Saturday 22 August 2015

LEBIH BAIK JAWAB DUIT RM2,600 JUTA ITU UNTUK MEMBELI-BELAH, DAH TENTU SEMUA PERCAYA


Para pemimpin UMNO nampaknya masih kebingungan dan tercari-cari jawapan yang sebenar mengapa wang sebanyak RM2,600 juta dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Najib Razak walaupun ia telah disahkan oleh SPRM sebagai derma daripada Timur Tengah.

Dari hari ke sehari, apabila pemimpin UMNO membuka mulut untuk mempertahankan kemasukan wang tersebut, ia sentiasa saja berbeza dan berlainan antara satu sama lain.

Bukan saja rata-rata rakyat Malaysia ketawa serta gelihati dengan jawapan yang berbeza itu, bahkan barangkali Najib dan isterinya Rosmah Mansor pun terbahak-bahak sama melihatkan pemimpin-pemimpin UMNO itu sanggup terus menerus mereka-reka jawapan semata-mata untuk dilihat paling ke depan mempertahankan sang Perdana Menteri.

Pada peringkat apabila isu wang RM2,600 juta itu didedahkan oleh The Wall Street Journal, berlumba-lumba pemimpin UMNO mengatakan ia sebagai fitnah serta konspirasi asing untuk menjatuhkan kepimpinan Melayu dan Islam di negara ini.

Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan yang baru-baru ini kena boo di bahagaiannya sendiri, Pontian pernah berkata, "Perdana Menteri bukannya bodoh untuk membenarkan wang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya."

Oleh kerana terpedaya dengan tanggapan bahawa Najib benar-benar seorang yang cerdik, Mursyidul Am Pas Dr Haron Din juga menyifatkan tidak masuk akal wang sejumlah itu dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib, sebaliknya jika mahu dilakukan tentulah melalui akaun rahsia di luar negara.

Najib pula, mungkin kerana terasa dirinya benar-benar cerdik dan berjaya membuatkan semua orang tidak percaya dengan kemasukan wang itu, kemudian tampil mengucapkan penghargaan kerana ketidakpercayaan Dr Haron Din itu sambil berkata, "kalau saya nak menyamun pun, takkan saya masukkan dalam akaun di Malaysia."

Ahli MT UMNO, Sharkar Shamsuddin pula berkata, Najib dan UMNO menjadi sasaran konspirasi asing adalah bertujuan melemahkan kedudukan Melayu dan Islam di negara in memandangkan parti itu memiliki 89 kerusi Parlimen berbanding Pas yang hanya mempunyai 21 kerusi saja.

Selepas itu berbagai dakwaan dilemparkan terhadap WSJ yang didakwa membuat laporan palsu dan fitnah terhadap Najib. Sehinggalah apabila SPRJ mengesahkan wang tersebut benar-benar mengalir masuk ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri dan mengklasifikasikannya sebagai derma dan bukan berunsur rasuah, lenggok kata para pemimpin serta merta berubah nada.

Masing-masing cuba tampil dengan hujah yang dirasakan paling ampuh  untuk mempertahankan Najib. Ada yang mengatakan ia dana politik untuk pilihanraya, derma sebagai tanda penghargaan memerangi keganasan IS dah terbaru ini, seorang pemimpin UMNO Aziz Kaprawi berkata, dana itu adalah untuk melawan DAP yang didalangi oleh Yahudi.

Jika dulu, Ketua UMNO Kuantan, Wan Adnan Wan Mamat sudah "kantoi"  apabila mengaitkan derma itu dengan IS sedangkan pada Mac 2013 ketika Najib menerima wang tersebut, daulah Islamiah berasal Syria itu belum pun wujud lagi, kini Aziz juga "kantoi" sama nampaknya.

Bagaimana beliau boleh mengaitkan derma daripada Timur Tengah itu untuk melawan DAP yang kononnya ditaja Yahudi sedangkan sebaik menjadi Perdana Menteri pada 2009, Najib sendiri melantik APCO sebuah syarikat yang ada kaitan dengan Yahudi sebagai perunding medianya di peringkat antarabangsa.

Timbalan Perdana Menteri, Zahid Hamidi dalam nada yang hampir sama berkata, derma itu diberikan kerana sikap Malaysia yang komited memerangi keganasan, berpegang kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah serta mengamalkan Islam yang sederhana dan oleh yang demikian, ia diberikan agar UMNO dan BN terus kekal berkuasa.

Zahid juga mengatakan beliau telah bertemu dengan penderma terbabit serta melihat dokumen asal mengenainya. Wahh, hebatnya....

Tidak sampai sebulan menjadi Timbalan Perdana Menteri, Zahid ternyata jauh lebih hebat berbanding Muhyiddin Yassin yang hampir enam tahun memegang jawatan itu tetapi langsung tidak tahu apa-apa mengenai wang RM2,600 juta itu sehinggalah ia didedahkan oleh WSJ.

Dengan begitu hebatnya Zahid ini, sepatutnya beliau lebih awal daripada Tun Musa Hitam lagi dilantik Timbalan Perdana Menteri.

Melalui jawapan yang berbeza-beza sehingga sekarang ini, para pemimpin UMNO seolah-olah terus dibelenggu rasa bersalah berkaitan wang tersebut walaupun mungkin antara mereka turut menerima sejumlah kecil antara RM1 juta atau RM2 juta daripada RM2,600 juta itu.

Bukankah sebetulnya mereka tidak perlu risau apa-apa lagi tentang wang itu kerana SPRM sudah mengesahkannya sebagai derma dan halal diterima?

Kalau sudah disahkan derma dan dihalalkan pula SPRM, kenapa perlu bising-bising lagi, diam saja pun tak mengapa!!

Tetapi jika para pemimpin UMNO terus menghadapi kesulitan meyakinkan rakyat mengenai wang tersebut atau mungkin kerana ada rasa bersalah kerana terus diperkatakan rakyat, lebih baik mereka mengatakan ia merupakan derma untuk kemudahan Perdana Menteri dan keluarganya berbelanja dan membeli-belah di seluruh pelusuk dunia.

Jika itu jawapannya, sudah tentu ia sangat mudah dipercayai oleh sesiapa saja dan mereka tidak perlu terus mereka-reka jawapan yang berbeza yang akhirnya hanya menjadi bahan ketawa saja.

Kalau tak percaya, cuba Zahid Hamidi atau Ahmad Maslan tampil paling awal menyebut jawapan itu? (SH 22/08/2015)

42 comments:

  1. Salam
    Saudara salah
    SPRM cuma mengesahkan duit itu adalah derma. Tidak menyebut dari Timur Tengah atau dari mana-mana ceruk dunia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi najib yg beritahu muhyidin derma itu dari timur tengah. Ada faham. Kalu najib tak mengaku pon jadilah seperti kes ahmad maslan ckp perdana menteri bodoh kalu masukkan duit dlm akaun peribadi.. Tenyata pm bodo kalu ikut kenyaatan ahmad maslan.. Kalu sekarang pm tak mengaku duit tu dari derma timur tengah maka byklah menteri2 yg pertahankan beliu kantoi menipu sbb saat ini kebyakkan menteri yg pertahankan pm berhujahkan derma itu dari timur tgh.

      Delete
    2. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  2. Mungkin Zahid pun nak twist isu jugak bila TMJ dah keluar statement pasal nasihat 25% macai Najib ke sultan Johor.
    Tapi apapun hari ni nampak jelas kelihatan pengaruh kuat sudara Anwar pada anak2 didik dia walaupun beliau tak jadi PM. Pandai bertwisting@putarbelit dalam berkata dan ceramah. Hari ni baru kita tahu dan lihat semula true colors of sudara Zahid yg sebenar circa zaman 90s dulu. Welcomeback. Anda telah menjadi diri anda yg sebenar. Kalau dulu jumpa Ehud Barak budget2 berani sound mat jewish takyah la. 
    Muda2 dulu goncang gunung, dah tua kira duit. Sembang kencang, memanglah gunung bergoncang.

    ReplyDelete
  3. Nampaknya ramai juga menteri UMNO yang lebih sudu dari kuah, lebih tahu tentang duit RM2.6 bil yang masuk ke akaun Najib tu sedangkan Najib sendiri dah bingung dan senyap memikirkan alasan yang paling munasabah untuk menjawab. Sebab itu Najib memilih untuk lebih berdiam diri dan membiarkan menteri bengap dan bodoh yang mungkin telah menelan jasa Najib untuk menjawab. Sedihnya aku tengok menteri menteri bengap aka bengong ni terkial kial cari alasan sedangkan semua alasan tu hanya taraf "longkang" yang tak masuk dek akal untuk diterima. Makin mereka menjawab makin terbongkar pekung dan sopak yang cuba disembunyikan.

    Persoalannya jika duit RM2.6 bil tu memang satu kemasukan yang sah ke dalam akaun peribadi Najib, apa perlunya Najib mahu sembunyikan apa kagi kalau duit itu disalurkan untuk tujuan murni. Kenapa Najib tidak terus terang saja malah sebaliknya menyembunyikan perkara itu dan tidak mahu mengakuinya?

    Hakikatnya menteri pak pacak yang memperbodohkan diri mempertahankan Najib itu terpaksa menggadai maruah diri semata mata atas sebab yang mereka sendiri tahu. Bukan kah Najib dan mengingatkan menteri menteri yang dah dapat duit tu perlulah mempertahankan dirinya?. Malah laporan WSJ juga ada neyebut ada aliran duit bernilai jutaan RM telah masuk ke akaun segelintir menteri berkenaan. Orang yang cerdik dan langsung tiada kepentingan diri logik akan sudah pasti tidak akan mempertahankan Najib kerana dari mula kes ini terbongkar dan hingga hari ini, semua alasan dan jawapan baik dari Najib mau pun dari menteri pak pacaknya itu semuanya caca marba dan sukar diterima akal yang waras. Apa yang perlu rakyat Malaysia perlu lakukan ialah kenal pasti menteri menteri jenis pak pacak dan ini dan pastikan mereka tidak lagi berada dikedudukan sekarang selepas ini kerana saya berkeyakinan kuat akhirnnya Najib akan rebah dan tersungkur juga. Pastikan menteri pak pacak ini tenggelam dan lemas terus bersama PM Najib ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika boleh heret mereka sekali ke lokap kerana bersubahat dengan PM Najib dengan kegiatan korupsi dan penggubahan wang haram. Malah aktiviti NAjib ini jelas bercanggah dengan undfang2 selain perogolan institusi sesuka hati.

      Delete
    2. Jangan lupa sumbat budak cerdik tu sama. Budak cerdik yang selalu kena boooo.....sekarang ni dah bisu. Kaki ampu tu. Kalau tengah tengah malam rosmah telephone dia suruh datang tolong cuci punggong rosmah selepas berak budak cerdik tu sanggup cuci.

      Delete
    3. Budak tu kuat menyalak defend Najib kerana dapat tulang RM2 juta kabarnya

      Delete
    4. Melayu tidak akan BANGSAT di negara ini. Yang akan menjadi BANGSAT adalah najib dan cabinet 1MDB dia.

      Bangsat bangsat ini lah yang akan buat kenduri duit RM2.6 billion dlm akaun peribadi najib tu.

      Tak kiralah parti mana pun yg akan menubuhkan kerajaan negara selepas ini. Bangsat bangsat ni mesti merengkok dlm penjara terlebih dahulu.

      Delete
  4. DAH TERLAMBAT. HANGPA NAK BAGI 1000 ALASAN DAN JAWAPAN PUN UNTUK MENGHALALKAN DUIT TU MASUK SECARA SAH KE DALAM AKAUN NAJIB..SILAKAN. TAPI JANGAN INGAT RAKYAT MALAYSIA NI SEMUA BODOH DAN BANGANG MACAM PENCACAI NAJIB. WARGA MALAYSIA YANG CERDIK, RASIONAL DAN TAK ADA KEPENTINGAN PERIBADI TIDAK AKAN TERMAKAN SEMUA ALASAN BOHONG DAN AUTA NAJIB DAN MENTERI SEKUTUNYA. HANGPA YANG BERSEKONGKOL DENGAN NAJIB DALAM PENIPUAN MEGA NI AKAN RAKYAT PASTIKAN JATUH DAN TAK BANGUN BANGUN LAGI SELEPAS NI BERSAMA NAJIB RAZAK. KELOMPOK HANGPA YANG MENGGADAI MARUAH UNTUK KEPENTINGAN PERIBADI AKHIRNYA TAK AKAN KE MANA JUA AKHIRNYA DAN RAKYAT AKAN PASTIKAN HANGPA AKAN TERIMA AKIBAT DARI PERBUATAN HANGPA YANG TANPA SEGAN SILU MENEGAKKAN BENANG BASAH. CELAKALAH KAMU WAHAI PARA MENTERI SUBAHAH!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betoi sangat tu Anon 20:01.
      Sokong sangat. Ikut sunnah Najib. Konfom syurga. Kah kah kah

      Delete
    2. Toyol negara. Kerjanya menipu...menipu dan terus menipu

      Delete
  5. Apa lah orang ramai ni...masih tak pecayakan NAJIB DAN SEMUA ORANG UMNO sedangkan ORANG KUAT UGAMA iaitu MUFTI sendiri dah kata duit itu HALAL dan HARAM KALAU NAK GULINGKAN KERAJAAN..maksudnya DUIT JUDI..DUIT RASUAH..DUIT ARAK ..DUIT SAHAM DAN DUIT UPAH UTK BUAT JAHAT DAN MENIPU DAN JUGA BERBOHONG TU SEMUA HALAL lah ..Apalah punya BONGGOK orang melayu...NAJIB TU ORANG ISLAM YG SEMPURNA DAN BERTAULADAN YG KITA SEBAGAI RAKYAT PERLU MENCONTOHI SUNNAHNYA.

    ReplyDelete
  6. Aku rasa org umno ni memang begitu kalau dapat duit sokong je tak tanya dari mana duit tu datang halal ke tidak yg aziz kaprawi kata duit tu nak lawan Dap tak payahlah kita ramai yg sokong Dap kita takut pada tuhan bongok betulah org umno ni

    ReplyDelete
  7. Budin, kalo baca artikel tulisan RPK dlm FMT, najib ni bagaikan maha perwira suci teruna yg takkan tumbang!! ( walhal anak raja mangkok ni dulu lar penentang teragung najib dugong).. begitu lar kuasa duit punya penangan.. di buatnya org najib sorong dua tiga beg hitam ke rumah kau, kau pun konar baring..simpang malaikat 44 bro...

    ReplyDelete
  8. Kah!...kah!...Kah!...dalam daun pakau hanya ada 4 joker saja.Dalam kabinet jumlah joker terlalu banyak?.DALCA !.

    ReplyDelete
  9. AKTA SPRM.....derma adalah SUAPAN. Jadi tetap RASUAH. Tapi SPRM memilih tak mahu siasat yg tu....yg 42 juta ni lagi best. Pemberi lokal....bank lokal....penerima ORIGINAL! HAHAHAHAHAHA.
    Pasal hang lari nik faisal dan dato subuh? Hang takut ka? Hang nak pi mana tu....mai balik msia no...hang bawak budak cina tu sekali tau ! Bagi nik dan subuh dengar lagu p ramlee...dendang perantau....sure cair punya. Hahahahahaha. Berani buat tak berani tanggung pulak....hang pun sama nak kena Santau mcm en najib.

    ReplyDelete
  10. Susah sangat ker haji Najib nak mengaku duit derma tu ada kaitan dgn 1mdobi???

    Takkan tiba tiba duit masyuuuk... Raja Saudi pun blum.ngaku... Dubai qatar pun tak mengaku...

    Elooo timur tengah termasuklah lanun somalia... Israel.... Syiah

    Mana satu haji Najib... Dengar cerita jo lowk pun dah naik haji ...menetap tetap di mekah...

    Biol nyer ahli umno kena kencin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan susah nak mengaku kalau kepingin kat jadi jiran Anwar Ibrahim kat Sg Buluh Golf and Country resort. Penyakit yg dok tunggu Najib macam penyakit orang umoq 70 la, semua ada. Najib pun sama...penyakitCBT, Rasuah, pengumbahan wang haram, penyalahgunaan kuasa -semua ada sekaligus.

      Kita paham spa yg dok tunggu Najib kita paham la auta2 yg dijaja oleh Najib dan konco2nya.

      Delete
    2. kepada bat8, tak payahlah nak kutuk si nuar tu, cakap saja ini semua salah nuar brahim najib rembat rm2.6 b.kau dan pencacai umngok lain takde bezanya.Bangang macam lembu kondo sharizat.

      Delete
  11. Dlm hal ni en najib kurang sangat bercakap....yg bising2 semua menteri2 palsu je. Bukan rakyat je dia kencing menteri dia pun sama....bengong betul. Mad 3.85 sanggup kena peluru demi en najib. Saya nak bagitau sikit la....mak bapak kauorg ada ke sampai mcm ni kauorg pertahan kan? Bak kata bahri sprm...ni semua kerja gila! Hahahahahaha...Ambek kau. Sejarah telah terpahat...kabinet en najib adalah kabinet paling bodoh yg msia pernah ada dan yg paling teruk kena sumpah dari rakyat. Kata2 rakyat tu doa...maka semuanya dah jadi bodoh tahap bahlol. Sibuk nak pertahan kan presiden konon. Presiden apa takut bini!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha..hahaa...betulah...tengoklah bini dia asik pakai helment hitam je..

      Delete
  12. Tuan

    Saya rasa sangat kecewa bagaimana mudahnya ahli2 UMNO ditipu oleh pemimpin mereka..aapakah mereka semua tidak panadi memikir staupun mereka malas berfikir.

    Kalau beginilah keadaannya,jangan haraplah malaysia akan jadi maju.Negara akan terus mundur dan yang akan hidup mewah hanyalah pemimpin2 UMNO

    ReplyDelete
    Replies
    1. Malaysia telah lama rosak sejak dari zaman Tun Madet lagi.Rasuah dibiarkan berleluasa asalkan telor pemimpin2 umngok dapat dipegang setiap masa.najib sebenarnya belajar dari Tun Madet macam mana nak jaga kuasa dan rakyat dibiarkan pi mamposs.Melayu bangang sebab tu perkara2 macam ni boleh berlaku hingga merosakkan negara.Malaysia sekarang dengan afrika tiada bezanya sekarang. semuanya disalahkan yahudi dan komunis.apa punya tololnya bangsa melayu ni di tipu oleh mamakthir dan lanun bugis.

      Delete
    2. Mungkin ada besar kenyaatan tuan diatas.. Tapi sekurang2nya kalu mahathir salah dia sedar dah.. Dan tgh buat pembetoi setakat yg mampu sbg seorang yg takda kuasa.. Kita nampak dia tgh usaha sesuatu utk buat baik dlm hal ni.. Kerajaan yg buat salah ni juga patut sedar dan kalu betoi semua ni dari pemimpin terdahulu kerajaan tak harus ikot kesalahan org dahulu. Buat la pembetulan.. Rasanya kerajaan sekarang lagi parah dari dulu. Itu satu kenyataan yg kita harus terima

      Delete
    3. *mungkin ada benar. (pembetulan

      Delete
    4. Rasuah berluasa zaman Anwar.... Anwar jatuhkan Tun Ghafar dengan duit...

      Bersih Cekap Amanah tu dari Tun yang berjaya kurangkan rasuah walaupon tak berjaya menghapuskan rasuah.

      Delete
  13. 5 K Amalan PM Najib Untuk Rosakkan Parti Dan Negara

    KORUPSI
    KEMEWAHAN
    KRONI
    KLIK KLUK KLIK KLUK
    KENCING KUAT

    ReplyDelete
  14. Cakap berdegar-degar pasal Islam tetapi lidah bercabang-cabang. Tidakkah itu sifat orang munafik?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni kena tanya Hardy Bawang.Dia pernah gelar gerombolan lanun ketuanan melayu adalah kafir2 belaka.

      Delete
    2. Haji Najib, Hajjah Rosmah, haji malboro. Lingkup Malaysia .

      Delete
  15. Yang bodoh rakyat kerana memenangkan mereka dan tidak diberi ruang atau diberi peluang untuk pecat mereka dengan mengeluarkan berbagai ugutan olih lanun2 kelilingnya..
    Kalau yang memimpin tu ada maruah diri dan ada sikit sekolah tentu dia malu dan letak jawatan...

    ReplyDelete
  16. Wahai Najib Bin Razak. KAmulah sebenarnya PEMIMPIN BANGSAT YANG MEMBANGSATKAN RAKYAT. Dan PARTI KAMU LAH YANG SELAMA INI BERKUASA YANG BERUPAYA MEMBANGSATKAN KAUM MELAYU sehingga makin ketinggalan berbanding kaum lain. Sejak merdeka parti kamulah yang berkuasa dan melayu tidak mungkin dapat dibela jika pemimpin pemimpin bangsat seperti kamu terus dibenarkan memerintah Malaysia. Mana mungkin kaum bukan Melayu yang tidak pun memegang tampuk kuasa telah membangsatkan melayu melainkan kamu dan parti kamu. Rakyat Malaysia akan pastikan kamu kelak akan dibangsatkan sebangsat bangsatnya. Hanya manusia bangsat saja yang sanggup menyembunyikan RM2.6 bil dalam akaun sendiri sedangkan duit itu bukan duit peribadi. Memangnya kamu pemimpin dan PM paling bangsat di dunia ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Now that he and his men and women of power are in precarious position, the poor Umno members are made to fear of what will happen once Umno is no longer in power. In the first place, it is he and his men and women of power who have brought Umno and the country for the umpteenth time to their knees. But no - they are not at fault at all! Instead, as far as he and his men and women of power, it is the poor Umno members who are now at fault for wanting him and his men and women of power to be accountable for their despicable deeds. To Umno brothers and sisters of mine, we get the leaders we deserve. Do we really deserve these hantus to be our leaders? May they and those who keep them in power from within and outside Umno get what they deserve from Allah swt - sooner rather later. In many foreign lands, this kind of leaders at the very least would have long lost their power. But in Malaysia they can go on treat the people like lembu. Perhaps, worst than lembu. O, when will Allah swt's help come?

      Delete
  17. Najib sebagai PM telah menonjolkan teladan kepimpinan yang terlalu buruk dengan tindak tanduknya yang diluar kebiasaan malah melampaui garis undang undang negara. Sosok ini sama sekali TIDAK LAYAK DIKEKALKAN SEBAGAI PM ATAU PIMPINAN di Malaysia. Sebagai orang nombor satu negara sepatutnya tindak tanduk dan tingkah laku Najib perlulah berlandaskan undang undang sedia ada agar ianya dapat dicontohi pemimpin lain. Tapi malangnya apa yang ditontonkan oleh Najib selama ini sama sekali memaparkan sesuatu yang buruk dan luar batas undfang undang. Dengan apa cara sekali pun Najib perlu diundurkan dan siasatan rapi perlu dibuat walau dengan apa cara jua. Rakyat Malaysia tanpa peduli fahaman politik perlu bersatu dan bekerjasama bagi memastikan Najib serta pemimpin sekelilingnya yang membenarkan perbuatan buruknya itu dijatuhkan dan diadili sewajarnya. Pilih antara dua, Najib jatuh atau negara runtuh!

    ReplyDelete
  18. Kalau tak silap saya sprm pun pernah kata dah jumpa penderma tersebut,entah betul ke tidak tak tahu lah pulak sebab sehingga sekarang belum temui jawapan yang pasti.

    ReplyDelete
  19. Kisah Kebangsatan

    07-01-2004 Separuh Bangsat
    03-04-2009 Sepenuhnya menjadi Bangsat hingga sekarang dan menjadi semakin Bangsat serta Membangsatkan bangsanya sendiri.

    ReplyDelete
  20. Najib bangsat la pulak.sendiri mahu ingat la.ini sumpah dr org haram jadah akan mkn diri sendiri.sendiri punya bangsat lg nak salahkan org.ayat yg sebenarnya patut berbunyi begini.org melayu akan menjadi bangsat jika terus menyokong org yg menngatakan 2.6 bilion sebagai 'derma'.hanya org melayu terbangsat sj percaya duit itu adalah 'derma'.oleh krn yg menerima duit itu adalah pemimpin tertinggi negara maka sampai kiamatpun duit itu tak boleh menjadi derma.bg la alasan pandai apa sekalipun.apalagi dgn alasan menteri menteri bertaraf ahmad maslan boo.derma lawak ke der

    ReplyDelete
  21. Rm2.6bilion dgn rm2,600juta ada beza tuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Psst..hang x pandai math ka? Rm1000 juta = 1 billion.

      Delete
  22. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...