Sunday 17 April 2016

KETIKA KEMPEN PILIHANRAYA, SEMUA ORANG SEPATUTNYA BEBAS KELUAR MASUK KE SARAWAK

Menjelang pilihanraya Sarawak pada 7 Mei depan, setiap hari sekarang ini kita mendengar ada saja nama-nama tertentu yang dilarang memasuki negeri itu, dan sudah tentu 99.99 peratus daripadanya adalah pemimpin daripada parti-parti pembangkang di Semenanjung.

Hanya Jamal Mohd Yunos, pemimpin "ikan bilis" daripada UMNO yang sehingga ini kita dengar turut disekat sama.

Di hari-hari seterusnya, ternampak bahawa trend itu akan berterusan dan pastilah lebih ramai lagi yang bakal menerima nasib yang sama.

Walaupun kita sedar kuasa Imigresen itu memang diberikan kepada Kerajaan Negeri Sarawak sejak di awal pembentukan Malaysia lagi, tetapi ianya tidak seharusnya digunapakai secara berleluasa ketika kempen pilihanraya sedang berlangsung.

Di waktu-waktu yang lain, larangan itu mungkin boleh diterima atas pelbagai yang diwajarkan logiknya. Namun ketika kempen pilihanraya, semua orang seharusnya dibenarkan masuk, lebih-lebih lagi jika parti mereka turut serta meletakkan calon dalam pilihanraya.

Ini kerana semasa kempen pilihanraya, ia adalah waktu di mana semua orang mahu "menjual"  calon mereka kepada rakyat. Biarkanlah mereka berkempen dan bercakap apa pun untuk menarik perhatian. 

Jika kempen atau pengucapan yang dilakukan oleh mana-mana pemimpin agak keterlaluan, bukankah pelbagai undang-undang lain seperti Akta Hasutan atau tindakan saman boleh diambil untuk menanganinya?

Oleh itu, alasan bahawa larangan itu kerana mereka kononnya menggugat keharmonian dan keamanan Sarawak tidak masuk akal sama sekali. Tiada apa yang perlu dibimbangkan kerana semua orang faham ini adalah waktu kempen pilihanraya.

Maka, sementara semua pemimpin pro kerajaan bebas keluar masuk dan bercakap apa saja kepada pengundi Sarawak, kenapa pula pihak lain mesti dikenakan larangan?

Di mana keadilan dan kesamarataannya? 

Kenapa rakyat Sarawak perlu dihalang daripada mendapat akses maklumat yang lebih terbuka dan mendengar sendiri kempen pilihanraya daripada pelbagai pihak sebelum mereka membuang undi?

Apakah boleh dianggap kemenangan yang adil jika hanya satu pihak saja dibenarkan berkempen, bercakap dan menaburkan macam-macam janji kepada pengundi manakala satu pihak lagi, jangankan mahu berkempen dan bercakap, menjengukkan diri pun tidak dibenarkan?

Tidak malukah Najib Razak, Zahid Hamidi dan Adenan Satem kepada dunia dengan keadaan ini? (SH 17/04/2016).

50 comments:

  1. Kerajaan Penakut Adenan Satem..pui
    Mereka wakili parti yang SAH berdaftar sepatutnya tidak dihalang. Kalo mcm haramkan shj mereka masuk tanah semenanjung..ade berani..kejaan zalim najib jugak..pui

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha jamal ikan tongkol pun kena halau balik.
      Marah tak terkira dia.Calun BN sarawak ada degreelah jamal. Tak setaraf dgn srp kau
      Skrng dah jadi jamal ikan busuk.
      Nak masuk sarawak nak tabur dedak ker?

      Delete
  2. Tidak dibenarkan masuk juga satu "kempen" yang boleh digunapakai bagi menunjukkan BN Sarawak ada masalah jati diri.

    Tetapi kalau itu merosakan perpaduan, kita kena sokong.
    Tetapi why not, benarkan masuk, bila ada fitnah dan hasutan, gunakan akta...hukankah malaysia sekarang sarat dengan akta dan KPN, 24 jam sedia menurut petintah.

    Blogger macam tuan, rasanya susah nak lepas juga, cuba try test.

    ReplyDelete
  3. Budin,
    Nak buat macam mana din kita hidup dalam negara pemerintah mataliti mundor kelas 4,zamam Tun M yang di gelar maha zalim oleh puak anuar dan PAS jumud pun tak dibuat macam tak ada dengar berita portal online di sekat akta hasutan diguna semaksima nya dan lain lain lagi bukan saja di sarawak,disemenanjung pun najib dan kuncu dah buat macam macam utk sekatan,bagi di sarawak harap rakyat sarawak buka mata la sikit dgn kes anak bekas KM Dahulu dimakamah syariah dlm sengap sengap ada lebih harta 1 billion yg rakyat dan negeri sarawak masih byk perlu pembangunan mereka pemerintah dlm usaha pembangunan boleh sapu byk harta ini la status quo yg mahu di jaga oleh geng geng Adnan dan Najib.

    ReplyDelete
  4. Budin,
    Nak buat macam mana din kita hidup dalam negara pemerintah mataliti mundor kelas 4,zamam Tun M yang di gelar maha zalim oleh puak anuar dan PAS jumud pun tak dibuat macam tak ada dengar berita portal online di sekat akta hasutan diguna semaksima nya dan lain lain lagi bukan saja di sarawak,disemenanjung pun najib dan kuncu dah buat macam macam utk sekatan,bagi di sarawak harap rakyat sarawak buka mata la sikit dgn kes anak bekas KM Dahulu dimakamah syariah dlm sengap sengap ada lebih harta 1 billion yg rakyat dan negeri sarawak masih byk perlu pembangunan mereka pemerintah dlm usaha pembangunan boleh sapu byk harta ini la status quo yg mahu di jaga oleh geng geng Adnan dan Najib.

    ReplyDelete
  5. Rakyat malaysia bebas bergerak kemana sahaja didalam malaysia.kenapa di masih ada halangan hanya kerana status pembangkang didalam kerajaan?
    Ini hanyalah arahan dari Putrajaya yang amat takut dengan penyelewengan yang akan dibongkar oleh pembangkang.

    ReplyDelete
  6. SPR masih berbangga mengaku pilihanraya di Malaysia adalah yang yang terbaik di dunia, bersih dari sogokan (rasuah) dan penyelewengan.

    Lucu untuk menerima self recognition tersebut ketika mereka berdepan bukan sahaja persepsi malah hukuman bersalah oleh majoriti rakyat Malaysia kerana ketidak-mampuan mengendalikan pilihanraya dengan bebas serta adil dan saksama. Badan tersebut dituduh kekal menjadi alat pemerintah selagi berada di bawah Jabatan Perdana Menteri.

    Perlembagaan memperuntukkan hak yang jelas kepada SPR menjalankan tanggungjawab pilihanraya yang bersih. Malangnya Perlembagaan dipersenda lembaga-lembaga yang tidak menghormati perjanjian nenek moyang kita malah tidak takut kemurkaan Allah kerana gagal memikul amanah.

    Anwar Ibrahim berusaha membina semula negara sekalipon dari penjara, Dr Mahathir Mohamad berusaha memperbetulkan apa yang beliau mulakan, rakyat yang dizalimi berusaha menghalang kebathilan terus bermaharajalela. Usaha tanpa tawaqal tidak mampu merobah apa-apa. Teruskan berdoa dan bertabah

    ReplyDelete
  7. Nak masok negeri sarawak pon susah, pemimpin pakatan harapan keluar negara pon kene sekat.Banyak sangat faktor yang membuatkan be end dan umngok kecuq telor.Bayangkan kalau pemimpin pakatan harapan keluaq ke usa dan menyaman wsj utk membersihkan nama negara, bukankah tindakkan ini akan menyebabkan saksi dan bukti dipanggil utk membela diri.

    ReplyDelete
  8. Bro Din Dan rakan blogger yg lain. Just for sharing.
    Sebenar di Sarawak ini sentimen negeri ni lg kuat dr di Kelantan. Sbb sbhgn besar mreka masih beraja kan brooks.Slogan Sarawak for sarawakian ada di serata pelusuk negeri Sarawak lebih-lebih lg di waktu nak pilihan raya. jika pergi ke mana2 di tempat2 di mana menjadi tumpuan org ramai maka di situlah byk kedapatan t-shirt2 yg berslogankan Sarawak for Sarawakian terjual dgn pelbagai logo. Sehinggakan sykt pengedar toyota hilux di Sarawakpun meletakkan logo dn corak bendera lama Sarawak sbg plan promosi jualan mereka.
    Maka jika kita pertikai dn mempersoalkan cara CM Sarawak mghalang melalui imigresen sbb diapun mmg brhajat mnjadikan sarawak mdapt autonomi penuh atau lbh mudah sbg negera yg tidak brkiblatkan semenanjung lg.
    Jadi slogan tersebut mmg mnjadi modal Kempen mreka skrg.
    SlainSarawakian Mmg wajib bg mreka dn termasuklah sy perlukan permit/visa lawatan sosial ke sarawak wlupun punyai isteri yg berasal Sarawak. No compromy.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maka yg srwak kat senanjung ni elok je halau balik ke tmpat asal mreka..mnyemak je kat sini..

      Delete
    2. Anon 13:36...ya kasi halau semua tu balik sarawak...pastu kau kasi tau najib and the gang kasi kluar itu sarawak dari malaysia...pastu tarik semua org smanjung yang kerja d sarawak...pastu kluar kan petronas dan yg sekutu dengan nya dari sarawak....hehehe....

      Delete
  9. Malu?????? Ade ke dikalangan pemimpin 2 BN.....

    ReplyDelete
  10. Parti amanat sedondon tidak akan mendapat tempat dihati pengundi sarawak biar pon x da dengar pemimpin mereka kena sekat masok sarawak.

    ReplyDelete
  11. Eloknya, orang Sarawak juga tak dibenarkan sesuka hati datang ke SEMENANJUNG TANAH MELAYU. Mereka patut guna pasport juga, baru dia tahu macam mana rasanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalu Xfaham sejarah 18perkara baik diam. & dont provoke.

      Delete
    2. Bukan masalah provoke dah ada 18 perkara gunalah dgn bijaksana jgn jadi macam pasar borong...jgn jadi jaguh kampung

      Delete
    3. 1714 malaysia milik semua cuma ada segelintir psyco yg phobia hilang kuasa.rakyat malaysia harus bebas kemana pun dlm negara kita.

      Delete
  12. Laporan terbaru dari Sarawak Report:
    Why Did Najib Give Sarawak's Bustari Yusof A Million Ringgit?
    17 APR 2016

    Najib paid his golf buddy a million ringgit, according to investigation papers

    One of the as yet unreported recipients of Najib’s cash, according to the papers released to ABC Australia’s Four Corners programme, was the Sarawakian mover and shaker Bustari Yusof.

    He received a million ringgit from the money that found its way into Najib’s personal account from the 1MDB subsidiary SRC.

    People who are currently being gifted with water butts and maybe RM50 per family as bribes to vote BN in the coming election might think this is a lot of money.

    But, in fact, it is nothing to either the billionaire Najib or the billionaire Bustari. The former plainly just wasn’t prepared to pay his pal out of his own money, so he used the KWAP pension fund, sourced through SRC, into his own account.

    Far more serious than even this outrage, however, is the new evidence obtained by Sarawak Report that Bustari’s companies have been positioned by his friend Najib to leach out billions more public money, not only from the RM27 billion allocation to the Pan Borneo Highway, but even more shockingly from Sarawak’s under-funded public health services, which have been recently restructured to give Bustari a fat cut.

    Maaf aku tak dapat copy-paste semua... Jangan percaya bulat2 tapi gunakan akal fikiran utk menganalisis berita...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oiiii keruak tak payahlah kau main sandiwara untuk najib. Rakyat Malaysia ni bukanlah bodoh seperti yg kau sangkakan.
      Kau ingat kau menteri rakyat kena ikut cakap kau ker
      Kami peduli apa kau menteri atau tidak.
      Kami pun bukannya bangang mcm kau.

      Delete
  13. Agaknya org sarawak ni tak ada telor kerana banyak sangat org dari semenanjung tak boleh masuk masa pru ni hailah org sarawak macam katak bawah tempurung pula takut kat org luar pula hebat hebat hebat org2 ulu ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan semua orang sarawak suka kan perkara ini...dan saya rasa tak semua org sarawak jadi katak bawah tempurung seperti yg kau cakap...kita tahu mainan politik BN sarawak.Saya org sarawak dan x menyokong tindakan ini.

      Delete
  14. Agaknya org sarawak ni tak ada telor kerana banyak sangat org dari semenanjung tak boleh masuk masa pru ni hailah org sarawak macam katak bawah tempurung pula takut kat org luar pula hebat hebat hebat org2 ulu ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau orang semenanjung ada telur dan hebat , jgn la berebut2 nak masuk srwak yg ulu n tinggal dlm hutan. kenapa la org bandar sibuk sngt nak masuk hutan n berkempen dgn org ulu. dari PM sampai ke pembangkang,semua sibuk nak masuk sana. for what reason?

      Delete
  15. Inilah cara BN memerintah tidak "bertamadun" sama sekali,, memalukan sangat sangat ..!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bertemadun ke kalau masa pru kaw l.pantai fitnah org blh menang..cakap mulut bangkai

      Delete
    2. Apa yang awak merepek ni??

      Delete
  16. Kononnya kunjungan pemimpin pusat ke sarawak sekarang untuk merancakkan pembangunan.
    Kenapa tak berterus terang saja dgn rakyat sarawak.
    Sebenarnya kunjungan yg terlampau kerab selama ini untuk pastikan BN menang pilihanraya sarawak kan senang.
    Kunjung pun bukan sebarang kunjung. Kunjung untuk menabur dedak

    ReplyDelete
  17. Nak bertinju di gelanggang tapi tangan kaki lawan diikat malah dihalang masuk gelanggang. Apa citer ni Adnan Satem dan BN?. Bacul sangat ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab tu jamal ikan tongkol nak pi buka tapi dia pun kena halau balik.
      Tak dapat jadi hero di sarawaklah jamal ikan tongkol tu
      Pakai kot smart2 pun kena halau balik berangin satu badanlah si jamal

      Delete
  18. Mula mula kuasa otonomi tadbir. Lepas tu sekat poltik. Lepas tu keluar malaysia. Najib bodoh

    ReplyDelete
  19. PM sendiri tak ada keyakinan boleh menang di Sarawak oleh kerana banyak kemungkaran yang telah lakukan dan beliau yakin kalau tak "main kotor" maka harapan tipis untuk BN menang besar di Sarawak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini minda diktator dunia ketiga. Tak payahlah mahu berwawasan 2020!

      Delete
  20. Menang mesti menang sebab umno tak bertanding di prn sarawak.
    Pemimpin umno ke sana untuk tabur dedak saja nak jaga fixed deposit bn.
    Maka sebab itu pemimpin2 umno boleh cakap besar.
    Cuba bubar dun di semenanjung tengok apa akan jadi kalau najib tak tersungkur

    ReplyDelete
  21. Aku cadangkan PH - Keadilan DAP & Amanah
    boikoit sahaja pilihanraya Sarawak tu.
    Biar Adanen menang dengan tidak ada teloq.
    Kata BN kuat, tetapi penakut menghadapi PH.
    Puuuiiiii...

    ReplyDelete
  22. Saudara shah..pada hakikat bumi cipta ,,,smua ada pasangan....kalau senjata makan lawan...pasangan dia adalah senjata makan tuan...saya tak pernah minat pd politik ,,,karena padang pertandingan tdk pernah rata....dan jgn harap akan pernah rata...siapapun jadi penguasa akan guna peluang yg sama...yg bertuah ikut bertanding kali ini senjata yg ampuh adalah kenapa smua pemimpin partai dilarang masuk sarawak...itu senjata...apa yg ditakuti oleh kerajaan sehingga larangan itu dibuat...buat senjata itu makan tuannya....politik indonesia ,malaysia ..ada 2 orang yg aku sanjung dan hormati kepimpinannya ...ahok governor jakarta..dan presiden jokowi....malaysia ...belum ada lagi...karena media terlalu takut dgn kebenaran...media kerajaan....dan ini benar lho...ahok kristen...tapi boleh kawal transparency...dan smua org boleh akses...malaysia?????klau pepatah kuno itu benar maka kebenaran ini akan jadi bukti...DIMANA IA BERMULA DISITU JUGA AKAN BERAHKIR...LINGKARAN HIDUP ,,jadi macammana dgn yg ini...KALAU DAPAT SATU NEGERI DGN RASUAH ..MAKA IA BERAKHIR JUGA DENGAN RASUAH... kalau pembangkang skrg jadi kerajaan kelak ,,hasilnya untuk rakyat mungkin tetap sama...yg rajin akan berjaya dan yg malas akan tiarap...apa yg diharap adalah sosok pemimpin sederhana...ambil contoh jokowi...ahok...ridwan kamil..dan ibu risma...

    ReplyDelete
  23. Saya org sarawak, kami pun tak setuju pendekatan ini..kami pun sokong platform kempen yg adil dan tdk bias. so klu nk kutukpun jgn level kn semua org sarawak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya kalau kita baik orang akan tetap sokong kita. Tak kita walau siapa pun yg keluar masuk Sarawak sekalipun, yg baik tu jugaklah yg menjadi pilihan utama betul tak??

      Melainkan ada nawaitu yg tidak lurus dan tidak yakin pada diri sendiri.

      Delete
  24. Malang sarawak dapat diktator jadi km. Dulu taib. La ni adenan stim. Pelik presiden parti bertanding tk boleh pi kempen. Awat kalo mat sabu pi kempen adenan boleh kalah ker? Otak adenan ni kat lutut kot. Biar doktor periksa. Hahahaha

    ReplyDelete
  25. Malang sarawak dapat diktator jadi km. Dulu taib. La ni adenan stim. Pelik presiden parti bertanding tk boleh pi kempen. Awat kalo mat sabu pi kempen adenan boleh kalah ker? Otak adenan ni kat lutut kot. Biar doktor periksa. Hahahaha

    ReplyDelete
  26. Ada ke "MALAYSIA" wujud? Apakah itu Malaysia? Memang pada mula negara-negara Singapura, Sarawak dan Sabah diistiharkan sebagai Negara Malaysia bersama Persekutuan Tanah Melayu. Pada masa itu kita semua boleh merasakan adanya penyatuan. Bila Singapura keluar, mulalah pemikiran berubah dan keperluan Sarawak dan Sabah menjadi kepentingan pulak.

    SEKARANG orang Sarawak dan Sabah tidak lagi sebut Malaysia (cuma Semenanjung saja yang entah kenapa masih mengguna Malaysia).

    Apa maknaya kita berbaangga dengan Malaysia sedangkan antara Negara, kita di Semenanjung tidak diiktiraf sebagai rakyat 'bersátu'. Masuk Sarawak atau Sabah macam masuk Negara asing..

    ReplyDelete
  27. Terimalah seadanya. Yang di Semenanjung ni pun bukanlah perfect sangat dari segi penyatuan rakyat. Sepatutnya satu sekolah saja utk semua supaya dapat hidup bercampur gaul bersama2. Adakan kelas bahasa Mandarin, Tamil, Urdu, Tagalog, Siam, Swahili, Arab dll kalau nak pandaikan lagi rakyat berkomunikasi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betoi qalam qabut satu sekolah untuk semua.masalah di malaysia bermula dgn sekolah jenis.tutup semua hanya sekolah kebangsaan saja.

      Delete
    2. Betoi qalam qabut satu sekolah untuk semua.masalah di malaysia bermula dgn sekolah jenis.tutup semua hanya sekolah kebangsaan saja.

      Delete
  28. bagi pembangkang masuk ke sarawak tak semesti depa boleh menang . Pasal apa melatah pulak ?

    ReplyDelete
  29. "Malu" perkataan itu tidak ada dlm kamus mereka.

    ReplyDelete
  30. Dicadangkan Adnan Satem dilarang masuk ke Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan kerana dikhuatiri Adnan Satem akan memecah belahkan masyarakat di Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan.

    ReplyDelete
  31. Adnan satem dah jd adnan setan.

    ReplyDelete
  32. May the day come when Allah swt shall give to them exactly what they have given us! Sarawak is their Sdn. Bhd. which they can do whatever they want? And if course this is to ensure the continuing dominance of the corrupt political and economic elite while the people are sold on hope and hardly anything but hope that their future shall be much better. The world is watching and Allah swt is also watching.

    ReplyDelete
  33. Mengapa pemimpin PAS tidak jadi ancaman lagi di Sarwak ?

    Adakah kerana salah seorang calun PAS adalah kristian?

    Alasan melarang pemimpin PH berkempen demi keharmonian masyarakat Sarawak perlu di buktikan terlebih dahulu dan sepatutnya mereka yang di larang hendak lah membawa kes ini ke mahkamah seperti mana Rafizi telah mencabar akta rahsia di mahkamah.

    Buktikan akta yang sedia telah di salah gunakan.

    ReplyDelete
  34. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...