Monday 2 December 2013

Isu Kazim: Pas Atau Najib Yang Patut Merasa Malu?


Sama ada pendakwah bebas, Ustaz Kasim Elias menerima atau menolak tawaran menjadi ahli MT UMNO masih lagi menjadi tanda-tanya. Ustaz Kazim sendiri belum memberi kata putus. Katanya, beliau perlu berjumpa Perdana Menteri, Najib Razak terlebih dahulu sebelum membuat keputusan mengenainya.

Menurutnya, beliau ingin mendapat jaminan daripada Perdana Menteri agar perlantikan itu tidak menghalang kerja-kerja dakwahnya. "Tunggulah saya sembahyang istikharah dulu," tambahnya lagi.

Namun demikian, sementara perlantikan beliau ini terus menjadi pertikaian, Ustaz Kazim juga mengesahkan bahawa beliau masih merupakan ahli Pas kawasan Tambun, Perak. Meskipun dulu, katanya, ada ura-ura mahu memecatnya tetapi sehingga ini beliau tidak pernah menerima apa-apa surat surat pemecatan atau surat daripada jawatankuasa disiplin Pas.

"Sepatutnya Pas merasa sedikit malu dengan UMNO kerana mereka boleh menjemput orang yang diluar UMNO untuk menduduki kerusi MT dan Pas tidak pernah menjemput saya, apatah lagi menjadi teman yang mesra", katanya dalam rakaman video sidang akhbarnya yang tersebar di laman-laman sosial sekarang ini.

Soalnya benarkah Pas yang patut berasa malu atau Najib yang lebih patut merasa malu?

Tindakan Najib mempelawa seseorang yang masih menjadi ahli Pas untuk menduduki kerusi MT UMNO seharusnya juga menunjukkan beliau tidak berhati-hati dan mengkaji latar belakang seseorang itu sebelum membuat tawaran. Membuat pelawaan kepada ahli Pas ini umpama suatu penghinaan dan perlekehan paling teruk kepada kira-kira 3.4 juta ahli UMNO dan seolah-olah tidak ada seorang pun daripada jutaan ahli yang dibanggakan itu yang lebih baik dan setanding dengan Ustaz Kazim yang masih merupakan ahli Pas.

Bukankah didalam UMNO masih ramai lagi mereka yang berpengetahuan agama yang boleh dijadikan ahli MT UMNO?

Kalau benarlah seperti kata Tengku Adnan bahawa perlantikan Ustaz Kazim untuk membetulkan kekurangan mengenai Islam dalam UMNO, apakah Ustaz Fathul Bari yang mendapat undi tertinggi sebagai Exco Pemuda UMNO, bukan calon yang sesuai untuk melakukan tugas itu?

Atau apakah Dr Hasan Ali, bekas Pesuruhjaya Pas Selangor yang dipecat daripada Pas dan tidak menganggotai mana-mana parti, tidak merupakan calon yang lebih baik atau setanding dengan Ustaz Kazim?

Atau jika Najib terlalu ghairah dan teringin untuk melantik ahli Pas juga menduduki kerusi MT sebagai menunjukkan UMNO lebih mencintai Islam berbanding Pas, apakah tidak boleh dilantik bekas Timbalan Presiden Pas, Nasaruddin Mat Isa yang sudah pun kerap dibawanya ke keluar negara sebelum ini?

Melantik mereka yang masih belum menjadi ahli UMNO sebagai ahli MT juga menunjukkan sikap "double standard" Najib dalam menghayati semangat perlembagaan parti. Ini kerana dalam perlembagaan menetapkan, sebagai contoh, mereka yang ingin bertanding AJK Bahagian mestilah sekurang-kurangnya sudah menjadi ahli UMNO tidak kurang 3 tahun manakala kalayakan untuk bertanding ketusi MT pula mestilah juga pernah menduduki kerusi AJK Bahagian.

Seharusnya, dalam soal perlantikan ahli MT, semangat perlembagaan itu juga dihayati dengan sebaiknya. Kalau pun syarat pernah menduduki AJK Bahagian mahu diketepikan, setidak-tidaknya syarat sebagai ahli UMNO mestilah sentiasa dijunjung untuk menunjukkan bahawa UMNO sebenarnya menghormati ahli-ahli sendirinya.

Walaupun kuasa Najib sebagai Presiden UMNO dalam melantik ahli MT ini merupakan kuasa mutlaknya tetapi menawarkan kerusi MT kepada Ustaz Kazim yang masih merupakan ahli ahli Pas ialah umpama seorang lelaki yang menghebohkan mahu mengahwini seorang wanita dan membuat pengumuman rasmi mengenainya sedangkan wanita tersebut masih lagi menjadi isteri yang sah kepada lelaki lain.

Siapakah yang lebih malu sebenarnya. (SH 02/12/2013)

9 comments:

  1. ada pro and cons. kita tunggu jawapan dr ustaz kazim sendiri

    ReplyDelete
  2. Yang penting mencari seseorang yang boleh membantu atau mengetuai pergerakan ke arah pendekatan Islam yang lebih baik dan konkrit. Yang ada sekarang ni lebih banyak main politik dan persepsi. Tak ada usaha yang benar-benar ikhlas dan jujur samada PAS atau UMNO. Gila kuasa pun ye. Atau pun risaukan undi masyarakat bukan Islam.

    ReplyDelete
  3. Tuan,

    Najib tidak teliti ketika melantik Ustaz Kazim,seorang ahli PAS berdaftar sebagai ahli MT UMNO? hahahaha.....tidaklah tidak t3liti dan cari jalan paling mudah dalam setiap perkara itu dan tersadung membelit kaki sendiri hingga terjelepok ketanah merupakan TRADEMARK Najib selama ini?

    Dalam hal ini Najib berkongsi trademark dengan Nik Amar, timbalan menteri besar kelantan walaupun p3nyakit nik amar tak sekronik Najib. Bila duit n3gara dah hampir habis dibelanjakan untuk membeli undi dalam PRU 13, Najib ambil jalan mudah d3ngan menaikkan minyak Ron95/diesel dikala trend harga minyak dunia sedang menurun. Bila keuntungan FGVH dijangka m3nyusut dengan teruk dan men7tup kegagalan penyenaraian t3rsebut, Najib naikkan harga gula. Banyak lagi contoh TRADEMARK Najib ni....

    Dalam isu lain pula, m3mang betul kata Ustaz Kazim apabila membidas sikap pemimpin PAS terhadap dirinya. Dalam isu peelantikan beliau menjadi ahli MT ni, PAS tak ada sebab langsung untuk bukak mulut jangan jangan buat gatai-gatai mulut nak ulas terutama puak-puak yang b3gitu mendabek dada d3ngan kefaqehan ilmu ugamanya dalam PAS. Ini satu tempelakan kepada puak hangpa yang merasakan kerana meeeka faqeh ugama mereka sahaja layak m3njadi p3mimpin besar disemua peringkat.

    ReplyDelete
  4. Isu perlantikan pendakwah bebas itu menjadi ahli MT UMNO Baru dilihat menimbulkan pelbagai reaksi namun ia boleh juga dikategorikan sebagai gimik perhimpunan saja.

    Bila bercerita tentang perlantikan yang kontrovesi itu maka ahli parti akan lupa tentang harga barang telah dinaikkan, cukai tafsiran dan GST akan dilaksanakan pada tahun hadapan.

    Kita tidak menolak tentang keperluan parti memiliki pendakwah seperti orang itu namun dari sudut lain kita melihat tindakan presiden itu tak ubah seperti mahu mengelirukan pemikiran ahli yang sedang mencari idea untuk berhujah dalam memertabat kaum keluarga sendiri ketahap lebih selesa.


    ReplyDelete
  5. Ini Semacam Melantik Warganegara Asing Sebagai Ahli Cabinet Negara.
    Jangan terperanjat jika Ini terjadi...Dalam dunia ini Cuma orang macam Najib sahaja bolih berbuat demikian.

    ReplyDelete
  6. buat malu je org pas sendiri tak tahu mereka dah pecat keahlian ustz kazim huhu

    ReplyDelete
  7. sungguh memalukan..pas yg memperjuangkan Islam tapi, penfitnah,penipu dan lln2...plizz la..tlg jgn jatuhkan parti sendiri...

    ReplyDelete
  8. Sudah lah tu... bak kata Nasir Bilal Khan dlm epidod "Tanah Kubur". Buat malu org Melayu jer..ini saya kata.

    UKE bukan minta jadi MT UMNO. Ada pihak rekomen dan Najib setuju. Dan secara kebetulan dia dah dipecat dari PAS. Tapi kesian kat UKE ada yg maki hamun dan kata mcm2 kat dia yg tak sepatutnya berlaku begitu rupa pada golongan ulamak pada pendapat saya.

    Kepada UKE diharap bersabar sbb benda ini bukan habis di sini tapi akan dibawa selepas mati bila sama2 bertemu Allah.

    Nak kata penghinaan kpd UKE terok rasa saya tak seteruk penghinaan kpd TGNA ada yg tuduh " Bapak Kafir" masuk dlm surat khabar. DSAI....dituduh meliwat, dibogelkan kutip bulu2 yg tertinggal utk ujian DNA, dipenjara...dipisahkan dgn anak isteri. Najib pun tak kurang tuduhan yg dilemparkan kpdnya....

    Kpd yg maki hamun sesiapa pun kena ingat akhir kalam kita sama2 akan MATI , bertemu Allah....dan jawab dgn Allah.

    ReplyDelete
  9. Barangsiapa yang tidak taat kepada perintah Allah Dan Rasul maka dia telahpun sesat dalam kesesatan yang nyata.. Bacalah tuan-tuan umno dan PAS dalam quran ada sebut. tok sah gaduh-gaduh tengok sapa yg nak kat islam umno atau pas? pakai otak Allah bagi dengan sempurna...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...