allah seperti ayat diatas dan paling wajib diikut kalau kita ini orang beriman.

      Malangnya ulama tersohor PAS ajar budaya arab saja yang bagus jadi bermakna kamu tak bersyukur Allah swt menjadikan kamu manusia bernama melayu la ye.

      Berkenaan Tun M sebenarnya tak relevan langsung hujah kamu itu, dan salah kenyataan kamu itu ,ia DAP memang tentang DEB yang berbentuk membantu kroni kroni umno tapi mereka tak tentang DEB yang tulin untuk membantu melayu yang susah itu kamu kena faham DEB era sekarang lebih kepada kroni lihat saja ahli perniagaan melayu yang mengawal kontrak kerajaan dan GLC semuanya dari umno dan kroni PM ini kita tak mahu.Kemudian Tun M yang dia tentang itu adalah Najib kamu sedar ka Najib bukan saja masalah 1MDB tapi negara ini dah separuh dijual hoi bahalol ,diselatan dah banyak lepas ke Singapura,Banyak kepentingan negara dah banyak terlepas kepada entiti negara China dan US itu belum masuk TPP itu yang kita dapat kesan yang tak kesan kita tak tahu la berapa banyak kemudian hutang 1MDB jelas memang tak boleh bayar dan segala beban dah pindah kepada kementerian kewangan bermakna anak cucu kamu akan bayar hutang besar ini ,jadi memang patut la PAS dikutuk dulu berkerjasama dengan munafik kemudian dia ini dah masuk penjara sekarang berkerjasama dengan perasuh utama negara dan penyelewenga no satu negara apa nak jadi dengan PAS ini asyik asyik berkerjasama dengan munafik dan orang yang tak ada AMANAH serta berhati jahat yang tak pedulikan masalah rakyat sejak dulu sehingga sekarang jadi buka mata dan minda.saya rasa DAP sekarang lebih bagus dari PAS kerana jelas perjuangan (walau pun saya bukan sokong DAP)daripada PAS yang sandiwara saja.

      Delete
  3. Ni dah bukan dikir barat tapi dikir berat!!!!

    Apalah punya mangkuk-ayun.....zaman pahlawan melayu dah lama berkubur!

    Dah mabuk ketum ke?

    ReplyDelete
  4. wow kiranya malaikat yang persoalkan kita dalam kubur kena tambah skrip soalan untuk pas version umno....apa bangsa kamu!!???

    ReplyDelete

  5. Dah pun terang2 jd barua

    Di suruh buat fitnah pilkuda dia pun ikut

    Disuruh colour pink sedondon dia pun turut

    Skrg walaunta2 siku lutut diarah berkeris bertanjak sume nya wajib walak, dah mcm buang tabiat!



    Allah nak tunjuk dah jd sprt lembu cucuk idung

    Sume tu akibat sama2 berkongsi duit CURI



    ReplyDelete
  6. Hidup pakatan, lawan tetap lawan, reformasikan negara dari mahlok perosak.

    ReplyDelete
  7. Nik Beduh paling bergaya dengan pakaian Melayu Purbakala Hang Kasturi (5 pahlawan pengiring untuk Puteri Li Po dari kerajaan Cina). Sayang sekali janggut Beduh macam bulu ketiak pelacur aje.

    ReplyDelete
  8. Aikkk, dulu hebat sngt kutuk umno,'keris telanjang'...skrg Amacam....

    ReplyDelete
  9. Hebat betul another bricks...ni cakap pasal tuan

    One pro-Tun blogger called on BN to withdraw. He claimed the choice of candidate shows BN lack any candidates.

    Excuse the fella because his posting is representative of the koman (simpleton) grassroot UMNO thinking and seldom borders on shallow logic. However, he was made popular by pro-opposition news portal and believed to be paid by a soon to be former UMNO leader.

    ReplyDelete
  10. Hebat betul another bricks...ni cakap pasal tuan

    One pro-Tun blogger called on BN to withdraw. He claimed the choice of candidate shows BN lack any candidates.

    Excuse the fella because his posting is representative of the koman (simpleton) grassroot UMNO thinking and seldom borders on shallow logic. However, he was made popular by pro-opposition news portal and believed to be paid by a soon to be former UMNO leader.

    ReplyDelete
  11. Tidak kah kamu menggunakan akal???Golongan yang Allah sebut di dalam Al-Quran.Lihatlah,betapa munafiknya mereka.Dasar mereka adalah Pecah Tapi Tidak Perintah.Mereka amalkan politik persengketaan.Siapa membantu DAP untuk berkuasa di Pulau Pinang,Selangor dan Perak sebelum ini?Siapa di belakang mereka kalau bukan iblis?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Luar berpakaian Melayu,tapi dalam hati beriktikad bahwa Nabi Muhammad s.a.w. itu macam Mat kampung saja sebelum terima wahyu (kenyataan Nik Aziz). Lagi pun diorang tolak amalan2 kesufian macam Maulidun Nabi dan ilmu akhlak tasawwuf.

      Delete
  12. Depa dah lupa apa yg mereka cakap. Bukannya boleh tengok pun. Lagipun apa salahnya. Dulu tgha peluk kit siang, la ni nak peluk najib. Peluk najib ada bau cash, peluk kit siang ada bau tahlul siyasi. Bukan lagi perlembagaan islam yer, negara kebajikan

    ReplyDelete
  13. Sebiji macam dalam filem P.Ramlee,....Musang Berjanggut.Menteri Nikah Kahwin pun ada........

    ReplyDelete
  14. Segala label-label yang telah tuang amanat 1981 dan 2x5 dengannya hamburkan : Jebon barua broker pil kuda kafir siku lutut dan banyak lagi.

    ReplyDelete
  15. Pas ni gila. Orang gila mana tahu yg diri tu gila

    ReplyDelete
  16. Bertanjak berkeris lagak pahlawan
    Jubah kopiah locker disimpan
    Sebab presideng dah pandai berkawan
    Dua sedondon tersangatlah tampan

    Seorang nampak macam hang jebat
    Cuma janggut taklah lebat
    Keris dipinggang nampaknya hebat
    Tambah bodyguard situkang rembat

    Seorang dua saja berjubah
    Maklumlah dunia sudah berubah
    Fatwa dulu boleh digubah
    Janji jibbi bisikkan upah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, saya dah jadi fan FanTun sebab FanTun memang terrer berpantun.

      Delete
  17. macam pondan tak nampak pun keberanian sebenar pahlawan malayu
    portugis belanda jepang british asyik jajah
    tm dulu mana pahlawan malayau yang dikatakan gagah berani sangat tu
    sebab tu senagn dapat medeka tapi tegadai hak kita. inilah padahnya
    semua macam puit

    ReplyDelete
  18. Bayangkan kalau pakaian mereka terlondeh secara tiba-tiba.....apakah kita akan nampak?

    Ambo kira...P Ramlee dengan baju dalam roti tirainya pun kalah. Entah-entah tadak apa-apa didalam!

    ReplyDelete
  19. Anon 2025 tadi minum todi.
    Kenapa tok moyang kau biar kan belanda jepang British jajah? Apa kena mengena dgn Tun M? APA hak kau yg tergadai? Spender kau? akai Ada ka?

    ReplyDelete
  20. Akhirnya, mana satu slogan yang betul - "Pas ganti UMNO" atau "Pas bersama UMNO?"- Past Badut Umngok.

    Nak tutup isu 1mdb kena jadi pelawak yang melalaikan.

    ReplyDelete
  21. Pada saya parti pas dah terpesong.. dah tak memperjuangkan nasib rakyat.. klau macam nie la rupanya, lepas pru14 nanti nampaknya najib berkuasa lagilah.. dah habis malaysia dirompaknya.. kenapalah pas tak ishtihar jea gabung dgn umno.. kan senang.. tak menyusahkan rakyat..wakil rakyat pas nie tak boleh pkai..

    ReplyDelete
  22. ada orang bodo rupanya tak tau bila senang nmedeka tegadai hak melayu (serah hak warganegara pada orang yang dibwamasuk oleh penjajah)ada yang lawan bristih tapi dituduh kominis pengkhianat la entah apa lagi
    ni jenis lombuno
    sebab tu amno suka ramai lagi yang kurang ada pelajran senang nak dibodokan
    saja peranagt sikit bagi panas nak tengok
    reaksi lombuno

    ReplyDelete
  23. Tengok pun org dah meluat bakal menjadi sahabat baik umno inilah ciri2 ia akan terkubur sama umno dlm pru14 nanti

    ReplyDelete
  24. Tengok pun org dah meluat bakal menjadi sahabat baik umno inilah ciri2 ia akan terkubur sama umno dlm pru14 nanti

    ReplyDelete
  25. Aku masih kata, dalam Pru14
    Pas, satu kerusi pun tarak.
    Di Sg.Besar dan K.Kangsar
    pasti lingkup, rakyat dah benci.

    ReplyDelete
  26. Semacam muka Datuk-datuk filem P.Ramlee "Musang Berjanggut"
    Datuk-datuk miang dan gatal Negara Pura Cendana.
    Tuan Ibrahim Tuan Man - Datuk Nikah Kahwin
    Nik Mohamad Abduh Nik Aziz - Datuk Pujangga
    Mohd. Khalil Abdul Hadi - Datuk Bentara Mangku Bumi
    Khairul Nizam Khirudin - Datuk Bendahara
    Cuba teka, siapa jadi Musang Berjanggut?
    Kah... kah... kah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kah... kah... kah...
      Tuan Ibrahim Tuan Man - Datuk Nikah Kahwin
      jadi "Musang Berjanggut" terperangkap dalam peti.
      Sayang sekali Hadi@Laknatullah@PilKuda@UTurn
      tidak ada sama yang mungkin boleh berperanan
      sebagai Sultan Alam Shahbana, juga miang dan gatal.

      Delete
  27. Ini semua hj hadi punya pasal menghancurkan identiti sendiri parti dari pakai jubah kopiah kepada pakaian pahlawan , agaknya dah puas dgn pakaian tradisi mereka. Spr mempermainkan suruhan agama pulak supaya tidak membazir , ikut sun nah Rasul. Pas dah lari dari perjuangan membela rakyat sebalik ingin mempertahan rejim yg bermasalah dgn integriti dan rasuah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hadi sang takfir itu dah lama menghancurkan perpaduan masyarakat Melayu dengan Amanat kafirnya. Selama berpuluh tahun ini ia menuntut fikrah wahhabi pak arab, mahu jadikan negara kita macam Arab Saudi.

      Delete
  28. Tidak ada masalah dengan pakaian. Kenapa kamu sekalian melatah sebegitu rupa? Kenapa kamu menampakkan kebodohan kamu? Ajib manusia ini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 22.46 yang nampak bodoh tu PAS sebab dulu cukup hina budaya melayu sekarang jilat pula.

      Delete
    2. 22:46 kebodohan pas badut umngok ngko x tak nampak? Islamik tuang amanat kapirkan umngok melatah?

      Delete
    3. Hudafadzli.....

      Betul pendapat kamu tu....Apa masalah dengan pakaian...? Memang tiada masalah pung, oleh itu suruh mak kamu yg tua kerepot tu pakai skirt 1 kaki di atas paras lutut dan suruh bapak kamu yang esok lusa nak mampus tu pakai seluar dalam sahaja untuk keluar berkerja. Tiada masalah dengan pakaian kan...?

      Delete
    4. 1crony ..kamu biadap. Tkda adab. Apa yg kamu muntahkan sgt keji...

      Delete
  29. Melayu islam dh tkda kuasa. pas dah sedar. Biarlah..jgnlh begini tuan admin. Anda membuka bnyk ruang fitnah utk kesatuan melayu islam. Pas dinamik.. itulh jwbnnya. Mereka berubah krn tuntutn survival melayu islam. Klu semua cina tk kira parti boleh bersatu hati, tuan admin nk ke melayu terus me layu layu?????????

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masih ada lagi melayu lembu yang suka duduk bawah perhambaan penyamun2, lanun2 dan penyangak2, asalkan "melayu"! Mungkin melayu seperti ini berpegang kepada prinsip "lebih elok duduk dalam perhambaan dibawah penyangak2 melayu daripada hidup bebas dan sama tara dengan semua rakyat Malaysia berbagai bangsa". Syabas! sekalkanlah prinsip itu dan UMNO akan pupus selepad PRU14 dan moga2 spesis2 seperti kamu juga akan pupus bersama2 UMNO.

      Nick.
      Cape Tiger.

      Delete
    2. hudud adalah tulang rasisma. tulang2 kepura-puraan seorg wakil ulama dunia. yg nak dibentang yang nak dicadangkan yng nak diusulkan bukan hudud tp akta syariah..akta syariah ni dinamakan hudud versi hadi yg direstui tuhan semesta alam.sblm ini, husam kata hudud tak bole tangkap perasuah, tak bole tangkang tokey balak.

      hudud rasisma adalah tulang dari parti tong taik yg perlu dijaja atau dibaling ketengah gelanggang..diparlimen, hudud versi hadi ini terus dimainkan, walhal hadi al sotongi bersifat berkecuali dlm menolak gst, 2.6b.tak perlu cerah hati, tak perlu solat hajat 30hari 30 mlm utk faham hudud versi hadi..kalo bro tt yg bela anjing tu pun bole bau, apatah lg si pencari2 bidadari syurga..takkan dpt bau lurah bidadari je..hudud dtg, semua kecoh, tetiba nanti hudud senyap sendiri.asal 1mdb je, kuar cite mh370, asal cite 1mdb je kuar cite hudud..satu dunia sedang memainkan lagu 1mdb mengikut versi negara masing2

      Delete
    3. diorang berwajah takfir dan batinnya mujassimah/mutasyabihah terhadap Allah...buat apa guna pada zahir berpakaian melayu?

      Delete
  30. Apa yg nak diherankan Budin? Biasanya orang yg dah nak mati ad tnda2nya..org tua2 kata buang tabiat namanye..gitulah Pas gamaknya... xlma lg matilah parti tu dlm pru...tengok la nti dlm pru14..kdg2 sy rasa amat kecewa dgn tindak tanduk pmpin Pas sjak akhir2 ni..rasa sumbngan beribu2 duit pd parti tu sblum ni mcm nak tuntut balik je...lbih baik bg kat org2 tua & ank2 yatim drpd mnyumbang utk parti yg sudah lari dr pjuangan asalnya...

    ReplyDelete
  31. Orang sarawak dah tak pandang PAS ni. Hanya kat semenanjung je PAS masih relevant. Apa yang PAS tahu hanya isu agama sahaja. Berapa kerat pimpinan PAS sekarang yang tau berdebat tentang gst,TPPA dan yang paling besar 1MDB. Mana pergi siku lengan nashruddin tantawi dalam isu 1MDB. Nik abduh ada tulis blog pasal isu nasional ke? Ada ke dia berdebat ttg isu bauksit,alam sekitar,1MDB di parlimen? Sorang lagi apanama dia Zuhdi..ada ke dia bising pasal 1MDB? Rasanya semua dorang ni senyap tak buat bising. Yang nampak bersuara cuma Tuan Ibrahim Tuan Man. Takkan harap dia sorang je nak jerit bahas 1MDB. Dulu masa Khalid Samad,Mat Sabu,Husam musa ada,mereka boleh diharap berbahas isu isu macam ni..nak harapkan lebai lebai yang tinggal dalam PAS sekarang memang tak la. Yang jelas,dalam PRU akan datang,PAS boleh kata bye bye je lah,kecuali kat Kelantan mungkin masih stay.

    ReplyDelete
  32. เล่นได้ทุกที่ที่ต้องการ เกมสล็อตออนไลน์ slotxo สล็อตxo สุดมันส์เล่นได้ทุกที่

    https://www.slot2xl.com/

    ReplyDelete
  33. สนุกกว่าใครก็สล็อต นี่แหละ เล่นสนุก เล่นได้เงิน เล่น slotxo megabet8
    https://megabet8.net/
    https://megabet8.com/

    ReplyDelete
  34. เล่นบาคาร่า I used to work with good writer but for this article that the writer is real one
    เล่นบาคาร่าI wonder how to made this article correctly
    เล่นบาคาร่าI like this article so much

    ReplyDelete
  35. ทางเข้า fun88 that was amazing article
    ทางเข้า fun88 I never seen this article before and I need to be like you
    ทางเข้า fun88 i wonder how to contract with the writer that I want to do bussiness with you

    ReplyDelete
  36. Many thanks for posting when you’ve got the opportunity, Guess I’ll just book mark this
    pgslot

    ReplyDelete
  37. Hi there, just wanted to mention, I enjoyed this post. It was inspiring.
    Keep on posting! kingroyal88

    ReplyDelete
  38. It’s an remarkable piece of writing for pg slot.money
    all the online users; they will get benefit from it I am sure.

    ReplyDelete
  39. I enjoy reading a post that will make men and women think. jokerslot

    ReplyDelete
  40. Also, thank you for allowing for me to comment!joker123

    ReplyDelete
  41. My brother recommended I may like this web site. He was totally right.pgslot978

    ReplyDelete
  42. This post actually made my day. You can not believe just how a lot time
    autobet

    ReplyDelete
  43. I had spent for this information! Thank you!slotxo

    ReplyDelete
  44. Howdy! Do you use Twitter? I’d like to follow you if that
    gclub

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...