Saturday 6 February 2016

NAJIB DIMALUKAN OLEH ARAB SAUDI, MASIH BERWIBAWAKAH KEPUTUSAN PEGUAM NEGARA?

Semasa kecil, kita tentunya biasa dipesan oleh ibu bapa, guru-guru atau orang tua-tua agar jangan sesekali bercakap bohong kepada sesiapa pun jua.

Jika kita didapati melakukan sesuatu kesalahan pula, perkara pertama yang diingatkan ialah agar segera bercakap benar dan tidak terus berbohong.

Kalau tidak salah, berkatalah tidak salah, manakala jika salah, mengaku dan berterus-terang sajalah.

Berbohong atau bercakap bohong bukan saja dianggap dosa dan perbuatan tidak baik, bahkan selalu diingatkan bahawa bagaimana sekali pun cuba berbohong, ia pasti akan terdedah akhirnya walaupun setelah dicuba beberapa lapis pembohongan lainnya.

Dikatakan bahawa apabila kita berbohong dan cuba menutupnya  setelah ianya terdedah, kita akan terus berbohong lagi dan lagi sehingga akhirnya terjerat sendiri.

Peribahasa moden juga ada mengingatkan bahawa kita tidak mungkin dapat menipu semua orang dalam semua keadaan.

Pendeknya, pembohongan tidak mungkin ada tempat yang selesa di dunia ini, apatah lagi di akhirat nanti.

Barangkali inilah yang hampir-hampir ada persamaan dengan isu derma RM2,600 juta yang masuk ke akaun bank peribadi Najib Razak.

Mula-mula wang itu dinafikan, diancam mahu disaman, dikatakan tidak mungkin Najib begitu bodoh membenarkan wang sebegitu banyak dimasukkan ke akuan peribadinya dan segala macam bentuk penafian lainnya.

Kemudian apabila hakikat kebenaran berkaitan wang itu sukar dinafikan, ia diakui sebagai derma politik, hak Najib menerima sumbangan daripada mana-mana pihak, untuk memerangi keganasan,  mengalahkan DAP, sumbangan kerana memperjuangkan Ahli Sunnah Wal Jamaah dan lain-lain lagi.

Ia juga dikatakan untuk membiayai politik UMNO yang mana segala halnya memerlukan wang dan Najib selaku Presiden UMNO dikatakan hanyalah pemegang amanah saja kepada duit tersebut.

Ketika Peguam Negara, Apandi Ali mengumumkan hasil siasatan yang membersihkan nama Najib daripada semua pertuduhan jenayah berkaitan wang itu, diumumkan juga wang tersebut diterima daripada keluarga Diraja Arab Saudi dan sejumlah RM2,030 juta sudah pun dipulangkan kerana ia tidak digunapakai.

Siapa keluarga Diraja Arab Saudi yang menderma itu tidak pernah didedahkan, kecuali media-media antarabangsa mengatakan paling mungkin ianya ialah Raja Abdullah yang mangkat pada Januari 2015 lalu.

Kesimpulannya, oleh kerana wang itu adalah derma dan sudah pun dipulangkan sebahagian besar daripadanya, maka Najib dianggap tidak bersalah apa-apa serta bersih sebersih-bersihnya oleh Peguam Negara.

Tetapi hari ini semuanya bagaikan terdedah apabila Menteri Luar Arab Saudi, Adel Al-Jubeir menolak tanggapan bahawa wang yang pernah masuk ke akuan peribadi Najib itu suatu bentuk derma atau daripada kerajaan negara tersebut.

Sebagaimana yang dilaporkan oleh New York Times, Adel Al-Jubeir menegaskan, wang itu adalah daripada warga persendirian Saudi dan diberikan kepada satu pelaburan di Malaysia.

Sekarang apa sudah jadi?

Siapa yang dilihat berbohong dan tidak berkata benar?

Oleh kerana ia bukan derma, pelaburan untuk apa wang sebanyak RM2,600 juta itu dan mengapa ia dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib?

Jika benar ia dipulangkan pula sebagaimana yang diakui oleh Apandi Ali, mengapa hanya  RM2,030 juta saja dikembalikan? Apa jadi dengan yang selebihnya?

Lebih ingin diketahui ialah bagaimana dengan keputusan Peguam Negara yang membersihkan nama Najib kerana percaya wang tersebut adalah derma dan sebahagiannya besarnya sudah dikembalikan?

Dengan pengakuan Menteri Luar  Arab Saudi sendiri bahawa wang tersebut bukan derma, masih berwibawakah keputusan Peguam Negara itu?

Apakah ini antara sebab-sebab mengapa Peguam Negara mengarahkan SPRM menutup terus siasatan terhadap Najib dan tidak memberi laluan untuk undang-undang bersama atau MLA digunakan yang membolehkan dokumen-dokumen di luar negara berkaitan pengaliran wang itu diperolehi?

Akhirnya, inilah akibatnya apabila mengabaikan pesanan ibu bapa, guru-guru atau orang tua-tua mengenai perbuatan berbohong yang tentunya semua orang pernah menerimanya semasa kecil-kecil dulu. (SH 06/02/2016).

70 comments:

  1. Jgn kacau ag la tuan budin...ag sibuk bukak alquran Dan hadis tu nak tetap kenyataan beliau bahawa itu tetap duit derma....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang tua tua jangan menipu biasa menipu nanti mencuri , tapi najib dan kuncu kuncu termasuk AG mencuri dulu lepas tu menipu ha ha ha.

      Delete
    2. Umngok = Bercakap bohong lama-lama jadi pencuri.keyakinan diperolehi dengan pembohongan maka lama kelamaan pembohongan akan digunakan untuk memenuhi desakan nafsu.

      Delete
    3. Ikan senohong ikan duri,
      Dahulu pembohong, sekarang pencuri.

      Delete
  2. Ha...terlajak perahu..boleh di undur...terlajak kata..kan dah pening kepala...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sikalang terlajak kata pon bolih reverse maa aa ,apa ada pasat ?.

      Delete
    2. tengok muka Ku Nan nih. telajak perahu boleh diundur, telajak operate muka cam pungkok beruk panjat kelapa. Ha ha ha


      https://encrypted-tbn1.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcRmUPL02on4qi8-2AgTdpeR49Yx9xUnqbhwNc54IJjV1gMkY_jF

      Delete
  3. Tu dia eh. Pakai kopiah sambil telanjang bogel doh jaja 1 dunia.
    Tak leh nak tutup doh. Besaq sangat pjg dari Perlis sampai ke Sabah.

    ReplyDelete
  4. Tu dia eh. Pakai kopiah sambil telanjang bogel doh jaja 1 dunia.
    Tak leh nak tutup doh. Besaq sangat pjg dari Perlis sampai ke Sabah.

    ReplyDelete
  5. Tuan,saya rasa menteri arab saudi penipu dan kaki kencing la.hehehe..
    Mari ramai-rakyat malaysia kata menteri luar arab saudi ni kencing kita rakyat malaysia dan hantar memorudum kat kedutaan arab saudi.
    Tunggu kedutaaan arab saudi buat penafian.
    Kalau ada penafian dari kedutaan arab saudi,baru kita tahu siapa yang kaki kencing.
    Biar najib,AJ dan kaki kipas najib terkencing-kencing nak jawab.
    Lepas ni spin apa lg la nak bagi..

    ReplyDelete
  6. RAKYAT NEGAR INI HARUS BANGKIT DAN TANGKAP NAJIB DAN SEMUA MENTERI MENTERI SERTA KAKITANGAN AWAM TERUTAMA POLIS DAN FANDI

    ReplyDelete
  7. Najib 'pemegang amanah' yang tak amanah. Habis duit simpanan rakyat dikebasnya. Tak malu. Kalau bogel di khalayak rakyat pun tak ada rasa malu ni dia ni. Patut pun anak tiri dia buat filem lucah pelakon semua telanjang.

    ReplyDelete
  8. Kita tunggu para penasihat Najib membuat bohong yang baru..... Dan mykemut.net, rockyberok.....sila karang cerita yang lebih berahi lagi agar ahli UMNO Baru kekal dalam khayalan nya bahawa RM2.6 billion belum di pulangkan lagi. Peguam negara kelentong pemimpin DAP. Duit itu...masih membeku di Singapura. Bila dah cair.... Semua ahli parti akan dapat menikmati duit tersebut.

    Apa khabar datok mykemut.net ?

    ReplyDelete
  9. TANGKAP NAJIB. ORANG INI PENJENAYAH.

    ReplyDelete
  10. Tuan Shah,

    Itu bukan lagi bohong tapi dah dikira KENCING DAN BERAK atas puluhan juta rakyat Malaysia termasuk tuan dan saya. Adakah orang yang kencing dan berak atas kepala kita nak terus bibiar macam tu. PERLU DIAJAR CUKUP CUKUP biar dia tahu rendah tingginya langit. Dah kira terlebih kurang ajar kalau macam tu.

    ReplyDelete
  11. Menteri Arab cakap lain, Menteri Malaysia cakap lain. Jalan cerita pun semua lain. Yang terima duit mula cerita lain lepas tu suruh menteri cakap lain.
    Bila SPRM jumpa lain, AG semak dan berkata lain. Sebab lain rakyat penin. Rakyat tanya lain kerajaan jawap lain.
    Maka jadilah kerajaan dan rakyat masing-masing lain-lain

    ReplyDelete
  12. Sesungguhnya Arwah Tun Abdul Razak sdg bersedih di Alam Barzakh mengenangkan Balasan yg diterima setiap waktu kerana perlakuan anaknya kpd Agama, Rakyat dan Negara..Inikah balasan kpd seorang anak kpd ayahnya yg telah tiada??
    Jika anak2 kita meninggalkan Solat 5 waktu pun malaikat akan MENYUAKAN Api Neraka kemuka Ayah&Ibunya di Alam Barzakh,inikan pula mengkhianati Agama, Bangsa dan Negara..
    Bertaubatlah selagi pintu Taubat Allah masih Terbuka...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betoi ka cmtu..

      Delete
    2. Anon 17:03 Maaf hamba bertanya,

      Ini mana punya hadis2 KARUT drp Imam2 Farsi yg tuan gunapakai yg dgn JELAS telah MENOLAK firman Tuhan dalam Al Quran yg menerangkan bahawa sesungguhnya "tidak sesaorang itu memikul dosa orang lain". (Ruj: Q6:164, 17:15, 35,18, 39:7, 53:38).

      \Salam sejahtera..

      Delete
    3. Adakah ayat Al-Quran dan hadis yg sahih mengatakan ibu bapa yang telah mati akan menanggung dosa yang dibuat oleh anak-anak mereka yg masih hidup di dunia.

      Delete
    4. Tak banyak sikit kena juga tempias apa lagi jika ibu bapa tidak langsung menitik beratkan agama. Lain lah TGNA, Nik Abduh sendiri yang memilih jalan tidak betul. Begitu sebaliknya jika ibu bapa sendiri ambik mudah agama tetapi dapat anak yang soleh maka berdoa dia atas ibu dan bapanya akan diringankan dosanya jika ada.

      Ibu-bapa lah yang menentukan samada anak nya nasrani atau majuzi..

      Jika tidak sekurang-kurangnya terganggu jugak ketenangan para arwah Dia Maha Adil lagi Maha Mengetahui.

      Delete
    5. Ada beberapa perkara yg kita tinggalkan didunia ini yg tidak akan putus hubungan walaupun kita telah meninggal Dunia..
      Salah satunya Anak2 yg SOLEH..adakah Amalan yg SOLEH shj yg arwah ibubapa akan memperolehinya? Bagaimana jika sebaliknya??

      Delete
    6. Tuan Mustapa 18:43,

      MUSTAHIL ada dalam Al Quran. Kalau ada ia akan BERTENTANGAN dgn ayat2 tersebut - Q6:164, 17:15, 35,18, 39:7, 53:38.

      Tentang doa anak2 yg soleh pun saya belum jumpa dlm Al Quran.

      Mohon Anon 20:21 boleh bagi kita sedikit pencerahan.


      Terima kasih.

      Delete
    7. Mana mungkin tak ada, sbb DOA utk kedua ibubapa ada didlm Al Qur'an..
      Kalau Imam2 berDoa selepas Solat pun mesti ada diselit DOA utk kedua ibubapa kita samada yg masih hidup atau yg telah meninggal Dunia..

      Delete
    8. Anon 22 12
      Saudara seolah-olah berpengetahuan dalam ilmu Al-Quran tetapi saudara minta bagi pencerahan.

      Kalau tidak ada kaitan bermakna apa dosa yang Najib buat pun tidak ada kaitan lah dengan kita? Apa lagi Najib bukan anak kita.

      Kalau betul saudara kata tidak ada dalam Al-Quran, bermakna cerita yang disampaikan oleh penceramah adalah sebuah kisah dongeng lah.

      Tak perlu kita rotan anak jika anak tidak solat?

      Macam ini boleh lah anak-anak kata kubur ayah kubur ayah. Kubur dia orang, dia orang yang tanggung sendiri.

      Begitu juga lah BERTENTANGAN lah ada nya neraka dengan sifatNya yang Maha Pengasih dan Maha Pengampun.

      Jika tidak ada dalam Al Quran pun, saya lah yang membawa anak-anak saya ke dunia ini dengan izin dari Nya maka saya lah yang bertanggungjawab di dunia dan di akhirat.

      Wallahualam.

      Delete
    9. Doa tatacara memuliakan Ibu Bapa di dalam al-Quran : AL-Isra (23-24)

      {Dan Tuhanmu telah memerintahkan agar kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai usia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sesekali jangan engkau mengatakan kepada keduanya perkataan 'ah' dan janganlah engkau membentak mereka, dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan yang baik.}


      {Dan rendahkanlah dirimu terhadap keduanya dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah : Wahai Tuhanku, sayangilah keduanya sebagaimana mereka berdua telah mendidik daku pada waktu kecil.}

      [Al-Isra | 24]

      Delete
    10. Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: " Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa." Buat baik kepada ibubapa merupakan 'ranking' kedua selepas solat. Oleh itu, jangan sibuk buat amalan baik lain sebelum berbuat baik kepada ibubapa.

      Delete
  13. Ini ketuanan Melayu bila cakap benar.....yang benar semua penipu pembodek pengngok!!!!!

    ReplyDelete
  14. Trump tak mahu ambik wang tajaan dalam kempen presiden tapi guna wang sendiri. Aasannya ialah dai tak mahu jadi badut yang ada tali di belakangnya. Trump mungkin satu satunya insan yang berbuat begitu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 17:59 Maaf hamba mencelah,

      Donald Trump itu orang kaffir, minum arak, makan babi, suka berzina - mana boleh dibandingkan dgn pemimpin Ketuanan Melayu Islam..

      \Tak gitu?

      Delete
    2. 18:32

      Oleh ketana tepuk sebelah tangan tak berbunyi, makanya sanggupkah ketuanan melayu, ketuanan d'tokong atau mana mana ketuanan bersepakat menolak wang tajaan sebagaimana Trump menolaknya. Akan jadi kenyataan ker atau akan ada pihak membantah...

      Delete
    3. Dah jadi budaya. Nadi politik untuk terus hidup. Jika tak buat sampai bila-bila Najib tak tumbang. Kalau buat pulak sama juga mereka dengan Najib.

      Anwar dah cuba. Anwar dituduh agen dan tali barut. Orang UMNO percaya. Padahal jika Anwar terima berbillion wang tajaan, UMNO dah tak ujud lagi.

      Apa mereka dapat jika jumpa AG KPN Ketua Bahagian dengan bawa telur dua biji ?

      Delete
  15. Wang 2.6 itu adalah wang 1mdb, macam mana pulak tup tup jadi wang warga Pak Arab? Makanya siapa benar dan siapa salah dlm hal ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wang itu jadi DERMA PAK ERAB melalui satu jenis pusingan karma. Mula-mula duit usd700K itu dibayar
      kepada Petro Saudi kepunyaaan Prince Turkey b in Raja Abdullah, Saudi. Lepas tu Prince Turkey pindahkan duit tu ke akaun Najib. Bila sudah pecah gtembelang, wang itu bertukar jadi DERMA RAJA ERAB.........hahaha.
      Mudah kan nak kelentong.

      Delete
    2. Yg dikatakan kerabat tulah Prince Turki PetroSaudi yg JV dgn 1MDB.

      Masalahnya walaupun kerabat tetapi mamak ni conman yg berpakat dgn Jho Lho songlap duit.

      Kalau tidak masakan duit derma, pelaburan keapa boleh berpusing2 melalui pihak ketiga, keempat sebelum sampai ke akaun Arab Merchant bank. Memang perjalanan mcm duit songlap.

      Delete
  16. Ini bukan soal dimalukan (istilah malu sudah dipadam dari kamus mereka). Ini terang-terang membuktikan pembohongan besar!

    ReplyDelete
  17. Duit individu arab itu semata-mata untuk melabur dalam syarikat1mdb tapi boleh pula digunakan untuk dana pilihanraya umngok.Tak hairanlah jika wang dalam kantong negara dibuat seperti mak bapak dia punya.

    Kalau rakyat malaysia bolehlah dikelentong dibohong sampai pembohong itu menjadi pencuri, jangan pula melibatkan warganegara negara lain.Tidak pasti mereka senang dikencingkan dan ditipu seperti orang malaysia.

    Apa salahnya nak juai kelentong kepasaran negara luar, bak kata pepatah "belum cuba belum tahu".

    ReplyDelete
  18. Bila ada kuasa...bohong dan kencingkan rakyat mampu dilakukannya tanpa rasa bersalah....sebab nilai rakyat cukup dibagi dedak brim untuk membius otak meraka.

    ReplyDelete
  19. Apa dah jadi ni??? Bohong sana, bohong sini, belit sana belit sini.
    Macam2 alasan dan dalih dikeluarkan.

    Sekarang Arab pun dah nafikan derma. Ia adalah pelaburan.

    Jika pelaburan, mengapakah wang masuk ke dalam akaun peribadi PM, tidak dalam akaun 1MDB dan anak2 syarikatnya?

    Jika derma, siapakah Arab yang amat berhati mulia yg derma begitu banyak kpd Najib untuk menentang keganasan? Jika tujuan mulia, kenapa PM pakai siki saja dan selebihnya dikembalikan kpd penderma. Sudahkah SPRM/AG/PDRM siasat betul2 siapa penderma dan kepada siapa dan bila pula derma dikembalikan?

    TPM Zahid kata dia telah berjumpa dengan pemimpin-pemimpin Arab yang berderma kpd PM. Tentu SPRM boleh dapatkan maklumat si penderma dpd TPM. Takkan TPM yg warak dan berpendidikan tinggi pun berbohong juga?

    Harap kes-kes yg melibatkan PM Najib, 1MDB, SRC dll tidak ditutup terus.
    Rata-rata rakyat di segenap pelusuk negara dan di merata dunia masih tertanya-tanya dan inginkan tindakan-tindakan yang benar-benar telus, jujur dan amanah dilakukan oleh pihak-pihak berkuasa. 'Don't leave any stone unturned'. Ingatkan Akhirat!

    ReplyDelete
  20. Kita tunggu pulak menteri yang di upah untuk mempertahankan Najib - Salleh Keruak berhujah

    ReplyDelete
  21. Sekalung Bunga Tahi Ayam utk Najib, Rosie, Pak Pandir AG, TPM dan semua penjilat2 yang sewaktu dengan nya.
    Memalukan Tun Rahah saja.

    ReplyDelete
  22. Gali gali gali gali gali lobang,
    Lobang ditutup, lobang baru dibuka,
    Gali lobang tutup lobang,
    Pinjam uang bayar hutang....
    Gali gali gali galiiiiii...
    p/s lobang dah pecah...
    Hahaha

    ReplyDelete
  23. Dalam UMNO ada yang berpelajaran dan ada yang benci diperbodohkan. Tapi itu dulu. Sebab dalam tak sedar, sehingga sekarang mereka telah dibodohkan.

    Kalau berpelajaran dan berotak ambil tindakan yang sama dengan Saifuddin Abdullah.

    Sayang UMNO apalagi ?

    ReplyDelete
  24. Kalaulah negeri yang ditadbir oleh parti yang menentang umngok, kerajaan tersebut menubuhkan satu syarikat dan ada pihak asing melabur berbilion RM kerana percaya kepada syarikat yang ditubuhkan mampu memberi pulangan kepada wang dilaburkan.tiba-tiba wang yang dilaburkan oleh orang asing itu digunakan untuk dana parti untuk menghadapi pilihanraya.Apakah yang akan berlaku? Apakah cakap2 pembodek, pencacai dan pemakan dedak boleh diterima untuk menghalalkan tujuan sebenar wang pelaburan dalam syarikat yang ditubuhkan Itu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pemakan dedak tidak percaya kepada sistem kekeselamatan menangani krisis penganas global yang diamalkan negara yang berpotensi diserang penganas.Pengaliran wang yang besar tidak disiasat dan dianggap sebagai wang derma.Masok akaun peribadi tidak lojik kata penasihat sedondon.Betapa ketinggalan negara ku yang aman ini..

      Delete
  25. Aduhai AG Malaysia, sekalang mau pusing & silat lagu mana lagi. Habis terburai.

    ReplyDelete
  26. AG akan cakap Derma dtg dari Planet Marikh selepas ni..konpem UFO pulak buat Press conference..

    ReplyDelete
  27. Masaallah kita semuanya rakyaat Malaysia telah dibohongi oleh pemimpin dan AG.Orang yang menyembah wang apa saja kemungkinan boleh berlaku,tetapi orang yang menyembah Allah SWT akan rasa takut bagi melakukan pembohongan.

    ReplyDelete
  28. Adakah Menteri Luar Arab mengikut cara Islam dengan melabur wang tersebut?

    ReplyDelete
  29. 1. Najeep dah kantoi
    2. Apandir dah kantoi
    3. Zaheed dah kantoi
    4. Penjilat2 najeep macam raman, ketiak, dll dah kantoi
    5. Pencacai pemakan dedak najeep memang bangang.

    Hahaha

    ReplyDelete
  30. Muhiddin yasin, safii apdal dan mukris...anda bertiga memang bijak dengan menjauhkan diri dari penipu tersebut..

    ReplyDelete
  31. Kalau saya seorang pelabur, saya tidak mahu wang yang saya laburkan digunakan sembarangan apatahlagi digunakan bagi tujuan politik sesebuah negara.Saya cuma cari makan dengan modal yang saya ada, jangan harap saya akan bersengkongkol dengan penipuan kamu.

    ReplyDelete
  32. Ustaz2...mufti2...alim2 ulamak...mengapa anda semua tidak bersuara?

    ReplyDelete
  33. Dlm Melayu Islam anutan UMNO.. berbohong adalah sunat. Berbohong kategori ini ialah mendapat pahala yg tiada kesudahan.

    Jadi setiap ahli UMNO juga pemimpinnya tidak kira siang malam menipu untuk mendapat pahala tanpa henti dalam kategori ini la.

    Skrg ada pula fitnah sunat. Berbondong2 ahli dan pemimpin UMNO tanpa malu tanpa segan utk berhenti memfitnah dan mempercayai walaupun tanpa bukti secara ilmiah di mahkamah kpd Anwar Ibrahim.

    Inilah cara agama Islam anutan ahli dan pimpinan UMNO mengumpul pahala buat bekalan akhirat.

    ReplyDelete
  34. Kebenaran itu nyata. Adakah mereka beranggapan mereka akan terlepas walau pun bila berhujah menggunakan ayat2 dari Quran. Adakah mereka ini hendak menipu Allah dan tidakkah mereka2 ini takut kan Allah Dan pembalasan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampaknya dah sampai masa utk umrah..

      Delete
  35. Adakah ini agenda baru yang sengaja dimasukan ke "pasaran bohong" setelah agenda derma gagal dihazam oleh rakyat kerana gagal kemukakan bukti. Apu pun pembohongan, duit itu tetap datangnya dari 1mdb. Harap pihak yang melakukan siasatan berani tampil kehadapan.

    ReplyDelete
  36. Kain yang kotor dan hitam akan menjadi suci dan bersih lepas balik dari umrah

    ReplyDelete
  37. Puak-puak pemakan dedak semua senyap je cuti ke?

    ReplyDelete
  38. Puak-puak pemakan dedak semua senyap je cuti ke?

    ReplyDelete
  39. Pepatah melayu ada menvatakzn
    Siakap senohong
    Gelama ikan duri
    Bercakap bohong
    Lama2 mencuri
    Maka kita nilaikanlah lemimpin negara kita ug ada sekarang ni itulah dia darjatnya fikir2kanlah ingat berani kerana benar aaaammmmiiiii nnnnn

    ReplyDelete
  40. Pepatah melayu ada menvatakzn
    Siakap senohong
    Gelama ikan duri
    Bercakap bohong
    Lama2 mencuri
    Maka kita nilaikanlah lemimpin negara kita ug ada sekarang ni itulah dia darjatnya fikir2kanlah ingat berani kerana benar aaaammmmiiiii nnnnn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik Nor, itu pantun dulu2..
      Pantun sekarang dah lain pembayangnya..

      GELAMA IKAN DURI,
      SIAKAP SENOHONG.
      MULA2 MENCURI,
      LEPAS TU KELENTONG..

      Delete
  41. Sama2 kita nantikan jawapan mudah dari ahmadmaslan dan hasanmalek nanti.hahaha

    ReplyDelete
  42. Budin, jangan percaya terlalu awal dengan apa yang diterangkan Menteri Saudi tu. Apa yang diluahkan adalah berupa "saya difahamkan" atau "saya percaya" tanpa disokongi bukti-bukti dan fakta-fakta yang sahih dan kukuh.

    Apa yang dia nyatakan pun amat mencurigakan. Kalaulah wang itu untuk maksud pelaburan adakah masuk akal bagi sebegitu besar jumlah wang dimasukkan ke dalam akaun peribadi, tak kisahlah ke dalam akaun sesiapa pun?

    Kalau saya pelabur Saudi yang nak labur tu maka saya akan menggunakan khidmat orang-orang Malaysia yang arif mengendalikan permohonan pelaburan saya, dan saya gila lah jika melonggokkan semua wang pelaburan saya ke dalam akaun bank pengendali itu.

    Isu ini telah berlegar di persada khabar negara kita begitu lama, dan nampaknya perungkaianya semakin keruh, jauh sekali jernih.

    Akhir kalam, ini semua hasil dari bibit-bibit penipuan. Tidak kurang daripada itu. Jumlah keseluruhan penipuan adalah amat besar yang telah dikongsi-kongsikan. Pandangan kita hanya tertumpu pada sekelumit RM2.6b tu sahaja. Itu saja lah yang boleh masuk akal saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Persoalannya bukan percaya atau tidak pd statement drp Menteri Arab Saudi tu..yg menyebabkan Menteri Arab itu bersuara adalah disebabkan pihak dari Malaysia lah yg dulu memulakannya..sekiranya pihak Malaysia tidak melibatkan kes Derma 2.6B dgn orang atau Negara Arab, tak mungkin Menteri Arab ini akan buat statement spt diatas..
      Moral of the story: jgn mudah mengaitkan dgn org lain utk menutup kesalahan yg dilakukan krn akhirnya menjerat diri sendiri..Enough is Enough(pinjam kata2 KJ semasa PAU lepas) :)

      Delete
    2. Itu Menteri Luar Arab Saudi. Nak tepis begitu je ke kata2 dia.

      Nak ikut dan patuh kata2 menteri2 malaysia sahaja? Adoyai

      Delete
    3. Sebab itu ramai yang kata duit tersebut telah di pindahkan ke akaun peribadi. 1MDB bukan berniaga apa-apa pun. Cuma untuk pindah duit . Macam dari TH ke 1MDB .. tahu-tahu lesap.

      Khidmat orang Malaysia juga yang digunakan. Yang satu puak dengan ketua lanun. Jika bijak pelabur tak labur di dalam mana-mana syarikat yang ada kaitan dengan kerajaan umno.

      Delete
  43. Pinjaman untuk pelbagai tujuan
    Kami menawarkan jumlah minimum 10,000.00 euro untuk 10 juta dolar
    Pada kadar faedah yang rendah sebanyak 2%
    pinjaman
    tempoh: sehingga 25 tahun bergantung kepada jumlah pinjaman yang anda perlukan.
    pelanggan mesti
    Melebihi usia o f 18 tahun
    Urus niaga ini adalah 100% selamat untuk semua clents
    Untuk maklumat lanjut mengenai kredit, sila hubungi kami melalui e-mel:
    (Daviesruthfirm@gmail.com)

    ReplyDelete
  44. Halo selamat pagi,
      i mrs Eriani seorang muslin wanita dari Indonesia, penerima manfaat dari ibu yang baik ketika anak saya sakit dan membutuhkan transplantasi ginjal, saya tidak punya uang semua orang menolak saya bahkan saya BCI Bank, tidak sampai paman saya memperkenalkan saya ke seorang ibu yang baik Gabriella , dia memberi saya pinjaman untuk membayar tagihan medis anak saya tanpa agunan dia kuman langka, Allah SWT kami terus memberkati dia untuk perbuatan baiknya, saya menggunakan media ini untuk bersaksi kepada sesama orang Indonesia saya jika Anda pernah membutuhkan pinjaman atau bantuan keuangan saya akan mendorong Anda untuk menghubungi ibu yang baik padanya e-mail perusahaan. gabriellaeleanorloanfirm@gmail.com atau gabriellaeleanorloanfirm@outlook.com. yakin dia kita bisa membantu Anda dan memberikan Anda permintaan pinjaman Anda seorang saksi hidup itu. dalam kasus pertanyaan atau arah saya dapat ditempuh dengan saya erianidesi41@gmail.com email terima kasih.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...