Wednesday 28 October 2015

BAIKNYA HATI NAJIB...AHLI PAS PUN JADI CEO GMM TAPI AHLI UMNO YANG SETIA DAPAT APA?


Apa nak dikata lagi  mengenai perlantikan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa sebagai CEO Yayasan Kesederhaan Global atau GMM selain mengatakan bahawa ini merupakan tanda Najib Razak memang seorang pemimpin yang sungguh baik hatinya.

Ini kerana CEO sebelum ini, Saifuddin Abdullah meletakkkan jawatan itu sebaik beliau menyertai PKR. Tindakannya meletakkan jawatan tentunya kerana sedar perlantikannya dahulu memegang jawatan itu adalah kerana beliau ahli UMNO, parti yang sedang menguasai kerajaan yang Perdana Menterinya juga adalah daripada UMNO.

Lantaran itu, apabila menyertai PKR, beliau dengan sukarela mengundurkan diri kerana merasakan tidak cocok sebagai ahli parti pembangkang memegang jawatan itu berikutan parti baru pilihannya tiada kaitan apa-apa dengan UMNO dengan mengetuai kerajaan Pusat.

Namun Najib kini melantik Nasharuddin yang rasanya masih lagi ahli Pas menggantikan Saifuddin. Walaupun perlantikan itu adalah hak mutlak Najib yang mengasaskan penubuhan GMM dan beliau boleh memberinya kepada sesiapa saja yang dikehendakinya, keutamaan tentunya diharapkan kepada ahli UMNO juga menggantikannya.

Tetapi kerana sikap baik hatinya yang luar biasa, Najib tidak memilih pemimpin atau ahli UMNO atau mana-mana individu tidak berparti yang pro UMNO untuk jawatan itu, sebaliknya ahli Pas yang sudah tiada jawatan dan kedudukan jadi pilihannya.

Kasihan juga kepada ahli dan pejuang-pejuang setia UMNO, tiadakah di kalangan mereka yang seramai lebih 3 juta itu yang layak menjadi CEO GMM?

Mereka berpanas berhujan, gigih mempertahankan parti, tidak lupa berkempen dan mengundi calon pilihan parti ketika pilihanraya dan berhimpun dengan baju merah untuk menunjukkan sokongan kepada Najib, alih-alih yang "baju hijau" juga dapat habuan.

Parti mana agaknya yang diundi oleh Nasharuddin dalam pilihanraya umum yang lalu dan apakah pula pilihannya dalam pilihanraya umum akan datang, walaupun selepas dilantik sebagai CEO ini?

Apakah dengan perlantikan Nasharuddin yang dikenali rapat dengan Hadi Awang dan Dr Haron Din ini merupakan laluan awal kerjasama politik antara UMNO dengan Pas?

Siapa lagi agaknya selepas ini ahli daripada parti pembangkang lain yang akan diberikan apa-apa jawatan oleh Najib?

Kepada pejuang-pejuang setia UMNO yang tidak dapat apa-apa, redha sajalah dengan semua ini dan marilah bersama melaungkan "Hidup UMNO" dan "Hidup Najib" sebagai meraikan perlantikan Nasharuddin itu. (SH 28/10/2015)

28 comments:

  1. Jgn ada pulak yg tak puas hati.Dh puas jilat, ampu, bodek, kipas tak dapat apa2.. Bukan sumer org Najib bole puaskan hati & sememangnya begitulah Najib kena buat kalau nak dpt sokongan & tergugat kedudukan nya.. Kalau dh sumer mata duitan nk buat cmne.. kita tengoklah nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Padan muka pencacai-pencacai dan balaci-balaci serta barua2 umngok, jenis melayu tak sedar diri.

      Delete
    2. Apa pasat tatak lantik itu Jamal Sekinchan maa aa , manyak tatak patut lor rr .

      Delete
    3. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  2. sepatutnya dato jamal yang dapat ceo,ini tak adil

    ReplyDelete
    Replies
    1. dalam cerita 3 Abdul da bagitau,...inilah namanya 'demokrasi terpimpin',....dato jamal tu xtau la nak ckp,..rajin mmg rajin dlm membodek2 ni,....tapi ape saje isu y dia bwk,..kerajaan y kena hentam balik oleh rakyat,..mungkin dia harus mencerdik kan lagi otak nye dlm mencari isu,......

      Delete
  3. Ternanti-nanti tindakan Haji Hadi. Jika Haji Mohammad Sabu yang dilantik DAP sebagai Pengerusi PBA di bawah kerajaan negeri DAP-PR Pulau Pinang digelar barua dan anjing malah dicela bagai anak *$&#" dan dihalau dari parti 'ulama', adakah Nasaruddin Mat Isa akan menerima nasib sama kerana bersetuju memegang jawatan dalam GMM yang mesra BN? Atau adakah Haji Hadi akan bersifat lebih Regim dari Regim?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haji Hadi kata xdak 4 saksi. Kenapa lu mau bising2? Khalas...

      Delete
  4. Dulu Hadi & The Gang lah yang mengkafirkan orang orang UMNO. Haram berimam orang UMNO. Sembelihan orang UMNO haram di makan dan haram bekerjasama dengan kafir (kerana UMNO bekerjasama dengan MCA dan MIC). Tup tup Hadi & The Gang berkawan dengan DAP yang memang kafir pun. Nak halalkan perbuatan, dikatakan pula tahaluf siyasi. Bergaduh dengan DAP, terus timbul hukum haram kembali, tahaluf siyasi entag ke mana. Kemudian berkelahi pula dengan puak profesional dalam PAS lalu diharam jadahkan pula kelompok ini. Dan sekarang makin berlembut kembali dengan UMNO BN. Dah tak haram pula berkawan dengan UMNO yang dianggap taghut dan musuh sedangkan UMNO dulu dan UMNO kini tetap sama, mengamalkan perlembagaan yang sama. Jadi sekarang ni Hadi * The Gang ini apa sebenarnya?, Bukankah ini perangai opportunitis, pembelit, penipu dan pembohong?. Kalau dulu menuduh UMNO BN kafir, sekarang mengatakan golongan profesional yang meninggalkan parti adalah musuh Islam, jadi Hadi & The Gang ni jenis Islam apa yang langsung tak konsisten. Rasanya perbuatan mengkafirkan orang itu kembali kepada diri sendiri. Inilah contoh lebai dan jubah hipokrit...kembalinya Nik Aziz ke rahmatullah, belang dan sopak dalam Hadi & The Gang makin terserlah. PAS akan jahnam akhirnya. Tunggu saja masa jika Hadi & The Gang kekal berkuasa dalam parti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pemimpin PAS danpengikut fanatik parti hijau perasan lebih seolah2 PAS tu Islam dan Islam tu PAS. Keluar PAS seolah2 keluar Islam lalu dianggap musuh Islam. Kalau dah rasa PAS tu Islam dan Islam tu PAS, istihar sajalah yang keluar PAS tu murtad dan boleh dihukum bunuh. Yer tak begitu? Setakat jadi ustaz pandai hafal saja tapi IQ rendah tak guna laa Hadi oii. Mmg heng pak lebai dlm PAS ramai lulusan pengajian Islam tapi aku yakin kebanyakannya tahap IQ kebanyakan rendah. Boleh buat survey melalui IQ test kalau tak percaya.

      Delete
    2. Pendapat Anon 0005, mengatakan "UMNO dulu dan UMNO kini tetap sama, mengamalkan perlembagaan yang sama", adalah salah dan boleh mengeliru Rakyat Malaysia (tanpa mengira bangsa) terutamanya mereka yang masih budak-budak, ketika Anwar Ibrahim dipecat dari UMNO selepas.

      Sehingga hari ini, Haji Hadi menafi kafirkan UMNO. Mereka yang taksub, benci dan hasad-dengki sesama Melayu, menyalah-tafsir dan politikkan ucapan Hadi sebagai 'Amanat' . Ketika itu, UMNO masih secular sepenohnya. Orang Melayu bebas makan & minum arak di kedai kopi Cina/India atau Siam. Murid lelaki Islam baru saja dilarang memakai seluar pendek ke sekolah. Belum ada 'pencegah maksiat. Dr.M baru jadi PM dan Anwar dibawa masuk dari ABIM (sekutu PAS) untuk meneutralkan pengaruh Islam PAS dikalangan Melayu. Mungkin Haji Hadi amat marah kerana Anwar telah ‘berpaling-tadah’ dan ‘melompat’ masuk UMNO. Ketika itu juga pengaruh PAS mulai pudar. Nampaknya Dr.M telah berjaya 'mengIslamkan' pentadbiran Kerajaan, melalui Anwar. Harus di ingat, ketika itu, selain UMNO, musuh politik paling utama kepada PAS adalah DAP, yang mereka anggap sebagai kafir-harbi.

      Moral of the story: Itulah hakikatnya, Politik. It all, boils down to money. WANG adalah segalanya. Politik adalah jalan paling senang dan sesiapa yang ‘pandai bercakap, memiliki kelebihan. Mempunyai ‘cable’ kepada Ahli Politik sudah cukup untuk membuat sesaorang itu kaya-raya.
      Selalunya, apabila sesaorang tersingkir dari Party, maka tamatlah riwayat Politiknya, jika tidak ‘melompat’ atau menubuhkan Party lain dengan ‘restu’ dari mereka yang memegang ‘kuasa’.

      Saya setuju dengan Anon 00:13. (Mungkin orang yang sama dengan 0005).
      Mungkin benar, kebanyakan 'Orang Agama', terbukti mempunyai IQ rendah., Sejarah 'The Dark Ages' Kristian membuktikan hakikat ini. Masyarakat Eropah asyik berperang sesama mereka, ketika itu. Setelah dipisahkan 'Agama' dari politik, keadaan mulai aman dan mereka bertambah maju, mengatasi Islam. Sebaliknya, lebih-kurang 200 tahun wafat Nabi Muhammad SAW, orang-orang Islam pula yang mengikuti jejak yang ditinggal Kristian, sehingga hari ini, sehingga berbunuhan sesama sendiri, seperti di Negara Arab.

      Delete
  5. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  6. PECAT MUHYIDDIN DAN PECAT HALAU SAMPAH MUKHRIZ... TAK LAYAK JADI MENTERI BESAR IKUT BONTOT BELAKANG

    MAHATHIR REKA CIPTA KES LIWAT ANWAR MELAUI YUKTES.....MUKHRIZ JADI MENTERI BESAR IKUT JALAN BELAKANG, KETEPI SEMUA ORANG UMNO KEDAH

    INI TIDAK ADIL

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ubat da habis la. Tu yang darah da naik. Hahaha

      Delete
    2. Mabuklah tu lepas kena pil kuda

      Delete
    3. Anon 0056.
      Jangan lupa. Mat Sabu, bersama Karpal Singh telah menuduh Anwar seorang peliwat pada 1997, di Parliament. Malah gelaran Al-juburi dicipta sendiri oleh Mat Sabu kerana Anwar membawa watak alim dan warak.

      Delete
  7. selama ni gwa silap.....aji adi and arun ding memang bijak....PAS( pasti aku sapu) telah menetaskan kerawit kerawit dalam system struktur UMNO( umat melayu no otak) yang ketua nya berprinsip SATU(saya adalah tuhan umno) msia, GST(gwa suka tindas) menjadi teras sumber kemajuan.......wallahualam.......indah bila hijab kebenaran dihidayahkan oleh ALLAH.

    ReplyDelete
  8. Pada aku ramai ahli umno yg ada ni pun tak tahu yg dia tu ahli umno dan dlm umno ni banyak PHD perasaan hasad dengki lama dah tapi sekarang lagi terok

    ReplyDelete
    Replies
    1. PHD bukan saja khusus untuk orang UMNO. Semua bangsa didunia punyai sifat ini. Tetapi dikalangan orang Melayu sifat ini, lebih terserlah.
      Kita dengki pada Mohktar Bukhari dan anak Dr.M, walaupun mereka hanya seorang-dua yang jauh kurang kaya-raya dari berpuloh bukan-Melayu yang terkaya di Malaysia.

      Delete
  9. Pada aku ramai ahli umno yg ada ni pun tak tahu yg dia tu ahli umno dan dlm umno ni banyak PHD perasaan hasad dengki lama dah tapi sekarang lagi terok

    ReplyDelete
  10. Well...lebih baik UMNO n PAS bergabung! Baru best! Jelas politik kerajaan n pembangkang. Mcm red state n blue state di US! Pas tolong jd cerdik. Org melayu perlu penyatuan atas nama Islam! Tak gitu tuang presideng? PH ni tak pure islam. Kita perlu pure islam! Baru boleh terima derma atas nama islam! Rasuah atas nama membantu ekonomi org islam..smua mya sbb islamlah..cepat bergabung! Senang nak undi!

    ReplyDelete
  11. Najib guna Nasha sebab latar belakang Nasha berpendidikan Islam.
    Maka selamat lah Najib dari alasan yang di berikan oleh Saifudin mengenai 1MDB dan isu RM 2.6 billion.

    Nasha telah menyucikan Najib.bukan sahaja dari alasan Saifuddin tetapi dari tuduhan Mahathir.

    Apa pun, ahli UMNO sepatutnya marah dan keciwa dengan tindakan Najib kerana TH semakin bertambah baik.Jika TH boleh di beri pada Abdul Azeez, mengapa yang cerdik sama macam Abdul Azeez pulak tidak dipilih sebagai CEO Yayasan Kesederhaan Global




    ReplyDelete
  12. Pasal TERLAMPAU baik hati lah hingga kena main dgn Jho Low aka jolok .Terlampau baik hati juga lah dia sanggup angkat barisan musuh dalam selimut sbg punah sihat dia.Terlampau baik hati juga lah hingga dia tertipu dgn plakad I LOVE PM pada PRU lalu hingga akhir nya keputusan PRU baru dia sedar semua nya fatamorgana ciptaan para punai sihat dia yg otak udang

    ReplyDelete
  13. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  14. Sebenarnya syok jugak aku tengok si Nash dapat jawatan ini. Rasa aku najib dah tak percaya orang umno lepas kes Safuddin kot. Jadi dia ambik orang dari Pas pulak. Manalah tahu besok dibawa masuk sekali ke dalam Umno. Mmg syiok sendiri lerr !

    ReplyDelete
  15. Dulu haji hadi kata dasar perjuangan umno perkauman dan nabi tak mengaku umat. Sekarang amacam hadi. Kau ni kaki pembelit. Ptuih.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...