Friday 23 October 2015

JIKA BAJET 2016 ADALAH "BAJET SAMPAH", SUKARKAH AHLI2 PARLIMEN MENOLAKNYA?

Petang ini Najib Razak akan membentangkan Bajet 2016 di Parlimen. Ini adalah kali ketujuh Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan berbuat demikian.

Tetapi, tidak seperti tahun-tahun sebelumnya, pembentangan Bajet kali ini berlaku di ketika imej beliau hampir-hampir gelap diselubungi jerebu yang diakibatkan oleh kemelut 1MDB dan wang derma RM2,600 juta yang masih menjadi pertikaian rakyat.

Di sisi yang lain, awan hitam sebenarnya sudah agak lama membayangi kepimpinan Najib yang gemar dengan slogan retorik seperti "janji ditepati", "kami mendengar" dan "BN menang rakyat senang", tetapi hakikatnya sentiasa saja menambahkan beban rakyat dengan perlaksanaan cukai GST, menghapuskan subsidi minyak serta yang terbaru membenarkan kenaikan tol di dalam bandar, sedangkan antara janji PRU 13 BN ialah mengurangkannya secara berperingkat-peringkat.

Selain semua keadaan itu, ditambah dengan pelbagai "pekung", "tokak" dan "panau"  dalam kepimpinannya yang sudah menjadi bualan rakyat sejak 2009 lagi, hakikatnya tiada apa-apa lagi harapan rakyat dalam Bajet yang dibentangkannya ini.

Jika janji pilihanraya boleh dimungkiri dan slogan sendiri senang-senang dikhianati, apa lagi harapan yang ada dalam hati?

Keyakinan dan kepercayaan rakyat yang sudah sekian lama terhakis terhadap Najib, menjadi bertambah buruk apabila muncul isu wang RM2,600 yang didapati mengalir masuk ke dalam akaun peribadinya.

Bermula dengan penafian, menyifatkan ia konspirasi, kemudian mahu menyaman media yang mendedahkannya, tetapi apabila wang itu disahkan sebagai derma, Najib dan konco-konconya tanpa malu-malu mempertahankan pula kewajaran menerimanya dengan pelbagai hujah yang antaranya untuk dana politik, memastikan kemenangan UMNO, memerangi keganasan ISIS dan sebagainya.

Dalam isu 1MDB yang turut dikaitkan dengan wang derma itu, ia juga menyaksikan pemecatan anggota kabinet, penyingkiran peguam negara, kacau ganggu terhadap SPRM yang sedang menjalankan siasatan, pertukaran pegawai penyiasat secara mengejut ke Jabatan Perdana Menteri serta melumpuhkan peranan Jawatankuasa Kira-Kira Awam Negara atau PAC.

Semua itu menjadikan pandangan umum terhadap Najib begitu "hitam". Ternampak semua tindakan di luar kewajaran itu adalah untuk menyelamatkan diri semata-mata. 

Lalu tidak menghairankan kajian terbaru Merdeka Center menunjukkan kadar puas hati rakyat secara keseluruhannya hanya tinggal 23 peratus saja berbanding 38 peratus pada Januari lalu.

Golongan Melayu yang dulunya berpuas hati kepada Najib sebanyak 52 peratus, turut menurun menjadi 31 peratus saja lagi. Kaum Cina terus menolaknya dengan dulunya yang berpuas hati adalah 11 peratus, kini hanya tinggal 5 peratus saja.

Maka, apakah harapan rakyat apabila orang sama yang sebenarnya semakin dijauhi membentangkan Bajet sambil membawa janji, "Tahun ini, kita menumpukan usaha mengukuhkan daya tahan ekonomi negara, mengurus impak kelemahan luaran serta melindungi kesejahteraan rakyat?"

Ketika rakyat berdepan dengan pelbagai bebanan dan kesengsaraan serta dalam masa yang sama menyedari tentang kelembapan ekonomi, kejatuhan harga saham dan penurunan nilai ringgit, mereka juga menyedari satu-satu punca utamanya ialah Najib sendiri.

Imej beliau yang begitu buruk di mata dunia adalah halangan kepada segala-galanya. Pembentangan Bajetnya kali ini adalah umpama seorang yang sangat dibenci kerana pelbagai kejahatan dan onarnya, tiba-tiba datang dengan bakulnya membawa ole-ole sebagai buah tangan dan untuk keperluan harian kepada orang-orang kampung, maka berapa ramaikah yang sudi menerimanya?

Tentu saja lebih ramai yang enggan atau keberatan menerimanya. Yang sanggup menerima pula sudah pasti dikenali jenis orangnya.

Bukan ole-ole berupa makanan dan keperluan harian itu yang ditolak, tetapi kerana tangan dan hati sang pemberi itu sentiasa diragui dan tidak mudah lagi dimaafi.

Begitu juga dengan Bajet 2016 ini, semua yang cuba dilakukan Najib nanti tidak lebih hanyalah taburan janji untuk memulih dan memperbaiki semula imejnya setelah melakukan pelbagai "onar" yang sukar diterima secara lazimnya.

Rakyat tetap menolak dan tidak mempercayai beliau lagi, sama sebagaimana tidak ada yang percaya wang RM2,600 juta adalah derma.

Maka, ramai yang menolak Bajet 2016 ini kerana menganggap Bajet Najib kali ini tidak lebih  umpama "junk" atau sampah saja. 

Lantaran itu, menjadi kewajipan Ahli-Ahli Parlimen yang berpaksikan suara rakyat, sama ada pembangkang atau BN, menolak Bajet yang mungkin hanya penuh "gula-gula" yang dibentangkan Najib nanti. 

Ikutlah kata-kata Ahli Parlimen paling lama, Tengku Razaleigh Hamzah yang menyebut, "saya tidak rasa mereka akan mengundi menolak Bajet jika mengikut kebiasaannya. Tapi jika mereka merasakan terdapat isu substantif untuk menentang Perdana Menteri, mereka mempunyai hak untuk melakukannya."

Kepada Ahli Parlimen BN, terdapat dua pilihan untuk melakukannya - sama ada secara terbuka mengangkat tangan bersama-sama Ahli Parlimen pembangkang menolak Bajet itu atau menghilangkan diri secara beramai-ramai ketika hari pengundian dilakukan.

Pilih saja yang mana selesa. (SH 23/10/2015)

29 comments:

  1. Najib manyak kuat maa aa , semua olang sayang sama lia lor rr .

    Kalau lapat sampah pon telima maa aa .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bajet tong sampah..
      bajet yang semata mata untuk menebus malu kepada rakyat

      Delete
  2. Najib ada kuasa Dan Wang kemungkinan bajet sampah ini akan diluluskan....lagipun menteri yang ada sekarang ni semua jenis pemakan dedak tegar!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bajet yang telah diluluskan oleh Rosmah Mansor

      Delete
    2. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
    3. Makan dedak apa. Makan sumpah seranah rakyat tiap tiap hari.

      Cuma masa saja yg akan menentukan nasib kesemua mereka ni.

      Tunggu lah PRU 14 nanti. Kita semua akan tengok apa yg akan jadi.

      Datang merayu undi rakyat baling dengan taik ke tidak. Masa tu baru meraka tahu langit tinggi ker rendah.

      Delete
  3. PERCUMA!!!!
    berminat untuk tahu cara2 buat duit secara mudah rm2400 seminggu…
    hadirkan diri…

    24.10.2015
    Alami garden Hotel
    Shah Alam
    3.00p.m

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak mlm tempat lain LA jilake....fokus kami najib sekarang ni!!!!

      Delete
    2. Queenrania jgn melacur kat blog ni

      Delete
  4. Kita banyak berbincang (atau bercakap?) mengenai undi tidak percaya kepada Najib. Dikatakan kalau undi ini berjaya, maka najib mesti letak jawtan kerana sudah hilang keyakinan di kalangan MP (termasuklah daripada BN). Ini amat lucu, kerana tiada siapa daripada BN akan menyokong usul ini. PH hanya membising tak tentu hala, mahu meneruskan idea ini, sedangkan kerusinya hanya 87 berbanding BN 133. Ini sudah jelas. macam matematik sekolah rendah. PH pasti gagal. Najib akan kekal sebagai PM. Satu lagi ialah usul untuk menolak bajet 2016 yang akan dibentangkan oleh Najib hari ini. Dikatakan kalau bajet ditolak (oleh siapa?) makan Najib mesti letak jawtan kerana Kerajaan tidak boleh berfungsi kalau bajet ditolak oleh parlimen. Lagi sekali matematik mudah boleh menjelaskan. Siapa daripada BN yang akan tolak bajet ni? PH mungkin ada tetapi jumlah tak cukup. Bajet ni akan diluluskan, dan Najib kekal berkuasa. Tak payah ceritalah bajet ni bagus ke atau tidak untuk rakyat.
    dalam pada kita syik bercakap (atau borak kosong) tentang dua perkara ini, kita sebenarnya lupa satu kaedah paling penting unutk memastikan dua isu ini berjaya, tetapi tiada siapapun yang sebut perkara ini.
    Ia adalah sola kaedah atau mekanisme melaksanakannya. Parlimen kita memang sarkas. Setiap usul selepas didebat, akan diundi untuk lulus atau tidak, mengikut majoriti. Apakah cara yang digunakan. MP angkat tangan menyokong atau menantang dibuat secara terbuka. MP BN semua akan angkat tangan setuju. MP PH angkat tangan menentang. Selepas dihitung BNlah yang menag kerana ada lebih kerusi menyokong. Ada pihak kata (PH) ramai MP BN tidak puas hati dengan Najib kerana berbagai isu, tapi akalu sistem pengundian dibuat secara angkat tanga, tiada yang berani menentang. nak mapos, kata mereka. Kkenapa Wan Azizah, KLS atau Anwar atau mana-mana MP PH tidak usulkan undi dibuat secara sulit - adakah kertas undi dan peti undi. Undi rahsia, tidak tahu siapa yang memilih apa. Kalau sistem ini digunakan, barulah saya nampak MP BN akan berani menyokong. Kalau tidak dibuat sebegini ..... jangan harap apa usul daripada PH akan menang. kamu tu tak cukup kerusi... tak payah cakap banyak dan buat kerja nak guling PM. Kenapa jadi bodoh sangat.....?...

    ReplyDelete
  5. Kita banyak berbincang (atau bercakap?) mengenai undi tidak percaya kepada Najib. Dikatakan kalau undi ini berjaya, maka najib mesti letak jawtan kerana sudah hilang keyakinan di kalangan MP (termasuklah daripada BN). Ini amat lucu, kerana tiada siapa daripada BN akan menyokong usul ini. PH hanya membising tak tentu hala, mahu meneruskan idea ini, sedangkan kerusinya hanya 87 berbanding BN 133. Ini sudah jelas. macam matematik sekolah rendah. PH pasti gagal. Najib akan kekal sebagai PM. Satu lagi ialah usul untuk menolak bajet 2016 yang akan dibentangkan oleh Najib hari ini. Dikatakan kalau bajet ditolak (oleh siapa?) makan Najib mesti letak jawtan kerana Kerajaan tidak boleh berfungsi kalau bajet ditolak oleh parlimen. Lagi sekali matematik mudah boleh menjelaskan. Siapa daripada BN yang akan tolak bajet ni? PH mungkin ada tetapi jumlah tak cukup. Bajet ni akan diluluskan, dan Najib kekal berkuasa. Tak payah ceritalah bajet ni bagus ke atau tidak untuk rakyat.
    dalam pada kita syik bercakap (atau borak kosong) tentang dua perkara ini, kita sebenarnya lupa satu kaedah paling penting unutk memastikan dua isu ini berjaya, tetapi tiada siapapun yang sebut perkara ini.
    Ia adalah sola kaedah atau mekanisme melaksanakannya. Parlimen kita memang sarkas. Setiap usul selepas didebat, akan diundi untuk lulus atau tidak, mengikut majoriti. Apakah cara yang digunakan. MP angkat tangan menyokong atau menantang dibuat secara terbuka. MP BN semua akan angkat tangan setuju. MP PH angkat tangan menentang. Selepas dihitung BNlah yang menag kerana ada lebih kerusi menyokong. Ada pihak kata (PH) ramai MP BN tidak puas hati dengan Najib kerana berbagai isu, tapi akalu sistem pengundian dibuat secara angkat tanga, tiada yang berani menentang. nak mapos, kata mereka. Kkenapa Wan Azizah, KLS atau Anwar atau mana-mana MP PH tidak usulkan undi dibuat secara sulit - adakah kertas undi dan peti undi. Undi rahsia, tidak tahu siapa yang memilih apa. Kalau sistem ini digunakan, barulah saya nampak MP BN akan berani menyokong. Kalau tidak dibuat sebegini ..... jangan harap apa usul daripada PH akan menang. kamu tu tak cukup kerusi... tak payah cakap banyak dan buat kerja nak guling PM. Kenapa jadi bodoh sangat.....?...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni semua punca dari puak 47% yg bodo2..undi depa yg jadikan sistem bodo dalam parlimen kekal bodooooo...

      sampai bila nak kena bodooo lagi..PRU 14?

      Delete
    2. Kau pun satu Terjah. Kan kau sendiri yang cakap MP BN majoriti mcm mana lah penbangkang nak bawa usul undi rahsia di luluskan. Siapa yg bodoh ni.

      Delete
    3. Kau pun satu Terjah. Kan kau sendiri yang cakap MP BN majoriti mcm mana lah penbangkang nak bawa usul undi rahsia di luluskan. Siapa yg bodoh ni.

      Delete

  6. PM yang paling banyak buat hutang sehingga negara hampir muflis dan bankrap tidak layak membentang bajet. Umpama seseorang meminta nasihat dari kawan yang berhutang keliling pinggang. Kawan tu pakar pulak over lapping yang tak cukup syarat pun boleh pinjaman boleh lulus.

    Tadi KJ kata Bajet mesti di luluskan jika tidak rakyat susah dan kakitangan awam tidak dapat gaji. Apa lah KJ, kalau tak lulus ambil lah bajet tahun lepas dan kurang kan lah perbelanjaan. Yang tahun lepas pun Malaysia berhutang macam itu lah bajet tahun ini semakin banyak berhutang.

    Tolak bajet sampah. Sebab yang bentang bajet tak reti nak makan nasi bajet dan menginap di hotel bajet !

    ReplyDelete
    Replies
    1. JIKA BAJET 2016 ADALAH "BAJET SAMPAH", MP-MP YANG MENYOKONG ADALAH "BEROTAK SAMPAH" !!

      Delete
  7. Setuju dengan cadangan MP BN sakit perut dan uzur syarie beramai-ramai ketika pengundian. Jangan berharap cadangan undi rahsia. Pernah dicadangkan pembangkang sebelum ini tapi tidak diluluskan Pandikar Amin yang kurang mulia. Jika Belanjawan 2016 diluluskan kiamat kecil akan menimpa Malaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kiamat kecil sudah lama menimpa. Jahanam yang tunggu kita.

      Delete
    2. Kiamat kecil sudah lama menimpa. Jahanam yang tunggu kita.

      Delete
    3. Nak bising bising buat apa dengan buaya buaya ni selagi penggal belum berakhir.

      Tunggulah PRU 14. Biar mereka datang menyembah dan cium kaki rakyat pula untuk minta undi.

      Memang aku asyik tunggu saja saat saat ini. Bawalah byk mana pun puteri2 UMNO.

      Delete
  8. 107 MP2 BN yang menyokong usul Lim Kit Siang digantung adalah semuanya MP2 bodoh. Kalau dlm keadaan biasa, munkin semua boleh faham. Tapi dlm keadaan Negara dipalit dgn rasuah PM, sukar utk difahami. Kalau MP2 bodoh ni tak menyokong usul tu ia satu tamparan kpd Speaker bodoh dan PM kaki rasuah.

    Nak harapkan MP2 BN bodoh ni menolak bajet yg dibentang kan olih Najib. Agak sukar..kerana mereka semua bodoh belaka. Melainkan ada kuasa yg menghilangkan kebodohan mereka semasa pengundian dilakukan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sudah ada kuasa yang menghilangkan kebodohan mereka. Mereka tidak bodoh lagi tetapi masaalahnya ia diganti dengan sikap yang SANGGUP DI LIHAT BODOH kerana jawatan.

      Delete
    2. Memang sudah ada kuasa yang menghilangkan kebodohan mereka. Mereka tidak bodoh lagi tetapi masaalahnya ia diganti dengan sikap yang SANGGUP DI LIHAT BODOH kerana jawatan.

      Delete
    3. Sudah ada kuasa yang menghilangkan kebodohan mereka. Mereka tidak bodoh lagi tetapi masaalahnya ia diganti dengan sikap yang SANGGUP DI LIHAT BODOH kerana jawatan.

      Delete
    4. Sudah ada kuasa yang menghilangkan kebodohan mereka. Mereka tidak bodoh lagi tetapi masaalahnya ia diganti dengan sikap yang SANGGUP DI LIHAT BODOH kerana jawatan.

      Delete
    5. Tiada ada kuasa yg boleh menghilangkan kebodohan mereka kerana mereka bukan bodoh cuma SANGGUP DILIHAT BODOH kerana jawatan.

      Delete
    6. Tiada ada kuasa yg boleh menghilangkan kebodohan mereka kerana mereka bukan bodoh cuma SANGGUP DILIHAT BODOH kerana jawatan.

      Delete
    7. Ada...mana boleh tak ada.

      Masa kempen PRU 14 nanti kita tunggulah mereka datang untuk merayu undi. Semua kampong mereka akan masuk. Setiap rumah mereka akan singgah.

      Masa tu lah kita selak kain tunjuk kote....kat wanita dan putri UMNO.

      Itulah masa yg terbaik nak ajar mereka.

      Tak mungkin aku akan pangkah UMNO atau BN lagi.

      Delete
  9. Pembentangan Bajet 2016 (23/10/2015):

    YAB MP Pekan: Bajet taun depan dukacita dumumkan semuanye dipotong krn fulus derma Tok Arab itu ari dah abih dah..Bajet akan dibentang semula jika ade penderma. Sekian. Time kasih.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...