Wednesday 19 August 2015

SEJAK BILA USUL TAK PERCAYA DI PARLIMEN SUATU KESALAHAN JENAYAH?

Gagal membuktikan kata-katanya untuk mendedahkan siapakah pemimpin UMNO yang dimaksudkannya sedang berusaha menggulingkan kerajaan melalui undi tidak percaya di Parlimen, Zahid Hamidi akhirnya berdalih dengan mengatakan telah menyerahkan segala maklumat berkaitan kepada pihak polis.

Kenapa serah kepada polis? Apakah mengusulkan undi tak percaya di Parlimen suatu jenayah?

Apa yang polis boleh lakukan sedangkan ia adalah urusan Ahli-Ahli Parlimen yang dibenarkan oleh perlembagaan?

Kalau jenayah, adakah menjatuhkan kerajaan Perak pada 2009 dahulu yang diketuai Najib Razak juga merupakan jenayah?

Begitu juga di Sabah sebelum ini di mana beberapa kali pertukaran kerajaan berlaku melalui aksi lompat-melompat wakil rakyatnya, adalah ia turut merupakan jenayah sama?

Pada mulanya memang ramai  yang bangga apabila Zahid dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri. Beliau adalah pemimpin Perak pertama dilantik ke jawatan itu. Ditambah dengan kedudukan Najib yang semakin lemah dan banyak masalah, ada yang mula berangan dan berdoa agar Zahid juga berjaya menduduki kerusi Perdana Menteri akhirnya.

Tetapi belum pun sampai sebulan, sudah ada yang malu mengaku berasal dari Perak. Tindakan Zahid yang gagal meletakkan dirinya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan seolah-olah masih merasakan dirinya Ketua Pemuda UMNO atau Setiausaha Politik kepada Najib, membuatkan ramai yang kecewa dengan penampilannya.

Caranya menangani isu undi tak percaya yang dikaitkan dengan usaha menggulingkan kerajaan yang didedahkannya sendiri, menjadikan wataknya menjadi perbualan di mana-mana.

Sudahlah gagal mendedahkan siapa pemimpin yang dimaksudkannya itu, beliau juga dilihat "propa" apabila kata-katanya bahawa pemimpin tersebut akan berjumpa Perdana Menteri pada jam 6 petang Ahad lalu, turut tidak menjadi kenyataan.
Dengan selamba Zahid kemudiannya berkata, pemimpin terbabit membatalkan pertemuannya dengan Najib kerana "ramai wartawan menunggu di pintu masuk Seri Perdana."

Akhirnya wartawan pun turut diletakkan beban kesalahan atas kegagalan membuktikan kebenaran dakwaannya itu. Bukankah beliau sendiri yang mengatakan pertemuan itu akan diadakan pada hari Ahad jam 6 petang?

Adakah Zahid sebenarnya mengharapkan wartawan akan pergi bercuti atau bersiar-siar di KLCC apabila  beliau mendedahkan mengenai pertemuan itu? Bukankah kerja wartawan mengejar berita?

Setelah gagal mendedahkan siapakah pemimpin tersebut dan pertemuan dengan Najib itu pula tidak menjadi kenyataan, Zahid kemudian berkata, segala info mengenai perkara itu sudah diserahkan kepada pihak polis dan Peguam Negara untuk tindakan seterusnya?

Kenapa berselindung di sebalik polis dan Peguam Negara? Bukankah ketika mendedahkannya pada Sabtu lalu, Zahid berkata, sebagai Timbalan Perdana Menteri, beliau akan berusaha menghalang undi tidak percaya itu daripada menjadi kenyataan?

Ini adalah isu politik dan ia seharusnya dihadapi secara politik. Alih-alih serah pada polis akhirnya. Sedarkah Zahid bahawa undi tidak percaya sama ada di Parlimen atau pun dengan membuktikan adanya majoriti lalu mengadap Agong, adalah dibenarkan dalam perlembagaan dan ia bukanlah plot dalam bentuk kekerasan atau angkat senjata.

Ahli Parlimen diberikan imuniiti untuk menukar kerajaan melalui kelebihan jumlah kerusi yang dimiliki berdasarkan politik itu sendiri adalah "game of numbers".

Ada PhD takkan tak faham mengenainya?

Anwar Ibrahim sendiri pernah berusaha melakukannya sebelum ini melalui "Projek 16 September"  sehingga Ahli-Ahli Parlimen BN dilarikan ke Taiwan untuk mengelakannya daripada menjadi kenyataan. 

Kenapa ketika itu Zahid tidak bersuara atau mahu membuat laporan polis? Adakah sebab Anwar, bekas "bosnya" yang melakukannya, maka ia tidak pula dianggap salah?

Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar sendiri sebelum ini ada berkata, pihaknya tidak mencampuri urusan berkaitan parti, sebaliknya hanya melihat jika usaha itu bertentangan dengan perlembagaan saja.

Habis, buat apa Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri mahu membebankan polis lagi?
Soalnya, di mana letaknya mengumpul "nombor" di kalangan Ahli-Ahli Parlimen ini suatu kesalahan? Selain PKR dan DAP sudah sedia menyatakan sokongan, terbaru ini Pas juga sudah mulai senada. Barangkali ia mungkin disebabkan Pas turut tertipu dengan isu derma RM2,600 juta sebelum ini sehingga Haji Hadi Awang dan Dr Haron Din pada mulanya tidak percaya Najib sanggup menerima wang sebesar itu ke dalam akaun peribadinya.

Belum sampai sebulan menduduki kerusi Timbalan Perdana Menteri dan hanya melalui isu undi tak percaya yang secara jelas menampakkan kedangkalannya, sudah ramai yang menganggap penampilan Zahid sekarang ini hanyalah ibarat "penglipur lara" dalam kerajaan yang tempat itu sebelum ini dimonopoli oleh Hasan Malek yang sudah tiada dalam kabinet dan Ahmad Maslan sudah kurang merapunya sejak dipindahkan ke kementerian lain.

Apa lagi hiburan daripada Zahid selepas ini agaknya?  (SH 19/08/2015)

38 comments:

  1. Tuam Shahbudin,

    Jin mungkin berbohong pada Harun Din dan sampaikan malklumat tak betul lalu Harun Din sebelumnya ikut percaya Najib tak masukkan duit RM2.6 billion ke akaunnya. Boleh jadi sewaktu jin tu menyiasat, perutnya lapar tak cukup makan. So dia berbohonglah kat Harun Din kerana beri makan tak cukup.

    Mesejnya jangan main dengar cakap saja lalu percaya kalau tak bersandarkan fakta. Zahid pun lebih kurang sama jer, mulut celupar tanpa usul periksa. Cakap dengan zero bukti dan fzero fakta itu namanya auta atau hemtam keromo dan membabi buta. TPM jenis macam ni ke?. Malu weh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita buat slogan baru

      1.5 MDB..........1.5 Mujibur Dari Bangla

      Delete
  2. HARAPAN BARU UMNO
    hisam HO
    KJ
    NAN YAKOB
    KALID NODEEN
    kak pidah
    kalid berahim.......

    ............just suggestion
    SUBURKAN SUNNAH.......nok cikit duit derma 2.6b tuu eak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Fidah 2.6 billion kali lebih bagus daripada Najib. Satu dunia kenal Kak Fidah.

      Delete
    2. AKU LEBIH SUKA KAK FIDAH JADI PERDANA MENTERI MALAYSIA GANTI NAJIB

      Delete
  3. Tangkap pemakan rasuah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tangkap TOYOL Negara

      Delete
    2. Masukkan dlm botol. Buang kat monggolia.

      Delete
  4. Juga nak bagi mesej jgn kata kat org bela jin walau guna perkataan mungkin.. Malu weh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pernah tengok tak Jin Katek

      Delete
    2. jin botak tengah...

      Delete
  5. Tuan Shah

    Mangkuk-mangkuk berikut MESTI di dorman kan. Mereka inilah telah, sedang dan akan menjadi punca malapetaka politik, ekonomi, sosial malah bencana alam di bumi Malaysia. Tindakan (wayang munafiq) mereka hanya terus mengundang kemarahan Tuhan dan kemurkaan ini menimpa satu negara kepada yang beriman atau yang tidak.

    1. PM boneka dan PM sebenar
    2. TPM
    3. Penasihat-penasihat JPM
    4. Menteri-Menteri JPM
    5. Menteri-Menteri Kabinet
    6. KPN

    Ternyah nya mereka ini dari sistem kerajaan berParlimen dan politik negara nescaya demokrasi dapat ditegakkan kembali. Perundangan dan kehakiman dapat berfungsi semula. Ekonomi dapat berkembang maju. Keharmonian antara kaum kembali subur.

    ReplyDelete
  6. Ni lah mslh bla krja blum bt @ xtau bt kja tp mulut dah gatai nk bcakap. Mmg bodo dok ada.. Takziah diucapkn kpd rkyat perak

    ReplyDelete
  7. Sejak bila usul undi tak percaya jenayah?

    SEJAK ZAHID KOMEDI JADI TPM.....baru je lagi!

    HAHAHAHAHAHAHAHA.........Best kan?

    ReplyDelete
  8. Menteri 2 najib kalau bersuara pasti terserlah kebodohan.....hari2 makan semut ke jilake???

    ReplyDelete
    Replies
    1. 2 mx 5 dengan Mat Maslan juga

      Delete
  9. Polis pun xtahu nak tangkap siapa!!!!!rasanya bersih 4.0 kambing hitamnya....tunggu.....kita sedia maklum I.q menteri zaman najib ni mcm cekalat angin!!!!

    ReplyDelete
  10. menteri 'tunjuk' menunjukkan kebodohannya

    ReplyDelete
    Replies
    1. hei you! don't you ev er say he is stupid.....he is a duckturr with a PHD

      Delete
  11. kenapa ye...setiap kali kuar gambar zahid pasti jari dia tunjuk sana-sini.
    barangkali ada sakit mental

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agaknye dia ingat jari2 dia tu seksi kot..bhahaha!!!

      Delete
    2. Berjangkit dari najib la tu....tunjuk jari. Satu....bohong....satu....tipu....satu bangang....kan najib suka buat cam tu.

      Delete
    3. Tunjuk2 jari melambangkan betapa angkuh ego sifat org tu. Nak tunjuk yg dia ada kuasa atas segalanya. Dia lupa ada yg lebih berkuasa dari dia. Tunggulah sampai masa akan jatuh tersungkur gak.

      Delete
    4. Tunjuk kiri bohong kiri, tunjuk kanan tipu kanan, tunjuk atas kelentong atas, tunjuk bawah sebat 2.6 bilion.

      Delete
  12. Kan aritu dia cakap, dia tak akan makan babi hanya untuk meraih undi orang cina. itu... dia sedang menepis bak kut teh lah tu..

    ReplyDelete
  13. Ini semua adalah musibah yang diturunkan oleh Allah swt kerana ada satu manusia bersumpah palsu tidak menegenali seorang perempuan dari Mongolia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. HIDUP B UKAN KERANA ALLAH SWT..hamba manusia dajjal dan iblis, befriend with jinn, wat a shame! to de kafiroon.

      Delete
  14. Zahid ni tong kosong.Dulu kata ada cukup bukti siapa dalang kes lahad datu dan akan mengambl tindakan.Lepas tu senyap macam tu aje.

    Kemudian perangai dia kalau baru tukar portfolio kementerian dia kan bising buat gempaq nak gempur sana gempur sini.Buatlah kerja sekejap,lepas tu senyap balik.

    Biasalah perangai budak bawahan najib dengan anwar ni.Dia ni cuma boleh pergi setakat tpm aje,nak naik pm memang tak layaklah.

    ReplyDelete
  15. Zahid bila berucap, mata nya kenan berkedip-kedip....nak nipu le tuuu

    ReplyDelete
  16. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau pergi Ambek togel kau kat najib...bangang.kau nak berjudi kau punya pasal....tapi jgn melalut kat sini

      Delete
    2. Najib lg bangang nak rasuah bukan kat negara sini sila berambus pegi sulawesi sana.biar dpancung org sulawesi.jual togel tu geng najib la tu.huh.buat semak negara dgn org jahat je.berambussss semua penjahat

      Delete
    3. Najib wajar kata, "RM 2.6 billion tu adalah hasil kemenangan togel."

      Aku nak tengok makcik penang nak serah semula tak duit jenis duit brim bram brom tu.

      Delete
  17. Hai la Badan,hai la Nyawa ( BN )
    Satu utk kau satu utk aku....
    Dua utk kau 2.6b utk aku..

    Tu bukan aku cakap,Tansri P.Ramlee
    dia dah tahu awal2 BN penyangak

    ReplyDelete
  18. Ahli2 MT, YB2, menteri2, pemimpin2, atau ahli2 dlm UMNO. Besar kemungkinan anda yg berjawatan akan hilang kuasa dan pangkat selepas PRU14. Fikir2kanlah, ramai2 jatuh kerana mempertahankan seorang.. atau jatuhkan seorang punca masalah, anda semua masih ada harapan menikmati apa yg ada sekarang. Mungkin gagal majoriti 2/3, tapi masih ada peluang lagi berkuasa dan memperbaiki kesilapan. Kalau jatuh, cukup sukar untuk bangkit kembali. Lihatlah Anwar, Khir Toyo, dan beberapa nama lagi yg telah jatuh... Bila pokok sudah tumbang, kura2 pun boleh panjat. Wallahua'lam.

    ReplyDelete
  19. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  20. Zahid ckp benar pasal motor dia je....yg lain tu... Nama lah politik.....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...