Friday 2 January 2015

Isu Jet Menjadikan Najib Terus Lemas Dan Tenggelam Walaupun Banjir Kian Surut


Kepulangan Najib Razak secara tergesa-gesa daripada Hawaii setelah berita dan gambarnya bermain golf dengan Barack Obama yang kemudian menjadi kritikan ramai, di ketika banjir kian melanda, sama-sekali tidak menjadikan imejnya di mata rakyat bertambah baik.

Walaupun kepulangannya terus ke Kota Bharu untuk meninjau suasana banjir dan kemudian diikuti dengan pengumuman bantuan RM500 juta serta kesediaan meluangkan lebih banyak masa ke negeri-negeri yang ditimpa musibah agak disambut baik, terdedahnya banyak perkara di sebalik itu menjadikan beliau terus menjadi kecaman ramai.

Perkara yang paling menjadi perbualan ialah mengenai kepulangannya bersendirian ke tanahair sedangkan beliau dikatakan pergi bercuti ke Hawaii bersama isteri dan lain-lain ahli keluarganya.

Ramai yang bertanya di mana Rosmah Mansor yang sebelum ini pernah menyatakan isteri-isteri pemimpin haruslah berkorban dan meluangkan banyak masa membantu suami masing-masing?

Najib kemudian dilaporkan menaiki  pesawat komersial daripada Hawaii ke Hong Kong, manakala daripada Hong Kong ke Kota Bharu pula, beliau dijemput oleh jet khas milik TUDM.

Keadaan ini bukan saja melibatkan kos penerbangan yang jadi berganda, tetapi segera menimbulkan persoalan, kenapakah pesawat khas yang membawanya ke Hawaii itu ditinggalkan di AS dan Najib sendiri menjadi begitu "budiman" sanggup menaiki pesawat komersial ke Hong Kong?

Kenapakah jet khas untuk Perdana Menteri itu ditinggalkan dan siapakah pula yang menggunakannya di AS itu?

Walaupun pejabat Perdana Menteri kemudian ada menjelaskan bahawa pesawat khas itu ditinggalkan di AS kerana mengalami masalah teknikal dan bukannya digunakan oleh mana-mana ahli keluarga Najib, apa yang didedahkan di alam maya kemudian lebih mengejutkan.

Sesiapa yang mempunyai capaian internet dan melayari FlightRadar24 dan kemudian menaip 9M-NAA iaitu nombor pendaftaran pesawat khas yang membawa Najib ke Hawaii untuk bercuti sebelum ini, pasti mendapati bahawa jet itu sebenarnya tidak duduk diam di AS, sebaliknya banyak bergentayangan di udara.

Daripada Hawaii, ia didapati bergerak ke Indianapolis, dari sana pula bergerak sebanyak dua kali ke Los Angelas, kemudian ke New York, London dan pagi tadi dikesan di Dubai. Terbaru pula, FlighhtRadar24 mengesan pesawat itu berada di Bangkok dan dipercayai dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur.

Timbul persoalan, siapakah yang sedang  meriah menggunakan jet itu sedangkan Najib sedang berada di dalam negara?

Jika benar penjelasan Pejabat Perdana Menteri bahawa pesawat itu mengalami masalah teknikal, sudah tentulah selepas ia dibaiki,  ia terus dibawa balik ke Malaysia dan bukannya singgah di Indianapolis, Los Angelas, New York, London dan Dubai?

Sehingga tiada penjelasan daripada mulut Najib sendiri mengenai pesawat itu, ia bagaikan membunuh semua pengorbanan Perdana Menteri sanggup pulang segera ke tanahair, meluangkan banyak masa dengan mangsa banjir dan memberikan peruntukan sebanyak RM500 juta.

Bahana daripada penggunaan jet ini lebih besar dan menjadikan kerja keras serta pengorbanan Najib sia-sia saja.

Selain itu, kunjungan Najib ke beberapa negeri meninjau keadaan banjir turut diselebungi pelbagai adegan yang menyebabkan imej dan prestasinya terus dipertikaikan.

Di Perak, melalui rakaman video yang tersebar luas di media sosial, Najib didapati meminta jurugambar merakam gambarnya bersama pemimpin lain, termasuk Zambry Abdul Kadir, di tahap ke dalaman sehingga paras paha untuk siaran media.

Ia menunjukkan seolah-olah Najib mahu memperlihatkan beliau sedang berada di paras air yang dalam secara natural dengan keprihatinan yang luar biasa, sedangkan ia sebenarnya rakaman yang diminta-minta atau lakonan saja.

Kemudian daripada itu, gambar dua orang lelaki sedang membukakan kasutnya turut menjadi viral dan kecaman ramai dan dikaitkan dengan kedudukannya sebagai pemimpin bangsawan.

Di Kelantan pula, ketika beliau sedang menggaul makanan di dalam kawah yang sedang dimasak untuk mangsa-mangsa banjir, turut didapati tiada api dibawahnya dan mungkin makanan itu sudah pun siap dimasak ketika itu.

Sekali lagi Najib didapati seperti sedang berlakon rupanya.

Setelah dikecam kerana pergi bercuti ke Hawaii ketika banjir mula melanda dan kemudian pulang tergesa-gesa setelah gambarnya bermain golf tersebar luas, Najib tentulah mengharapkan kepulangannya bukan saja menunjukkan jiwa pemimpinnya yang sejati tetapi juga untuk memulihkan imejnya yang menjadi kecaman ramai itu.

Namun, malangnya isu jet yang terus menjadi bualan ramai dan beberapa insiden  "lakonan" yang dilakukannya ketika banjir, menjadikan Najib sebenarnya makin lemas dan tenggelam dalam mempertahankan karier dan masa depannya walaupun banjir kian surut di seluruh negara.

Hari-hari yang mendatang dan sehingga pilihanraya akan datang, kekal menjadi detik-detik yang memeritkan bagi Najib. (SH 02/01/2015)

Petikan daripada FlightRadar24...

Gambar ini turut menjadi kecaman ramai...

Mana apinya...

8 comments:

  1. Salam bro !

    Hail the leader-sheep !

    hohoho

    ReplyDelete
  2. Najib tengah buat sandiwara semasa.Juga macam pentas maharaja lawak.

    ReplyDelete
  3. Bukti jelas betapa PM Malaysia lantikan Mahathir satunya jenis manusia hipokrit, mewarisi perangai mentornya. Dlm situasi rakyat ditimpa petaka, msh sanggup keluar negara utk berseronok malah sanggup berposing utk menipu rakyat Malaysia. PM jenis jadah apa ni yang disayangi sangat Melayu UMNO. Manusia mcm ni pun hangpa nak pertahan lagi?. Awat bengap dan bahlul sangat Melayu UMNO ni?

    ReplyDelete
  4. Pesawat dok tgh cari menteri-menteri yang "hilang" la tu alahai Shahbudun buat-buat mcm tak paham pulak. Kan Tokjib seru depa supaya pulang tp buat derk je? Kalo Rosmah nak tolong carikan mrk biorkan dia ha Shahbudin?

    ReplyDelete
  5. Nama pun pemimpin politik 24 jam berpolitik.

    ReplyDelete
  6. Rosmah lah PM sebenar Msia. Najib budak suruhan Rosmah shj.

    Jadi jet Kerajaan Msia ikut Rosmah. Rosmah arah Najib naik jet lain kalau nak balik 'berlakon' diMsia.

    Rosmah tak de masa dng banjir dan mangsa banjir.

    ReplyDelete
  7. Bersatulah. Ini bukan masanya menuding jari kpd sesiapa. Demikian kata anwar ibrahim yg turut bercuti di luar negara dan tiada duit utk pulang. Pm dan 'bakal' pm dua kali lima ja...

    ReplyDelete
  8. Melayu yang otak ditune oleh ostad percaya sandiwara barisan bangsawan!! Takpe buka aje kasut. Buang stoking. Cium kaki. Dapat pahala oops kontrak jual kasut ke polis.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...