Tuesday 27 October 2015

JAWATANKUASA DISIPLIN UMNO TAK SEHARUSNYA LAYAN ADUAN ISA SAMAD!!

Adakah mendesak mana-mana pemimpin meletak jawatan merupakan suatu kesalahan dalam UMNO?

Berikutan tindakan 13 Ketua UMNO Cawangan Teluk Kemang mengadakah sidang akhbar bersama mendesak perletakan jawatan Najib Razak sebagai Perdana Menteri, Ketua UMNO bahagian berkenaan yang juga Pengerusi Felda, Isa Samad dilaporkan akan menghantar laporan kepada Jawatankuasa Disiplin agar sesuatu tindakan dapat diambil terhadap mereka.

Meskipun Isa memberi alasan mereka itu telah mencemar amalan membuat keputusan secara kolektif yang selama ini dihormati, tetapi tentunya punca paling utama "kemarahan"  beliau sehingga mahu tindakan itu diambil ialah kerana desakan itu berkaitan pengunduran Najib.

Tiada sebab lain tindakan itu mahu diambil melainkan Isa merasakan namanya sudah agar tercemar di mata Najib berikutan perbuatan 13 Ketua Cawangan itu.

Lantaran itu, sebagai tindak balas yang mudah ialah melaporkan kepada Jawatankuasa Disiplin di mana jika mereka dipecat atau digantung keahliannya, dapatlah Isa memberi gambaran bahawa UMNO Teluk Kemang yang dipimpinnya sudah kembal solid, padu dan tidak berbelah bagi menyokong serta mendokong Najib.

Jika mereka terbabit membuat desakan lain seperti meminta Muhyiddin Yassin dan Shafie Apdal meletakkan jawatan, atau mendesak Tun Mahathir keluar UMNO misalnya, walaupun tidak dibuat secara kolektif, sudah pasti Isa tidak akan melaporkannya kepada Jawatankuasa Disiplin.

Bahkan tidak mustahil beliau akan mengatakan, itu merupakan hak mereka dan ia kebebasan yang perlu dihormati dalam demokrasi UMNO.

Tetapi kerana itu menyentuh "pemimpin agung" yang sedang berkuasa, maka semuanya mahu dijadikan salah belaka. Itulah UMNO...

Soalnya, adakah suatu kesalahan dan terdapat dalam perlembagaan parti bahawa mendesak Perdana Menteri berundur merupakan perbuatan yang boleh diambil tindakan?

Apakah juga tindakan mereka itu boleh dianggap mencemar UMNO sedangkan niat besarnya ialah untuk menyelamatkan masa depan parti?

Sehingga ini, perdebatan dan perbualan mengenai salah atau tidaknya tindakan 13 Ketua UMNO Cawangan itu masih menjadi pertikaian di kalangan ahli dan pemimpin UMNO sendiri.

Rata-rata mengatakan tiada peruntukan khusus tentang perkara itu, tetapi boleh ditafsirkan sebagai kesalahan kalau dimahukan demikian oleh mereka yang berkuasa mengenainya.

Jika tiada peruntukan khusus mengenainya, maka ada baiknya Jawatankuasa Disiplin tidak melayan sama sekali aduan Isa Samad itu kerana jika semua suara mahu disekat, UMNO akhirnya akan menjadi seperti "syarikat sendirian berhad" saja.

Lagi pun, kini bukanlah era seperti 70an atau 80an lagi di mana semua yang diatas dianggap betul belaka dan tidak boleh ditegur sama sekali. 

Yang mustahak, haruslah disedari bahawa tidak mungkin sokongan 100 peratus boleh diperolehi dan tindakan 13 Ketua Cawangan itu merupakan amaran muhasabah diri kepada Najib dan juga Isa Samad.

Dalam masa yang sama, jika mendesak Najib meletak jawatan mahu dianggap suatu kesalahan, bagaimana pula dengan Jamal Mohd Yunus, Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar yang sudah acapkali membuat desakan yang sama kepada Muhyiddin Yassin?

Tidakkah Jamal sepatutnya lebih dulu diambil tindakan?

Atau adakah, dalam UMNO ini hanya mendesak pemimpin yang sedang berkuasa saja merupakan suatu kesalahan manakala yang sudah habis kuasanya, apa pun boleh saja? (SH 27/10/2015)

10 comments:

  1. Isa samad kena Tanya diri sendiri dulu 'adakah diri aku pernah didapati bersalah rasuah?'....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ..tak payah tamya..semua orang tahu Isa Samad kaki rasuah..terkenal menjual tanah2 Negeri Sembilan kepada macainya Dr Gan. Isaa pun kena umumkan berapa Dr Gan bagi 'derma' kepada dia sebab projek2 dNilai semasa dia jadi MB NS. Mcam Najib, ini haiwan, mana ada malu punya...

      Orang kaki rasuah mana ada integrity dan nilai2 moral. Orang kaki rasuah suruh melayu islam umno pi sokong PM kaki rasuah juga..kiamat lah..nauzubillah..

      Delete
  2. Isa kontot tak kenyang2,buang saya isa tu,perosak parti amno
    Dulu dia sogok kena gantung
    Msh ada yg percaya mlh boleh menang prk dulu,bodohnya yg pangkah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Melayu Umno Teluk Kemang bodoh sebab lantik Isa jadi Ketua Bahagian mereka. Melayu2 Jempul bodoh sebab pi undi orang kaki rasuah. Najib kaki rasuah lantik Isa kaki rasuah jadi Pengerusi Felda.

      Delete
  3. Isa kontot tak kenyang2,buang saya isa tu,perosak parti amno
    Dulu dia sogok kena gantung
    Msh ada yg percaya mlh boleh menang prk dulu,bodohnya yg pangkah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah tau dia tu penyangak, angkat jadi ketuai......bak pe.....species MELAYU BODO.....nyosal tak guno....makan taik sampai mati laaa....BODO X BOLEH DI AJAR

      Delete
  4. Jika minta presiden letak jawatan adalah satu kesalahan mcm mana pulak dgn yg minta timbalan presiden letak jawatan

    ReplyDelete
  5. Jika minta presiden letak jawatan adalah satu kesalahan mcm mana pulak dgn yg minta timbalan presiden letak jawatan

    ReplyDelete
  6. Kira baik jugak lah tindakan 13 cawangan ini jika di bandingkan dengan ahli PAS yang berdemo depan Ibu Pejabat PAS dan dengan Pemuda nya yang mengeboo semasa pemimpin beri ucapan.

    ReplyDelete
  7. Umno semakin rosak dan di rosakan oleh pemimpin2 yg ragus dengan kuasa.mana ada demokrasi lagi dalam umno dibawah najib jika hanya boleh bercakap yg baik2 sahaja.
    kalau nak ambil tindakan kpd 13 pemimpin cawangan yg mendesak najib berundur harap2 jawatankuasa disiplin juga melakukan tindakan yg saya bukan sahaja kpd jamal sg besar tetapi juga kpd naib presiden yg menghalau keluar timbalan presiden yg maseh memegang jawatan.
    Umno sekarang baik untuk najib betul,tak baik untuk najib salah

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...