Wednesday 28 October 2015

MALU WEHHH...SAMPAI LIONG SIK SENDIRI MINTA DIRINYA CEPAT DISAMAN!!

Baru beberapa hari yang lalu, Ahli Parlimen Mersing, Abdul Latif Ahmad memuji Najib Razak yang disifatkannya umpama "roti canai bertelur" kerana keberaniannya melaksanakan cukai GST dalam suasana ekonomi dunia yang tidak menentu.

Menurut beliau, Tun Mahathir Mohamad dan Anwar Ibrahim yang pernah menjadi Menteri Kewangan sebelum ini pun tidak cukup keberanian untuk melaksanakan sistem cukai itu.

Dengan ini Najib adalah seorang yang berani. Ini bukan nasib, tapi ini adalah kepandaian dan kebijaksanaan yang terancang, kata beliau melontarkan pujiannya.

Abdul Latif berkata demikian sebagai menolak andaian pelbagai pihak yang menyifatkan Najib sebagai pemimpin penakut berikutan sikapnya yang tidak cukup tegas, lambat dan terlalu berhati-hati dalam banyak perkara sehingga label yang sering dikaitkan dengannya ialah umpama "roti canai kosong" atau "roti canai tanpa telur".

Antaranya sikap penakutnya ialah tentang tindakannya mahu menyaman akhbar The Wall Street Journal  atau WSJ yang masih tertangguh sehingga kini walaupun berpuluh-puluh hari Selasa telah berlalu sebagaimana yang dijanjikannya sebelum ini.

Setelah surat tuntutan penjelasan yang dihantar kepada WSJ dijawab dengan mereka tetap mempertahankan laporan yang dibuat mengenai wang RM2,600 juta yang masuk ke akaun peribadinya, Najib kini menjadikan kepastian mengenai Akta Speech pula sebagai alasan menangguhkan samannya itu.

Kemudian apabila bekas Presiden MCA, Ling Liong Sik membuat dakwaan bahawa Najib "mengambil wang orang lain untuk dimasukkan ke poketnya"  sambil bersetuju dengan gesaan Tun Mahathir tentang perlunya beliau berundur daripada jawatannya, Perdana Menteri juga menghantar notis tuntutan meminta maaf dan menarik balik kenyataan tersebut dalam tempoh masa tujuh hari sekiranya tidak mahu berdepan dengan saman di mahkamah.

Bagaimanapun Ling Liong Sik hanya memerlukan tempoh masa kira-kira tiga hari saja untuk menjawab tuntutan itu dengan bertegas tidak akan menarik balik atau memohon maaf, sebaliknya sedia berdepan di mahkamah bersama keinginan mahu melihat Najib berdiri di kandang saksi mempertahankan dirinya.

Namun demikian, sehingga ke hari tidak diketahui sama ada saman itu akan menjadi kenyaaan atau sebaliknya. Peguamnya, Hafarizam Harum semalam hanya berkata, beliau akan menemui Najib dalam waktu terdekat ini untuk mendapatkan kata putus mengenainya.

Soalnya, bila lagi mahu disaman bekas Presiden MCA itu? Kenapa terlalu lambat dan terhegeh-hegeh dalam bertindak?

Jika benar berani melaksanakan GST sebagai tanda "roti bertelur", kenapakah dalam melakukan tindakan saman seperti tidak cukup keberanian sedangkan ia telah dilafazkan sebelum ini?

Di ketika rakyat hampir seluruhnya bersetuju mengenai "roti canai kosong"  yang selalu dikaitkan dengan Najib itu dan menjadikannya sebagai gurauan sama ada di media sosial dan juga dalam kehidupan seharian, hari ini Ling Liong Sik sendiri melahirkan kehairanan tentang kelambatan itu.

Saya juga kehairanan mengapa beliau mengambil masa yang terlalu lama untuk menyaman, tetapi saya akan terus bersabar, kata Ling lagi.

Dengan kenyataan ini bermakna Ling sendiri mahu dirinya cepat disaman oleh Najib. Beliau jelas tidak sabar mahu berdepan dengan Perdana Menteri di mahkamah.

Tidak ramai orang sebenarnya di dunia ini yang mahu atau suka kena saman, lebih-lebih lagi oleh seseorang yang berjawatan Perdana Menteri.

Tapi Ling Liong Sik betul-betul membuktikan dirinya "roti canai bertelur"....dan Najib sehingga ini masih lagi "roti kosong". (SH 28/10/2015)

24 comments:

  1. Saman jangan tak saman.

    Pendapat aku, Najib sekarang ni, cuma jasad yg berada di luar, jiwanya dah meraban entah ke mana.

    Harap2 terus bermastautin di Sg.Buloh.

    Mungkin Najib silap mendengar atau balaci2 yg kebanyakkan bertaraf pungutan, hanya membisikkan ke telinganya LLS ( Lee Liong Sik),

    Tetapi kerana jiwanya yg kacau, Najib seakan terdengar nama LKS ( Lim Kit Siang), apatah lagi ketika itu, Jamal Tongkol sedang bergelora berpencak dgn Baju Merahnya.

    Dan, Najib memang pakar dalam buat2 bodoh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nasib lah raayat...dapat pm pakar buat2 bodo.....dapat menteri bodo di buat2......dapat melayu di bodo2....dapat mcik/pcik felda memang2 bodo.....puak2 pas kena2 bodo2

      Delete
    2. Biasalah din..anjing anjing akan menyalak lebih kuat dan garang bila tuannya ada.
      Belakang tuan terus menikus...

      Delete
    3. Bukan saja anjing anjing tu menikus anon 18.05

      Siap sorok ekor celah kangkang lagi. Jalan pun tunduk kepala.
      Bila dah dibelakang tuannya dia minta tuannya cepat mampus sebab dia nak gonggong tulang.

      Bodoh punya anjing!!!! Tuan makan isi dia makan tulang.

      Delete
  2. Saman LLS memang lah takut...takut terbarai. Kalau nak sakau duit orang memang dia berani kerana darah pahlawan bugis masih mengalir di tubuhnya.Kalau x berani mcm mana duit bolih masuk akaun 2.6b.PM paling berani tetapi paling bodoh di Malaysia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dengan makcik dan pakcik FELDA bolehlah dia tipu sebab dia orang ni dah terhutang budi dan ramai yang tak tahu apa apa dalam bab politik wang ni.

      Macam kata seorang cerdik pandai. Sikit yang dia bagi banyak yang dia ungkit

      Delete
  3. Patutnya hafarizam peringat najib awal2 jangan ugut2 nak saman lls. Kan wsj punya hal pun belum settle. Kalau hafarizam ada bagi nasihat macam tu kat najib, mesti najib dengar. Kalau najib terus saman pun bukan upah hafarizam lagi. Najib kan cuma mahu orang yang setia, yang tak bantah cakap dia. Bila jadi macam ni bukan najib aja yang silap tapi hafarizam pun buat bodoh. Kes anina pun hafarizam yang masyuk. Loyar memang bijak, sapu keliling.

    ReplyDelete
  4. Lawak btoi la... Nk saman xsaman2 smpai lim mintak kna saman. Pening2 ngan jib ni, msk maharajalawak lah...

    ReplyDelete
  5. "Tun Mahathir Mohamad dan Anwar Ibrahim yang pernah menjadi Menteri Kewangan sebelum ini pun tidak cukup keberanian untuk melaksanakan sistem cukai itu"

    ha ha ha
    Ahli Parlimen Mersing, Abdul Latif Ahmad ni bodoh nak mampus...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahjibgo terpaksa buat berani jugak pasal gst ni sebab mana nak dpt duit nak byr bunga hutang 1mdb.
      sakau duit rakyat la.

      Delete
  6. Ada ke patut, puji manusia yang tak habis-habis nenyusahkan rakyat jelata. Majlis Raja2 pun faham duduk perkara.

    Kalau nak mengampu pun patut patutlah.

    ReplyDelete
  7. Bukan tak nak saman, tapi nak saman apa ? Peguam kata duit 2.6 B akan dijawab di Parlimen. Mintak mahkamah cepatkan kes. Tapi menteri pulak kata PM tak boleh jawab sebab kes masih disiasat oleh MACC. Ehh kenapa MACC nak siasat ? Ada ke benda nak siasat ? Kalau tak da benda nak siasat apa ?

    Jadi sekarang ni samalah. Nak saman apa ? Tapi yg aku paling heran mcm mana pulak menteri 3/4 masak boleh pulak jawab untuk najib sedangkan masa duit tu masuk, dia pon tak tahu dan belum menteri lagi ?

    Kali ini kita dapat versi Maslan pompuan lak. Cantekk !

    ReplyDelete
  8. Setakat gst apalah sangat menunjukkan keberanian najib....2.6 billion hakikat sebenar keperwiraan dan keberaniaam najib selaku pahlawan bugis(rujuk blog kadir jasin nama pangkat lanun bugis najib)

    ReplyDelete
  9. Satu satunya Bugis paling bacul di dunia adalah Najib Razak. Mengaku sajalah salah. Dah memang salah, itu sebab jadi bacul. Nak sembunyi apa lagi. Elok ko Najib berambus saja cepat sebelum lebih ramai rakyat hilang sabar dan ambil tindakan diluar kebiasaan. Ko ingat macam mana riwayat Gadaffi berakhir?. Pikio pikio laa sebelum terlambat.

    ReplyDelete
  10. Lepas ini tolong lah jangan kait kan Najib dengan makanan.

    Pasal Najib lah tekak tak larat nak telan roti canai tak ada telur. Boleh lah lagi makan roti canai telur. Sekarang nak makan roti apa ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku tak tahu pula najib ada telur

      Delete
    2. betul la
      aku ni makan roti canai kosong je sbb nak jimat
      dah disamakan najib pulak dgn roti canai apa la aku nak makan lagi
      geli tekak...mengkelan

      Delete
    3. ye la,...asal tgok roti canai nampak muka Najib,..asal tgok muka Najib nampak roti canai,...paling best bile tgok aney tu tenyeh2 muka Najib/roti canai,..pastu bakar atas kuali panas,...kah kah kah!

      Delete
  11. Najib akan guna alasan membazirkan wang dia.

    Boleh atau tidak, jika LLS yang menanggung semua kos perbicaraan atau membayar Hafarizam Harum supaya bertindak bagi pihak Najib meneruskan saman terhadap dirinya sendiri ?

    Jika Sialfool boleh di sediakan perkhidmatan peguam secara percuma oleh Pejabat Peguam Negara, mengapa Najib sebagi PERDANA MENTERI MALAYSIA tidak di sediakan peguam oleh Pejabat Peguam Negara ?



    ReplyDelete
  12. Bila buat demo, bersungguh-sungguh halau cina. Kata cina pendatang.

    Sekarang siapa tuan ?

    1MDB sudah beri taklimat kepada MCA.Kita tenguk adakah cina akan buat kenyataan yang meperlekehkan pemimpin mereka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haiyaaaaa...Ini latok Ajib Gor maaaa....baru punya TOKONG.
      Banyak busatttt orrrr..Apa mintak pun kasi

      Delete
  13. Entahlah pepatah Melayu berkata berani kerana benar dan terlajak perahu boleh undur terlajak kata badan binasa fiki2kanlah ajib

    ReplyDelete
  14. Entahlah pepatah Melayu berkata berani kerana benar dan terlajak perahu boleh undur terlajak kata badan binasa fiki2kanlah ajib

    ReplyDelete
  15. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...