Friday 14 August 2015

MINGGU MERIAH BUAT MUHYIDDIN


Minggu ini boleh dianggap minggu yang meriah bagi Muhyiddin Yassin sejak dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri kerana beliau akan merasmikan dua mesyuarat perwakilan UMNO bahagian yang berdiri kuat menyokongnya tetapi turut ada "spy" Najib Razak di dalamnya.

Pada jam 3 petang hari ini (Jumaat), Timbalan Presiden UMNO itu akan merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Kemaman yang diketuai oleh bekas Menteri Besar Terengganu, Ahmad Said.

Sepertimana yang dilakukannya sebelum ini, Muhyiddin yang baru dipecat daripada kerajaan kira-kira dua minggu lalu, dijangka akan menggunakan plaftform ini untuk menyentuh perlbagai perkara mengenai  politik semasa seperti 1MDB, wang RM2,600 juta, penyiasatan SPRM, Bank Negara, masa depan UMNO, kejatuhan ringgit serta banyak lagi isu yang sedang berlaku dalam negara.

Berdasarkan mood semasa ahli UMNO di seluruh negara yang memperlihatkan semacam ada trend untuk memberi teguran terbuka kepada  UMNO dan pimpinannya, tidak mustahil Muhyiddin juga turut lebih kritikal sikapnya di Kemaman ini.

Lebih-lebih lagi kerana Ahmad Said yang mengetuai UMNO Bahagian Kemaman, memang diketahui tidak sebulu dan "masih geram" dengan Najib sejak beliau digugurkan sebagai Menteri Besar Terengganu lebih setahun yang lalu.

Beliau bukan saja marah kerana digugurkan daripada jawatannya hanya beberapa hari menjelang majlis perkahwinan anak perempuannya, malah dalam ucapannya di DUN Terengganu, Ahmad Said turut mendakwa Najib mahu mencagarkan telaga minyak di negeri itu dan kerana cadangan itu ditolaknya, ia telah menyebabkan kemarahan Perdana Menteri yang kemudian menjadi antara sebab penggugurannya sebagai  Menteri Besar.

Pada hari Muhyiddin dipecat pada 28 Julai lalu, Ahmad Said adalah antara pemimpin UMNO yang hadir memberi sokongan moral kepadanya dengan turut sama membawa penyokongnya seramai kira-kira 40 orang yang didatangkan dengan sebuah bas ke rumah bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Oleh kerana sama-sama menjadi mangsa pemecatan Najib, tidaklah mengejutkan kiranya ucapan Ahmad Said dalam mesyuarat perwakilan kali ini akan "panas" dengan pelbagai kritikan, serangan atau pun pendedahan yang mengejutkan.

Jika ucapan bekas Menteri Besar itu "panas", maka tidak mustahil Muhyiddin yang berucap selepasnya turut terpercik kepanasannya, lalu terzahir kata-kata bernada "panas"  juga.

Yang menariknya, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kemaman,  Ahmad Shabery Cheek yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani serta dianggap pro kepada Najib akan turut hadir dan duduk di pentas utama bersama-sama Muhyiddin dan Ahmad Said ketika majlis perasmian itu nanti.

Jika Ahmad Said dan Muhyiddin bakal memeriahkan para perwakilan UMNO Kemaman dengan ucapan "panas" mereka, Shabery Cheek pula tentu saja akan "panas telinga" mendengarnya.

Begitu istimewanya mesyuarat perwakilan UMNO Kemaman yang mempertemukan Muhyiddin dan Ahmad Said kali ini sehingga dikhabarkan ia bukan saja menjadi tumpuan semua media, tetapi juga daripada ahli UMNO seluruh negara.

Pada hari Ahad pula, juga pada jam 3 petang, Muhyiddin akan merasmikan mesyuarat UMNO Bahagian Pontian yang diketuai oleh Hasni Mohamad, seorang  Ahli Exco Kerajaan Negeri Johor.

Hasni memang dikenali sebagai penyokong setia Muhyiddin sejak dulu dan vokalnya makin nyata sejak Muhyiddin dipecat, tetapi Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pontian disandang oleh Ahmad Maslan yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Baru-baru ini Muhyiddin dan Ahmad Maslan berbalah mengenai tafsiran "jika esok pilihanraya" sehingga ketidakfahaman Ketua Penerangan UMNO itu mengenainya dianggap oleh Timbalan Presiden UMNO amat menjengkelkan dan layak dikategorikan sebagai lawak antarabangsa.

Sama seperti Shabery Cheek di Kemaman, Ahmad Maslan yang dikenali sebagai "totok Najib" juga dijangka akan "panas telinga"  mendengar pelbagai bebelan Muhyiddin dalam ucapan perasmian di Pontian itu nanti.

Berucap di dua bahagian yang menyokongnya dengan kuat pada Jumaat dan Ahad ini, Muhyiddin tentu saja meriah dengan pelbagai idea, kritikan dan mungkin serangan terhadap Najib dan UMNO. Ia juga merupakan pentas terbaik bagi Muhyiddin untuk menonjolkan dirinya dengan kewibawaan, sambil menarik simpati ramai terhadap pemecatannya.

Tetapi bagi Shabery Cheek dan Ahmad Maslan, mereka bukan saja perlu menadah telinga mendengar ucapan Muhyiddin yang mungkin terus membahang terhadap Perdana Menteri, tetapi juga kerana mempunyai tanggungjawab menyampaikan apa yang diucapkan oleh Timbalan Presiden UMNO itu sedetail mungkin kepada "bos" Najib Razak kemudiannya. (SH 14/08/2015)

23 comments:

  1. kj....cepatlah akhil baliqh.....I always hope you are the replacement...
    kj(kadir jasin) favours you.......orang tua tu mulut masin.....bos, pls hear me out

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ai yaa KJ ahh ,manyak sangsi lor rr , Bulayu manyak cepat lupa eaa aa.

      Delete
    2. Anon 201
      KJ mesti bersikap terbuka terhadap isu isu yang melenggu kerajaan masa kini. Yang betul boleh disokong, yang salah ditegur. Jangan yang salah itu dipertahankan dan seterusnya di ' sweep under the carpet '.
      Pada saya dibandingkan dengan Hishamudin Hussein Onn, KJ lebih terbukti keupayaannya dan lebih dekat dengan rakyat lebih lebih lagi para pemuda.

      Delete
  2. Tak payah peringatkan dia sangat anon 0201. Dulu dulu ni pemuda UMNO dikenali sebagai kumpulan pendesak. Dulu dulu ni pemuda UMNO ni cukup aggresive dalam parti. Memang cukup lantang bercakap sehingga kekal dikenali sebagai kumpulan pendesak.

    Sekarang ni dah jadi lain. Duit punya pasal. Pemuda UMNO ni dah jadi BAPOK. BAPOK macam Hishamuddin juga. Hari ini cabut keris julang ke langit dengan penuh semangat yg berkobar kobar diiringi dgn tepukkan dan sorakkan yg cukup gemuruh drp perwakilan. Esok dah jadi lembik. Lemah longlai. Lemah lutut. Lembut leher. Patah tengkuk dgn muka 5 sen minta ampun dah minta maaf kpd parti lain. Inilah sifat pemuda UMNO skrang.

    Orang mcm Hishamuddin nak jadi Perdana Menteri. Seluruh kampong dalam Msia tahu siapa mamat bacul ni. Maka orang kampong menggelar dia sebagai Menteri Amaran sahaja.
    Kokok saja dalam dewan keramat di PWTC tu berderai derai tapi ekor bergelumangan dgn tahi ayam candu.

    Buat malu bangsa Melayu saja.Masa tu bangsa Melayu cukup merasa terhina sangat dengan perbuatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia.Bangsa Melayu tidak akan lupa selama lamanya perbuatan manusia ni.

    ReplyDelete
  3. Aku harap dikedua2 bahagian akan ada lebih Anina wanita Lagkawi Dlm umno perlu ada org kurang ajar klu tidak semua menteri n penuokong akan puji najib Ayuh mana Anina Lelaki Umno keluarkan apa yg terbuku di hati jgn nsk jaga hati embodek

    ReplyDelete
  4. Aku harap dikedua2 bahagian akan ada lebih Anina wanita Lagkawi Dlm umno perlu ada org kurang ajar klu tidak semua menteri n penuokong akan puji najib Ayuh mana Anina Lelaki Umno keluarkan apa yg terbuku di hati jgn nsk jaga hati embodek

    ReplyDelete
  5. X sabar aku nak tunggu peluru machine gun Dari Ahmad said!!!!!....harap shabery chhek x keluar air liur melalui telinga dengan pujian2 kepada TUHAN beliau....

    ReplyDelete
  6. Apa cara sekali pun orang orang umno mempertikaikan kewibawaan NAJIB....dia masih ada penyokong kuat dari setiap bahagian terutamanya mereka yg dah disuap...membuak buak lah kemarahan kamu semua tidak akan dapat menyakinkan NAJIB untuk berundur...sebab NAJIB ada RAJA RAJA DAN KETUA KETUA HAKIM DAN JUGA GABNOR KEWANGAN NEGARA YG MASIH KUAT KUKUH DAN TEGAS PENDIRIAN MEREKA. Oh ya lupa ULAMAK ULAMAK DAN MUFTI yg bertauliah dalam bab bab kewangan Islam masih beriman dgn NAJIB yg di ibarat pejuang SUNNAH NABI...pecaya lah NAJIB AKAN MASIH KEKAL ..duit BERBILLION yg ada tidak akan berkurangan selagi dia mampu menderna kepada orang oran kuat negara...TERIMA LAH SEADANYA WAHAI ORANG ORANG YG BERAKAR UMBI UMNO BAHAWA NAJIB ADALAH SEGALA GALANYA DALAM MENENTUKAN KEWANGAN DAN SARA HARIAN KAMU DIA LAH SATU SATU NYA YG MENENTUTKAN TAKDIR KAMU SEMUA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa yang di katakan 1123, maka terbuktilah lahir seekor dajal yg ditunggu tunggu................mamat lacak suka berita ini

      Delete
    2. Eheh..mat serban pun idup lagi.. mehmeh.. meriahkan blog Budin.

      Delete
  7. DS Najib, tolonglah berhenti, duit Malaysia dan pasaran saham merudum sebab pelabor tidak yakin dengan PM yang korup.

    ReplyDelete
  8. Kedua2 Shabeery Cik dan Ahmad maslan adalah melayu2 yg bodoh dan yang akan menjahanamkan maruah orang2 melayu.

    Pi sokong seorang yg melakukan jenayah rasuah..tak kiralah dia PM adalah bukan shj perbuatan bodoh tetapi satu perbuatan haram baik dari segi agama dan juga undang2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mat maslan, Shaberry Chik dan lain lain tu semuanya tokong tokong Najib belaka. Apabila najib buat parti UMNO macam tong sampah saja mereka ni lah pendokong pendokong kuatnya.

      Mereka ini mana ada akal tapi tersangat lah pandai kata dan caci kepada penyokong penyokong Anuwar Ibrahim. Walhal tokong besar mereka si Najib tu tak kurang teruknya juga. Najib lagi TOLOL. Dah lah tolol jadi TOYOL pula tu. Mereka inilah yang sanggup jadi benteng najib kerana duit.Sedangkan rakyat jelata dah pandang najib macam sampah saja.

      Delete
    2. WOIII najib. Siapa bagi arahan kepada Sirul untuk bunuh Altantuyaa????? Dia tak akan dapat jawap punya soalan ni.

      Sumpah laknat sepatutnya menyebut. :" Aku tidak kenal Altantuya wanita Monggolia"

      Bukan " Aku tidak kenal wanita Monggolia". Memanglah dia tak kenal wanita Monggolia, sebab wanita Monggolia ni ramai. Wanita Monggolia yang mana satu? Tetapi dia kenal ke tidak Altantuya.

      Yang mati kena bunuh adalah Altantuya wanita Monggolia baru betul. Wanita Monggolia yang lain tak mati dan masih hidup di Monggolia.

      Delete
    3. Komen yg merapu

      Delete
  9. KONG KALI KONG atau KONGKALIKONG? mana satu yang betul?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 1203 dua duanya betul. Tapi lagi tepat kalau KANGKUNG

      Najib bukan lagi Perdana Menteri Malaysia tapi TOYOL Malaysia.

      Delete
  10. Mari ganu tepat molek deme sohor.jgn buat lynas dsini aaa jgn biar racun bertebar mcm dkuantan pahang.habis tepat molek jd padang jarak padang tekukur nanti.Allah selamatkan negeri ku yg molek n tersohor.jgn biarkan tamak haloba memakan mangsa.yg tamak najib yg jd mangsa muhyidin.yg tamak najib yg jd mangsa rakyat.yg curi duit najib yg dsiasat pegawai sprm.yg buat salah najib yg dpecat peguam negara.najib pembawa bencana jgn nak memijak bumi trg.eh hari tu dtg ke kenduri hari raya dstadium trg.jaga jaga ribut akan melanda najib

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  12. Sarawak Report plak baru je dedahkan yg Mad Maslan dibyr RM2 juta oleh Najib...khabar angin atau tdak...yg pastinya mamat tu lg panas telinga klau TSMY tahu pasal tu.....hadoi...

    ReplyDelete
  13. Sarawak Report plak baru je dedahkan yg Mad Maslan dibyr RM2 juta oleh Najib...khabar angin atau tdak...yg pastinya mamat tu lg panas telinga klau TSMY tahu pasal tu.....hadoi...

    ReplyDelete
  14. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  15. Sarawak Report plak baru je dedahkan yg Mad Maslan dibyr RM2 juta oleh Najib...khabar angin atau tdak...yg pastinya mamat tu lg panas telinga klau TSMY tahu pasal tu.....hadoi...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...