Sunday 9 March 2014

Bermula Di Kajang, Mesej Kepada Najib Harus Lebih Berani


Sementara kita masih bersedih dengan tragedi kehilangan pesawat MAS MH370 yang belum ditemui lagi serta bersimpati dengan waris mangsa yang mungkin kehilangan orang-orang tersayang, gelora politik dalam negara selepas Anwar Ibrahim dihalang daripada bertanding di Kajang jelas makin hangat dan membara. Di mana-mana kedengaran rasa tidak puas hati dan simpati terhadap nasib yang ditimpakan kepada Ketua Pembangkang itu.

Bukan sahaja penyokong pembangkang dan mereka yang mendambakan perubahan meluahkan rasa simpati, malah rakyat biasa, ahli dan pemimpin UMNO di pelbagai peringkat juga kedapatan yang meluahkan perasaan yang sama. Rata-rata mereka dapat melihat dengan jelas permainan dan silap mata di sebalik hukuman yang dijatuhkan itu.

Ternampak bahawa hukuman yang dijatuhkan hanyalah untuk menghalang Anwar daripada bertanding di Kajang melalui Mahkamah Rayuan yang sanggup bersidang sehingga jam 7 malam. Yang penting bagi penguasa di Putrajaya ialah bagi memastikan calon PKR di Kajang mestilah bukan Anwar Ibrahim dan keputusan mesti dibuat sebelum 11 Mac.

KajangMove direncanakan tidak lain ialah untuk melancarkan lagi perjalanan menawan Putrajaya dalam PRU 14 nanti. Dengan menjadikan Anwar sebagai Menteri Besar Selangor, keyakinan PR ialah rakyat akan lebih mudah menilai kemampuan mereka untuk mentadbir negara pula.

Tetapi perjalanan menuju PRU 14 masih jauh, ada kira-kira empat tahun dari sekarang. Sokongan pelbagai lapisan rakyat terhadap KajangMove tidak semestinya untuk menyokong seratus-peratus Anwar menjadi Perdana Menteri sebagaimana yang digembar-gemburkan dan ditakuti oleh pimpinan tertinggi UMNO.

Sokongan kepada KajangMove dan mahu melihat Anwar menjadi Menteri Besar Selangor sebenarnya lebih kepada usaha untuk mewujudkan politik yang seimbang dalam negara. Apabila politik seimbang dapat diwujudkan dan kekuatan antara BN dan PR disetarakan, yang untung dan mendapat nikmatnya ialah rakyat.

Selepas PRU 13 yang menyaksikan BN kehilangan lebih banyak kerusi berbanding 2008 dan sokongan rakyat pula hanyalah 47 peratus, tetapi kerajaan dilihat mula mahu memungkiri janji dan akujanjinya sendiri dengan menggunakan pelbagai hujah serta helah. Rakyat seolah-olah ingin dibuli kerana kerajaan berpendapat selepas menang pilihanraya, mereka bebas berbuat apa saja manakala pilihanraya seterusnya pula masih lama lagi.

Hanyalah setelah adanya protes dan bantahan yang agak besar daripada rakyat dan pelbagai lapiran rakyat, barulah beberapa janji dan akujanji yang mahu dimungkiri itu dibatalkan akhirnya. Tetapi kenaikan harga minyak dan tarif letrik yang diluluskan oleh kerajaan tetap meletakkan beban hidup rakyat makin meningkat. Keborosan dan kemewahan pimpinan dalam menggunakan dana kerajaan pula terus menjadi-jadi.

Jika dulu kita hanya menggeleng kepala membaca berita mengenai kemewahan dan pembaziran Robert Mugabe, hari ini pemimpin kita, Najib Razak sudah disamakan dengan Presiden Zimbabwe itu dari segi pembaziran dan pemborosan wang kerajaan. Apakah kita berbangga dengan semua ini? Apakah juga kita mahu gejala ini berterusan?

Jika KajangMove ini berjaya, Najib dan BN pasti lebih menghadapi kesukaran berbuat sesuka hati. Keseimbangan dalam kekuatan politik antara kerajaan dan pembangkang akan mengelakkan lebih banyak pembaziran, ketirisan, pemborosan dan kemewahan daripada terus berlaku. Dan kerana inilah Anwar disekat daripada memulakan kemaraannya di Kajang.

Walaupun kini bukan lagi Anwar yang bertanding di Kajang tetapi semangat daripada tindakan menghalang beliau itu diharapkan akan terus meluap dan membara. Permulaannya adalah di Kajang tetapi selepas itu bahangnya perlu menyelinap ke seluruh negara.

Oleh itu, adalah penting kepada pengundi Kajang untuk terus memberikan sokongan yang bulat kepada siapa saja calon PR di sana. Hanya kemenangan dengan undi yang lebih besar dapat dianggap sebagai mesej yang jelas kepada Najib dan BN bahawa rakyat menolak segala bentuk ketidak-adilan sama ada atas nama undang-undang, kehakiman atau apa saja.

Tetapi jika BN menang di Kajang atau hanya kalah dengan undi tipis, mereka akan menganggap bahawa segala perlakuan selama ini direstui dan diterima baik oleh rakyat. Sudah tentu selepas itu lebih banyak lagi pembulian akan dilakukan. Permulaan yang ditunjukkan di Kajang sebenarnya adalah sangat penting.

Selepas Kajang pula, rakyat boleh terus menunjukkan perasaan mereka melalui pelbagai cara seperti demo aman, luahan di media sosial dan menyatakan bantahan atas apa juga perlakuan pemimpin dan kerajaan yang tidak menguntungkan rakyat. Jika ada mana-mana pilihanraya kecil, teruslah memberi sokongan serta undi kepada calon pembangkang.

Hanya dengan cara itu, keseimbangan politik dapat dijelmakan dan sekaligus merupakan mesej yang jelas kepada Najib dan kerajaan agar lebih berhati-hati dan tidak bertindak sesuka hati.

Walaupun KajangMove sudah dianggap gagal dengan keputusan Mahkamah Rayuan yang menjatuhkan lima tahun penjara keatas Anwar Ibrahim dan sekaligus Anwar juga gagal menjadi Menteri Besar tetapi ia boleh dijadikan permulaan kepada langkah yang lebih menguntungkan rakyat untuk jangka masa panjang.

Dan di bahu pengundi Kajang terletak tanggungjawab besar sebenarnya. Hanya keberanian mereka bakal menjanjikan masa depan lebih baik untuk rakyat Malaysia seluruhnya. (SH 09/03/2014)

11 comments:

  1. Tuan Shahbudin.
    Puak puak haram jadah yang berkomplot dengan pimpinan UMNO BN pasti akan terima akibatnya dikemudian hari. Dalang utama dalam siri liwat ini adalah Mahathir Kutty serta rakan politik alias rakan niaganya yang kini hidup mewah hasil penglibatan mereka dalam politik. Najib akhir akhir ini kian diberi tekanan oleh kumpulan ini agar melakukan sesuatu bagi menyekat kemaraan pembangkang yang bertambah utuh dibawah pimpinan Anwar. Najib yang digelumangi dengan pelbagai masalah peribadi termasuk kaitannya dengan kes kematian Altantuya perlu betkompromi bagi menyelamatkan diri. Hukuman mahkamah ke atas Anwar yang terkini adalah berpunca dari rasa takut dan bersalah pimpinan haram jadah UMNO BN hasil perbuatan mereka merompak duit negara dan memperkosa undang undang dan sistem kehakiman negara.sesuka hati selama ini.
    Saya selaku ahli UMNO Pendang cukup muak dengan perbuatan melampau pemimpin parti ini dan dengan ini bersama beberapa rakan lain mengistihar diri masing2 untuk perangi UMNO BN habis2an malah kami akan mulai membantu pembangkang betmula dengan PRK Kajang. Sikap melampau pemimpin UMNO ini bagi kami adalah setaraf dengan haiwan yang tak berakal saja malah binatang binatang ini tidak pernah serik dengan sikap melampau mereka yang lepas. Amat memualkan memiliki pimpinan jenis manusia haram jadah begini. Terang lagi bersuluh UMNO BN menganiayai Dato Sri Anwar hanya kerana mahu selamatkan sebilangan pemimpin rakus yang dikepalai Mahathir Mohamad. UMNO BN hari ni hanyalah kuda tunggangan kumpulan haprak ini untuk survival ekonomi dan kekuasaan politik mereka saja. Sahabat sahabat saya dalam UMNO...cukuplah membiarkan diri kita diperbodohkan hanya kerana sedikit habuan projek yang tak seberapa. Pimpinan puak dajal ini tidak layak lagi berada dalam parti. Cuma kekalahan UMNO dalam election dapat mengajar manusia bertopengkan Islam ini yang hakikatnya adalah binatang.

    ReplyDelete
  2. Tuan Shah, saya fikir rakyat semakin meluat dengan keputusan mahkamah yang tiba-tiba sahaja menjatuhkan hukuman ke atas DSAI. Mungkin DS Wan Azizah -jika diberi peluang di kajang dapat mengubat keterkilanan. Mazinroni -Damansara

    ReplyDelete
  3. Saya selama ni memangkah BN di Wangsa Maju. Tak kiralah bumiputra ke atau tidak calonnye. Jadi PRU akan datang yang pasti saya dan keluarga saya TIDAK AKAN MEMANGKAH BN LAGI. saya harap BN akan kalah dan kite ajar puak2 yang meruntuhkan dan merosakan negara ni.

    ReplyDelete
  4. Saya masih berkepecayaan bahawa semua ni adalah sendiwara politik yang di lakonkan oleh DSA sendiri sebabnya JIWA AMNOnya masih menebal dalam diri nya .. begitu juga dengan Azmi hanya berkepintingan utk diri sendiri bukan nya PARTI .. maafkan saya kalau saya katakan bahawa DENDAM TIDAK DAPAT MENGUBATI KESAKITAN MELAIN KAN KEMAAFAN .. CEMBURU ITU ADALAH PENYAKIT YANG BOLEH MEMATIKAN JIWA selagi AKAL KITA TIDAK MEMAHAMI APA ITU ERTI KEMAAFAN....untuk DSAI padan dengan mukanya dan ini lah dikatakan TAKDIR yang di bawah urusan ALLAH.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awak ni lulusan apa? Nampak sangat banyak tak tahu dari tahu. Tapi ada hati nak komen. Siapa cemburu siapa?. Tak tau ker awak bahawa spesis keling mandeliar macam Mahathir Kutty tu laa kuat cemburu. Kerana cemburu dan takut hilang kuasa la maka skrip liwat 1 dan 2 dicipta. D
      Bhai...lain kali akses semua penjuru maklumat, jangan jadi katak bawah tempurung dengan hanya membaca Utusan Meloya, Berita Hairan dan TV3suku. Miskin harta kira ok tapi miskin ilmu akan sentiasa diperbodohkan. Mahathir Kutty pun tahu UMNO cuma ramai ahli macam awak ni laa, miskin ilmu, cari makan dengan cara mengampu saja walhal sebenarnya diri diperkuda. Kerana miskin ilmu dan cetek fikiran ni laa UMNO dayus untuk brrdebat dengan PR secara ilmiah tapi cuma pandai tunjuk samseng.

      Delete
    2. Hahahaha.....anda perlu belajar matematik atau dulu ilmu hisab....gi conggak tiap2 famili menteri kanan dan pm kite dan tengok apo dio ado....kiro....takat gaji mentori rasa2 mampu ko harto yg dio ado?..please keluar dari tempurung buruk yg ko duduk kek bawah tu.......orang yg bercakap dan kata memahami erti kemaafan tapi masih marah dengan Dsai. Mano eh kemaapan eh bro? What a joke.....

      Delete
    3. Hei bahlul, mu ni contoh terbaik bagaimana otak kamu di control oleh anak dajal ni ie al kutty. Agak nya kalau anak2 dajal ni nak pinjam bini mu pun mu beri konon nya atas perjuangan orang melayu. Itu lah dia tahap otak kamu. Bodoh, tuli dan buta ! ! !

      Delete
  5. Tuan, sebenarnya inilah mainan mamak Mahadeath untuk selamatkan kroninya. jangan salahkan Anwar, salahkan Mahadeath.Dia akan dihukum sama seperti Saddan Hussein bila BN kalah PRU di suatu hari nanti.Ambil ikhtibar dengan kejadian kehilangan pesawat MAS dengan hukuman keatas Anwar. Bagi mereka yang ada kesedaran, inilah hukuman Dari yang Maha Esa bila kerajaan yang memerintah berlaku zalim terhadap rakyatnya dengan undang2 rimba.Malapetaka boleh berlaku bila-bila saja dan mengatakan perkataan padan muka menunjukkan Tuan bukanlah manusia yang cerdik seperti juga penyokong2 umno yang lain.Mengapa tiada hukuman dijalankanpada pemimpin2 umno yang lain?sebab ketidakadilan boleh mengundang bala besar seperti yang berlaku pada pesawat Mas.Yang jadi mangsa adalah manusia yang tak berdosa, sebab bala tidak mengira siapa,sebab Tuan tidak pernah menegur pemimpin Tuan untuk belajar menghoramti rakyat terbanyak..

    ReplyDelete
  6. Sdr Shahbudin,
    UMNO hanya boleh diperbaiki jika Mahathir dan kroni rapatnya dinyahkan dari bumi Malaysia. Selagi Mahathir dan juak juaknya masih berpijak di bumi Malaysia, UMNO tidak berupaya diperbaiki lagi. Siapa pun Presiden UMNO dan PM selepas Mahathir, UMNO akan tetap dibawah pengaruh Mahathir. Abdullah Badawi adalah buktinya dimana kedua presiden UMNO dan PM Malaysia tetap tidak berupaya bebaskan diri masing masing dari pengaruh orang tua ini.

    Saya bersetuku dengan pendapat bahawa Mahathir dan kumpulannya hanya mampu dinyahkan terus dari bumi ini dengan memastikan UMNO BN tumbang dalam election setidaknya untuk satu penggal. Melalui kaedah ini , barulah pimpinan lain yang lebih berwibawa dan jujur boleh mengambil alih pentadbiran UMNO dan seterusnya membaiki imej parti ini agar dapat diterima kembali sebahaian besar kaum Melayu. Ketodakan dan perpecahan Melayu dalam UMNO selama ini adalah berpunca dari Mahathir yang status Melayu beliau sangat diragui. Beliau tak ubah bagaikan Keling Mandeliar diera kerajaan Melayu lama yang menyebabkan runtuhnya kerajaan akibat hasad dan dengki. Apa yang telah brrlaku keatas Anwar Ibrahim berpunca dar manusia brrnama Mahathir ini. Spesis mandeliar sanggup lakukan apa saja asalkan dia berkuasa. Mandeliar ini lebih berbahaya dari spesis ular. Lidah bercabang dua lagi berbisa. Marilah sama sama kita pastikan UMNO BN kalah tetuk dalam PRK Kajang untuk menghantar mesej bahawa kerajaan UMNO BN hari ini tidak boleh perlakukan apa saja keatas rakyat seduka hati mereka. Selagi rakyat memberi kemenangan kepada UMNO semakin bongkaklah Mahathir dan kroni kroninya. Hari ini PETRON ambil bahagian PETRONAS, esok esok TABUNG HAJI pun jadi milik kerabat Mahathir Kutty ini. Ramai ramai kita bantu PR di Kajang nanti. Andai PR memenangi
    majoriti lebih besar, berarti hayat UMNO akan berakhir dalam GE14 4 tahun kemudian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya setuju sangat. Margin Petronas susut sejak PETRON ambil sebahagian hak Petronas. Keuntungan yg dinikmati Petronas sebelumnya kini berpindah ke kantung keluarga Mahathir, tidak lagi diagih kepada rakyat. Dan duit keuntungan inilah dipergunakan Mahathir dan kroninya dalam membiayai usaha menekan kebangkitan rakyat. Pertubuhan extrimis Melayu PERKASA banyak mendapat dana dari kelompok Mahathir. Dalam UMNO sendiri terdapat 2 puak iaitu Pro Najib dan Pro Mahathir dan PERKASA dilahirkan bagi memperkukuhkan lagi kedudukan Mahathir dan menjadi kumpulan pendesak Melayu rasis dalam UMNO bagi memberi tekanan kepada Najib agar mematuhi setiap arahan dan kehendak Mahathir. Terbukti dua PM selepas Mahathir tidak mampu mengimbangi pengaruh Mahathir dalam politik Malaysia. Saya kira Mahathir sedar dia telah lkmelakukan kesilapan dan kesalahan besar sepanjang pentadbirannya sebagai PM. Dan dosa inilah yang menghantuinya kerana dia tahu, jatuhnya UMNO BN kelak adalah umpama berakhirnya hayat beliau dan kroni beliau dibumi Malaysia. Ramai pemimpin Melayu yang berkreadibiliti dianiayai dan dibunuh potensi mereka oleh si mandeliar Mahathir. Justru selaku bangsa dan keturunan Melayu sejati, jangan sampai kita terperangkap dengan UMNO Baru dan pertubuhan PERKASA ini kerana dua pertubuhan ini sebenarnya adalah kaldai kepada Mahathir. Keupayaan Mahathir dan kumpulannya mengumpan majoriti Melayu luar bandar sangat kuat kerana kekuatan ekonomi yang dimiliki kelompok ini. Kita sebagai rakyat Malaysia khususnya kaum Melayu perlu bijak melihat situasi masa kini agar kita tidak dijadikan batu loncatan bagi mempertahankan kumpulan penyamun dan perogol ekonomi dan sistem kehakiman Malaysia tercinta selama ini. Segala umpan yang dihulur boleh diambil selagi diri tidak tersangkut di mata kail yang dipasang mereka. Sampai waktunya kita beri peluang ke pihak alternatif bagi membuktikan kejujuran dan keupayaan mereka dalam membantu rakyat Malaysia setidaknya satu penggal.

      Delete
  7. Salam tuan
    Alangkah baiknya kalau tulisan2 tuan ini dpt dibaca oleh penyokong tegar akar umbi umno wlaupun sy tau kebanyakkan dr mereka mmg tdk prnh mmbaca atau mncari maklumat2 selain dr utusan meloya,berita hairan dn tv3 1/4.kpd yg telah celik maklumat..kita smua tahu siapa 'syaitan yg brtopengkn manusia' yg telah mmporak perandakn malaysia.spesis ini jg antara penyumbang kejatuhan empayar melayu melaka pd 1511.otaknya mmg brilliant dlm mngatur strategy jahat dn lidahnya brcabang2 brsilat mnghapuskan yg haq dn menegakkn yg bathil.malaysia jg skrg sdg menuju kejatuhan.trlalu ramai rakyat akan mnderita.sebagai rakyat yg mempunyai hak keatas bumi malaysia yg indah ini..tdk kira apa bangsa dn agama..tdk kira dr parti mana...marilah kita brsatu meNYAHkan pemimpin2 yg korup dn tdk punya maruah harga diri dr bumi malaysia.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...