Friday 9 October 2015

BERISTERI KERABAT DIRAJA, HISHAMMUDDIN TAK SEHARUSNYA BUAT2 TIDAK FAHAM BAHASA RAJA

Sesiapa  pun yang membaca kenyataan Majlis Raja-Raja berhubung 1MDB sebenarnya tidaklah sukar memahami maksud sebenar mengapa ia dikeluarkan.

Ia secara jelas bermaksud bahawa Raja-Raja kecewa dengan siasatan berkaitan 1MDB dan hilang kepercayaan dengan apa yang berlaku dalam rentetan penyiasatan sebelum ini, lalu membuat gesaan agar ia dapat diselesaikan dengan segera demi kepentingan rakyat dan negara.

Sudah tentu kenyataan Majlis Raja-Raja ini antara lain ada hubungkaitnya dengan pemecatan Peguam Negara, gangguan terhadap SPRM, pertukaran beberapa pegawai ke Jabatan Perdana Menteri dan perlantikan menganggotai pentadbiran kerajaan kepada anggota Jawatankuasa Kira-Kira Awam Negara, di tengah-tengah mereka sedang menjalankan siasatan mengenai 1MDB.

Sebab itu, isi kenyataan yang dikeluarkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu bagi pihak Majlis Raja-Raja antara lain berbunyi:-

- selesaikan secepat mungkin siasatan 1MDB dan ambil tindakan sewajarnya kepada pihak yang terlibat.

- semua pihak harus beri kerjasama sebenar dengan jujur.

- penemuan siasatan hendaklah dilaporkan secara lengkap dan telus.

- kegagalan memberi penjelasan yang meyakinkan dikhuatiri akan mengakibatkan krisis keyakinan di kalangan rakyat.

- rakyat yang percaya, sama ada dengan realiti atau persepsi berkaitan 1MDB akan mempengaruhi kejatuhan nilai ringgit secara mendadak.

- badan-badan penguatkuasa dan institusi kawal selia hendaklah menyempurnakan amanah Tuhan dan kepercayaan rakyat secara telus.

- mengingatkan bahawa kepentingan rakyat dan negara hendaklah mengatasi kepentingan peribadi.

Sukarkah memahami maksudnya? Walaupun tidak disebut perkataan hilang kepercayaan terhadap tindak-tanduk Najib Razak berhubung siasatan 1MDB dalam kenyataan itu, hakikatnya memang itulah maksud sebenarnya.

Sebab itu apabila membaca reaksi sepupu Najib, Hishamuddin Hussein yang mengatakan kenyataan itu tidak bermaksud Majlis Raja-Raja hilang kepercayaan terhadap Perdana Menteri berhubung siasatan 1MDB, ianya seratus-peratus tidak benar.

Kata Menteri Pertahanan itu lagi, jika Raja-Raja bermaksud demikian, mereka akan cakap bulat-bulat.

Bagaimanakah Hishammuddin yang beristerikan kerabat Diraja Pahang, tidak memahami maksud sebenar kenyataan Raja-Raja itu?

Bukankah kenyataan dalam bahasa yang mudah itu seharusnya lebih difahami oleh sesiapa saja, lebih-lebih lagi oleh anggota kabinet kerajaan yang sepatutnya lebih cerdik  memahami yang tersurat dan tersirat.

Kalau ditanya murid-murid sekolah yang akan mengambil peperiksaan SPM pun, barangkali mereka tidak mengambil masa lebih daripada dua hari untuk menjawab bahawa kenyataan Majlis Raja-Raja itu memang bermaksud institusi payung negara itu sudah hilang kepercayaan terhadap Perdana Menteri berhubung siasatan 1MDB.

Namun, jika dilihat dengan anggota kabinet kerajaan sekarang, mereka mengambil masa dua hari untuk memberi reaksi terhadap kenyataan Majlis Raja-Raja itu dengan setakat ini hanya Hishammuddin, Zahid Hamidi dan Abdul Rahman Dahlan saja yang bersuara mengenainya.

Tidakkah Hishammuddin sedar bahawa Raja- Raja, golongan Istana dan kerabatnya adalah kelompok yang sangat berbudi bahasa dengan sering menggunakan bahasa berkias dan sopan dalam perbualan.

Mereka bukanlah golongan yang mudah mengungkapkan perkataan seperti haramjadah, bangang, bangsat atau seekor-seekor yang ditujukan kepada manusia yang lain, walau dalam keadaan marah dan tertekan sekali pun.

Kalau pun Hishammuddin terlalu ingin mempertahankan sepupunya, beliau tidak seharusnya menolak realiti. Terimalah realiti yang terbentang di depan mata dan jangan sesekali cuba menutupnya sehingga memalukan dirinya sendiri sedangkan dengan beristerikan kerabat Diraja, beliaulah yang sepatutnya lebih memahami maksud sebenar kenyataan Majlis Raja-Raja itu. (SH 09/10/2015)

23 comments:

  1. Negara kita wajib menukar nama daripada Malaysia kepada Zimbabwe sekiranya beliau menjawat jawatan p.M....

    ReplyDelete
  2. ..mereka masih ingat rakyat bodoh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah yg sy komen dlm malaysiakini. Depa ni dok buat mcm rkyt bodoh. Pemimpin mcm ni lah yg buat ramai meluat n menyampah gila......

      Delete
  3. Jika tak faham-faham jugak, tarik balik Darjah Kebesaran yang diberi pada Najib.

    Baik Najib, baik Hisham, dua-dua 'punahsihat' !!

    ReplyDelete
  4. Pecat tengku nan manusia yang paling tidak berguna tu.Manusia yang cukup sombong dan banggakan diri.
    langsung tidak berguna sama sekali

    ReplyDelete
    Replies
    1. entah la...mungkin dia macam tu sebab ada orang kata dia ni bukan lahir sebagai Tengku, tapi dah tua baru jadi Tengku...orang lain kata, bukan saya kata.

      Delete
    2. Plus, org tua tu burok bebeno ghupenye..

      Delete
    3. Betullah tu...ini Tungku Dapur Kg Bharu

      Delete
    4. Tungku Nan bin Tungku Mansur ni ..Ghupenye macei beruk makyei..peranghei nye maceii babi hutei jer yeop oii

      Delete
  5. Hisham ni bukan anak Melayu jati...darah turki kuat sangat, tambah pulak tok dia ni Genting banyak support, dia pun jadi Raja Kapoor....pandai berlakon.....buat buat bangang

    ReplyDelete
  6. Najib benefits him (hishamuddin). Its not hard at all for the public to justify hishamuddin's action.

    ReplyDelete
  7. Sebagai rakyaat Malaysia saya pun tidak bagitu faham dengan menteri pertahanan ini, mula-mula lain cakap,selang sehari lain cakap pula.Mungkin skrip salah hafal kut?.Walau pun kita ingin membuat kebaikan dengan wang judi sekali pun,haram tetap haram?.Sampai masa terbongkar juga.Ingatlah maha pencipta sedang mermahati segala kemungkaran kita itu.Sesama manusia kita boleh kelentong bukan dengan pencipta.

    ReplyDelete
  8. 1. my wife and i are not aristocrats, says hishammuddin - tmi apr 26, 2013.
    2. 'kegagalan memberi penjelasan yang meyakinkan dikhuatiri akan mengakibatkan krisis keyakinan di kalangan rakyat'

    perlembagaan persekutuan perkara 43.2.a. - Yang di-Pertuan Agong hendaklah terlebih dahulu melantik sebagai Perdana Menteri untuk mempengerusikan Jemaah Menteri seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat.

    perdana menteri salah satu dari 222 wakil rakyat. tak faham lagi ka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. iq terok dari mat maslan lagi.......apadaa menteri kanan macam ni, malukan org Johor jee

      Delete
  9. Let us be clear. H2O should be culled along with his cousin. Yet to show leadership. In fact, too much time been given already. Never performed satisfactorily. Got a free pass and groomed because his blue blood status. We need none of that going forward.

    ReplyDelete
  10. dia tak paham bahasa halus. kalau guna bahasa " lempang " baru dia paham.

    ReplyDelete
  11. Hisham tak fikir ke kenyataan yang di sampaikan oleh Majlis Raja-Raja tersebut boleh di sampai kan terus kepada Najib dengan titahkan Najib supaya datang mengadap.

    Permasalah agama Islam seperti pengunaan khalimah Allah pun, Raja-Raja selaku Ketua Agama tidak sampai buat teguran macam ini. Kita ambil isu MB Selangor, mana ada Sultan Selangor kata Sultan menolak nama DS Wan Azizah. Yang Istana kata beri lebih dari satu nama je. Dari situ kita faham Sultan menolak DS Wan Azizah. Bila PKR masih letak juga satu nama dengan alasan tidak pernah dibuat hantar dua nama, Sultan tidak pulak keluar kenyataan seperti yang Najib terima dari Majlis Raja-Raja. Tahu-tahu gelaran yang Sultan beri pada Anwar di tarik.

    Masalah nya ialah Najib telah menyebabkan Majlis Raja-Raja berbuat sesuatu dari kebiasaan. Kalau tak 'lempang' namanya, Najib telah menerima satu 'tamparan' yang hebat.

    Raja-Raja tak main 'lempang-lempang' macam samseng-samseng UMNO sebab Raja-Raja bagi 'penampar' je !

    ReplyDelete
  12. Tak semestinya isteri kerabat buat anda jadi BIJAK. Kita mesti bijaksana utk menilai. Selagi buleh ampu najib..ampu lah. Puluh ribu sebulan dan lain2 rakyat tanggung apa ada hal. Tapi bila bercakap gagal.... . Mana ada maruah sbb tu tak kisahlah statement tu bodoh ke bijak ke,janji bulan2 kepala tak sakit. Mentaliti terlalu rendah sbb dah selesa sangat hidup....tapi betul ke selesa? Dunia je lah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini hisham 2 × 5 juga dgn najib. Cukup takut bini. Sanggup tinggalkan mesyuarat bila bini telipon suruh balik.

      Ini orang cicak jugak

      Delete
  13. Bahasa senang.. najib kan sepupu dia.. xkan dia nk jatuhkan pulak.. so dia belit2 le sikit jgn nmpk sgt sokong najib tp dlm masa yg sama buat2 sebelahkan raja raja melayu..

    ReplyDelete

  14. WOW !!
    You Will Not Believe It !!
    >>> CLICK HERE !!<<<

    ReplyDelete
  15. Hisyam ni lalang,langau pun dia jugak.Support sepupu amendenya kalau sepupu tu penyamun.Rakyat yg naikkan kamu jngan lupa tu.Esok kalau rakyat jatuhkan kamu x de siapa pun nak hormat kamu lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Si bapok tu mana ada pendirian.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...