Sunday 7 April 2013

Manifesto BN Adalah Manifesto Untuk Kalah Pilihanraya


Mengamati manifesto BN yang dibentangkan Najib malam semalam, sebahagian besar rakyat tentunya bersetuju bahawa tiada apa yang baharu dan menarik di dalamnya. Ia hanyalah penambahbaikan kepada idea-idea lama, menciplak idea manifesto PR dengan memberinya tafsiran baru dan memperlihatkan Najib seperti kekeringan idea untuk terus mentadbir negara.

Dalam dua belanjawan sebelum ini, Najib sudah memperkenalkan BR1M bernilai RM500 kepada rakyat yang berpendapatan RM3000 ke bawah dan RM250 bagi orang bujang, selain baucer buku bernilai RM250 dan bantuan persekolahan RM100 kepada semua murid-murid sekolah tetapi dalam manifesto kali ini, Najib berjanji akan menambah jumlah pemberian itu jika terus diberikan mandat untuk berkuasa.

Seperti seorang Santa Claus yang pemurah, Najib berjanji menambah BR1M kepada kepada RM1200, untuk orang bujang ditambah kepada RM600, baucer buku bertambah menjadi RM300 dan bantuan persekolah menjadi RM150.

Tiada yang menariknya dalam idea menambah jumlah pemberian tunai ini. Ia lebih membuktikan idea Najib tersekat dari memikir perkara lain yang boleh memberi kesejahteraan dalam kehidupan rakyat selain daripada mencampakkan sebuntil kecil wang tunai. Ia adalah idea pemimpin feudal yang tidak pernah merasa atau menjiwai kesusahan rakyat.

Jika BR1M sudah ada dalam belanjawan, apa perlunya lagi dalam manifesto?

Lebih memalukan lagi, manifesto yang dibentangkan Najib juga mempunyai idea ciplakan yang jelas daripada manifesto PR yang dibentangkan pada 25 Februari lalu. Sekurang-kurangnya terdapat sembilan elemen ciplakan yang terkandung dalam manifesto BN, antaranya mengenai penurunan harga kereta, dasar perumahan, keretapi laju, lebuhraya Sabah dan Sarawak, royalti petroleum, permit teksi, pengkalan data, pembangunan tanah wakaf dan pakej penggajian baru kakitangan awam.

Yang turut memalukan ialah apabila PR membentangkan manifestonya pada Februari lalu, sekurang-kurangnya lima pemimpin BN menyelar PR berkaitan hasrat menurunkan harga kereta dengan pelbagai alasan seperti membunuh industri kereta tempatan, menyebabkan pengangguran, mengurangkan hasil cukai dan sebagainya. Mereka ialah Nor Yakcop, Menteri di JPM, Ismail Sabri, Menteri Hal Ehwal Pengguna dan Koperasi, Khairy Jamaluddin, Mukhriz Mahathir dan Tajuddin Abd Rahman.

Tetapi kini dengan Najib dan BN memasukkan hasrat menurunkan harga kereta dalam manifestonya, seluruh kepimpinan BN terpaksa memikul beban malu yang besar kerana mengecam apa yang mahu dilaksanakan oleh PR dalam manifestonya sebelum ini sedangkan ianya diakui akhirnya sebagai idea yang rasional dan boleh dilaksanakan.

Hampir semua pemimpin PR mentertawakan tindakan Najib menciplak banyak idea-idea manifesto PR itu, sekaligus membuktikan perancangan yang disusunatur oleh PR untuk mentadbir negara ke arah yang lebih baik, akhirnya diakui dan diiktiraf oleh Najib sendiri. Rakyat pula melihat, adanya ciplakan dan cedokan idea ini, lantas mereka merasakan PR jauh lebih berwibawa berbanding BN dalam pilihanraya ini, meskipun BN sudah berpeluang memerintah negara ini selama 56 tahun lamanya.

BN dan Najib kini sudah kering idea, manakala rakyat pula melihat komuniti pemimpin BN tergolong dalam kategori yang sudah tandus dan gersang daya pemikiran sedangkan tuntutan dan keperluan rakyat makin pelbagai dan mendesak.

Lebih dari itu, tajuk manifesto PR ialah Pakatan Harapan Rakyat manakala BN pula memilih tajuk yang juga menampakkan elemen ciplakan yang nyata iaitu Menepati Janji Membawa Harapan. Nampaknya bukan saja kering idea dari segi isi, pemilihan tajuk juga menampakkan Najib dan BN sudah kepupusan kata dan bahasa dalam menterjemah manifestonya.

Dengan membentangnya manifestonya, Najib bukan saja memperakui bahawa apa yang mahu dilaksanakan oleh PR bukannya sekadar cakap kosong tetapi juga sesuatu yang munasabah sehingga menyebabkan beliau terpaksa mencedok sebahagian daripada isi pentingnya. Sudahlah meniru idea PR dan Anwar Ibrahim, Najib juga melontar persoalan supaya memilih antara beliau dan Anwar sebagai Perdana Menteri selepas pilihanraya umum akan datang.

Mujurlah pertanyaan itu dilontarkan di dalam majlis BN sepenuhnya, sebaliknya jika di majlis terbuka sepertimana beliau bertanya Are You Ready For BN? di Pulau Pinang sebelum ini, pastinya Najib akan dimalukan sekalii lagi.

Secara umumnya, sebahagian besar rakyat melihat manifesto BN kali ini memperlihatkan kegagalan Najib dan BN untuk meyakinkan rakyat bahawa mereka mampu terus mentadbir negara ini. Dengan tidak menampakkan idea baru dan kecenderungan meniru idea orang lain, ia lebih menyerlahkan hakikat kegagalan itu sendiri.

Jika di dalam peperiksaan, mereka yang didapati meniru sudah tentu akan dibatalkan kertas peperiksaannya serta dianggap gagal. Begitulah juga Najib dengan manifestonya ini. Manifestonya gagal di mata rakyat. Beliau membentangkan menifesto bukannya untuk membawa kemenangan kepada BN tetapi memudahkan kekalahan dalam pilihanraya.

Daripada rakyat menerima manifesto tiruan yang dibentangkan oleh BN iru, lebih baik mereka menerima manifesto asal yang dianggap lebih asli dan berwibawa yang telah disebarluaskan oleh PR kepada rakyat sebelum ini.

Selamat berjuang, Najib!(SH 07/04/2013)





3 comments:

  1. Salam Tuan!

    Pemimpin BN semuannya macam taik kucing saja. Nak senangkan rakyat mereka kata akan bangkrap negara. Tapi merekalah penjenayah ekonomi yang akan membawa kebangkrapan negara ini. Seperti Mat Nor Yaakop,main forex macam kasino takpe pulak. Semua manisfesto PR diceduk habis-habisan oleh pemimpin BN yang hanya pandai cakap besar saja.Last sekali mereka jilat ludah mereka kembali.
    Ekonomi Malaysia sebagaimana diketahui rakyat hanya berkisar kepada beberapa individu saja,seolah-olah negara ini bapak dia orang yang punya.Tetapi mereka tiada bersalah menunjukkan tauladan buruk kepada negara jiran yang lebih bertamadun dari segi integriti seperti jiran-jiran Asean. Malah dari segi contoh tauladan dan integriti lagi teruk dari negara-negari di Afrika. Siapa yang harus dipersalahkan adalah Mahathir kerana beliaulah membiarkan gejala rasuah dan penyelewengan berleluasa demi menjaga kepentingan politik beliau.

    ReplyDelete
  2. are u ready 4 ameno...no and go to hell...

    ReplyDelete
  3. Sejurus Pak Pander tu jadi PM, orang Melayu meletakkan harapan yang sungguh besar bahawa orang Melayu akan terbela. Malangnya, ia khianati orang Melayu. Dia bukanlah orang Melayu yang sejati. Rupa-rupanya dia mempunyai agenda lain memastikan orang Melayu jadi miskin kedana dan diperbodohkan untuk survival politik Pak Pander dan kelangsungan UMNO. Peeeegidah ... orang Melayu dah tak percaya kpd Pak Pander ni, yang hanya memperkayakan segelintir kroni di sekeliling beliau. Selama 22 tahun, Pak Pander memerintah sebg PM orang Melayu tetap seperti dahulu miskin dan hanya meminta kesian belas dari UMNO. Inilah yang diinginkan oleh beliau supaya orang Melayu tetap bergayut kepada UMNO dan seringkali memainkan 'lagu' menakut-nakutkan orang Melayu jika tidak menyokong UMNO.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...