Friday 16 October 2015

APA PULAK MEREPEK MERABAN NI?

Tentu ramai gelihati dengan reaksi Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, Megat Najmuddin Megat Khas berkenaan tindakan Saifuddin Abdullah meninggalkan UMNO dan menyertai PKR.

Beliau dilaporkan sebagai berkata, UMNO sama sekali tidak akan memaafkan perbuatan bekas ahli MT itu yang bukan saja keluar parti, tetapi juga mengumumkan secara terbuka.

Bukan sahaja keluar parti, tetapi juga tindakan itu dibuat cara umum dan di hadapan media. Dia nak keluar, keluarlah, katanya sebagaimana dilaporkan oleh TMI.

Ehhh...apa yang salahnya keluar UMNO dan mengumumkannya secara terbuka dan di hadapan media?

Apa yang sampai tak mahu memaafkan tindakannya itu? Apa yang UMNO boleh buat lagi setelah Saifuddin keluar meninggalkan UMNO?

Apa pula undang-undang dan disiplin UMNO yang dilanggar dengan berbuat demikian? Itukan hak masing-masing, lagi pun memang sewajarnya tindakan menyertai parti lain perlu dihebohkan kepada umum dan di hadapan media supaya ia diketahui ramai.

Lagi pun, Saifuddin bukanlah "pemimpin sampah" seperti yang dikatakan oleh Tengku Adnan kerana beliau pernah menjadi ahli MT UMNO dan timbalan menteri sebelum ini. Maka, sewajarnyalah penghijrahan itu diberitahu kepada umum.

Orang kahwin, bertunang dan bercerai pun jemput media, apa pulak salahnya keluar UMNO turut sama panggil wartawan?

Bukankah sudah banyak yang keluar UMNO mahu pun masuk UMNO sebelum ini juga mengumumkannya secara terbuka dan di hadapan media?

Barangkali Megat Najmuddin kena rajin mendapatkan bantuan "Pakcik Google"  untuk menyemak kembali bahawa semua pemimpin yang ingin beralih angin sebelum in,  turut melakukannya secara terbuka dan di hadapan media.

Jika tidak diberitahu, bukankah lagi susah jadinya?

Kenyataan Megat Najmuddin yang mengatakan UMNO tidak akan memaafkan tindakan Saifuddin juga menimbulkan tanda tanya, bahkan mungkin beruk, kera dan lotong di hutan (meminjam ayat yang selalu digunakan oleh Yahaya Ismail) turut tertanya-tanya.

Apa yang mahu dilakukan UMNO terhadap Saifuddin selepas ini...saman malu, tuntut ganti rugi atau hukum mati?

Ini bukan soal maaf atau tidak, tetapi menyertai mana-mana parti adalah hak dan kebebasan individu. Bukannya Saifuddin keluar UMNO dengan membawa lari harta dah duit UMNO pun. Beliau keluar dengan prinsip dah keyakinan saja.

Orang kahwin dan beranak pihak pun boleh berpisah, takkanlah dalam politik tiada kebebasan seperti itu.

Hodohnya perangai kita bila pasangan kita nak berpisah, tiba-tiba kita kata tidak memaafkan tindakannya itu. Relakslah bro...
Selain itu, kenyataan Megat Najmuddin ini juga bertentangan dengan sikap terbukanya sebelum ini yang mengatakan kehadiran Saifuddin dalam persidangan meja bulat penubuhan Pakatan Harapan bukanlah suatu kesalahan, melainkan jika mengkritik UMNO.

Jika sekadar hadir, tidak mengapa. Kita juga nak tahu apa pembangkang kata dan lakukan, tegasnya.

Jika Megat Najmuddin boleh menerima kehadiran Saifuddin dalam program pembangkang, apa salahnya jika beliau terus jatuh cinta dengan PKR?

Bawa bertenang dan janganlah merepek meraban sehingga memalukan diri sendiri. (SH 16/10/2015)

34 comments:

  1. Saifudin pun x perlu kemaafan dr umno... dia x mungkin akan blik pada umno.. dia orang yg brprinsip bkn mcm sesetengah pemimpin umno.. harap datuk saifudin bersabar dgn segala cabaran dan tohmahan yg dilemparkan oleh pemimpin umno yg sakit hati dgn datuk.. semoga allah sentiasa merahmati datuk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  2. Mmg lawaklah.. sape yg nk mohon kemaafan dr umno ni.. maafkan ke x maafkan ke ada datuk saifudin kisah? Datuk saifudin dah fikir masak masak sblm buat keputusan.. dia pilih pkr sb pkr parti yg berjuang utk rakyat bkn mcm umno.. jd jgn le ada yg nk sakit hati pulak..

    ReplyDelete
  3. Makin tua makin bodoh rupanya. Spesis mcm ni patut berehat je....tak jemu ke hidup jadi bahlul? Ni lah rupanya hasil makan duit tak tentu punca. Cakap pun merapu....
    Pakcik pergi main jauh2 tau.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. bro.lu punya kutuk gwa tambah sikit.....pacik ni dah lah merapu, nyanyok species melayu bodo makan taik...umo dlm zone bonus.....cukuplah pcik..bawa tobat laa iatiqfar banyak2...dengar ceramah ustad wadi anuar ari ari

      Delete
  4. maafkan je la En.Megat ni, jangan la label bukan-bukan kat dia..kita pun tahu tiada tempat bagi yg bijak/smart bertapak dalam UMNO, hanya perlu setia (kalau dibayar, lagi tinggi kesetiaannya), lagi rendah IQ lagi bagus .wallahualam.

    ReplyDelete
  5. Penghijrahan Datuk Saifuddin itu sebenarnya Manifestasi keluh kesah ahli akar umbi terhadap parti Umno hari ini. Ramai yg sedang memendam rasa.Namun parti tak salah.., yang salah adalah segelintir pucuk kepimpinan diketuai oleh Presiden Umno sendiri....!! Tunggu Tun M dan TSMY tubuh parti baru.

    ReplyDelete
  6. Patut UMNO ucap terima kasih kepada Saifuddin sebab tak masuk DAP. Keluar UMNO masuk PKR pada penilaian saya kira "A"lah.

    ReplyDelete
  7. Saifuddin x curi duit umno,dia keluar dgn cara baik dan bermaruah.Dia ada harga diri dan bukan mcm MT dan KB yang hanya nampak kebendaan.UMNO dah nampak goyah dan mengelabah bila sokongan banyak beralih arah.Harap harap selepas ini muncul lagi ahli umno yg berhijrah ke parti lain... kadipap muah muah

    ReplyDelete
  8. Wahai En. Megat, saifuddin ada mohon maaf ke tak? Kalau tak, duduk diam diam jer lerrr. Apa kata pergi ronda dan check disiplin orang orang umno, bagai guru disiplin jalan bawa rotan check disiplin anak murid. Tak kan laaa tak derrr kes nak check?

    ReplyDelete
  9. Yg sampah dlm umno ialah presiden ...naib presiden su agong mkt ketua bhgn mp adun..tu sampah..busuk berdengong..vip sampah su agong....kalu tk pecaya..buat snap election..bertuah la,kalu menang...dok syok sendiri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan sampah dalam UMNO sahaja tetapi sampah masyarakat.

      Inilah balanya bila orang bodoh nak tunjuk pandai> Bukan setakat bodoh sahaja tetapi suka memandai mandai.

      Sekarang terimalah maki hamun rakyat tiap tiap hari.

      Delete
  10. Mungkin megat ni nak saifudin buat kenduri siap bunga manggar mengadap beliau untuk menyatakan untuk keluar drpd umno,maklumlah lagak pemimpin umno ni bagaikan TUHAN....agak undang2 yang menjadi kesalahan Dan digunapakai dlm umno apa ye sekarang ni??kritik president ke??umno adalah parti haram jadah!!!!

    ReplyDelete
  11. Kan kah amno tu keramat,dan byk simpan boneka keriput,derhaka jika menghina kerabat diraja kerajaan langit ni
    Lawak la bila tengku langit berhujah mcm sampah.

    ReplyDelete
  12. Kan kah amno tu keramat,dan byk simpan boneka keriput,derhaka jika menghina kerabat diraja kerajaan langit ni
    Lawak la bila tengku langit berhujah mcm sampah.

    ReplyDelete
  13. Suruh megat itu tengok najib Dan buat penilaian secara telus.

    ReplyDelete
  14. Hai nak keluar umno pun kena senyap2 je hoh banganglah org2 umno ni hehehe tetapi kalau bodek pemimpin umno panggil press yr ke

    ReplyDelete
  15. Hai nak keluar umno pun kena senyap2 je hoh banganglah org2 umno ni hehehe tetapi kalau bodek pemimpin umno panggil press yr ke

    ReplyDelete
  16. Megat ni masih waras lagi ke?Masalah macam ni pun tak boleh berfikir secara professional?Berfikirlah dahulu sebelum berkata-kata.Biar usia dan jawatan mencerminkan kematangan daya intelektual.

    ReplyDelete
  17. Tak bolih salahkan Megat. Dia emotional sikit sebab dia dok support Saifuddin apabila Nan Mansor kutuk Saifuddin.

    Megat dan Nan mansor ni mana ada persefahaman. Nan Mansur ckp akan pecat Saifuddin. Megat nk tunjuk pd Nan Mansor siapa yg ada kuasa utk pecat. Last2 Saifuddin keluar parti sebelum Megat dan Lembaga Disiplin bolih buat keputusan. Ttu merapu tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo gitu citer nya.....kalau betoi cerita,saya minta maaf kat pacik megat......maap ye pacik,,,....smga ALLAH MERAHMATI PCIK MEGAT

      Delete
    2. Siapa yg tak kenal dgn nan pariah tu.Inilah masalahnya bila pariah pun boleh guna nama tengku.
      Gunalah apa gelaran pun kalau dah pariah tetap pariah dan akan jelas nampak pariah juga.

      Delete
  18. Umno dan pas lbh kurang same. Sape keluar pas sesat munafik...ape tuùuu

    ReplyDelete
  19. Belum sampai seminggu kena talak dah rindukan Saifuddin. Itulah semasa Saifuddin masih dalam UMNO kamu kata dia macam macam, itulah inilah. Bila dia dah tak ada baru nak menyesal. Kan bodoh tu namanya?

    ReplyDelete
  20. Kan Sudin dah kata..alif..mim..nun..tendang wau..bunyinye "sarkas". Bab merapu dan meroyan ni memang salah satu dari trade mark depa selain dari menipu dan menindas. Sapa-sapa yang sokong Umngok ni jelaslah anda kategori ayam yang boleh diumpan dengan dedak jer..krrruuhh..krrruhh..

    ReplyDelete
  21. DEMOKRASI!. Dalam berpolitik ada yang untung dan ada yang rugi,biasalah bro!.

    ReplyDelete
  22. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  23. Berdosa besar ke jika seseorang keluar dpd partinya dan masuk ke parti lain? Adakah dlm Perlembagaan UMNO melarang ahlinya berbuat demikian?

    Nampaknya pihak yg diceraikan dah gila talak, dah mula merapu dan merepek yang bukan-bukan. Orang kampung saya kata orang macam ini dah nyayok dan buang tebiat.

    ReplyDelete
  24. ini yg dinamakan makin tua makin bodoh, lebih-lebih lagi dalam umno, maka bodohnya bertimpa-timpa

    ReplyDelete
  25. Zaid Ibrahim pun keluar UMNO dan buat pun secara terbuka, tapi tak pulak sampai marah macam ini sampai cakap tidak maafkan.

    Ini kerana semasa Zaid buat keputusan UMNO tidak separah sekarang. Kedudukan PM tidak seteruk begini.

    Tindakan Saifuddin boleh menyebabkan UMNO menjadi semakin lemah.

    ReplyDelete
  26. Siapa yang hairan UMNO tak maafkan Saifuddin?
    Adakah dia minta maaf pd UMNO? Perlukah?
    Janganlah berbicara sprt orang tidak siuman atau telah dirasuk syaitan. Memalukan.

    ReplyDelete
  27. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...