Tuesday 4 August 2015

SYUKURLAH, DALAM DIAM2 LAHIR BILIONWAN MELAYU KEBANGGAAN MALAYSIA!!

Terang lagi nyata. Apa yang menjadi persoalan selama ini terjawab sudah akhirnya.

SPRM akhirnya mengesahkan wang sebanyak RM2.6 bilion atau  RM2,600 juta yang didakwa mengalir masuk ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Najib Razak sebagaimana yang didakwa oleh The Wall Street Journal (WSJ) sebelum ini,  benar-benar wujud dan sahih rupanya.

Cuma menurut SPRM, wang itu bukannya daripada 1MDB tetapi daripada sumbangan penderma.

Siapakah agaknya penderma  yang begitu murah hati itu? Adakah ia penderma tunggal atau ramai jumlahnya?
 
Apakah penderma itu melibatkan negara asing, pemimpin luar, ahli perniagaan antarabangsa atau rakan-rakan Najib dari dalam dan luar negara?

Apa pula tujuan mereka menderma dan memberi sumbangan? Suka-suka atau mengharapkan balasan?

Jika ada balasannya, apakah yang telah diberikan Najib kepada mereka?

Benarkah sumbangan itu untuk tabung amanah parti? Jika untuk tabunh parti, kenapa guna akaun bank peribadi?

Ahhh...sebenarnya banyak lagi persoalan yang boleh ditanyakan kepada Najib mengenai wang tersebut.  Tetapi eloklah dilupakan segala tanda tanya itu.

Lupakanlah juga pasukan petugas khas, laporan audit atau siasatan PAC sekali pun. Lebih patut dilupakan ialah untuk mengaitkan wang itu dengan rasuah, penggubahan wang haram dan sebagainya.

Sebaliknya, berita yang disahkan oleh SPRM ini seharusnya membuatkan kita bersyukur dengannya.

Sebagaimana yang dijangka, berikutan berubahnya trend sejak  akhir-akhir ini, dengan pada mulanya mengatakan  wang RM2.6 bilion itu sebagai fitnah, konspirasi dan akhirnya sebagai sumbangan tabung amanah, yang nyata kewujudan wang itu adalah benar belaka.

Rupa-rupanya The Wall Street Journal dan Sarawak Report tidak berbohong kepada kita, walaupun mereka bukan beragama Islam dan dikaitkan dengan Yahudi pula.

Pengesahan SPRM mengenai wang RM2.6 bilion itu memang berada dalam akaun Najib sebaiknya haruslah menyebabkan kita berbangga kerana dalam suasana ekonomi dunia yang suram, rupa-rupanya lahir seorang bilionaire atau bilionwan atau orang yang mampu mengumpul wang beribu-ribu juta di kalangan Melayu dan Islam secara senyap-senyap dan tanpa bising-bising menagih kontrak atau mengharapkan bantuan kerajaan.

Wahh...sudah tentu ini merupakan satu lagi pencapaian Dasar Ekonomi Baru serta tambah mengukuhkan ekonomi orang Melayu dan Islam di negara kita. Bertambah lagi jumlah bilionwan dalam negara kita ini.

Maka, kita haruslah menerima dengan syukur,  bukan hasad dengki dan caci maki atas pencapaian Najib itu.

Cumanya, terlanjur berbangga dengan pencapaian Najib itu, ingin juga ditanyakan mengenai laporan yang tidak dinafikan mengenai pendepositan sebanyak RM2 juta dalam tempoh tidak sampai tiga bulan ke dalam akaun Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri tidak lama selepas pendedahan mengenai wang RM2.6 bilion itu.

Adakah ianya juga merupakan sumbangan penderma yang bermurah hati terhadap Rosmah? 

Bagaimanapun oleh kerana jumlahnya hanya juta-juta, bukan bilion-bilion seperti yang diterima suaminya, tak perlulah ditanya macam-macam seperti daripada mana dan siapa yang memberikan wang itu.

Syukurlah, dengan isu ini sudah terjawab dan sekaligus memberi kelegaan kepada kita semua, diharapkan lebih banyak lagi sumbangan derma diterima oleh Najib dan Rosmah selepas ini.

Lebih 50 tahun merdeka tidak pernah kita mempunyai pasangan Perdana Menteri dan isteri yang begitu dirahmati seperti ini sehingga sumbangan derma juga ribu-ribu juta mampu dikautnya.

Bukankah lagi banyak derma yang diterima mereka, lagi makmur dan sejahtera negara kita? ( SH 04/08/2015)

72 comments:

  1. Company atau individu mana lah agaknya yg sangat bermurah hati menderma 2.6 Billiun tersebut. Bukan 2.6 juta tetapi 2600 juta..buleh jual company semata mata nak menderma sebanyak itu. Bertuah nya PM 1Malaysia ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa ingat ea aa , lunia pandang Najib manyak babut , itu pasat lia olang collect itu luit kasi sama Najib , Malaysia punya olang mesti mau bangga maa aa ,atak PM satu lunia manyak sayang lor rr .

      Apa pasat mau malah lea aa , itu telima punya olang tatak salah maa aa , kasi punya olang pon tatak salah .
      sebok punya olang manyak salah .

      Delete
    2. Elehh, dulu first lady kita dpt tajaan lawatan ke negara2 arab kan pernah kata ' itu rezeki sayalah tu, bukan senang org malaysia nak dpt pengiktirafan dari tok arab antarabangsa...' Utk first gentlemen kita pulak mungkin ' eh..eh.. apalah korang ni sebok2, itu rezeki akulah tu, ingat senang ke org midle east nak kasi derma bilion2.. sesuai dgn kedudukan aku la sebagai tokoh negara berdarah bangsawan. Takat derma singgit dua tu sesuai utk pengemis kaki kodong dari negara jiran aje.. hehehehehe....'

      Delete
    3. Mungkin ada pak arab billionair saudagar kurma yg tersentuh hati melihat ketaqwaan, kewasatiyahan, khusyuk dan tawadhuk pm kita semasa menunaikan umrah atau haji di Mekah sebelum ini tak? Betapa zuhudnya amirul mukminin dari Malaysia ini, itu yg pak arab bilionair itu tanpa ragu2 menderma 2.6B dengan ikhlas sambil menyorokkan tangan kiri tanpa pengetahuan sesiapa. Sekadar bersangka baik... :P

      Delete
  2. Kekayaan Najib menggalahkan Sultan Brunai yg hanya memerintah negara kecil tapi kaya dengan sumber petrolium.
    Najib adalah Perdana Menteri yg paling hebat di alaf 21 ini. Royalti minyak sawit Malayia menggalahkan Brunei dan negara negara OIC di dunia ini.

    Seluruh rakyat Malaysia selama ini rupa rupanya salah faham bagaimana wang tunai RM2.6 billion boleh menggalir masuk ke akaun peribadi najib. Sekarang baru mereka faham, sebenarnya itulah royalti minyak kelapa sawit yang meruwap masuk ke akaun peribadinya.

    ReplyDelete
  3. Seperti yg dijangka, agensi2 yg berkaitan hanya berfungsi untuk mensuci serta menghalalkan perolehan 2600 juta itu. Tiada apa lagi yg buleh diharapkan dengan SPRM..yg dikejar dan dikoreknya habis habisan hanyalah bilis2 yg mengambil 260 shj.

    ReplyDelete
  4. Waw !!!.....kita kaya,kita kaya.....PM kita ada banyak duit nak bagi pada kita semua...tunggu !!!....

    ReplyDelete
  5. Tepatlah kata-kata yg menyatakan...undang2 adalah ibarat sarang labah labah yg hanya memerangkap serangga kecil...tapi bila lalu binatang besar, sarang labah labah tu pun ranap dilanggarnya..memang tepat sekali.

    ReplyDelete
  6. Kalau sumbangan RM 2.6 b itu adalah untuk tabung parti yang di pegang amanah oleh presiden parti, mengapakah Timbalan presiden parti langsung tidak tahu langsung sumbangan begitu besar?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalo idak nak kene share sikik ngan Timbalan. Lu gila ke haper.. Rugi woo walau seringget. Baik diam2..makan sorang2.. lagi kenyang.

      Duit kamsen scorpone tu dah habis ke blom? Lps ni boleh rembat lagi sbb MACC Polis dan segala jabatan mcm anjing bagi greenlight utk terus merembat duit rakyat!!!

      Bangga la dgn DEB 2015 ni..

      Delete
  7. dan kita patut juga bersukaria tanpa gundah gulana kerana perdana menteri kita tidak bersalah dan kita patut berbangga mendapat perdana menteri yang bijak menjawab soalan rakyat berkaitan semua isu yg melibatkan kerja kerja melanun sehingga kepuasan hati rakyat meluap luap gembira segembiranye........gembiranya kita dgn pentadbiran sebegini rupa......sungguh gembira.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ku harap ungkapan sdr 0202 ini hanya gurauan sahaja.....jangan diuji kepedihan siksaan Allah...jangan jadi golongan munafikun

      Delete
    2. Itu sindiran la kawan.. Mcm tulisan en shahbudin juga berbentuk sindiran.. Jgn kaitkan dgn munafik.. Faham betoi2 dulu baru komen

      Delete
    3. Alhamdulillah...saya mohon maaf 0650..

      Delete
    4. Biol punya 311.. sarcasm pun xreti nak baca.. patut la BM julai..kahkahkah..

      Delete
    5. 1211.. relax brader brader relax.
      tak perlu pun nak ketawakan org lain bila dia salah faham. baca santai2 saja sudah tp tetap fokus kepada topik. peace!

      Delete
  8. Siapalah penderma yang bangang haramjadah sanggup derma 2.6 bilion kepada pahlawan bugis.Saya rasa soalan ini lebih membantu menyelesaikan masaalah ini.Lagipun rakyat malaysia bodoh2 belaka lambat mengetahui apa yang sedang berlaku.Saya teringat lanun sulu agbimudin telah mendarat disabah seperti tercium bau 2.6 bilion, apakah pendaratan mereka selari dengan masa duit derma masok akaun najib?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika bukan oleh penderma pun, boleh jadi juga telah diprogram transaksi perbankan yg mencuri dan menyalurkan sekian sekian jumlah setiap kali transaksi ke dalam satu akaun maya dan apabila tiba pada tarikh tertentu semua jumlah curian tersebut dimasukkan ke dalam akaun kepala lanun itu. Ala ala macam yg pernah dilakukan oleh Azman Hashim satu ketika dulu, ada faham ka?

      Delete
  9. aku kesian kat bonda rahah dan allahyarham razak hussin......raayat Malaysia maki hamun pm dengan ugkapan ''siapalah punya anak sial nii...''......allahyarham meninggal dulu aku menangis walaupun masih sekolah men rendah......sedarlah maruah mu kian terhakis

    ReplyDelete
  10. Nampaknya senarai orang terkaya Malaysia perlu diubah. Bukan lagi taukeh judi atau hotel...

    ReplyDelete
  11. Senarai Org Melayu Terkaya 2015
    1. Tan Sri Syed Mokhtar RM10.44 Billion
    2. Tan Sri Azman Hashim RM3.11 Billion
    3. Tan Sri Shahril Shamsuddin RM3.10 Billion
    4. Tan Sri Syed Azman RM2.66 Billion
    5. Dato Sri Najib Razak RM2.60 Billion + 2 Million
    6. Tan Sri Mokhzani Mahathir RM2.52 Billion

    PM 1MDB duk tangga ke 5...Tahniahhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. tu blom kira komisen scorpene dulu-dulu lagi. Kalo tambah yg ni, dah yentu nombor 2 melayu terkaya.

      Alhamdulillah. Tahniah MACC..

      Delete
    2. Yang tahu hanya 2.6bil mana tahu munkin sudah sampai 100bil.

      Delete
    3. hahaha...betui tu,,sesilap dah nak kejar Bill Gates

      Delete
  12. Nak jadi jahat jap.... katakan ada orang nak derma pada persatuan penduduk yang saya adalah pengerusinya. Tak banyak rm50 ribu je. Mula lah tumbuh tanduk kat kepala saya, ##kalau masuk akaun persatuan, semua wang untuk persatuan... bini aku Mek Mah yang susah2 mintak...baik masuk akaun aku... berapa aku nak belanja, suka hati aku, berapa banyak aku sendiri nak belanja pun ikut suka hati aku....##

    ReplyDelete
  13. Apalah dosa DSNR sampai terpaksa menanggung MALU yang tiada tolok bandingnya. Adakah sebab ada kerja jahatnya MEMALUKAN orang lain dengan bersenjatakan KEMALUAN orang yang diMALUKAN.

    Cuma ingin saya berpesan kepada orang yang suka MENIPU, siPENIPU akan terus meNIPU untuk memastikan tiPUANnya macam tak TIPU tetapi orang yang waras kepala dan otaknya tahu yang dianya diTIPU. Buktinya dah jelas sandiwara yg berlaku sekarang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku percaya DSNR ni baik. Baik punyer cilok bai.

      InsyaAllah BN totok tetap deposit PRU14. BN menang jua. Semuanya berkat kerje merembat DSNR. Dah jadi melayu kedua terkaya di Malaysia.

      Delete
  14. Tangan yg memberi lebih baik dari yg menerima.....kan.
    Terlalu banyak pengajaran dari peristiwa derma ini.

    ReplyDelete
  15. Tangan yg memberi lebih baik dari yg menerima.....kan.
    Terlalu banyak pengajaran dari peristiwa derma ini.

    ReplyDelete
  16. Betullah peribahasa org dulu2 : Siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama2 jadi pencuri. Inilah hasil usaha keras PM kita bohong punya bohong akhirnya......... Saya tak ambil sesen pun duit rakyat hanya duit penderma aje. Lawak yg tak menjadi malah menyedihkan kpd rakyat yg tanggung GST, kos hidup tinggi, minyak naik, nilai RM jatuh setiap hari & barang naik.

    abuamir

    ReplyDelete
  17. saya bawa 7 ekar tanah kepada majlis tak amanah rakyat malaysia (Mara) sebagai cagaran pinjaman RM 80k (bukan 8000k)
    piermohonan saya di tolak kata mereka' kami tak yakin dgn produk ( perniagaan ) ini'.

    ada kenalan dpt RM 40/50k tanpa cagaran.


    rupa-rupanya ditolak sebab tak buat derma ikhlas.

    baru saya faham derma mesti ada imbuhan.....

    selamat maju jaya pada mtara dan pegawai yg duduk bersila atas kerusi dalam office sembang-sembang.

    ReplyDelete
  18. Tabik spring. Ibgatkan cuma ada mee segera dan jutawan segera saja. Tapi hari ni Malaysia melalui PM nya telah melakar satu lagi rekod dunia... Billionaire Segera atau Instant Billionaire..

    Tun M dan Tun Abdullah patut malu kerana sepanjang era mereka sebagai PM Malaysia, mereka gagal menaikkan nama Malaysia dimata dunia seperti mana yang telah Najib lakukan. Leb8h hebat lagi PM Najib ni ialah kejayaan pebgawal peribadi beliau mengalahkan pakar silap mata dunia David Copperfield yg berjaya melesapkan terus manusia bernama Altantuya sehingga tak mampu timbul timbul lagi dengan kaedah magic tercanggih bernama C4.

    Berbanggalah semua bangsa Malaysia. Redhalah membayar GST dan pelbagai kenaikan cukai lain sebagai tanda penghargaan kepada sumbangan luar biasa yang Najib berikan kepada negara. Hidup Najib...andalah PM paling jujur, amanah dan ikhlas di dunia ini. Tidak pernah ada dalam sejarah dunia seorang PM sehebat anda melainkan PM Malaysia hari ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kapal terbang ghaib pn dalam sejarah dunia Malaysia boleh buat tanpa dpt dikesan mana2 alatan canggih radar pertahanan udara air tanah. Immigresen canggih boleh pembunuh penyanggak kluar masuk negara

      Delete
    2. Takpalah. Aku berfikiran positif. Kita akan capai Wawasan Najib lebih awal, pada tahun 2018. Tahun 2018, kita akan capai taraf Korea Utara dari segi ekonomi, penggunaan internet, keadilan sosial dan pengamalan demokrasi.

      Delete
  19. Najib punya pasal semua penyiasat task force akan atau telah d siasat.....kecuali igp.....hebatkan?
    Cari info sama2 kerja sama2 lepas tu? Hehehe......yg tersingkir bawak diri....yg bercuti rehat sakan...yg konon d fitnah.....ADA! Nnt akan ada alasan baru... saya nak jawab tapi asyik tanya je bila masa saya dapat jawab atau kan saya dah jawab? Pergh....susah nya jadi warganegara sepanjang d tipu je..

    ReplyDelete
  20. Najib punya pasal semua penyiasat task force akan atau telah d siasat.....kecuali igp.....hebatkan?
    Cari info sama2 kerja sama2 lepas tu? Hehehe......yg tersingkir bawak diri....yg bercuti rehat sakan...yg konon d fitnah.....ADA! Nnt akan ada alasan baru... saya nak jawab tapi asyik tanya je bila masa saya dapat jawab atau kan saya dah jawab? Pergh....susah nya jadi warganegara sepanjang d tipu je..

    ReplyDelete
  21. Soalan bonus utk rakyat msia...APAKAH NILAI KABINET YG MEMIKUL AMANAH MENTADBIR NEGARA?

    ReplyDelete
  22. Soalan bonus utk rakyat msia...APAKAH NILAI KABINET YG MEMIKUL AMANAH MENTADBIR NEGARA?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang hang ni dok posting berulang2 kali ni apa hal Maliq oii? Buka blog sendiri laa.

      Delete
    2. Aku pun pelik....aku post sekali je pasal keluar berkali2? Naya betul aku. Pasal apa jadi mcm ni. Tgk sikit apa masalahnya ni.

      Delete
    3. Aku pun pelik....aku post sekali je pasal keluar berkali2? Naya betul aku. Pasal apa jadi mcm ni. Tgk sikit apa masalahnya ni.

      Delete
    4. Aku pun pelik....aku post sekali je pasal keluar berkali2? Naya betul aku. Pasal apa jadi mcm ni. Tgk sikit apa masalahnya ni.

      Delete
    5. Tengok....betul tak aku cakap? Pasal shah....hang naya betui la....Sampai 3 kali ni mcm blah la kot?

      Delete
    6. Tengok....betul tak aku cakap? Pasal shah....hang naya betui la....Sampai 3 kali ni mcm blah la kot?

      Delete
    7. Tengok....betul tak aku cakap? Pasal shah....hang naya betui la....Sampai 3 kali ni mcm blah la kot?

      Delete
    8. Dah hang jgn dok komen dah

      Delete
  23. Di Jabatan-Jabatan Kerajaan...nak terima hamper bernilai RM26.00 pun dihalang dan menjadi suatu kesalahan. Tapi yg menerima RM2600000000.00 tiada apa2 halangan. Byk beza antara :

    2600000000.00 dgn
    0000000026.00

    ReplyDelete
    Replies
    1. Depa buat apa pun tak pa. Sebab orang bagi. Orang bagi sebagai hadiah.

      Kita ni tak boleh. Betuk macam anon 09:56 katalah. Hamper bernilai baru RM26.00 tak boleh ambil. Tak boleh terima sebab itu rasuah.

      Depa boleh ambil hamper nala punya besar, nala punya mahal sebab itu hadiah.

      Kalau kena kat depa jawapannya hadiah. Kalau kena kat kita pula jawapannya rasuah. Malang sungguh jadi rakyat marhaen ni. malang sungguh sebab berpangkat kecil.

      Kerja pun kena sain akujanji dulu, kena cerita apa harta yang kita ada, berapa nilainya, berapa ringgit yang kita simpan kena photostate buku bank. Kena londeh pi habis kat depa. Bila lama menabung kita pun keluarlah duit daripada bank untuk beli banker order untuk beli unit trust. Pegawai bank akan tanya dan suruh isi borang, duit ni dapat daripada mana. Cukup teliti dengan rakyat marhaen.

      Depa tak pa pun, pegawai bank tak pernah tanya dapat daripada mana, Bank negara pun tak ambil tahu. LHDN pun buat tak tau. SPRM pun buat tak kisah. Sebab apa? Sebab depa ni orang besaq. Macam macam besaqlah. Badan besaq, selera besaq, kerenkong besar, perut besaq, poket pun besaq, segala macam tok nenek besaq besaq belaka. Sampaikan bini pun besaq juga.

      Delete
    2. Pungkoq pun BESAQ

      Delete
    3. Jamban lagi BESAQ

      Delete
    4. Kubuq nanti pon kena besaq sikit....

      Delete
    5. Bukan LHDN SPRM PDRM x amek tau.. malah tolong cover gila2 lagi bila dah kantoi. Laksana syafaat nabi kpd umatnya..haha..

      Berbondong2 pegawai kerajaan dan menteri berlumba2 menunjukkan sikap anjingnya manusia melayu beragama islam. Memalukan umat jer.

      Inilah kerjanya pegawai2 atasan yg dilantik. Jika ikut kredibiliti, mmg lingkupla BN ngan UMNO. Lagi tinggi jawatan, bermakna lagi tinggilah perangai anjingnya. Sama jugak dgn mufti2 yg dilantik. Ngaji agama tinggi2 utk buat lapik punggung jer.

      Delete
    6. Aku baru belajaq 1 billion ni ada berapa kosong... Ooh banyaknya. Derma sebesaq ini, Presiden Obama pun kalah. Patutlah org berebut-rebut nak jadi PM kat Malaysia..ooh bangganya aku. Atau Si Penderma yg dikatakan 'Pak Arab' ni memang teruja sangat dgn bibir merah dan rambut besaq bakul.

      Delete
  24. SH jangan cemburu pula bila PM kita mendapat derma begitu banyak. Patut tanya apa petua dan jampi yang digunakan olehnya sehingga penderma begitu pemurah sehingga menderma ke akaunnya sebegitu banyak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berkat doa aruah bapanya dulu. Juga keikhlasan Kak Mah pulangkan duit juta2 berkepok2 kpd Putera Saudi masa dlm kapal dulu.

      Allah membalasnya dgn berjuta2 kali lebih baik. 2600 juta utk suami dan 2 juta untuk Kak Mah. Sesiapa yg dikehendaki Allah, semuanya itu mudah saja bagiNya.

      Kahkahkah.. amekkao..

      Delete
  25. HARI INI DALAM SEJARAH BELUM ADA DI DALAM DUNIA INI SEORANG PERDANA MENTERI MALAYSIA.MENDAPAT WANG YANG BEGITU BANYAK OLEH SEORANG YANG BERMURAH HATI TELAH MENDERMA KEPADA PERDANA MENTERI MALAYSIA. MUNGKIN GAJI YANG DITERIMA OLEH PERDANA MENTERI TIDAK CUKUP, PENDERMA KESIAN, MACAM MANA PANDAI DAN BJIAK MANUSIA ITU, ALLAH YANG AMAT MENGETAHUI, KANAN DAN KIRI ADA MALAIKAT DOK REKOD.

    ReplyDelete
  26. Tipu! mana ada org nak derma sampai berbillion2 RM kat PM, itu cuma dolak dalih dan auta belaka....duit 2.6 billion itu diambik dr akaun 1MDB utk dana PRU 13, kasi kat step-son 300 juta dan yg lebihnya joli2......

    Untuk tutup hutang itu nanti ,maka diambik hasil cukai GST + hasil kenaikan harga bahanapi 20sen baru-baru ini

    ReplyDelete
  27. Ahjib sepatutnya tubuh "menteri derma billion" dan disandangnya kerana sudah ada track record yang paling baik didunia. Tak payahlah simpan untuk diri sendiri saja tolong la sikit untuk rakyat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak lama lagi dia akan tubuh satu kementerian baru. Lantik Rani Kulop jadi senator dan jadi menteri penuh.

      Nama kementerian tu Kementerian Derma Kebangsaan Malaysia.

      Delete
  28. Mudah2an akan ada nama pahlawan bugis tercatat dalam guinness world records sebagai seorang penerima derma yang paling tidak masok akal didunia.Malaysia boleh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat Malaysia tercinta ni...mmg dah rekod negara dah ni...silap2 buleh pecah world record juga ni...Org Yang Paling Dapat Derma Paling Banyak

      Delete
    2. Kita minta mana2 individu dan ngo yg berkenaan, calonkan Najib untuk rekod Guinness World ni.

      Delete
    3. Noble Price pun OK.. calonkan saja.. Budin..ooo Budin.. Ko tak nak calonkan Najib dapat Noble Price ke hah?

      Delete
  29. Najib+rosmah+kabinet kayu=kami rakyat jelata mdoakn kehancuran anda

    ReplyDelete
  30. Syukur Alhamdulillah.

    Segala fitnah, buruk sangka, hasutan dan niat jahat manjsia trhadap Najib telah terjawap.

    Rupanya Najib tidak bersalah.

    Malah Najib kini sebenarnya insan bertuah.

    Segala amalan baik, amal ibadat, pahala yg dimiliki oleh manusia2 yg selama ini menuduh, memfitnah dan menganiayai Najib akan Najib
    Perolehi.

    Benar kata ulamak, di akhir zaman 'fitnah menjadi-jadi dan di percayai. Yang benar di katakan salah, yang salah di katakan benar'.

    Orang melayu rata2 bangang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang melayu rata2 bangang. satu ayat yang cukup power untuk penyokong2 Umngok.kah..kah..kah...

      Delete
  31. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  32. Pencacai dia boleh la dia kelentong tapi aku melayu dari singapura tidak semudah itu untuk mempercayainya.

    ReplyDelete
  33. Pencacai dia boleh la dia kelentong tapi aku melayu dari singapura tidak semudah itu untuk mempercayainya.

    ReplyDelete
  34. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  35. DARI AHLI UMNO - TERIMA DERMA OK. TAPI DERMA UTK PARTI MESTI MASUK AKAUN PARTI ( sekurang2 2 tanda tangan dan MKT mesti tahu) BUKAN AKAUN PERIBADI- ADA FAHAM DS Najib Razak

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...