Wednesday 6 April 2016

ANTARA PROTON DAN 1MDB


Dalam tulisan di blognya untuk menghuraikan sebab-sebab beliau berundur sebagai Pengerusi Proton, Tun Mahathir Mohamad turut mengambil kesempatan menjawab tuduhan pengkritik sebelum ini yang seolah-olah mengatakan syarikat kereta nasional itu hanya tahu meminta bantuan untuk memberinya nafas kehidupan dan tidak menyumbang apa-apa kepada kerajaan.

Beliau lantas menyenaraikan pemberian kerajaan kepada Proton iaitu:-

- RM1,320 juta dalam bentuk insentif cukai yang juga layak diterima oleh kereta lain.

- RM773.8 juta dalam bentuk geran penyelidikan dan pembangunan, geran khas, pakej rangsangan yang turut dinikmati oleh pengeluar automitif lain.

- RM12,532.6 juta insentif khusus yang turut dinikmati oleh pemain industri automotif

- secara keseluruhannya bermula 1985 sehingga kini, sumbangan kerajaan kepada Proton ialah RM14,631.4 juta.

Sumbangan Proton kepada kerajaan yang disenaraikan oleh Tun Mahathitr pula:-

- duti eksais sejak 1985 hingga sekarang berjumlah RM11,785 juta.

- cukai jualan sejak 1985 hingga sekarang sebanyak RM9,470 juta.

- cukai korporat sejak 1985 hingga sekarang sebanyak RM1,410 juta.

- duti import sejak 1985 hingga 2008 ialah RM1,403 juta.

- cukai GST sejak 1 April 2015 sebanyak RM28 juta.

- secara keseluruhannya sumbangan Proton kepada kerajaan sejak 1985 hingga sekarang ialah RM24,095 juta.

Selain itu, menurut Tun Mahathir, suntikan dana sebanyak RM400 juta oleh kerajaan kepada Proton juga sudah pun dibayar serta dalam masa yang sama telah membiayai sepenuhnya kilang di Tanjung Malim bernilai RM1,800 juta dengan menggunakan tabungannya sendiri.

Sebagai tambahan, kata Tun Mahathir lagi, Proton juga telah menyediakan 12,000 peluang pekerjaan secara langsung dan 250,000 secara tidak langsung kepada rakyat.

Kepada pengkritik Proton dan pemuja 1MDB, cuba bandingkan antara kedua-duanya?

Berapakah  sumbangan 1MDB kepada kerajaan sejak ia ditubuhkan, meskipun kerajaan menyediakan modal awal sebanyak RM1 juta dan menyerahkan tanah TRX dan Bandar Malaysia dengan harga paling murah kepadanya?

Apa jadi kepada tanah-tanah itu sekarang?

Berapa sumbangan cukai dan jumlah pekerja yang telah mendapat nikmat daripada 1MDB?

Siapa yang kaya kerana Proton dan siapa pula yang mendapat laba daripada 1MDB?

Jika ada perbandingan lain selain "antara langit dengan bumi", apa agaknya yang sesuai untuk membezakan Proton dengan 1MDB? 

Kalau ada rakyat Malaysia ingin berbangga kerana 1MDB hanyalah barangkali popularitinya telah "melonjakkan" nama Malaysia dan Najib menjadi semakin "fofular"  di seluruh dunia. (SH 06/04/2016).

41 comments:

  1. Hebat Tun..... krn segera menjawab segala persoalan@fitnah ttg Proton yg seolah2 menyalahkan beliau atas kemelut yg berlaku. Moga jwpan Tun dpt kita sharekan di fb agar jgn sedap2 jea puak2 macai menyalahkan Tun tanpa menimbang fakta yg sebenar....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jelas sekali, orang yang jujur akan pantas menjawab tohmahan yang dilontarkan. Ada jawapan pada setiap persoalan. Rakyat pun puashati. Tidak perlu tipu rakyat, tidak perlu bohong rakyat, tidak perlu ampu bodek. Kenyataan yang mencerminkan kebijaksanaan. Berbeza dgn kaki ampu bodek, setiap kali buka mulut "hampas" yang keluar.

      Rakyat pun dah bosan Dan jelik dengan kabinet umno pemakan dedak..

      Delete
    2. ...arul kata tugasnya dah nak habis, dia pun dah nak berhenti.

      Delete
  2. 1. Suatu yang sangat menghairankan saya ialah bila pemimpin yang tidak berkuasa seperti Tun Mahathir dikecam dan diserang oleh penjilat dan pencium tangannya satu ketika dahulu yang terdiri daripada pemimpin Umno Bn. Tun M bersalah, Tun M pengkhinat, Tun M hendak jatuhkan Kerajaan Melayu pakat dengan Cina dan macam-macam lagi kesalahan Tun disebut Umno Bn. Politik hari ini seolah-olahnya Umno Bn Pembangkang dan Tun M Masih Perdana Menteri.
    MENYALAHKAN TUN M : UMNO MENDEDAH KEBODOHAN SENDIRI.
    2. Kini kenyataan terbaru Tan Seri Anuar Musa, Ketua Penerangan Umno dan Datuk Abdul Rahman Dahlan, Pengarah Komunikasi Strategik BN yang menyalah Tun Mahathir atas kegagalan Proton adalah suatu yang sangat memalukan dan menyerlahkan sifat tolol diri sendiri, Umno/Bn dan Kerajaan.

    3. Kenyataan mereka bila dibaca menjadikan pembaca termuntah. Apa tidaknya, kecaman terhadap Tun M hanya selepas Tun M tidak berkuasa dan melepaskan semua jawatan lantikan termasuk dalam Proton. Umno Bn sedang berperang dengan Pemimpin pencen walhal dahulunya semasa Tun Berkuasa sebagai PM mereka inilah menjilat dan mencium tangan Tun M berulang-ulang.

    TUN M HANYA BERSALAH KERANA MAHU NAJIB UNDUR.

    4. Persoalan saya, kalau pimpinan Umno Bn hari ini menyatakan kesalahan lampau Tun M, di mana mereka pada waktu itu? Kenapa mereka mendiamkan diri? Kenapa hari ini baru mereka menghasut rakyat untuk menyalahkan Tun M? Mengaku sahajalah kamu semua bodoh dan bacul. Keberanian kamu hanya pada orang yang sudah tidak lagi berkuasa. Keberanian menyerang Tun M hanya kerana hendak menyembunyikan jenayah PM Najib yang berkuasa.

    5. Keberanian menyerang Tun M hanya kerana Tun M mahu Najib berundur dan reformasi negara mesti disegerakan. Kalau Tun M tak minta Najib undur pasti Tun tidak salah. Proton bawah pimpinan Tun menyerlah. Proton idea Tun kebanggaan Malaysia. Proton lambang Malaysia Boleh. Macam-macam lagi ungkapan puji pada Tun. Buat Najib dan pemimpin Umno Bn, berhentilah memperbodoh dan menakutkan rakyat. Kepada seluruh rakyat jangan sembunyi dan lindungi jenayah pemimpin yang berkuasa. "BANGKIT DENGAN KEBERANIAN BUANG KETAKUTAN, TENTANG KEMUNGKARAN, TEGAKKAN KEADILAN, JUNJUNG KEBENARAN"

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tunggulah bila najib tiada kuasa nanti...kita tengok penjilat2 pun akan kutuk dia jugak

      Delete
  3. Inilah seorang insan yang hebat iaitu Tun Dr Mahathir menjawab segala tomahan secara spontan dan ada fakta fakta yang benar kecuali 1MBD yang merapu dari hari ke hari,Syabas dan Tahniah Kepada Tun Mahathir

    ReplyDelete
  4. Ada satu wanemdibi, hasil kepala perdana menteri, berniaga besar jadi rugi,berbiliun masuk poket sendiri..

    Proton dibuat untuk negara, jadi lambang kekuatan bangsa, Mahathir contoh pemimpin dunia,memang Tun permata berharga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pantun Terrrbaekk Bro.

      Delete
    2. mintak kebenaran copy pantun tuan...terima kasih.....

      Delete
  5. Terbaik dari seorang pemimpin berkasrisma yang hanya petik jari kaki menjawab soalan bodoh menteri-menteri dedak yang mempersoalkan kegagalan proton kononnya.

    #Salwah Abdat, 1MDB merapu? Ko pun makan dedak jugak ke?

    ReplyDelete
  6. Takyah dengarlah cakap bodoh rahman 'positioning' dahlan ni. Asal dia ni bangang dan sampai bila2 pun dia akan jadi bangang. Annuar samun duit org miskin pun same je. Suruh dia taubat jelah ...

    ReplyDelete
  7. Saya bukan fan Proton. Tapi saya lebih rela ada Proton daripada 1MDB. Apa fungsi 1MDB? Mana duit yang dipinjam dari Bank-Bank? Dah dicuci bersih dah kan? Beli handbag, kain berjela-jela dll.

    ReplyDelete
  8. Kemelut 1mdb membongkar KEBODOHAN menteri2 yg dilantik. Perlukah kita mengekalkan mereka2 yg ternyata kaya raya hanya kerana menjadi menteri?
    MENTERI2 KABINET BEGITU DUNGU BILA MENGUPAS ISU2 PENTING....sila baca komen2 mereka tahap darjah 3 sekolah kebangsaan tetapi tetap perasan diri seorang yg amat bijak! Ptuii...

    ReplyDelete
  9. Bukankah yang sepatut memberi maklumat sebegini jelas ialah dari MITI, iaitu Tokpa sendiri? Bukankah dia yang mempunyai semua maklumat terperinci? Mungkin Tokpa juga ter...saya ulang ter..termakan dedak? Mungkin sebab dia dah announce nak pencen dari politik, maka tak nak ganggu pencen gomen dia? Baik diam diri sahaja bukan? Nanti kena buang macam yang lain, miss syoru pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tok pa tppa ni dari dulu x nmpk tokoh pun
      mungkin sbb kuota menteri dari kelantan dan dia berada di tmpt yg tepat pd masa yg tepat sbb tu ble jd menteri
      sesungguhnya x ada karisma pun

      Delete
  10. Nak tanya aje...Ada Tun bawa duit Proton shopping kat Hawaii atau beli kain million-million?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kelemahan Tun ialah Tun tak buat GST dulu....hehe.

      Delete
  11. Tok Pa yang saya hormati selama ini, hancur berkecai, akhirnya menjadi pencacai najib yang bergelumang dengan jenayah rasuah. Hilanglah hormat saya kepada Tok Pa. Selamat Tinggal Tok Pa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Me tooooo.... Tok Pa kita ingatkan bolehlah disandarkan harapan utk mnghentikan tohmahan berlandaskan fakta....tapi kelabu asap jugak nampaknya sama spt rakan se kampong kuli dan nuar muse. Tiada apa nampaknya yg boleh rakyat harapkan dlm masa terdekat....kita tpksa menahan sabar utk mnunggu pru14 utk menyatakan kekecewaan kita.....BE END!!!

      Delete
    2. mana bis, tok pa kat ahli parlimen UMNO yang warak dan masih lagi sembahyang tak tinggal diparlimen, penganut agama terbenar sekali didunia! LOL

      Delete
  12. Budin,
    Itu la tempoh hari saya baca dato Mustapa kelantan(dia ini pun jenis tak guna)jawap pasal Proton ,rasa macam tak berapa nak kena , point yang paling tak kena pasal GLC ,ini proton satahunya bukan GLC sebab sudah milik swasta penuh kemudian pasal sumbangan kerajaan dan vendor pun tak kena kerana proton pun kena bayar cukai dari keuntungan juga dan vendor pula 90% lokal jadi kena rebate la,itu saja.

    Sebenarnya budin saya lihat apa saja jawapan dan penjelasan diberi oleh menteri kerajaan dan kuncu kuncu najib ini tak ubah standard pakar fitnah No 1 negara iaitu Raja Petra Kamaruddin ingatan dan anggapan saya la entah entah dia ini menyediakan gudang salur maklumat untuk jawap dan beri kenyataan kut maklumlah blogger termahal dibayar dedak selepas blog batu keras brother.Sebab harapkan menteri semua tercekek dedak ,nak harap ketua ketua bahagian dah lama tak main jawap menjawab kerana sebok atur business dan sapu projek.Kenapa saya sebut pasal RPK kerana semua fitnah dan bohongan yang dibuat keatas Tun M sekarang semuanya datang dari fitnah yang lama yang direka raya oleh RPK dizaman reformasi dan dikitar semula oleh macai macai bahalol najib.Siapa tak kenal RPK kalau dizaman reformasi PKR dia lah yang banyak reka cerita untuk malaysiakini dan lain lain, tapi yang pelik sekarang RPK pula jadi gedung reka raya bagi Najib walaupun isu Altantunya RPK la yang orang paling awal kait Najib dan Rosmah dengan kes ini sehingga ribut satu malaysia.Kalau di negara maju orang munafik macam ini dah lama bankrupt dan di pulau di malaysia boleh cari makan untuk hidup hanya reka cerita kerana ramai sibahalol, manusia cacat minda serta manusia suka makan haiwan iaitu dedak.

    ReplyDelete
  13. Sumbangan Proton (idea Tun M) kepada kerajaan, kepada rakyat, lepas di tolak dari sumbangan kerajaan ada lebih RM9,463.6 million berbanding sumbangan kerajaan kpd Proton.

    'Sumbang'an 1MDB RM42 billion hanyalah untuk Biawak, Badak dan pemakan2 Dedak serta kakitangannya yg entah berapa ekor.

    Yg nyata, 1MDB pusing2 hanyalah kepada Dedak, Badak dan Biawak.... Satu sen pun tak berguna kepada rakyat dan negara.. Tergadai harta negara adalah... Semoga penyamun2 ini dipanah petir.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pusing2....

      Dedak, Badak, Biawak.
      Biawak, Badak, Dedak.

      Dedak, Badak, Biawak.
      Biawak, Badak, Dedak.

      Yang tengah lah yang untung.

      Delete
  14. Proton di bandingkan 1MDB? Ia seumpama perwiraan Melayu di bandingkan kekhianatan Bogeys (bukan Bugis kita).

    ReplyDelete
  15. Sejak proton diujudkan berapa banyak proton di jalanraya? Berapa banyak kerajaan mendapat duit dari cukai jalan? Dll

    ReplyDelete
  16. Hanya anjing2 yg buta mata dan buta hati saja mengatakan proton tak sumbang apa2 pd rayat Tun kata 12000 rakyat menyara hidup melalui proton cuma anjing2 saja kata 1Mdb untungkan barua2 yg kayaraya jual tanah pd cina dari negeri cina itu yg anjing2 ini sokong kerana mereka juga dpt dedaknya

    ReplyDelete
  17. Hanya anjing2 yg buta mata dan buta hati saja mengatakan proton tak sumbang apa2 pd rayat Tun kata 12000 rakyat menyara hidup melalui proton cuma anjing2 saja kata 1Mdb untungkan barua2 yg kayaraya jual tanah pd cina dari negeri cina itu yg anjing2 ini sokong kerana mereka juga dpt dedaknya

    ReplyDelete
  18. Ini soalan dari rakyat biasa ,bukan dari pakar ekonomi ,nak minta Mahahtir jawab.

    Bila Proton di keluarkan harga kerta keseluruhannya di naikan hitong panjang RM 30,000 sebuah ,kerana mahu memberi perlindungan kepada Proton.Jadi berapakah jumlah tambahan tersebut yg telah terpaksa di keluarkan oleh rakyat utk membeli kereta.Betulkan kiraan ini 33 tahun X 200,000 buah kereta se tahun X Rm 30,000 = 198 billion.

    Berapa pula jumlah faedah tambahan yg kena di bayar oleh rakyat kerana membeli kereta dgn tempuh pinjaman yg lebih panjang 7-9 tahun kerana harga kereta yg terlalu mahal?.Sebelum kereta Proton di keluarkan rrakyat boleh beli kereta dgn hanya tempuh pinjaman 4-5 tahu saja.

    Adakah lebih baik kalau sekiranya wang yg di gunakan utk membena Proton di gunakan utk membena lebuh raya atau IPP?. Jadi Lebuh raya atau IPP tak perlulah di beri kepada kroni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wang 1mdb...digunakan untuk siapa? Shopping?

      Delete
    2. Ko tak abis mkn dedak lg ke anon 13:17? Soalan ilmu isab apa ko guna lintang pukang.

      Delete
    3. Mahatir tu degil, dialah yg Nalaysia mcm ni skg ni, Aku setuju byk perkara kita terpaksa bayar disebab polisi Mahatir, Apa nak nak dibanggakan

      Delete
  19. Anon 13:17...Apa benda yang merapuni. Soalan pun lintang pukang.Fakta tah kemana. Belum makan ubat dedak lagi gamaknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah dia kata rakyat biasa dan bukan pakar economy....tuh yang otak dia lari alignment!

      Jangan kata ubat dedak, disumbat taik pun dia bedal hanya kerana malas mencari kebenaran!

      Delete
  20. To top it all, sumbangan paling besar proton kepada negara adalah kini rakyat Malaysia know how to built a car from scratch. Know what is like to manufacture a car and sell it. This little known third world country bold and foolish enough to dream of building their own cars. And we did.
    This know-how car technology is not easy to get for any country UNLESS the country itself becomes making and producing cars.
    Even Singapore don't have this kind of unique experience. The unique feeling on how to manufacture a car from the bottom of the chain right to the when it reaches the hands of the customers. It showed how far ahead Mahathir was thinking at that time.
    Kepada menteri-menteri yang bercakap tunjuk pandai pasal proton, even if billions have been spent, at least we have a national car and a car industry with tangible products which can be seen with the likes of Saga, Wira, Iswara, Perdana, Savvy, Persona, Preve, Gen2 lining up our roads and highways since the 1980s.
    Compared to 1MDB, billions of debt rake up after six years, please show ONE product which can been seen and proud of? Apa? Tak ada??? Rubbing salt to the wound, harta pusaka nenek moyang negara siap tergadai lagi dek penangan 1MDB.
    With proton we have local car industry, manufactured by our own people and helmed by our own industry players.
    Dengan adanya proton 50 ribu peluang pekerjaan diwujudkan pada satu-satu masa dan menjadi punca rezeki yang halal untuk mereka dibawa balik bagi makan anak bini. Dari mereka yang bekerja menyapu lantai di kilang-kilang proton hinggalah kepada vendor-vendor yang menjual alat ganti.
    Itu belum masuk lagi pekerja-pekerja proton yang dah pencen dan berhenti sejak proton mula ditubuhkan pada tahun 1985. Kiralah dah banyak mana proton berjasa kepada rakyat dan negara ini. Mungkin dah berpuluh juta rakyat Malaysia yang mendapat manfaat dari proton dan tumpang cari makan dengan proton.
    Ya, benar kerajaan mungkin telah habis berbilion-bilion ringgit untuk proton tetapi dimana duit berbilion-bilion itu dihabiskan? dimana duit berbilion-bilion itu mengalir? Adakah duit itu digunakan itu beli tanah -tanah kerajaan dengan murah kemudian jual semula dengan harga mahal?
    Adakah duit berbillion itu di bawa keluar ke luar negara dan disimpan dalam shell companies di tax havens countries seperti Caymen Islands dan British Virgin Island kononya untuk dibuat pelaburan? Duit berbilion-bilion yang proton terima dihabiskan disini tang tang tu juga. Duit tu stay dalam negara dan dilaburkan kepada rakyat negara ini juga. Proton guna duit tu untuk manfaat rakyat Malaysia juga yang menjadi tenaga penyelidik dalam pembangunan proton, perancang, pekerja, penggerak proton dan tunjang kekuatan proton selama ini dalam menghadapi saingan industri kereta yang maha sengit.
    Duit berbilion-bilion itu lupus dan hangus DALAM NEGARA dengan berjuta rakyat Malaysia mendapat menfaat. Hanya mereka yang berada dalam negara sahaja yang mendapat faedah. Dana berbilion-bilion ringgit tersebut hanya berpusing-pusing dalam negara untuk dinikmati sesama rakyat jelata dan tidak mengalir keluar negara sekaligus dapat membendung aliran keluar kekayaan negara yang hanya menguntungkan negara luar.
    Apabila negara menggalakkan import seperti yang berlaku sekarang, bukan saja industri dalam negara tidak berkembang, peluang pekerjaan tidak tercipta bahkan negara kehilangan berbilion runggit due to illicit outflow of money.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih admin,...posting y menarik dan berfakta,..terima kasih saudara anon 15:49,...komen y bernas,..mesti baca,...

      Delete
  21. Proton dan 1mdb , 2-2 saya x mau.saya mau tun saja.undur najib undur

    ReplyDelete
  22. Proton secara tak langsung telah membantu memertabatkan ketamadunan rakyat Malaysia dalam industri pembuatan otomobil. Bukan senang untuk mendapat teknologi tersebut daripada negara-negara yang telah established.
    Jepun telah bangkit dari negara pengimpot besi buruk dunia selepas perang dunia ke 2 dan kini telah berjaya dalam industri tersebut dan kereta Jepun telah berada di seluruh pelusuk dunia. Itu pentingnya R & D dan selayaknya Kerajaan membantu tanpa sebarang syarat.
    Menteri MITI kena berusaha untuk membantu dalam idea untuk meningkatkan pasaran kereta Proton dan bukannya menanam sifat-sifat nagatif.
    Sekarang sudahpun lebih dari 4 juta unit kereta Proton di jalanraya Malaysia.
    Manafaatnya amat membanggakan berbanding dengan 1MDB yang entah apa-apa yang boleh dibanggakan.

    ReplyDelete
  23. Teruk-teruk Proton, saya sebagai rakyat biasa telah 'dapat' mengunakan 4 buah kereta Proton.

    Sehebat-hebat 1MDB,sejengkal kain Jackel pun saya tak 'dapat' pakai. Nak masuk kedai pun tak pernah. Takut.

    Ya memang harga Proton mahal dibandingkan kereta lain dan di luar negara. Tetapi kerana Proton lah, syarikat pembuatan kereta yang besar membuka kilang-kilang pamasangan di sini untuk menjual nya dengan harga murah.

    Kerana Proton lah, ujud nya Produa.

    Jika benar Proton seburuk yang di katakan, ada lah silap meletakkan Pak Lah sebagai penganti Mahathir.

    ReplyDelete
  24. Ada satu nama Tok Pa, dulu mengangguk sekarang terpa, jasa Tun dianya lupa, banyak kah dedak sudah terima?..

    Ada satu nama Tok Pa, rasuah Najib dia terima, sebab jawatan nak dok lama, sekongkol Najib peduli apa...

    ReplyDelete
  25. Ingatkan Najib aje yang kena buang... rupa2nya ramai lagi pemimpin UMNO yg jenis lembu cucuk hidung. Aku aje apa tuan nya buat.

    Umno dah teramat tenat sekali...dah nazak gamaknya.

    ReplyDelete
  26. Anak keruak dan anak dahlan yg bingai tu tak komen apa2 ke lagi. Lagi dua bahlol anak musa dan gayat kat bera tu pun sangap je takde nak komen. Proton ni masa zaman anak badawi memang dah kena palam. Semuanya pasal proton ni idea tun.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...